You are on page 1of 11

NAMA PELAJAR NOR HIDAYAH BINTI ABDUL HAK (910926-08-6876) SITI NOR FADHILAH BINTI NORDIN (911122-08-5418) ZAIHASHRAH

BINTI MOHD. FAZIN (911224-08-6198) SITI NABILA AISHAH BINTI IBRAHIM (911031-08-6634)

NAMA KELAS TINGKATAN 6 RENDAH 2

NAMA SEKOLAH SEK. MEN. KEBANGSAAN SULTAN ABDUL JALIL SHAH, SEBERANG PERAK, 36000 TELUK INTAN, PERAK.

DISEMAK OLEH EN. ABDUL KUDDUS B. KAMARUDDIN

HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU 1. 2. Untuk mengetahui tempat asal bahasa, kajian tempat asal usul bangsa Melayu yang menuturkan bahasa ter sebut perlu dilakukan. Terdapat dua hipotesis tentang asal usul bangsa Melayu, iaitu : (a) kawasan Asia Tengah (b) kawasan Nusantara

KAWASAN ASIA TENGAH 1. Menurut hipotesis ini, orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan. Mereke dikatakan berasal dari selatan China. Tempat-tempat yang diketengahkan oleh para penyelidik termasuklah daerah Yunan di selatan China, Assam di Burma, dan Campa di selatan Indo-China 2. Penghijrahan mereka dipercayai berlaku dalam dua kumpulan, iaitu Melayu Proto dan Melayu Deutro. Kumpulan Melayu Proto dipercayai berhijrah ke Nusantara kira-kira pada tahun 2500 SM. 3. Peradaban orang Melayu Proto ini dikatakan lebih maju daripada orang Negrito yang sudah sedia ada di Nusantara. Orang Melayu Proto dikatakan hidup berpindah-randah. Namun demikian, mereka pandai membuat alat bercucuk tanam, barangan pecah-belah, dan alat perhiasan. Zaman mereka ini dikenali sebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru. 4. Hipotesis penghijrahan kumpulan Melayu Proto ini mula-mula dikemukakan oleh P. Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892. Hipotesis ini dikemudiannya diperkukuh oleh R.H. Golden (seorang ahli prasejarah dan profesor di Institut Pengajian Asia, Iran) pada tahun 1932. 5. Melalui kajian yang dibuatnya terhadap beliung-beliung batu bersegi panjang. Geldern menapati bahawa kapak-kapak yang dibuat daripada batu yang terdapat di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sunagi Irrawadi, Sungai Salween, Sungai Yangtze, dan Sungai Hwang Ho itu turut ditemukan di beberapa tempat lain di kawasan Nusantara. 6. Penghijrahan Kumpulan Melayu Deutro pula dikatakan berlaku kira-kira pada tahun 1500SM. Kumpulan ini dipercayai datang dari daerah Yunan di selatan

China. Mereka memiliki tamadun yang lebih maju daripada Kumpulan Melayu Proto. 7. Zaman mereka dikenal sebagai Zaman Logam dan mereka membuat alat pemburuan dan pertanian daripada besi. Selain itu, Melayu Deutro pandai dalam bidang pelayaran dan astronomi. Mereka hidup di tepi pantai dan kemudiannya bersebaran hampir keseluruh Kepulauan Melayu. 8. Kedatangan Melayu Deutro menyebabkan Melayu Proto berpindah ke kawasan pedalaman, iaitu di kawasan hutan dan pergunungan. Hal ini sesuai dengan mereka yang suka berpindah-randah. Kumpulan Melayu Proto inilah yang menjadi nenek moyang kepada suku orang Asli seperti Semang, Jakun, Senoi, dan sebagainya. 9. Kumpulan Melayu Deutro hidup di kawasan di persisiran pantai dan sebagai nelayan. Sebahagian mereka membina petempatan yang berhampiran dengan sungai dan lembah yang subur. Mereka menjalankan kerja pertanian dan memburu binatang. 10. Orang Melayu Deutro pandai bermasyarakat. Mereka berlayar ke pulau-pulau di seluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya berkembang menjadi bangsa Melayu dan bangsa Indonesia yang ada sekarang. 11. Selain Geldern, terdapat beberapa orang ahli budaya yang turut berpendapat bahawa orang Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah. Antara mereka termasuklah J.R. Logan yang membuat kajian berdasarkan adat resam suku bangsa Asia. Beliau mendapati bahwasa wujud persamaan antara adat resam kaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam di daerah Burma (Myanmar). Persamaaan yang wujud ini menunjukkan bahawa bahasa melayu mempunyai hubungan dengan bahasa di Asia Tengah. 12. Ahli-ahli budaya lain, seperti G.K Nieman dan R.M. Clark juga membuat kajian tentang adat resam dan menghasilkan kesimpulan bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu. 13. Hipotesis pertama ini turut disokong oleh dua orang sarjana Melayu, iaitu Asmah Haji Omar dari Malaysia dan Slametmuljana dari Indonesia. 14. Asmah Haji Omar berpendapat bahawa penghijrahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui laluan yang sama. Menurut beliau ada yang melalui daratan melintasi Tanah Semenanjung Malaysia, ada melalui Lautan Hindi dan ada yang pula melintasi Lautan China Selatan.

15. Slametmurjana pula membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa dan berpendapat bahawa bahasa Astronesia yang di dalamnya termasuk bahasa Melayu adalah dari daratan Asia. 16. Walau bagaimanapun, hipotesis pertama ini menimbulkan pelbagai keraguan. Salah satunya berkaitan dengan tarikh berlakunya penghijrahan. Tarikh penghijrahan Melayu Proto dengan Melayu Deutro adalah bertentangan dengan kajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden (Homo sapiens) telah wujud di Kepulauan Melayu sejak 35 000 tahun yang lalu. 17. Malah, kalau diteliti dari warna kulit, bangsa Melayu yang berkulit coklat tinggal di Thailand Selatan, Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina Selatan Singapura, memang berbeza daripada bangsa di Asia Tengah, baik bangsa Cina di sebelah timur mahupun bangsa India di sebelah barat yang berkulit cerah. Mereka bukan sahaja berbeza dari warna kulit, bentuk dan anggota badan tetapi juga daripada segi bahasa dan kebudayaan. 18. Selain itu, bukti beliung batu yang dikemukakan oleh Geldern juga meragukan. Artifak ini bukan sahaja ditemui di Timur Tengah dan Nusantara, tetapi juga di Amerika dan Eopah. Artifak ini sebenarnya ada pada mana-mana masyarakat primitif di seluruh dunia. Apatah lagi secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia Tengah ke Nusantara. Sekiranya beliau memulakan kajian dari Nusantara ke Asia Tengah, mungkin beliau akan menghasilkan kesimpulan bahawa bangsa Asia Tengah itu berasal dari Nusantara. 19. Seterusnya kajian bahasa juga tidak menyokong hipotesis bahawa bahasa Melayu berasal daripada bahasa di Asia Tengah. Kajian bahasa menunjukkan bahawa bahasa Melayu berasal daripada rumpun Astronesia, bukan daripada rumpun China-Tibet yang melahirkan bahasa China, Tibet, Siam, Miao, Yiu, dan Burma.

KAWASAN NUSANTARA 1. Hipotesis ini menolak pendapat bahawa bangsa Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah. Para pengkaji yang mendokong hipotesis ini mengemukakan beberapa tempat asal bahasa Astronesia, iaitu rumpun yang menurunkan bahasa melayu. Antaranya, termasuklah Sumatera, Jawa, Melanesia, New Guinea, dan Filipina. Para pengkaji mengemukakan beberapa bukti yang menjelaskan dakwaan mereka. 2. Bukti pertama dapat dilihat daripada segi kajian bahasa di kawasan selatan Asia. Hasil daripada penyelidikan perbandingan bahasa yang dilakukan oleh beberapa orang pengkaji bahasa menunjukkan bahawa bahasa-bahasa di Nusantara memang mempunyai hubungan kekerabatan, iaitu induk kepada bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Astronesia. 3. Kajian C.A.Mess mendapati bahawa bahasa-bahasa daripada rumpun Astronesia mempunyai persamaan yang banyak daripada segi perkataan, sistem imbuhan dan susunan tatabahasa. Sebagai contohmya, kata-kata seperti mata, telinga, dan lima sering timbul dalam bahasa-bahasa tersebut. 4. Penutur bahasa daripada rumpun bahasa Astroneia ini dipercayai berpusat di pesisir pantai yang strategik di Kepulauan Melayu. Dari situlah mereka membawa mereka membawa bahasa tersebut ke barat hingga ke Madagaskar di Lautan Hindi dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik. 5. Kajian Williams Marsden menunjukkan bahawa bahasa Melayu serumpun dengan bahasa Mekanesia, Melanesia, dan Polinesia yang kesemuanya daripada induk bahasa Austronesia. Kekerabatan bahasa seperti ini tidak ditemukan dalam bahasa-bahasa di Asia Tengah. Oleh hal yang demikian, asal nenek moyang bagi bahasa Melayu bukan dari Asia Tengah. 6. Berdasarkan kekerabatan bahasa, Isidore Dyen berpendapat bahawa orang Melayu mungkin berasal dari Formosa, New Guinea, atau Melanesia. Gorys Keraf dalam buku Linguistik Bandingan Historis pula menyatakan bahawa nenek moyang bahasa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan mereka menggunakan bahasa keluarga Nusantara. Menurut beliau, negeri asal nenek moyang bangsa Austronesia iailah Indonesia dan Filipina. 7. Seterusnya, kajian kebudayaan juga dapat membuktikan bahawa asal usul bahasa Melayu adalah dari kawasan Nusantara. Sehubungan dengan itu, seorang sarjana Inggeris bernama John Crawfurd membuat kajian perbandingan bahasa yang terdapat di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Hasil daripada

kajian beliau, menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki tahap kebudayaan yang tinggi pada abad kesembilan belas. 8. Menurut Crawfurd, untuk mencapai tahap kebudayaan yang menonjol itu, keduadua budaya itu tentu telah mengalami perkembangan beberapa abad sebelum itu. Berasaskan anggapan ini, beliau membuat kesimpulan tempat asal asal orang Melayu di Sumatera dan Jawa. Dengan kata lain, bahasa Melayu di Sumatera dalam bahasa Jawa (di pulau Jawa) merupakan bahasa induk kepada bahasabahasa serumpun yang tersebar di Kepulauan Melayu. 9. Hipotesis kedua ini juga disokong oleh kajian arkeologi kerana penemuan fosilfosil di Nusantara menunjukan bahawa manusia telah lama mendiami Kepulauan Melayu. Sebagai buktinya, fosil manusia yang ditemukan menunjukan bahawa manusia Jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak dua juta tahun yang lalu. 10. Selanjutnya, kajian terhadap tengkorak manusia menunjukan usia tengkorak manusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua daripada tengkorak yang ditemukan di Asia Tengah. Hal ini terbukti, Mojokerta dan Pithecanthropus Trinil yang masing-masing berusia kira-kira 670 000 tahun dan 600 000 tahun berbanding dengan Sinanthropus Pekinensis (Manusia Peking) yang ditemukan di China hanya berusia kira-kira 550 000 tahun. Daripada bukti kajian purba, dapat disimpulkan bahawa nenek moyang bangsa Austronesia dan Melayu bukan berasal dari Asia Tengah kerana manusia awal telah lama ada di Nusantara. 11. Bukti lain yang menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan penduduk asal di Nusantara juga dapat diselidiki dari sudut Geografi. Dari zaman Pilosen hingga Zaman Pleistosen, Nusantara dan Australia dikatakan terdiri daripada dua buah daratan luas yang telah telah dihuni manusia. Daratan Nusantara dikenali sebagai Pentas Sunda manakala Daratan Australia dinamai Pentas Sahul. 12. Kedua-dua daratan yang besar ini kemudian berpecah kepada pulau-pulau yang besar dan kecil sebagai akibat pencairan glasier. Pencairan glasier menyebabkan Pentas Sunda dan Pentas Sahul ditenggelami air dan beberapa daratan yang tinggi menjadi pulau, sama ada pulau yang besar atau kecil. Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau lain di Indonesia manakalan Pentas Sahul berpecah kepada benua Australia dan New Guinea. 13. Pemisahan antara satu daratan lain ini menyebabkan manusia yang tinggal di situ berpindah dari satu daratan ke satu daratan yang lain. Daripada huraian ini, dapat disimpulkan bahawa perpindahan manusia yang berlaku bukan dari Asia Tengah ke Nusantara tetapi penduduk asal di Nusantara berpindah disebabkan proses geografi. Justeru, orang Melayu pada asalnya memang penduduk di Nusantara, bukan berhijrah dari Asia Tengah.

SOALAN 1. Filum mempunyai pengertian sebagai a. Bahasa yang mempunyai penyimpanan yang sedikit b. Bahasa yang usianya melebihi 5 000 tahun c. Bahasa yang mempunyai hubungan kekerabatan d. Bahasa yang berumur antara 2 500 hingga 5 000 tahun 2. Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang betul berhubung dengan kelompok Melayu Deutro? i. Mereka pandai dalam bidang astronomi dan pelayaran ii. Mereka hidup dalam zaman Batu Baharu iii. Mereka mengamalkan cara hidup yang berpindah-randah iv. Merekalah yang menurunkan bangsa Melayu dan bangsa Indonesia a. i dan iii b. i dan iv c. ii dan iii d. ii dan iv 3. Antara yang berikut, yang manakah benar tentangkeluarga bahasa Nusantara? i. Dikenal juga sebagai bahasa Heperanesia ii. Tersebar luas sehingga ke Pulau Easter iii. Tergolong dalam rumpun bahasa Austroasia iv. Merupakan keluarga bahasa yang terbesar a. i dan iv b. ii dan iii c. ii dan iv d. i, ii, dan iv 4. bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu termasuk dalam rumpun bahasa a. Austronesia b. Austroasis c. Melanesia d. Mikronesia 5. Bangsa Melayu dikatakan berasal daripada rumpun Austronesia. Semua daerah yang berikut mempunyai hubungan dengan tempat asal bangsa Austronesia, kecuali a. Yunan b. Jawa c. Pattani d. Formosa

6.
Bahasa-bahasa Austris

China-Tibet

Austronesia

Austroasis

Nusantara

X, Y dan Z dalam rajah di atas tergolong dalam bahasa a. Hesperanesia b. Austronesia Barat c. Austronesia Timur d. Indonesia 7. Antara yang berikut, yang manakah bahasa yang serumpun dengan Bahasa Melayu? i. Tagalog ii. Cam iii. Bali iv. Aceh a. i, ii, dan iii b. i, ii, dan iv c. ii, iii, dan iv d. i, ii, iii, dan iv 8. Keluarga bahasa yang tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia ialah a. Melanesia, Mikronesia, Nusantara dan China- Tibet b. Melanasia, Mikronesia, Nusantara dan Polinesia c. Austroasis, Melanesia, Mikronesia, dan Nusantara d. China-Tibet, Polinesia, Melanesia dan Nusantara

9. Penyataan- penyataan yang berikut betul berhubung dengan perkembangan bahasa Melayu dan penuturnya, kecuali

a. Keluarga bahasa Nusantara, Malenesia, Mikronesia dan Polinesia tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia b. Orang Melayu Deutro yang datang ke Asia Tenggara menyebabkan orang Melayu Proto berpindah ke kawasan pedalaman c. Bahasa Melayu, Aceh, Tagolog, Sulu, Makasar dan Iban tergolong dalam keluarga bahasa Nusantara d. Bahasa Jawa kuno menjadi induk kepada bahasa Melayu 10. Keluarga bahasa yang tergolong dalam kelompok bahasa Ocenesia ialah a. Polinesia, Melanesia, Mikronesia b. Austronesia, Austroasis, China-Tibet c. Nusantara, Polinesia, Mikronesia d. Sumatera, Kalimantan, Jawa 11. Kata Malayapura ditemukan pada Batu Bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat bermaksud a. Tempat bersalji b. Menyeberang c. Kota Melayu d. Mengembara 12. Berdasarkan usia, semua bahasa yang berikut termasuk dalam kategori rumpun kecuali a. Austroasis b. Polinesia c. Austroasis d. China-Tibet 13. Pilih penyataan yang benar tentang bahasa Melayu Purba? i. Bahasa Melayu purba menurunkan bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu induk. ii. Bahasa Melayu Purba merupakan bentuk bahsa Melayu yang paling awal iii. Bahasa Melayu purba dopercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Proto iv. Bahasa Melayu purba wujud dalam bentuk lisan dan tulisan a. i dan ii b. i dan iv c. ii dan iii d. iii dan iv 14. Pilih bahasa yang terkategori dalam golongan bahasa Sumatera i. Bahasa Melayu

a. b. c. d.

ii. Bahasa Bugis iii. Bahasa Madun iv. Bahasa Nias i dan ii ii dan iii i dan iv iii dan iv

15. Antara yang berikut, yang manakah tidak diketengahkan oleh para penyelidik sebagai tempat datangnya orang Melayu berdasarkan hipotesis tempat asal bangsa Melayu adalah dari Asia Tengah? a. Yunan b. Assam c. Campa d. Annam

SKEMA JAWAPAN

1. b 2. b 3. a 4. a 5. c 6. c 7. d 8. b 9. d 10. a 11. c 12. b 13. a 14. c 15. d

You might also like