You are on page 1of 19

Cukai yang rendah British mengenakan cukai tanah dan eksport yang rendah bagi menggalakkan pembukaan ladang

getah Pelaburan modal terdapatnya pelaburan modal oleh syarikatsyarikat besar Eropah seperti Sime Darby

Kejatuhan harga kopi - akibat pengeluaran kopi yang berlebihan di Brazil dan serangan serangga perosak

Faktor-faktor Perkembangan Perusahaan Getah

Permintaan terhadap getah meningkat diperlukan oleh Amerika Syarikat dan Eropah dalam pembuatan motokar, kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik Tenaga buruh mencukupi - buruh dari India dibawa masuk secara besarbesaran

Kaedah menoreh H.N. Ridley memperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem ibedem atau sistem tulang ikan herring yang dapat meningkatkan pengeluaran susu getah

KEMELESETAN EKONOMI DUNIA MENJEJASKAN PERUSAHAAN berlaku pada GETAH Kemelesetan ekonomi dunia
1920-an dan 1930-an mengakibatkan kejatuhan harga getah Beberapa langkah diambil bagi menstabilkan harga getah Antaranya:
Rancangan Sekatan Stevenson 1922 Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa 1934

RANCANGAN SEKATAN STEVENSON 1922 Perkara Catatan


Apa Bila Dimana Rancangan Sekatan Stevenson 1922 Hanya tanah jajahan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka yang menyertai. Belanda di Indonesia enggan menyertai dan terus meningkatkan pengeluaran. Diperkenalkan untuk : (1) mengurangkan pengeluaran getah (2) meningkatkan harga getah Kejatuhan harga getah akibat kemelesetan ekonomi dunia

Bagaimana

Mengapa

Namun, usaha ini tidak mencapai matlamatnya dan ditamatkan oelh British pada tahun 1928.

PERJANJIAN PERATURAN GETAH ANTARABANGSA 1934


Perkara Catatan

Apa Bila Dimana

Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa 1934 Negara yang menyertai ialah Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia, IndoChina dan Thailand Setiap negara dikehendaki mengurangkan pengeluaran mengikut kuota yang ditetapkan. Kejatuhan harga getah akibat kemelesetan ekonomi dunia.

Bagaimana Mengapa

Perjanjian ini berjaya meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia sebelum Perang Dunia Kedua.

Selepas Perang Dunia Kedua, pengeluaran getah asli mendapat cabaran baru apabila Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan memandangkan bekalan getah asli di pasaran dunia terputus akibat perang. Namun, mutu getah asli negara kita lebih berkualiti berbanding getah tiruan.

British turut mengaut keuntungan daripada kegiatan perlombongan yang diusahakan seperti bijih timah, emas, arang batu, bauksit, bijih besi dan ilmanit.

Kawasan Raub, Pahang

Huraian
Emas dilombong secara komersial Kawasan perlombongan emas yang terbesar di Tanah Melayu Diusahakan oleh syarikat dari Australia Kawasan perlombongan arang batu Kawasan perlombongan bauksit Bauksit dilombong untuk dibuat aluminium Kawasan perlombongan bijih besi

Batu Arang, Selangor Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor serta Teluk Emas di Melaka Bukit Besi di Terengganu, Rompin di Pahang, Kedah, Perak dan Johor Batang Padang, Perak

Kawasan utama penghasilan ilmanit Galian ilmanit dikeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah

Sebelum campur tangan British, orang Melayu melombong bijih timah secara mendulang dan melampan.
Mendulang biasanya dilakukan oleh wanita Menggunakan dulang yang diperbuat daripada kayu jelutung Seseorang berada di dalam sungai. Mereka mencedok pasir yang mengandungi bijih timah dan membasuhnya dengan air yang mengalir sehingga bijih timah sahaja yang tertinggal di dalam dulang. Melampan Memerlukan seseorang memasukkan longgokan tanah yang mengandungi bijih timah ke dalam air semula jadi atau palung. Penyodok kayu digunakan untuk menolak dan mengacau tanah mengikut arah aliran air sungai. Tanah akan hanyut, manakala bijih timah yang berat akan tertinggal.

Awal 1820-an, orang Cina mula dibawa masuk untuk bekerja di lombong bijih timah milik pembesarpembesar Melayu di Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang. Pembesar-pembesar Melayu memberi hak pajakan tanah kepada orang Cina dan Eropah, membolehkan mereka membuka lombong bijih timah. Penglibatan orang Cina menyebabkan pembukaan beberapa lombong seperti di Ampang, Kuala Lumpur dan Lembah Kinta, Perak.

Orang Cina memperkenalkan kaedah melombong yang lebih baik seperti sistem lombong dedah dan penggunaan pam kelikir serta palung. Mereka menguasai kegiatan ini sehingga akhir kurun ke-19. Semasa Revolusi Perindustrian di Eropah, permintaan terhadap bijih timah meningkat. Bijih Timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan. Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia

Awal kurun ke-20, kapal korek yang diperkenalkan oleh syarikat-syarikat Eropah telah menghasilkan lebih banyak bijih timah, membolehkan orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah pada 1930-an. Namun, harga bijih timah jatuh pada tahun 1930-an akibat kemelesetan ekonomi dunia. Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ditandatangani pada 1931 bagi memulihkan harga bijih timah.

Perkara
Apa Bila Di mana Bagaimana Mengapa

Catatan
Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa 1931 Antara negara yang terlibat ialah Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia Semua negara bersetuju mengurangkan pengeluaran bijih timah masing-masing Kejatuhan harga bijih timah pada tahun 1930-an akibat kemelesetan ekonomi dunia.

Hasil daripada perjanjian tersebut, Majlis Bijih Timah Antarabangsa telah

diwujudkan untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah bagi setiap negara pengeluar. Dengan itu, harga bijih timah kembali stabil.

You might also like