You are on page 1of 4

ART HOMEWORK Mohd Hoessein Enas & Syed Ahmad Jamal cari biodata and karya; Dzulkafli Buyong

optional. Leonardo da Vinci and Vincent van Gogh biodata and karya. Then you have to cari the aliran: kiubisma, ekspresionisma, realisma, impressionisma and surrealisma

Nama sebenar Hoessein Enas ialah Mohd Hoessein Enas. Beliau dilahirkan di Bogor, Jawa, Indonesia pada tahun 1924. Beliau telah berhijrah ke Malaysia pada 1947. Bakat seni beliau adalah semulajadi dan beliau telah banyak meneliti kejadian alam dan kehidupan manusia dan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya tempatan. Hasil karya beliau adalah menuju kepada aliran realistik dan naturalistik. Hoessein Enas merupakan lagenda seni tampak Malaysia dan juga dikenali sebagai Bapa Potret Malysia, dilahirkan pada tahun 1924 di Kepulauan Jawa, Indonesia. Pada tahun 1947, beliau telah memasuki Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di Ayer Hitam, Pulau Pinang. Sebelum memulakan perjalanan sebagai insan seni, beliau telah melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan beliau salah satunya ialah penarik beca. Beliau juga menjadi pelukis jalanan. Sewaktu itu, Malaya adalah di bawah jajahan British (Inggeris). Ketika beliau sedang asyik melukis dijalanan, beliau telah dikunjungi oleh Tun Sambathan dan Pengarah Bristish Council ketika itu, Frank Sullivan yang kemudiannya menjemput beliau mengadakan pameran di Pusat British Council, Kuala Lumpur. Sambutan untuk pameran pertama beliau pada ketika itu amat memberangsangkan kerana semua hasil seni beliau telah terjual (ketika itu beliau masih lagi seorang artis baru yang masih cuba menempa nama). Penilaian pada zaman itu,

untuk artis baru seperti beliau amatlah positif untuk beliau lebih bersungguh mencipta nama sebagai seorang artis yang berjaya. Selepas berjaya pada pameran pertama, atas pengaruh daripada Frank Sullivan, beliau telah diserapkan untuk menjadi pegawai kerajaan dan ditempatkan di Jabatan Orang Asli Malaya. Sumbangan beliau kepada seni kita antaranya, ukiran orang Rejang di Pahang dengan beberapa buah buku dan tesis bahasa telah dihasilkan. Tesis-tesis yang dihasilkan oleh beliau kini di bawah jagaan Dr. Zakaria Ali. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan persatuan bagi pelukis-pelukis Malaya ketika yang dinamakan sebagai Angkatan Pelukis Semenanjung (APS). Persatuan tersebut masih wujud sehingga kini. Cogan kata persatuan itu ialah Seni dan Masyarakat yang telah dipinjam dari cogan kata Angkatan Sasterawan Singapura 50 (ASAS 50) iaitu Seni Untuk Masyarakat. Sumbangan yang paling besar dariapada Hoessein Enas yang tidak dapat dinilai ialah gambar-gambar yang diwariskan yang boleh dilihat, dikaji dan diulas kesahihannya.

You might also like