You are on page 1of 15

SISTEM DIGIT (TTM 208)

BAB D: PEMBILANG 5. Menerangkan operasi pembilang dan merekabentuk pembilang Pembilang adalah litar berjujukan yang mudah dan mempunyai hanya satu masukan iaitu angkubah yang hendak dibilang. Pembilang mengandungi flip-flop di mana setiap peringkatnya memerlukan masukan denyut jam untuk berkendali. Jenis flip-flop yang biasa digunakan sebagai Pembilang i. ii. iii. flip-flop JK flip-flop T flip-flop D

Keperluan asas flip-flop untuk tujuan membilang mestilah boleh berubah keadaan dengan kehadiran pinggir satu denyut jam. Jenis Pembilang terbahagi kepada dua iaitu: i. ii. 5.1 Pembilang Tak Segerak Pembilang Segerak Membincangkan pembilang tak segerak

Pembilang Tak Segerak juga dikenali sebagai Pembilang Riak. Perubahan pada keluaran peringkat pertama akan meriak atau merambat keseluruhan atau sebahagian pembilang iaitu keluaran daripada flip-flop pertama merupakan masukan denyut jam pada peringkat flip-flop seterusnya. Denyut jam pada setiap peringkat diterima secara tidak langsung iaitu dari keluaran peringkat pembilang sebelumnya. Perubahan pada keadaan keluaran flip-flop (pembilang selepasnya) bergantung kepada perubahan yang berlaku ke atas keluaran flip-flop (pembilang sebelumnya)

Kendalian pembilang Tak segerak

'1 ' k lo k A B C

Rajah 1: Litar Pembilang Tak segerak

1 k lo k

Rajah 2: Rajah masa Pembilang C 0 0 0 0 1 1 1 1 0 0 0 0 B 0 0 1 1 0 0 1 1 0 0 1 1 A 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 Bilangan denyutan jam 0 1 2 3 4 5 6 7 8 (kitar semula) 9 10 11

Ia akan berulang berterusan Jadual 1: Jadual untuk pembilang tak segerak Pengendalian litar pembilang 3-bit, merujuk kepada Rajah 2: 2

i.

Denyut-denyut jam di kenakan hanya pada masukan jam flipflop yang pertama (A). Jadi, flip-flop A akan Toggle (berubah kepada keadaan bertentangannya) setiap masa denyutan jam membuat peralihan negatif (TINGGI kepada RENDAH). Perhatikan yang J = K = 1 untuk semua flip-flop.

ii.

Keluaran normal flip-flop A bertindak sebagai masukan jam untuk flip-flop B , jadi flip-flop A akan toggle setiap masa keluaran A berubah dari 1 kepada 0. Begitu juga dengan flip-flop C yang akan toggle apabila B berubah daripada 1 kepada 0.

iii.

Jadual 1, menunjukkan jujukan keadaan binari bagi flip-flop apabila denyutan jam diberikan secara berterusan. Anggapkan keluaran flip-flop A, B dan C mewakili nombor binari, dengan C sebagai MSB dan A sebagai LSB , dengan ini jujukan perkiraan binari daripada 000 kepada 111 akan terhasil.

iv.

Selepas denyutan yang ke 7 berlaku, pembilang flip-flop adalah dalam keadaan 111. Pada denyut jam yang ke 8, flip-flop A berubah dari 1 kepada 0, dengan ini akan menyebabkan flip-flop B juga berubah dari 1 kepada 0, dan seterusnya sehingga pembilang dalam keadaan 000. Dengan perkataan lain, pembilang telah melalui satu kitar lengkap (000 ke 111) dan akan ulang semula kepada 000 dengan memulakan pengiraan kitar yang baru apabila denyut-denyut jam dikenakan seterusnya.

Bagi Pembilang Tak Segerak setiap keluaran flip-flop merupakan isyarat masukan jam untuk flip-flop yang berikutnya. Ini adalah kerana semua flip-flop tidak berubah keadaan dengan pergerakan yang tepat dengan denyut-denyut jam tetapi hanya flip-flop A bertindak kepada denyut-denyut jam itu. Flip-flop B perlu menunggu untuk flip-flop A berubah keadaan sebelum Toggle dan flip-flop C perlu menunggu untuk flipflop B. Jadi di sini terdapat lengah antara sambutan setiap flip-flop dengan ini serba sedikit akan mendatangkan masalah.

Terbitan Formula Pembilang Bagi mengira Modulo (Mod) bagi sesuatu pembilang: 2n = N di mana; n = bilangan flip-flop (bilangan peringkat pembilang) N = Modulo (keadaan keluaran pembilang) Bagi mengira nombor maksima yang boleh dikira oleh sesuatu pembilang: 2n1=M di mana; M = Nombor maksima yang boleh dikira.

Oleh sebab itu: N-1 = M Contoh:


Bagi suatu pembilang Mod 16 kirakan bilangan flip-flop yang diperlukan untuk membina pembilang tersebut dan nombor maksima yang boleh dikira.

Dengan ini N = 16 di mana 2n = 16 Oleh sebab itu n =


log 2 16 = 4 jumlah Flip-flop log 2 2

Nombor maksima yang boleh dikira, M = 2n-1 = 24 1 = 15 Latihan: Nyatakan mod bagi pembilang dan nombor maksima yang boleh dikira bagi suatu pembilang sekiranya bilangan flip-flop yang digunakan ialah: i. ii. 3 flip-flop 5 flip-flop

5.1.1

Membina pembilang menaik menggunakan flip-flop 4

Pembilang menaik adalah pembilang yang mengira bermula dari nombor yang paling kecil (LSB) hingga ke nombor maksima (MSB), bergantung kepada bilangan flip-flop yang digunakan.

Rajah 3: Litar Pembilang Menaik Mod 10 Di dalam Rajah 3 pembilang membilang dari nombor 0 hingga 9 menggunakan 4 flip-flop untuk menghasilkan keluaran pembilang 4 bit. Pembilang akan membilang dari 0000 hingga 1001. Apabila pembilang mengesan nombor 1010 (1010) ia terus mengitar semula ke 0000. Operasi pembilang menaik mod 10: o o o o Pembilang akan membilang dari nombor 0000 hingga 1001. Apabila keluaran menjadi 1010 iaitu QD = 1, Qc = 0, QB = 1, QA = 0 kedua-dua masukan get NAND = 1. Oleh sebab itu keluaran get NAND = 0. Ini akan mengaktifkan suis CLEAR ( aktif rendah). Oleh sebab itu semua keluaran flip-flop di Clearkan kepada 0. Jadual 2 menunjukkan cara bagaimana pembilang membilang dari 0 hingga 9. Jam 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 QD 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 1 QC 0 0 0 0 1 1 1 1 0 0 0 QB 0 0 1 1 0 0 1 1 0 0 1 5 QA 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 Nombor Desimel 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ( keadaan sementara yang

diperlukan untuk 11 0 0 0 0 membersihkan pembilang) 0

Ia akan berulang berterusan Jadual 2: Pembilang Menaik Mod 10 Rajah 4 menunjukkan pembilang menaik Mod 14

Rajah 4: Litar Pembilang Menaik Mod 14 Latihan: Terangkan operasi Pembilang Menaik Mod 14

5.1.2

Membina pembilang menurun menggunakan flip-flop

Pembilang menurun adalah pembilang yang membilang bermula dari nombor yang paling besar (MSB) hingga ke nombor yang paling kecil (LSB). Masukan denyut jam untuk peringkat kedua dan seterusnya diambil dari keluaran peringkat sebelumnya. Rajah 5 menunjukkan satu contoh litar pembilang menurun. 6
Q

(L S B ) Q

Q 2 (M S B )

P R A S E T '1 ' C LO C K

Rajah 5: Litar Pembilang menurun

1 c lo c k Q Q Q
0 1 2

Rajah 6: Rajah masa Pembilang menurun

Jam 0 1 2 3 4 5 6 7 8

Q2 1 1 1 1 0 0 0 0 1

Q1 1 1 0 0 1 1 0 0 1

Q0 1 0 1 0 1 0 1 0 1

Nombor Desimel 7 6 5 4 3 2 1 0 7

Jadual 3: Jadual Kebenaran Pembilang menurun

Rajah 5 merupakan rajah litar pembilang menurun yang mengira dari 111 dan menurun sehingga 000. Q2, Q1, Q0 mewakili keadaan keluaran flip-flop apabila pembilang melalui jujukannya. Ia boleh dilihat yang flip-flop Q0 (LSB) berubah keadaan (Toggle) pada setiap langkah dalam jujukan itu seperti mana ia berlaku dalam pembilang menaik. 7

Flip-flop Q1 berubah keadaan setiap masa apabila Q0 berubah dari RENDAH kepada TINGGI; Q2 bertukar keadaan setiap masa Q1 berubah dari RENDAH ke TINGGI. Jadi dalam pembilang menurun setiap flip-flop, kecuali yang pertama, mesti Toggle apabila flip-flop berikutnya berubah dari RENDAH ke TINGGI. Dalam litar tersebut apabila ia dapat mengesan kehadiran 000 Preset akan berfungsi untuk mengubah keluaran pembilang kepada logik 1. Jadi dengan ini keluaran akan menjadi 111. Pembilang menurun tidak digunakan dengan meluas seperti pembilang menaik. Penggunaan utamanya ialah apabila kiraannya mesti diketahui semasa bilangan denyut-denyut masukan yang diingini telah berlaku. Dalam keadaan ini pembilang menurun menggunakan PRESET untuk nombor yang dikehendaki dan kemudian dibenarkan untuk mengira ke bawah apabila denyut-denyut dikenakan. Kegunaan Preset Dan Clear Kedua-dua masukan PRESET dan CLEAR ini digunakan pada pembilang Tak Segerak dan Pembilang Segerak. PRESET boleh mengubah keluaran pembilang kepada logik 1. CLEAR boleh mengubah keluaran pembilang kepada logik 0, bergantung kepada keadaan

keaktifannya. 1. Latihan: Bagi membina pembilang menaik

Mod 13, keluaran flip-flop yang manakah perlu disambungkan kepada NAND Gate untuk dibersihkan? Lukiskan rajah litar pembilang tersebut dengan menggunakan . 2. D. 3. menurun mod 9 dengan menggunakan flip-flop JK. Lukiskan pembilang tak segerak Lukiskan pembilang tak segerak yang boleh membilang turutan nombor 0, 1, 2, 3, 4, 5, 0, . . . dengan menggunakan flip-flop

5.2

Membincangkan pembilang segerak

Masalah yang dihadapi dalam pembilang tak segerak disebabkan oleh masa lengah perambatan iaitu flip-flop tidak boleh berubah keadaan secara serentak dalam penyegerakkan dengan denyut-denyut masukan. Masalah ini boleh di atasi dengan penggunaan pembilang segerak di mana, semua flip-flop dipicukan secara serentak oleh denyut-denyut masukan jam. Oleh kerana denyut-denyut masukan dikenakan pada semua flip-flop, beberapa cara mesti digunakan untuk mengawal ketika flip-flop Toggle dan apabila ia dibiarkan tidak dipengaruhi oleh denyut jam. Semua flip-flop dalam pembilang segerak di segerakkan oleh satu masukan denyutan jam yang sama supaya semua flip-flop dapat berubah secara serentak. 5.2.1 Membina pembilang menaik menggunakan flip-flop
Q Q

'1 ' A B C

c lo c k

c le a r

Rajah 7: Litar Pembilang segerak mod 8 Penerangan bagi Rajah 7: o o o Peringkat A, masukan J dan K pada flip-flop sentiasa dalam keadaan logik 1. Dengan itu keluarannya akan berubah setiap kali adanya masukan denyut jam. Peringkat B, QAdari flip-flop A adalah tinggi sehingga masukan J dan K menjadi logik 1, maka keluaran QB akan berubah dengan ada masukan denyut jam. Peringkat C, QB dari flip-flop B dan QA dari flip-flop A adalah tinggi sehingga memberikan masukan J 1 K menjadi 3logik 1, maka perubahan 6akan terjadi pada QC dan 2 5 7 4 8 setelah masukan denyut jam diperolehi. c lo c k

Q Q Q

A B

9
C

Rajah 8: Rajah masa Pembilang Mod 8 Modulo 1 2 3 4 5 6 7 8 QC 0 0 0 0 1 1 1 1 QB 0 0 1 1 0 0 1 1 QA 0 1 0 1 0 1 0 1 Nombor 0 1 2 3 4 5 6 7

Jadual 4:Jadual Kebenaran Pembilang Segerak Mod 8 5.2.2 Membina pembilang menurun menggunakan flip-flop
Q p ra s e t '1 ' A B C
A

c lo c k

Rajah 9:Litar pembilang segerak menurun

Penerangan bagi Rajah 9: 10

o o o

Keluaran QA akan berubah setiap kali adanya masukan denyut jam. Bila QA logik 0, QB akan berubah setelah masukan denyut jam diperolehi. Bila QA dan QB logik 0, QC akan bertukar keadaan bila masukan denyut jam di perolehi berikutnya.
1 c lo c k Q A Q Q
B C

nom bor

Rajah 10: Rajah masa pembilang menurun

5.2.3 Rekabentuk Pembilang Segerak. Langkah-langkah yang perlu untuk menyelesaikan rekabentuk. 1. Tentukan jumlah/ bilangan flip-flop yang diperlukan. Pengiraan boleh dibuat dengan menggunakan formula, 2n 1 = M @ 2n =N dimana n = bilangan flip-flop N = mod M = nombor maksima yang boleh dihitung. Lukiskan rajah keadaan atau jadual keadaan yang menunjukkan turutan nombor yang dilalui. Dapatkan jadual ujian dengan menimbangkan semua kemungkinan keadaan pembilang tersebut. Isikan kemungkinan masukan setiap flip-flop dalam peta K ( karnaugh map) dan dapatkan fungsi MINIMA bagi setiapnya. Lukiskan litar logik pembilang yang lengkap dengan: i. Menyambungkan satu masukan denyut jam pada masukan SEMUA JAM setiap flip-flop. ii. Menyambungkan terminal masukan setiap flip-flop mengikut fungsi minima yang diperolehi dari peta K.

2. 3. 4. 5.

Contoh: 11

Rekabentukkan satu litar pembilang yang membilang 0, 2, 4, 6, 0 . . . menggunakan flip-flop JK. 1.Tentukan jumlah/ bilangan flip-flop yang diperlukan. Pengiraan boleh dibuat dengan menggunakan formula, 2n 1 = M @ 2n =N 2n = M + 1 =7 n = log2 7 = 2.81 oleh sebab itu bilangan flip-flop yang diperlukan adalah 3 2. Lukiskan rajah keadaan atau jadual keadaan yang menunjukkan turutan nombor yang dilalui.
0

Rajah keadaan Keadaan sebelum 0 2 4 6 Keadaan kini 2 4 6 0

Jadual keadaan 3. Dapatkan jadual ujian dengan menimbangkan semua kemungkinan keadaan pembilang tersebut. Keadaan sebelum QC QB QA 0 0 0 0 1 0 1 0 0 1 1 0 Keadaan kini QC 0 1 1 0 QB 1 0 1 0 QA 0 0 0 0 JC 0 1 X X Masukan flip-flop KC X X 0 1 JB 1 X 1 X KB X 1 X 1 JA 0 0 0 0 KA X X X X

Jadual Ujian 4. Isikan kemungkinan masukan setiap flip-flop dalam peta K ( karnaugh map) dan dapatkan fungsi MINIMA bagi setiapnya. 12

QCQB 0 QA 00 01XXXXXX 1 QCQB QA 00 1 0 1 X JB= 1

01

11 JC= QB

10

QCQB QA 00 X 0 1 X

01 X X 1

11 0 X X

10

KC = QB 01 X X 11 X X 10 1 X QCQB QA 00 X 0 1 X KB= 1 01 1 X 1 X 11 X X 10

QCQB QA 00 0000XXXX 0 1

01

11 JA= QA

10

QCQB QA 00 0 X 1 X KA= 1

01 X X

11 X X

10 X X

A '1 ' c lo c k '1 '

Litar Pembilang yang membilang 0, 2, 4, 6, 0.....

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PEMBILANG SEGERAK DAN TAK SEGERAK

Keburukan pembilang tak segerak. 13

1. 2. 3.

Frekuensi maksima jam bergantung kepada jumlah flip-flop. Lebih banyak flip-flop, lebih rendah frekuensi maksima. Hanya bilangan turutan ke atas dan turutan ke bawah sahaja yang boleh diperolehi dari pembilng tak segerak. Jika modulo 2n di mana n adalah bukan nombor bulat , ada ralat berlaku semasa pertukaran dari nombor maksima (M) ke angka terkecil (0)

Kebaikan Pembilang Segerak. 1. Frekuensi setiap keluaran flip-flop adalah sama dengan frekuensi jam. Frekuensi maksimanya tidak bergantung kepada bilangan flip-flop yang digunakan . Jadi ralat dapat dikurangkan. 2. Turutan bagi nombor yanmg dibilang adalah bebas dan boleh dipelbagaikan. Turutannya tidak terhad kepada bilang ke atas atau ke bawah sahaja.

SOALAN 1
Dengan menggunakan JK flip-flop, bina litar pembilang yang dapat membilang turutan nombor 0, 1, 2 , 5, 6, 0 , . . . . .

14

SOALAN 2
Dengan menggunakan flip-flop D, reka dan lukiskan litar yang dapat membilang turutan nombor: i. 1, 3, 5, 7, 9, 11, 13, 1,. . . . . ii. 2, 4, 6, 8, 12, 14, 2, . . . . . . iii. 1, 2, 4, 5, 9, 12, 13, 1, . . . . . iv. 0, 1, 4, 7, 11, 15, 0, . . . . . . v. 0, 2, 5, 8, 11, 14, 0, . . . . .

SOALAN 3
Satu pembilang tak segerak hendak digunakan untuk membilang turutan nombor 0000 hingga 1100. Bina dan lukiskan litar pembilang yang sesuai untuk tujuan ini.

15

You might also like