You are on page 1of 10

Teori Realiti dan Teori Tingkah Laku

Teori realiti merupakan satu teori yang diasaskan oleh William Glasser pada tahun
1965 ekoran daripada ketidaksetujuannya terhadap teori psikoanalitik. Kottler dan Brown
menyatakan bahawa teori realiti merupakan suatu pendekatan mengajar yang menekankan
kepada penyelesaian masalah, tanggungjawab peribadi dan keperluan untuk menangani atau
mengatasi keperluan realiti seseorang individu. Menurutnya lagi teori ini adalah berdasarkan
kepada andaian bahawa setiap individu perlu untuk membina identiti sama ada berjaya atau
gagal. John J.PietroIesa (1984) dalam Mazita Ahmad (2011), berpendapat bahawa teori realiti
berasaskan kepada andaian terhadap sesuatu tingkah laku sama ada menolong atau
menghalang untuk memenuhi keperluan asas manusia. Keperluan tersebut merupakan
keperluan untuk disayangi dan menyayangi orang lain dan keperluan merasa dihargai dan
menghargai orang lain. Tingkah laku yang dapat dipenuhi dikatakan bertanggungjawab dan
yang gagal adalah sebaliknya. Tingkah laku yang tidak bertanggungjawab akan membina
identiti gagal dan seterusnya akan menghadapi kegagalan. William Glasser (1985) dalam
Mazita Ahmad (2011), telah menekankan bahawa manusia melihat dunia melalui lima
keperluan asas genetik dan bukannya dunia seperti ianya yang sebenar. Teori realiti telah
menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, boleh membuat pilihan dan
bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Manusia boleh mengawal secara berkesan
kehidupannya jika mereka bersedia untuk berusaha menentukan matlamatnya. Oleh itu
dengan meletakkan prinsip-prinsip teori kawalan dalaman manusia boleh mencegah banyak
masalah.

Mengikut Iahaman ahli psikologi teori pembelajaran tingkah laku, pembelajaran
merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang berlaku pada seseorang (ShariIah
Alwiah, 1984). Ada juga yang berpendapat bahawa pembelajaran merupakan keupayaan
seseorang untuk berubah dan tidak boleh melakukan sesuatu perbuatan kepada boleh
melakukannya (ShariIah Alwiah, 1984). Pembelajaran juga boleh dikatakan sebagai satu
keputusan daripada pengalaman atau interaksi dengan persekitaran yang akan mengaitkan
tahap keIahaman seseorang dalam menempuh kehidupan. Menurut ahli-ahli psikologi teori
tingkah laku pembelajaran dikatakan berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku dalam
diri seseorang. Perubahan tingkah laku yang dimaksudkan di sini ialah perubahan tingkah
laku daripada tidak tahu melakukan sesuatu perkara kepada tahu melakukannya (Atan Long,
1991).


iri iri Teori Realiti dan Teori Tingkah Laku

Mengikut Amir Awang (1987) dalam Mazita Ahmad (2011), teori realiti mempunyai
ciri-ciri berikut;
1. Teori realiti menekankan bahawa tingkah laku yang tidak siuman adalah disebabkan
pengabaian tanggungjawab. Menurutnya apabila individu itu tidak melaksanakan
tanggungjawabnya maka akan timbulnya tingkah laku bilazim.
2. Teori realiti juga memberi penumpuan kepada tingkah laku dan bukannya perasaan dan
sikap. Apabila tingkah laku itu berubah maka sikap dan perasaan akan turut berubah.
3. Ia member tumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa kini. Peristiwa
yang lampau dan pada masa depan tidak diberi perhatian kerana sejarah yang lalu tidak
boleh diubah. Begitu juga masa depan boleh menimbulkan kebimbangan semata-mata.
4. Teori ini juga menekankan aspek-aspek positiI seperti potensi individu, kejayaan,
kelebihan dan kualiti positiI yang ada pada individu tersebut. Melihat individu sebagai
positiI dan beroperasi dan bukannya sebaliknya.
5. Menggalakkan individu menilai tingkah lakunya sama ada yang positiI atau negatiI.
Tingkah lakunya akan berubah setelah mengenal pasti tingkah laku itu dan ini akan
menyedarkan individu itu tentang punca kegagalan pada masa kini.
6. Teori ini juga menitikberatkan tanggunjawab. Sikap bertanggungjawab perlu dipelajari
secara terus menerus sepanjang kehidupan.

PietroIesa, J.J (1984) dalam Mazita Ahmad (2011) telah menjelaskan bahawa teori
realiti adalah untuk membantu mereka yang hanya mencari keseronokan sahaja dan
mengabaikan dunia realiti. Kottler dan Brown (1996) dalam Mazita Ahmad (2011) pula
menyatakan teori ini menggalakkan individu bermotivasi, bertanggungjawab terhadap
rancangan tindakannya kea rah perubahan tingkah laku membina identiti yang berjaya.
orsini R.J. (1983) dalam Mazita Ahmad (2011), menyatakan bahawa tidak kira bagaimana
kejam atau ganas dan luar biasa sasuatu kejadian itu membawa kepada tingkah laku
seseorang, kita harus menjelaskan kepadanya bahawa kejadian yang lalu tidak boleh
dijadikan alas an untuk bertingkah laku yang tidak sepatutnya. Tidak kira apa yang terjadi
kepadanya di masa lalu, dia harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap apa
dilaksanakannya sekarang.



Teori realiti menitikberatkan tingkah laku yang boleh diukur dan dilihat maka sebarang
perubahan yang berlaku dengan mudah dapat dikesan dan dinilai oleh manusia itu sendiri.
Keadaan ini mendorong manusia untuk terus memperbaiki dan berusaha ke arah yang lebih
baik. Walaupun begitu teori ini juga masih lagi terlibat dengan limitasinya. Di antaranya ialah
konsep dan pendekatannya yang terlalu mudah, malah oversimplistic` sehingga boleh
menimbulkan keraguan.

Teori ini juga menolak tentang isu berkaitan dengan peristiwa yang lampau. Keadaan ini
akan menyebabkan manusia tidak memahami tentang dirinya dengan sebenarnya. Amir
Awang (1987) dalam Mazita Ahmad (2011) telah menyatakan, sesungguhnya pengasas teori
realiti William Glasser begitu berkeyakinan serta optimistik dengan pendekatannya. Terdapat
banyak bukti menunjukkan kejayaan teori ini dalam usaha untuk mengubah tingkah laku
belia yang mengalami penyelewengan tingkah laku.

Dalam kajiannya, Glasser menegaskan bahawa kegagalan seseorang individu itu ialah,
bukan di peringkat individu dalam tugasnya sebagai seorang manusia, tetapi di peringkat
antara perseorangan, iaitu di peringkat sosial (ShariIah Alwiah, 1984). Dengan itu,
perkembangan kejayaan seseorang itu harus disalurkan melalui saluran sosial. Dengan
kepercayaan ini, Glasser mengesyorkan bahawa teori reality ini adalah untuk semua orang,
dan perinsip-prinsipnya adalah pengasas kehidupan sosial yang berjaya dan bermakna.

Menurut ShariIah Alwiah, (1984), Glasser telah menggunakan prinsip-prinsip terapi
realitinya di dalam bilik darjah dengan cara perbincangan selama 30 hingga 40 minit,
sekurang-kurangnya sekali seminggu. Dalam perbincangan ini, guru dan murid berbincang
secara terbuka, tanpa teguran kritikal mengenai masalah peribadi, tingkah laku, atau
pencapaian akademik yang menyentuh diri mereka sendiri dengan tujuan mencari
penyelesaian bersama. ShariIah Alwiah, (1984), Glasser berpendapat bahawa seseorang
individu itu menanggung masalah, kerana ia gagal memuaskan keperluan asasi dirinya sendiri
untuk mendapat kasih dan rasa hormat (nilai diri). Yang asas sekali ialah, keperluan
mengasihi dan dikasihi. Dalam semua bentuk kasih, dari kasih berkawan hingga ke kasih ibu,
kasih keluarga, dan kasih bersatu, keperluan mengasihi dan dikasihi ini mendesak kita bergiat
ke arah memuaskannya. Apabila keperluan ini tidak dapat dipuaskan, maka kita akan
semestinya menanggung rasa kurang senang, kerana gelisah, bimbang, dan muram hingga
membawa ke pringkat menarik diri sepenuhnya dari dunia luar dalam persekitaran kita.


Mengikut orey (1988) dalam Mazita Ahmad (2011), dalam pembentukan identiti
masing-masing individu akan mengembangkan keterlibatan dengan orang lain dan dengan
bayangan diri yang dengannya individu itu akan merasa relatiI berhasil atau sebaliknya.
Manusia mencakupi pernyataan bahawa sesuatu kekuatan pertumbuhan itu mendorongnya
untuk berusaha mencapai sesuatu identiti keberhasilan. Mengikut PietroIesa HoIIman dan
Splete (1984) dalam Mazita Ahmad (2011), manusia mempunyai dua keperluan asas. Jika
keperluan itu tidak dapat dipenuhi maka akan wujud kecewaan. Dua keperluan asas itu ialah
keinginan untuk menyayangi dan disayangi dan juga keperluan keinginan untuk merasakan
kita berguna untuk diri sendiri dan juga orang lain. Bagi Glasser, beliau percaya bahawa
kematian merupakan keputusan yang dibuat oleh seseorang yang kurang kasih sayang di awal
kehidupannya. Seterusnya kekurangan sepenuhnya kasih sayang yang mungkin menyebabkan
kekecewaan yang teruk sehingga seseorang itu membunuh diri dan sakit jiwa.

Menurut Wubbolding (1984) dalam Mazita Ahmad (2011), kejayaan identiti seseorang
itu berkembang dalam beberapa peringkat:

a. Peringkat lakukan atau buat` iaitu orang akan mula mengerjakan sesuatu. Maknanya ia
memulakan suatu harapan untuk mempertingkatkan diri tanpa mengira sekecil mana pun
usaha permulaan itu.
b. Perkembangan identity kejayaan, iaitu pemikiran yang positiI. Pada peringkat ini,
pertama berkelakuan membina iaitu bersikap tegas dalam menunjukkan diri dan
meningkatkan penampilan diri serta mengambil kira kebajikan orang lain. Kedua,
berIikiran positiI aiatu berkebolehan menggunakan situasi yang paling baik dan
mengembirakan, percaya dan penerimaan diri untuk mengawal, pembangunan atau
perkembangan yang positiI secara berterusan. Ketiga, berIikiran rasional dan tidak
rasional. Seseorang itu akan dapat mengenal pasti satu masalah dan isu dengan beralasan
secara keseluruhan dan matang. Keempat, kesihatan aktiviti Iizikal diikuti dengan diet
yang berpatutan, seterusnya mendapat senaaman yang bersesuaian dengan keperluan
Iizikal.
c. Peringkat mengisi kekosongan yang ada pada diri seseorang dengan merasakan suatu
yang seronok, merasakan kasih sayang serta disayangi oleh orang lain. Seseorang itu
juga harus merasakan kebolehan menjalankan kerja dan mempunyai harga diri.


Menurut John J. PietroIesa et. Al (1984) dalam Mazita Ahmad (2011) bahawa manusia
akan menderita akibat kegelisahan, menyalahkan diri sendiri, kemuraman dan kemarahan dan
mungkin akan tersingkir daripada masyarakat apabila gagal mendapat kasih sayang.
Mengikut ovay (1982) dalam Mazita Ahmad (2011), walaupun Iactor persekitaran
mempunyai pengaruh manusia dalam membuat keputusan tetapi perilaku itu bukan
disebabkan olehnya. Menurutnya lagi, semua sikap motivasi dalaman seseorang berpandu
kepada keinginannya untuk mencapai sesuatu. Mohd Salleh Lebar (1993) dalam Mazita
Ahmad (2011), mengandaikan bahawa manusia apabila menerima kasih sayang dan member
kasih sayang adalah penting bagi dirinya dahulu dari kesilapan. Kegagalan menjaga harga
diri menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah. Oleh itu manusia, perlukan kasih
sayang dan memperolehi harga diri yang sewajarnya.

iri dari teori behaviorisme adalah mengutamakan unsur-unsur dan bahagian kecil,
bersiIat mekanisma, menekankan peranan lingkungan, mementingkan reaksi atau tindak
balas, menekankan pentingnya latihan, mementingkan mekanisma hasil belajar,
mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah hasil perilaku
yang diinginkan. Pada teori pembelajaran ini sering disebut S-R psikologis ertinya bahawa
tingkah laku manusia dikendalikan oleh ganjaran dan penguatan atau dari lingkungan.
Dengan demikian dalam tingkah laku belajar terdapat jalinan yang erat antara reaksi-reaksi
tingkah laku dengan rangsanganya. Guru yang menggunakan pandangan ini berpandapat
bahawa tingkah laku remaja merupakan reaksi terhadap rangsangan dan tingkah laku adalah
hasil pembelajaran. Skinner telah memperkenalkan kaedah pengajaran terancang dalam
kerangka Rangsangan Respons. (Ee Ah Meng, 2003) Menurut beliau setiap rangsangan (R)
yang diberikan ke atas seseorang akan menyebabkan orang tersebut akan menghasilkan
tindak balas (T) ke atas rangsangan yang diberi. Beliau berpendapat pembelajaran sebenarnya
boleh berlaku dalam kerangka R-T. Dengan itu guru yang mengajar seharusnya member
sebanyak mungkin rangsangan kepada murid agar murid member tindak balas ke atas
rangsangan-rangsangan yang diberikan. Sekiranya ini dapat dilakukan, pembelajaran akan
berlaku di kalangan murid tersebut. Skinner (1977) dalam Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin
Bahari (2010), memIokuskan penelitian tentang perilaku dan menghabiskan karirnya untuk
mengembangkan teori tentang ReinIorcement. Dia percaya bahawa perkembangan
keperibadian seseorang, atau perilaku yang terjadi adalah sebagai akibat dari respond
terhadap adanya rangsangan dari luaran. Dengan kata lain, kita menjadi seperti apa yang kita
inginkan kerana mendapatkan hasil dari apa yang kita inginkan tersebut. Bagi Skinner (1977)
dalam Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010), hal yang paling penting untuk
membentuk keperibadian seseorang adalah melalui hasil dan hukuman. Pendapat ini tentu
saja amat mengabaikan unsur-unsur seperti emosi, Iikiran dan kebebasan untuk memilih
sehingga Skinner menerima banyak kritik.













Ahli psikologi teori tingkah laku juga mempertekankan kepentingan konsep pemberian
respons yang positiI dan negatiI ke atas tindak balas yang diberi oleh murid dalam
pembelajaran. Menurut mereka respons positiI yang diberi ke atas tindak balas yang
dikehendaki boleh mengukuhkan lagi keIahaman murid serta membolehkan penghasilan
tindak balas yang sama berlaku berulangkali (Ee Ah Meng, 2003). Ahli psikologi tingkah
laku juga menitikberatkan pemberian motivasi di dalam pengajaran di mana mereka
berpendapat motivasi dapat mempertingkatkan minat murid terhadap pembelajaran (ShariIah
Alwiah, 1984). Skinner mengambil kira motivasi sebagai satu unsur yang penting di dalam
pembelajaran. Waalau pun motivasi yang diIokuskan oleh Skinner kebanyakkannya
berbentuk kebendaan tetapi beliau tidak menaIikan kehadiran motivasi dari segi bukan
kebendaan. Sebenarnya motivasi itu sendiri terbahagi kepada 2 jenis iaitu motivasi luaran dan
motivasi dalaman (Ee Ah Meng, 2003). Motivasi luaran merupakan ganjaran yang berbentuk
kebendaan seperti hadiah yang akan diberi kepada murid yang memberikan tindak balas yang
diingini manakala motivasi dalaman merupakan ganjaran yang bukan berbentuk kebendaan
seperti kata-kata perangsang, pujian dan nasihat. Dari segi kekuatan, motivasi dalaman
memberikan kesan yang berterusan di dalam diri murid manakala motivasi luaran adalah
sebaliknya.

Skinner (1977) dalam Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010), lebih percaya
kepada apa yang disebut sebagai penguat negatiI. Penguat negatiI tidak sama dengan
hukuman. Ketidak samaannya terletak pada bila hukuman harus diberikan (sebagai stimulus)
agar respon yang muncul berbeza dengan respon yang sudah ada, sedangkan penguat negatiI
(sebagai stimulus) harus dikurangi agar respon yang sama menjadi semakin kuat. Misalnya,
seorang pelajar perlu dihukum karena melakukan kesalahan. Jika pelajar tersebut masih saja
melakukan kesalahan, maka hukuman harus ditambahkan. Tetapi jika sesuatu tidak
menyenangkan pelajar (sehingga ia melakukan kesalahan) dikurangi (malah bukan ditambah)
dan pengurangan ini mendorong pelajar untuk memperbaiki kesalahannya, maka inilah yang
disebut penguatan negatiI. Lawan dari penguatan negatiI adalah penguatan positiI (positive
reinIorcement). Keduanya bertujuan untuk memperkuat respon. Namun bezanya adalah
penguat positiI menambah, sedangkan penguat negatiI adalah mengurangi agar memperkuat
respons.



Kekuatan dan Kelemahan Teori Tingkah Laku dan Teori Realiti

Menurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai akibat dari
adanya interaksi antara stimulus dan respon. Seseorang dianggap telah belajar sesuatu apabila
ia mampu menunjukkan perubahan tingkah laku. Dengan kata lain, belajar merupakan bentuk
perubahan yang dialami oleh siswa dalam hal kemampuannya untuk bertingkah laku dengan
cara yang baru sebagai hasil interaksi antara rangsangan dan respon. Menurut teori ini yang
terpenting adalah masuk atau input yang berupa rangsangan dan keluaran atau output yang
berupa respon. Sedangkan apa yang terjadi di antara rangsangan dan respon dianggap tidak
penting kerana tidak boleh dinilai. Faktor lain yang juga dianggap penting oleh aliran
behavioristik adalah Iaktor penguatan (reinIorcement) adalah apa saja yang dapat
memperkuat timbulnya respon. Bila penguatan ditambahkan (positive reinIorcement) maka
respon akan semakin kuat. Begitu juga bila penguatan dikurangi (negative reinIorcement)
respon pun akan tetap dikuatkan.

Pengkaji behavioris menjelaskan bahawa belajar sebagai suatu proses perubahan
tingkah laku dimana penguat dan hukuman menjadi rangsangan untuk merangsang pebelajar
dalam berperilaku. Pendidik yang masih menggunakan kerangka behavioristik biasanya
merencanakan kurikulum dengan menyusun isi pengetahuan menjadi bagian-bagian kecil
yang ditandai dengan suatu keterampilan tertentu. Kemudian, bagian-bagian tersebut disusun
secara hirarki, dari yang sederhana sampai yang komplek (Paul, 1997 dalam Azizi Yahaya &
Mohd SoIie Bin Bahari, 2010). Pandangan teori behavioristik telah cukup lama diguna pakai
oleh para pendidik. Namun dari semua teori yang ada, teori Skinner (1977) dalam Azizi
Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010), yang paling besar pengaruhnya terhadap
perkembangan teori belajar behavioristik. Program-program pembelajaran seperti Teaching
Machine, Pembelajaran berprogram, modul dan program-program pembelajaran lain
yangberpijak pada konsep hubungan stimulus-respons serta mementingkan Iaktor-Iaktor
penguat (reinIorcement), merupakan program pembelajaran yang menerapkan teori belajar
yang dikemukakan Skiner (1977) dalam Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010).
Teori pembelajaran tingkah laku ini mempunyai kekuatannya, di mana ia mempunyai
kebolehan menangani pembelajaran peringkat asas dan juga bagi tujuan pembangunan
kemahiran.





Teori realiti sangat sesuai dilaksanakan dan diaplikasikan dalam bentuk kaunseling,
seperti kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibubapa, dalam perkahwinan, keluarga,
kaunseling individu dan kaunseling. Pendekatan teori ini digunakan secara konkrit, jelas dan
realistik di mana ia boleh menampilkan keberkesanan, dinilai terutamanya apabila kontrek
dibuat dan dipersetujui antara dua individu yang terlibat iaitu pelanggan dan kaunselor. Teori
ini juga mempunyai pelan induk yang dirancang dengan sistematik dan realistik oleh individu
sebagai panduan bagi menyelesaikan masalah. Teori ini telah memberikan kebebasan kepada
individu untuk berIikir secara rasional, menilai, menentukan dan membuat keputusan sendiri.



















Teori behavioristik banyak dikritik karena seringkali tidak mampu menjelaskan
situasi belajar yang kompleks, sebab banyak variabel atau hal-hal yang berkaitan dengan
pendidikan dan/atau belajar yang dapat diubah menjadi sekadar hubungan stimulus dan
respon. Teori ini tidak mampu menjelaskan penyimpangan-penyimpangan yang terjadi dalam
hubungan stimulus dan respon. Pandangan behavioristik juga kurang dapat menjelaskan
adanya variasi tingkat emosi pembelajaran, walaupun mereka memiliki pengalaman
penguatan yang sama. Pandangan ini tidak dapat menjelaskan mengapa dua anak yang
mempunyai kemampuan dan pengalaman penguatan yang relatiI sama, ternyata perilakunya
terhadap suatu pelajaran berbeza, juga dalam memilih tugas sangat berbeza tahap
perilakunya. Pandangan behavioristik hanya mengakui adanya stimulus dan respon yang
dapat diamati. Mereka tidak memperhatikan adanya pengaruh pikiran atau perasaan yang
mempertemukan unsur-unsur yang diamati tersebut. Teori behavioristik juga cenderung
mengarahkan pelajar untuk berIikir linier, konvergen, tidak kreatiI dan tidak produktiI.
Pandangan teori ini bahwa belajar merupakan proses pembentukan, iaitu membawa pelajar
menuju atau mencapai taraI tertentu, sehingga menjadikan pendidik tidak bebas berkreatiI
dan berimajinasi. Padahal banyak Iaktor yang mempengaruhi proses belajar, proses belajar
tidak sekedar pembentukan. Teori ini mempunyai kelemahan iaitu dari segi siIat
semulajadinya yang terlalu menekankan kepada kuasa atau peranan pendidik berbanding
murid.
Teori realiti juga mempunyai kelemahannya. Ianya cenderung kepada memIokuskan
kepada tingkah laku semata-mata, tetapi seseorang manusia itu adalah unik untuk bertindak
dengan secara menyeluruh termasuklah emosi, persepsi, kognitiI, sensasi dan sebagainya.
Oleh itu jelas menunjukkan bahawa teori ini mempunyai keupayaan yang terbatas untuk
memahami dan mengatasi masalah manusia.Teori ini juga menekankan kepada konsep masa
sekarang dan di sini dan dalam situasi yang sebenar tanpa mengambil kira konsep-konsep
tidak sedar serta sejarah hidup individu. Walhal, setiap manusia berkemungkinan
bersekongkong dengan masalah yang disebabkan oleh Iaktor biologi, Iantasi, system
kepercayaan dan nilai dan lain-lain lagi. Teori ini juga amat bergantung kepada penggunaan
bahasa. Jadi melalui system komunikasi kadang-kadang individu yang pendiam dan lembam
adalah tidak sesuai dalam pemilihan teori ini untuk menyelesaikan masalah mereka. Teori
realiti kurang menyediakan situasi pembelajaran kerana siIatnya yang agak mendesak dan
mengongkong. Oleh itu manusia menjadi tidak kreatiI dalam membuat keputusan dan
akhirnya bergantung kepada orang lain.


Atan Long, (1991). Pedagogi Kaedah Am Mengafar, Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn
Bhd
Azizi Yahaya & Mohd SoIie Bin Bahari (2010), Teori-Teori Tingkah Laku BerisikoFakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, http://eprints.utm.my/10403/1/30.9Teori-
TeoriTingkahLakuBerisiko.pdI.
Ee Ah Meng (2003), mu Pendidikan, Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mazita Ahmad (2011) Terapi Reaiti http://mazitakaunselor.blogspot.com/2009/06/teori-
teori-kaunseling-terapi-realiti.html

ShariIah Alwiah AlsagoII, (1984), mu Pendidikan . Pedagogi, Kuala Lumpur, Heinemann
Asia.


William Glasser, (1998), The Quaity Schoo . Managing Students Without Coercion, New
York, HarperPerennial.

You might also like