You are on page 1of 6

Modul

SKIM BAUCAR TUISYEN

MATHEMATICS
YEAR 5

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


PUTRAJAYA

modul matematik (SBT) prelim 1 23/04/2007, 6:12 PM


Hak Cipta
Kementerian Pelajaran Malaysia
Cetakan Pertama 2007
ISBN 978-983-3597-12-3

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk
dan dengan apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi mekanik
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingan tertakluk
kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Diterbitkan oleh:
BAHAGIAN SEKOLAH
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E 2,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
IA
KEM

62604 Putrajaya
YS
LA
EN

Dicetak oleh:
ER
A
T

PERNIAGAAN RITA
IA No. 12 & 14, Jalan 12/10, M
NP A N
Taman Koperasi Polis Fasa 1,
E LA J A R
68100 Kuala Lumpur

modul matematik (SBT) prelim 2 23/04/2007, 6:12 PM


Isi Kandungan
Mukasurat

Kata Alu-aluan Menteri Pelajaran Malaysia iv


Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia v
Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Bahagian Sekolah vi
Pendahuluan: vii
- Ciri-ciri Modul SBT viii
- Panduan Pemilihan Murid dan Pelaksanaan Kelas SBT ix
- Panduan Pemilihan dan Tugas Guru SBT x
- Panduan Untuk Pentadbir dan Pengurus SBT xi
- Latar Belakang SBT xii
Manual Pengguna xv
Isi Kandungan Modul

6.1 : Whole Numbers 1


6.2 : Fractions 40
6.3 : Decimals 59
6.4 : Percentages 72
6.5 : Money 82
6.6 : Time 94
6.7 : Length 122
6.8 : Mass 130
6.9 : Volume of Liquid 147
6.10 : Shape and Space 157
6.11 : Data Handling 172
Answers 184
Appendix 199

Pasukan Penggubal 206

Penghargaan 207

iii

modul matematik (SBT) prelim 3 23/04/2007, 6:12 PM


Sekapur Sirih
Menteri Pelajaran Malaysia
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan
setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Bahagian
Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah
berjaya menyempurnakan Modul Skim Baucar Tuisyen
(SBT) untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik untuk panduan guru yang
mengajar murid-murid penerima SBT yang berada di Tahun
Lima.
Modul ini adalah kesinambungan modul Tahun Empat yang telah diterbitkan pada
tahun 2005. Sehubungan dengan itu, modul yang selaras di seluruh negara ini
diharap akan memberi manfaat yang besar kepada para guru dan juga murid-murid.
Para guru dapat menggunakan modul yang disediakan sebagai garis panduan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan bahawa pelaksanaan SBT adalah


bertujuan untuk membantu murid yang lemah dan berlatarbelakangkan sosioekonomi
yang rendah. Melalui skim ini murid-murid mendapat bimbingan tambahan dan
diharapkan mereka akan memperoleh pencapaian yang lebih baik dan seimbang
setanding dengan murid yang lain.

Besarlah harapan saya agar para guru dapat memanfaatkan modul yang digubal ini
semaksimum mungkin. Kejayaan para guru meningkatkan prestasi murid dalam mata
pelajaran yang berkenaan akan menjadi indikator bahawa modul berkenaan telah
membuahkan hasil yang diharap-harapkan.

Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia serta semua panel
penggubal modul SBT yang terdiri dari pegawai-pegawai dari Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK), Jabatan Pelajaran Negeri serta guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik. Begitu juga kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung bagi merealisasikan modul yang sangat berharga ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN


Menteri Pelajaran Malaysia

iv

modul matematik (SBT) prelim 4 23/04/2007, 6:12 PM


Seulas Pinang
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada


Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia kerana
telah berjaya menghasilkan Modul Skim Baucar Tuisyen
(SBT) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik untuk murid-murid Tahun
Lima.

Penggubalan Modul SBT Tahun Lima bertujuan menyelaraskan proses pengajaran


dan pembelajaran di seluruh negara. Di samping itu, modul ini juga dapat membantu
guru-guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran SBT dengan lebih
terpadu. Selain itu, guru-guru juga dapat menyampaikan pengajaran yang setaraf
dengan tahap serta keupayaan murid yang mengikuti kelas SBT.

Bagi pihak murid pula, dengan adanya modul berkenaan akan menimbulkan daya
kreativiti dan daya saing untuk membaiki kelemahan diri. Hal ini demikian kerana,
pelbagai aktiviti disediakan dalam modul mata pelajaran yang terlibat. Jadi, saya amat
yakin dengan adanya modul yang selaras di seluruh negara ini memberikan
kemudahan yang amat bermakna kepada para guru dan murid.

Saya amat berharap agar para guru akan menggunakan modul yang disediakan
dengan sebaik-baiknya. Sekiranya modul yang dihasilkan ini dimanfaatkan seoptimum
dan semaksimum mungkin, saya amat pasti murid-murid akan mengalami perubahan
ke arah yang lebih positif. Sesungguhnya, kejayaan murid mempunyai hubungan
amat erat dengan kerajinan serta kesungguhan para guru.

Akhir sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Unit Pengurusan Akademik (Rendah), Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran
Malaysia yang telah mengusahakan Modul SBT untuk Tahun Lima ini. Begitu juga
ucapan terima kasih saya kepada panel penggubal modul dan semua pihak yang
telah memberikan sumbangan idea, tenaga, dan masa bagi memungkinkan modul ini
menjadi kenyataan.

Sekian, terima kasih.

DATO Dr. HJ. AHAMAD BIN SIPON


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
v

modul matematik (SBT) prelim 5 23/04/2007, 6:12 PM


Setulus Bicara
Pengarah Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Unit Pengurusan


Akademik (Rendah), Bahagian Sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah berjaya menyempurnakan Modul
Skim Baucar Tuisyen (SBT) bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Modul ini

dihasilkan dengan matlamat untuk dijadikan panduan kepada guru-guru yang


mengajar murid-murid penerima SBT yang berada di Tahun Lima.

Sebelum ini modul SBT untuk murid Tahun Empat telah dihasilkan dengan kerjasama
pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri serta Guru Cemerlang dan Jurulatih
Utama dari seluruh negara. Lanjutan itu, modul ini dihasilkan sebagai kesinambungan
dari usaha yang telah dijalankan sebelum ini. Tindakan yang diambil ini bertujuan
untuk menggembleng tenaga pakar dari kalangan pegawai-pegawai dari Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK), pegawai akademik Jabatan Pelajaran Negeri dan
guru-guru bagi menghasilkan modul yang bermutu tinggi.

Memandangkan modul yang dihasilkan ini merupakan hasil perahan daya fikir para
guru yang berwibawa dan berpengalaman dari seluruh negara, saya amat berharap
agar guru-guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran SBT akan
menjadikan modul ini sebagai asas untuk membimbing murid-murid.

Kalungan jasa dan budi juga kepada semua pihak yang telah mencurahkan jasa dan
baktinya bagi menghasilkan modul SBT mata pelajaran yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

HAJAH NOOR REZAN BINTI BAPOO HASHIM


Pengarah
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia

vi

modul matematik (SBT) prelim 6 23/04/2007, 6:12 PM

You might also like