You are on page 1of 4

PENDAHULUAN

Manusia dalam hidup bermasyarakat memerlukan satu sama lain. Konsep saling memerlukan akan mewujudkan interaksi sosial terutamanya dalam masyarakat majmuk. Penubuhan sesebuah negara yang mengandungi pelbagai kumpulan etnik memerlukan satu kesatuan dan kerjasama politik, ekonomi dan sosial yang kukuh dan sepadu. Kesatuan etnik hanya dapat dicapai melalui interaksi sosial. Lebih erat pola interaksi sosial yang dibentuk antara etnik maka semakin kukuh perpaduan serta persefahaman rakyat di negara itu. Interaksi sosial dalam kalangan penduduk dapat menentukan kestabilan politik, sosial, ekonomi serta kesejahteraan rakyat. Interaksi sosial merupakan satu aspek penting dalam pembinaan jati diri terutama dalam kalangan masyarakat majmuk seperti Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada masyarakat majmuk yang diwakili oleh etnik Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut dan kumpulan etnik minoriti yang lain.

DEFINISI INTERAKSI SOSIAL DAN MASYARAKAT MAJMUK  Interaksi sosial didefinisikan sebagai proses hubungan timbal balik antara individu & individu, individu & suatu kelompok, suatu kelompok dengan kelompok lain  Masyarakat majmuk didefinisikan sebagai masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.  Menurut sarjana Garham Saunders di dalam bukunya yang bertajuk The Development of Plural Society In Malay, beliau menyatakan bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan. Menurut beliau di Tanah Melayu terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India. Mereka bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal.
RUJUKAN

RUJUKAN

Bentuk bentuk interaksi sosial Terdapat dua bentuk interaksi sosial : i. Asosiatif Asosiatif merupakan satu bentuk interaksi sosial di mana terjalinnya hubungan baik antara kaum yang berlainan atau dalam kelompok masyarakat. Hubungan baik yang terbentuk ini akhirnya membawa penyatuaan di antara kaum atau dalam kelompok masyarakat tersebut. Ciri-ciri asosiatif yang dapat dilihat dalam suatu kelompok masyarakat adalah seperti berikut: a. Kerjasama b. Akomodasi c. Akulturasi d. Asimilasi ii. Disosiatif Disosiatif merupakan satu bentuk interaksi sosial yang mengarah kepada pertentangan dan konflik di dalam sesebuah masyarakat atau diantara kaum yang terlibat. Ciri-ciri disosiatif ialah seperti berikut: a. Persaingan b. Kontravensi c. Konflik

RUJUKAN

RUJUKAN

You might also like