You are on page 1of 111

SEJARAH OLAHRAGA.

Setiap

makhluk mempunyai fikiran, dari pemikiranlah terhasilnya

perlakuan kemahiran asas seperti berlari, melompat, membaling ataupun melontar. Semakin lama kemahiran ini telah diperkembangkan sehingga menjadi satu acara sukan. Tarikan yang ada pada acara sukan ini telah melahirkan istilah olahraga (athletics) yang dapat merangkumi acara berlari, melontar dan melompat.

Mengikut catatan sejarah olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia. Catatan sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik kuno tahun 776 S.M di Greece. Berdasarkan The Encyclopedia of Sports cara pertama yang dicatatkan

sebagai sukan ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta iaitu Chionis pada Sukan Olimpik 656 S.M berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 inci.

Di England sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst dimana temasya sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu The Necton Guild. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu tahun 1850 di Oxford University Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20

ramai atlit Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.

Ternyata

kebanyakkan

peserta dari negara Amerika Syarikat

ialah

berketurunan Negro, namun atlit dari negara Eropah lain turut cemerlang dalam olahraga.. Sememangnya ketika itu atlit dari Asia dan Afrika belum mampu menyaingi kemampuan atlit dari Eropah. Tetapi kini senario tersebut telah bereubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlit Eropah.

Dewasa ini pelbagai kejohanan sukan yang telah diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang berdaftar dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.

SUKAN OLIMPIK.

Ia telah diadakan buat kali pertama di Greece tahun 1896. Sukan ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung

dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Sukan ini tidak mungkin wujud kembali jika tiada orang yang bernama Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama itu sebanyak 295 atlit telah menyertainya. Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada Sukan Olimpik contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang menyertai sukan ini.

Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah Perkara yang penting didalam sukan bukanlah kemenangan , tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting dalam hidup ialah berusaha. Berdasarkan kepada cogan kata inilah banyak negara yang menyertainya walaupun amat sukar untuk mencapai sesuatu kemenangan yang memang menjadi idaman mereka.

Malaysia telah menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne dalam 4 acara iaitu hoki, angkat berat, olahraga dan renang. Sejak dari itu Malaysia tidak pernah ketinggalan dari menyertai Sukan Olimpik kecuali tahun 1980 kerana membantah tindakan Rusia yang menceroboh Afghanistan. Sehingga kini kita hanya pernah memenangi pingat gangsa acara badminton di Barcelona tahun 1992.

A. ORGANISASI OLAHRAGA IAAF atau Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1912 dan semua negara boleh menganggotai badan tertingi sukan olahraga didunia ini. Peranan IAAF ialah sebagai penasihat dan pengiktiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau pertubuhan yang boleh mengiktiraf sebarang rekod atau kejayaan yang dicapai oleh atlit. Segala peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan olahraga adalah dibawah tanggungjawab IAAF.

Dalam menjamin kejayaan sesuatu penganjuran sukan itu, perancangan dan pengurusan yang licin, bersistem dan berkesan amat diperlukan dan membuahkan hasil iaitu prestasi yang baik. Bermula dari peringkat sekolah, mereka yang terpilih

akan mengambil bahagian puladi peringkat daerah, zon, negeri, kebangsaan sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

BAHAGIAN 1. Jarak Dekat (Pecut)

ACARA 100 meter 200 meter 400 meter

PENYERTAAN Lelaki/Perempuan Lelaki/Perempuan Lelaki/Perempuan Lelaki/Perempuan Lelaki/ Perempuan Perempuan Lelaki/Perempuan Lelaki Lelaki Lelaki/Perempuan Lelaki/Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki/Perempuan Lelaki/Perempuan

2. Jarak Sederhana

800 meter 1500 meter

3. Jarak Jauh

3000 meter 5000 meter 10000 meter

4. Lari Berhalangan 5. Lari Berganti-ganti

3000 meter 4 x 100 meter 4 x 400 meter

6. Lari Berpagar

100 meter 110 meter 400 meter

7. Maraton 8. Heptatlon 9. Dekatlon 10. Berjalan kaki 7 acara 10 acara 5000 meter 10000 meter 20000 meter 11. Merentas Desa

Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki/Perempuan Lelaki Lelaki/Perempuan

MEREJAM LEMBING

Pengenalan

Merejam atau membaling lembing (javelin) merupakan acara balingan yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak purba lagi. Pada ketika itu, orang menggunakan lembing untuk memburu serta sebagai senjata dalam peperangan. Dalam sukan, merejam lembing digunakan sebagai latihan untuk aktiviti-aktiviti yang lebih serius. Matlamat acara ini sebagai sukan ialah mendapatkan jarak paling jauh berbanding dengan peserta lain yang mengambil bahagian, mengikut peraturan yang ditetapkan.

Sebagai sukan juga, merejam lembing turut menjadi acara dalam Sukan Olimpik Moden yang pertama pada tahun 1896. Hingga kini, merejam lembing adalah salah satu acara balingan yang penting di dalam sukan olahraga, khususnya dalam acara padang. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita. Pemenang acara ini ditentukan menerusi jarak balingan terjauh yang dicapai oleh seseorang peserta.

Kelengkapan a) Lembing Kelengkapan utama bagi acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman. Lembing yang digunakan biasanya diperbuat daripada kayu, besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan bahagian hujung atau ekor yang tajam. Bahagian kepala diperbuat daripada besi yang berukuran 25-33cm. Bahagian grip berukuran antara 1516cm untuk lelaki dan 14-15cm untuk perempuan dan lelaki di bawah umur 18

tahun. Pada bahagian inilah letaknya pusat graviti lembing. Berat minimun lembing untuk lelaki ialah 800g manakala untuk perempuan dan lelaki bawah 18 tahun ialah 600g.

b) Gelanggang Gelanggang atau kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Ia hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai. Padang bola atau stadium terbuka sesuai digunakan sebagai gelanggang. Kawasan ini hendaklah mengandungi keperluan-keperluan berikut. Kawasan larian yang panjangnya tidak melebihi 36.5m dan 4m lebar. Penanda arc yang merupakan sempadan antara kawasan larian dengan kawasan rejaman, dan tidak boleh dipijak oleh peserta. Kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29-30 dan berjarak 8m dari penanda arc ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak dihadkan, asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta-peserta.

c) Kasut Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike yang mempunyai enam paku di bahagian hadapan tapak dan dua paku di bahagian tumit. Spike yang digunakan untuk acara-acara lain boleh digunakan juga. Jika kasut getah digunakan, pastikan kasut itu dalam keadaan baik, terutama pada bahagian tapaknya.

CARA-CARA MEMBUAT REJAMAN

a) Memegang Lembing Sebelum mempelajari cara merejam lembing, seseorang perejam lembing hendaklah terlebih dahulu memahirkan diri dalam teknik memegang lembing. Aspek ini sangat penting, sama ada daripada segi pencapaian dan juga keselamatan peserta. Umumnya, terdapat tiga cara memegang lembing yang biasa diamalkan. Jurulatih hendaklah menekankan ketiga-tiga cara ini, terutama kepada mereka yang baru menceburkan diri.

Memegang di antara ibu jari dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari lain.

Memegang di antara jari hantu dan disokong oleh jari manis serta jari kelengkeng.

Memegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu. Cara ini kadangkadang disebut cara ladam kuda.

B. Peringkat-peringkat Merejam Lembing Pendekatan merejam lembing boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat berlari, peringkat transisi, peringkat melepas dan peringkat mengundurkan diri.

Peringkat Berlari i. Peserta berdiri dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan yang disediakan sambil memegang lembing mengikut keselesaan masing-masing. ii. Lembing diletakkan pada bahu, dan siku tangan yang memegang lembing hendaklah membengkok ke hadapan. iii. Mulakan langkah menggunakan kaki kanan dengan 4 12 langkah pada kelajuan sederhana atau perlahan.

Peringkat Transisi

i. Larian sejauh 5-6 langkah hendaklah dilakukan. ii. Lembing dan badan peserta bergerak ke kedudukan ke belakang. iii. Pandangan mata hendaklah ke hadapan apabila melangkah. iv. Peserta Mendarat di belakang (sebelum) penanda arc dengan menggunakan tumit kanan serta membawa berat badan ke belakang.

Peringkat Melepas

i. Peserta membuka langkah seluas mungkin. ii. Dada dan bahu dipusingkan, lengan kanan di atas bahu dan siku dibiarkan berdasarkan tinggi dan rejaman yang akan dibuat. iii. Mendaratlah pada kaki kanan berhampiran penanda arc, tetpi jangan menyentuh atau melepasinya. Untuk mengimbangkan badan, peserta boleh melompat menggunakan kaki kanan sambil dibantu oleh tangan.

iv. Lepaskan lembing pada sudut 30-40 daripada padang sekuat yang boleh dengan memastikan agar lembing akan mendarat sambil meninggalkan kesan pada padang.

Peringkat Berundur

i. Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan berlepas sehingga lembing mendarat. ii. Peserta hendaklah beredar dari kawasan larian atau berlepas ke belakang daripada penanda arc, Jangan sekali-kali beredar ke hadapan melepasi pananda arc. iii. Kembalilah ke tempat peserta untuk menanti giliran rejaman berikutnya.

Undang-undang Dan Peraturan


i.

Lembing hendaklah dipegang pada bahagian gripnya. Semasa merejam, lembing haruslah berada di atas bahu. Cara memegang dan kedudukan lembing di atas bahu bergantung pada keselesaan peserta.

ii.

Peserta akan diberikan enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada lapan orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan diberikan kepada setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh akan mara ke pusingan akhir. Mereka akan diberikan tiga rejaman lagi.

iii. Semasa membuat rejaman, peserta harus berlari dalam kawasan yang ditetapkan dan lembing yang direjam hendaklah mendarat di dalam kawasan yang

diberikan. Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar kepala lembing menyentuh tanah dahulu. iv. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum mendarat. Apabila keluar daripada kawasan merejam, peserta hendaklah keluar dari bahagian belakang. Rejaman dikira batal jika peserta berjalan ke hadapan dan terpijak penanda arc walaupun lembing mendarat dengan sempurna. v. Peserta yang berjaya membuat rejaman paling jauh dikira pemenang, dengan syarat dia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan dan rejamannya sempurna. Jika terdapat dua peserta atau lebih yang mencapai jarak yang sama, mereka akan diberikan peluang membuat rejaman penentuan, dan sebarang jarak yang melebihi peserta lain dikira pemenang.
vi.

Terdapat empat orang pengadil atau pegawai yang mengadili acara ini. Pengadil 1 memastikan sama ada peserta memijak penanda arc atau tidak. Pengadil 2 memastikan peserta memegang lembing dengan betul atau tidak. Pengadil 3 dan 4 akan mengenal pasti pendaratan lembing.

vii. Pengukuran dibuat pada tempat terdekat kepada titik di mana kepala lembing mendarat dengan garisan, dengan menggunakan pita pengukur. Dalam pertandingan antarabangsa, pengukuran dibuat menggunakan alat elektronik.

LOMPAT KIJANG

Pengenalan

Lompat kijang satu acara padang yang tergolong dalam kategori lompatan. Acara ini dikhususkan untuk lelaki sahaja, tetapi sejak 1993 acara ini mula disertai juga oleh wanita. Malah, dalam beberapa kejohanan olahraga peringkat antarabangsa di Eropah telah diadakan acara lompat kijang untuk wanita. Sebagai acara olahraga, lompat kijang masih menjadi milik lelaki di peringkat sekolah di negara kita walaupun di peringkat kebangsaan diadakan juga untuk wanita.

Berdasarkan sejarah olahraga, dipercayai acara lompat kijang ini mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dari Scotland dan Ireland. Pada asalnya, acara ini dikenal sebagai hop-step and jump, tetapi kemudiannya dikenal sebagai triple jump. Pada tahun 1900, acara ini telah dimasukkan sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik, Iaitu dalam siri kedua sukan ini.

Bagaimanapun, corak lompatan pada ketika itu amat berlainan dengan cara dan peraturan lompatan sekarang. Ketika itu, dua lonjakan (hop) mesti didahului sebelum membuat lompatan. Ini berbeza dengan peraturan sekarang di mana hanya satu lonjakan yang diikuti oleh satu langkah dimestikan sebelum membuat lompatan.

Kelengkapan Sebagaimana lompat jauh, lompat kijang juga memerlukan lorong larian dan ruang khas untuk membuat lompatan. Antara ruang dan peralatan yang diperlukan dalam acara ini adalah seperti berikut.

Lorong Larian

Lorong larian yang mempunyai jarak yang sesuai untuk pecutan, lonjakan dan lompatan adalah diperlukan. Jarak lorong larian yang piawai berukuran 58m panjang dan 1.22m lebar.

Papan Pelepas ( Take Off Board)

Papan pelepas digunakan sebagai petanda kawasan pelepasan untuk memulakan lonjakan. Papan pelepas ini berukuran 20cm X 1.22m yang diletakkan 13m dari hujung terdekat kawasan pendaratan.

Petunjuk Plastisin

Ia digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat oleh peserta. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas, dan sebarang kesan tapak kaki yang dihasilkan pada plastisin ini, menandakan pembatalan pada lompatan itu.

Kawasan Pendaratan (Landing Area)

Kawasan pendaratan digunakan untuk pendaratan sesuatu lompatan. Kawasan ini diisikan dengan pasir yang dilembabkan. Saiz standard kawasan pendaratan ialah 9m X 2.75m.

Pita Pengukur

Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak sesuatu lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung terdekat pada papan pelepas ke hujung terdekat di dalam kotak pendaratan, Yakni ke titik terdekat yang mampu dilompat oleh pelompat. Dalam kebanyakan kejohanan antarabangsa, ukuran dibuat mengunakan alat elektronik.

Pengukur Halaju Angin

Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin ketika satu-satu lompatan dibuat, sama ada lompatan tersebut dibantu oleh tiupan angin atau tidak. Namun, dalam kejohanan peringkat sekolah, daerah malah negeri, alat ini jarang digunakan.

Bendera Isyarat

Bendera digunakan oleh pengadil atau pegawai untuk mengawasi langkah pelompat pada papan pelepas, dan satu lagi digunakan oleh pegawai yang mengawasi petak mendarat. Terdapat dua jenis bendera yang digunakan, iaitu warna putih untuk

memberi isyarat lompatan yang sah dan warna merah untuk isyarat lompatan yang batal.

Kasut Berpaku (Spike)

Kasut yang sesuai penting untuk larian dan lompatan. Kasut berpaku dan bertumit plastik yang keras sesuai digunakan untuk acara ini.

Aspek Dan Teknik Melompat Ada enam aspek penting dalam lompat kijang yang perlu diberikan perhatian, iaitu kelajuan larian, pelepasan, lonjakan, langkahan, lompatan dan pendaratan.

C. Kelajuan Larian Larian yang tidak sesuai dan tidak dirancang boleh menyebabkan corak langkah tidak konsisten, penggunaan tenaga yang maksimun sebelum lompatan dibuat, lompatan yang tidak tepat, dan pendaratan yang tidak selesa boleh menyebabkan kecederaan.

Lompat kijang lebih memerlukan daya tumpuan dan kebolehan untuk mengimbangkan tenaga yang baik. Untuk menguasai keseimbangan ini, corak larian hendaklah dikawal dan dilakukan dalam keadaan yang tenang dan terancang. Melalui kombinasi yang sesuai, ketiga-tiga tahap iaitu lonjakan, langkahan dan lompatan akan dapat dimaksimumkan. Tahap yang maksimum ini dapat diwujudkan apabila daya

momentum yang mendatar pada larian dan menegak pada lonjakan, langkah dan lompatan dapat dikawal dan dielakkan daripada kehilangan. Teknik larian yang baik diukur berdasarkan jarak larian optimum. i. Langkah antara 15 hingga 20 kali atau 2m - 2.5m sebelum membuat lompatan disarankan. ii. Untuk ketepatan, check-mark pada jarak 4 6 langkah dari papan pelepas boleh dibuat. iii. Lakukan larian mrngikut kelajuan dan kesesuai dengan check-mark agar pelepassan dibuat dengan baik dan sempurna.

D. Pelepasan Dalam satu-satu lompatan , terdapat tiga pelepasan yang akan berlaku sebelum pendaratan dibuat. Setiap pelepasan inilah yang akan menentukan keupayaan dan jarak yang mampu dicapai oleh seseorang pelompat. Penghasilan corak pelepasan yang baik dapat memaksimumkan daya lompatan serta mengurangkan gangguan akibat sudut hentian yang terjadi ketika momentum menegak berlaku. Pada tahap pertama, Pelompat hendaklah mendisplinkan dirinya, yakni hendaklah membahagikan keupayaan tangannya kepada nisbah tertentu. Ini penting untuk menyimbangkan tenaga antara komponen momentum menengak dan mendatar.

E. Lonjakan Selepas pelepasan pertama, lonjakan akan dibuat. Dalam peraturan lonjakan , kaki yang sama hendaklah digunakan apabila membuat lonjakan dan pendaratannya. Maksudnya, sekiranya pelompat melonjak menggunakan kaki kanan, maka

pendaratannya hendaklah menggunakan kaki kanan juga. Penggunaan keupayaan mengikut proposi yang cekap adalah perlu supaya tidak menjejaskan tahap selanjutnya. Dengan ini, lonjakan yang dapat mengawal kehilangan momentum mendatar hendaklah ditekankan.

Oleh itu, penggunaan teknik lonjakan yang baik amat perlu. Teknik ayunan tangan (arm shift) dan kayuhan kaki (cycling) disarankan. Melalui teknik ayunan tangan ke hadapan manakala kaki pula mengayuh akan dapat meningkatkan keupayaan disamping mengawal keseimbangan semasa pendaratan dilakukan dengan sebelah kaki.

F. Langkah

Selepas pendaratan dari tahap pertama tadi, pelepasan untuk tahap kedua pula mengikuti. Tahap langkah ini merupakan tahap yang paling lemah dalam ketiga-tiga tahap yang wujud dalam acara lompat kijang ini. Peraturan pada tahap ini berbeza daripada peraturan yang dikenakan pada tahap lonjakan tadi. Pada tahap ini, penggunaan kaki yang sama untuk melangkah dan mendarat dianggap batal.

Ini bermakna, sekiranya pelompat menggunakan kaki kanan untuk melangkah, maka pendaratan hendaklah dibuat menggunakan kaki kiri pula. Disebabkan tahap ini merupakan tahap yang paling lemah, ia perlu diperbaiki untuk mencapai jarak lompatan yang lebih jauh. Teknik ayunan dua belah tangan dan pembukaan yang luas disarankan. Dengan membuat ayunan kedua-dua belah tangan ke hadapan, pelompat

akan dapat membuat satu kombinasi dengan kakinya yang dibuka luas yang dapat menolak badannya ke hadapan dengan lebih kuat lagi.

G. Lompatan

Tahap terakhir teknik lompatan bagi lompat kijang tidak banyak bezanya dengan acara lompat jauh. Perbezaannya hanyalah daripada segi keupayaan yang wujud. Pada tahap ini, tenaga yang ada telah pun dikurangkan dengan banyaknya semasa lonjakan dan langkahan dibuat.

Berasakan hakikat ini, teknik ayunan punggung dan kayuhan separuh kaki disarankan. Teknik ini akan membantu pelompat menghasilkan momentum menegak yang kuat sebelum kaki mencecah pasir.

Penggunaan pergerakan kaki teknik jack-knifing adalah disarankan. Teknik ini sesuai digunakan pada pendaratan yang terakhir yang mana ia berupayaan mengelakkan momentum menegak daripada terus terhenti. Selanjutnya juga, teknik ini berkemampuan memindahkan pusat graviti yang terdapat pada badan pelompat ke bahagian kaki dan sebahagian kecil ke tangan. Maka, melalui pengawalan kaki dan tangan setelah pelompat mencecahkan kakinya ke pasir, ia akan dapat mengawal keseimbangan badannya untuk terus bergerak ke hadapan.

Undang-undang dan Peraturan

i.

Setiap peserta akan diberikan peluang membuat tiga atau enam lompatan seperti yang ditentukan oleh pegawai pertandingan. Jika bilangan peserta ramai, lompatan kelayakan akan dijalankan untuk menentukan peserta ke pusingan akhir.

ii. Lompatan paling jauh daripada lompatan yang sah dibuat akan dikira sebagai pencapaian terbaik peserta. iii. Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan lompatan yang disediakan di lorong melompat. iv. Jika peserta membuat lompatan melepasi atau melebihan papan lompatan, lompatan itu tidak dikira atau dibatalkan dan jarak lompatan yang dibuat tidak diambil kira. v. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak terhad, asalkan peserta tidak terkeluar daripada lorong larian yang disediakan. vi. Jika peserta membuat lompatan sebelum kaki memijak papan lompatan, maka lompatan itu juga dikira batal. vii. Pengukuran lompatan dibuat pada sudut 90 dari tempat paling hampir disentuh oleh peserta di dalam kawasan sempurna atau sah sahaja diukur. viii. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang, kecuali kasut atau spike untuk membuat lompatan.

LOMPAT JAUH

Lompat jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olimpik yang tertua. Pada asalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh setempat (standing long jump). Pada tahun 1896 di Sukan Olimpik Modern di Athens, lompat jauh sambil berlari telah dipertandingkan. Ia adalah seperti lompat jauh yang dikenali pada hari ini iaitu mengandungi satu larian yang amat pantas, lonjakan dan lompatan yang kuat.

i. Jarak yang dicapai dalam lompat jauh bergantung kepada kelajuan permulaan lompatan, sudut peluncuran pusat graviti, ketinggian lompatan dan sisi mendarat. ii. Untuk mencapai jarak yang terbaik, atlet harus meninggalkan tanah dengan kelajuan terpantas menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh kesebelah depan papan lonjakan. iii. Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lonjakan, lompatan itu tidak akan dikira walau sejauhmana sekalipun lompatan tersebut.

kaki

kaki

pasir

pasir

Lompatan sah daru papan lonjak.

Lompatan batal kerana tersentuh pasir.

PAPAN LONJAK PLASTISIN 3O darjah

10 cm1

15 cm

12 cm

Papan Lonjakan

Teknik-teknik untuk acara lompat jauh.

i. Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari bersahaja, supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed dan bersedia untuk melompat dari papan lonjak. ii. Atlet memijak papan dengan jari-jari kaki lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas kaki, pinggul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-sama dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki bebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak sementara kepala berada dalam keadaan selari dengan bahu.

iii. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun kehadapan sementari kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang. Lenganlengan digunakan untuk mengimbangi gerak-gerakkan kaki. iv. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua lengan dibawa ke atas kepala. v. Kaki bebas di bawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua lengan dihayun kebelakang semasa mendarat.

Ansur Maju

Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendatar tidak ada kaitan. Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tendang kayuh, atlet itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati dengan melompat papan anjal yang diletakkan pada hujung larian dan melompat ke dalam kawasan mendarat. Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang dipoin tertinggi lompatan. Atlet cuba menyentuhnya dengan bahagian atas kepala dan bukan dengan dahi.

LOMPAT TINGGI

Lompat tinggi adalah lompatan melepasi satu palang yang diletakkan di antara dua tiang tegak. Gaya-gaya lompatan termasuk gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan selepas setiap pusingan. Peserta-peserta turut mengambil bahagian sehingga gagal melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut.

Asas lompat tinggi yang baik adalah kebolehan menukar momentum hadapan kepada momentum tegak yang akan menaikkan badan pelompat melintasi palang.

Jadi penujuan dan lonjakan yang tepat adalah amat penting. Posisi badan, sudut dan kelajuan melonjak adalah amat penting dalam semua acara lompatan; lompat tinggi, lompat jauh dan lompat galah.

Gaya Guling Barat Gaya ini sesuai untuk atlet yang baru mula belajar melompat. Ia senang

dipelajari dan pendaratannya adalah selamat. Ia juga sesuai untuk melompat paras ketinggian yang rendah.

Penujuan Penujuan adalah bahagian yang penting untuk kejayaan sesuatu lompataan.

Atlet hendaklah menuju palang pada sudut lebih kurang 45 darjah daripada kiri jika atlet menggunakan kaki kanan dan daripada kanan jika menggunakan kaki kiri. Ini akan memastikan kaki sepakan berada di luar dan kaki lonjakan berada di dalam.

Gunakan langkah-langkah minimum untuk fasa penujuan. Satu larian yang menggunakan tujuh langkah, bermula dengan kaki lonjakan akan memberi atlet satu penujuan yang baik dan mencukupi. Penujuan larian harus dilakukan dengan perlahan tetapi melakukan pemecutan yang jelas pada tiga atau empat langkah terakhir. Penujuan lompatan harus diakhiri dengan kaki lonjakan dan badan berjarak lebih kurang satu panjang lengan dari pada palang.

LARI BERPAGAR

Pengenalan

Pada asasnya, lari berpagar adalah memecut, melompat pagar-pagar. Tujuannya ialah untuk melepasi [pagar-pagar dengan sedikit sahaja gangguan dalam ritma pecutan semulajadi. Ini bermaksud, pagar-pagar hendaklah dilintasi atau dengan kata lain dilompat dengan aksi langkah-lepas Dan bukannya dengan lompatan . Pergerakan atlit haruslah secara lembut sepenuhnya.

Acara lompat pagar boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 110 meter untuk lelaki Dan 100 meter untuk wanita. Manakala satu lagi ialah acara 400 meter untuk lelaki an juga wanita. Semua acara berpagar ini dijalankan dalam lorong. Bagi acara 100 meter Dan 110 meter berpagar dijalankan dijalankan dilorong lurus manakala dalam acara 400 meter berpagar dijalankan di balapan selekoh.

Hurdles

Pagar-pagar diperbuat daripada logam atau lain-lain benda yang sesuai dengan palang kayu atau lain benda yang sesuai. Pagar-pagar mesti mengandungi dua alas Dan dua tiang yang cagak (sokong) bingkai bentuk empat segi bujur, Dan diperkuatkan dengan satu atau dua palang Dan tiang-tiangnya diletakkan di hujung setiap alas. Pagar itu mesti satu corak di mana kuasa yang menyama 3.6 kilogram terkena ditengah sebelah atas palangnya perlu untuk menjatuhkan pagar tersebut.

Pagar itu boleh disesuaikan mengikut ketinggian yang perlu untuk setiap acara. Besi beratnya pun mesti disesuaikan supaya pada setiap ketinggian kuasa yang menyama berat 3.6 kilogram Dan tidak lebih 4 kilogram diperlukan untuk menjatuhkannya.

Peraturan-Peraturan Acara Lari Berpagar

Berikut adalah jarak bagi perlumbaan ini:

Lelaki 110 meter 400 meter

Wanita 100 meter 400 meter

Tiap-tiap lorong akan mengandungi 10 pagar Dan diletakkan seperti berikut: LELAKI

Jarak Perlumbaan

Tinggi Pagar

Jarak dari garisan permulaan hingga pagar pertama

Jarak di antara pagar

Jarak dari pagar akhir ke garisan penamat

(meter)

(meter)

(meter)

(meter)

(meter)

110

1.067

13.72

9.14

14.02

400

0.914

45

35

40

WANITA

Jarak Perlumbaan

Tinggi Pagar

Jarak dari garisan permulaan hingga pagar pertama

Jarak di antara pagar

Jarak dari pagar akhir ke garisan penamat

(meter)

(meter)

(meter)

(meter)

(meter)

100

0.840

13

8.5

10.5

400

0.762

45

35

40

Hak maksimum lebarnya ialah 1.20 meter, panjang asalnya ialah 0.70 meter, Jumlah keberatan setiap pagar tidak kurang daripada 10 kilogram.

Fasa-Fasa Dalam Acara 110 Meter

Terdapat beberapa fasa dalam acara 110 meter berpagar ini. Oleh itu, aspek asas biomekanik yang terlibat juga adalah berbeza mengikut fasa-fasanya.

Fasa Berlepas ( Take off )

Semasa berlepas kaki lonjakan atlit membentuk satu tempoh hentian (moment of inertia) yang singkat dengan didahului oleh lutut ke pagar. Pusat graviti badan

dinaikkan sedikit sahaja untuk melepasi pagar. Atlit perlu mencondongkan badan semasa take-off untuk memindahkan momentum menegak kepada badan yang melintang. Hayunan membantu kelajuan, dimana lebih pants hayunan tangan, lebih pants larian. Layangan melengkung semasa melepasi pagar membentuk satu corak angular. Posisi badan yang condong ke hadapan. Ini membolehkan atlit berada dalam keadaan memecut di daratan. Mata harus memandang ke dadapan semasa take-off Dan perlu di fokuskan kepada pagar yang seterusnya.

Fasa Layangan (Hurdle Clearance)

Kaki melangkah ditinggikan Dan diluruskan sepenuhnya untuk mengurangkan tempoh hentian (moment of inertia). Perlu mengurangkan rotasi badan sejajar dengan sendi pinggul. Kaki lonjakan adalah kaki kuat untuk menampung gerak badan Dan halaju iaitu momentum yang dihasilkan. Kemudian momentum yang terkumpul dipindahkan untuk menghasilkan daya lonjakan melepasi pagar. Badan yang berbentuk aero-dinamik membantu pergerakan ke depan dengan cepat kerana dapat mengurangkan rintangan.

Fasa Mendarat ( Lending )

Tindakan Dan tindak balas adalah sama magnitudnya tetapi pada arah yang bertentangan ( Hukum Newton 3 ). Posisi badan tidak sepatutnya condong ke belakang semasa mendarat. Situasi ini adalah untuk menstabilkan kelajuan Dan pusat graviti. Mata haruslah memandang ke hadapan, juga untuk kestabilan pelari Dan mengelakkan daripada tersungkur. Penapakan kaki dengan lantai hanya berlaku

seketika sahaja Dan cepat untuk membolehkan kaki lonjakan bersedia untuk lompatan seterusnya.

Butir-butir Mengajar dan Asas Biomekanik

Butir-Butir Mengajar Teknik Melepasi Pagar

Analisis Asas Biomekanik

1.Lonjakan Sebelum Pagar(Contoh 1)

Kaki

melangkah

ditinggi

Dan untuk hentian

diluruskan a. Kaki yang terdahulu melangkah hendaklah lurus ke hadapan. mengurangkan

sepenuhnya tempoh

(moment of inertia).

b. Condongkan badan ke depan.

Menggunakan pergerakan rotasi badan sejajar dengan sendi pinggung.

c. Tangan yang bertentangan dengan kaki melangkah dihulur ke depan Kaki lonjakan adalah kaki kuat untuk selari dengan kaki itu. menampung berat badan Dan halaju iaitu momentum yang dihasilakan. d. Luruskan sendi pinggang, lutut Dan pergelangan kaki semasa membuat Momentum lonjakan dengan kaki belakang. yang terkumpul

dipindahkan untuk menghasilkan daya lonjakan dalam gerakan melepasi

2. Melepasi Pagar (Contoh 2-3)

pagar.

a. Lunjurkan bahagian bawah kaki Semasa

take-off,

kaki

lonjakan

melangkah dengan laju.

membentuk

satu

tempoh

hentian

(moment of inertia) yang singkat b. Condongkan depan. Pusat graviti badan dinaikkan sedikit c. Tarik kaki belakang ke tepi badan. sahaja untuk melepasi pagar. badan sedikit ke dengan didahului oleh lutut ke pagar.

d. Semasa

melepasi

pagar,

paha Condongkan badan ke hadapan semasa take-off untuk untuk memindahkan momentum menegak kepada badan

dibawa ke tepi selari dengan trek.

e. Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar. Lutut kekalkan ketinggiannya.

yang melintang, layangan melengkung semasa melepasi pagar.

3. Mendarat Selepas Pagar (Contoh 7-9) Posisi badan condong ke hadapan a. Cepat mendarat dengan kaki semasa melepasi pagar sehingga

melangkah.

mendarat dapat menukarkan kelajuan ke hadapan. Ini membolehkan atlit

b. Mendarat dengan bebola kaki.

masih berada dalam keadaan memecut di daratan.

c. Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki Mata harus memandang ke hadapan semasa take-off Dan menfokuskan

hadapan melangkah mencecah tanah

(mendarat)

kepada pagar yang seterusnya.

d. Ketika

kaki

belakang

dibawa

melepasi pagar, tangan di hadapan dikilas ke belakang.

e. Badan masih condong ke hadapan.

f. Selepas mendarat, lari dengan laju.

Berlari antara pagar

1. Pergerakan Kaki Supaya langkah yang dibuat lebih a. Lutut diangkat tinggi. besar.

b. Berlari di atas bebola kaki.

Untuk menghasilkan daya tolakan yang kuat.

c. Kaki belakang sebagai kaki drive diregang penuh ke belakang badan Hukum Newton Ketiga- Daya tolakan untuk menolak badan ke hadapan. kaki Dan tindak balas adalah magnitud d. Berlari 15/17 langkah sebelum tetapi pada arah sama yang

bertentangan.

melepasi pagar seterusnya.

Ayunan 2. Pergerakan Tangan

tangan

yang

kuat

menghasikan daya tarikan yang kuat untuk mengangkat lutut tinggi.

a. Siku dibengkok Dan tangan diayun sepenuhnya ke belakang. Ayunan tangan juga membantu

menghindarkan peredaran yang tidak b. Ayunan tangan ke hadapan tidak harus mengatasi bahu. diperlukan akibat pergerakan kaki.

Menamatkan Lari Berpagar Atlit akan terus bergerak dengan 1. Terus berlari dengan pantasnya. kelajuan Dan arah yang sama sehingga terdapat satu daya yang bertindak ke 2. Mendepakan tangan ke belakang. atasnya.

3. Bahagian dada (torso) dilonjakkan ke hadapan.

Langkah-langkah Keselamatan

1. Pelajar i. Pastikan pelajar telah melakukan aktiviti regangan Dan memanaskan badab dengan sempurna bagi mengelakkan kecederaan. ii. Pastikan pelajar tidak melompat pagar dari arah yang salah. iii. Pakaian pelajar hendaklah yang memudahkan mereka untuk membuat lompatan Dan tidak mengganggu rentak larian.

2. Peralatan i. Pastikan peralatan yang digunakan seperti tali atau buluh tidak boleh mendatangkan kecederaan kepada pelajar. ii. Jarak susunan pagar atau peralatan yang digunakan adalah selamat Dan sesuai untuk pelajar. iii. Ketinggian pagar atau peralatan yang digunakan adalah bersesuaian dengan pelajar. Mulakan pada ketinggian yang sederhana Dan dinaikkan peringkat demi peringkat. iv. Bilangan pagar harus dikurangkan pada peringkat awal lompatan Dan ditambah apabila pelajar telah mahir. v. Pastikan pada setiap pagar terdapat rakan yang dapat membantu sekiranya perlu.

3. Persekitaran

i. Pastikan keadaan permukaan padang yang digunakan untuk pengajaran baik Dan tidak mendatangkan bahaya kepada pelajar, sebaliknya pilih permukaan yang rata.

Penutup

Setiap kemahiran perlu diserapkan atau didedahkan kepada individu terutama kepada para pelajar pada peringkat rendah lagi. Langkah ini perlu diambil perhatian oleh agensi-agensi tertentu terutama agensi kerajaan yang hampir dengan pelajar iaitu agensi pendidikan. Kemahiran ini didedahkan agar mereka mendapat keyakinan untuk melakukan sesuatu. Contohnya dalam acara lompat berpagar. Aktiviti ansur maju yang didedahkan secara berperingkat kepada pelajar meyakinkan mereka untuk melakukannya sama ada untuk rekreasi atau pertandingan.

Selain itu, budaya murni dapat ditonjolkan dalam konsep tolong-menolong dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Para pelajar akan lebih berguna seandainya kemahiran atau pelajaran baru dapat mereka perolehi. Oleh itu, keyakinan dalam bidang kokurikulum perlu diajar kepada pelajar agar dapat membentuk seorang insan yang sempurna Dan berketerampilan dari segi jasmani, emosi, rohani Dan intelek.

LONTAR PELURU.

Pengenalan

Lontar peluru merupakan salah satu acara padang yang paling mudah jika dibandingkan dengan acra balingan yang lain. Kalau diperhatikan acara ini selalunya dikuasai oleh atlit yang bertubuh besar Dan tegap serta mempunyai kekuatan otot.

Teknik lontaran merupakan faktor utama dalam menentukan jarak lontaran yang dibuat. Ramai penonton menganggap atlit yang bertubuh besar Dan kuat boleh membuat lontaran yang jauh serta akan memenangi dalam sesuatu kejohanan.

Sebenarnya teknik melontar adalah sesuatu yang kompleks yang mesti dipelajari secara berterusan sehingga dapat dikuasai dengan sepenuhnya. Jarak lontaran dalam acara melontar peluru adalah dipengaruhi oleh :

Halaju Pelepasan Sudut ketika membuat lontaran Ketinggian peluru ketika melontar

Ini bermakna atlit melontar peluru mesti memahirkan teknik lontaran Dan kepantasan ketika membuat lontaran menjadi faktor yang paling penting dalam mencapai jarak balingan yang baik.

Peluru

Bahan atau peralatan yang digunakan dalam acara melontar peluru adalah besi yang pejal yang berbentuk bulat Dan licin. Berat besi (peluru) ini adalah berbeza-beza mengikut peringkat umur Dan jantina. Ini adalah untuk memudahkan lontaran dibuat mengikut keupayaan atlit berdasarkan peringkat umur Dan jantina mereka.

Berat peluru bolek diketogerikan seperti berikut:

Kategori Lelaki Dewasa Remaja Bawah 16 tahun Bawah 17 tahun Sek. Men 4.0kg 6.0kg 12.0Ib 7.257kg

Berat Peluru Wanita 4.0kg

3.25kg 4.0kg 8.0Ib

Untuk diameter peluru atlit lelaki ialah antara 110mm hingga 130mm manakala wanita ialah 95mm hingga 110m.

Gelanggang

Gelanggang khusus telah disediakan dalam acara melontar peluru. Undangundang perlu diikuti untuk mengelakkan daripada atlit membuat lontaran yang dibatalkan.

Gambarajah berikut spesifikasi gelanggang melontar peluru yang telah ditetapkan oleh IAAF.

Peraturan-peraturan 181

i. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian. ii. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian , tiap-tiap peserta dibenarkan membuat 3 percubaan Dan lapan orang peserta yang terbaik diantara kesemuanya akan dibenarkan pula membuat 3 percubaan tambahan. Jika berlaku seri ditempat kelapan, seri ini tidak diputuskan, tetapi pesertapeserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat 3 percubaan tambahan bersama peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya lapan peserta tadi atau kurang daripada lapan peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan membuat 3 percubaan sahaja. iii. Di tempat pertandingan, setiap peserta diberi dua percubaan sahaja untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta yang dipanggil nama-nama mereka dan diawasi oleh hakim-hakim.

iv.

Lontaran hendaklah dibuat dari dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah memulakan lontarannya dengan keadaan tidak bergerak. Seseorang peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan.

v. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja. Semasa peserta membuat permulaan lontaran dalam dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat ini semasa melontar. Peluru tidak boleh dibawa ke belakang dari paras garisan bahu.
a)

Tiada sebarang alatan, seperti ikatan dua atau lebih jari yang boleh membantu peserta bila membuat lontaran akan dibenarkan. Penggunaan pita di tangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut luka.

b) Sarung tangan tidak boleh digunakan. c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan bahan yang sesuai dibahagian tangan sahaja. d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dari kecederaan, peserta-peserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu. e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan samada di dalam bulatan atau kasutnya. vi. Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seseorang peserta, sesudah memasuki bulatan dan memulakan lontarannya tersentuh dengan mana-mana bahagian sebarang anggota badannya ke tanah, di luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan atau dengan tidak senonoh melepaskan peluru pada ketika membuat percubaan.

vii. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaklah jatuh di dalam kawasan diantara dua sisi di sebelah dalam garisan 50mm lebar. viii. Pengukuran setiap lontaran hendaklah dilakukan dengan segera dari titik mula sentuhan peluru sehingga ke sisi sebelah dalam lingkaran bulatan sepanjang garisan sehingga ke bahagian tengah bulatan. ix. Setelah selesai lontaran, peluru mesti dibawa balik ke tempat permulaan atau bulatan dan tidak secara dibaling. x. Garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13m. Gelung besi bulatan mestilah xi. sekurang-kurangnya 6mm tebalnya dan dicat putih. xii. Ukuran papan penahan adalah diantara 112mm dan 300mm lebar, 1.21m xiii. sehingga 1.23m panjang di sebelah dalamnya dan 98mm sehingga 102mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.

Teori-teori Latihan

Jika diperhatikan kita akan menganggap kekuatan otot tangan adalah faktor utama dalam menentukan jarak lontaran seseorang atlit. Sebenarnya bahagian otot tubuh yang paling penting adalah mengikut peratusan berikut: i. 50% otot kaki ii. 30% otot trunk iii. 20% otot tangan

Kesalahan yang biasa dibuat oleh seseorang atlit ialah lontaran tangan (am throwing). Bahagian tangan hanya menyumbang 20% ketika lontaran manakala

bahagian bawah tubuh (lower body) menyumbang 80% kekuatan iaitu kaki dan bahagian trunks.

Kuasa atau kekuatan kaki ialah kunci kejayaan atlit ketika membuat sesuatu lontaran yang baik. Kuasa atau kekuatan bermula daripada bahagian kaki bergerak kebahagian pinggang dan seterusnya ke bahagian bahu hinggalah peluru dilepaskan.

Jenis-jenis latihan yang dicadangkan untuk seseorang atlet lontar peluru: 1. Vertical jump 2. Standing long jump 3. Bench press 4. Snatch 5. Power clean 6. Squat

Walaupun kekuatan adalah penting dalam melontar peluru tetapi ianya bukanlah faktor utama untuk mencapai jarak lontaran yang jauh. Faktor yang paling utama ialah Explosive Strength. Explosive Strength inilah yang digunakan ahli angkat berat Olimpik dan latihan lompatan plyometrik.

Teknik-teknik Dalam Melontar Peluru

Tiga faktor utama yang mempengaruhi jarak lontaran bagi seseorang atlit lontar peluru ialah: Kedudukan badan

Halaju, sudut dan ketinggian peluru dilontar Rintangan angin Ketiga-tiga faktor ini banyak mempengaruhi jarak lontaran atlit melontar peluru.

Teknik dan Gaya Melontar Peluru

Diantara berikut adalah beberapa teknik Dan gaya melontar peluru yang sering digunakan oleh atlit dunia dalam acara melontar peluru: Side facing style technique James Funcs (USA) style technique Perry OBrien back facing style technique Alexander Barishnikov (USSR) style technique

Fasa Melontar Peluru

(GAYA PERRY OBRIEN)

A.

Fasa Persediaan

1. Kedudukan kaki semasa Dirian Belakang. Berdiri di bahagian belakang bulatan. Kaki kanan/kiri berada di hujung bulatan dan kaki kiri/kanan berada di belakang kaki kanan/kiri. 2. Kedudukan Badan dan Gerakan Kaki.

Badan dibengkokkan dari pinggul. Kaki kanan / kiri dinaikkan dan membawa paha kiri/kanan ke kiri /kanan ke kaki kanan/kiri. 3. Gerakan Kaki / Gelungsuran Kaki kanan/kiri ditolak ke arah papan penahan. Kaki kanan/kiri digerakan dengan membawa badan melintasi pertengahan bulatan.

4. Kedudukan Kaki Dan Gerakan Badan. Kaki kanan/kiri menolak keseluruhan kanan badan. Pinggang dikilaskan. Bahagian dada menghadap ke atas sambil memindahkan daya melalui pinggul ke bahagian bahu, lengan dan tangan.

B. FASA PELAKSANAAN / PEMULIHAN 5. Lontaran Tolakan terakhir dibuat dari pergelangan tangan semasa peluru dilepaskan. (Sudut pelepasan diantara 40-42 darjah)

Kaki kanan/kiri digerakan ke depan dengan cepat. (Ikut lajak)

Prinsip Biomekanik Dalam Melontar Peluru

1. Hukum Newton Pertama (Inertia) Semasa permulaan perlu dikenakan satu daya yang lebih besar daripada berat badan untuk menggerakkannya. Untuk mula memecutkan peluru.

2. Hukum Newton Kedua (F=MA) Dikenali sebagai Hukum Pecutan (Law Of Acceleration). Apabila sesuatu objek dikenakan sesuatu daya, ia akan bergerak ke arah yang sama dengan daya yang berkenaan. Pecutan atau peningkatan kelajuan adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan Dan berkadar songsang dengan saiz Dan jisim objek. Bagi semua acara lontaran ini, alatan tidak dapat diubah kerana terikat dengan undang-undang pertandingan. Oleh itu atlit cuba menggunakan cara yang lain untuk mendapatkan jarak lontaran yang jauh iaitu melalui impulse. Kedudukan lengan pelontar lurus akan menghasilkan impulse yang tinggi pada daya yang ditarik pada sebelah tubuh supaya pemecutan yang tinggi berlaku ke atas peluru.

3. Hukum Newton Ketiga (F1=F2)

Setiap aksi atau tindakan akan terdapat suatu reaksi (tindak balas) yang sama magnitud dari arah yang bertentangan. Maka kita boleh memaksimakan daya yang diaplikasi ke atas objek melalui daya tindak balas dari tanah. Demi mengekalkan kestabilan semasa tindakan daya yang maksimum ini, kita perlu mengarahkan posisi badan ke arah pergerakan yang telah ditentukan. Tolakan kaki pada papan penghadang di tanah akan menghasilkan daya yang bertentangan yang sama dengan tolakan peluru.

4. Sudut Lontaran (35-42 darjah)

Berdasarkan laluan parabola bahagian objek yang dilepaskan di udara. Sudut pelepasan adalah terpenting sekali iaitu di antara 35 hingga 42 darjah. Ketinggian atlit memainkan peranan yang penting. Seseorang atlit yang tinggi akan dapat melontar dengan jarak yang lebih jauh daripelontar yang rendah.

5. Stabiliti Sesuatu objek itu akan kekal dalam keadaan stabil selagi garisan pusat graviti jatuh pada tapak sokongan objek tersebut. Jika garisan graviti jatuh ke titik tengah tapak sokongan maka objek tersebut akan lebih stabil. Ini bermakna semakin hampir garisan graviti garisan graviti jatuh ke pusat tapak sokongan, maka semakin teguh stabiliti objek tersebut. Dalam melontar peluru, pusat graviti bagi atlit bermula dari penghujung tapak sokongan Dan berakhir di hadapan tapak sokongan pelontar.

Geseran Merupakan satu daya yang bertindak di kawasan pada dua permukaan yang bersentuhan yang menentang pergerakan atau tendensi pergerakan. Tapak kasut pelontar akan bergeseran dengan lantai/sektor lontaran.

7. Daya Centrepetal Dan Daya Centrefugal

Daya yang menarik masuk dari pusat dipanggil Daya Centrepetal, manakala daya yang menarik keluar dari pusat pula dipanggil Daya Centrefugal.

Langkah-langkah Keselamatan

a) Sentiasa mendengar dan mengikut arahan daripada guru atau jurulatih. b) Memastikan kawasan lontaran bebas dari laluan orang lain. c) Memastikan kawasan latihan sesuai dan selamat digunakan. d) Memastikan peluru berada di kawasan yang sepatutunya. e) Memastikan peluru tidak dijadikan bahan mainan. f) Memakai pakaian yang sesuai ketika latihan. g) Memakai kasut yang sesuai. h) Memastikan peluru tidak dilontar/golek ke arah rakan. i) Memastikan peralatan seperti peluru berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.

LARI PECUT

Pengenalan

Lari pecut dalam sukan olahraga bolehlah didefinisikan sebagai larian terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian terpantas ini bergantung pula pada beberapa faktor seperti jarak, kederasan tiupan angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga intensif daripada perlumbaan itu. Ini bererti adalah larian pada kebolehan tertinggi tanpa sebarang bantuan dan pada satu jarak yang ditetapkan umpamanya 50 meter, 100 meter, 200 meter, dan 400 meter.

Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut. Faktor ini amat berkesan dalam menentukan kelajuan lariannya. Faktor ini ialah kelajuan kaki dan jarak langkah semasa berlari. Untuk memperoleh kelajuan tertinggi, pelari haruslah mempunyai koordinasi yang baik, mobiliti atau kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badab semasa berlari. Tentang faktor jarak langkah pula, terdapat jarak optimum pula berbeza-beza seorang pelari dengan pelari lain, yang dipengaruhi panjang kaki, kekuatan dan mobiliti bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak langkah 1.5 hingga 2.0 meter pada larian pecut. Jarak langkah ini boleh dipertingkatkan dengan cara memperbaiki mobiliti Dan kekuatan.

Sejarah Lari Pecut

Larian pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang pernah dicatat. Sukan Olimpik Kuno di Greek mengandungi hampir hampir keseluruhan acara daripada acara pecut. Pada zaman moden, antara rujukn terawal ialah pertandingan lari pecut yang diadakan di kalangan pekerja serta orang suruhan golongan bangsawan. Salah satu perlumbaan pecut yang dicatat ialah perlumbaan yang diadakan pada tahun 1754 di Kent, England. Pada abad ke-19 lari pecut ini menjadi semakin popular. Perkembangan larian pecut pada abad ini telah dihalang oleh ketiadaan undang-undang Dan peraturan piawai Dan prosedur permulaan serta ketiadaan penjagaan masa yang tepat Dan betul. Pelbagai cara permulaan diadakan, sehingga selalu menjadi masalah untuk menerima cara yang mana dapat diterima oleh semua pelajar.

Walau bagaimanapun setelah pelbagai cara digunakan, persetujuan dibuat untuk menjadikan permulaan berdiri sebagai permulaan yang paling baik Dan sesuai serta dapat diterima oleh semua pihak. Cara ini dianggap sebagai kaedah terbaik ketika ini. Cara ialah dengan meletak kaki hadapan pada garis permulaan, manakala kaki belakang berada 15-20 cm daripada garis itu. Tubuh pelari pula dicondongkan ke hadapan sehingga pada sudut 90 darjah atau selari dengan padang.

Peralatan Untuk Acara Lari Pecut

Dalam acara-acara pecut, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan oleh seorang pelari pecut. Antaranya ialah seperti berikut:

a) Kasut Lari

Kasut lari atau spike amat penting kepada seorang atlit. Terdapat berbagaibagai jenis kasut lari, tetapi sebaik-baiknya gunakan kasut lari yang ringan. Paku pada spike tersebut mestilah tidak melebihi 11 batang dan tidak melebihi 25 mm panjang.

b) Blok Permulaan

Walaupun penggunaan blok permulaan (starting Blok) ini tidak diwajibkan, namun dalam acara lari pecut, ia amat perlu. Malahan , dalam kebanyakan kes, blok permulaan ini telah membantu pelari-pelari meningkatkan larian mereka. Namun demikian penggunaan blok permulaan ini perlu mengikut beberapa peraturan.

c) Pakaian Yang Sesuai

Ahli-ahli sukan khususnya olahraga hendaklah menyediakan pakaian trek yang sesuai untuk dipakai sebelum atau selepas mengambil bahagian dalam sesuatu acara. Kegunaannya ialah untuk mengawal suhu badan pelari.

Peraturan

a) Kasut

Peserta-peserta boleh bertanding dengan berkaki ayam atau berkasut pada sebelah atau kedua-dua belah kakinya. Tujuan berkasut di dalam pertandingan ialah

untuk memberi perlindungan dan cengkaman kuat di atas tanah agar langkah pesertapeserta menjadi tetap.

b) Bilangan Paku Tapak dan tumit kasut dibuat begitu rupa supaya ianya dibolehkan untuk 11 tempat paku. Sebarang bilangan paku sehingga ke 11 boleh digunakan tetapi bilangan tempat paku tidak boleh melebihi 11.

c) Panjang Paku Apabila pertandingan dijalankan di atas balapan getah tiruan serba cuaca , bahagian paku yang teranjur dari tapak atau tumit tidak melebihi 9 mm.

d) Nombor Setiap peserta hendaklah diberi dua nombor yang mesti dipakai di belakang dan di dada supaya jelas kelihatan.

e) Gangguan Di atas Balapan

Sesiapa di antara peserta yang menyinggung, berlari atau berjalan melintasi atau mengganggui peserta lain yang boleh membantut kemajuan langkah peserta itu, boleh menyebabkan penyingkirannya. Jika di dalam mana-mana perlumbaan seseorang peserta disingkirkan kerana sebab-sebab di atas, referi mempunyai kuasa memerintahkan perlumbaan itu dijalankan semula.

f) Berlari di dalam lorong

Di dalam semua perlumbaan di atas lorong, setiap peserta akan berlari di dalam lorong yang ditetapkan kepadanya dari mula hingga akhir. Sekiranya seseorang peserta di tolak atau di paksa berlari di luar lorongnya oleh peserta lain, dan sekiranya tidak menguntungkan, peserta itu seharusnya disingkirkan.

g) Keluar dalam masa pertandingan

Seseorang peserta selepas meninggalkan balapan dengan sendirinya tidak di benarkan menyambung permulaan semula.

h) Pusingan Dan Saringan

Pusingan-pusingan permulaan (saringan) akan diadakan dalam acara-acara balapan apabila bilangan peserta-peserta terlalu ramai untuk membolehkan pertandingan dijalankan dengan memuaskan di dalam satu pusingan (akhir). Di mana pusingan-pusingan awal diadakan semua peserta mesti bertanding dan melayakkan diri di dalam pusingan-pusingan seterusnya.

Gaya Permulaan Bagi Acara Pecut 100 Meter

a) Gaya Peluru Dalam permulaan gaya peluru (bullet start) kedua-dua belah kaki diletakkan pada jarak 28 cm ke garisan belakang. Penyelidikan menunjukkan, semasa tapak kaki

meninggalkan blok permulaan kecepatan (velocity) tidaklah baik. Ia juga memerlukan kekuatan untuk memulakan pecutan dengan cara ini. Oleh yang demikian permulaan gaya peluru ini tidak digalakkan bagi mereka yang baru menyertai acara pecut.

b) Gaya Sederhana (Medium) Permulaan jenis ini merupakan yang paling baik di antara ketiga-tiga jenis gaya dekam. Perbezaannya ialah pada kedudukan kaki belakang yang sederhana mengikut keselesaan peserta.

c) Gaya Panjang (elongated) Dalam permulaan jenis ini, kaki belakang diletakkan jauh ke belakang Dan kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan. Permulaan jenis ini jarang digunakan kerana dengan meletakkan kaki belakang jauh dari garisan permulaan, tidak dapat memberikan keberkesanan yang tinggi semasa memulakan larian.

Latihan Ansur Maju / Butiran Mengajar / Asas Biomekanik (100 meter)

Aktiviti / Butiran Mengajar 1. Lari atas bebola kaki Murid berjalan dengan menggunakan bebola kaki. Murid skip dengan menggunakan bebola kaki. 2. Angkat lulut tinggi.

Asas Biomekanik Murid berlari di atas bebola kaki untuk mendapatkan lonjakan ke hadapan. Hentakan kaki keseluruhan akan mengakibatkan kecederaan pada sendi-sendi kaki.

Lutut angkat sama tinggi dengan Badan tegak menambahkan seretan pinggang. udara rintangan udara. Badan condong ke hadapan lebih Berat tubuh harus diubah ke hadapan kurang 45 darjah. dengan menolak kaki ke belakang (Law of Action Reaction) Hukum Kepala tegak jangan terhangguk. Newton Ketiga. Mata tumpu terus di hadapan lebih kurang 2m ke hadapan. Bahu relaks. 3. Hayunan tangan Siku bengkok lebih kurang 90 darjah. Hayun tangan ke belakang melepasi badan di sisi pinggang pada ketinggian pinggul. Tangan hayun dengan cepat Dan bebas. Jari bengkok sedikit. 4. Berlari mengikut lorong Murid melakukan larian pecut sejauh 30 cm dengan menggunakan teknik yang betul secara perlahan. Murid akan melakukan lari pecut sejauh 30 m dengan teknik yang betul. Teknik Permulaan Dekam 1. Permulaan Sederhana Berdiri di belakang garisan Jarak yang sesuai memberi permulaan. keselesaan, imbangan dan kecekapan mekanikal kepada atlit semasa berada Jarak di antara bahagian hadapan blok Dapat kurangkan rintangan angin. Tubuh kita bersifat serupa dan seimbang . Langkah kaki kanan akan memutarkan kearah kiri (action dan reaction) Kurangkan rintangan.

dengan garisan permulaan antara 30dalam kedudukan sedia. 50 sm. Untuk keselamatan dan daya tolakan Pastikan blok permulaan dipasang yang lebih berkesan. dengan baik, ketat dan kemas. Ia Untuk membolehkan permulaan pada diletakkan bersudut tegak dengan satu garisan lurus ke bahagiandalam garisan permulaan. lorongnya yang berselekoh. 2. Kedudukan Ke Garisan Kaki berada di atas blok-blok Berat badan dipindahkan ke lutut permulaan. Kaki hadapan haruslah belakang dan kedua-dua tangan. diselaraskan dengan lutut kaki belakang. Bahu dibuka dan tangan diletakkan di Lengan hendaklah diluruskan dan belakang garisan permulaan. jangan kuncikan siku. Bahu dinaikkan lebih tinggi daripada tangan. Bahu berada di hadapan daripada Letakkan kedua-dua tangan di tangan. belakang garisan permulaan dengan membuka ibu jari Dan jari-jari lain tanpa menyentuh garisan. Jarak antara kedua-dua tangan seluas bahu. Kedudukan kepala adalah seperti biasa, mata memandang pada titik 1 meter ke hadapan. 3. Kedudukan Sedia

Kedudukan lutut kaki hadapan lebih kurang 90 darjah dari aras tanah. Untuk menolak pusat graviti ke Lutut kaki belakang lebih kurang 120 hadapan. darjah dari aras tanah. Hukum Newton 1- Jasad yang statik / Pinggang hendaklah lebih tinggi bergerak akan sentiasa ada kuasa lain sedikit daripada bahu. Bahu pula yang mengubahnya. harus tinggi sedikit daripada kepala. Badan yang dekam dan kepala yang Tangan diluruskan. Kedudukan ditunduk sedikit membentuk arrow kepala tidak berubah. dinamik untuk menambahkan Tekan kedua-dua belah kaki dengan kelajuan dan mengurangkan rintangan kuat pada blok permulaan. semas berlepas. Mata memandang pada titik satu meter ke hadapan.

4. Kedudukan berlepas

Bergerak pantas dan lurus ke hadapan Semasa keluar daripada blok tanpa menegakkan badab serta-merta. permulaan tolakan kedua-dua belah Kedua-dua kaki menolak blok kaki pada blok. permulaan dengan kuat. Semasa larian tolakan kaki ke bumi.

Tolakan jari tangan sekuat yang boleh Hayunan tangan lebih pants dari untuk membantu pelepasan larian.(Hukum Newton Ketiga) keseluruhan badan dari blok. Condongkan badan dan mata tumpu pada titik 1 meter ke hadapan. 5. Permulaan Larian Kaki lonjakan dibawa ke hadapan. Atlit perlu equilibrumnya atau rasa Tubuh badan direndahkan. tumit ke hadapan semasa berlepas Kepala ditundukkan sedikit. apabila angkat tangan daripada bumi Mata tertumpu pada trek. menghayunkannya. Langkah permulaan pendek pada 10 Langkah 1-10 dilakukan lebih pantas, meter pertama. dan kaki dibuka luas.(stabiliti) Kaki diluaskan sedikit. Badan dicondong ke hadapan untuk pusat graviti supaya atlit sentiasa 6. Semasa Larian mencari stabiliti baru dan dengan ini berlari pantas ke hadapan. Atlit berlari Atlit memecut dengan langkah di atas bebola kaki. panjang dan cepat. Hayunan tangan yang kuat Lutut diangkat tinggi. menghasilkan tarikan yang kuat untuk Mengayun lengan dengan kuat. mengangkat tinggi. Lari atas bebola kaki. Hayunan tangan membantu Siku dirapat pada badan dan menghindari peredaran yang tidak dibengkok pada sudut 90 darjah. diperlukan antara pergerakan kaki. (aerodinamik)

Langkah-Langkah Keselamatan

1. Kesihatan Sebelum menjalani satu-satu latihan: Perhatikan tentang fizikal peserta.

Perhatikan kedudukan mental peserta. Beban latihan- sesuai dengan keadaan peserta.

2. Pakaian Memakai pakaian yang selesa / sesuai untuk membuat pergerakan Tidak memakai barang hiasan. Kasut kanvas- sesuai untuk jogging.

3. Tempat Latihan Permukaan padang / trek yang rata dan tidak berlopak. Kawasan /ruangan yang selesa. Tiada halangan-halangan.

4. Alatan Menggunakan alat sesuai dengan peringkat umur. Keadaan alat yang sesuai. Menggunakan alat-alat dengan cara yang betul.

Penutup

Acara lari pecut memerlukan seseorang individu yang berkebolehan untuk berlari dengan pants serta mengambil masa yang paling singkat. Namun begitu, jika seseorang atlit itu tidak didedahkan dengan teknik larian yang betul maka kelajuannya tidak dapat ditingkatkan. Mengaitkan setiap latihan lari pecut dengan prinsip

biomekanik juga dapat membantu para atlit memperoleh kejayaan yang diidamidamkan oleh setiap individu.

LARI BERGANTI-GANTI

Pengenalan

Lari

berganti-ganti

merupakan

satu-satunya

acara

berpasukan

atau

berkumpulan dalam sukan olahraga. Ada acara untuk peserta lelaki dan juga acara untuk peserta untuk wanita. Dalam sesuatu pertandingan olahraga , lari berganti-ganti sering menjadi tumpuan ramai.

Lari berganti-ganti juga adalah acara yang paling menarik dalam bidang trek dan padang. Biasanya acara berganti - ganti 4x 100 dan 4 x 400 meter disusun pada akhir

program sebagai kemuncak di mana penonton dapat menikmati kehandalan pasukanpasukan yang bertanding dalam sesuatu pententangan hebat dari segi kederasan dan kemahiran penukaran baton.

Pasukan yang menang dalam acara ini hanya dikesan selepas keputusan terakhir tersebar sebaba ada kemingkinana ada baton yang terjatuh, pelari - pelari menerima baton luar daripada zon terhad untuk pertukaran baton atau pembatalan lain. Dalam keadaan ini , pasukan yang mempunyai keempat-empat pelari yang pantas dengan hantaran yang tidak baik akan ditewaskan oleh pasukan di mana pelaripelarinya yang mempunyai kepantasan sedarhana sahaja tetapi hantaran mereka licin dan baik.

Oleh kerana teknik larian dipelajari, maka pelajar-pelajar perlu diajar kemahiran - kemahiran ansur maju dalam teknik menerima dan memberi baton. Susunan pelari-pelari 'Synchronisation ' mengikut kualiti masing- masing perlu diambil kira.

antara kempat-empat atlit sangat penting sebab ini akan

memastikan kelicinan dalam teknik penukaran baton yang baik bila mereka sampai ke peringkat antarabangsa.

Sejarah

Menurut sejarah, kali pertama lari berganti-ganti diadakan ialah pada akhir abad ke 19 di Amerika Syarikat dan dihasilkan oleh dua orang peminat olahraga dari peminat oalahraga dari Universiti Pennsylvania iaitu Frank Ellis dan Laussat Geyelin.

Mereka memulakan larian ini untuk jarak metrik dengan satu pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh 403. 34 m ) iaitu suku batu dengan membawa baton untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berlari pada jarak yang sama. Terdapat dua pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1893. Sejak dari itu lari berganti- ganti terus menjadi pertandingan yang menarik dan mendapat sambutan ramai.

Dua tahun kemudian wujud pula ' Pennsylvania Realy carnival ' yang merupakan acara tahunan di bandar Amerika syarikat. Dari situ acara lari bergantiganti dikembangkan ke bandar-bandar lain di Amerika dan terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Terdapat pelbagai acara berganti-ganti, walaupun kebanyakan peminat sukan olahraga didedahkan dengan acara 4 x 100 dan 4 x 400 m sahaja. Antaranya termasuklah sebagai acaar dalam beberapa kejohanan olahraga ialah 4 x 200 meter, 4 x 800, 4 x 1500 m dan lari berganti-ganti jarak jauh. Selain daripada itu terdapat lari berganti-ganti campuran atau gabungan seperti 100 x 200 x 400 x 800 meter, 100 x 100 x 200 x 400 meter dan 200 x 200 x 400 x 400.

Menurut sejarah hanya acara 4 x 100 sahaja yang diadakan pada tahun 1893 di Pennsylvania. Ini bermakna 4 x 400 meter adalah cabang daripada 4 x 100 meter.Dalam acara 4 x 400 meter atau satu pusingan balapan, menjadikan keseluruhan jarak yang dilalui oleh keempat-empat orang pelari ialah 1600 meter.

Cara larian adalah sama dengan acara lari berganti-ganti yang lain, iaitu peserta pertama akan berlari sejauh satu pusingan dengan membawa baton untuk diberi kepada pelari kedua, yang akan berlari seterusnya kepada pelari ketiga dan pelari terakhir. Dalam kebanyakan perjumpaan olahraga , acara 4 x 400 diletak sebagai acara terakhir yang kadang -kadang merupakan penentu kepada pencapaian sesebuah pasukan dalam menentukan jumlah keseluruhan punggutan pingat.

Peralatan baton

Baton mestilah tiup kosong, licin danbulat. Diperbuat daripada kayu, logam atau benda yang kejor / tegar dalam satu pecahan . Panjangnnya tidak lebih daripada 30 cm daripada 28 cm. Lingkaran kelilingnya antara 120 hingga 130mm ( 4.75 inci ) dan beratnya tidak kurang daripada 50 gram. Baton eloklah terang supaya mudah dilihat pada masa perlumbaan.

Ukuran balapan

Panjang balapan bagi acara balapan termasuklah acara lari berganti-ganti 4 x 100m dan 4 x 400m ialah tidak kurang daripada 400m. Balapan mestilah tidak kurang daripada 7.32 m lebarnya dan jika boleh sebelah dalam berbendul simen atau lainlain benda yang sesuai lebih kurang 50mm tinggi dan 50 mm lebarnya. Jika di atas balapan rumput , bendera hendaklah dipacakkan diatas garisan pada setiap 5 meter untuk menghindarkan peserta -peserta daripada berlari diatasnya. Bendera -bendera itu dicondongkan 60 darjah dengan bumi ke sebelah dalam. Bendera berukuran 0.25m x 0.2 m.

Balapan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 6 lorong dan lapan lorong . Lebar lorong ialah antara 1.22 hingga 1. 25. Bagi acara 4 x 100m pelari pertama hingga pelari keempat mestilah berlari di lorong masing-masing. Dalam acara 4 x 400m pula, pusingan pertama dan sebahagian pusingan kedua hingga akhir lencungan pertama hendaklah berlari dalam lorong masing-masing.

Peserta-peserta dibenarkan memotong masuk di mana bahagian balapan selepas lengkungan pertama. Tempat memotong akan ditandakan dengan bendera bertiapng tinggi di kedua-dua belah balapan. Bagi acara 4 x 100m, pelari pertama akan berlari sejauh 106m, pelari kedua dan pelari ketiga sejauh 126m dan pelari keempat sejauh 120m . bagi acara 4 x 400 pula, peserta akan berlari pada jarak yang sama . Zon pertukaran baton dalam acara 4 x 100 ialah pada jarak 20m.

Prinsip-prinsip mekanik dalam lari berganti-ganti Kompenan kognitif dalam pergerakan melibatkan pengertian tanggapan analisa, sinyisis dan penggunaan berjenis-jenis aspek pergerakan. Pembentukan konsep prinsip-prinsip mekanik dan saintifik dalam lari berganti- ganti membolehkan murid memahami kenapa dan bagaimana badan mereka bergerak apabila mereka melakukan sesuatu ianya dapat memberi kesan yang baik kepada peserta.

Lari berganti- ganti adalah acara pecut ( sprint event ) oleh kerana kebanyakan prinsip-prinsip mekanik dan saintifik adalah berkaitan dengan lari pecut.

1) Hukum pergerakan Newton

a) Hukum inertia Segala-galanya akan bergerak terus dan hanya menghala ke lain sekiranya ada sesuatu kuasa yang menghalakannya.

b) Hukum halaju Kelajuan badan terpulang kepada kekuatannya daya tekanan yang bertindak. c) Hukum tindak balas Untuk sesuatu tindakan ada sesuatu tindak balas yang sama dan berlawanan. 2) Pusat graviti Pusat graviti adalah pusat perimbangan badan 3) Gerakan badan yang jatuhkan ( falling body ) Pelari-pelari perlu menjarakkan pusat graviti semasa membuat permulaan seberapa ke hadapan yang boleh sehingga ia mula melangkah untuk berlari . Semasa lari pecut, tubuh badan diangkat ke udara dalam masa yang singkat sekali. 4) Daya tekanan Pergerakan berlaku jika ada tekanan a) Daya sentrifigal b) Daya sentripetal 5) Kelajuan dan langkah Jika kelajuan bertambah ,amaka langkah menjadi lebih panjang. 6) Pergerakan Pergerakan terdiri daripada a) Pergerakan terus - yang bergerak dari satu tanda ke satu tanda. b) Pergerakan paksi - yang mempunyai satu paksi cthnya pergerakan kaki yang berpaksi di bahagian punggung di mana pelari bergerak lebih laju ke depan.

Domain psikomotor Domain ini merangkumi semua pengalaman pembelajaran berdasarkan membaiki kualiti tindakbalas pergerakan.

Domain Afektif Perasaan dan sensitiviti

Permulaan dalam lari berganti- ganti

Dalam acara lari berganti-ganti permulaannya adalah pada selekoh balapan. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat adalah seperti berlari untuk lari pecut hanya perbezaan pada landasan larian. Pelari pertama dikehendaki memasang bloknya pada sebelah kanan lorong itu mengikut garisan lurus kelengkungan bahagian dalam lorong itu sebab-sebabnya antara :

1) Boleh mendapat kelajuan yang maksima mengikut pergerakan lurus (liner motion ) jika dibandingkan dengan permulaan berlari dari selekoh. 2) Dapat mengurangkan sedikit jarak larian. Selepas mencapai kelajuan . Pelari itu mestilah berlari sebeberapa dekat dengan garisan dalam lorong itu dan dekam badan ke depan serta condong kesebelah kiri mengikut selekoh itu.

Butir-butir kognitifnya adalah kerana dapat mengurangkan jarak larian jika mengambil selekoh kecil daripada mengambil selekoh yang besar. Dekamkan badan adalah untuk keseimbangan . Badan dicondongkan untuk imbangan daya tarikan sentrifigal dan sentripetal. Jika daya tarikan sentrifugal melebihi daya tarikan sentripetal maka kita akan tercampak keluar dari trek.

Fasa- fasa lari berganti - ganti

1)

Fasa sokongan Pelari berada di garisan permulaan dengan baton berada di tangan kanan. Mendarat atas bebola kaki pada masa permulaan fasa ini.

2)

Fasa tolakan Pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang ditolak sepenuhnya.

3)

Fasa pemulihan Kaki belakang ditarik tinggi ke belakang.

4)

Fasa hayunan Lutut kaki depan ditinggikan ke depan

Kedudukan pelari 4 x 100

Pelari pertama Boleh berlari lencong dengan pantas. Bermula dengan gaya dekam baton di tangan kanan mengikut lorong dalam lari mula hingga habis.

Pelari kedua Menunggu di zon kederasan di tempat sesah ( check mark ). Berdiri di belah kanan dan berada dengan pantas apabila pelari pertama sampai ke tanda yang telahditetapkan. Pelari kedua mempunyai kepantasan dan daya tahan . Pertukaran baton mestilah dilakukan dalam zon pertukaran baton.

Pelari ketiga Berdiri di sebelah kiri lorong seperti nota pelari kedua dan aksi adalah sama. Pelari ini merupakan seorang yang mahir dalam lari di lencongan.

Pelari keempat. Posisi berdiri dan aksi adalah sama dengan pelari kedua. Pelari ini perlu mempunyai kepantasan dan daya berjuang dan ianya juga digelar ' Anchor man '. semua pelari akan menunggu mengikut lorong masing-masing dari mula hingga akhir.

Kedudukan pelari 4 x 400 meter

Pelari pertama Bermula gaya dekam dengan baton berada di tangan kanan. Pelari pertama akan berlari dalam lorong sendiri dari mula hingga akhir.

Pelari kedua

Pelari ini akan menunggu di zon pertukaran baton lorong sendiri dan akan menerima baton dengan tangan kiri. Pelari ini akan memotong masuk lorong pertama selepas lencongan pertama.

Pelari ketiga dan keempat

Menunggu dan menerima baton 10 meter dari belakang garisan penamat. ( Ini adalah untuk pertandingan antara lebih daripada tiga pasukan. )

Langkah-langkah ansur maju dalam lari berganti-ganti

Secara umumnya, terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih merancang pengajaran berkesan dalam latihan ansur maju bagi acara maju bari acara lari

berganti-ganti.

1)

Fasa permulaan pegangan dan hayunan baton Setiap pelajar diminta untuk memegang seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah sepanjang larian mereka. Para pelajar perlu diterangkan rasional menerima baton yang maksimum bagi pelari yang akan menerima baton. Seterusnya pelajar diminta untuk membiasakan diri berlari dengan membawa

baton dengan cara yang betul. Guru meminta murid agar dapat membiasakan menggunakan kedua-dua belah tangan.

25 meter

Gambarajah : lari ulang alik dengan membawa baton.

2)

Fasa memberi dan menerima baton Dalam acara ini perkara penting untuk memastikan kejayaan sesebuah pasukan ialah kelancaran hantaran baton. Oleh itu teknik yang sering digunakan semasa hantaran baton ialah : a) teknik pandang Teknik ini khusus digunakan dalam acara 4 x 400m dimana pemerima baton akan memandang ke arah penghantar baton sehingga menarima baton tersebut. b) teknik tanpa pandang

Teknik ini digunakan untuk acara 4 x 100 meter dan 4 x 200 meter di mana penarima baton menunggu di tempat yang sesuai dalam zon kederasan sambil penghantar baton tiba di tempat yang ditandakan . Sebaik sahaja penghantar baton tiba di tempoat yang ditandakan , penerima terus berpusing melihat semula ke depan dan terus berlari pada kelajuan maksima. Penerima baton menghulurkan tangan ke belakang lurus dan tapak tangan dibuka menghala ke atas dalam bentuk 'V ' apabila mendapati isyarat daripada penghantar baton. Penerima baton tidak memandang ke arah penghantar baton semasa menerima baton tidak akan terjejas.

Langkah ansur maju.

Pelari - pelari 1, 2, 3 dan 4 berbaris antara mereka berjarak

hantaran antara satu sama lain dan mereka berlari setempat. Pelari hendaklah mencondongkan badan dan melakukan latihan hayunan

tangan. Bila diisyaratkan hulur tangan ke belakang sebentar dan menersukan hayunan. Setiap pelari menyentuh tangan yang

dihulurkan. Seterusnya baton dihantar dari belakang ke hadapan iaitu dari nombor 1 ke no 2 ke no 3 dan no 3 ke no 4. Apabila pelari nombor 4 menerima baton itu, semua pelari menukar arah dan latihan diulangkan.

Dimana pelari nombor satu berada di belakang sekali. Pelari

nombor satu membawa baton di tangan kanan. Pelari kedua menerima

baton dengan tangan kiri, manakala pelari ketiga menerima baton dengan tangan kanan dan pelari keempat menerima baton dengan tangan kiri. Setelah menerima baton pelari keempat jatuhkan baton didepannya dan meneruskan larian anak. Apabila pelari nombor satu tiba di maan baton dijatuhkan, dia akan menungutnya dan meneruskan aktiviti ini.

Berdua - Pelari pertama dan perlari kedua berlari anak

mengelilingi trek. Pelari pertama memegang baton dan memberi siyarat di mana pelari kedua bertindak mengeluarkan tangannya ke belakang dan menerima baton . Selepas baton dihantarkan , pelari pertama berlari ke depan pelari kedua sehingga dia mendapat isyarat dari pelari kedua untuk menerima baton daripadanya. Proses ini berterusan diatas trek. Selepas beberapa kali latihan, pelari tadi menukar tangan untuk menerima baton iaitu dari kanan ke kiri bagi pelari pertama dan kiri ke kanan bagi peserta pelari kedua.

Hantaran terus - Bilangan pelari terdiri daripada angka yang

genap. Keperluan : trek 400m dan pertanda dengan bendera pada tiaptiap 50m di trek. Jumlah stesyen adalah lapan.

Organisasi Pada tiap-tiap stesyen letakkan pelari-pelari Pelari pada stesyen satu bermula membawa baton dengan

tangan kanan. Pelari pada stesyen kedua menerima baton dengan

tangan kiri, kemudian menghantar baton pada peserta stesyen tiga yang menerima dengan tangan kanana. Tiap- tiap pelari berbuat demikian sehingga baton balik kenombor satu daripada pelari nombor lapan. Selepas menghantar baton, pelari anak balik ke tempat asalnya. Tiap-tiap pelari menggunakan tangan yang sama sepaanjang

latihan ini. Jangka masa latihan terpulang kepada jurulatih.

Hantaran berterusan - ( sembilan pelari sepasukan ). Semua pelari pergi kelapan-lapan stesyen seperti aktiviti lapan

berpasukan. Pelari nombor satu dan pelari nombor satu memegang baton dengan tangan kanan, dan dia akan menerima kembali dengan tangan kiri. Aktiviti ini memerlukan kebolehan semua pelari menerima baton dengan tangan kanan dan tangan kiri.

Latihan ini bermula dengan lima pelari dalam satu pasukan. Jarak diantara peserta adalah dua puluh hingga tiga puluh minit. Seperti biasa prserta pertama tiba di stesyen pertama, peserta kedua menghulurkan tangannya ke belakang bila perseta pertama memberi isyarat. Demikian juga dengan pelari-pelari seterusnya. Selepas nombor lima menerima baton dalam tangan kanan, semua pelari berpusing dan jarak pelari pertama pada kali ini.

3)

Fasa larian dalam zon pertukaran baton.

Setiap pertukaran baton mestilah dilakukan di kawasan atau zon larian yang telah ditetapkan. Jarak bagi zon pertukaran baton bagi acara 4 x 100m ialah 20 meter. Semua atlit perlu didedahkan tentang zon tersebut di mana kedudukan sebelum dan semasa menerima baton. Sebagai pemberi, atau orang yang akan menerima baton kepada penerima, seseorang itu perlu memberi isyarat apabila ingin menyerahkan baton dan hantar dalam kawasan terhad. Baton juga perlu diserahkan sepanjang 1 / 3 kepada penerima dan pastikan hantaran itu dalam tangan penerima. Sebagai seorang penerima , larian perlu dilakukan daripada garisan awal sepanjang zon dan janganmemandang ke belakang. Terima baton dengan cepat semasa pelari menghantar baton tiba ke tanda yang telah dibuat. Penerima baton perlu berada di luar

pertengahanlorong jika menerima dengan tangan kanan. Lari dalam separuh bahagian lorong bertujuan untuk memberi kawasan lari bagi pelari yang akan menerima baton.

Langkah ansur maju.

1)

Berlari anak di dalam kawasan atau garisan yang telah disediakan. Garisan atau kawasan tersebut dibuat dengan menggunakan skital sebagai penanda. Pelari atau peserta dikehendaki berlari anak dari kawasan permulaan hingga ke kawasan akhir penanda. Lakukan aktiviti berulang-ulang.

2)

Lakukan aktiviti ini secara berpasanagan. Seorang akan menjadi pemberi dan seorang lagi sebagai penerima. Pemberi akan berada di luar kawasan zon dan penerima akan berlari anak hingga kegarisan yang telah ditandakan sesuai

untuk menerima baton. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang kali dan menggunakan satu zon yang dipilih di dalam padang yang sebenar bagi memastikan baton dihantar dengan kemas dalam zon tersebut.

3)

Aktiviti secara berempat iaitu melibatkan 4 orang dalam satu kumpulan. Aktiviti ini dilakukan seperti tahap 2 tetapi menggunakan padang yang sebenar. Peserta akan mengambil tempat sebagaimana yang telah ditetapkan. Buat permulaan, peserta membuat larian anak. Setelah beberapa kali dilakukan seperti keadaan yang sebenar bagi membiasakan murid melakukan pertukaran baton di dalam zon yang telah ditetapkan dengan kemas dan betul.

4)

Fasa penamat

Apabila peserta hendak melintasi garisan penamat, pastikan rentak larian tidak berubah. Dada peserta hendaklah ke hadapan dan mencecah dahulu garisan penamat. Peserta yang dadanya dahulu menyentuh garisan penamat dianggap pemenang.

Langkah ansur maju.

Guru melatih murid berlari dalam kumpulan untuk menamatkan satu-satu larian dengan jarak 20 meter. Apabila sampai kegarisan penamat murid

mendepankan dada dahulu supaya melintasi garisan penamat. Latihan ini dilakukan berulang-ulang.

Undang-undang dalam lari berganti-ganti.

Dalam satu acara berganti-ganti terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh peserta dalam setiap pasukan. Antaranya :

1)

Setiap peserta tidak dibenarkan masuk ke dalam lorong pasukan lain sebaik sahaja baton telah diberikan kepada peserta kedua dan seterusnya. Pasukanpasukan yang bertanding dinasihatkan berlari mengikut lorong masing-masing sehingga semua peserta telah melintasi zon terhad.

2)

Peserta-pserta daripada setiap pasukan tidak dibenarkan berlari lebih dari satu kaki.

3)

Setiap baton yang dihantar atau diberikan kepada rakan sepasukan mestilah di zon pertukaran yang telah ditetapkan. Zon bagi jarak pertukaran baton sejauh 20 meter.

4)

Jika terjadi sesuatu perkara seperti baton terjatuh semasa sesi pertukaran setiap pelari yang memberi atau menghantar baton itu dikehendaki mengambilnya semula.

5)

Apabila berlaku keadaan di mana baton jatuh diluar daripada kawasan hantaran maka pelari yang mennjatuhkan baton tersebut mestilah

memungutnya atau mendapatkannya semula.

LEMPAR CAKERA.

Sejarah

Lempar cakera merupakan acara lemparan yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan walaupun acara merejam lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman silam. Lempar cakera dimasukkan ke dalam acara Sukan Olimpik kuno di Greek. Pada masa itu peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada masa kini. Cakera yang digunakan dalam Sukan Olimpik moden pertama tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan sekarang. Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat leper dan dibaluti besi di sekelilingnya serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan beratnya hampir 2 kilogram iaitu 1.923kg.

Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata arah, disediakan suatu kawasan khas yang berbentuk segiempat sama dengan 2.5 meter panjang dan lebar. Teknik

atau cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas, tetapi permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam iaitu menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta badan yang sedikit bongkok. Tangan menghayunkan cakera dari sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh.

Pada Sukan Olimpik di Stockholm, acara melempar cakera dipertandingkan menerusi penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah peserta akan membuat lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan dan kali kedua menggunakan tangan yang sebelah lagi. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana kerana tidak ada teknik tertentu yang digunakan dan jarak cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920 dan selepas itu, teknik lemparan baru telah diperkenalkan.

Perkembangan Masa Kini

Pada ketika ini, lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakkan sukan olahraga termasuk di peringkat sekolah. Acara ini disertai oleh lelaki dan juga wanita. Hanya saiz dan berat cakera sahaja yang berbeza. Jenis cakera ini ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap penganjur sesuatu kejohanan olahraga di mana sahaja.

Jika kita lihat sepintas lalu, acara ini kelihatan lebih mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Bagaimanapun, ianya tidaklah semudah yang disangkakan. Mungkin ada yang agak jauh tetapi dari segi teknik atau cara melakukan lemparan mungkin

tidak betul atau kurang tepat. Bagi mendapatkan teknik lemparan yang betul serta jarak yang jauh, seseorang itu perlu mengikuti latihan dengan jurulatih atau guru pengawas yang berpengalaman.

Sebagai acara sukan, lempar cakera dipertandingkan dalam suatu kawasan khas. Malah dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa, kawasan lemparan cakera berpagar dengan jaring besi kecuali bahagian hadapannya yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan. Pada peringkat sekolah, disebabkan jarak lemparan dan teknik lemparan yang mudah menyebabkan kawasan lemparan terbuka keseluruhannya. Pagar berjaring besi ini bertujuan mengelakkan cakera mencederakan seseorang jika terlepas dari pegangan pelempar.

CAKERA.

Cakera diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupai kayu dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera hendaklah berbentuk bulat tetapi leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat daripada besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera. Cakera juga boleh diperbuat tanpa melekatkan piring besi pada bahagian tengah asalkan bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera adalah menepati berat yang ditetapkan.

Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita. Begitu juga dengan cakera untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah seperti berikut :

PERKARA/BAHAGIAN 1. Berat keseluruhan pertandingan. 2. Ketebalan bahagian

LELAKI untuk 2.0 kg (Minimum) tengah

WANITA 1.0 kg (Minimum) 37 39 mm 50 57 mm 180 182 mm

cakera. 44 46 mm 3. Diameter piring atau kawasan rata pada tengah cakera. 4. Diameter keseluruhan cakera. 5. Ketebalan logam pada sekeling cakera. 12.0 mm 50 57 mm 218 221 mm

12.0 mm

BULATAN LEMPARAN.

Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk peserta cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk bulatan hendaklah diperbuat daripada besi logam lain dan kayu dengan bahagian atasnya sama aras dengan kawasan sekeliling. Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen atau bahan lain yang tidak licin. Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5 meter pada diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada dua bahagian yang sama besar.

Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih kurang 5 meter, manakala garisan bulatannya lurus sekurang-kurangnya 6 meter tebal dan diwarnakan putih. Garisan lurus setebal 5 cm lebar hendaklah dilukiskan di

luar bulatan sekurang-kurangnya 75 cm pada kedua-dua belah bulatan. Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.

KAWASAN LEMPARAN.

Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh bulatan dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini hendaklah lebih kurang 60 meter panjang, manakala bagi peringkat antarabangsa boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100 meter. Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.

Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh diadakan pada jarak tertentu umpamanya 30 meter, 40 meter dan 50 meter untuk peringkat sekolah dan jarak yang lebih jauh seperti 50 meter, 60 meter dan 70 meter untuk peringkat yang lebih tinggi.

KURUNGAN KESELAMATAN.

Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa acara lemparan cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil. Langkah yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan di kawasan membuat lemparan. Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang kemas

supaya dapat menahan lemparan cakera yang beratnya 2 kg serta dilempar pada kelajuan sehingga melebihi 25 meter sesaat.

Kurungan ini biasanya berbentuk U dan terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang menyokong jaring. Permukaan kurungan hendaklah selebar 6 meter terletak 5 meter di hadapan setiap bulatan lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah hendaklah sekurang-kurangnya 4 meter tinggi. Jaringnya hendaklah diperbuat daripada bahan sintetik atau yang seumpamanya.

Jika cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan, kemungkinan besar ia akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan demikian, cakera akan terjatuh di dalam kawasan berpagar dan tidak membahayakan orang lain. Lemparan tersebut juga batal jika gagal mengikut arah atau laluan yang disediakan.

PITA PENGUKUR.

Acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraannya ditentukan oleh jarak lemparan yang dibuat. Jarak ini perlu diukur. Alat yang digunakan ialah pita pengukur. Pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan. Ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian bulatan lemparan itu.

Di peringkat antarabangsa, alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk menggantikan penggunaan pita pengukur. Dengan ini setiap jarak yang dibuat dapat diukur dengan lebih cepat dan tepat.

CARA MEMEGANG CAKERA.

Sebelum dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta mengetahui menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang cakera dengan cara yang tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak menghasilkan jarak yang jauh malah boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain. Bagi mendapatkan pegangan yang betul, peserta hendaklah mendapatkan cakera yang betul mengikut saiz dan berat cakera bergantung kepada umur dan jantina.

Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat iaitu mereka mestilah boleh menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut sudut layangan yamg betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada mudah terjatuh sebelum lemparan sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah memilih gaya atau pegangan yang sesuai dan selesa mengikut kemampuan tangannya.

CARA PEGANGAN PERTAMA.

Cara pegangan ini ialah dengan menekapkan tangan pada permukaan cakera yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian tengahnya. Cakera yang dipegang hanya pada bahagian hujung jari peserta yang dibengkokkan mencengkam pada segi cakera. Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan cakera untuk memberi pengawalan. Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera hendaklah pada jarak yang sama antara satu sama lain.

Bagi memastikan pegangan itu berada dalam kedudukan baik dan selesa, peserta boleh menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dan ke belakang. Selepas itu peserta bolehlah cuba melemparkan cakera untuk jarak yang dekat dahulu. Lakukan beberapa kali dengan penekanan diberikan kepada cara memegang cakera dan bukan pada jarak lemparan.

CARA PEGANGAN KEDUA.

Pegangan cakera ini hampir sama dengan cara pegangan yang pertama. Perbezaan yang ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera. Keseluruhan tapak tangan peserta hendaklah diletakkan pada permukaan cakera dengan menutup terus bahagian berlogam pada bahagian tengah. Jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan dengan jari kelengkeng. Ibu jari pula dirapatkan pada permukaan cakera iaitu pada bahagian atasnya untuk mengawal pegangan tangan secara keseluruhannya. Seperti dalam pegangan pertama, untuk memastikan supaya tangan memegang cakera dengan selesa dan kemas, peserta hendaklah menghayun-hayunkan cakera itu ke hadapan dan ke belakang beberapa kali diikuti dengan lemparan dekat beberapa kali. Peserta hendaklah cuba mendapatkan pegangan yang selesa dengan cara ini.

CARA PEGANGAN KETIGA.

Adakalanya peserta mempunyai jari-jari tangan yang pendek dan mungkin menjadi masalah padanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun dengan pegangan cara ini, masalah ini dapat diatasi. Malah pegangan cara ketiga ini adalah khusus untuk mereka yang mempunyai jari-jari yang agak pendek. Peserta henndaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada cakera dengan menutup dua per tiga sahaja daripada bahagian berlogam pada bahagian tengah cakera. Manakala jari-jari memegang pada sekeliling atau sampai ke logam cakera. Ini bermakna bahagian atas cakera disokong oleh bahagian lengan peserta. Ini perlu bagi membolehkan jari-jari memegang cakera di sekelilingnya. Kedudukan jari adalah sama seperti dalam pegangan cara kedua. Bagi memastikan pegangan itu kemas dan selesa, peserta boleh mengikut langkah dalam pegangan pertama dan kedua iaitu menghayunkan cakera sebelum melontarnya.

TEKNIK MELEMPAR CAKERA.

Umumnya terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera iaitu gaya berdiri dan gaya berpusing. Berdasarkan dua gaya ini, telah dicipta beberapa gaya lain yang merupakan variasi oleh ahli-ahli sukan dalam lempar cakera.

Bagi pelajar yang baru belajar, adalah memadai dan sesuai untuk peringkat permulaan. Latihan membaling dengan gaya berdiri hendaklah diamalkan sebagai salah satu langkah ansur maju dalam latihan melempar cakera. Setelah mereka biasa

atau menguasai teknik melempar dengan gaya ini, teknik melempar dengan gaya rotasi badan boleh diperkenalkan kepada mereka.

Teknik Gaya Berdiri. Teknik ini juga dikenali sebagai Gaya 90%.

Fasa 1 : Persediaan.

1. Pelajar berdiri dengan cakera menghalakan bahu kirinya (tangan bebas) ke arah kawasan cakera mendarat. Pastikan gaya lakuan berdiri ini adalah selesa. Kaki berjarak seluas bidang bahu. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri. 2. Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.

Fasa 2 : Hayunan Awalan.

1. Untuk memulakan hayunan ke belakang, cakera terlebih dahulu digerakkan menyilang badan ke depan bahu kiri. Pada ketika ini, tangan kiri memberi sokongan kepada cakera. Lihat juga fasa 1. 2. Cakera dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan semula dekat bahu kiri. Berat badan berubah dari kaki kiri ke kaki kanan mengikut rentak hayunan. 3. Semasa hayunan ke belakang, pelajar handaklah merendahkan badannya sedikit (bengkokkan lutut) dan badannya juga mengilas ke belakang sambil berpaksi di atas hujung kaki.

Fasa 3 : Membuat Lemparan.

1. Ekoran dari hayunan ke belakang yang terakhir (selepas dua atau tiga hayunan) pelajar mengilaskan badannya ke hadapan, didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak. 2. Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Cakera dilempar ke hadapan secara menaik apabila sampai ke arah bahu kanan. Sudut lemparan atau pelepasan cakera yang dianggap sesuai ialah 30 35 darjah.

Fasa 4 : Ikut Lajak dan Pemulihan. 1. Ketika melempar cakera, kedua-dua belah kaki menolak tanah dan diluruskan sehingga badan terangkat. Tindakan kaki ini penting untuk menambah daya kepada lemparan itu.

Teknik Gaya Berpusing dan Melempar.

Teknik ini agak sukar bagi pelajar yang lemah koordinasinya dan yang masih belum menguasai kemahiran amelempar dengan gaya berdiri. Teknik gaya berpusing badan atau rotasi boleh diperkenalkan melalui latihan secara ansur maju. Dengan gaya rotasi ini, momentum dan daya melempar dikumpulkan ketika peserta memulakan hayunan awalannya, berpusing dan tindakan melempar disaat-saat akhir.

Fasa 1 : Persediaan.

Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dan membelakangkan kawasan pendaratan cakera. Teknik memegang cakera adalah seperti gaya berdiri. Kaki berjarak seluas bidang bahu.

Fasa 2 : Hayunan Awalan.

Badan direndahkan semasa melakukan hayunan awalan. Hayunan dilakukan seperti yang diterangkan dalam gaya berdiri. Beri perhatian kepada kilasan badan yang luas julatnya mengikut hayunan tangan yang memegang cakera.

Fasa 3 : Rotasi Atau Berpusing. Apabila selesai hayunan terakhir, pelajar mengilaskan badannya ke kiri dengan berpaksi atas bebola kaki kiri. Badan berpusing dengan kaki kanan melangkah ke arah lawan jam sehingga pelajar berhadapan dengan kawasan pendaratan. Selesai sahaja langkah ini, kaki kiri pula melangkah ke belakang disusuli pusingan badan sambil peserta berpaksi di atas bebola kaki kanan. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah (selesai tindakan berpusing), kaki kanan terus bergerak ke depan diikuti pusingan badan.

Fasa 4 : Membuat lemparan.

Apabila peserta hampir selesai mengilaskan badannya dan menghadap kawasan lemparan, tangan yang memegang cakera pun telah dihayun sampai ke aras bahu tangan tersebut. Peserta akan berasa logam cakera itu semakin menekan di atas ruas jarinya. Pada ketika inilah cakera itu di lempar dengan tangan yang

lurus dan jari-jari memutar mengikut arah jam (clockwise) sebagai tindakan terakhir dalam melepaskan cakera. Pastikan kedua-kedua belah kaki membantu tindakan melempar dengan menolak kuat ke atas tanah.

Fasa 5 : Ikut Lajak dan Pemulihan.

Selepas cakera dilempar, tangan yang melempar itu akan terus bergerak menyilang badan di atas leher dan kemudian membengkok di akhir pergerakkannya. Pada masa yang sama, kaki kanan akan ke depan bulatan dan kaki kiri terangkat ke belakang. Sambil mengimbangkan badannya, peserta terus memerhati cakera hingga ia mendarat. Kebaikan Teknik Lemparan Gaya Berpusing.

i. Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan berkesan menerusi pusingan badan dan cakera dapat dilempar dengan kuat dan jarak yang lebih jauh. ii. Pergerakkan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu mendapatkan keputusan yang membanggakan. iii. Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakkan dan lemparan serta dapat mengelakkan daripada pembaziran tenaga. iv. Memberi kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian yang tidak menggunakan teknik lemparan ini.

v. Keburukan Teknik Lemparan Gaya Berpusing.

vi. Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan. vii. Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh merugikan lemparan yang dibuat. viii. Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah mudah. ix. Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain.

LATIHAN ANSUR MAJU.

Latihan 1.

Tujuan : Mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.

Latihan ini boleh dilakukan secara berpasangan.

i. Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit. ii. Hayun cakera berulangkali ke depan dan ke belakang sisi badan. Ingat supaya jangan mengenggam cakera. Pegang seperti yang diterangkan sebelum ini. iii. Setelah menghayunkan cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Disaat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

Latihan 2.

Tujuan : Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

Berdiri dan melempar cakera dengan kilasan badan. i. Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan. ii. Hayun cakera ke belakang dengan tangan menyilang dengan tangan kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki. iii. Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua belah kaki melempar cakera ke kawasan pendaratan.

Latihan 3.

Tujuan : Latihan berpusing selepas menghayun cakera.

i. Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri. ii. Pada kali kedua sambill menghayun cakera ke depan, badan berpusing ke arah lawan jam (sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang. iii. Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpaksi. iv. Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.

v. Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan memusingkan badan sebagai panduan kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur maju.

Nota : Pada peringkat awalan, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera.

Latihan 4.

Tujuan : Simulasi selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.

i. Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan hayunkan cakera. ii. Hayun cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan badan ke depan bulatan. iii. Apabila kaki kiri mencecah tanah di bahagian depan bulatan, kaki kanan berpaksi dan pengilasan badan disempurnakan sehingga badan menghadap ke kawasan lemparan. iv. Apabila cakera sampai ke aras bahu, ia dilemparkan ke depan. Pada ketika lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat ke atas tanah.

Biomekanik Dalam Melempar Cakera.

Faktor- faktor Aerodinamik.

Jarak dalam melempar cakera adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut :

i. Pengumpulan dan pemindahan daya. ii. Daya centripetal dan centrifugal. iii. Struktur badan pelempar. iv. Kelajuan lemparan.

1. Pengumpulan dan pemindahan daya.

Faktor-faktor yang patut diambilkira ketika penerbangan cakera ialah seperti berikut :

i. Halaju pelepasan. ii. Sudut pelepasan. iii. Sudut attitude. iv. Halaju angin yang bertiup. v. Putaran cakera. vi. Ketumpatan udara yang dilalui. ~ Halaju pelepasan ~ Sudut attitude ~ Sudut pelepasan

2. Daya centripetal dan centrifugal.

Daya centripetal (Fc) adalah daya sesuatu jasad yang bergerak ke dalam sesuatu bulatan.

Fc = MV di mana M = jisim, V = halaju, R = jejari R Daya centrifugal adalah daya yang bertentangan dengan daya centripetal dan bergerak keluar dari bulatan.

3. Struktur badan pelempar.

Selain daripada kekuatan, ketinggian badan pelempar adalah suatu faktor yang penting. Seorang pelempar yang tinggi akan melempar dengan jarak yang lebih jauh. Ini adalah kerana hasil range atau julat yang lebih besar.

4. Kelajuan pelempar.

Penambahan kelajuan melempar cakera memberi penambahan jarak yang lebih kerana lift cakera adalah berkadar ganda dua halaju. Kelajuan lemparan juga berpunca daripada pusingan yang sempurna dan kemas. Semasa melakukan pusingan, hendaklah dilakukan di atas bebola kaki kerana permukaan yang kecil akan mengurangkan rintangan terhadap permukaan gelanggang.

Semua daya udara ke atas cakera boleh dicampur menjadi paduan yang bertindak di satu titik yang dipanggil pusat tekanan (centre of pressure). Apabila sudut

attack menambah, pusat tekanan ini akan ke depan dan daya paduan pun bertambah. Ini ada hadnya kerana apabila had ini terlebih, turbulence di belakang cakera akan mengganggu pengaliran udara di bahagian atasnya, maka daya ke atas pun hampir hilang dan drag menambah. Had sudut ini dipanggil stalling angle dan cakera pun jatuh oleh tarikan daya graviti.

UNDANG UNDANG DAN PERATURAN SERTA KEPEGAWAIAN

UNDANG UNDANG DAN PERATURAN

i. Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut susunan yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan. ii. Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang, mereka akan diberi tiga lemparan dan lapan peserta yang mempunyai lemparan yang paling jauh akan memasuki pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan tiga lemparan lagi untuk menentukan pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberi enam percubaan seorang, dan lemparan yang paling jauh daripada enam percubaan ini akan menentukan pemenang keseluruhan. iii. Setelah pertandingan bermula peserta tidak lagi dibenarkan menggunakan

kawasan lemparan untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan sama ada dengan peralatan ataupun tanpa peralatan.

iv. Setiap peserta akan ditentukan kedudukannya atau pemenang mengikut jarak lemparan paling jauh dan sah. v. Cakera hendaklah dilempar bermula dari kawasan lemparan yang disediakan dan hendaklah bermula dari kedudukan statik. vi. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan bulatan lemparan sebelum cakera mendarat atau menyentuh kawasan pendaratan. Cara keluar dari bulatan yang tidak betul dikira batal. vii. Untuk menjadikan lemparan itu sah, cakera hendaklah jatuh didalam kawasan pendaratan yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak garisan yang mengelilingi bulatan. viii. Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh peserta, walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan sebelum. ix. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh memberikan kelebihan atau menjarakkan jarak lemparan cakera. x. Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau pada tapak kasut dengan tujuan memberi kelebihan kepadanya atau lemparanya. xi. Sekiranya terdapat keputusan yang seri, semakan akan dibuat pada jarak kedua terbaik bagi setiap peserta. Semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan setiap peserta berkenaan melakukan satu lemparan tambahan. Peserta yang mencapai jarak lebih jauh daripada lemparan tambahan di kira pemenang. xii. Peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang undang yang ditetapkan, termasuk dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan. xiii. Peserta hendaklah menerima keputusan pegawai pertandingan dengan penuh semangat kesukanan, sekira lemparan yang dibuat itu batal atau tidak dikira.

xiv. Peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang telah ditetapkan untuk acara ini.

PEGAWAI PERTANDINGAN

Dalam mengadili acara lempar cakera ini tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan diperlukan untuk mengadili pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan sama ada lemparan itu batal ataupun sah, menerusi sentuhan kaki peserta pada garisan bulat lemparan, atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera mengena jaring keselamatan. Dua oran pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan cakera di kawasan pendaratan da dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak yang dicapai oleh peserta.

LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN

i. Kesihatan Sebelum menjalankan sesuatu latihan perlu dibuat soal selidik dari segi kesihatan peserta. Perhatikan tentang fizikal, kedudukan mental dan beban latihan peserta sesuai dengan keadaan peserta. ii. Pakaian Memakai pakaian yang sesuai untuk membuat pergerakan . Tidak memakai barang perhiasan. iii. Tempat latihan Tidak basah dan licin. Tempat yang sesuai dan selamat. iv. Alatan Mempunyai alatan yang cukup dengan bilangan peserta. Peserta menggunakan alat yang sesuai dengan peringkat umur. Keadaan alat yang baik dan menggunakan alat dengan cara yang betul.

v. Prosedur alat Prosedur atau disiplin. Memberikan arahan mengikut ansur maju, mengikut peraturan sesi latihan, patuhi langkah langkah keselamatan semasa melempar cakera. Melempar cakera ke arah yang sama. Tidak lemparan cakera kepada pasangan yang membuat

berhadapan dan tidak membuat

lemparan dan mengumpul cakera pada masa yang sama. vi. Memastikan setiap pelajar tidak berada di hadapan atau tempat sasaran semasa lemparan dilakukan. vii. Pelajar yang tidak melempar hendaklah berada sekurang kurangnya tiga meter daripada pelajar yang akan membuat lemparan. viii. Lemparan hendaklah dilakukan mengikut giliran masing masing. (seorang lepas seorang). ix. Cakera diambil setelah semua pelajar telah melakukan lemparan. x. Elakkan bermain main, mengacah acah dan bergurau dengan kawan menggunakan cakera. xi. Sentiasa mematuhi arahan arahan yang diberikan.

KOMPONEN KECERGASAN

APAKAH KECERGASAN

Ahli-ahli fisiologi menyatakan bahawa kecergasan merupakan satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan penggunaaan tenaga lebihan untuk digunakan di masa kesenggangan dan ketika di dalam keadaan kecemasan. Ini secara keseluruhan melibatkan kecergasan sosial, kecergasan psikologi dan kecergasan fisiologi. Kesemua ini ditentukan pula oleh persekitaran, keturunan atau baka dan cara hidup seseorang itu.

Konsep kecergasan merangkumi aspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan itu adalah sumber yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan sangatlah perlu bagi seseorang oleh kerana kesihatan yang tinggi dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri.

Berdasarkan kepada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa kecergasan adalah hak perseorangan yang perlu ditingkatkan bagi memcapai kehidupan yang sihat dan cergas. Menurut ahli fisiologi kecergasan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek kesihatan dan perlakuan motor.

Kecergasan Yang Berlandaskan Kepada Kesihatan Komponen yang terlibat di dalam kecergasan aspek kesihatan ini adalah

seperti berikut :

i. Daya tahan kardiovaskular ii. Daya tahan otot iii. Kekuatan otot iv. Kelembutan v. Komposisi badan

Daya tahan kardiovaskular adalah kompenon yang terpenting dalam profil fisiologi manusia. Ia melibatkan daya tahan aerobik dan daya tahan anaerobik. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi saluran darah, jantung dan paru-paru. Aktiviti yang berat memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang efisyen sebab situasi seperti ini memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang kaya dengan oksigen membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti tersebut.

Peningkatan kecergasan kardiovaskular boleh menurunkan kadar nadi rehat serta menjadikan jantung lebih sihat. Hasil daripada ini, peredaran darah menjadi lebih efisyen serta peningkatan kebolehan paru-paru ke kalasiti penggunaannya yang optima diteruskan dan oksigen boleh dibekalkan ke otot untuk mengelakkan keletihan dan kelesuan.

Daya tahan otot dan kekuatan otot pula boleh membantu sseseorang individu dalam melakukan segala pergerakan dengan lancar dan mudah. Bila otot bertambah kuat, maka kerja-kerja biasa menjadi ringan dan individu dapat bekerja lama kerana anggota badan lambat lesu.

Kelembutan atau kerenggangan otot dan kelonggaran sendi membolehkan bergerak dengan licin tanpa sebarang rintangan. Keadaan begini dapat mengelakkan kecederaan ke atas otot-otot ketika individu itu melakukan gerakan yang kompleks atau pekerjaan yang sukar yang hendak dilakukan dalam keadaan kecemasan.

Peratusan lemak badan akan menentukan berat badan seseorang itu. Berat badan yang lebih tinggi tidaklah begitu bahaya kepada kesihatan sekiranya kelebihan itu adalah di bahagian otot. Tetapi sekiranya peratusan berat badan itu adalah dari kumpulan lemak, maka keadaan ini tidak baik dan kemungkinan akan menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan pula. Kebolehan mengurangkan peratusan lemak yang tidak perlu oleh badan harus dijadikan satu amalan yang berterusan. Hanya melalui aktiviti fizikal dan dibantu dengan makanan yang seimbang dapat mengatasi masalah bertambahnya lemak dalam tubuh badan. H. Kecergasan Yang Berlandaskan Kepada Perlakuan Motor Komponen-komponen kecergasan dalam aspek perlakuan motor terdiri daripada :

i. Koordinasi ii. Imbangan iii. Ketangkasan iv. Kuasa/daya v. Masa tindak balas vi. Kepantasan

Aspek perlakuan motor dapat membantu dalam hal-hal yang bersabit dengan gerak kerja fizikal yang spesifik. Meningkatkan tahap kemahiran tersebut dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta meringankan bebanan yang mungkin timbul ketika anda giat melakukan aktiviti yang lebih dari lakuan kebiasaan seperti mengangkat benda-benda yang berat.

Kemampuan motor dapat membantu dalam proses pencapaian kecergasan keseluruhan. Latihan yang mengandungi aktiviti untuk memperkayakan komponen perlakuan motor ini seperti berlari, lompat selang-seli dan senaman yang dilakukan secara berterusan dapat membentuk tubuh badan yang sihat dan kuat.

Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Kecergasan

Baka

Setiap manusia dilahirkan dengan kekuatan serta kelemahan tersendiri yang saling mempengaruhi saiz tubuh badan, kepandaian dan personaliti kendiri. Boleh dikatakan baka menentukan limitasi potensi kepada seseorang itu. Oleh itu, kecergasan fisiologi manusia hendaklah dibuat bersesuaian dengan keupayaan dan kebolehan fizikal individu itu.

I.

Alam Sekitar

Banyak kajian telah menyatakan bahawa alam sekitar dapat mempengaruhi status kesihatan individu. Alam sekitar juga dikatakan berperanan penting dalam

menyekat perkembangan positif kendiri. Sebagai contoh, seseorang yang berada jauh dari kesibukan bandar akan merasai nikmat udara yang nyaman ketika berada di dalam alam sekitar yang penuh dengan pokok yang hijau dan di paras tinggi yang mana udara serta iklimnya lebih sejuk. Keadaan ini secara tidak langsung dapat memberikan sumbangan yang menggalakkan dalam perkembangan aktiviti-aktiviti fizikal. J. K. Tingkahlaku

Tingkah laku manusia dapat menetuntukan ke arah mana seseorang itu. Sekiranya kecergasan yang optima yang dihajatkan maka tingjah laku yang positif terhadap pembinaan kecergasan fizikal itu harus diutamakan. Seseorangtu jika baka dan persekitaran yang baik tetapi sekiranya tingkahlakunya negatif maka kecergasan fizikalnya akan terganggu. Ia akan sentiasa berada dalam keadaan yang kurang sihat dan kerap mengalami tekanan emosi, sosial, fizikal dan mental yang melemahkan kecergasan diri.

Daya tahan otot

Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot menghasilkan daya berulangulang bagi sesuatu jangka masa tertentu atau otot-otot menguncup untuk suatu masa yang lama.

Komposisi badan

Lemak adalah salah satu komponen struktural yang asas pada badan. Komposisi badan menekankan peratusan lemak dalam badan berbanding dengan berat badan yang terdiri daripada tulang dan otot-otot badan. Berat badan yang lebih tidak merbahaya jika pada otot-otot. Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu.

BIBLIOGRAFI

Astrand, P.O. and K. Rodahl (1986). Textbook of Work Physiology. McGraw-Hill: New York. Bouchard, C. et. al. (1991). Testing anaerobic power and capacity In Physiological Testing of the High Performance Athlete. Human Kinetics: Champaigh,IL. Gerald D. Tharp (1997). Experiments in Physiologi, Seven Edition. Prentice Hall: Upper Saddle River. Henry J. Montoye et.al.(1996). Measuring Physical Activity and Energy Expenditure. Human Kinetics: Canada. Jack H. Wilmore \ David L. Costill ( 1994). Physiology of Sport and Exercise. Human Kinetics: United States of America. Peter J. Maud / Carl Foster (1995). Physiological Assessment of Human Fitness.. Human Kinetics: United States of America. Scott K. Powers & Edward T. Howley . Exercise Physiology : Theory and Application to Fitness and Performance. McGraw-Hill Companies: United States of America.

You might also like