You are on page 1of 1

PENTING : TUGASAN (ASSIGNMENT) MELALUI URL Kepada semua pelajar terutamanya PJJ, pihak ICT telah mengubah kaedah

penghantaran tugasan (assignment) kepada pensyarah, daripada muat naik fail terus ke MyGuru2, kepada muat naik ke mail Siswa, jana link URL dan paste kan link URL tersebut ke MyGuru2. Kami lakukan ini kerana 3 sebab : 1. Muat naik ke Mail Siswa lebih laju dan stabil kerana Mail Siswa disokong oleh Google Mail. 2. Pelajar boleh menyimpan fail secara kekal dalam emel masing-masing. 3. Kapasiti untuk muat naik fail jauh lebih besar berbanding MyGuru2. Oleh yang demikian, mohon pelajar semua memuatnaikkan fail tugasan anda ke Mail Siswa, jana link dalam bentuk URL, dan paste kan URL tersebut pada bahagian URL di Assignment MyGuru2. Rujuk manual ini untuk maklumat lanjut.

Selain itu, harap fahami betul-betul tentang tugasan penulisan. Anda perlu menghantarnya dengan 2 (dua) cara, iaitu (1) kepada saya secara pos ("hard + soft copy" ke alamat NIK HASSAN BASRI BIN NIK AB KADIR, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI, 35900 Tg Malim; (2) secara emel seperti yang dijelaskan di atas dan juga "c.c" ke emel saya - nhbupsi@yahoo.com

Sekian, terima kasih. Moderator, NIK HASSAN BASRI BIN NIK AB KADIR

You might also like