You are on page 1of 9

FRASA KERJA DENGAN AYAT KOMPLEMEN

Frasa kerja sama ada jenis transitif atau tak transitif, boleh menerima ayat komplemen.

Ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk

CONTOH FRASA KERJA DENGAN AYAT KOMPLEMEN


Orang itu menafikan bahawa barangbarangnya telah hilang. Pemuda itu mengakui bahawa dia telah memenangi peraduan mengarang cerpen. Berita itu menyebut bahawa semua penumpang terselamat. FRASA KERJA TAK Pak abu berkata bahawa tetamu anaknya dari kota. TRANSITIF Mereka beranggapan bahawa projek itu dapat diselesaikan dalam masa dua tahun. Penduduk-penduduk kampung itu tahu bahawa penghulu mereka sudah pergi.

FRASA KERJA TRANSITIF

UNSUR KETERANGAN DALAM FRASA KERJA


Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang lebih lanjut lagi menerangkan kata kerja itu. Dalam ayat susunan biasa, keterangan hadir sesudah kata kerja Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek.

Dari segi sturktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada : FRASA SENDI NAMA FRASA ADJEKTIF FRASA NAMA
Kumpulan pelajar Malaysia itu bertolak esok pagi ke Jepun. Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahan-lahan. Mereka berjuang demi kemerdekaan tanah air.

Dari segi makna, frasa keterangan terbahagi kepada lapan kumpulan iaitu :
1. Keterangan tempat atau arah Membincangkan lokasi terjadinya sesuatu peristiwa atau keadaan Kata sendi di, ke, dari, daripada, kepada, pada. 2. Keterangan waktu Terdapat dua bentuk keterangan waktu Pertama, frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama pada, dalam, sejak dan sehingga. Kedua, terdiri daripada frasa nama, misalnya semalam dan dua dekat yang lau. Ramai wanita berkerja di kilang itu. Mereka berasal dari Sarawak. Tembakannya kena pada sasarannya. Adik menerima surat daripada sahabat penanya. Kuliah itu tamat pada pukul 5 petang. Kursus itu bermula sejak 5 tahun yang lalu. Perwakilan negara-negara asing tiba semalam. Peristiwa itu berlaku dua dekad yang lalu.

3. Keterangan cara Terdapat dua bentuk keterangan cara Pertama, terdiri daripada kata adjektif Kedua, terdiri daripada frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama diikuti oleh kata adjektif yang menerima kata pembenda-nya 4. Keterangan tujuan atau harapan Unsur yang menerangkan unsur maksud sesuatu perbuatan atau kejadian Kata sendi namanya ialah demi, untuk dan bagi. 5. Keterangan alat Unsur yang menerangkan pekakas atau benda yang digunakan. Kata sendi namanya ialah dengan.

Kereta api itu bergerak laju. ~ kereta api itu bergerak dengan lajunya. Mereka bercakap lantang. ~mereka bercakap dengan lantangnya.

Kita berjuang demi keadilan undangundang. Mereka bertindak untuk kepentingan sendiri. Rakyat harus berusaha untuk kejayaan masa depan negara. Rombongan pelajar itu datang dengan bas. Dia memukul ular itu dengan buluh. Mereka menyeberangi sungai itu dengan rakit.

6. Keterangan penyertaan Unsur yang menerangkan maksud ikut bersama-sama Kata sendi namanya ialah dengan

Pelajar baharu itu datang dengan ayahnya. Menteri Pendidikan tiba dengan pegawai-pegawainya. Murid-murid melawat muzium dengan guru mereka. Mereka sedang berbincang tentang perkara itu. Jawatankuasa membuat teguran terhadap hal itu. Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan mengenai kekecohan yang berlaku di bank tersebut. Dia berlagak seperti pegawai. Pasangan suami isteri itu bagai pinang dibelah dua. Saya berperanan sebagai bapanya. Mukanya bercahaya bak bulan purnama.

7. Keterangan hal unsur yang menerangkan keadaan Kata sendi namanya ialah tentang, mengenai, terhadap

8. Keterangan bagai Unsur yang menerangkan keserupaan Kata sendi namanya ialah seperti, bagai, sebagai, bak

KESIMPULANYA
Frasa kerja boleh mengandungi binaan-binaan berikut:
1. Kata bantu + kata kerja transitif + objek + keterangan 2. Kata bantu + kata kerja transitif + ayat komplemen + keterangan 3. Kata bantu + kata kerja tak transitif + pelengkap + keterangan 4. Kata bantu + kata kerja tak transitif + ayat komplemen + keterangan
Walau bagaimanapun, tidak semua frasa kerja mesti mengandungi unsur di sebelah. Unsur seperti kata bantu dan keterangan dan juga ayat komplemen bagi kata kerja tak transitif, boleh digugurkan secara pilhan.

SEKIAN, TERIMA KASIH


DISEDIAKAN OLEH: SITI HAFIZAH BINTI AMRON WAN NOR AZIMAH BINTI WAN HABIB

You might also like