You are on page 1of 23

PERMATA 2009

~ORANG ASLI~

Terdapat kira-kira 140,000 Orang Asli di Malaysia, kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan adalah penduduk pri bumi negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Secara rasminya masyarakat Orang asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil. Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Adat resam berikut akan memperlihatkan adat resam yang diamalkan di kalangan masyarakat Orang Asli secara keseluruhan.

MONDAY, MARCH 23, 2009

TAMADUN MASYARAKAT ORANG ASLI

SIAPA ORANG ASLI

Takrif Orang Asli:

Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu; Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dah ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau; Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada masyarakat Orang Asli; Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan

sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu. <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]--

>
FAKTA SEJARAH

Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara sporadic, irregular dan incremental. Bermula dari Filipina menganjur ke pulaupulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar. Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 149,723 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kaum utama iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa

KAUM MELAYU PROTO

Orang Proto-Malay tinggal berjiran dengan Orang Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Adat resam dan kebudayaan mereka boleh dikatakan ada persamaan tertentu dengan orang melayu. Kebanyakkan perkampongan mereka kini terletak di dalam kawasan bandar dan pinggir. 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Melayu-Proto ialah Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar. A. Kuala Orang Kuala di percayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera, Indonesia. Mereka ini kebanyakannya tinggal menetap di kuala-kuala sungai di pesisiran pantai selatan negeri Johor. Kini Orang Kuala tinggal menetap di daerah Batu Pahat dan di daerah Pontian. Terdapat 315 keluarga Orang Kuala di daerah Batu Pahat dari 5 buah kampung yang berjumlah 1309 orang dan 4 buah kampung yang berjumlah 214 keluarga yang berjumlah seramai 1018 orang di daerah Pontian. B. Kanaq Orang Kanaq terdapat di kawasan pinggir di kampung Selangi, Mawai daerah Kota Tinggi Johor merupakan suku kaum yang terkecil bilangannya iaitu 17 keluarga seramai 65 orang. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Kanaq tinggal menetap di kampung Selangi.

C. Seletar Orang Seletar atau "Sea Gypsies" merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal dalam perahu, di pulau, persisiran pantai, dan kuala sungai. Kawasan utama petempatan mereka ialah di persisiran pantai Selatan Johor dan utara Singapura. Secara tradisinya, mereka bergantung kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup berpindah-randah. Walau bagaimanapun perubahan dalam sosio-ekonomi telah merubah cara hidup mereka. Kini mereka tinggal menetap di kawasan petempatan yang lebih teratur dan tersusun di Persisiran Pantai Selat Johor. Mereka juga menangkap ikan menggunakan peralatan moden. Ada di antara mereka yang bekerja di kilang perindustrian.Mereka mengamalkan animisme dan ada di antara mereka yang telah menganut Agama Islam. D. Jakun Bangsa Jakun (Orang Ulu), daripada suku kaum Melayu Asli (Melayu Proto) yang tinggal di selatan Semenanjung, berasal dari Yunan (Selatan Cina). Mereka masih mengamalkan animisme. Kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka percaya kampung mereka akan dilanda bencana sekiranya ada di antara mereka yang melanggar pantang larang. E. Semelai 'Semelai' adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli dari suku bangsa Melayu Asli (Proto Malay). Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk fizikal Orang Asli tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu. F. Temuan Orang Asli Temuan adalah dari kumpulan Melayu Asli (Proto Malay). Mereka tinggal di Selangor, Melaka, Pahang, Daerah Muar, Johor dan Negeri Sembilan. Suku Bangsa Temuan di Negeri Sembilan mengamalkan Adat Pepatih dan tidak banyak bezanya daripada adat Suku Bangsa Temuan di negeri lain.

KAUM NEGRITO

A. Kensiu
Orang Kensiu tinggal di kawasan pinggir di daerah Baling, Kedah. Satu ketika dahulu Orang Kensiu suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kensiu sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Hanya terdapat sebuah perkampungan Orang Kensiu di daerah Baling, negeri Kedah iaitu Kampong Lubuk Legong. Pada masa ini kampung Lubuk Legong telah di lengkapi dengan kemudahan bekalan api letrik, bekalan air dan lain-lain prasarana seperti Balairaya dan Pusat Bimbingan Kanak-kanak. Punca pendapat utama adalah hasil tanaman Getah yang di bangunkan oleh RISDA dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Sehingga kini terdapat 39 keluarga seramai 204 orang. B. Kintak Orang Kintak tinggal di kawasan pinggir di daerah Gerik, Hulu Perak. Satu ketika dahulu Orang Kintak suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan pembangunan kepada rakyat, kini Orang Kintak sudah ada kampung

halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Terdapat sebuah perkampungan Orang Kintak terdiri dari 25 keluarga yang berjumlah 112 orang C. Lanoh Orang Lanoh tinggal di kawasan pedalaman daerah Hulu Perak negeri Perak. Satu ketika dahulu Orang Lanoh suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Kini terdapat 3 buah perkampungan yang berjumlah 359 orang. D. Jahai Suku bangsa Jahai merupakan satu daripada Suku Kaum Negrito iaitu suku kaum yang terkecil berbanding dengan kaum Senoi dan Proto-Malay (Melayu Asli). Mereka tinggal di Perak, terutama di kawasan Hulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor. Di Kelantan pula, mereka bertumpu di Sungai Rual dan Jeli di Hulu Kelantan. Pada amnya rupa paras orang Jahai seakan-akan Orang Habsyi atau Negro di Afrika, Kaum Andaman dan Aeta di Filipina. Kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran tasik. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus. Suku bangsa Jahai suka membuat rumah yang ringkas kerana mereka mengamalkan cara hidup berpindah-randah. Mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat apabila berlaku kematian, penyakit ganjil, perbalahan kecil, kerana keperluan makanan dan pertambahan penduduk. Kini, amalan berpindah-randah semakin kurang diamalkan kereana mereka telah menerima bantuan daripada agensi kerajaan. E. Mendriq Orang Mendriq tinggal di kawasan pedalaman Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Mendriq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Mendriq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Sebuah perkampungan Orang Mendriq di daerah Gua Musang terdiri 14 keluarga yang berjumlah 82 orang.

F. Bateq Orang Bateq tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan selatan Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Bateq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Bateq sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Negeri Pahang terdapat 7 buah kampung, 5 buah kampung di daerah Lipis, 2 buah kampung di daerah Jerantut yang berjumlah 100 keluarga seramai 550 orang. Negeri Kelantan terdapat 4 buah kampung di Pos Lebir yang penduduknya 84 keluarga berjumlah 413 orang. Di negeri Terengganu terdapat 12 keluarga seramai 41 orang.

KAUM SENOI

Orang-orang Senoi mendiami lereng Titiwangsa iaitu di pedalaman Negeri Perak, Kelantan dan Pahang. Terdapat 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Senoi iaitu Che Wong, Mahmeri, Jahut, Semoq Beri, Semai dan Temiar A. Temiar Pemilihan penempatan Suku Bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh Penghulu. Ini dilakukan dengan cara 'Berhalaq' (jampi) atau mimpi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti 'merbau' dan sebagainya. Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya (takungan air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan mengganggu. Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara bergotong- royong. Di peringkat awal petempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di rumah panjang terebut, barulah mereka berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina rumah sendiri. Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuhan hutan. B. Semoi Suku kaum Semai tinggal bertaburan di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Bancian pada tahun 1993 menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat. Sebuah kampung biasanya terdapat di antara 60 hingga 300 penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau Batin yang dilantik dari golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat. C. Semoq Beri Orang Semoq Beri tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu. Satu ketika dahulu Orang Semoq Beri berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk meningkatkan ekonomi rakyat, kini Orang Semoq Beri sudah mula mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Di negeri Pahang terdapat terdapat 5 buah kampung di Jerantut yang berjumlah 95 keluarga seramai 735 orang. Daerah Maran berjumlah 5 buah kampung terdiri 197 keluarga seramai 935 orang dan

daerah Kuantan terdapat 2 buah kampung berjumlah 67 kelamin seramai 366 orang. Di negeri Terengganu terdapat terdapat 1 buah kampung di Hulu Terengganu yang berjumlah 42 keluarga seramai 185 orang. Daerah Kemaman berjumlah 2 buah kampung terdiri 69 keluarga seramai 284 orang. D. Jahut Suku Bangsa Jahut terdapat di daerah Temerloh dan Jerantut di Negeri Pahang. Di daerah Temerloh mereka tinggal di kawasan-kawasan yang dipanggil Kerdau-Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala Krau - Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong. Di daerah Jerantut mereka tinggal di Sungai Kiol dan Kekwel (Kol). Mereka menyara hidup dengan mencari rotan dan damar untuk dijual, di samping menangkap ikan, memburu binatang dan berladang dengan menanam padi huma, jagung dan ubi. E. Mah Meri Mah Meri bermakna "Orang Hutan" sementara dalam istilah bahawa Mah Meri disebut "bersisik". Mereka juga dikenali sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebagai nelayan. Tidak ada bukti sejarah yang tepat ditentang asal-usul mereka, walau bagaimanapun mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh. Kini masyarakat Mah Meri telah mengalami perubahan dari segi pemikiran dan pembangunan hasil dari percampuran dengan masyarakat lain. F. Che Wong Orang Che Wong tinggal kawasan pinggir di daerah Raub dan Temerloh, Pahang. Satu ketika dahulu Orang Che Wong suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai untuk mencari bahan-bahan makanan. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Che Wong sudah ada kampung halaman mereka untuk mengubah cara kehidupan mereka agar setanding dengan masyarakat umum. Daerah Raub terdapat 4 buah perkampungan dan daerah Jerantut 1 buah perkampungan Orang Che Wong yang berjumlah keseluruhannya 68 keluarga seramai 417 orang.

ARKIB : 20/10/2009

Orang Asli berpeluang jadi tukang masak

MANJUNG 19 Okt. - Mulai tahun depan, Orang Asli berpeluang mengikuti latihan industri masakan dan seterusnya menjadi chef di Kagumas Catering Services Sdn. Bhd. (Kagumas) yang membekalkan makanan kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang (JHEOA), Nisra Nisran Asra Ramlan berkata, ia merupakan kursus kemahiran terbaru yang akan ditawarkan oleh pihaknya bagi membangunkan modal insan kalangan masyarakat Orang Asli. ''Pada November dan Disember ini, kita akan turun padang untuk memberi taklimat dan mencari sekurangkurangnya sepuluh Orang Asli yang berminat menceburi kerjaya dalam bidang masakan. ''Pelatih akan mengikut kursus penyediaan makanan selama enam bulan dengan Kagumas sebelum terus diserap bekerja dengan syarikat tersebut," katanya. Beliau berkata demikian selepas melawat 11 gadis Orang Asli yang sedang mengikuti kursus dandanan dan kecantikan di Akademi Siti Salon di sini baru-baru ini. Mereka merupakan antara 50 anak Orang Asli yang dihantar mengikut kursus tersebut oleh JHEOA pada tahun ini. Menurut Nisra Nisran, pihaknya kini berusaha mengubah mentaliti Orang Asli supaya tidak lagi bergantung kepada ekonomi tradisional tetapi merebut peluang perniagaan dan pekerjaan yang ada. Katanya, JHEOA mempunyai peruntukan lebih RM2 juta setahun bagi membangunkan modal insan kalangan Orang Asli termasuk pembiayaan kursus latihan dan modal untuk memulakan perniagaan. ''Sekarang, kita perlu bekalkan Orang Asli dengan kemahiran supaya mereka boleh menjadi usahawan berjaya setanding dengan masyarakat lain di negara ini," katanya. Beliau berkata, pihaknya menyediakan banyak peluang mengikut latihan kemahiran dalam pelbagai bidang secara percuma kepada Orang Asli tetapi tidak ramai yang merebut peluang tersebut. ''Antara masalahnya adalah Orang Asli masih tidak mahu berjauhan dengan keluarga dan tinggal di bandar. ''Selain itu, saya rasa sistem penyampaian JHEOA juga perlu dimantapkan supaya Orang Asli mendapat maklumat mengenai program serta bantuan yang kerajaan sediakan kepada mereka," katanya. Dalam pada itu, Nisra Nisran memberitahu, JHEOA menyediakan bantuan sebanyak RM35,000 iaitu RM10,000 dalam bentuk peralatan dan RM25,000 bagi ubah suai kedai kepada Orang Asli yang ingin memulakan perniagaan salon kecantikan. ''Kita juga akan membayar sewa kedai mereka selama setahun dan kalau mereka mahu berniaga di kampung, kita akan tolong bina bangunan kedai untuk mereka. ''Kalau mereka hendak bekerja dahulu, kita akan tolong tempatkan mereka di salon kecantikan dan kita juga akan beri elaun RM500 sebulan jika gaji mereka RM500 sebulan,'' katanya.

Ahad, 07 Mac 2010

Laman Mikro BERNAMA: Penerbangan | Maritim | Automotif | Perbankan & Kewangan | Pendidikan

| Laman Utama Rencana | Senarai Rencana |

Who's Who Piagam Pelanggan Meja Bantuan Perkhidmatan BERNAMA Unit Audit Dalaman Peta ke BERNAMA Carta Organisasi

Malay | English | |

| A+| A-| Reset|

BERNAMA.COM
rencana artikel CARIAN

Berita-berita Lain

Jom Tanam Koko, Pulangannya Masih Lumayan Derma Darah Selamat Dan Baik Untuk Kesihatan Rawatan Sakit Belakang Tanpa Pembedahan Tribunal Bukan Sahaja Membela, Malah Pulihkan Harga Diri Pengguna Industri Filem Negara Mengorak Langkah Ke Hadapan

28 September, 2009 10:27 AM

Usaha Memperkasa Pembangunan Sosio-Ekonomi Orang Asli


Rencana ini ialah bahagian pertama daripada lima siri mengenai pembangunan, pencapaian dan kehidupan Orang Asli. Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Mengikut perangkaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA), setakat ini terdapat 141,230 Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Pahang mempunyai penduduk Orang Asli paling ramai iaitu 50,792, diikuti Perak, 40,856 orang dan Selangor, seramai 15,210 orang. Masyarakat Orang Asli ini terbahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Proto. Di bawah Senoi, terdapat enam suku kaum iaitu Temiar, Semai, Jahut, Che Wong (Pahang), Semoq Beri dan Mahmeri. Kebanyakan suku kaum ini terdapat di Perak Tengah, Perak Selatan, Pahang dan

Selangor. Bagi Negrito pula, ada enam suku kaum iaitu Kensiu, Kintaq, Jahai, Mendriq, Bateq dan Lanoh. Suku kaum-suku kaum ini terdapat di bahagian utara Semenanjung iaitu di Kedah, Perak Utara, Kelantan (Gua Musang) dan Ulu Terengganu. Kumpulan Melayu Proto pula mempunyai enam suku kaum iaitu Temuan, Jakun, Semelai, Orang Kuala, Orang Seletar dan Orang Kanaq. Ramai daripada mereka ini tinggal di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selatan Pahang dan sebahagian Selangor. Bagaimanapun, menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA), Mohd Sani Mistam, taburan penduduk Orang Asli ini semakin berubah mengikut peredaran masa. "Masyarakat Orang Asli kini berada di mana-mana hasil kejayaan yang mereka nikmati dalam pelbagai bidang pekerjaan dan kemahiran serta keusahawanan," kata beliau kepada Bernama dalam wawancara di pejabatnya di Wisma Selangor Dredging di sini baru-baru ini. Data kategori kampung Orang Asli menunjukkan sebanyak 323 (36.9 peratus) kampung terletak di kawasan pedalaman, 547 (62.4 peratus) di kawasan pinggir dan 6 kampung (0.7 peratus) di bandar. PERANAN JABATAN

Peranan JHEOA memperkasa pembangunan sosio-ekonomi masyarakat Orang Asli menjadi semakin ketara di bawah Rancangan Malaysia ke-7 (1996-2000), Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005) dan Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010). Ini berbanding dengan fungsi jabatan ketika diwujudkan pada 1954 dengan nama Jabatan Orang Asli (JOA) dan diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Nama JOA ditukar kepada nama sekarang pada 16 Sept 1963 di bawah KDN. Mulai 2001, JHEOA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (kini ditambah Wilayah) sehingga sekarang. Di awal penubuhan Jabatan ini, fungsinya lebih kepada untuk memastikan masyarakat Orang Asli tidak dipengaruhi sebarang unsur atau dakyah komunis memandangkan mereka hidup jauh di kawasan hutan dan pedalaman. "Kerajaan tidak pernah mengabaikan kumpulan masyarakat Orang Asli. Cuma proses perubahannya perlu mengikut kesesuaian masa dan tempat. Semasa zaman menentang komunis, kita berhadapan dengan pelbagai kesukaran, dan untuk membawa pembangunan fizikal di perkampungan mereka mungkin tidak praktikal," jelas Mohd Sani. Apabila kerajaan berhasil mematahkan pengaruh komunis, JHEOA, tambahnya, diberi peranan mengintegrasikan masyarakat Orang Asli dengan masyarakat umum untuk mewujudkan satu bentuk pola percampuran yang lebih baik. Usaha itu juga dilihat penting untuk mengikis tanggapan stereotaip terhadap Orang Asli yang sering dilabelkan sebagai mundur, ketinggalan zaman, pemalas, kotor dan selekeh. Mohd Sani berkata meskipun masih wujud perasaan rendah diri dalam kalangan sesetengah masyarakat Orang Asli, ia semakin dapat dihakis terutama dalam kalangan generasi muda. "Semangat integrasi juga boleh dilihat melalui perkahwinan campuran antara anak Orang Asli dengan kaum lain dan mereka juga tidak kekok lagi bergaul bersama kaum lain. "Ini menunjukkan usaha kita ke arah pembangunan yang lebih terancang dan sistematik dapat diterima oleh masyarakat ini. Inilah perubahan minda dan sikap yang cukup positif yang kita ingini," jelasnya. UBAH MINDA

Daripada kehidupan di dalam hutan belantara dan berpindah-randah, masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia boleh dikatakan semakin mengamalkan kehidupan yang lebih kekal.

Kebergantungan mereka semata-mata kepada hasil hutan juga semakin berkurangan. Ramai juga yang berpindah kepada melakukan pekerjaan yang lebih tetap termasuk membuka ladang atau bekerja di luar kampung. Menurut Mohd Sani, secara keseluruhannya senario pembangunan masyarakat Orang Asli pada hari ini berjalan mengikut fasa pembangunan yang dirancang kerajaan. Beliau memberikan contoh antara kemajuan yang dicapai iaitu mengurangkan bilangan miskin tegar dalam kalangan masyarakat Orang Asli. "Di awal RMK-9, kita mempunyai 13,945 KIR (Keluarga Isi Rumah) miskin (pendapatan RM720). Daripada jumlah itu 9,003 KIR adalah miskin tegar (pendapatan RM420). "Sehingga 30 April 2009, bilangan KIR miskin menurun kepada 4,939 KIR sementara miskin tegar sekitar 1,810," jelasnya sambil memberitahu jumlah KIR miskin pada RMK7 ialah 19,433 KIR. JHEOA, tambah beliau, mengambil beberapa langkah untuk membasmi kemiskinan tegar dengan membina rumah (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) di mana setakat ini sebanyak 14,082 unit sudah didirikan. Di samping itu, pihaknya juga melengkapkan kemudahan asas seperti jalan kampung, bekalan air serta elektrik. Untuk jalan, sebanyak 513 buah kampung Oang Asli daripada 876 buah kampung sudah mendapat kemudahan jalan masuk. Bantuan turut diberikan untuk pembangunan tanah baru bagi penanaman getah dan kelapa sawit, bantuan bimbingan usahawan dan bantuan tanaman kontan seperti tembikai, pisang dan keledek madu. KESIHATAN DAN PENDIDIKAN,/b>

Seperti yang ditegaskan oleh Mohd Sani, setiap program pembangunan masyarakat Orang Asli menekankan peningkatan kualiti hidup termasuk kesihatan dan pendidikan. Di bidang kesihatan, melalui kerjasama antara JHEOA dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), banyak aktiviti kesihatan dilaksanakan di kawasan penempatan Oang Asli, baik di kawasan pinggiran atau kawasan pedalaman. Bercakap mengenai kesihatan, katanya, di samping sebuah hospital JHEOA di Gombak, terdapat juga lima pusat transit, 753 balai rawatan dan dua klinik desa yang khusus dibina bagi menampung keperluan masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Di samping itu, katanya, JHEOA juga menyediakan perkhidmatan "doktor udara" bagi kawasan pedalaman seperti Pos Gob, Gua Musang. "Penyakit yang sinonim dengan Orang Asli seperti malaria, kusta dan tibi semakin berkurangan tetapi timbul pula penyakit yang ada kaitan dengan kehidupan moden seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan HIV," kata Mohd Sani. Dalam bidang pendidikan, JHEOA bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan pencapaian akademik murid Orang Asli di peringkat sekolah rendah dan menengah. Memandangkan peratus keciciran dalam kalangan anak Orang Asli agak tinggi khususnya di peringkat sekolah menengah iaitu sekitar 35 peratus, JHEOA bercadang mengadakan lebih banyak sekolah K-9 (sekolah komprehensif) di kampung Orang Asli. Sekolah K-9 menawarkan pendidikan dari darjah satu hingga tingkatan tiga.

Menjelaskan senario pelajar yang tercicir, Mohd Sani berkata ia berlaku kerana beberapa faktor, antaranya hilang minat belajar, kahwin awal, bekerja dan mengikut ibu bapa mencari hasil hutan.

"Ada juga pelajar yang tercicir kerana tidak mahu keluar dari kawasan kampung. Kebanyakan sekolah yang ada di perkampungan Orang Asli ialah sekolah rendah dan untuk sekolah menengah, mereka perlu berulang-alik atau tinggal di asrama. "Faktor ini yang menyebabkan keciciran. Untuk itu kita dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan memperbanyak sekolah K-9 ini. Antara lokasi yang dikenal pasti ialah Gua Musang dan Cameron Highlands," kata Mohd Sani sambil menambah setakat ini terdapat sebuah sekolah K-9 terletak di Paloh Inai, Pekan, Pahang. LATIHAN KEMAHIRAN

Bagi belia Orang Asli yang tidak cemerlang dalam bidang pendidikan, mereka berpeluang menjalani kursus kemahiran dan vokasional di Pusat Latihan Damansara Damai. Setakat 2008, seramai 1,600 orang telah dilatih dalam pelbagai bidang termasuk teknologi automotif dan mekanik motosikal. Kira-kira 80 peratus daripada pelatih ini berjaya mendapat pekerjaan, membuka bengkel sendiri atau bekerja dengan swasta. Sementara itu, bagi beliawanis pula, mereka berpeluang mengikuti kursus jahitan serta salun dandanan dan sehingga 2008, seramai 331 orang telah mendapat latihan. Dari segi prestasi pendidikan, masyarakat Orang Asli boleh berbangga dengan pencapaian yang diperoleh lebih 600 pelajar Orang Asli yang berjaya menamatkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pelbagai bidang. Kebanyakan pelajar mengikuti pengajian peringkat ijazah ini mendapat biasiswa JHEOA. KEKANGAN DAN GEJALA SOSIAL

Di sebalik pelbagai kemajuan yang dicapai oleh JHEOA, masih ada perkara yang memerlukan masa untuk ditangani, antaranya program pembangunan tanah terutama yang melibatkan penempatan masyarakat Orang Asli yang tidak digazetkan sebagai rezab Orang Asli. Dalam hal berkenaan, beliau menjelaskan ia memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri. Faktor geografi penempatan Orang Asli yang berada jauh di pedalaman juga memberi impak kepada program yang dirancang, justeru, program pembangunan perlu sesuai dengan keperluan masyarakat setempat. Seperti juga masyarakat lain di negara ini, Orang Asli yang semakin terdedah dengan arus pesat pembangunan dan kehidupan moden, juga tidak terlepas daripada terjebak ke dalam kancah gejala sosial seperti penagihan najis dadah dan seks bebas. Masalah gejala sosial dalam masyarakat Orang Asli ini dilaporkan banyak dikesan di kawasan pinggiran dan pekan. "Meskipun keadaan ini membimbangkan tetapi masih terkawal. Pihak Jabatan melalui JHEOA di peringkat negeri dan daerah akan sentiasa memantau dan memberi nasihat kepada mereka menerusi Program Mesra Minda JHEOA," jelas Mohd Sani. Beliau turut menyentuh masalah pengambilan minuman keras dalam kalangan Orang Asli, terutama golongan tua, yang dikatakan sukar dibanteras. "Arak dikatakan sebahagian daripada adat istiadat masyarakat Orang Asli dan telah sebati dalam kehidupan masyarakat itu. "Bagaimanapun, kami tetap mengadakan kempen kesedaran akan bahayanya pengambilan minuman keras serta mendapat kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk membasmi penagihan najis dadah," kata Mohd Sani. TIADA DIPINGGIR

Kebajikan masyarakat Orang Asli terus menjadi fokus program pembangunan kerajaan di mana di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 1 yang diumumkan kerajaan tahun ini, JHEOA turut mendapat peruntukan besar. Di bawah pakej berkenaan, sebanyak RM65 juta diperuntuk bagi projek program bantuan rumah yang akan memberi manfaat kepada 2,151 KIR. Sebanyak RM24.9 juta lagi disediakan untuk projek jalan kampung (RM14.5 juta) yang membabitkan 107 buah kampung dan jalan pertanian (RM10.4 juta). Di samping itu, RM200 juta pula diperuntuk bagi memastikan semua kampung Orang Asli yang berdaftar mempunyai bekalan air yang baik. Di samping itu, pada tahun ini juga, kerajaan meneruskan peruntukan khas RM20 juta kepada masyarakat Orang Asli melalui Program Peningkatan Kualiti Hidup Masyarakat Orang Asli, antaranya untuk Bantuan Bakul Makanan dan Bantuan Wang Saku Pelajar. Malah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengarahkan penubuhan Kumpulan Fokus pada Julai lepas untuk menangani masalah Orang Asli. Ia meliputi lima bidang iaitu pendidikan, prasarana, kesihatan, ekonomi dan pengetahuan tradisi Seperti yang dijelaskan oleh Mohd Sani, di bawah semangat 1Malaysia, tidak ada kumpulan yang dipinggir atau terpinggir. Dan untuk masyarakat Orang Asli, banyak yang telah dibuat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi mereka. "Kalau yang ada yang terpinggir, ini lebih kepada sikap mereka yang tidak mahu berubah daripada kehidupan berpindah-randah. Dari segi peratus, cuma ada lima peratus yang masih mengamalkan kehidupan tradisional ini iaitu di Ulu Perak dan Taman Negara, Pahang," jelas Mohd Sani. -- BERNAMA

1.

. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian PROGRAM PENEMPATAN TERSUSUN Program Penempatan Tersusun merupakan satu rancangan penempatan masyarakat Orang Asli di satu kawasan yang telah dikenal pasti dan lengkap dengan kemudahan asas dan kemudahan awam di samping program pembangunan tanah. Terdapat lima (5) aktiviti utama di bawah program ini iaitu: a. Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Terdapat 16 RPS yang diwujudkan untuk menempatkan masyarakat Orang Asli yang tinggal bertaburan ke dalam satu kawasan yang dibangunkan secara bersepadu melibatkan pembangunan tanah, kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam serta kawasan perumahan. Projek ini diteruskan dalam RMK9 dan pada tahun 2008 peruntukan sebanyak RM14,444,000.00 disediakan iaitu di : i. ii. iii. Pahang - 7 RPS Perak - 6 RPS Kelantan - 3 RPS

b.

Penyusunan Semula Kampung (PSK) PSK merupakan projek pembangunan setempat melibatkan masyarakat Orang Asli di perkampungan tradisional yang tertumpu di pinggir bandar dan kawasan pedalaman.

JHEOA menyediakan RM8,793,000.00 untuk melengkapkan pelbagai kemudahan awam dan asas di penempatan mereka yang telah wujud sekarang tanpa memindahkan penduduk ini. c. Bencana Alam Projek ini melibatkan penempatan baru bagi penduduk yang terdedah kepada bencana alam yang mana 61 buah kampung dijangka berisiko tinggi menghadapi masalah ini. Pada tahun JHEOA diperuntukkan sejumlah RM4,000,000.00 untuk tujuan tersebut. Peruntukan ini merangkumi negeri Pahang, Kelantan, Selangor, Perak dan Johor. Ini perlu diberi keutamaan kerana tidak mahu tragedi Pos Dipang, Perak berlaku di tempattempat lain. d. Rancangan Kampung Baru (RKB) RKB adalah rancangan penempatan semula kampung Orang Asli yang terlibat dengan pelaksanaan projek awam kerajaan seperti pembinaan empangan, pembinaan lapangan terbang dan sebagainya. JHEOA bertanggungjawab memastikan masyarakat ini menerima faedah dan kemudahan infrastruktur yang lebih baik berbanding dengan penempatan mereka dahulu. Terdapat 3 projek RKB iaitu RKB Lubuk Legong di Kedah, RKB Sg. Rual di Kelantan dan RKB Sg. Kejar di Perak. Pada tahun 2008 pihak Jabatan telah diperuntukkan sejumlah RM1,100,000.00 untuk melaksanakan projek tersebut. e. Pembangunan Tanah Projek ini lebih kepada memulihkan infrastruktur kampung dan memajukan tanah melalui kerjasama agensi-agensi seperti FELCRA, RISDA dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional yang memberi penekanan kepada strategi pembasmian kemiskinan di kalangan golongan termiskin. FELCRA telah membangunkan 9,105 hektar kawasan dan RISDA seluas 14,999 hektar.

2.

PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI Program ini mengandungi enam projek utama iaitu :a. Pembangunan Ekonomi Negeri Projek ini melibatkan pembangunan tanah di luar kawasan RPS dengan tanaman kelapa sawit dan getah yang dilaksanakan oleh RISDA dan FELCRA. Bagi menjayakan agenda ini sejumlah peruntukan sebanyak RM2,660,000.00 telah disediakan pada tahun 2008. b. Projek Pengembangan Kursus Projek ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan kepada petani, penternak dan nelayan melalui kursus, ceramah, lawatan sambil belajar dan latihan amali mengenai teknik-teknik atau teknologi moden dan komersial. Sejumlah RM9,00,000.00 telah disediakan bagi tahun 2008. c. Bimbingan Usahawan Projek ini menyediakan peruntukan bantuan berbentuk peralatan, mesin dan kursus atau latihan keusahawanan dalam mewujudkan usahawan Orang Asli yang berdaya tahan dan boleh maju selaras dengan hasrat kerajaan melibatkan bumiputera dalam bidang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pada tahun 2008 sebanyak RM380,000.00 peruntukan telah disdiakan bagi program tersebut. d. Pembangunan Tanah Fasa II Negeri Projek yang melibatkan tanaman komersial getah dan kelapa sawit di kawasan tanah terbiar, kawasan tanaman semula dan kawasan pembukaan tanah baru yang

dilaksanakan oleh RISDA dan FELCRA di Johor, Perak dan Kelantan. Oleh itu, JHEOA telah menyediakan sejumlah RM5,750,000.00 untuk tujuan tersebut. e. Pembinaan Ruang Niaga Menyediakan kemudahan ruang niaga dan bengkel kepada peniaga atau usahawan Orang Asli di lokasi yang berpotensi dan teratur di samping meningkatkan perniagaan peruncitan, perkhidmatan dan pembuatan. Pembinaan ini merangkumi kawasankawasan di negeri Selangor, Melaka, Kelantan dan Pahang dengan peruntukan tahun 2008 sejumlah RM320,000.00. f. Pelancongan Desa Projek ini lebih kepada memperkenalkan destinasi percutian dan rekreasi di penempatan Orang Asli yang berpotensi. Ini dapat menambahkan pendapatan ekonomi melalui persembahan kebudayaan, penjualan barang hasil hutan, menjadi pemandu pelancong dan sebagainya. Sejumlah RM400,000.00 peruntukan tahun 2008 telah disediakan bagi menjayakan program tersebut untuk kawasan Telok Tongkah di Selangor, Kg. Bukit Kepong di Negeri Sembilan dan Kg. Bakar Batu, Johor.

Kementerian Tumpu Pembangunan Modal Insan Orang Asli Dalam RMK-10


KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pembangunan ekonomi dan pendidikan Orang Asli akan terus menjadi fokus Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dalam mengurangkan kadar miskin tegar dan miskin di kalangan masyarakat itu. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata kementerian dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) telah merangka bentuk pembangunan yang akan dijalankan menjelang Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) tahun depan. "Projek Agropolitan Bersepadu akan dimajukan secara luas di penempatan Orang Asli dalam Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) di mana mereka boleh bercucuk tanam dan menjual hasil tanaman mereka dengan mudah kerana mereka hanya menjalankan aktiviti itu dalam kawasan penempatan mereka. "Selain itu dari segi pendidikan, sekolah turut dibina dalam kawasan penempatan mereka bagi memastikan kanak-kanak di dalam kelompok ini tidak ketinggalan mendapat ilmu seperti kanakkanak lain," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis sambutan Aidilfitri bersama masyarakat Orang Asli di Gombak, di sini Selasa. Selain itu, katanya kementerian akan turut membangunkan sektor pelancongan di kawasan penempatan Orang Asli menjelang tahun depan. Hasan berkata projek berskala besar itu akan dijalankan secara bersepadu seperti yang dibuat di Kuala Betis, Kelantan dan Kampung Pantos, Pahang sebelum ini. Sementara itu menurut statistik yang dikeluarkan JHEOA, kadar miskin tegar dan miskin mencatat penurunan apabila beberapa program dijalankan bagi mencapai matlamat itu seperti program bimbingan usahawan dan program bantuan rumah. Awal tahun lepas sebanyak 13,945 keluarga Orang Asli berada dalam kelompok miskin tegar dan miskin. Jumlah itu mencatatkan penurunan kepada 6,749 keluarga pada April lepas.

-- BERNAMA

Bila Bercakap Pasal Pembangunan, saya juga sependapat dengan "definisi pembangunan masyarakat" yang diterima seluas diseluruh dunia iaitu oleh United States International Cooperation Administration (1956), berbunyi,
"Pembangunan masyarakat merupakan satu proses yang mana individu-individu dalam masyarakat itu bergabung untuk membuat perancangan dan tindakan. Mereka juga mengenalpasti masalah dan keperluan bersama, merancang bersama dan melaksanakan rancangan untuk mengatasi masalah dan memenuhi keperluan dengan menggunakan sumber masyarakat. Rancangan tindakan oleh masyarakat juga perlu disokong melalui perkhidmatan yang datang daripada luar mesyarakat khususnya badan-badan kerajaan dan swasta."

Maknanya perlu wujudnya kerjasama antara pemberi dan penerima. Secara mudahnya pemberi perlu memahami kehendak dan citarasa penerima, sebaliknya kelak penerima akan memberi kerjasama. Aspek keikhlasan amat penting dalam konteks kemanusiaan/ Sebaliknya juga seperti kata pujangga (William Shakepear), konsep pemberian dan penerimaan adalah seperti berikut ; "Ikikhlasan itu ibarat titisan hujan dari langit, membahagiakan pemberi dan menyegarkan penerima."

Soal Hak Orang Asli Ke Atas Tanah Adalah tidak dinafikan bahawa bahawa Orang Asli adalah masyarakat pribumi negara ini. Fakta Sejarah telah membuktikan dan mengesahkan perkara ini serta tidak boleh dinafikan lagi. Akta 134, Akta Orang Asli (1954) telah mengadakan peruntukan dan peraturan bagi tujuan memberi perlindungan, kesentosaan, dan kemajuan Orang Asli di Malaysia Barat. Seksyen 6, 7, dan 8 memberikan dan menjamin hak keistimewaan Orang Asli terhadap Tanah. Dasar Pemilikan & Hak Tanah Orang Asli yang di gubal dan dilaksanakan oleh kerajaan akan memberi kesan yang besar terhadap penghidupan dan masa depan Orang Asli. Ini adalah kerana tanah adalah merupakan suatu aset yang tidak ternilai kepada Orang Asli. Juga, bukan kerana nilainya semata-mata tetapi 'tanah' adalah merupakan maruah, harga diri, penghidupan, dan "survival" Orang Asli. Menekankan bahawa adalah amat penting supaya pihak kerajaan, individu, syarikat, dan pihak-pihak lain mengiktirafkan dan menghormati kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Tradisi, dan kawasan yang diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli tidak dicerobohi, di rampas dan di ambil daripada Orang Asli dengan sewenang-wenangnya, tanpa berunding terlebih dahulu dengan Orang Asli.

Lebih kurang 1,200 Orang Asli turut hadir mesyuarat ini.

Banyak Kawasan Orang Asli, Rezab Orang Asli, Tanah-tanah Adat Orang Asli, kampung Tradisional Orang Asli, kawasan yang diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli telah dirampas dibatalkan dan di ambil sewenang-wenangnya secara tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan seperti tentera penceroboh Amerika Di Iraq. Segelintir mereka ini sama saja, tiada bezanya dengan tentera penceroboh Amerika Di Iraq. Memandangkan banyak konflik, bantahan, tunjuk perasaan, pertelagahan, kes mahkamah, pembatalan rezab Orang Asli secara tipu muslihat disebabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga tidak kurang melibatkan sebilangan pegawai-pegawai JHEOA. Jabatan sendiri yang kurang defensif atau kurang serius terhadap isu dan permasalahan Tanah Orang Asli. Di mana akibatnya kawasan tanah Orang Asli semakin berkurangan keluasannya. Kami Orang Asli memohon dan merayu agar di pihak kerajaan hendaklah bersikap adil dan perihatin terhadap masalah tanah dan kawasan Orang Asli. Kita juga merayu agar kerajaan bersikap terbuka dan menerima cadangan bagi meleraikan kemelut di atas serta seterusnya mengiktiraf dan memberikan Hak Tanah Orang Asli sebagaimana yang termaktub di dalam Akta 134, Akta Orang Asli (1954). Hari ini, Perhimpunan Agung POASM Kali Ke 16, 2006 yang diadakan pada 30 April 2006, dengan sebulat suara memohon kerajaan untuk mengambil tindakan-tindakan yang berikut : 1. Mengistiharkan bahawa mulai daripada hari ini sebarang projek pembangunan yang melibatkan Kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Orang Asli, Kawasan yang diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli hendaklah dirundingkan secara telus dan terus dengan masyarakat Orang Asli. Membuat bayaran ganti rugi yang berpatutan mengikut semasa. 2. Membuat tentu ukur sempadan kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Tradisi dan kawasan yang diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli dan seterusnya diwartakan mengikut keluasan kawasan, Orang Asli, Tanah Adat, Kampumg Tradisi, dan kawasan yang diduduki oleh Orang Asli serta ditambah 30% keluasan tambahan untuk pembangunan dan generasi akan datang. 3. Sekiranya Kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Tradisi, dan kawasan yang diduduki oleh Orang Asli terletak didalam kawasan perlindungan seperti Kawasan Tadahan Air, Rezab Perhilitan, Rezab Perhutanan, Rezab Melayu, dan lain-lain maka kawasan tersebut hendaklah dilupuskan serta dijadikan Kawasan Rezab Orang Asli. 4. Jika sekiranya Kawasan Orang Asli, Tanah-tanah Adat, Kampung Tradisi, dan kawasan yang diduduki dan diusahakan oleh Orang Asli terletak berhampiran dengan penempatan atau kampung masyarakat luar atau berhampiran Pekan, Bandar dan kawasan pembangunan maka lot-lot tanah Orang Asli hendaklah diukur dan dikeluarkan geran kekal bukannya pajakan 99 tahun. 5. Adalah perlu, penting sekali sebarang penggubalan dasar mengenai pemilikan tanah Orang Asli hendaklah melibatkan perbincangan menyeluruh dan mendapat persetujuan daripada masyarakat Orang Asli itu sendiri.

Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis keatau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA. Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel

You might also like