You are on page 1of 1

syam RUMUSAN

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Penyebaran dan kehadiran agama Islam telah mengubah kehidupan masyarakat Mekah. Sebelum kehadiran agama Islam, masyarakat Mekah merupakan masyarakat Jahiliah iaitu masyarakat yang tidak mempunyai peradaban atau tamadun. Masyarakat pada zaman ini juga, tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan tidak berakhlak. Dakwah Islam bermula apabila Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama ketika baginda berusia 40 tahun iaitu pada tahun 610 Masihi. Baginda merupakan utusan Allah untuk menyebarkan agama Islam. Pada mulanya penyebaran dakwah Islam dilakukan secara sulit iaitu kepada ahli keluarga dan sahabat yang terdekat. Antara orang yang paling awal memeluk agama Islam ialah isteri baginda Sayidatina Khadijah, Ali bin Abu Talib, Zaid Harithah dan Abu Bakar Al Siddiq.

SOALAN 1. Bagaimanakah kehidupan masyarakat Mekah sebelum kedatangan agama Islam? Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Mekah merupakan masyarakat Jahiliah iaitu masyarakat yang jahil dalam ilmu pengetahuan dan tidak berakhlak.Mereka juga tidak mempunyai peradaban dan tidak bertamadun.

You might also like