You are on page 1of 18

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 259

PROGRAM ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI

STRUKTUR KURIKULUM PROGRAM ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI


SEMESTER 1 JAM KREDIT 2 1 3 3 3 SKPD1013 Pengantar Sains Sosial SKPD1033 Bahasa Inggeris untuk Sains Sosial SKAP1023 Pengantar Ekonomi 3 3 Ko-Kurikulum 1 SKPD2063 Sistem Sosial dan Perlembagaan Malaysia 3 ZT1042 Hubungan Etnik 2 Kursus Universiti MATA PELAJARAN JAM KREDIT MATAPELAJARAN SEMESTER 2 SEMESTER 3 JAM KREDIT 3

KOMPONEN

MATAPELAJARAN

Kursus Wajib Universiti

ZT1032 Tamadun Islam & Tamadun Asia Ko-Kurikulum

Kursus Teras Fakulti

SKPD1023 Teknologi Maklumat Untuk Sains Sosial SKPD1053 Ketrampilan Berbahasa dan Berkomunikasi 3

Kursus Teras Pusat 3 SKAA1023 Pengantar Sosiologi 3

SKAP1013 Alam, Manusia dan Budaya

SKAP2033 Kaedah Penyelidikan Sosial

Kursus Teras Program

SKAA1013 Pengantar Antropologi

3 3 dan (Pilih satu) SKAA2053 Keluarga dan Kekerabatan SKAA2063 Ekonomi dan Masyarakat 3

260 / Buku Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007-2008

SKAA2033 Teori Antropologi dan Sosiologi SKAA2043 Metodologi Penyelidikan Antropologi dan Sosiologi

Kursus Elektif 15

15

Elektif

3 21

Jumlah Jam Kredit

STRUKTUR KURIKULUM PROGRAM ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI


SEMESTER 4 JAM KREDIT 3 MATA PELAJARAN JAM KREDIT MATAPELAJARAN JAM KREDIT SEMESTER 5 SEMESTER 6 JUMLAH JAM KREDIT

KOMPONEN

MATAPELAJARAN

Kursus Wajib Universiti 3

Kursus Universiti

12

Kursus Teras Fakulti 3

SKPD1043 Pengantar Falsafah

18

Kursus Teras

SKAP2043 Analisis Kuantitatif dan Kualitatif 3 SKAA3133 Teori Antropologi dan Sosiologi Lanjutan 3 dan pilih DUA 3 3 SKAA3143 Kuasa dan Governans 3 SKAA3153 Sosiologi Desa SKAA3163 Kelompok dan Budaya 3 Minoriti SKAA3173 Dasar dan Perancangan Sosial

12

Kursus Teras Program

SKAA2073 Kajilidikan Lapangan

SKAA3206 Latihan Ilmiah dan pilih TIGA

51

dan pilih DUA

SKAA2083 Ketaksamaan dan Mobiliti Sosial SKAA2093 Devians, Jenayah Sistem Keadilan SKAA2103 Gerakan Agama SKAA2113 Hubungan Etnik dan Identiti SKAA2123 Perubahan Sosial dan Pembangunan

Kursus Elektif 21

Elektif

Elektif Elektif

3 3 15

SKAA3183 Kesihatan dan 3 Masyarakat SKAA3193 Etnografi Asia Tenggara SKAA3213 Urbanisasi dan 3 Urbanisme SKAA3223 Organisasi Kompleks 3 SKAA3233 Gender dan Pembangunan SKAA3243 Budaya dan Konsumerisme SKAA3253 Industri dan Sumber Manusia Elektif 3 18

15

Jumlah Jam Kredit

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 261

JUMLAH UNIT KESELURUHAN

105

262 / Buku Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007-2008

Kursus Program
SKAA1013 Pengantar Antropologi Kepelbagaian yang mencirikan budaya dan masyarakat manusia di seluruh dunia telah lama menarik perhatian ahli-ahli antropologi. Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada skop, kaedah dan pendekatan yang diguna oleh ahli-ahli antropologi untuk memahami fenomena tersebut. Bahagian pertama kursus ini membincang sejarah perkembangan ilmu antropologi, teori-teori berkaitan, konsep-konsep asas seperti budaya, holisme, relativisme, evolusi, enkulturasi, dan kaedah penyelidikan dalam antropologi. Dengan mengguna contoh daripada beberapa masyarakat, bahagian kedua kursus membincang berbagai-bagai pola kebudayaan yang membolehkan manusia berhubungan yang hidup antara satu dengan lain dan hidup dalam persekitaran fizikal yang berbeza-beza. Perbincangan tentang perkara-perkara ini akan mengambilkira persoalan biologi dan adaptasi, penghasilan makanan dan sistem ekonomi, perkahwinan dan kekeluargaan, gender dan seksualiti, kepercayaan dan organisasi keagamaan, kuasa dan sistem politik, bahasa dan komunikasi dan bentuk-bentuk seni. Bacaan Asas Ember, C. R. & Ember, M. 1999. Anthropology. New Jersey: Prentice-Hall. Eriksen, T. H. 1995. Small places, large issues: An introduction to social and cultural anthropology. London: Pluto Press. Ferraro, G. 2001. Cultural anthropology: An applied perspective. Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning. Kottak, C. 1996. Anthropology: The exploration of human diversity. New York: McGraw-Hill. Scupin, R. & DeCorse, C.R. 1998. Anthropology: A global perspective. 3rd edition. New Jersey: Prentice Hall. SKAA1023 Pengantar Sosiologi Untuk memahami kehidupan, kita mestilah mempelajari tentang masyarakat di sekeliling. Sehubungan itu, ilmu sosiologi yang membicarakan hubungkait antara manusia dan masyarakat diperlukan. Kursus ini akan membicarakan pertama, sejarah perkembangan disiplin sosiologi, tokoh-tokoh penting dan aliran pemikiran mereka. Kedua, akan disentuh kaedah-kaedah penyelidikan dalam sosiologi yang membezakannya dari sains sosial yang lain khususnya antropologi. Ketiga, akan diperkenalkan konsep-konsep asas seperti masyarakat, institusi sosial (perkahwinan dan famili, agama, ekonomi, pendidikan, politik dan perubatan), perbezaan sosial (kelas, etnik, gender dan umur) serta perubahan dan masalah sosial. Contoh daripada pelbagai masyarakat akan dibuat.

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 263

Bacaan Asas Berry, D. 1993. Idea-idea utama dalam sosiologi. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kendall, D. 2001. Sociology in our times. Stanford: Wadsworth. Macionis, J. J. 2001. Sociology. 8th Edition. Upper Saddle River, New Jersey: PrenticeHall. Ting Chew Peh. 1988. Konsep-konsep asas sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Turner, J. H. 1994. Sociology: Concepts and uses. New York: McGraw-Hill. SKAA2033 Teori Antropologi dan Sosiologi Dalam usaha memahami manusia, masyarakat dan budaya, ahli-ahli antropologi dan sosiologi telah menghasilkan beberapa perspektif teori. Kursus ini meninjau pertumbuhan pemikiran tentang masyarakat dan budaya dalam kedua-dua disiplin itu. Perhatian diberikan kepada dua perkara. Pertama, sumbangan pemikir-pemikir sosial seperti Ibnu Khaldun, Comte, Weber, Marx, Durkheim dan Mead kepada pemahaman realiti sosial. Manakala yang kedua pula ialah bagaimana dan sejauhmana sumbangan mereka mempengaruhi pembentukan teori-teori fungsional, struktural, konflik dan interaksionisme simbolik. Teoriteori yang dihasilkan ini juga akan dibincangkan kekuatan dan kelemahannya secara mendalam dan kritis. Bacaan Asas Ashley, D. & Orenstein, D.M. 1998. Sociological theory: Classical statements. 4th Edition. Boston: Allyn and Bacon. Barret, S. R. 1996. Anthropology: A students guide to theory and method. Toronto: University of Toronto Press. Eriksen, T. H. 1995. Small places, large issues: An introduction to social and cultural anthropology. London: Pluto Press. Ritzer, G. 1996. Sociological theory. Singapore: McGraw-Hill. Stevenson, L. 1988. Tujuh teori tentang sifat manusia. Terjemahan. Petaling Jaya: Pustaka Cipta. SKAA2043 Metodologi Penyelidikan Antropologi dan Sosiologi Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap kaedah penyelidikan sebenar dalam bidang antropologi dan sosiologi. Kursus ini dimulai dengan perbincangan terhadap teori penyelidikan, permasalahan, persediaan literatur dan perancangan penyelidikan. Seterusnya kursus ini akan memfokuskan terhadap dua pendekatan utama dalam penyelidikan iaitu bercorak kualitatif dan kuantitatif. Aspek penyelidikan kualitatif merangkumi kaedah kerjalapangan berbentuk kajian etnografi dan kaedah menganalisis data-data kualitatif. Manakala kaedah penyelidikan kuantitatif pula merangkumi persediaan penyelidikan dengan kemahiran merangka dan menggunakan

264 / Buku Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007-2008

soal-selidik, menentukan persampelan, mengendalikan survei, dan menganalisis data kuantitatif. Aspek penulisan hasil penyelidikan dan etika dalam penyelidikan juga akan dibincangkan. Bacaan Asas Bailey, K. D. 1992. Kaedah penyelidikan sosial (terj. Hashim Awang). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Babbie, E. R. 2000. The practice of social research. (Edisi ke-9). Belmont: Wadsworth. Baker, T. L. 1994. Doing social research. New York: McGraw Hill Inc. Chiseri-Strater, E. & Newman, W. L. 1997. Sosial research methods: Qualitative and quantitative approaches. Boston: Allyn & Bacon. Neuman, W.L. Social research methods: Qualitative and quantitative approaches. Boston, MA: Allyn & Bacon. SKAA2053 Keluarga dan Kekerabatan Dalam kebanyakan masyarakat, kerabat memainkan peranan penting dalam sosialisasi individu dan mengekalkan perpaduan kelompok. Kursus ini bertujuan menjelaskan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan keluarga dan sistem kekerabatan. Dengan meneliti pertama, perhubungan struktural di antara keluarga, kelompok domestik dan kerabat. Kedua, pembentukan keluarga, perkahwinan dan kelahiran anak. Ketiga, peranan dan aktiviti pasangan. Akhir sekali akan dibicarakan perhubungan antara keluarga dan institusi-institusi sosial yang lain dalam masyarakat. Analisis bersifat silang-budaya akan diberikan penekanan. Bacaan Asas Eshelman, J. R. 2000. The family. 9th Edition. Boston: Allyn and Bacon. Goode, W. J. 1988. Keluarga. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Goody, J. (ed.) 1984. Persanakan. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harris, C. C. 1990. Kinship. Milton Kynes: Open University. Segelan, M. 1988. Historical anthropology of the family. Cambridge: Cambridge University Press. SKAA2063 Ekonomi dan Masyarakat Kehidupan ekonomi boleh difahami dari sudut beberapa disiplin termasuk antropologi dan sosiologi. Sehubungan dengan itu, kursus ini bertujuan menghuraikan pengaruh atau hubungan timbal balas aspek ekonomi seperti sistem produksi, distribusi dan konsumsi ke atas struktur dan sistem sosial, politik serta budaya masyarakat. Pelbagai konsep dan teori yang berkaitan dengan ekonomi pasaran, ekonomi politik, budaya ekonomi, perubahan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 265

sosial dan pembangunan ekonomi juga akan dibahas. Contoh-contoh empirikal daripada pengalaman negara-negara di Asia Tenggara akan dirujuk secara khusus. Bacaan Asas Abdul Rahman Embong (pnyt.). 2000. Negara, pasaran dan pemodenan Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hefner, Robert W. (ed.). 1998. Market cultures: Society and values in the new Asian capitalisms. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Holton, R. J. 1992. Economy and society. London: Routledge. McMichael, P. 1996. Development and social change: A global perspective. California: Pine Forge Press. Smelser, N. J. & Swedberg, R. (eds.). 1994. The handbook of economic sociology. Princeton, New Jersey: Princeton University Press. SKAA2073 Kajilidikan Lapangan Bagi membolehkan pelajar menjadi pengamal ilmu sosiologi dan antropologi, mereka perlulah memahami bagaimana penyelidikan telah dilakukan oleh ahli-ahli sosiologi dan antropologi yang terdahulu. Selain itu mereka juga diharap dapat menilai penyelidikan berkenaan dan seterusnya menjalankan penyelidikan sendiri dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbeza-beza. Kursus ini bertujuan, pertamanya, memperkenalkan pengetahuan asas bersifat konseptual yang mendasari kajilidikan lapangan iaitu, suatu kegiatan akademik penting di luar bilik kuliah yang menemukan pelajar sebagai seorang penyelidik dengan mereka yang diselidiki. Keduanya, memberi peluang kepada pelajar untuk melaksanakan sendiri kajilidikan lapangan secara praktikal berdasarkan suatu projek yang konkrit yang telah mereka sediakan. Justru kursus ini membina pengetahuan sekaligus keterampilan pelajar dalam kegiatan menjalankan penyelidikan. Bacaan Asas Bell, J. 1993. Doing your research project. Buckingkam: Open University Press. Bernard, H.R. 1988. Research methods in cultural anthropology. Newbury Park, CA: Sage. Dunsmuir, A. & Williams, L. 1999. How to do sosial research. London: Collins Educational. Grane, J. G. & Angrosino, M. V. 1984. Field projects in anthropology. Illinois: Waveland Press. Shamsul Amri Baharuddin, et. al. 1980. Kaedah penyelidikan sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. SKAA2083 Ketaksamaan dan Mobiliti Sosial Ketaksamaan dalam masyarakat umumnya wujud secara diwarisi (ascribed) dan dicapai (achieved) dalam bentuk umur, gender, jantina, kasta, etnik, kelas, status dan budaya. Kursus ini menumpukan perbincangan kepada tiga perkara: pertama, struktur dan aturan

266 / Buku Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007-2008

sosial yang mewujudkan pelbagai bentuk ketaksamaan dan stratifikasi dalam masyarakat pra-industri, pertanian, industri dan pasca-industri. Kedua, teori sosial mengenai ketaksamaan sosial dan perdebatan utama. Beberapa kajian bersifat makro dan mikro akan diteliti. Ketiga, isu-isu atau implikasi ketaksamaan seperti soal sosial closure, peluang hidup (life chances) yang menentukan mobiliti sosial. Bacaan Asas Andre Beteille, (ed.). 1972. Social inequality. London: Penguin Books. Griffiths, J. & Hope, T. 2000. Stratification and differentiation. Great Britain: Hoddler & Stoughton. Hurst, C. E. 1998. Social inequality: Forms, causes and consequences. 3rd edition. Boston: Allyn & Bacon. Jennett, C. & Randal G. S (ed.). 1987. Three worlds of inequality: Race, class and gender. Melbourne: Macmillan. Tumin, M. M. 1988. Stratifikasi sosial: Bentuk dan fungsi ketaksamaan. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. SKAA2093 Devians, Jenayah dan Sistem Keadilan Salah satu kesan perubahan pesat yang berlaku dalam sesebuah masyarakat ialah kemunculan dan peningkatan masalah sosial seperti devians dan jenayah. Oleh kerana fenomena tersebut mempunyai implikasi tertentu terhadap kemajuan dan kesejahteraan negara, maka ia perlu ditangani sebaik mungkin. Bahagian pertama kursus ini membincang konsep, pola, etiologi dan teori tentang devians dan jenayah. Beberapa fenomena devians dan jenayah seperti alkoholisme, gangguan mental, delinkuensi, rasuah, jenayah yang melibatkan keganasan, remaja dan kelompok sub-budaya akan dibincang. Bahagian kedua pula mecakup perbahasan tentang konsep keadilan jenayah; falsafah dan prinsip hukuman; fungsi, peranan dan kesan sistem keadilan serta pelbagai bentuk kawalan sosial terhadap pelaku dan fenomena devians dan jenayah. Bahagian akhir kursus ini menilai peranan dan keberkesanan beberapa sistem atau langkah untuk menangani masalah devians dan jenayah seperti pusat pemulihan juvana, pusat perlindungan, penjara, sistem khidmat masyarakat dan sebagainya. Kursus ini menilai devians, jenayah dan sistem keadilan di Malaysia dan beberapa negara lain. Bacaan Asas Adler, F., Mueller, G.O. & Laufer, W.S. 1998. Criminology (3rd. ed.). Boston: McGraw Hill. Adler, P. & Adler, P. (ed.). 1997. Construction of deviance: Social power, context, and interaction. Belmont, CA: Wadsworth. Anwarul Yaqim. 1996. Law and society in Malaysia. Kuala Lumpur: International Law Book Service. Incardi, J.A. 1996. Criminal justice. New York: Harcourt, Brace.

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 267

Quinney, R. 2000. Bearing witness to crime and social justice. Abbany: State University of New York Press. SKAA2103 Gerakan Agama Dunia telah dan sedang menyaksi ratusan gerakan agama muncul dalam situasi krisis sebagai respons terhadap proses pengrasionalan kehidupan atau untuk menangani tekanan yang mengiringi modenisasi. Dengan mengguna perspektif sosiologi, kursus ini meninjau mengapa dan bagaimana fenomena tersebut berlaku serta kesan-kesannya terhadap masyarakat. Perbincangan akan tertumpu kepada erti agama, teori-teori sosiologi mengenai gerakan agama dan isu-isu berkaitan seperti peranan agama dalam masyarakat, pemodenan (modernity) dan politik identiti yang berkait rapat dengan kemunculan gerakan agama seperti gerakan Muhammadiyah, Hare Rama, Hare Krishna, Christian Charismatic Renewal, Sante Asoke, Thammanikai dan Ikhwanul Muslimin. Bacaan Asas Ackerman, S. E. & Lee, R. L. 1988. Heaven in transition: Non-Muslim religious innovation and ethnic identity in Malaysia. Honolulu: University of Hawaii Press. Evers, H. D. & Siddique, S. (ed). 1993. Religious revivalism in Southeast Asia. Sojourn. 8(1). Johnstone, L. 1997. Religion and society: A sociology of religion. New Jersey: Prentice Hall. Marty, M. & Appleby (eds). 1991. Fundamentalisms observed. Chicago: University of Chicago Press. Stark, R. & Bainbridge W.S. 1985. The future of religion: Secularization, revival and cult formation. Berkeley: University of California Press. SKAA2113 Hubungan Etnik dan Identiti Anggota masyarakat cenderung membezakan di antara satu sama lain dengan mewujudkan sempadan sosial dan mempunyai sifat stereotaip. Kursus ini bertujuan membincangkan proses hubungan etnik berdasarkan konsep-konsep penting seperti etnisiti, etnik dan identiti. Tumpuan juga diberikan kepada pembentukan identiti etnik akibat perubahan masyarakat seperti pengaruh serta kesan proses globalisasi dan migrasi. Kursus ini membincangkan mengenai toleransi, asimilasi, sikap prejudis, diskriminasi dan konflik dalam serta antara etnik. Teori-teori hubungan etnik dibincangkan dengan berpandukan contoh-contoh semasa berdasarkan pengalaman masyarakat Malaysia, Eropah, India dan Amerika. Bacaan Asas Abraham, C. E. R. 1997. Divide and rule: The roots of race relations in Malaysia. Kuala Lumpur: Insan. Cornell, S & Hartman, D. 1998. Ethnicity and race: Making identity in a changing world. London: Pine Forge Press.

268 / Buku Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007-2008

Eriksen, T. H. 1993. Ethnicity and nationalism: Anthropological perspectives. London: Pluto Press. Hutchinson, J & Smith, A.D. (eds) 1996. Ethnicity. Oxford: Oxford University Press. Jenkins. R. 1997. Rethinking ethnicity: Arguments and exploration. London: Sage. SKAA2123 Perubahan Sosial dan Pembangunan Akibat perubahan besar di peringkat global kini, maka perlulah kita memahami dan membincang proses perubahan sosial dan pembangunan dari sudut konsep dan praktiknya seperti yang dialami masyarakat Negara-negara Selatan. Dengan itu, kursus ini bertujuan membincang dan mengupas teori-teori mengenai pembangunan dan kemunduran, konsepkonsep yang sehubungan, serta kaitan dan implikasinya terhadap proses perancangan dan penyusunan semula masyarakat. Berdasarkan beberapa kajian kes, dapatlah dinilai pula kesan positif dan negatif yang dialami oleh institusi, struktur dan organisasi sosial masyarakat Negara-negara Selatan, juga hubungannya dengan masyarakat Negara-negara Utara di era globalisasi. Bacaan Asas McMichael, P. 1996. Development and social change: A global perspective. Thousand Oaks, California: Pine Forge Press. Rahimah Abdul Aziz & Mohamed Yusoff Ismail (pnyt.) 2000. Masyarakat, budaya dan perubahan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Rahimah Abdul Aziz. 2001. Pengantar sosiologi pembangunan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Roberts, T. & Hite, A. 2000. From modernization to globalization. Oxford: Blackwell. Sztompka, P. 1996. The sociology of social change. Oxford: Blackwell. SKAA3133 Teori Antropologi dan Sosiologi Lanjutan Kursus ini ingin mendedahkan pelajar kepada perkembangan terkini berhubung dengan pemikiran serta wacana dalam teori sosial yang mengesankan disiplin antropologi dan sosiologi, khususnya wacana berkait dengan pasca-strukturalisme, pasca modenisme, pascakolonial dan pemikiran neo-liberal lainnya. Untuk itu perbincangan akan tertumpu kepada asalmula wacana ini, konsep-konsep utama yang mendukungnya dan implikasinya dalam konteks dunia akademik dan juga luar dunia akademik. Bacaan Asas Burr, V. 1996. An introduction to social constructionism. London: Routledge. Cohn, B. 1996. Colonialism and its form of knowledge. Princeton, NJ: Princeton University Press. Giddens, A. 1992. Capitalism and modern social theory. Revised edition. Cambridge. United Kingdom: Cambridge University Press. Said, E. 1996. 1978. Orientalism. Harmondsworth: Penguin.

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 269

Seidman, S. 1994. Contested knowledge: social theory in the postmodern era. Oxford: Blackwell. SKAA3143 Kuasa dan Governans Kursus ini meneliti tiga aspek utama dalam pembentukan kuasa iaitu kuasa sosial, kuasa politik dan kuasa ekonomi, yang mana ketiga-tiga aspek itu boleh dipisahkan tetapi sentiasa saling mempengaruhi. Penjelmaan setiap kuasa itu adalah dalam bentuk formal dan tak formal, yang memberi nafas kepada proses governans atau pemerintahan. Kuasa dan governans yang berbentuk formal adalah seperti birokrasi, parti politik, badan bukan kerajaan, sementara yang bentuk tidak formal adalah seperti aktiviti gotong royong dan atau personaliti berkarisma dan klan. Perhatian khusus akan diberikan kepada kes atau pengalaman yang terdapat di Asia Tenggara. Bacaan Asas Abdul Rahman Embong. 2000. Negara-bangsa: Proses dan perbahasan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Faulks, K. 1999. Political sociology: A critical introduction. Edinburgh: Edinburgh University. Martin, R. 1977. The sociology of power. London: Routledge & Kegan Paul. Shamsul Amri Baharuddin. 1986. From British to Bumiputera rule: Local politics and rural development in Peninsular Malaysia. Singapore: Institute of Southeast Asean Studies. Stocking, G.W. 1991. Colonial situations: Essays on the contextualization of ethnographic knowledge. Madison, WI: University of Wisconsin Press. SKAA3153 Sosiologi Desa Masyarakat desa-tani sedang berhadapan dengan dilema akibat pengaruh dan dominasi kuasa-kuasa luar terutama ideologi pembangunan negara dan/atau ragam pengeluaran kapitalis. Kursus ini menerangkan ciri-ciri ekonomi, politik, kebudayaan dan sosial yang membezakan masyarakat desa dengan masyarakat bandar. Isu dan persoalan semasa yang dihadapi oleh masyarakat desa-tani di Malaysia khususnya dan di negara-negara membangun umumnya turut disentuh. Antara isu dan persoalan yang akan dibincang adalah kemiskinan, perubahan gaya hidup, isu identiti di kalangan masyarakat desa, masalah tenaga kerja, masalah pengambilalihan tanah, masalah pembangunan komuniti desa, kewujudan kampung/desa dalam bandar serta bandar dalam kampung/desa dan kesankesan lain akibat proses globalisasi. Bacaan Asas Abdul Rahman Embong (ed.). 2000. Negara, pasaran dan pemodenan Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Ali M. A. Rachman. 2000. Masyarakat kecil dalam era global. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

270 / Buku Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007-2008

Chambers, R. 1983. Rural development: Putting the last first. Hong Kong: Longman . Long, N. 1984. Pengenalan sosiologi pembangunan luarbandar. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ness, G. D. 1967. Bureaucracy and rural development in Malaysia. California: University of California Press. Rosen, G. 1975. Peasant society in a changing economy. Urbana: University of Illinois Press. SKAA3163 Kelompok dan Budaya Minoriti Ketaksamaan dan dominasi adalah proses universal yang secara ketaranya telah membentuk kelompok minoriti dalam masyarakat. Kelompok minoriti pula lebih terserlah dalam era moden kerana ada upaya menyalurkan pengalaman (didiskriminasi oleh golongan majoriti) dalam bentuk gerakan yang tersusun. Kursus ini membincangkan fenomena minoriti sebagai masalah sosial dan budaya. Penekanan diberikan kepada; teori dan konsep minoriti; jenis minoriti dan faktor pembentukan minoriti dengan tumpuan kepada kelompok minoriti ras, etnik, jantina, umur, dan tingkahlaku. Perbincangan meliputi corak hubungan kelompok minoriti-dominan, dan gerakan kelompok minoriti sebagai respons kepada pengalaman minoriti-dominan. Oleh kerana minoriti merupakan masalah yang berbeza dari tempat ke tempat dan dari kelompok ke kelompok, kursus ini mengambil kira pengalaman kelompok minoriti di Malaysia, Asia Tenggara, Eropah, Amerika, dan Afrika. Bacaan Asas Farley, J. E. 1995. Majority-minority relations. Englewood Cliffs, New Jersey: Simon and Schuster. Griessman, B. 1974. Minorities. Hinsdale, Illinois: The Dryden Press. Kinloch, G. C. 1979. The sociology of minority group relations. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall. Yao Souchou. 2001. House of glass: Culture, modernity and the state in Southeast Asia. Singapure: Institute for Southeast Asian Studies. Yetman, N. R. 1991. Majority and minority: The dynamics of racial and ethnic relations. 5th Edition. Boston: Allyn and Bacon. SKAA3173 Dasar dan Perancangan Sosial Dasar dan perancangan sosial sangat penting dalam proses pembangunan negara. Ia dianggap pelengkap kepada perancangan ekonomi dan menekankan aspek kesejahteraan, kesaksamaan dan keadilan kumpulan sasaran. Kursus ini membincangkan dasar pemerintah dan perancangan sosial yang merujuk khusus kepada soal kualiti hidup, dari segi keperluan asas seperti perumahan, kesihatan, pendidikan, dan dari segi keperluan golongan istimewa seperti warga tua dan kurang upaya. Penilaian dan pengukuran kesejahteraan sosial akan dibincangkan dengan menggunakan pelbagai petunjuk sosial dan sosioekonomi seperti indeks kos hidup.

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 271

Bacaan Asas Conyers, D. 1990. Pengenalan perancangan sosial di Dunia Ketiga. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hardiman, M. & Midgley, J. 1989. The social dimension of development: Social policy and planning in the Third World. Hants: Gower. Kemeny, J. 1991. Housing and social theory. London: Routledge. Midgley, J. & Piachaud, D. 1995. Bidang dan kaedah perancangan sosial. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sennett, R. 1993. The conscience of the eye: The design and social life of cities. London: Faber and Faber. SKAA3183 Kesihatan dan Masyarakat Kesihatan dan penyakit adalah hasil daripada cara masyarakat disusun, keperluan hidup dihasilkan dan kekayaan diagih-agihkan di kalangan anggota masyarakat. Ini bermakna kesihatan bukan sahaja berkaitan dengan tubuh individu, psyche, kesakitan (illness) dan penyakit tetapi juga berhubungkait dengan pola pengalaman, nilai budaya dan struktur sosial masyarakat. Kursus ini dimulakan dengan beberapa teori sosial mengenai kesihatan dan perubatan. Perbincangan seterusnya ditumpukan kepada makna sosial kesihatan dan penyakit, profesion perubatan, gender, moraliti dan risiko persekitaran. Ini diikuti dengan perbincangan tentang sistem penjagaan kesihatan (promosi kesihatan, konsumerisme dan perubatan alternatif) dan kesan globalisasi ke atas kesihatan dan perubatan. Proses globalisasi yang sepatutnya menghapuskan perbezaan budaya masyarakat dunia dan bergerak ke arah keseragaman sebenarnya telah membawa kepada kewujudan perbezaan. Bacaan Asas Bunton, R., Nettleton, S. & Burrows, R. (eds). 1996. The sociology of health promotion: Critical analyses of consumption, lifestyle and risk. London: Routledge. Freund, P. E. S. & McGuire, M. B. 1995. Health, illness and the social body: A critical sociology. Englewood Cliff, New Jersey: Prentice Hall. Helman, C. G. 1994. Budaya, kesihatan dan penyakit: Pengenalan untuk ahli profesional kesihatan. Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sargent, C. F. & Brettel C. B. (eds). 1996. Gender and health: An international perspective. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall. Scambler, G. & Higgs, P. (eds). 1998. Modernity, medicine and health: Medical sociology towards 2000. London: Routledge. SKAA3193 Etnografi Asia Tenggara Kursus ini meliputi benua dan kepulauan Asia Tenggara. Kawasan-kawasan yang akan dikaji termasuk Vietnam, Kampuchea, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kursus akan mengambilkira latar belakang sejarah dan meneliti pendapat yang dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang rantau ini. Kursus ini juga akan melihat persamaan dan

272 / Buku Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007-2008

perbezaan aspek-aspek sosio-budaya di rantau ini; mengkaji setakat mana kawasan ini boleh didekati sebagai satu kawasan budaya atau kontinua budaya dan meneliti beberapa teori sosio-budaya mengenai Asia Tenggara. Turut dibicarakan adalah perkembangan masyarakat Asia Tenggara dari plurality ke plural society, pengaruh globalisasi ke atas rantau tersebut termasuk membincangkan sama ada nilai-nilai Asia (Asian values) bertanggungjawab terhadap kemajuan beberapa buah negara di rantau tersebut. Bacaan Asas Evers, Hans-Dieter. (pnyt.). 1973. Modernization in Southeast Asia. Singapore: Oxford University Press. Geertz, C. 1960. The religion of Java. Glencoe: Free Press. Mahathir Mohamed & Ishihara, Shintaro, 1995 The voice of Asia: Two leaders discuss the coming century. Tokyo: Kodansha International. Mulder, Niels. 1996. Inside Southeast Asia. Amsterdam: The Pepin Press. Suksamaran, S. 1982 Buddhism and politics in Thailand. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. SKAA3213 Urbanisasi dan Urbanisme Bandar sebagai pusat pemodenan perlu difahami perkembangannya dengan lebih mendalam memandangkan bertambah kompleksnya sifat dan kehidupan bandar. Sehubungan itu kursus ini bertujuan membincangkan fenomena urbanisasi dan urbanisme. Kursus ini bermula dengan menghuraikan konsep, isu dan teori berkaitan pertumbuhan dan perkembangan bandar di peringkat lokal dan juga global. Beberapa implikasi sosial tentang urbanisasi dan urbanisme akan diulas dengan menggunakan pendekatan pensejarahan dan perbandingan dengan berasaskan pengalaman empirikal di Malaysia dan negara-negara lain di dunia. Bacaan Asas Evers, Hans-Dieter. 1982. Sosiologi perkotaan: Urbanisasi dan sengketa tanah di Indonesia dan Malaysia. Jakarta: Lembaga Penelitian Pendidikan dan Lembaga Penerangan Ekonomi dan Sosial. Forbes, D. 1996. Asian metropolis: Urbanization and the Southeast Asian city. Melbourne: Oxford University Press. Haughton, G. & Hunter, C. 1994. Sustainable cities. London: Jessica Kingsley. Macionis, J. J. & Parillo, V.N. 1998. Cities and urban life. Englewood Cliff, New Jersey: Prentice Hall. Short, J. R. 1989. The humane city. Oxford: Basil Blackwell. SKAA3223 Organisasi Kompleks Organisasi formal banyak mempengaruhi dan mencorakkan kehidupan sosial. Tujuan kursus ini adalah, antara lain, untuk menghuraikan hubungan saling bergantung dan saling mempengaruhi antara organisasi kompleks dan masyarakat. Kursus ini membincangkan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 273

pelbagai jenis organisasi kompleks dalam sektor awam dan swasta dari segi struktur dan organisasi, fungsi dan matlamat, pemusatan kuasa, kewibawaan, gaya kepimpinan dan budaya organisasi. Antara teori yang digunakan untuk meneliti kelakuan dan kedinamikan organisasi kompleks termasuklah teori birokrasi Max Weber, teori sistem, teori fungsionalisme dan teori konflik. Implikasi perubahan sosial ke atas (kedudukan, peranan, matlamat, serta struktur kekuasaan dan budaya) organisasi dibincangkan dalam konteks proses globalisasi dan kepesatan pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi serta eDagang. Bacaan Asas Hall, Richard H. 1991. Organizations: structures, processes and outcomes (edisi kelima). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall Inc. Haas, J. Eugene & Drabek, Thomas E. 1973. Complex organizations: A sociological approach. New York: Macmillan Publishing Co. Inc. Burrell, G. dan G. Morgan. 2005. Sociological paradigms and organisational analysis. Aldershot, Hants England: Ashgate Publishing Limited. Muhammad Rais Abd. Karim. 1999. Re-engineering the public service: Leadership and change in an electronic age. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications. Etzioni, A. 1970. A sociological reader on complex organzations. London: Penguin Books. SKAA3233 Gender dan Pembangunan Sejak tiga dekad yang lalu, isu gender diberikan perhatian utama dalam pembangunan di negara-negara Selatan. Dengan mengguna pendekatan komparatif, kursus ini membincang mengapa gender dipertimbangkan dalam pembangunan dan bagaimana isu gender dalam pembangunan ditangani oleh masyarakat berkenaan. Bahagian pertama kursus ini akan membincang konsep gender, ideologi dan teori-teori tentang gender dan pembangunan. Berdasarkan kajian kes di Asia, Afrika dan Timur Tengah, bahagian kedua kursus ini akan membicara tema-tema khusus seperti perancangan dasar, gendering of work, seksualiti, gerakan sosial (umpamanya gerakan feminis) dan keterikatan antara famili, negara bangsa dan reproduksi. Bacaan Asas Brettel, C. B. & Sargent, C. F. (eds) (2nd Edition). 1997. Gender in cross-cultural perspective. New Jersey: Prentice Hall. Jamilah Ariffin. 1992. Women and development in Malaysia. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications. Mosse, J. C. 1996. Gender dan pembangunan (terjemahan oleh Hartian Silawati drp buku Half the world, half a chance: An introduction to gender and development. Oxfam: Oxford 1993). Yogyakarta: RIFKA ANNISA Womens Crisis Center & Pustaka Pelajar. Rogers, Barbara. 1980. The domestication of women: Discrimination in developing societies. New York: St. Martins Press.

Visvanathan, Duggan, L., Nisonoff, L & Wiergersma, N (eds). 1997. The women, gender and development reader. London: Zed Books. SKAA3243 Budaya dan Konsumerisme Sama ada secara disedari atau tidak perbincangan tentang pola kehidupan seharian masyarakat adalah berkait rapat dan didominasi oleh aktiviti konsumsi. Justeru itu objektif kursus ini ialah untuk menghurai asalmula fenomena konsumerisme, sifat, dan kesannya terhadap masyarakat umum hari ini. Dalam bahagian awal kursus, sejarah fenomena globalisasi dan hubungannya dengan perkembangan kapitalisme sedunia akan dibicarakan dan diikuti dengan perbincangan mengenai beberapa konsep asas yang mendukung konsep konsumerisme. Bahagian akhir kursus pula menyentuh beberapa kajian kes berkait dengan pembentukan budaya konsumerisme dalam konteks semasa. Bacaan Asas Chua Beng Huat (ed.), 2000. Consumption in Asia: Lifestyles and identities. London: Routledge. Featherstone, M. 1991. Consumer culture and postmodernism. London: Sage. McCracken, G. 1988. Culture and consumption. Bloomington: Indiana University Press. McKendrick, N., Brewer, J. & Plumb, J.H. 1982. The birth of a consumer society: The commercialization of eighteenth-century England. London: Europa. Falk, P. 1994. The consuming body. London: Sage. SKAA3253 Industri dan Sumber Manusia Industri dan proses perindustrian secara relatifnya ialah satu fenomena baru dalam masyarakat dunia ketiga. Bermula dengan Revolusi Industri di Barat proses ini kemudiannya berkembang di negara-negara membangun, terutamanya pada zaman pascamerdeka. Dengan berkembangnya proses perindustrian, isu pekerjaan dan pengurusan sumber manusia menjadi amat penting untuk memastikan perindustrian berjalan lancar dan membawa kemajuan kepada manusia dan masyarakat. Kursus ini bertujuan mengkaji dari sudut sosiologi beberapa konsep, teori dan pengalaman mengenai perindustrian, pekerjaan dan pengurusan sumber manusia. Dengan mengambil kira pengalaman negara maju tetapi menumpukan kepada pengalaman negara-negara membangun termasuk Malaysia, kursus ini dibahagikan kepada tiga komponen: pertama, membincangkan pelbagai faktor dan masalah yang terdapat dalam proses perindustrian; kedua, membincangkan perkembangan bidang pekerjaan, mobiliti kerja dan budaya kerja, serta perkembangan teknologi baru dan kesannya ke atas kerja; dan ketiga, membincangkan sistem dan pengalaman pengurusan sumber manusia dalam masyarakat industri dan sedang mengindustri. Bacaan Asas Bowie, A. 1991. Crossing the industrial divide: State, society and the politics of economic transformation in Malaysia. New York: Columbia University Press. Grint, K. 1995. Management: A sociological introduction. Oxford: Polity Press.

Ogawa, N., G.W. Jones & J.G. Williamson (ed.). 1993. Human resources in the development along the Asia-Pacific rim. Singapore: Oxford University Press. Ong Jin Hui et al. (ed.). 1995. Crossing borders: Transmigration in Asia Pacific. Singapore: Prentice Hall. Probert, B. 1989. Working life. Melbourne: McPhee Gribble. SKAA3206 Latihan Ilmiah Latihan Ilmiah wajib dihasilkan oleh setiap pelajar Program ini. Penulisan Latihan Ilmiah ini merupakan satu laporan akademik hasil satu penyelidikan yang dijalankan sendiri oleh setiap pelajar. Penyelidikan dan penulisan latihan ilmiah ini akan diselia oleh seorang tenaga akademik yang dilantik oleh Program. Menerusi projek penulisan latihan ilmiah ini, para pelajar dilatih menjalankan penyelidikan, memproses dan menganalisis data, mempersembahkan hasil kajiannya dalam bentuk tulisan akademik, dan membincangkan hasil penyelidikan dan penulisannya dalam satu peperiksaan viva voce yang dihadiri oleh tiga orang pemeriksa, termasuklah penyelianya yang mempengerusikan peperiksaan tersebut. Pelajar dikehendaki menulis tidak lebih 10,000 patah perkataan (kira-kira 100 halaman, termasuk rajah, jadual, lampiran dan lain-lain) mengikut format penulisan Gaya UKM. Penulisan akan dinilai berdasarkan keupayaan pelajar menjelaskan isu yang dikaji, kerangka teoritisnya, metodologinya, keaslian data, dan kesimpulan kajian menurut tradisi ilmiah dalam disiplin antropologi dan sosiologi.

276 / Buku Panduan Prasiswazah Sesi Akademik 2007-2008

You might also like