You are on page 1of 25

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

1.Pengenalan
Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya. Dalam tugasan ini akan cuba dibincangkan satu kajian dan analisa terhadap rekaan dikehendaki dipilih kerana ianya menjalankan kajian analisa terhadap rekaan dan merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di corak yang terdapat pada objek kain sarung batik. Batik yang sarung yang Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

2.Objek Pilihan: Sarung Batik Terap/Blok

Objek Kajian :Batik Sarung Lukis Batik Sarung pada asasnya mempunyai Malaysia cirri-ciri tersendiri seperti Kepala Kain, Kaki Kain, Badan Kain dan Pengapit Kepala Kain. Biasanya Kepala Kain di pakai disebelah belakang atau disisi sipemakai.

Gambarajah. B: Ciri-Ciri Sarung Batik Malaysia

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

3. Jenis-Jenis Motif Pada Objek


Dalam penghasilan batik, unsur utama yang menjadi batik itu unik adalah

dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarmakan dengan sempurna dengan kreatif. Motif-motif yang digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan geometri. Motif flora yang merupakan unsur tumbuhan yang amat digemari dan

digunakan ialah pucuk rebung,bunga mangga, kenangga,cempaka,melur dan sebagainya. Bunga,pucuk,kudup,putik,daun dan ranting digunakan dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai. Motif fauna pula menjurus kepada motif haiwan yang kerap digunakan ialah ayam,itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah dan digabungkan dengan motif flora. Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianya lebih mudah dan ringkas untuk diolah. Antara motif geometri yang popular ialah segi tiga pucuk rebung,segi empat,garisan lurus, swastika, gandaan huruf S, bulatan dan sebagainya. Namun dalam batik sarung yang kita pilih seperti Rajah A diatas, penggunaan motif adalah merangkumi motif flora, fauna dan geometri. Motif flora seperti motif bunga mangga diguna secara dominan pada badan kain yang berlatarkan warna biru yang lebih gelap.Susunannya adalah secara menegak dan agak longgar. Namun gabungan susunan dan kontras warnya menampakkannya agak jelas dan menarik. Motif corak pada kaki kainnya agak mudah dengan adunan garisan dan motif pucuk rebung yang disusun dengan rapi secara menegak.

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

Pada kepala kain, corak geometri berbentuk bulatan dan berbintang ditengah bulatan dipilih disempadani dengan garisan motif banji yang disusun berurutan.Diantara garisan banji sisip dengan bentuk-bentuk geometri yang lebih kecil berupa motif fauna yang berbentuk sayap, sawat dan kupu-kupu.

4. Lakaran Motif

Bunga Mangga

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

Pucuk Rebung

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

Motif Geometri

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

Motif Pelbagai Fauna

5. Teknik Penghasilan Batik Terap/Blok

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam yang digelar sarang. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Gambarajah C: Blok atau Sarang

5.1 Alatan Untuk Membuat Batik Terap/Blok Dalam proses untuk menghasilkan batik terap atau blok, biasanya peralatan asasnya tidak banyak berbeza dengan penghasilan batik tulis atau batik skrin. Peralatan asas yang utama ialah lilin, kain dan pewarna dan yang membeza diantara batik terap atau blok dengan yang lainnya hanyalah teknik penghasilan corak dan motif. Diantara alatan yang digunakan untuk membuat batik terap adalah seperti berikut: i. Sarang atau blok bunga sebagai acuan yang dibuat sama ada daripada kayu logam atau tembaga yang telah diukir.Blok atau sarang ini dibentuk khas dan dipateri mengikut rekaan corak. ii. Meja pengecap yang dilapik dengan kelopak batang pisang untuk membolehkan lilin menyerap 8 pada permukaan kain yang

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

diterap.Kelopak batang pisang yang digunakan adalah daripada jenis pisang benggala,kelat air atau pisang rasa. Selain kaedah tradisional,kaedah moden juga digunakan seperti melapik meja dengan span atau fabric seperti guni yang boleh menyerap pewarna. iii. iv. v. Kain kapas atau kain yang boleh menyerap pewarna. Kuali leper untuk memasak bahan campuran lilin. Kuali kawah untuk mendidih air bagi proses menanggalkan lilin melalui cara merebus kain. vi. Tempat jemuran yang terdedah cahaya matahari.

5.2 Proses Penghasilan Proses menerap batik mempunyai beberapa langkah yang perlu diambil perhatian dan dilakukan dengan penuh hati-hati agar ianya menghasilkan sesuatu hasil seni yang bermutu. Jika tidak, bukan saja hasilnya tidak mencapai tahap bermutu yang diharapkan tetapi akan merugikan. Langkahlangkah dalam proses ini adalah seperti: i. ii. Membasuh kain untuk menghilangkan kanji. Membentangkan pengecap.Pastikan lancar. kain kain yang telah dibasuh dan diatas meja untuk

diratakan

ditegangkan

membolehkan proses penerapan dilakukan dengan kemas dan

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

iii. iv.

Panaskan lilin didalam kuali leper. Celup blok atau sarang kedalam lilin dan terapkan lilin keatas permukaan kain. Lakukan dengan kemas.Pastikan blok yang digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk sehelai kain sarung,corak badan kain adalah berbeza dengan kepala kain atau bahagian lain. Untuk menghasilkan sehelai kain sarung,lebih daripada satu blok digunakan.

v.

Celup

kain

kedalam

pewarna

Naphtol.Warna

yang

berbeza

digunakan dimulai dengan warna muda diikuti dengan warna gelap. vi. vii. Rebus kain dan campurkan serbuk soda (soda ash). Basuh dan jemurkan kain.

5.3 Proses-Proses ikut urutan teknik Blok

1.Kain perlu dibasuh untuk buang kanji

2. Membentangkan kain yang telah dibasuh diatas meja

10

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

3. Panaskan lilin

4. Celup blok atau sarang kedalam lilin dan terapkan lilin keatas permukaan kain

5. Celup kain kedalam pewarna Naphtol

6.Rebus kain dan campurkan serbuk soda (soda ash).

7. Rendam dan bilas kain

8.Jemur

6. Persamaan Motif dengan Kraf Tradisional Lain

11

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

Jika diterliti motif yang digunakan dan terdapat pada objek yang dikaji ia itu sarung batik terap, sesungguhnya persamaan motif yang digunakan amat jelas mempunyai kaitan yang ketara dengan kraf tradisional lain di nusantara. Motif pucuk rebung yang bergeometri segi tiga dan digabung dengan motif bunga mangga dan motif-motif lainnya adalah amat popular juga diguna untuk menghias sisi labu sayong, kain songket, wau dan sebagainya. Ini jelas menampakkan suatu pertalian kebudayaan dan gaya hidup setempat disamping mempunyai kaitan yang intim dengan persekitaran dan alam semulajadi.

Gambarajah D : Motif geometri dan flora pada labu sayong Motif pucuk rebung juga terdapat pada kain sonket tenunan dan selalunya digunakan pada kaki kain dan sebagai motif dominan di kapala kain songket. Hanya gaya ianya dipersembahkan menampakkan suatu keunikan yang ketara. Pada kain songket, motif itu di tenun menggunakan benang emas sementara pada batik terap, ianya dicop atau diterap dengan lilin dan disaluti atau direndami dengan pelbagai warna.

12

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

Gambarajah E : Motif geometri dan flora pada corak songket Kraf tradisional tradisional seperti tembikar juga mempunyai kebiasaan mengunakan motif-motif yang berkaitan dengan persekitaran dan alam semulajadi. Ini selalunya terdapat dalam corak estetik yang hendak ditonjolkan pada reka luaran pasu Sarawak dan labu sayung. Motif yang selalu diguna pakai adalah seperti motif bunga mangga, pucuk rebung disamping motif-motif geometri, alam fauna dan flora lainnya. Penggunaan motif-motif tradisional ini pada penghasilan kraf tembikar telah menjadikannya suatu keunikan dan dapat membezakan tembikar Malaysia dengan kraf tembikar luar nusantara.

Gambarajah F : Motif pucuk rebung dan flora pada pasu Sarawak

13

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

Gambarah G : Motif Corak Flora pada wau Begitu juga dengan kraf tradisional lainnya seperti pada wau, kraf ukiran dan lain-lainnya. Pada wau motif flora dan fauna sering digunakan untuk menambah unsur estetik terutamanya yang terdapat pada wau bulan. Begitu juga dengan kraf ukiran kayu tradisional dimana motif-motif flora dan fauna dijadikan suatu kemestian dalam penghasilan karya asli. Perkaitan kraf tradisional seperti batik dan kraf-kraf tradisional lain tidak dapat tidak mempunyai pengaruh secara semulajadi berdasarkan kebudayaan dan kepercayaan mistik sesuatu tempat. Pengaruh persekitaran,kepercayaan dan punca ilmu dan kemahiran yang disampaikan secara turun-temurun daripada suatu genarasi ke genarasi yang seterusnya juga telah menjadikannya sebati kepada tanggapan estetik penggemar keseniannya lantas diterima sebagai sesuatu yang mesti dan jika diabaikan pula akan menghilangkan identiti sesuatu kraf tradisional yang dihasilkan.

Gambarajah H: Motif Bunga Raya

14

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

7. Kepentingan Rekaan dan Corak Kain Sarung Batik

Awalnya aktiviti membuat batik hanya terbatas kegunaan diraja saja dan ianya dihasilkan untuk pakaian raja dan keluarga serta para pembesar mereka. Oleh kerana banyak daripada pembesar tinggal diluar istana, maka kesenian batik ini dibawa oleh mereka keluar dari istana dan dihasilkan pula ditempat masingmasing. Ini menjadikanya hak rakyat jelata. Apabila batik telah digunakan secara meluas dikalangan rakyat biasa dan tukang pandai seni yang bilangannya juga semakin ramai maka timbul masalah hak cipta. Kepentingan utama rekaan dan corak kain batik sarung ialah hak cipta, nilai estetik, nilai komersial dan nilai identiti. Hukum Hak Kekayaan Intelektual (HKI) mencegah dilakukannya tindakan penciplakan atau plagiat, yaitu suatu tindakan dengan maksud menarik keuntungan dari ciptaan-ciptaan yang mengatur merupakan kekayaan intelektual seseorang. Hukum HKI juga menetapkan kaedah-kaedah hukum yang ganti rugi yang harus dipikul oleh orang yang melanggarnya dengan melakukan penciplakan.4 Berkaitan dengan perlindungan hukum atas hak cipta yang merupakan bagian dari HKI, Ricketson (1991) mengemukakan:5 . It has been popular to argue, particularly in continental jurisdiction,that a person has a natural right to the product of his labour and this should be recomized as his property, whether tangible or intangible. With respect to copyright, it has been said that this theory sees the foundation of the right of an author in the very nature of things. Ricketson (1991)

15

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

Senada dengan yang dikemukakan Ricketson, Deklarasi Universal HakHak Asasi Manusia Perkara 27 ayat 1, menetapkan; Setiap orang mempunyai hak sebagai pencipta untuk mendapatkan perlindungan seni Sehubungan dengan itu, rekaan dan corak yang asli dan dihasilkan oleh seseorang penggiat seni merupakan sesuatu aset yang harus dilindungi daripada diciplak. Walaupun motif-motif yang dihasilkannya adalah berdasarkan motif dan corak tradisional, namun reka susun dan gabungan warna dan teknik yang digunakan harus boleh membezakannya daripada reka bentuk seni yang dihasilkan terlebih awal serta mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Selain daripada itu, rekaan dan corak pada sesuatu karya pada penghasilan batik sarung juga memain peranan sebagai sesuatu nilai estetik yang hidup mengikut aliran zaman. Corak yang sterotaip tanpa pengubahsuaian dan nilai seni yang kreatif mengikut kehendak zaman akan menjadikannya mati dan hanya layak untuk menjadi bahan sejarah. Kreativiti penggiat seni yang berterusan mencipta corak dalam rekaan batik sarung mengikut kehendak dan permintaan penggemar batik akan menjadikan batik sesuatu yang diminati dan mempunyai nilai komersial yang berterusan. Ini akan memberi nilai tambah kepada penggiat seni batik tersebut. Nilai komersial yang terdapat pada batik sarung bergantung kepada rekaan dan corak yang dihasilkan pada permukaan batik sarung. Nilai komersial inilah yang merancakkan industi pembikinan batik di Malaysia. Nilai komersial akan secara tidak langsung membangkitkan suatu pesaingan dikalangan penggiat batik untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Sudah pasti rekaan dan corak yang akan dihasilkan menitik berat perancangan yang terliti untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Ini dapat kita lihat dipasaran, setiap bulan atas kepentingan-kepentingan moral dan material yang merupakan hasil dari ciptaannya di bidang ilmu pengetahuan sastera dan

16

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

akan ada sesuatu corak yang baru diperkenalkan oleh pelbagai pengusaha batik tempatan Nilai identiti juga memainkan peranan pada rekaan dan corak batik sarung. Akhir-akhir ini ada pihak tertentu cuba menuntut hak asal pembikinan batik terutamanya daripada negara yang mempunyai rumpun yang sama. Identiti batik Malaysia dengan batik-batik keluaran negara jiran seperti Indonesia, Negeri Thai dan sebagainya mempunyai keunikan rekaan dan corak tersendiri dan perbezaannya juga ketara.Ini secara langsung memberi identit yang tersendiri kepada batik Malaysia dan membezakannya dengan batik negara lain.Yang jelas disini, rekaan dan corak pada batik-batik yang dihasilkanlah yang memainkan peranan memberi identiti kepada sesuatu hasilan seni karya tersebut. Kesimpulannya, rekaan dan corak didalam karya seseorang penggiat seni batik sesungguhnya memberi pengertian yang amat mendalam dan bukan hanya untuk nilai estetik semata-mata. Corak dan rekaan pada sebidang batik sarung mempunyai hak ciptaan, nilai komersial dan identitinya tersendiri.

8. Rancangan Pengajaran Pendidikan Seni Visual.

17

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

Kelas: Tahun 5 Waktu: 3 minggu Objektif Modul:

Masa: 180 minit

Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid-murid secara hand-on tentang teknik melukis,mewarna dan proses untuk menghasilkan batik sarung yang kreatif dan menarik. Bidang dan Tajuk: Membuat Rekaan dan Corak (Kegiatan Membuat BatikTekap) Ojektif Pengajaran: 1. Pada akhir sesi pembelajaran, pelajar-pelajar dapat menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif dalam proses menghasilkan batik. 2. Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan mata pelajaran lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif. 3. Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Alat Bantu dan Bahan: Gambar Contoh, Kain batik, kain putih kapas, lilin, blok yang telah disediakan terdahulu, lilin, pewarna, alatan kuali, periuk, meja, soda ash dan lain-lain bahan yang diperlukan dari masa kesemasa. Persediaan Guru: Gambar dalam slide (Microsolf Power Point) termasuk gambar batik, proses, contohcontoh teknik , bahan maujud seperti batik sebenar sebagai contoh, pelbagai warna dan lilin.

Kegiatan Minggu 1( 60 minit )

Hasil Pembelajaran

Kemahiran Generik/Nilai

18

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

Aktiviti 1: Set Induksi (5 min) 1.Dengan mengunakan tayangan slide, guru terangkan contoh-contoh gambar batik dengan jenisjenis motif seperti flora,fauna dan geometri. Pelajar diarah untuk melakar dan melukis corak dan motif seperti yang ditunjukkan. 2. Guru terangkan dengan ringkas tentang tajuk. Mengagihkan batik sebenar kepada pelajar untuk dikaji dan diamati oleh pelajar. Aktiviti 2: (15 min) 1.Perbincangan berkenaan pengalaman sedia ada murid tentang jenis-jenis batik yang pernah mereka tengok. 2.1 Menceritakan kepada rakan serta berkongsi pengalaman tentang jenisjenis batik seperti batik lepas,batik basahan dll. 2.1 Kemahiran verbal linguistic interpersonal dan intrapersonal 1.2. Pelajar melakar corak dan motif seperti diterangkan oleh guru. 1.2. Kemahiran melukis dan melakar 1.1 Pelajar membuat catatan 1.1 Kemahiran mendengar dan mencatat. Naturalisme

2.2 Menyenaraikan jenis 2. mengenalpasti jenis-jenis motif yang diketahui dan menkategorikan mengikut kumpulan motif pada corak batik.

2.2.Kecerdasan visual dan Logik Matematik.

Aktiviti 3 (40 min)

1.1 Mencatat, menyenarai,

1.1.Kemahiran

19

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

1 Guru menerangkan teknikteknik penghasilan batik. Berpandukan gambar dan tayangan slide pelajar diarah untuk mengenalpasti dan mencatat teknik-teknik yang diterangkan.

mengklasifikasi . motif berdasarkan objek alam dan berdasarkan corak dan rekaan.

mendengar dan mencatat. Naturalisme

2.2. Melakar motif dan 2 Guru menerang/tunjuk cara tugasan yang akan dilakukan oleh pelajar mengikut (3 kump) kumpulan. Kumpulan membuat kajian dan lakaran motif berdasarkan otif flora, fauna dan geometri. corak batik mengikut kategori/kumpulan seperti yang diagihkan oleh guru penggunakan pensel serta mengaplikasikan teknik lukisan.

2.2.Kecerdasan visual dan Logik Matematik dan Kontruktivisme. Mencungkil potensi kecerdasan pelajar melalui penerokaan,penemuan dan penciptaan

Minggu 2 ( 60 minit ) Aktiviti 1:Set Induksi(20 min) 1 Berbincang hasil kerja pelajar miggu lepas- motif dan corak. Kumpulan akan mempersembahkannya untuk dikongsikan bersama. Guru buat komen jika perlu. 1.1 Apresiasi seni tentang hasil kerja rakan-rakan serta membuat penyataan perasaan tentang hasil kerja dengan rakan secara kreatif. . 1.1 Menerapkan nilai mencintai alam sekitar. dan menyatakan perasaan diri terhadap kegiatan yang dijalankan.

2 Guru terang dan tunjuk pelbagai teknik batik seperti batik tulis, lukis skrin, terap

1.2.1 Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang

1.2.1 Psikomotor Interpersonal KBKK:

20

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

atau blok dan bahan yang digunakan untuk membuat blok. Aktiviti 2: (5 min) Guru tunjuk contoh membuat blok menggunakan ubi kentang dan papan/kayu lembut. Aktiviti 3: (5 min) Pelajar di agihkan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan akan memilih 2 motif mudah untuk dilukis diatas kentang/papan kayu lembut dan kemudiaan di ukir menggunakan pisau pengukir yang telah disediakan oleh guru. Aktiviti 4: (30 min) Dalam kumpulan, pelajar membuat aktiviti membuat corak diatas media pilihan dengan diawasi oleh guru demi keselamatan pelajar. Minggu 3( 60 minit ) Aktiviti 1:Set Induksi (5 min) Guru menerangkan dengan berpandukan tayangan slide

proses membuat blok dan kemahiran mencatat.

Imaginasi Dan Kreativiti

2.1 Mengaplikasi asas seni reka dalam penghasilan blok.

2.1 Psikomotor Kecerdasan Visual

3.1 Menghasilkan kraf tradisional mengukir menggunakan ubi kentang/papan lembut dengan mengikut proses sebenar menyediakan blok.

3.1.Logik matematik Kecerdasan Visual Ruang. Interpersonal Interapersonal

4.1 Menguasai beberapa kemahiran, kawalan,tatacara dan disiplin kerja dalam menghasilkan corak dan rekaan.

4.1 Psikomotor Kecerdasan Visual - ruang serta peka dengan persekitaran kerja berkumpulan.

1.1 Meningkatkan kemahiran,kefahaman dan

1.1 Psikomotor Interpersonal dan

21

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

proses menghasilkan batik Tekap atau batik blok. Pelajar digalakkan untuk bertanya.

pengetahuan tentang proses penghasilan batik dan kemahiran menyoal dan mencatat.

linguistik.

Aktiviti 2: (5 min) Guru menunjukkan alatan yang disediakan untuk proses menghasilkan batik tekap seperti, kain putih, lilin, meja, kuali leper, periuk, dapur dan sebagainya termasuk blok ukiran yang pelajar buat sebelumnya. Aktiviti 3: (3 min) Bahagikan pelajar kepada kumpulan kecil dan arahkan mereka mengambil peralatan yang telah disediakan untuk proses menghasilkan batik tekap. Lantikan seorang ketua untuk setiap kumpulan. 3.1 Melatih diri untuk bekerjadengan lebih tekun, teratur dan cermat. 3.1 Psikomotor, Verbal linguistik dan membuat ramalan. 2.1 Memahami konsep menghasilkan batik tekap dan perkaitannya dengan resis dan meningkatkan kemahiran mengolah warna. 2.1 Interpersonal Intrapersonal Naturalis

Aktiviti 4: (40 min) Berdasarkan aliran proses yang telah diterangkan oleh guru sebelumnya, pelajar diarah untuk melakukan

4.1 Menghasilkan motif dan corak dan pada rekaan secara hand on dan menguasai beberapa kemahiran, kawalan, 22 4.1 Psikomotor, Konstruktivisme KBKK

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

aktiviti penghasilan batik tekap. Guru mengawasi sambil mambantu pelajar sekiranya perlu.

tatacara dan disiplin kerja dalam menghasilkan batik tekap/blok.

Mencetus idea untuk menghasilkan karya.

Penutup: ( 7 min) Mengarah pelajar membersihkan meja dan kelas sekiranya tugasan telah disiapkan. Perbincangan berkenaan hasil dan masalahmasalah yang dihadapi dalam proses penghasilan batik blok/tekap. Memberi galakkan kepada pelajar berkenaan hasil yang telah disiapkan. (jika siap) Menghargai nilai seni dalam melalui proses penghasilan disamping menambah pengalaman baru. Apresiasi seni dan menghargai nilai-nilai kerjasama bekerja dalam kumpulan.

9. Penutup
Rekaan dan corak memenuhi sesungguh suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat domain kognitif,psikomotor dan efektif. Dalam

keperluan

23

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

penghasilan batik blok atau tekap, rekaan corak terancang dan tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik. Walaubagaimana pun,kemahiran, kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihan berfikir yang berhubungan dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat diperlu untuk menguasai kemahiran.Kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorang itu kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni.

Rujukan
Allison Brian (1995) The Art in Multicultural Society, VA U.S.A., Heta Kauppinen. Bates J (2000) Becoming An Art Teacher, USA., Wadsworth

24

HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant Abg Hashim Abg Solhi 580530135193-002

Betti C & Sale T (1997) Drawing A Contemporary Approach, USA., Harcourt Brace College Pub Chapman Laura H (1978) Approach to Art in Education. New York, U.S.A., Harcourt Brace Jonanovich. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR.KL.,DBP. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985) Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual, KBSR.KL., DBP. Kintner,Earl W. dan Jack Lahr. 1983. An Intellectual Property Law Primer. New York: Clark Boardman Munandar, Prof. Dr. S. C. Utami, (1989) Kreativitas Sepanjang Masa, Jakarta., Pustaka Sinar Harapan Open University Malaysia, (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, UNITEM Sdn.Bhd. Open University Malaysia, (2007) HBAE3503 Perkembangan Seni dan KanakKanak, UNITEM Sdn.Bhd. Open University Malaysia, (2007) HBEF1403 Seni dan Dalam Pendidikan, UNITEM Sdn.Bhd.

25

You might also like