You are on page 1of 3

MAKANAN SEIMBANG Karbohidrat : Hai, aku karbohidrat.

Aku membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk manusia membuat kerja serta menjalani segala aktiviti fizikal. Contoh makanan yang mengandungi aku ialah roti, ubi kentang dan nasi.

Protein

P.R.O.T.E.I.N, nama diberi. Fungsiku adalah untuk membaiki tisu badan yang rosak dan membina sel baharu untuk perkumbuhan. Makanan yang

mengandungiku ialah ikan, daging, dan telur.

Lemak

Ramai orang yang tidak menyukaiku iaitu lemak. Namun aku berfungsi membekalkan tenaga kepada tubuh badan dan melindungi organ badan seperti ginjal dan jantung. Biasanya aku terdapat dalam mentega, keju dan susu.

Garam galian

Aku sejenis bahan semula jadi yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan seperti kalsium, iodine, besi, natrium, fosforus, dan kalium. Contoh

makanan yang mengandungiku ialah sayur-sayuran hijau, makanan laut, dan daging.

Vitamin

Aku diberi nama sebagai vitamin. Aku merupakan bahan organik yang diperlukan dalam kuantiti sedikit sahaja. Aku mempunyai 6 beradik iaitu vitamin A, B, C, D, E dan F. Setiap adik-beradikku mempunyai vitamin C peranan yang masing-masing. untuk Misalnya memelihara

berfungsi

kesihatan gusi, gigi, dan kulit contohnya tomato dan jambu.

Semua

Oleh itu, jadikanlah amalan pemakanan yang seimbang sepanjang masa.

Vitamin A

Namaku vitamin A. Aku mempunyai 6 beradik iaitu vitamin B, C, D, E, dan F. Fungsiku adalah untuk membolehkan penglihatan yang baik pada waktu malam dan memelihara kesihatan kulit. Contoh makanan yang mengandungi vitamin A ialah lobak merah dan susu.

Vitamin B

Aku vitamin B yang berfungsi sebagai memelihara fungsi saraf contohnya seperti sayur-sayuran, hati dan kacang.

Vitamin C

Hai aku vitamin C. Fungsiku adalah untuk memelihara kesihatan gusi, gigi dan kulit. Biasanya terdapat dalam tomoto, betik dan jambu.

Vitamin D

Aku merupakan vitamin yang keempat iaitu vitamin D. Tugasku adalah untuk membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat contohnya ikan, telur dan susu.

Vitamin E

Vitamin E nama diberi. Tugasku pula adalah untuk memelihara fungsi pembiakan. Biasanya terdapat dalam kacang, gandum dan minyak sayuran.

Vitamin F

Aku merupakan vitamin yang terakhir iaitu vitamin F. Aku memainkan peranan dalam membekukan darah yang biasanya terdapat dalam sayur-sayuran hijau dan kuning telur.

You might also like