You are on page 1of 2

Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan

muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bankbank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Ciri-ciri dan Faedah Utama Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

Pembiayaan sehingga 100% Harta kediaman sahaja

Kriteria Kelayakan Peminjam/Pelanggan Yang Layak


Warganegara Malaysia Pembeli rumah pertama Individu berumur sehingga 35 tahun Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

Harta Yang Layak


Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia Nilai minimum hartanah RM100,000 Nilai maksimum hartanah RM220,000 Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan

Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran) Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran) Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Permohonan Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat.

You might also like