You are on page 1of 13

Pengenalan Ringkas Khat Arab

1.

Pengenalan Seni khat

Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan. Oleh itu, seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Khat juga bermaksud tulisan-tulisan ( kitabah ) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan Arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi. Picasso, seorang ahli seni terkenal di dunia dari Perancis pernah mengatakan, " Selepas aku melihat seni yang terdapat pada Khat Arab, aku mengakui bahwa dunia seni lukis masih terkebelakang dengan kesenian itu ". Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya. Di antara bentuk dan jenis tulisan Khat Arab ialah:


Khat Kufi

Khat Thuluth Khat Nasakh

Khat Ijazah

Khat Farisi

Khat Diwani Khat Diwani Jali Khat Riq'ah

Pengenalan Ringkas Khat Arab

Carta Aliran Perkembangan Khat Arab


MESIR ( HIEROGRYPHICS )

ARAMIA PHOENICIA

NABATEA ( NABATI ) ( 2M106M) HAURAN (PECAHAN NABATI)

AL-BATRA( PETRA), AL-ULA, MADINAH

ANBARI, HIRI, DUMATUL JANDAL, KUFAH DAN MADINAH

MAKKAH TAIF MADINAH

KERAS ( BERSUDUT)
Dikenali sebagai Khitabah. Muncul pada zaman permulaan Islam yang dimajukan oleh bangsa Arab Hijjaz daripada huruf Nabati. Tulisan ini pada asalnya tidak dapat dibezakan dari aspek kelembutan dan kekerasan. Contohnya seperti Khat Kufi Qadim.

LEMBUT ( KURSIF )
Dikenali sebagai Khat. Muncul pada zaman selepas berkembangnya Islam. Khat bermaksud khitabah yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Contohnya seperti Thuluth dan Nasakh.

Pengenalan Ringkas Khat Arab

2.

Sejarah Ringkas Perkembangan Khat

Kajian ilmiah membuktikan bahawa bangsa Arab telah mengenali khat (tulisan) melalui berbagai-bagai sumber yang sampai ke Hijjaz pada abad 6M. Ianya dibawa masuk oleh ahli-ahli perniagaan Quraisy dan pada waktu itu ia dikenali sebagai tulisan Nabati, Hiri dan Anbari. Bilangan mereka yang pandai menulis di Hijjaz pada waktu ketika Islam adalah sedikit. Di kalangan suku kaum Quraisy sebelum Islam, terdapat 17 orang sahaja yang pandai menulis antaranya Umar bin Khattab, Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan dann Yazid bin Abu Suffian. Seni khat pada zaman permulaan Islam Kedatangan Islam membawa keperluan yang banyak kepada pembangunan tulisan lalu membuka bidang yang luas dalam penulisan dan dakwah secara persuratan. Rasulullah s.a.w. mengizinkan penulisan Al-Quran malah berdakwah dengan menggunakan surat. Rasulullah s.a.w. mengarahkan sahabat-sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran. Kemudian, penulisan itu terus rancak pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. hingga ke zaman Saidina Uthman dengan terhimpunnya Al-Quran Mushaf Uthmani yang ditulis semula sebanyak 6 naskhah dan diedar ke beberapa jajahan Islam. Seni khat pada zaman Umawiyyah Pemerintahan pada zaman ini amat menitikberatkan kemajuan seni khat kerana ia sangat diperlukan samada dalam penulisan mushaf, ukiran pada dinding, mencetak mata wang, surat-menyurat dan lain-lainnya. Pada zaman ini, pembaharuan seni khat berlaku melalui penulisan dengan keseimbangan baris-baris bacaan supaya sama (disebut sebagai almasyq). Pada zaman ini juga berlaku pembaharuan dari aspek peletakan titik huruf-huruf oleh Abu Al-Aswad Al-Dua'li dan penciptaan baris-baris oleh alKhalil bin Ahmad al-Farahidi. Seni khat pada zaman Abasiyyah Zaman ini telah menyaksikan kemuncak pembaharuan seni khat pelbagai dengan munculnya tokoh-tokoh seni seperti Abu Ali dan Ibnu Muqlah. Ibnu Muqlah dianggap pembuka tirai sejarah pembaharuan seni khat manakala Abu Ali pula telah mencipta sistem nisbah dalam pembentukan huruf tunggal yang berasaskan ukuran geometri. Kemudian diikuti oleh Ibnu Bawwab yang yang telah memperkembangkan sistem khat bernisbah. Seterusnya Jamaluddin Yaqut al-Musta'simi yang telah membentuk enam gaya hasil pembelajarannya dari tulisan Ibnu Muqlah. Enam gaya atau AQLAM SITTAH tersebut ialah: Thuluth Muhaqqaq Raihani Nasakh Riq'ah Tauqi'

Pengenalan Ringkas Khat Arab

Selepas kejatuhan empayar Abbasiyyah, kemajuan seni khat diteruskan melalui pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Seni khat selepas zaman Abbasiyyah Ketika kerajaan Tartar memerintah, ramai ulama dan cendiakawan telah berpindah ke Mesir demikian juga di Iraq dan Iran. Sehingga tahun 1555M, muncul penulis Turki, Ahmad Qarahisari yang telah menghidupkan semula cara penulisan Yaqut. Pada kurun ke-17M, pemerintah al-Hafiz Uthman Sultan Mustafa II telah menyemarakkan seni khat Aqlam Sittah di seluruh tanah jajahannya. Abad ke-19, Turki terus cemerlang dengan penulisan Khat sehingga muncul tokoh-tokoh seni khat tersohor seperti Mustafa Raqim, Mustafa Izzat, Muhammad Nazif, Ismail Hakki dan lain-lain. Seni khat di Alam Melayu Seni khat mula memasuki Tanah Melayu semenjak abad ke-7M melalui dakwah dan perniagaan yang mula berpusat di Gujerat. Perlak, Sumatera kemudiannya menjadi pusat penyebaran Islam dan titik berkembangnya seni tulisan Khat di bumi Melayu. Sehingga kurun 15M, Melaka telah mengambil alih peranan pusat perniagaan dan penyebaran Islam di Tanah Melayu. Islam dan tulisan Khat terus berkembang dan ianya terbukti secara rasminya melalui penemuan batu bersurat Terengganu ( 1303M). Seterusnya, seni khat dipelajari di Tanah Melayu melalui pengajian pondok, sekolah-sekolah Arab dan beberapa institusi yang lain. Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim contohnya telah melahirkan ramai guru yang mengajar tulisan jawi suatu masa dahulu. Antara sekolah-sekolah Arab yang telah melahirkan penulis-penulis Khat tanahair ialah Madrasah AlAttas Johor, Sekolah Sultan Zainal Abidin Terengganu, Madrasah Muhammadiyyah Kelantan, Maktab Mahmud Kedah, Madrasah Al-Ihya AlSyarif Perak dan lain-lain. Penulis-penulis Khat tanahair yang tersohor antaranya ialah Syed Abdul Rahman bin Hasan Al-Attas, Haji Wan Salleh Fathi bin Wan Isa serta beberapa penulis muda yang semakin menonjol pada masa kini. Terdapat penulis-penulis tempatan yang telah memasuki pertandingan di peringkat antarabangsa bahkan di kalangan mereka yang kerap menjuarai pertandingan peringkat ASEAN. Adalah lebih baik, bidang penulisan Khat ini disemarakkan kembali di peringkat pembelajaran tanahair samada formal mahupun tidak formal agar ianya tidak pupus dimamah zaman.

Pengenalan Ringkas Khat Arab

Bentuk-bentuk Khat Arab sebelum Islam sehingga zaman moden

Ukiran Ummul Jamal Tulisan Nabati ( 250-271M)

Tulisan Humairi bersama terjemahan Arab.

Surat Rasulullah s.a.w. kepada Al-Munzir bin Sawi, Raja Bahrin.

Pengenalan Ringkas Khat Arab

Tulisan Khat Arab ( Kufi) di kubur Thabit bin Zaid pada 64H.

Tulisan di Bukit Salaa', Madinah ( Zaman Kulafa' al-Rasyidin)

Sebuah tulisan pada zaman Umawiyyah.

Pengenalan Ringkas Khat Arab

Tulisan dengan peletakan titik oleh Abu Aswad al-Dua'li pada pemerintahan Yusuf Hajaj al-Thaqafi di zaman Umawiyyah

Tulisan Yaqut al-Musta'simi (pencetus Aqlam Sittah) pada zaman Abasiyyah.

Tulisan dengan gaya Kufi oleh Yusuf Ahmad pada 1303M di zaman Uthmaniyyah.

Pengenalan Ringkas Khat Arab

3.

ASAS-ASAS AM PENULISAN KHAT

3.1 SEBELUM MENULIS a) Peralatan menulis: Pen, kayu resam dan sebagainya. Setiap pena mempunyai kelebihan masing-masing. Bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini, digalakkan menggunakan kesemua jenis pena. Pena tumbuhan memerlukan kemahiran mengasah. Pena mata besi yang biasa digunakan oleh penggemar seni ini ialah Osmiroid dan Platignum.

Pena Resam Pena Buluh

Pena Mata Besi atau Buatan

Pengenalan Ringkas Khat Arab

Kertas, buku latihan dan pelapik menulis. Sebaiknya gunakan kertas yang agak tebal, licin dan memudahkan pengeringan dakwat. Kertas yang biasa digunakan ialah Art Paper, Mattart, Tracing Paper atau kertas biasa (seperti A4) 80 GSM ke atas yang licin serta tidak mudah mengembangkan dakwat. Pelapik digunakan bagi menghalang kekasaran pada permukaan meja dan disyorkan pelapik yang digunakan mempunyai grid seperti contoh di bawah.

Dakwat, dibeli atau dibuat sendiri. Dakwat yang terbaik ialah yang mempunyai kehitaman yang maksimum, cepat kering ketika di atas kertas, memudahkan pergerakan tangan semasa menulis dan warna yang bersinar ( shinning ) selepas kering. Antara dakwat yang biasa dipakai ialah Rotring, Faber Castell, Calligraphy dan Sheppers. Dakwat tidak boleh dibiarkan melekat pada mata pena khususnya mata pena besi kerana ianya boleh menghalang aliran dakwat semasa menulis.

Pengenalan Ringkas Khat Arab

Buku Panduan dan latihan. Buku panduan yang terbaik ialah yang dihasilkan di timur tengah oleh penulispenulis terkenal. Setiap buku panduan juga mempunyai pendekatan tersendiri mengikut iklim negara masingmasing.

b) Cara duduk dan Kedudukan kertas (dada menghadap ke meja dengan 180o :

10

Pengenalan Ringkas Khat Arab

c) Cara memegang pen: i. Pen yang digunakan bersaiz mata 2.0mm/0.2cm ii. Pen dipegang selari dengan kedudukan kertas 900 iii. Keseluruhan mata pen menyentuh kertas. iv. Pen dipegang dengan kadar satu setengah inci dari awal mata pen.

d) Suasana semasa menulis: Suasana mestilah tenang dan kemas Cahaya yang cukup serta tidak melindungi ruang kertas Jarak penglihatan tidak terlalu dekat atau terlalu jauh Perjalanan nafas yang teratur dan tidak penat

e) Psikologi menulis: Menulis dalam keadaan tenang dan memberi sepenuh tumpuan kepada penulisan. Menulis dengan penuh minat bukan sekadar suruhan.

3.2 SEMASA MENULIS a) Setiap huruf yang ditulis wajib mengikut ukuran yang ditanda dalam bentuk titik. b) Setiap huruf atau perkataan yang ditulis wajib mengikut Mizan (ukuran) yang betul. c) Setiap tulisan digalakkan diulang sebanyak 10 kali sebagi latih tubi yang berkesan.

11

Pengenalan Ringkas Khat Arab

4.

Disiplin dan Kaedah Penulisan dan Pengajaran Khat Secara Umum

Sesungguhnya proses pengajaran dan pembelajaran seni khat merupakan satu aktiviti yang susah dan memerlukan kepada kesabaran dan masa yang panjang di samping azam yang kuat tanpa rasa putus asa. Setiap murid perlu diingatkan tentang kepekaan yang tajam semasa mendengar ulasan guru di samping mengambil perhatian yang serius untuk memahami setiap pengajaran guru terutama dalam espek pengukuhan dan pembetulan. Berikut adalah beberapa disiplin dan kaedah penulisan dan pengajaran khat secara umum, antaranya ; a) Menulis bermula dari kaedah yang mudah kepada yang sukar. Contohnya penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah dan seterusnya ayat. b) Membuat penulisan yang berulang selepas menulis satu latihan. Lazimnya sebanyak 10 kali ulangan penulisan dibuat. c) Guru mestilah menulis samada di papan hitam menggunakan kapur atau gabungan dua mata pena secara garisan (outline). Pelajar akan mudah hilang kepercayaan kepada guru yang hanya bercakap tetapi tidak menulis. d) Guru sentiasa mendekati pelajar ketika latihan dibuat. Guru perlu bergerak dari meja ke meja serta membetulkan tulisan pelajar secara langsung sekiranya terdapat kesilapan. e) Guru mesti menanamkan kepada pelajar bahawa khat bukanlah sekadar satu seni atau hobi tetapi satu subjek yang diletakkan di bawah Kurikulum Pelajaran Pendidikan Islam. f) Guru mestilah memberikan latihan kepada pelajar dengan contohcontoh perkataan, kalimah dan ayat yang mudah dan mempunyai kaitan dengan pembelajaran. g) Guru mestilah mengawasi pergerakan tangan dan kedudukan badan mereka semasa menulis. h) Guru mestilah membetulkan kesilapan pelajar dengan baik, tidak boleh menyebut nama pelajar yang membuat kesilapan secara umum di hadapan pelajar yang lain. i) Guru boleh menerangkan kesilapan pelajar dengan membuat perbandingan tulisan yang salah dengan tulisan yang betul. j) Guru mestilah memastikan setiap tulisan ditulis di atas garisan yang dilukis oleh murid menggunakan pensil di dalam buku latihan. k) Mengambil kira kecondongan huruf dan kedudukan di atas atau di tengah atau di bawah garisan utama. l) Guru membuat pembetulan menggunakan pen berdakwat merah yang sama ukuran dengan tulisan murid. m) Guru sepatutnya menyediakan teks terlebih dahulu dengan melakukan latihan-latihan ringkas di rumah. Selepas itu menulis teks tersebut semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di atas papan hitam atau bahan bantu yang sesuai. n) Guru perlu mengingatkan murid agar membuat latihan susulan di rumah.

12

Pengenalan Ringkas Khat Arab

o) Guru berhak menolak mana-mana tulisan murid yang tidak ditulis tanpa melakarkan dahulu garisan utama di atas kertas. p) Sekiranya guru mendapati beberapa huruf amat sukar untuk dikuasai oleh para murid, maka bolehlah dia mengulangi pelajaran dengan membuat pengukuhan atau yang seumpamanya. q) Guru perlu memberikan kata-kata pujian dan galakan kepada murid yang rajin dan tekun dalam usaha seni. r) Guru perlu memastikan muridnya hanya menulis teks yang diberikan sahaja, tanpa menambah atau mengurangkan teks yang ada. s) Cara meletakkan titik huruf perlu diberi perhatian. t) Memastikan murid sentiasa membawa buku teks dan buku panduan lain sebagai bahan rujukan. u) Guru memilih tempat duduk yang sesuai di dalam kelas bagi memberikan peluang kepada murid memahami setiap ulasan yang diberikan atau memilih di sudut-sudut tertentu supaya guru dapat melihat muridnya seterusnya membuat pembetulan pada penulisan mereka. Di sini juga guru boleh berjalan melalui setiap muridnya serta membuat beberapa pembetulan yang perlu di tempat duduk murid. v) Guru sepatutnya membuat pembetulan di dalam buku latihan yang disediakan. Dalam hal ini guru tidak sepatutnya membuat sebarang pembetulan di luar dari buku latihan seperti di atas kertas conteng atau sebagainya. w) Guru perlu mengingatkan muridnya agar tidak menjadikan tulisan di dalam akhbar atau majalah atau yang seumpanya sebagai bahan rujukan dalam penulisan khat.

13

You might also like