You are on page 1of 6

KUMPULAN KOIR SMJK POI LAM IPOH, PERAK Oleh Ariputhiran Narayanan

PENGENALAN Kumpulan Koir ditubuhkan di SMJK Poi Lam, Ipoh dengan nama Kelab Koir pada tahun 2003 oleh Cikgu Miss Wong,( iaitu sebelum saya berkhidmat di sekolah tersebut). Aktiviti-aktiviti kelab koir tersebut tidak diketahui kerana tiada rekod mengenai aktiviti kelab tersebut. Pada tahun 2005 Kelab koir SMJK Poi Lam dipimpin oleh Cikgu Rohana Pathil, dengan jumlah ahlinya seramai 26 orang pelajar. Beliau ialah seorang guru bahasa Inggeris yang sangat minat dalam nyanyian. Pada tahun itulah saya telah ditempatkan di sekolah tersebut. Saya ditugaskan sebagai guru penasihat pancaragam sekolah. Cikgu Rohana telah meminta bantuan saya untuk mengajar ahli-ahli kelab koir. Itulah kali pertama saya mengajar dan memimpin koir.

LATARBELAKANG KELAB KOIR Lagu dipilih oleh Cikgu Rohana untuk persembahan koir untuk Majlis Persaraan Penolong Kanan Pentadbiran.Pada mulanya saya memimpin ahli-ahli kelab koir untuk menyanyi dalam suara unison. Ini kerana ahli-ahlinya tidak ada pendedahan langsung tentang nyanyian koir yang sebenar. Tamabahn pula, sekolah tersebut tiada tradisi nyanyian koir seperti sekolahsekolah lain contohnya, Ave Maria Convent dan Tarcisian Convent. Walaupun begitu saya melatih mereka untuk menyanyi dalam suara unison. Pada majlis tersebut saya bermain piano mengiringi lagu dan Cikgu Rohana pula memimpin conduct nyanyian koir. Semua guru mengatakan bahawa persembahan tersebut bagus.

Kali kedua, saya diminta oleh Cikgu Rohana untuk melatih mereka beberapa lagu Inggeris untuk dinyanyikan dalam Majlis Sambutan Minggu Bahasa Inggeris di sekolah. Kali ini saya telah membahagikan kumpulan koir kepada dua. Iaitu lelaki dan perempuan. Saya melatih kumpulan lelaki untuk menyanyi doubling iaitu membuat repetisi di akhir setiap rangkap lagu. Kumpulan perempuan pula menyanyikan melodi lagu tanpa perubahan. Nyanyian pada kali ini lebih baik dan mendapat sambutan baik daripada seluruh warga sekolah. Khasnya pengetua sekolah memuji saya dan Cikgu Rohana. Beliau teruja dengan persembahan pelajar dan memuji saya secara persendirian. Mulai hari itu, setiap Majlis akan diserikan oleh nyanyian kumpulan koir sekolah. Ini adalah permulaan dan peluang kepada saya untuk mengaplikasikan pengetahuan yang telah saya pelajari di Universiti Sains Malaysia. Setiap tahun mulai 2005, Kelab koir akan menganjurkan pertandingan nyanyian POI LAM IDOL untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang nyanyian. Saya dijemput menjadi hakim dalam pertandingan tersebut disamping Cikgu Rohana. Pada tahun 2009 saya telah ditugaskan sebagai guru penasihat Kelab Koir Poi Lam bersama Cikgu Rohana. Saya melatih kelab koir untuk menyertai pertandingan koir peringkat Zon Kinta Utara. Dimana, 3 buah sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Iaitu, SMK Tarcisian Convent, SMJK Yuk Choy dan SMJK Poi Lam.

Saya melatih pelajar-pelajar untuk menyanyi sebuah lagu wajib dan sebuah lagu pilihan. Saya melatih pelajar untuk menyanyi parts dalam lagu tersebut. Pelajar-pelajar mendapat tempat kedua dalam peringkat zon. Pelajar-pelajar mendaapat peluang untuk melihat sendiri persembahan, penampilan dan cara mengeluarkan suara dalam nyanyian koir. Ini merupakan

satu pendedahan penting kepada pelajar. Mereka terkejut melihat persembahan SMK Tarcisian Convent!

PERMASALAHAN Mengajar dan memimpin Kelab Koir di sekolah yang tiada latar belakang ataupun budaya nyanyian koir telah mendatangkan banyak masalah. Apatah lagi Sekolah Jenis Kebangsaan yang kebanyakan pelajarnya kaum Cina. Saya telah berhadapan dengan masalah seperti berikut: i. Bahasa ii. Laatarbelakang pelajar iii. Masa latihan iv. Sikap v. Pentadbiran

Bahasa Dari segi bahasa, saya menghadapi masalah sebutan dan artikulasi dalam nyanyian koir. Contohnya sebutan r, nya. Masalah tersebut dapat diatasi dengan beberapa sesi latihan. Walau bagaimanapun masih terdapat pelajar yang tidak dapat menyebut konsonan r dan nya dengan betul.

Latar belakang pelajar Tiada matapelajaran muzik diajar di sekolah. Hanya beberapa pelajar yang berminat belajar muzik di sekolah-sekolah muzik swasta. Pelajar-pelajar kurang pendedahan kepada lagu-lagu dalam bahasa kebangsaan selain dari lagu-lagu bahasa Cina. Tambahan pula kebanyakan pelajar hanya berminat pada lagu-lagu pop Cina. Tiada pendedahan genre muzik lain selain daripada muzik Cina.

Masa Latihan Semua ahli kelab koir adalah daripada sesi pagi dan ada antara mereka yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Saya sebagai guru sesi petang terpaksa melatih pelajar sebelum mereka balik ke rumah.Iaitu pada waktu akhir sesi pagi. Ada kalanya segelintir guru-guru matapelajaran lain tidak membenarkan pelajar keluar kelas untuk menghadiri sesi latihan. Pada hari lain pula, contohnya hujung minggu, masa latihan pula tidak lama kerana pelajarpelajar dikehendaki menghadiri kelas tuisyen. Malah ada antara pelajar kelab koir yang mengambil bahagian dalam aktiviti ko-kurikulum lain contohnya kelab tarian. Ini menyebabkan pelajar-pelajar lain tunggu sehingga mereka menyertai dalam sesi latihan.

Sikap Ada pelajar-pelajar yang mempunyai sikap tidak serius untuk menghadiri sesi latihan kerana tidak berminat. Mereka menyertai kelab koir sebagai cukup syarat untuk aktiviti ko-kurikulum.

Pelajar juga lebih mengutamakan kelab tarian kerana guru penasihatnya guru disiplin. Ini menyebabkan pelajar takut untuk memberi alasan tidak hadir. Malah beberapa guru sendiri mempunyai sikap yang tidak profesion langsung dengan hanya mengutamakan aktivti persatuan mereka sahaja tanpa menyedar tindakan mereka akan menjejaskan aktiviti kelab lain.

Pentadbiran Walaupun pihak pentadbiran sekolah menggalakkan aktiviti kelab koir, tetapi masih lemah dalam memberi ruang kepada guru untuk mengadakan sesi latihan pada waktu persekolahan. Masih kurang kesedaran tentang kepentingan kecerdasan pelbagai (multiple intelligence). Namun begitu kelab koir sekolah mendapat perhatian pentadbiran apabila mendapat tempat kedua dalam pertandingan koir peringkat zon. Dimana, SMJK Poi Lam tidak pernah menyertai pertandingan koir selama ini apatah lagi mendapat tempat kedua. Justeru itu pihak pentadbiran sedia meluluskan peruntukan RM 5000.00 untuk kelab koir.

Kesimpulan Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah kelab koir masih menjalankan aktiviti-aktiviti tahunannya dan sedang berusaha untuk memantapkan lagi kemahiran nyanyian koir dari masa ke semasa.

You might also like