You are on page 1of 3

Jenis-jenis soalan Secara umum, terdapat dua jenis soalan untuk tujuan penilaian iaitu; i) ii) soalan objektif

dan soalan subjektif.

Soalan objektif dipanggil objektif kerana cara memeriksanya adalah objektif iaitu dibuat dengan tepat dan tidak memerlukan pertimbangan subjektif (Isahak Haron, 1982). Manakala soalan subjektif pula dinamakan subjektif kerana cara memeriksanya agak subjektif.

Soalan Objektif Terdapat pelbagai jenis soalan objektif. Antaranya, soalan berjawapan pendek, soalan melengkapkan jawapan pendek, soalan tindak balas alternatif, soalan memadankan dan soalan aneka pilihan. Walau bagaimanapun, yang sinonim dengan soalan objektif ialah soalan aneka pilihan. Dalam soalan objektif, diberi masalah dan beberapa pilihan jawapan kepada masalah itu. Pelajar dikehendaki memilih satu jawapan yang betul dan tepat. Masalah itu boleh dinyatakan dalam bentuk soalan atau pernyataan (statement) yang tidak lengkap. Ini dipanggil stem.

Prinsip-prinsip pembinaan soalan objektif. 1. Elakkan penggunaan perkataan yang membawa maksud negatif dalam soalan dan jawapan (jika boleh) seperti salah, kecuali, bukan dan tidak. 2. Pernyataan, petikan dan maklumat seperti jadual, rajah, peta dan sebaginya hendaklah mempunyai perkaitan langsung dengan soalan. 3. Elakkan pengulangan rangkai kata yang berulang dalam setiap pilihan jawapan. Pengulangan satu perkataan dibolehkan. 4. Dalam sesuatu soalan, pilihan jawapan hendaklah seragam dan hampir sama panjang.

5. Soalan seharusnya mengandungi preamble iaitu pernyataan awal atau pernyataan pengenalan sebelum ditanya soalan. 6. Fokus utama soalan hendaklah ada kaitan dengan idea utama yang hendak ditanya dalam soalan. Manakala setiap pilihan jawapan hendaklah ada kaitan dengan idea yang hendak ditanya dalam soalan. 7. Pernyataan dalam setiap soalan boleh terdiri daripada dua ayat. 8. Tatabahasa hendaklah konsisten dalam semua pilihan jawapan. Tatabahasa juga hendaklah mudah difahami dan tidak mengelirukan. 9. Pilihan jawapan tidak berupa ayat kompleks, terlalu panjang dan tidak berbelitbelit. 10. Selain jawapan yang betul atau tepat, pilihan jawapan hendaklah ada pengganggu (distractors). 11. Elakkan daripada menanyakan soalan tentang konsep atau definisi. 12. Elakkan penggunaan bahasa asing yang tidak lazim dan sukar difahami.

Soalan Subjektif Soalan subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberi tindak balas secara lisan atau bertulis. Tindak balas pelajar mungkin bebas atau terhad. Sekiranya bebas, tindak balas itu adalah karangan dan sekiranya terhad, tindak balas itu mungkin merupakan satu ayat sahaja. Soalan subjektif terbahagi kepada dua jenis item iaitu struktur dan esei.

Item Jenis Struktur Item jenis sturktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih besar atau berkaitan dengan satu-satu tema. Item-item sturktur ini memberi pelajar panduan atau bimbingan serta memberi rangsangan untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi tanda isyarat yang tetap bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan ruang jawapan yang disediakan. Jenis soalan struktur ini mengehadkan isi dan bentuk

jawapan seseorang calon. Jawapan yang diperlukan adalah pendek iaitu satu atau dua ayat sahaja.

Item Jenis Esei Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan sendiri. gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari segi mengumpul fakta, menilai fakta, mengatur idea dan mengembleng idea-idea secara logik sehingga

menghasilkan jawapan yang asli. Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Ia memberi peluang kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Tindak balas yang diberikan adalah subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit. Oleh itu, kebolehpercayaan pemarkahannya adalah rendah.

You might also like