You are on page 1of 14

Created by ABARA MAC 2008

Kamus Sastera/Gaya Bahasa

A
Aliterasi = Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi; dan mungkin juga prosa. biasanya pada awal perkataan yg berurutan. cth; Bangkitlah bangkit, Alusi = Sejenis gaya bahasa perbandingan yg merujuk peristiwa, tokoh @ karya sastera terkenal. Perbandingan yg dimaksudkan itu menggunakan watak-watak yg tdpt dlm mitos, legenda, ciptaan-ciptaan sastera @ dr sejarah. Ambiguiti = Kepelbagaian kemungkinan tafsiran, iaitu lebih dari satu makna @ tafsiran. Dgn demikian ambiguiti juga disebut ketaksaan. Puisi yg ambiguous memang sukar diselami maknanya secara tepat @ jelas. Anafora = Satu jenis gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan kata/perkataan pada awal barisbaris puisi. Asonansi = Pengulangan bunyi vokal yg sama pada perkataan yang berurutan dalam baris-baris puisi Absurd = Sesuatu yang menggambarkan realiti. Abstrak tidak

= 1. Ikhtisar yang mengandungi idea-idea penting atau inti bicara yang dipadatkan daripada sebuah karangan yang lebih panjang. 2. Sesuatu karya sastera yang sukar difahami Adaptasi = Merujuk kepada penyalinan semula sesuatu karya untuk disesuaikan dalam medium berlainan sambil mengekalkan peristiwa, perwatakan , sudut pandangan dan mungkin juga gaya bahasa. Adegan = Bahagian-bahagian kecil dalam babak, iaitu bahagian-bahagian aksi yang berurutan dalam satu latar yang tidak berubah. Aksi = Perlakuan watak dalam karyakarya seperti drama, novel dan cerpen. Aliterasi = Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi; dan mungkin juga dalam prosa. (selain dari huruf vocal) Alusi = Sejenis gaya bahasa perbandingan yang merujuk peristiwa, tokoh atau karya sastera yang terkenal. Perbandingan yang dimaksudkan itu menggunakan watak-watak yang terdapat dalam mitos, lagenda, ciptaan-ciptaan sastera lain atau dari sejarah. Amanat 1

Created by ABARA MAC 2008 ( Rujuk mesej ) Analogi = Perbandingan yang didasarkan pada adanya ciri-ciri persamaan. Biasanya analogi digunakan bagi mengemukakan hujah-hujah sebagai cara berfikir. Peribahasa ialah contoh analogi. Antagonis = Watak dalam cerita menentang watak utama. yang

B
Babak = Bahagian yang besar dalam drama atau lakonan. Bahagian ini dapat dibahagikan kepada beberapa adegan. Bahasa Kiasan = Keterangan mengenai sesuatu hal yang disampaikan secara perbandingan agar lebih berkesan. Bahasa Emotif = Bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan emosi pengarang atau untuk menimbulkan reaksi emosional khalayak. Bombastik = Perkataan yang membawa makna berlebih-lebihan apabila dibandingkan dengan kenyataan. Bahasa Kiasan = Keterangan mengenai sesuatu hal yg disampaikan secara perbandingan agar lebih berkesan. Bhs ini timbul apabila fikiran menghubungkaitkan sesuatu dengan yg lain, iaitu mgkn krn keadaan berhubung dgn pengalaman yg umum, bersamaan @ bertentangan dgn sesuatu hal. Sesuatu objek @ konsep dibandingkan dengan yg lain, sama ada suasana @ pun manusia. cth; Bila mendapat bunga yg baru Bunga yg lama tdk berguna Adat dunia memang begitu. Bahasa Denotatif = Bhs yg mempunyai makna yg tepat @ khusus spt dlm kamus. Jadi, bhs 2

Anti Klimaks = Keadaan menurun, kesannya daripada keadaan memuncak. Dalam cereka, antiklimaks merupakan penurunan plot yang menuju ke arah peleraian cerita. Antologi = Himpunan karya yang dihasilkan oleh lebih seorang pengarang yang dibukukan. Bacalah Dalam Bahasamu adalah contoh antologi. Apresiasi = Penghayatan karya sastera. Audiens = Untuk drama audiens ialah penonton, manakala dalam bidang karya sastera umum ialah pembaca atau khalayak. Autobiografi = Tulisan tentang riwayat hidup si penulis sendiri.

Created by ABARA MAC 2008 sedemikian hanya memberikan makna yg tersurat, iaitu apa yg ditulis @ disebut maka itulah maknanya. Bhs sajak selalunya tidak denotatif. Bahasa Konotatif = Bhs yg mempunyai hub makna yg lebih luas drpd makna khusus. Bhs yg membawa makna tambahan, bkn hanya makna tersurat. Bhs konotatif mempunyai makna yg tersirat & menimbulkan kesan emosi. Sajak selalunya mgunakan bhs konotatif. Bait/Rangkap = Jumlah baris yg membentuk kesatuan idea dan emosi. Satu bait pantun adlh sebuah kesatuan yg padu & lengkap dr segi bunyi, emosi & idea. Satu bait tdk terikat kpd bunyi, ttp tetap ditentukan o kesatuan idea & emosi. Bait juga disebut rangkap atau stanza. Penggunaan bait @ rangkap itulah satu drpd ciri jelas membezakan puisi dengan prosa. Balada = Puisi yg mberikan penekanan kpd pernyataan perasaan. terutama perasaan sedih & biasanya berhubung degn peristiwa yg dialami o penyair. Biasanya balada adlh cerita yg diolah @ disusun dlm btk puisi shgga perasaan yg dialami o penyair dpt dirasai & digambarkan o pembaca. Dgn ini akan timbul perasaan simpati ketika membacanya. Bentuk = Biasanya yg dimaksudkan dgn bentuk dlm puisi ialah binaan luaran, iaitu binaan yg boleh dilihat @ dikenal dengan jelas & mudah. Binaan tersebut ialah jumlah baris dalam bait @ rangkap, jumlah perkataan & sukukata dlm baris dan susunan bunyi dihujung barisbarisnya (rima). Jika binaan itu mempunyai keseimbangan, maka puisi itu mgunakan bentuk terikat; sekiranya tiada keseimbangan dinamakan bentuk bebas. Selain itu, sehubungan dgn bentuk ada pula nama tertentu, iaitu distikhon, kuatren, terzina, quintain, sextet & oktaf. Nama-nama ini ditentukan o jumlah baris yg tetap dlm setiap bait @ rangkap.

C
Cereka = Cerita rekaan atau fiksyen. Cereka boleh ujud dalam bentuk tulisan seperti cerpen atau novel. Cerita Berbingkai = Cerita dalam cerita. Cerita yang disisipkan dalam cerita yang lain. Cerita Binatang = Cerita yang menggunakan binatang sebagai wataknya. Watak tersebut digambarkan berkebolehan seperti manusia. Contohnya boleh berkata-kata. Cerita Hantu = Cerita yang berkaitan makhluk halus. Contohnya cerita pontianak. Siri bercakap dengan Jin oleh Tamar Jalis adalah contoh cerita hantu. Cerita Jenaka 3

Created by ABARA MAC 2008 = Cerita yang menampilkan watak utamanya yang malas, bodoh tetapi sedikit cerdik. Cerita ini bertujuan untuk menyindir masyarakat selain untuk berhibur. = Pemilihan serta penyusunan perkataan dlm puisi. Pemilihan @ penyusunan itu mengutamakan ketepatan, tekanan & keistimewaan. Ini termasuklah sifatsifat perkataannya seperti denotatif, konotatif, bhs kiasan, perkataan-perkataan yg mgunakan imbuhan & sebagainya. Distikhon = Sejenis bentuk puisi. Jenis puisi ini didasarkan pd jumlah baris dlm bait @ rangkapnya, iaitu semua bait terdiri drpd 2 baris. Bait-bait Gurindam Baris Dua Belas adlh distikhon. Deklamasi = Pengucapan puisi di hadapan khalayak ramai dengan penuh penghayatan dalam olahan gaya, lagu dan suara tersendiri. Deklamator = Orang mengucapkan/menyampaikan puisi Dialog = Percakapan antara dua watak dalam karya sastera. Didaktik = Mengajar, mendidik, menasihat. Drama = Karya yang ditulis untuk dilakonkan. Karya drama dipenuhi dialog serta diiringi arahan-arahan tentang aksi watak-wataknya. Dramatik = Menimbulkan kesan pada jiwa seperti sedih, suka, marah dan sebagainya. Dramatis 4

Cerita Panji = Cerita yang berasal dari jawa. Mengisahkan percintaan antara anak-anak raja Jawa yang bergelar panji. Latar tempatnya berkisar di empat buah negeri iaitu Gagelang, Singasari, Kuripan dan Daha. Cerita Rakyat = Cerita yang dituturkan secara lisan yang terkenal dalam kalangan masyarakat meliputi dogeng, mitos, lagenda, jenaka dan sebagainya. Umpamanya kisah Mahsuri. Cerpen = Cerita pendek dalam bentuk prosa yang relatifnya pendek ( kurang dari 10,000 patah perkataan ). Dicipta tujuannya untuk menghasilkan satu kesan utama. Memberikan tumpuan pada seorang watak dalam satu situasi dan satu masa. Pada setiap cerpen akan terdapat konflik akibat dari pertembungan yang dramatik. Cerpenis = Penulis cerpen. Citra = Gambaran atau imej seseorang atau masyarakat.

D
Diksi

Created by ABARA MAC 2008 = 1.Penulis drama. drama; 2. Pelakon = Ungkapan perasaan pengarang secara subjektif yang tercerna melalui karya-karyanya. Elipsi = Gaya bahasa yang menghilangkan sebahagian kalimat. Bahagian yang hilang itu bertujuan untuk penegasan. Episod = Peristiwa dalam sebuah cereka sebagai aksi yang bersambungan. Estetika = Nilai keindahan dalam sesebuah karya sastera.

Drama Absurd = Drama yang tidak mengikut aturan konvensional seperti dalam plot, perwatakan, latar dan temanya.

E
Elegi = Nama corak puisi, iaitu puisi yg bercorak nyanyian @ ratapan sedih. Isinya ttg kenangan thdp peristiwa kematian. Enjambement = Sejenis teknik dlm penulisan puisi. Teknik ini ialah pematahan barisbaris dan disambung pd baris-baris berikutnya. Biasanya ada tanda noktah ditengah baris. Sajak Kotaku o Zaihasra mgunakan teknik ini. Epigram = Nama corak puisi, iaitu puisi yg berupa nasihat @ pengajaran mengenai pelbagai persoalan kehidupan manusia. Biasanya corak puisi seperti ini mpunyai bhs yg ringkas & padat. Epifora = Satu gaya bhs pengulangan, iaitu pengulangan perkataan pada akhir baris-baris puisi. Eksposisi = Bahagian pengenalan pada awal cerita( awal plot). Lazimnya mengandung keterangan tentang watak atau latar cerita tersebut. Ekspresi

G
Gaya Bahasa = Cara mgunakan @ menyuarakan perasaan & pemikiran melalui bhs yg khas utk memperlihatkan keperibadian penulis. Utk meninjau gaya bhs puisi, perlulah ditinjau pengunaan diksi, perbandingan, pengulangan, imej & lambang yg menimbulkan kesan pengucapan puitis. Selain itu, ditinjau juga cara penyusunan ayat.

H
Hiperbola = Gaya bhs puisi yg pemilihan perkataannya membawakan pernyataan berlebih-lebihan. 5

Created by ABARA MAC 2008 Penggunaan gaya ini selalunya dgn tujuan utk menekankan sesuatu pandangan, perasaan & pemikiran. cth; kita titis airmata darah kita hembus nafas panas api Pembalikan katanya sehinnga terjadi penyimpangan dari tatabahasa. cth; nyaman hidup hidup nyaman Irama = Alunan yg timbul dari pengulangan panjang pendek bunyi, keras lembut tekanan & tinggi rendah nada dlm puisi. Irama terdapat di dlm puisi & juga prosa. Ironi = Kata-kata yg bmaksud lain dr maksud sebenarnya, yg dikenali juga dgn bahasa terbalik . Satu jenis gaya bhs, iaitu pggunaan bhs yg mbawakan makna bertentangan dgn kenyataan @ ketaksesuaian di antara harapan dgn kenyataan. cth; zaman sekarang zaman rakyat

Hybrid = Pemilihan serta penyusunan perkataan, iaitu 2 perkataan yg digabungkan menjadi sepatah kata. Pengunaannya dpt menambahkan kekayaan bhs & menimbulkan kesan kepadatan pengucapan. Humor = Jenaka atau menggelikan hati. sesuatu yang

I
Imaginasi = Daya bayang yg menimbulkan perasaan & pemikiran yg luas serta lebih jauh jangkauannya drpd yg di alam kenyataan. Daya bayang ini penting utk mencipta puisi. Imajan/Imejan = Gambaran yg terhasil drp pgunaan perkataan, ungkapan @ ayat. Imej = Perkataan @ ungkapan yg menimbulkan gambaran & mberi kesan tertentu kpd perasaan, imaginasi & pemikiran. Inversi = Satu gaya bhs, iaitu cara terbalik @ songsang. Kata-kata yg sering didahulukan telah dikemudiankan.

J
Jeda = Pembahagian dlm baris sajak utk tujuan hentian sementara ketika membacanya. Hentian tersebut begitu jelas dpt dirasakan dlm pantun & syair yg jumlah perkataan tiap-tiap barisnya sama byk @ seimbang, iaitu terdiri drpd 4 perkataan. Dalam pantun, selalunya jeda berada ditengah-tengah baris.

K
Klise 6

Created by ABARA MAC 2008 = Kata-kata @ ungkapan yg sudah biasa @ sudah lama digunakan dlm puisi. Jika diulang lg pgunaannya dikatakan bhs tersebut adlh klise & kesannya tdk bertenaga lg. Kuantren Jenis puisi yg setiap rangkapnya mengandungi 4 baris. Pantun 4 kerat adlh puisi kuatren. Ketegangan = Lihat suspense. Klimaks = Bahagian plot di mana konflik terakhir dicapai. Konflik = Pertentangan antara watak, watak dengan alam atau watak dengan dirinya sendiri(konflik dalaman) Konotasi = Sesuatu yang dimaksudkan juga oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain daripada makna tepat atau biasa. Kostum = Pakaian atau persalinan untuk sesuatu persembahan seni yang dipentaskan seperti drama atau teater. Krisis = Keadaan yang tidak stabil atau tidak tenteram. Keadaan yang lazimnya mendatangkan kesan buruk. Kronologi = Jenis plot. Susunan peristiwaperistiwa yang mengikut masa.

L
Lambang = Perkataan yg mbawa maksud lain drpd yg tersurat. Cth perkataan tidur dlm sajak Angan-Angan dgn Gurindam mbawa maksud leka/lalai. Latar = Persekitaran dalam karya iaitu meliputi tempat, masa dan masyarakat sekitarnya. Lagenda = Cerita lama yang watak-wataknya terdiri daripada tokoh-tokoh yang pernah wujud. Contohnya Hang Tuah Lagenda masyarakat Melayu.

M
Mesej = Perkara penting yg berupa nasihat @ pesanan yg ingin disampaikan o penyajak melalui karyanya. Mesejnya juga disebut perutusan & amanat. Perkara penting tersebut biasanya berhubung dgn moral, pendidikan, pengajaran & seumpamanya. Metafora = Sejenis gaya bahasa kiasan @ perbandingan. Gaya yg mhubungkan sesuatu objek dgn objek yg lain @ dgn sesuatu konsep. Sifat gaya bhs ini ringkas, padat & tersusun rapi. Dalam metafora ada perkataan yg bersifat konkrit, iaitu nyata & mjadi objek utk difikirkan, 7

Created by ABARA MAC 2008 manakala perkataan yg berhubung dgnnya bersifat abstrak, iaitu tdk nyata utk dijadikan perbandingan. Mitos = Cerita lama yang mengandungi peristiwa dongeng dan tak dapat diterima akal biasa. Monolog = Pernyataan perasaan & pemikiran secara bersendirian Monolog Dalaman = Pernyataan perasaan & pemikiran secara bersendirian di dlm hati (bercakap di dldm hati). Monolog Luaran = Pernyataan perasaan & pemikiran secara bersendirian secara menuturkannya berseorangan & hanya didengari o diri penutur sendiri.

Nada Melankolik = Nada yg menggambarkan susasana hati yg murung, mendayu-dayu @ berhiba-hiba. Nada begini sesuai utk puisi yg mengemukakan persoalan penderitaan & kehampaan. Nada Patriotik = Nada yg mgambarkan suasana hati yg bersemangat. Tekanan suara biasanya lebih tinggi, pantas @ cepat. Nada ini sesuai utk mengemukakan persoalan perjuangan dan cita-cita yg tinggal serta penuh keberanian. Pemilihan kata-katanya lebih lantang, tegas, nekad @ penuh keberanian. Nada Protes = Nada yg mgambarkan suasana hati yg penuh pemberontakan @ penentangan. Tekanan suara lebih tinggi dan pantas. Nada seperti ini sesuai pula utk mengemukakan persoalan ketidakadilan & kekejaman yg menimbulkan kemarahan serta kebencian. Nada Romantik Nada yg mgambarkan suasana hati yg tenang & damai. Tekanan suara agak tinggi & diselangi o tekana suara yg rendah & perlahan. Nada ini sesuai utk mengemukakan persoalan yg berhubung dgn peristiwa indah & mgembirakan, iaitu ttg kasih syg, harapan & impian bahagia. Pemilihan kata-kata membawakan kesan kelembutan serta kemerduan. Nada Sinis = Nada yg mgambarkan hati yg kurang senang. Tekanan suara agak 8

N
Nada = Tinggi rendah tekanan suara. Dlm puisi, nada digunakan apbl membicarakan sikap penyair thdp yg dijadikan tumpuan perhatiannya. Nada berhubungan dgn perasaan penyair ketika ia menulis sajak tertentu. Oleh itu nada timbul drpd motivasi dlm diri penyair. Antara jenis nada dlm sajak ialah nada melankolik, nada patriotik, nada protes, nada romantik & nada sinis.

Created by ABARA MAC 2008 rendah & perlahan. Nada ini sesuai utk mengemukakan persoalan yg tdk disukai @ tdk dipersetujui. Pemilihan kata-katanya agak lembut, bersahaja @ sederhana, tetapi penuh sindiran yg halus & begitu tajam kesannya. Nama Pena = Nama lain yang digunakan oleh pengarang. Usman Awang menggunakan nama Tongkat Warrant, Setiabudi, Atma Jiwa, Manis, Adijaya dan Adi Tiaramah. Novel = Karya Fiksyen yang agak panjang. enam, lapan, sepuluh dan dua belas baris serangkap ( bilangan baris genap).Pantun yang baik mempunyai empat hingga lima patah perkataan sebaris. Rima pantun berselang-seli kecuali pantun dua kerat. Paradoks = Sejenis gaya bhs yg hampir sama dgn ironi. Gaya bahasa yg memperlihatkan pertentangan isi dgn kenyataan, sebenarnya betul. Dlm puisi, pgunaan paradoks dpt mkuatn kesan kegelisahan @ kekakcauan jiwa & menarik perhatian pembaca utk memahaminya sbg bkn dlm maksud yg tersurat. Gaya demikian dpt juga menimbulkan kelainan serta kesegaran pengucapan. Pembayang = Bhgn awal sebuah pantun. Pembayang ini disebut juga sampiran. Bagi pantun 4 kerat @ 4 baris serangkap, baris pertama & baris keduanya itu menjadi pembayang. Kedua-dua baris tersebut tdk mementingkan maksud tetapi mempunyai ciri keindahan gambaran suasana alam. Pengulangan = Dlm puisi tdpt pulangan ptaan, ungkapan, baris & juga rangkap. Tujuan penggunaan pulangan dlm puisi selain utk menguatkan maksud tertentu adlh juga utk menimbulkan suasana pengucapan yg muzikal, berirama & indah.

O
Ode = Nama corak puisi, iaitu puisi yg berupa sanjungan, pujian @ pemujaan, terutama ttg tokohtokoh @ ttg objek-objek tertentu yg disukai, dihormati & dikagumi Oktaf = Nama bentuk puisi, iaitu bait @ rangkap-rangkap puisi yg semuanya terdiri drpd 8 baris.

P
Pantun = Sejenis puisi tradisional Melayu yang mempunyai bentuk dan ciri yang tetap. Baris pantun mempunyai pembayang dan maksud. Pantun ada dua, empat,

Pemerian ( deskriptif ) = Satu teknik penceritaan dalam sesebuah karya prosa seperti novel 9

Created by ABARA MAC 2008 dan cerpen dengan cara pengarang menerangkan secara langsung sesuatu perkara seperti tentang watak atau latar cerita. Pemikiran = Sesuatu idea yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Istilah ini merujuk dalam kajian drama. Pengulangan = Dalam puisi terdapat pengulangan perkataan, ungkapan, baris dan rangkap. Pengulangan bertujuan untuk menguatkan maksud dan juga menimbulkan keindahan. Personifikasi = Pemberian sifat manusia kpd objek @ konsep tertentu. Personifikasi adlh sejenis gaya bhs. Cth; dunia telah uzur Prismatis = Puisi yg mengandungi makna @ pengertian 2 lapis.Makna pd lapis pertama jelas, ttp pd lapis ke2nya lebih luas & mendalam. Makna lapis ke2 diperolehi setelah ditafsirkan dgn teliti. Persoalan = Idea sampingan yang cuba disampaikan oleh pengarang dalam sesebuah karya. Persoalan menyokong tema untuk melengkapkan cerita. Perwatakan = Cara pengarang melukiskan atau menggambarkan watak-watak dalam karya. Plot = Jalinan cerita

Prolog = Kata-kata pendahuluan sandiwara.

atau kepada

bahagian drama/

Prosa = Karya sastera yang ditulis dalam bentuk ayat atau wacana lengkap. Contohnya novel dan cerpen. Prop = Peralatan yang digunakan untuk menggantikan benda yang sebenarnya dalam drama, filem dan sebagainya. Protagonis = Watak utama yang membawa nilai baik dalam karya. Puisi = Seni susunan kata-kata dalam bentuk rangkap yang dicipta oleh individu. Ciri penting puisi ialah keindahan gaya bahasa, untuk hiburan , dan pengajaran.

Q
Quintain = Bentuk puisi yg setiap rangkapnya terdiri drpd 5 baris serangkap.

Rima = Pengulangan bunyi yg sama, yg tdpt dlm baris puisi @ pd akhir baris puisi yg berhampiran. Biasanya, susunan rima tersebut ditandakan dgn susunan huruf misalnya abab, aaaa dll. 10

Created by ABARA MAC 2008 Sajak Bebas = Sajak yg tdk terikat dgn pola, struktur & persoalan yg ttentu, juga tdk terikat dgn pola matra & panjang pendek baris @ rangkap. Satira = Nama corak puisi, iaitu puisi yg berupa kecaman, cemuhan @ sindiran ttp disampaikan secara halus dan amat tajam pula kesannya. Septet = Nama bentuk puisi, iaitu bait @ rangkap-rangkap puisi yg semuanya terdiri drpd 7 baris. Stanza = Rangkap-rangkap dalam puisi. Sextet = Nama bentuk puisi, iaitu bait @ rangkap-rangkap puisi yg semunya terdiri drpd 6 baris. Simile = Bhs perbandingan sesuatu dgn sesuatu yg lain, iaitu membandingkan sesuatu benda, keadaan @ suasana dgn jelas. Ini kerana perbandingan itu mgunakan kata-kata yg tertentu, iaitu seperti bagai, bak, laksana, umpama, ibarat dll. Soneta = Nama bentuk puisi. Kedudukan binaanya spt berikut: jumlah baris ialah 14 baris; tdiri drpd 4 rangkap dgn susunan barisbarisnya 4, 4, 3, 3, baris serangkap. Susunan rimanya pula abba, abba, aab, aab. Bentuk ini berasal dr bentuk puisi Itali. 11

Repetisi = Kata-kata atau peristiwa yang sama diulang-ulang dalam sesebuah karya atau kumpulan karya. perulangan dalam baris puisi dibuat sama ada secara vertikal atau horizontal. Rangkap = Beberapa baris yang merupakan suatu kesatuan dalam puisi. Realisme = Satu aliran kesusasteraan yang bermula pada abad ke-19, khususnya dalam bentuk cereka. Aliran ini mengemukakan isi dan persoalan yang memang terdapat dalam kehidupan masyarakat. Realisme Magis = Percampuran antara realiti harian dengan imaginasi luar biasa yang diperoleh daripada budaya setempat. Cth Novel Putera Gunung Tahan mengandungi unsur-unsur realisme magis. Realisme Sosialis = Aliran kesusasteraan ini memihak kepada sosialisme. Karya-karya penulis yang menganut aliran ini sentiasa memberi kemenangan kepada golongan yang tertindas.

S
Sajak = Puisi Melayu moden

Created by ABARA MAC 2008 Seloka = Sejenis puisi Melayu lama yang bentuknya bebas. Seloka lebih ringkas isinya, mengandungi nasihat dalam bentuk sindiran dan untuk hiburan. Contohnya seloka Pak Kaduk. Septet = Nama bentuk puisi yang rangkaprangkap puisi semuanya terdiri daripada tujuh baris. Sextet = Nama bentuk puisi yang semua rangkapnya terdiri daripada enam baris. Simile = Bahasa perbandingan yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas. Perbandingan itu menggunakan kata-kata tertentu seperti bagai, umpama, laksana, bak, seperti, ibarat. Simbol/Lambang = Perkataan yang membawa maksud lain daripada yang tersurat. Sinopsis = Ringkasan cerita. Subplot = Plot kecil dalam karya sastera. Sudut pandangan = Kedudukan pengarang dalam cerita, sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyampaikan ceritanya. Jenis sudut pandangan ada dua iaitu sudut pandangan orang pertama ( pengarang terlibat secara langsung dalam cerita dengan mengganti dirinya sebagai aku) dan sudut pandangan orang ketiga (pengarang berada di luar cerita) Suspens/ketegangan = Satu teknik penceritaan keadaan tertanya-tanya. iaitu

Syair = Sejenis puisi Melayu klasik yang setiap rangkapnya empat baris, rima akhirnya sama (aaaa )dan merupakan sebuah cerita.

T
Tema = Persoalan pokok @ persoalan utama yg dikemukakan dlm sesebuah puisi. Tema juga boleh diertikan sbg idea pusat @ idea dasar. Namun begitu dlm puisi, persoalan @ idea tersebut agak sukar ditentukan. Ini krn bhs yg mjadi alat meyampainya lebih bersifat menggambarkan & bkn menceritakan. Oleh itu penguasaan bhs amat penting utk memahami persoalan pokok yg dikemukakan. Terzina = Nama bentuk puisi, iaitu bait @ rangkap-rangkap puisi yg semuanya terdiri drpd 3 baris.

Teater = Teater sering disebut dengan makna yang sama dengan drama, namun istilah teater lebih ditujukan kepada persembahan. Teknik 12

Created by ABARA MAC 2008 = Merujuk kepada cara isi sesebuah karya disampaikan. Contohnya teknik plot seperti imbas kembali, imbas muka, deskriptif, monolog, suspens, dialog dan kejutan(surprise) Watak hitam = Watak yang memiliki sifat negatif, keji dan jahat dalam sesebuah cerita. Watak pipih = Watak yang hanya mempunyai satu dimensi sifat. Watak putih = Watak yang memiliki sifat positif dan baik sepanjang masa. Watak sampingan = Watak pembantu yang membantu watak utama dalam perkembangan sesebuah cerita. Watak statik = Watak yang tidak berkembang mengikut arus cerita. Watak utama = Watak yang memainkan peranan penting dalam sesebuah cerita dari awal hingga akhir. Wit = Unsur lucu yang berasaskan kepintaran dan kepekaan pemerhatian. Unsur wit bertujuan untuk menyindir dan mempersendakan seseorang.

V
Visual = Bermaksud pembentukan bendabenda dlm sesebuah sajak. Selalunya sajak jenis ini tidak dimulakan dgn ayat-ayatnya pd awal baris seperti seprti kebanyakan sajak. Kadang-kadang, terbentuk suatu objek apabila disambung susunan bentuk ayatnya. Vokal = Huruf-huruf a, e, i, o, u. Pengulangan bunyi vokal disebut asonansi.

W
Watak = Pengambil bahagian @ pemain peranan @ pelaku di dalam sesebuah karya. Watak biasanya manusia dan boleh juga binatang yang diberikan sifat-sifat manusia. Watak dinamis Watak yang mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita. Watak bundar = Watak yang hampir menepati sikap sebenar manusia yang ada sifat baik dan buruk.

Z
Zuegma Pengucapan yg sepatah kata kerja berdiri utk 2 @ lebih objek, ttp sebenarnya betul utk 1 objek sahaja. 13

Created by ABARA MAC 2008

Disusun taip oleh: Abdullah A.Razak Ketua Panitia Kesusasteraan Melayu, SMK Kuala Penyu, Peti Surat 29, 89747 Kuala Penyu, Sabah. 22 Mac 2008 (disemak 04 Okt 2011) kawasakier6f2010@hotmail.com

14

You might also like