You are on page 1of 7

PELAN LANTAI BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

2
3 4

12

8 7 9

10

11

PETUNJUK : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Papan kenyataan Papan putih / hitam Almari ABM dan bahan rujukan Meja guru Meja murid Sudut Pembelajaran Sudut Pameran Ruang Permainan Tradisional Skrin Putih LCD Ruang santai Sudut Bacaan Sudut Akses

Penerangan berkaitan susunan bilik darjah

Papan kenyataan Diletakkan di bahagian hadapan bilik darjah bagi memaparkan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan dan peraturan-peraturan bilik darjah serta sekolah. Markah-markah ujian mereka juga boleh ditampal bagi mengingatkan mereka tentang kepentingan pelajaran dan persaingan di antara mereka.

Papan putih / hitam Digunakan bagi guru menulis atau membuat penerangan semasa pengajaran dan pembelajaran. Juga digunakan bagi melekatkan atau menampal alat bantu mengajar semasa proses Pengajaran dan pembelajaran.

Almari ABM dan bahan rujukan Digunakan sebagai tempat menyimpan ABM dan bahan rujukan bagi kegunaan guru dan murid. Bahan-bahan software juga boleh disimpan dalam almari tersebut. Murid boleh menggunakan bahan tersebut jika ada kelapangan masa dan sebagai bahan rujukan.

Meja guru Digunakan sebagai tempat guru meletakkan bahan dan alatan pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan alat tulis serta tempat menyambung LCD bagi paparan di skrin putih.

Meja murid Meja murid disusun berempat bagi memberi ruang murid bercampur dengan murid dari pelbagai kaum dan budaya. Murid akan dapat mengenali dan bermesra dengan rakan sekelas semasa berada dalam kelas. Kerjasama mereka semasa menjalankan kerja berkumpulan dan perbincangan. Murid boleh ditempatkan dalam pelbagai kaum dan pengetahuan bagi lebih menggalakkan mereka berbincang dan sekali gus menambah kemesraan di kalangan mereka.

Sudut Pembelajaran Sudut yang disediakan bagi guru menampal bahan tambahan bagi kegunaan dan panduan murid. Setiap mata pelajaran digalakkan mempunyai sudut atau ruangan bagi membantu murid memahami dan menambah ingatan serta kefahaman murid. Guru juga boleh menampal informasi tambahan bagi menambah minat murid.

Sudut Pameran Di sudut ini boleh dipamerkan pakaian-pakaian tradisional pelbagai kaum. Maklumat berkaitan pakaian-pakaian yang dipamerkan boleh ditampal bagi menambah kefahaman murid berkaitan sesuatu pakaian serta adat sesuatu kaum.

Ruang Permainan Tradisional Ruang ini boleh digunakan bagi murid dari pelbagai kaum mencuba dan bermain permainan tradisional. Murid akan dapat belajar dan memahami sesuatu permainan tradisional dari pelbagai kaum. Ini akan menambah kemesraan di samping mengetahui cara serta adat kaum yang lain.

Skrin putih LCD Diletakkan di bahagian belakang bai memudahkan guru memantau pergerakan murid semasa memaparkan tayangan serta memberi penerangan. Murid juga boleh berubah kedudukan bagi mengelakkan bosan.

10

Ruang santai Ruang ini boleh diletakkan perabot bagi murid berbincang serta mengenali antara satu dengan lain. Pelbagai isu dan cerita yang dibualkan akan mengeratkan dan menambah informasi bagi mengenali adat dan resam kaum rakan mereka.

11

Sudut Bacaan Sudut ini boleh digunakan bagi murid mendapatkan buku-buku bacaan berkaitan sejarah dan maklumat kaum-kaum lain yang ada di Malaysia. Buku-buku sejarah berkaitan kaum-kaum yang ada dari sebelum merdeka hingga sekarang boleh memberikan kesedaran kepada murid. Informasi-informasi berkaitan dengan kaumkaum yang ada di Malaysia akan dapat menggalakkan murid-murid mengetahui dan mengenali rakan-rakan mereka yang berlainan kaum.

12

Sudut Akses Sudut ini boleh digunakan murid bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dan mencari maklumat tambahan. Kerjasama semasa menjalankan dan menyiapkan kerja akan menambah keakraban mereka sekali gus mengurangkan jurang di antara mereka.

REFLEKSI INDIVIDU

Pengurusan bilik darjah mesra budaya amat perlu dalam menyatupadukan murid-murid yang ada dalam satu kelas. Sifat hormat-menghormati, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik perlu disematkan dalam hati setiap murid yang ada di Malaysia. Semua sifat-sifat dan nilai murni tersebut hanya akan dapat diterap semasa mereka berada di alam persekolahan. Andainya mereka sudah dewasa amat sukar untuk menerapkan nilai-nilai murni dan berkemungkinan akan menimbulkan pelbagai masalah. Pengurusan bilik darjah yang mesra budaya perlu ada dan sesuai bagi membantu menyatupadukan serta meningkatkan persefahaman dan semangat patriotik. Guru-guru memainkan peranan yang penting bagi membantu proses perpaduan ini. Proses perpaduan ini mengambil masa yang lama untuk dibentuk. Tanpa perpaduan dan semangat patriotik di hati murid-murid negara akan menjadi kucar kacir . Cabaran yang dilalui oleh guru masa kini adalah lebih mencabar kerana murid sudah mula meneroka pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat. Guru mestilah lebih bersedia dan mampu mengatasi segala halangan dan rintangan. Guru juga mestilah mempunyai pengetahuan dan kemampuan yang melebihi dari murid dalam segala bidang. Murid akan lebih percaya dan mempunyai keyakinan kepada guru.

ABDUL AZIZ BIN ABDUL HAMID

710102-01-6529

You might also like