You are on page 1of 11

Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________

SULIT 011
011
Bahasa
Melayu
LTS 2006
Set 3
50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


_____________________________________________

MODUL LEARNING TO SCORE UPSR 2006

011 – BAHASA MELAYU


Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.


2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

011 2006 Hak Cipta Unit Kurikulum JPN Perak SULIT


SULIT KERTAS 011

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan
A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu.
Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 20


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1


1 Mak Cik Azizah sedang __________ tikar mengkuang
untuk dijual di pasar tani.
A memilin
B menenun
C menyulam
D menganyam
Gambar 1

2 Syarikat telekomunikasi yang terkenal itu melabur berjuta-juta ringgit bagi menyediakan
rangkaian __________ perhubungan ke seluruh negara.
A pekerjaan
B perjalanan
C perdagangan
D perkhidmatan

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2


3 __________ Liza mendapat hadiah sagu hati,
__________ dia telah memberikan persembahan yang
terbaik.
A Walaupun … namun
B Sungguhpun … oleh itu
C Meskipun … sebaliknya
D Kendatipun … walaupun begitu
Gambar 2

Soalan 4 berdasarkan Gambar 3


4 Peniaga itu sedang memasang se __________ payung
berhampiran dengan sebuah meja.
A tangkai
B batang
C bilah
D kaki
Gambar 3

2
SULIT KERTAS 011

Soalan 5 berdasarkan Gambar 4


5 Cabai burung dan bawang merah itu ditumbuk oleh Mak
Cik Hasnah sehingga __________.
A hancur
B lumat
C leper
D lebur
Gambar 4

6 Air sungai di kawasan sawah padi Kerian Sungai Manik menjadi __________ kerana
musim kemarau yang berlarutan.
A jernih
B keruh
C deras
D tohor

Soalan 7 berdasarkan Gambar 5


7 Terdapat dua __________ rumah dan tiga __________
pokok kelapa di kawasan bendang itu.
A pintu ... pohon
B buah ... batang
C deret ... rumpun

Gambar 5

8 Wau dan gasing adalah __________ permainan tradisional yang sangat digemari oleh
penduduk di pantai timur.
A umpama
B seperti
C antara
D bagi

Soalan 9 berdasarkan Gambar 6


9 Firdaus berdiri __________ Razman dengan
Ramachandran.
A di belakang
B di sebelah
C di antara
D di tepi

Gambar 6

3
SULIT KERTAS 011

Soalan 10 berdasarkan Gambar 7


10 Abdul Razak _____________ simbal mengikut rentak
lagu yang rancak itu.
A memetik
B memukul
C menghentam

Gambar 7

11 Polis trafik telah menahan pemandu lori yang membawa buah kelapa sawit itu kerana
dia tidak memiliki __________ memandu.
A permit
B lesen
C tiket
D kad

Soalan 12 berdasarkan Gambar 8


12 Pak Wahid sedang __________ beberapa batang
lemang untuk dijual di pasar malam.
A menyalai
B memasak
C membakar
D memanggang

Gambar 8

13 Abang Muhammad Aminuddin __________ lubang yang terdapat di belakang


rumahnya.
A menutup
B mengorek
C menimbus
D menyumbat

Soalan 14 berdasarkan Gambar 9


14 Encik Hamdan __________ tali lehernya dengan kemas
sebelum masuk ke bilik mesyuarat.
A membelit
B mengikat
C memasang
D mengantung

Gambar 9

4
SULIT KERTAS 011

Soalan 15 berdasarkan Gambar 10


15 Puan Maimun __________ sedulang air sirap untuk
para tetamu yang hadir dalam majlis itu.
A mengelek
B menatang
C menjinjing
D mengusung

Gambar 10

16 Kerja-kerja __________ mangsa banjir itu masih diteruskan walaupun dalam keadaan
hujan lebat.
A terselamat
B keselamatan
C diselamatkan
D menyelamatkan

Soalan 17 berdasarkan Gambar 11


17 Sejak terlantar di hospital, badannya semakin
__________ kerana hilang selera makan.
A kecil
B nipis
C susut
D kempis

Gambar 11

18 Ayah membeli beberapa untai __________ di Tanah Suci Mekah sebagai buah
tangan kepada rakan-rakannya.
A serban
B kopiah
C tasbih
D jubah

Soalan 19 dan Soalan 20 berdasarkan Gambar 12


19 Sungai itu telah __________ akibat sikap segelintir
manusia yang tidak bertanggungjawab.
A dicemari
B tercemar
C dicemarkan
D mencemarkan

Gambar 12

5
SULIT KERTAS 011

20 Perkataan berlawan bagi gambar situasi sebatang sungai yang terdapat di negara
kita seperti gambar di atas adalah __________.
A bersih
B kotor
C indah
D lesu

Soalan 21 berdasarkan Gambar 13


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

21 Apakah yang dilakukan oleh Encik Raju?


A Encik Raju berkunjung ke rumah keluarganya.
B Encik Raju menunggu ketibaan rakan-rakannya.
C Encik Raju menghidangkan juadah yang
istimewa.
D Encik Raju mempelawa tetamunya menikmati
juadah.
Gambar 13

Soalan 22
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

22 Anak saya yang kedua bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara, Taiping.
A Di manakah anak kamu yang kedua bersekolah?
B Mengapakah anak kamu yang kedua itu masih bersekolah?
C Siapakah yang masih bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara, Taiping?
D Bilakah anak kamu yang kedua bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara,
Taiping?

Soalan 23
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23 A Dia adalah pengurus projek kondominium mewah itu.


B Kebakaran itu ialah berpunca daripada litar pintas elektrik.
C Adalah dimaklumkan bahawa pejabat kami akan ditutup esok.
D Alat permainan video itu ialah hadiah istimewa daripada ayah untuk adik.

Soalan 24 dan Soalan 25


Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

24 Lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu dicipta oleh komposer terkenal.
A Komposer terkenal mencipta lagu yang dinyanyikan oleh biduanita itu.
B Lagu ciptaan komposer itu dinyanyikan oleh biduanita yang terkenal.
C Lagu ciptaan biduanita itu dinyanyikan oleh komposer terkenal.
D Lagu terkenal nyanyian biduanita itu dicipta oleh komposer.

6
SULIT KERTAS 011

25 “Nani, kalau awak ke pasar raya, belikan saya ubat gigi,” kata Hasni kepada Nani.
A Nani hendak ke pasar raya jika Hasni memesan ubat gigi.
B Hasni hendak membeli ubat gigi jika Nani pergi ke pasar raya.
C Hasni meminta Nani membelikannya ubat gigi jika dia ke pasar raya.
D Nani meminta Hasni membelikannya ubat gigi jika dia pergi ke pasar raya.

Soalan 26 dan Soalan 27


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26 I Air bah itu sampai ke paras pinggang saya.


II Semua peragawati mempunyai paras yang cantik.
III Bangunan yang baru dibina itu dua puluh paras tingginya.
IV Tok Sidang mempunyai paras yang tinggi dalam masyarakat.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

27 I Sikap kepala besar menjadi punca dia disisih oleh rakan-rakannya.


II Duta Besar Mesir itu telah bertugas di Malaysia sejak dua tahun yang lalu.
III Kapur batu merupakan bahan utama untuk membuat batu marmar dan simen.
IV Pita suara itu merupakan satu daripada bahan bukti kes pecah amanah tersebut.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, II dan IV sahaja

Soalan 28 dan Soalan 29


Pilih ayat yang betul.

Soalan 28 berdasarkan Gambar 14

28 A Nah, betapa gembiranya mereka hari ini!


B Aduh, cantiknya pasangan pengantin baru itu!
C Cis, akhirnya mereka bertemu di jinjang pelamin!
D Wah, ramainya tetamu yang hadir dalam majlis itu!

Gambar 14

7
SULIT KERTAS 011

29 A Dia beritahu tentang kemalangan itu ke ibu bapanya.


B Pertolongan yang kamu hulurkan itu amat saya hargai.
C Saya mendapat perkhabaran yang Naidhu telah dimasukkan hospital.
D Adakah pengakuan kamu itu dibuat bersungguh-sungguh atau kerana paksaan?

Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

30 I Kereta itu melanggar pokok lalu menjunam ke dalam gaung.


II Beberapa orang anggota jawatankuasa mempertikaikan keputusan itu.
III Mereka menyerahkan bungkusan plastik itu pada polis yang bertugas.
IV Saya belum pernah berjumpa dengan orang yang sombong seperti awak.
A I dan III sahaja
B II dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D I, II dan III sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Matahari yang memancar pada pagi itu sudah terasa bahangnya. Di tengah padang bola
sepak, kelihatan Aiman bersama-sama sepuluh orang rakannya yang gagal dalam Ujian
Pengesanan Matematik sedang berlari mengelilingi padang sebanyak tiga pusingan. Setelah
menjalani hukuman, Aiman masuk ke dalam kelas Enam Mawar dengan muka mencuka.
Hatinya bertambah sakit apabila beberapa orang rakan sekelas mengejek-ngejeknya.
Sewaktu Aiman melayani perasaannya pada suatu petang, tiba-tiba matanya
terpandang ke arah pokok pisang yang tumbuh berdekatan dengan pangkin tempat dia
berehat. Seekor siput babi kelihatan sedang mengesot memanjat anak pokok pisang. Apabila
tiba di pertengahan pokok, siput babi itu tergelongsor ke bawah. Kemudian, siput babi itu cuba
memanjat pokok itu sekali lagi tetapi gagal. Setelah mencuba beberapa kali, siput babi itu
akhirnya berjaya juga sampai ke pucuk pokok pisang lalu memakan pucuk pisang tersebut.
Lahirlah perasaan insaf di hati Aiman setelah melihat kesungguhan siput babi itu.
“Aku berjanji tidak akan gagal lagi dalam ujian Matematik,” janji Aiman kepada dirinya.
Rentetan peristiwa itu, Aiman telah mengubah sikapnya. Aiman rajin menghadiri kelas
bimbingan pada sebelah petang. Aiman juga rajin membuat latihan Matematik. Dia berasa
gembira kerana kebelakangan ini prestasinya dalam ujian Matematik dan mata pelajaran lain
telah meningkat.
Tiga hari sebelum cuti akhir tahun, keputusan UPSR pun diumumkan. “Tahniah, Mohd
Aiman, kamu berjaya mendapat 5A!” ujar Cikgu Harun sambil menghulurkan slip keputusan
UPSR. Aiman bertuah kerana sedar sebelum terlambat. Bagi memperoleh sesuatu kejayaan,
seseorang itu perlu berusaha dengan gigih. Bak kata pepatah, “Jika tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya”.
Jadikanlah kegagalan semalam sebagai perintis kejayaan akan datang. Begitulah
penjelasan serba ringkas daripada Aiman apabila ditanya oleh kawan-kawannya.

8
SULIT KERTAS 011

31 Aiman dan kawan-kawannya berlari mengelilingi padang kerana


A mereka didenda oleh guru Matematik.
B mereka tidak menyiapkan kerja sekolah.
C mereka sedang menjalani latihan sukan.
D masa itu ialah waktu Pendidikan Jasmani.

32 Pernyataan yang berikut adalah benar tentang Aiman kecuali


A bijak dalam pelajaran.
B berubah sikap setelah didenda oleh gurunya.
C seorang murid yang keras hati dan sukar untuk berubah.
D mudah terasa apabila diejek oleh kawan-kawan sekelasnya.

33 Aiman insaf setelah dia


A didenda berlari mengeliling padang.
B diejek dan disindir oleh kawan-kawan sekelasnya.
C melihat kegigihan siput babi memanjat pokok pisang.
D dinasihati oleh ibu bapanya.

34 Yang berikut merupakan faktor yang membawa kejayaan kepada Aiman, kecuali
A culas.
B rajin.
C tekal.
D gigih.

35 Pepatah “jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” sesuai digantikan
dengan
A harapkan pagar, pagar makan padi.
B enggang sama enggang, pipit sama pipit.
C belakang parang jika diasah lagikan tajam.
D kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

9
SULIT KERTAS 011

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Persatuan Kajian Tempatan,


Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang,
Jalan Astana,
93500 Petra Jaya, Kuching.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang,
Jalan Astana,
93500 Petra Jaya, Kuching. 14 FEBRUARI 2006.

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan ke Kota Samarahan

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Kajian Tempatan


memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kota Samarahan.
2. Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu program tahunan persatuan. Tujuan
lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua anggota persatuan tentang
sektor pertanian yang dijalankan oleh penduduk setempat dan cara kehidupan seharian
mereka.
3. Kota Samarahan juga sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk setempat
sebagai sebuah kawasan penanaman nanas Sarawak yang terbesar di Malaysia.

4. Untuk makluman tuan, kami telah merancang untuk mengadakan lawatan sambil
belajar tersebut seperti maklumat di bawah ini.
Tarikh lawatan : 20 Mei 2006
Hari : Sabtu
Peserta : 45 orang murid
Guru Pengiring : 4 orang
5. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan memberikan kebenaran kepada
kami untuk mengadakan lawatan tersebut.
Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,


Farhana Aqilah
(FARHANA AQILAH BINTI FAUZI)
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang,
Jalan Astana,
93500 Petra Jaya, Kuching.

10
SULIT KERTAS 011

36 Persatuan Kajian Tempatan ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke


A Kota Setia.
B Kota Belud.
C Kota Bharu.
D Kota Samarahan.

37 Lawatan sambil belajar itu bertujuan untuk memberikan


A pendedahan tentang sektor pertanian.
B pengajaran tentang kehidupan para petani.
C penerangan cara menanam nanas Sarawak.
D pendedahan tentang kehidupan penduduk di Sarawak.

38 Apakah sumbangan sektor pertanian di Kota Samarahan kepada negara?


A Menyumbang kepada ekonomi negara.
B Memberikan perkhidmatan pertanian kepada negara.
C Membuka peluang kepada petani untuk bercucuk tanam.
D Menyediakan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

39 Jika bilangan murid lelaki yang menyertai lawatan itu seramai 22 orang, berapakah
bilangan murid perempuan?
A 21 orang.
B 22 orang.
C 23 orang.
D 24 orang.

40 Kota Samarahan terkenal dalam kalangan penduduk kerana kawasan tersebut


merupakan kawasan
A pertanian yang terbesar di Malaysia.
B penempatan penduduk yang terdiri daripada petani.
C pertanian yang subur dan kaya dengan hasil ekonomi.
D penanaman nanas Sarawak yang terbesar di Malaysia.

KERTAS SOALAN TAMAT

11

You might also like