PJ Permainan Guli

You might also like

You are on page 1of 14

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

1.0

PENGENALAN Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada

kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini iaitu guli. Guli adalah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat dari kaca, tanah

liat atau akik . Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk nostalgia atau warna estetiknya. Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

2.0

SEJARAH Permainan guli, yang juga dinamakan sebagai Kelereng, merupakan permainan

tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang mereka. Ia biasanya dimain oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun. Mereka biasanya bermain di tempat yang teduh. Guli juga, biasanya, dimain pada musim panas atau kemarau. Ini kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk lubang yang akan digali. Apabila tanah becak, permainan guli tidak seronok kerana buah guli akan menjadi lenget.

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebuah guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat dari bahan kapur yang diadun dengan simen. Ia sebesar ibu jari kaki. Sekarang, guli diperbuat dari bahan-bahan kaca dengan ukuran yang pelbagai saiz, dari ukuran jari kaki kelingking hingga ibu jari kaki. Guli dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat dengan mengenakan sasarannya. Jumlah pemain pula tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menjadi gelanggang bermain guli. Guli yang digunakan sekarang diperbuat daripada kaca.

3.0

MATLAMAT Matlamat penghasilan tugasan ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan tentang permainan tradisional, meningkatkan kefahaman dan memberi

kesedaran bahawa permainan tradisional sebagai perantaraan untuk pergerakan dan perkembangan sosial. Antara matlamat lain asas permainan tradisional ialah seperti berikut: a) Memupuk semangat kesukanan dalam diri setiap murid. b) Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan integrasi sosial setiap murid. c) Mempertingkatkan penguasaan pergerakan asas dalam permainan. d) Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk bersungguh-sungguh cuba sedaya upaya menyempurnakan permainan. e) Mengekalkan kecergasan para murid berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

f) Melatih pemikiran untuk membuat keputusan atau langkah-langkah bijak mengikut keadaan. g) Mengajar konsep permainan kanak-kanak mengikut kemampuan mereka.

4.0

OBJEKTIF Kertas kerja yang disediakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut : 4.1. Objektif pembangunan Kemahiran Motor i. ii. iii. Membangunkan kemahiran bukan lokomotor. Membangunakan kemahiran mengawal guli Membangunakan kecergasan fizikal.

4.2.

Objektif pembangunan kognitif i. ii. iii. Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan Menolong dalam pemahaman peraturan Menggalak kreativiti dan imaginasi

4.3.

Objektif Pembangunan Afektif sosial i. Mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan berkesan dalam situasi sosial ii. iii. iv. Membanggunkan semagat kerjasama Menggalakkan mematuhi peraturan Membangungkan semangat kesukanan yang baik

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

iv. v.

Memberi kebebasan untuk mencurahkan idea dan perasaan. Meningkatkan kesedaran tentang pergerakan yang sesuai

digabungkan dengan manipulasi alatan. vi. Mempelajari bagaimana menyusun atur pergerakan mengikut aliran dan ruang. v. Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial

5.0

Alatan permainan guli :

Masking tape/tepung/kapur ( untuk menanda rumah guli ) dan untuk menanda garis permulaan bermain. 5 biji Guli bersaiz besar (gundu / ibu ) 50 biji guli bersaiz kecil 5 buah sudu

Rajah : Alatan permainan guli

6.0 1.

Cara bermain Permainan ini merupakan permainan individu di mana individu bermain untuk dirinya sendiri dan guli yang dimenangi akan menjadi hak milik pemenang tersebut.

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

2.

Pemain boleh terdiri daripada lelaki dan perempuan untuk setiap permainan. Bilangan guli diagihkan sebanyak 10 biji bagi setiap pemain. Guli-guli ini boleh dipegang atau digenggam dalam tangan masing-masing.

3.

Penentuan permulaan permainan 5 orang pemain akan membuat balingan guli besar ( gundu ) dari rumah guli ke garisan permulaan dengan menggunakan sudu.Gundu mana yang paling hampir dengan garisan akan memulakan permainan manakala gundu yang tidak sampai dan paling jauh dari garisan tadi akan menjadi pemain terakhir. Namun sekiranya gundu yang dilontar melepasi garisan, maka ianya dikira pemain yang paling akhir yang akan memulakan permainan. Cara bagaimana penentuan permulaan permainan ditunjukkan seperti rajah di bawah.

garis permulaan

gundu pemain

rumah guli

Rajah : Penentuan permulaan permainan guli

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

A- Pemain pertama B-Pemain kedua E-Pemain kelima

C-Pemain ketiga

D-Pemain keempat

4.

Pemain pertama akan mengambil tempat di belakang garisan dan menggolekkan gundunya terus ke rumah guli. Lakuan ini seterusnya diikuti oleh pemain kedua, ketiga,keempat dan kelima. Gundu yang mengenai guli dan berjaya

mengeluarkannya (guli) dari di dalam rumah guli akan berhenti di suatu tempat dan pegun di situ. Pemain tadi akan diberi peluang membuat paka atau tuju gundu ke arah guli di dalam rumah guli.

Perbuatan ini diulang sehinggalah guli tidak berjaya ditolak keluar oleh gundu dari pemain pertama tadi. Guli yang berjaya dikeluarkan tadi dikumpul oleh pemain tersebut.

5.

Pemain kedua dan seterusnya akan cuba membuat golekan seperti pemain pertama ini dan cuba mengeluarkan dan mengumpul guli sebanyak mungkin dari dalam rumah guli. Lakuan ini diulang bergilir-gilir mengikut giliran.

6.

Sekiranya mana-mana pemain berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya dua biji guli dalam sekali paka, maka pemain tersebut mendapat lesen mematikan gundu pemain lain. Pemain ini boleh menggunakan kebijaksanaan mereka dan kemahiran mereka untuk mematikan pemain lain dengan paka gundu mereka yang hampir dengan gundunya dan gundu pemain tersebut mengenai gundu pemain yang hendak dimatikan. Maka giliran pemain yang gundunya telah mati akan ditamatkan dan pemain tersebut harus keluar daripada permainan ini. Kedudukan gundu-gundu selepas golekan ditunjukkan seperti rajah dibawah.

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

X-jumlah guli yang berjaya ditolak keluar oleh gundu A ** Gundu E telah mati kerana telah termasuk ke dalam rumah guli **Gundu A terus mendapat lesen untuk mematikan gundu pemain lain dengan cara paka atau tuju ke arah gundu lawan sehingga menyentuh gundu mereka.

Rajah : Kedudukan gundu pemain selepas golekan

7.

Gundu atau giliran pemain juga akan ditamatkan sekiranya semasa membuat paka, gundu pemain yang membuat paka telah termasuk sendiri ke dalam rumah guli.

8.

Permainan ini diteruskan sehingga habis guli-guli di dalam rumah guli berjaya dikeluarkan. Permainan ini juga dikira tamat apabila salah seorang pemain yang berjaya mengeluarkan guli dua biji atau lebih dalam sekali paka atau golekan, telah mematikan semua gundu pemain lain.

9.

Oleh yang demikian, jumlah guli yang masih berbaki dalam rumah guli akan menjadi hak miliknya.

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

7.0

Penentuan pemenang

1.

Pemenang permainan ini dikira berdasarkan jumlah guli yang berjaya dipungut oleh setiap pemain. Jumlah guli dicatatkan oleh pengelola atau rakan kepada pemain tersebut.

2.

Oleh itu, walau pun pemain berjaya mematikan gundu-gundu lain dan pemain tersebut telah berjaya menamatkan permainan, namun kemenangan tetap dikira berdasarkan jumlah guli yang berjaya dipungut sepanjang permainan.

8.0

Carta Markah (Scoreboard) Pemain Guli Dipertaruhkan Pemain 1 Pemain 2 Pemain 3 Pemain 4 10 10 10 10 Jumlah Guli Guli yang dikumpul 8 12 11 9 8 12 11 9 Jumlah Guli

Pengiraan Markah Kiraan mata berdasarkan jumlah guli yang dapat dikumpul hasil jentikan dibuat terhadap guli pihak lawan sehingga semua pemain selesai giliran.Ini bermaksud, jika pemain mendapat guli yang banyak melebihi guli yang dipertaruhkan, maka ianya dianggap sebagai pemenang dalam permainan ini.

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

a. Pemain 1. Guli dipertaruhkan : Guli yang dikumpul : Jumlah guli Rumusan : : 10 08 08 Pemain pertama telah kalah dalam permainan ini kerana kehilangan buah guli yang dipertaruhkan sebanyak 2 biji.

b. Pemain 2. Guli dipertaruhkan : Guli yang dikumpul : Jumlah guli Rumusan : : 10 12 12 Pemain kedua dianggap sebagai penang dalam permainan ini kerana mendapat pertambahan buah guli yang dipertaruhkan sebanyak 2 biji.

c. Pemain 3. Guli dipertaruhkan : Guli yang dikumpul : Jumlah guli Rumusan : : 10 11 21 Pemain ketiga juga dianggap kalah dalam permainan ini walaupun mendapat pertambahan guli sebanyak sebiji guli, tetapi masih kurang daripada pemain ke dua.

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

. d. Pemain 4. Guli dipertaruhkan : Guli yang dikumpul : Jumlah guli Rumusan : : 10 09 09 Pemain ke empat telah kalah dalam permainan ini kerana kehilangan buah guli yang dipertaruhkan iaitu sebanyak sebiji.

9.0

INOVASI DALAM PERMAINAN GULI

Inovasi dalam permainan guli ini ialah semasa penentuan permainan. Lima orang pemain akan membuat balingan guli besar dengan menggunakan sudu dan dilontar melalui kelengkang kaki. Gundu mana yang paling hampir dengan garisan akan memulakan permainan manakala gundu yang tidak sampai dan paling jauh dari garisan akan menjadi pemain terakhir.

10

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

10.0

KESIMPULAN

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing masing. Ini termasuklah suka bergotong -royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang diperhasilkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing -masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian.diantara permainan yang masih masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini ialah congkak, wau, batu selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja.

Ini disebabkan kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan. Tetapi, kita seharusnya sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara

11

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. . Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang kita.

12

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

BIBLIOGRAFI Hafidz ( 2008 ). Cara-cara Bermain Permainan Guli ( bahagian 1 ). Dimuat turun pada 20 Februari 2014 dari http://bb2088-hafidz.blogspot.com/2008/07/cara-cara-bermainpermainan-guli-html

(2008

).Permainan

Tradisional.

Dimuat

turun

pada

20

Februari

2014

dari

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/5499-permainan-tradisional.html

(2011). Permainan Tradisional. Dimuat turun pada 20 Februari 2014 dari http://blogpermainan-tradisional.blogspot.com/2012/04/sejarah-dan-asal-usul-guli.html

Syazwan (2010). Melayu Kita (guli). Dimuat turun pada 20 Februari 2014 daripada http://paichorwan-tradisional.blogspot.com/2010/08/guli.html

13

PJM3112-PERMAINAN TRADISIONAL- PERMAINAN GULI

2014

14

You might also like