You are on page 1of 11

Bahagian Sekolah-Sekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia,


Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Lebuh Pasar Besar,
Telefon: 2922066
50604 Kuala Lumpur.
Kawat :
PELAJARAN
___________________________________________________________________________
KP(BS)859I/Jld. II/(45)
11hb Mac, 1986
Semua Pengarah Pelajaran Negeri,
Malaysia.
Y.B. Dato'/Tuan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1986
Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah
Kelab-kelab Komputer telah mula ditubuhkan di sekolah-sekolah di atas inisiatif sendiri
sebagai salah satu daripada Kegiatan Ko-Kurikulum sejak tabun 1981 lagi. Sementara itu,
Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan mata pelajaran Pengenalan Kepada Komputer
ke dalam Kurikulum formal sekolah mulai tahun ini.
2.
Adalah menjadi hasrat Kementepan Pelajaran supaya program formal pendidikan
komputer dan kegiatan kelab komputer ini dapat diselaraskan supaya boleh mencapai
matlamat rancangan pendidikan komputer di negara ini.
3.
Dengan yang demikian, Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer
Sekolah ini diedarkan untuk makluman dan tindakan Y.B. Dato'/tuan.
Sila edarkan juga Panduan ini kepada semua sekolah di negeri Y.B. Datuk/tuan.
Sekian. T erima kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

PANDUANPENUBUHANDANPENGURUSAN
KELAB KOMPUTER SEKOLAH
1.

PENDAHULUAN

Pelaksanaan rancangan pendidikan komputer di negara ini adaIah melalui dua strategi
secara formal melalui mata pelajaran PnlgenaIan Kepada Komputer dan secara tidak formal
melalui kegiatan kelab komputersekolah. Program Pengenalan Kepada Komputer
perkenalkan secara percubaan mulai 1986 di 20 buah sekolah menengah di seluruh Negara.
Buat permulaannya program ini ditujukan khas kepada pelajar-pelajar di Tingkatan IV dan
akan diajar satu waktu seminggu di daIam kelas.
Kegiatan kelab komputer pula telah berjalan sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum sekolah sejak 1981 lagi. Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran agar kelab
komputer akan memainkan peranan sebagai penggenap dan pelengkap kepada kurikulum
formal. Kegiatan kelab komputer menyediakan peluang dan kemudahan kepada mereka yang
berminat untuk mendalami pengetahuan di dalam bidang komputer.
Sehubungan dengan ini adalah wajar dan perlu panduan penubuhan dan pengurusan
kelab komputer sekolah diadakan untuk menyelaraskan kegiatan kelab dengan pelaksanaan
program Pengenalan Kepada Komputer.
2.

MATLAMAT KELAB KOMPUTER SEKOLAH


2.1 Untuk memberi pengetahuan asas kepada pelajar yang berminat mengenai
penggunaan komputer dan keupayaannya untuk membolehkan mereka
mengendalikan urusan hidup seharian dalam masyarakat yang semakin
berorienttasikan komputer.
2.2 Untuk membolehkan pelajar yang lebih cenderung memperolehi kesediaan yang
berguna bagi melanjutkan pengetahuan mereka kelak di dalam bidang komputer.

3.

OBJEKTIF
Objektif penubuhan kelab komputer sekolah adalah untuk:

3.1 Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan mengenai apa dia komputer,


keupayaan komputer dan hadnya.
3.2 Membiasakan pelajar dengan penggunaan kompmter
3.3 Menyediakan peluang dan kemudah
kepada pelajar (dan guru).

mempelajari pengaturcaraan komputer

3.4 Memberikan pelajar peluang mendalami aspek-aspek penggunaan computer yang


diminatinya.

3.5 Memudahkan pelajar menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan berasaskan


komputer.
3.6 Memberikan pelajar kesedaran mengenai penyalahgunaan komputer.
3.7 Menggalakkan perkongsian ide dan maklumat di kalangan pelajar, di antara
kelab, dan dengan institusi-institusi dan individu-individu di dalam masyarakat.
3.8 Mendedahkan peIajar kepada peluang-peluang pekerjaan berkaitan dengan
komputer.
3.9 Menggalakkan aktiviti-aktiviti rekreasi dan sosialisasi di kalangan ahli berbilang
kaum melalui hobi yang sama.
3.10 Membolehkan kemahiran-kemahiran komputer digunakan secara berkesan dalam
memberi khidmat kepada pelajar-pelajar lain di sekolah dan masyarakat
umumnya.
3.11 Mengurangkan kekeliruan dan kekhuatiran mengenai peranan komputer di dalam
masyarakat, dan memupuk sikap yang positif terhadap kegunaannya.
4.

DASAR PENVBUHAN KELAB KOMPUTER SEKOLAH


4.1 Usaha Sendiri
Sekolah-sekolah digalakkan menubuh kelab komputer melalui usaha sendiri.
4.2 Penglibatan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar SekoIah/Persatuan Ibu Bapa dan
Guru-Guru.
Sekolah-sekolah sewajamya melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar
Sekolah (JBPS) dan/atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) di dalam
penubuhan kelab komputer sekolah.
4.3 Penglibatan Masyarakat Umum
4.3.1

Penglibatan masyarakat umum, sama ada orang perseorangan, badanbadan kebajikan, persatuan atau kumpulan boleh diizinkan, kerana
penubuhan kelab komputer memerlukan perbelanjaan mengurus yang
besar dan kepakaran teknikal yang tertentu.

4.3.2

Penglibatan pihak-pihak ini hendaklah:


a) mematuhi peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, dan peraturan-peraturan
yang akan dikuatkuasakan dari sema sa ke sema oleh Kementerian
Pelajaran.
b) dengan syarat sekolah rnendapat kebenaran bertulis daripada
Pendaftar Sekolah-Sekolah (Pengarah Pelajaran Negeri).
c) sewajarnya bertujuan utama meningkatkan tahap 'celik komputer'

(computer literacy) di kalangan pelajar, khususnya, dan masyarakat,


umumnya, dan bukan bertujuan rnembuat penjualan jangka pendek
komputer ke sekolah-sekolah atau mengambil kesempatan
mengenakan bayaran yang tinggi untuk perkhidmatan mereka.
4.4 Penglibatan pihak swasta

5.

4.4.1

Penglibatan pihak swasta yang bercorak perniagaan hendaklah mematuhi


syarat-syarat seperti dalam Para 4.3.2 di atas.

4.4.2

Sekolah hendaklah mengambil pendirian yang berhati-hati dan teliti


terhadap pihak swasta yang bercorak perniagaan yang ingin membantu
sekolah dalam menubuhkan kelab computer masing-masing.

4.4.3

Surat-surat perjanjian jual-beli, sewa-beli, sewa dan/atau urusniaga


(transaction) lain dalam. apa jua bentukpun hendaklah disemak dengan
teliti, khususnya syarat-syarat perjanjian yang berhubung dengan pihakpihak yang rnemikul tanggungan (liabilities). Jika perlu surat-surat
perjanjian ini hendaklah dirujuk kepada peguam.

PENGURUSAN KELAB KOMPUTER SEKOLAH


5.1 Organisasi dan Pengurusan Kelab
5.1.1

Penasihat
(a)

Penasihat terdiri daripada guru yang mengajar apa jua mata


pelajaran. Di samping minat yang rnendalam dan motivasi yang
tinggi, adalah amat penting guru penasihat rnempunyai dedikasi dan
rasa penglibatan ikhtisas yang sepenuhnya.
Di antara peranan guru penasihat ialah:
i) Menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajarpelajar yang akan menolong merancang dan mengurus aktiviti
kelab.
ii) Membimbing jawatankuasa kelab dalam merancang dan
menghasilkan aktiviti-aktiviti yang:
iii)

menarik dan memelihara minat pelajar yang berbeza-beza


kebolehan dalam penggunaan komputer.
mempunyai keseimbangan dari segi nilai pengetahuan, nilai
sosialisasi dan nilai rekreasinya.

Mengatur jadual (schedule) bagi penggunaan komputer oleh


ahli-ahli dan pembahagian tugas penyeliaan oleh ahli
jawatankuasa.

iv)

Menyertai semua perjumpaan formal yang diadakan oleh kelab


(dicadangkan sekali seminggu).

v)

Mengadakan perhubungan dengan penasihat kelab komputer


sekolah-sekolah lain dalam usaha mendalami pengetahuannya
dan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti kelab.

b)

Bilangan guru penasihat bergantung kepada bilangan ahli.

c)

Penasihat kelab komputer seelok-eloknya mendapat pendedahan


dalam penggunaan komputer dan/atau mengikuti latihan dalam
pengurusan kelab komputer sekolah.
Kandungan latihan sekurang-kurangnya meliputi:
-

Pengenalan kepada sistem komputer.


Pengaturcaraan BASIC, LOGO (dan lain-lain).
Pemprosesan Perkataan.
Pangkalan Data.
Hamparan.
Sistem 'authoring'.
Sampel perisian pendidikan.
Lawatan ke Kelab komputer sekolah-sekolah lain.
Kaedah 'Pengurusan Kelab Komputer'.

Kandungan kursus ini boleh dianggap asas untuk merancangkan


latihan untuk ahli jawatankuasa/ketua kumpulan.
c)
5.1.2

Peranan yang dimainkan oleh penasihat barangkali menjadi faktor


penentu dalam menjamin perkembangan subur kelab komputer

Jawatankuasa
a)

Jawatankuasa hendaklah dianggotai oleh pelajar-pelajar yang


bertanggungjawab. Jika perlu ahli jawatankuasa boleh dilantik oleh
guru penasihat sendiri dan tidak dipilih oleh ahli-ahli.

b)

Jawatankuasa boleh terdiri daripada


Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
dan Ahli Jawatankuasa yang bertindak sebagai Ketua Kumpulan
(Bilangan ahli jawatankuasa bergantung kepada bilangan ahli).

5.1.3

c)

Ahli jawatankuasa perlu diberi latihan yang sesuai untuk


membolehkan mereka memainkan peranan penyeliaan membantu
guru dalam kerja-kerja amali.

d)

Pengiktirafan tanggungjawab dan peranan ahli jawatankuasa


hendaklah diberi sebagai insentif kepada mereka.

Keahlian
a) Keahlian terbuka kepada semua pelajar dengan mendapat kebenaran
daripada ibubapa/penjaga.
b) Keahlian hendaklah tidak tertumpu kepada pelajar-pelajar yang
berada sahaja. Usaha-usaha untuk membolehkan pelajar-pelajar yang
kurang mampu tetapi berminat dan berkebolehan hendaklah juga
diikhtiarkan.
c) Bilangan ahli hendaklah suatu bilangan yang dapat memastikan
penjadualan yang licin, penyelarasan yang baik dan interaksi yang
optimum.
d) Untuk sesi hands-on tidak lebih daripada 2 orang pelajar
diperuntukkan kepada sebuah computer.
e) Keahlian dikira gugur apabila seseorang ahli meninggalkan sekolah.

5.1.4

Waktu Belajar
a) Jumlah waktu belajar Komputer elok dihadkan kepada tidak lebih
daripada 2 jam seminggu bagi seseorang pelajar.
b) Waktu belajar komputer hendaklah di luar jadual waktu rasmi
sekolah.

5.1.5

Bayaran
a) Yuran yang dikenakan kepada seseorang ahli hendaklah tidak
meIebihi $10.00 sebulan.
b) AhIi tidak boleh dikenakan sebarang bayaran lain.
c) Semua kutipan wang oleh kelab komputer hendaklah direkod oleh
kelab dan disimpan di dalam akaun wang SUWA sekolah,
memandangkan jumlah wang yang terlibat adalah banyak.

5.1.6

Latihan
a) Latihan untuk pelajar/ahli boleh dikendalikan oleh guru penasihat,
guru pembantu, pelajar-pelajar yang telah mahir ataupun pengajar
sambilan.
b) Sekiranya pihak luar dilibatkan untuk memberi latihan, maka pelajar
tidak holeh dikenakan sebarang bayaran tambahan kepada yuran yang
dibayarnya.
Catatan
Pihak sekolah perlu mendapat kebenaran daripada Pendaftar SekolahSekolah (Pengarah Pelajaran Negeri), jika melibatkan pengajar dari
luar.
c) Latihan boleh dibuka kepada guru-guru di sekolah berkenaan dengan
syarat mereka juga membayar yuran yang ditetapkan.

5.1.7

Penggunaan Kemudahan Kelab Komputer


Kemudahan kelab komputer boleh digunakan oleh ahli-ahli jawatankuasa
kelab, guru-guru dan kakitangan pejabat sekolah untuk kerja-kerja
pentadbiran kelab/sekolah dan pengajaran/pembelajaran mata-mata
pelajaran, dengan syarat kerja-kerja ini dilakukan di luar waktu kelab
mengadakan aktiviti-aktivitinya.

5.2 Aktiviti kelab komputer


Di antara aktiviti yang dicadangkan ialah:
5.2.1

Aktiviti berterusan
a) Sesi Pendedahan kepada Komputer' (Computer awarenes.)
b) Pengajaran pengaturcaraan: BASIC, LOGO, PASCAL dan
c) perisian pendidikan dan perisian aplikasi.
d) Penggunaan sistem 'authoring'.
e) Surat berita (newsletter)/buletin.
f) Perjumpaan/mesyuarat kelab.
g) Pelajar dikehendaki mengisi butir-butir dalam buku log penggunaan
makmal untuk membolehkan kelab mengesan setiap pengguna
makmal.
Sementara itu beberapa peraturau lain, seperti mewajibkan pelajar
mengenakan 'tag pengenalan diri, atau pakaian seragam sekolah
dan/atau lencana, dan seumpamanya semasa berada di dalam makmal,
adalah terserah kepada budibicara sekolah/guru penasihat kelab (jika

difikirkan perIu).
5.3.4

Makmal komputer sebaik-baiknya berhawa dingin, bukan untuk


keselesaaan pengguna tetapi untuk kesempumaan peralatan komputer.
Hawa dingin tidak perlu jika makmal komputer terIindung daripada
cahaya matahari (direct sunlight). Di dalam hal ini, kipas kotak (box fan)
lebih sesuai daripada kipas biasa.

5.3.5

Makmal komputer harus menggunakan meja-meja khas, bukan meja-meja


kelas yang biasa kerana meja-meja begini tidak rata.

5.3.6

Unit pengimbang kuasa. (power stabilizer units) adalah dinasihatkan


dipasang, terutamanya di kawasan-kawasan yang sering berlaku
gangguan elektiik.

5.3.7

Makmal Komputer sebaik-baiknya diletakkan di tingkat satu atau lebih


tmggi, dan/atau sekurang-kurangnya pintu dan jendela dipasangkan 'grill'
bagi mengelakkan kecurian.

5.3.8

Sambungan yang berlebihan kepada satu punca kuasa (overloading) mesti


dielatkan.

5.3.9

Segala ubahsuain dan pendawaian di dalam makmal/bilik komputer


hendaklah dirujuk kepada Bahagian Pembangunan Jabatan Pelajaran
Negeri.

5.3.10 Kelab hendaklah menyimpan inventory semua perkakasan dan perisian.


Butir-butir ini direkodkan di dalam buku stok khas.
5.3.11 Semua perkakasan komputer sebaik-baiknya hendakIah diinsurankan.
5.3.12 MakmaI komputer hendaklah bersih daripada habuk dan pasir. Di antara
Iangkah yang boleh diambil ialah:
a) Lokasi makmal hendaklah seberapa jauh yang mungkin daripada
jalanraya.
b) Papan tulis putih (white board) lebih sesuai digunakan daripada papan
hitam/hijau yang biasa
c) Mungkin tidak keterlaluan sekiranya semua pengguna makmal
diIarang daripada berkasut di dalam makmal.
5.4 Perkhidmatan Sokongan
Perkhidmatan sokongan yang baik sepatutnya diberi pertimbangan semasa
memilih model computer.

6.

PERKAKASAN
6.1 Sistem permulaan terdiri daripada unit pemprosesan pusat (CPU), satu pemacu
cakera, monitor dan papan kekunci yang sebaik-baiknya unit-unit berasingah,
atau boleh diasingkan (detachable).
6.2 Mikrokomputer untuk tujuan pendidikan seelok-eloknya mempunyai ciri
ciri berikut:
a) Kuasa sekurang-kurangnya 8 bit.
b) Muatan (RAM) sekurang-kurangnya 64 kilobyte.
c) Mempunyai perisian 'first party', sama ada DOS atau perisian aplikasi dan
boleh menjalankan perisian 'third party'.
d) Boleh menjalankan banyak perisian 'public domain' yang sesuai untuk
pendidikan.
e) Mempunyai sistem 'authoring'.
f) Talian elektrik hendaklah seberapa sedikit yang mungkin dan terlindung
supaya tidak membahayakan keselamatan pelajar.
6.3 Sebuah pencetak (printer) boleh dikongsi bagi 5 - 10 set mikrokomputer

7.

PERISIAN
7.1 Perisian-perisian hendaklah yang berguna dalam bidang pengurusan dan
pengajaran/pembelajaran di sekolah.
7.2 Untuk tujuan perlindungan daripada Akta Hak Cipta, semua perisian hendaklah
diperolehi daripada pengedar berlesen.

8.

PUSAT KOMPUTER DAERAH/NEGERI


8.1 Pusat Komputer Daerah dan/atau Negeri boleh ditubuhkan untuk memenuhi
keperluan beberapa buah sekolah yang berdekatan, dalam usaha mengurangkan
kos mengadakan kemudahan makmal komputer. Projek ini memungkinkan
penggunaan maksimum kemudahan yang ada dengan mengambilkira sumbersumber yang terhad.
8.2 Pusat Komputer Daerah/Negeri boleh mempelbagaikan fungsi di antara lain
dengan bertindak sebagai:
a) Pusat kegiatan komputer bagi pelajar-pelajar
b) Urusetia, terutamanya untuk mengedar surat berita, jumal komputer dan
perisian yang telah dimajukan oleh pihak-pihak tertentu.

c) Biro nasihat/bimbingan/syor-syor mengenai pengurusan kelab komputer


sekolah
d) Pusat menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan perkembangan (R & D
works) dalam bidang perkembangan perisian komputer.
e) Pusat latihan guru kelab komputer sekolah bagi daerah/negeri.
f) Pusat pameran perkakasan, perisian dan bahan bacaan komputer.

RUJUKAN YANG BERKAITAN


1.

School GenecaI Regulations, 1951.

2.

The School (Societies) Regulations, 1956.

3.

The.School (Tours) Regulations, 1957.

4.

KP.8609/1/(72) Surat siaran Ceramah/Syarahan/Pertandingan Kuiz untuk muridmurid di Sekolah Menengah dan penuntut-penuntut di Maktab Perguruan dari Organisasi dan Individu lain, bertarikh 6 Mac 1975.

5.

KP(BS)8591/Jld. 11/(7) Surat Pekeliling Ikhtisas BiI. 7/1983 Garis Panduan


Mengenai Pungutan Derma Muhibbah Sekolah", bertarikh 11 April 1983.

6.

KP(BS)8591/Jld. II/(21) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1984 Peraturan Mengenai


Masuk ke Kawasan Sekolah Untuk Membuat Tinjauan/Pemerhatian/Siasatan/Temuduga Dengan Guru-Guru dan Murid-Murid di Sekolah serta Maklumat-Maklumat
Sekolah oleh Organisasi dan Individu luar, bertarikh 6 April 1984.

7.

KP(BS)8591/Jld.II/(43) Surat Pekeliling.Ikhtisas BiI. 3/1986 Penyelarasan Pelakanaan Kurikulum PengenaIan Kepada Komputer dan Kegiatan Kelab Komputer
Sekolah, bertarikh 7 Mac 1986

DAFTAR KATA
Sistem authoring

Perisian
yang
membolehkan
pengguna
menyediakan pelajaran (lesson) dengan komputer
tanpa pengetahuan/pengalaman pengaturcaraan.

Perisian first party

Perisian khusus yang dihasilkan oleh pengusaha


sesuatu model perkakasan yang berkenaan, dan
dilindungi oleh hakcipta.

Perisian third party

Perisian yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat


perisian (software houses) yang bukan pengusaha
perkakasan berkenaan,
dan dilindungi oleh hakcipta.

Perisian public domain

Perisian yang ditulis oleh orang-orang awam,


perseorangan atau kumpulan, tanpa hakcipta dan
dengan itu orang ramai bebas membuat salinan.

You might also like