You are on page 1of 5

Laporan

Tajuk: Program JKA Dekat Di Hati


Tarikh: 28/06/2016 ( Selasa )
Masa: 2.00 p.m 4.30 p.m
Tempat: Dewan Platinum PMM
Penceramah: Ijam Medicine
Pensyarah: En. Anafiah Bin Hamzah
Disediakan oleh: Muhamad Wafiq Bin Wahab (14dka15f1045)

Tentatif Program JKA Dekat Di Hati


Masa
2.00 p.m
2.15 p.m
3.00 p.m
4.30 p.m
5.00 p.m

Aktiviti
Sesi Pendaftaran
Tayangan Montaj dan Ucapan Ketua Jabatan JKA
Ceramah oleh Ijam Medicine
Nyanyian oleh Ijam Medicine
Sesi edaran bubur lambuk dan bersurai

Latar Belakang Penceramah iaitu Ijam Medicine.

Nama sebenar Ijam Medicine ialah Norhizam Haji Shair atau dikenali sebagai Ijam Junaidi.
Telah lahir pada tahun 1965.
Beliau berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.
Beliau dibesarkan di singapura. Bapa ijam adalah seorang Imam dan mengajar mengaji

agama. Ibu beliau pula membantu bapa ijam mengajar.


Ijam dan sekeluarga telah berpindah ke Negeri Sembilan pada tahun 1985.
Kumpulan Medicine yang ditubuhkan pada tahun 1985 di Negeri Sembilan.
Kumpulan Medicine yang terkenal dengan lagu Tika dan Saat Ini. Medicine pernah mendapat
tempat kedua dalam Pertandingan Juara Rock Negeri Sembilan pada tahun 1986 dan

seterusnya menyertai Juara Juara Rock Malaysia pada penghujung tahun 1987.
Album pertama kumpulan Medicine yang berjudul Titian pada tahun 1988 telah mendapat

sambutan yang luar biasa iaitu mencecah jualan sebanyak 20 ribu unit dalam tempoh 20 hari.
Ibu dan bapa ijam yang ternampak perasaan kecewa terhadap ijam namun, ijam di nasihat

kan agar tidak lupa pada suruhan Allah S.W.T.


Kumpulan Medicine telah terkenal di singapura hingga standing dengan kumpulan Search.
Malangnya, ijam medicine yang lalai dengan dunia seni nya sehingga menafikan nasihat

yang diberikan oleh kakak nya.


Ijam medicine mula berhenti menyanyi pada tahun 1992 dan menjadi pengajar menyelam

sehingga umur nya 37 tahun.


Selepas itu ijam diajar agama oleh ibu dan bapa nya di kampung.
Sejak daripada itu, ijam mula berhijrah dengan melakukan perkara yang di sukai Allah

seperti bersolat Jemaah di masjid dan menimba ilmu agama dengan ustaz-ustaz.
Namun begitu ijam medicine telah pun berubah ke arah yang sangat baik dan menjadi

seorang pendakwah.
Ijam medicine bergiat aktif dalam dunia dakwah iaitu berdakwah kepada masyarakat di
jalanan.

Perjalanan Program JKA Dekat Di Hati.


Program JKA Dekat Di Hati bermula pada pukul 2.00 petang bertempat di Dewan Platinium
PMM. Pada awal program pelajar di tunjukkan dengan montaj mengenai pensyarah-pensyarah
JKA serta pendaftaran pelajar sem satu hingga enam. Seterusnya, ucapan dari Ketua Jabatan
JKA, beliau memberi nasihat dan peringatan kepada pelajar-pelajar tentang matlamat datang

belajar di Politeknik ini. Beliau mengingatkan pelajar tentang 10 perangai yang beliau tidak suka
diantara nya ialah pemalas, kuat tidur, tiada inisiatif dan tidak hormati pensyarah. Pelajar-pelajar
perlu membuang sifat yang tidak berfaedah ini. Seterusnya, Ijam Medicine mula kan ceramah
nya. Beliau menyedarkan pelajar tentang tujuan utama pelajar belajar untuk mencapai cita-cita
meraka. Pelajar perlulah fokus dengan pelajaran agar pelajar berjaya mendapat keputusan yang
baik. Selain itu, ijam medicine cerita tentang kehidupan dan pengalaman hidup nya. Antaranya
ialah Bapa beliau berhasrat agar beliau menjadi seorang pendakwah iaitu ustaz tetapi beliau lebih
mengejar impian beliau menjadi seorang penyanyi rock sehingga beliau menjadi terkenal bukan
sahaja di Malaysia malahan di Singapura kumpulan beliau terkenal. Kawan-kawan ijam
medicine yang berada di singapura terkejut kerana mengingat kan beliau menjadi seorang ustaz
hakikat nya menjadi seorang penyanyi rock. Ibu dan bapa beliau yang terkilan dengan jalan yang
di pilih oleh ijam medicine dengan menjadi penyanyi rock yang terkenal sehingga beliau menjadi
riak dan bongkak dengan kejayaan yang beliau hadapi. Perubahan beliau yang ke arah tidak baik
dilihat oleh kakak beliau. Kakak ijam pernah menasihati beliau atas perbuatan ijam yang
melampau tetapi ijam menafikan dengan mengatakan yang kakak beliau cemburu atas kejayaan
yang beliau kecapi. Ijam medicine berkata yang beliau pernah tidur diatas timbunan duit yang
banyak hasil dari konsert kumpulan beliau. Beliau juga berkata yang satu konsert boleh
mencecah RM 900,000. Selain itu kumpulan medicine mempunyai 5 ahli yang bernama Ija, Mi,
Han dan Joe. Ijam medicine juga berkata yang beliau mempunyai anak sulung yang berumur 25
tahun. Beliau belajar di Australia dengan mengambil jurusan penyelaman dan beliau mengatakan
yang gaji beliau sebulan berjumlah RM 126,000. Selepas memberi ceramah beliau menyanyikan
beberapa buah lagu yang bertajuk Rimbunan Cinta, Sufi dan Tika & Saat Ini. Selain itu, beliau
berkata kepada pelajar-pelajar yang dakwah ini sangat penting untuk umat Nabi Muhammad
S.A.W agar kita tidak berpaling pada ajaran Islam. Akhir sekali, sesi pemberian bubur lambuk
dan bersurai.

Aku janji.

Saya Muhamad Wafiq Bin Wahab berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang lepas dan
berjanji akan menghadiri program yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam dan
Politeknik Merlimau Melaka dengan jayanya.

T.Tangan

Tarikh

______________

______________

You might also like