You are on page 1of 14

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK

Published by: Mohamad Faiza Ibrahim on 26th May 2011 | View all blogs by Mohamad Faiza Ibrahim

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
PROGRAM KOMUNIKASI DAN DASAR AWAM

MOHAMAD FAIZA BIN IBRAHIM


TAJUK:
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL Society)
OLEH J.S FURNIVALL

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK (PLURAL SOCEITY) OLEH J.S FURNIVALL

PENGENALAN
Masyarakat (Society) bermaksud sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem
interaksi sosial dimana sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem
sosial itu adalah lahir dari individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut.
Masyarakat adalah komuniti yang saling bergantung dan saling perlu memerlukan antara
satu sama lain dan secara umumnya istilah masyarakat pada asasnya adalah merujuk kepada
sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti
yang teratur serta berkongsi sumber yang ada dalam kawasan tersebut.
Masyarakat menurut Kamus Dewan (2005), ialah kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan
kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota masyarakat. Jaringan erat wujud dalam
kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini,
terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-royong,
bersama-sama merayakan sesuatu perayaan, melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut
pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri, majlis perkahwinan, membantu
mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah
meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini akan terbina satu kesepaduan dalam masyarakat
tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara
pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.
Selain itu, masyarakat ialah kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di
sesuatu tempat dengan mengikut peraturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri
daripada beberapa kaum atau bangsa. Majmuk terbentuk daripada beberapa bahagian yang

merupakan kesatuan ataudalam konteks masyarakat ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik.
Masyarakat majmuk adalah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun
bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial
di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.
Manakala masyarakat majmuk (Plural society) bermaksud masyarakat pelbagai kaum
(Multi-racial society) yang merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang bersama-sama
atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah negara yang sama. Masyarakat majmuk
menurut Kamus Dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum.
Menurut sarjana Graham Saunders dalam bukunya bertajuk The Development Of a
Plural Society In Malaya beliau menyatakan bahawa masyarakat majmuk terdiri daripada
pelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti
yang berasingan. Menurut beliau di Tanah Melayu terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu,
Cina, dan India. Mereka bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga
daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal.
Sarjana dalam bidang sosiologi J.E.Goldthorpe The Sociology Of The Thirdworld.
Beliau mengemukakan pandangan tentang masyarakat majmuk lebih kurang sama degan
kedua-dua orang sarjana sebelum ini iaitu, Goldthorpe berpendapat kewujudan masyarakat
majmuk sejajar dengan penjajah yang datang ke Tanah Melayu pada masa dulu
dengan membawa masuk semua kaum-kaum tersebut untuk mamenuhi peluang pekerjaan di
sini.
Masyarakat majmuk juga adalah merujuk kepada keadaan masyarakat di tanah
jajahan seperti mana yang terdapat di Burma, Indonesia dan juga Malaysia. Masyarakat
majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya,
pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui perkerjaan, kekurangan kontrak
sosial dan wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.

CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK


Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yan
g dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah
negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dalam kalangan negara-negara lain.
Antara ciri-ciri masyarakat majmuk menurut J.S Furnivall (1956) dalam bukunya
bertajukColonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and Netherlands
India (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan Kepulauan Jawa ialah terdapat beberapa
jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat ini
bercampur antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi
tidak terpisah dalam sistem politik yang sama serta masing-masing berpegang kepada
kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri.
Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai suku kaum selain daripada tiga
komuniti etnik yang terbesar iaitu kaum Serani, Orang Asli (Semenanjung), Bajau,
Kadazan, Murut (Sabah), Kedayan, Melanau dan Iban (Sarawak), dengan pelbagai bahasa
dan dialeknya. Penerimaan kontrak sosial yang telah disepakati bersama adalah untuk
menjaga hubungan etnik di Malaysia. Masyarakat di Malaysia diberi hak pendidikan dalam

bahasa ibunda mereka tetapi tetap mengiktiraf bahasa melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Masyarakat majmuk di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaan
masing-masing walaupun Islam diberi status sebagai agama rasmi negara. Masyarakat
Malaysia menganut agama Islam, Hindu, Kristian, Buddha, Konfusios dan Taois.
Hari ini, di merata negara di dunia terdapat masyarakat majmuk yang menganuti
agama-agama yang berlainan tetapi kebanyakan puak minoriti yang terdapat di negara yang
memerintah terdedah kepada kezaliman oleh kerajaan. Di Malaysia, kebebasan beragama
yang dilaksanakan tidak menyebabkan masyarakat di dalamnya hidup di dalam keadaan
berpecah-belah seperti negara-negara yang dilanda krisis sekarang. Meskipun pelbagai
kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan
masing-masing terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat. Konsep
akomodasi yang diamalkan di Malaysia menyebabkan hubungan antara etnik saling
membuat penyesuaian dan bebas mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan
harmoni.
Hal itu membuatkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang unik.
Walaupun Malaysia mengamalkan konsep akomodasi, masyarakat Malaysia juga berkongsi
dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat Malaysia berkongsi
perasaan gembira apabila tiba musim perayaan sesuatu kaum. Contohnya perayaan hari
RayaAidilfitri yang disambut oleh orang Islam di Malaysia. Aktiviti rumah terbuka yang
diamalkan oleh masyarakat melayu Islam turut dirai bersama oleh etnik yang bukan
beragama Islam. Perayaan sambutan Kemerdekaan juga dapat merapatkan lagi hubungan
antara etnik melalui aktiviti yang dijalankan dan dapat melahirkan perasaan patriotism dan
saling bekerjasama. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan ini
dapat melambangkan jati diri rakyat yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada
asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai
hidangan biasa umum di Malaysia. Di antara makanan tradisi yang terkenal di Malaysia
ialah nasi lemak, char koay teow, roti canai dan banyak lagi. Kebanyakan makanan tradisi
ini berasal daripada kaum tertentu contohnya nasi lemak, makanan ini bukan hanya
digemari oleh kaum melayu sahaja malahan ia turut digemari oleh kaum lain. Kini,
masyarakat Malaysia boleh menikmati pelbagai makanan yang sebelum ini berasal daripada
kaum tertentu.
Selain itu, rakyat Malaysia juga turut mempunyai pakaian tradisi. Pakaian seperti
baju kurung, baju melayu, cheong sam dan sari adalah contoh pakaian tradisi masyarakat
majmuk di Malaysia. Cara pemakaian memainkan peranan penting dalam menentukan
perbezaan kedudukan atau martabat sesetiap kumpulan dalam kaum Melayu, Cina, India,
Iban, Kadazan dan kaum etnik kecil yang lain di Malaysia. Pakaian baju kurung dan melayu
adalah berasal daripada kaum melayu tetapi jika kita perhatikan sekarang kaum lain juga
turut menggayakan baju tradisional kaum melayu contohnya baju kurung. Contoh keadaan
seperti ini boleh didapati di sekolah mahupun di tempat kerja
Masyarakat majmuk di Malaysia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya,
pemisahan fizikal. Pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak sosial dan
wujudnya satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Ciri-ciri masyarakat majmuk
mengiktiraf adanya keunikan dan sifat khas setiap komponen. Ciri-ciri Malaysia adalah
wadah penyatu kumpulan etnik yang sebenar iaitu satu kumpulan etnik, bahasa serta
budayanya membentuk kumpulan majoriti, kumpulan etnik yang lain dengan bahasa dan
budaya masing-masing juga mendapat tempat. Dalam konteks masyarakat majmuk

Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi di bawah sistem
politik yang sama. Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana
mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Tiga etnik ini
bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja
berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.

SEJARAH KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA


Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan, pelayaran dan pusat
perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persinggahan dan penempatan bagi orangorang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.Justeru konsep percampuran populasi
bukanlah merupakan satu fenomena baru dan asing di Malaysia. Kebanyakan ahli sejarah dan
antropologi sosial bersetuju bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan
penduduk masa kini telah ditentukan pada zaman perkembangan kolonial dan eksploitasi
orang British di Semenanjung Malaysia. Dalam tahun 1786 hingga 1914 merupakan zaman
paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini di
Semenanjung Malaysia.
Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan
kemajmukan masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan betapa
uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah
sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki
Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran
daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di
Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara
tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau
bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar
kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu
telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi
etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.
Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu
didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi
daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang
daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana
kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).
Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di
bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab
mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di
Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan
penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa
setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam
aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Hal ini kerana, masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar
daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar
berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui
beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama
di Tanah Melayu. Bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah
dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen
yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem
sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu
ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan
Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan
masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan
mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga
mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar.
Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya
berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India
datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih
kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun,
bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India.
Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes,
Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat
Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang
Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada
kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang
dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20an.
Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah
bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih
berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka.
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat
majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada
mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian.
Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 mei 1969.
Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan
pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara
tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih
membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau
heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok.
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina
dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang
berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut

berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud
beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok
Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan MelayuArab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih
50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu
menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa
Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan
budaya seni mereka yang sangat kaya.
Kaum Cina pula adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina
merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini berasal daripada
pendatang ke negara ini pada kurun ke-19.Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai
berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien
yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga
kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor.
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India
merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India
yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu.
Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta
yang diamalkan di India.Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya
mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
Menurut J.S Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang
muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut
kehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial. Ini telah mewujudkan kelompokkelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnivall menambah bahawa
kelompok-kelompok berbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu bercampur tetapi
tidak bergabung. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan, bahasa,
idea-idea dan cara-cara kehidupan sendiri. Komuniti-komuniti dalam masyarakat majmuk itu
hidup secara berdekatan, tetapi terpisah dalam unit politik yang sama. Sistem pembahagian
buruh dalam bidang ekonomi pula adalah berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat
itu mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan.
Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan
pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini
ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat
Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan
ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk
ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut:
i. Politik
Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai
sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan
kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas. Hal ini
berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan

menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran


balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga
menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya
sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi
1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi
menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan
pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya
Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing
bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap
mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi
oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris
menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan
dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi
Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang
memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh
imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing,
tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti
semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke
negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.
Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa
kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang
berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat
keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh
masyarakat pribumi
ii. Ekonomi
Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan
perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah
dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong
kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan
hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di
perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.
iii. Sosial
Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan
Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di
Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan
lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat
dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan
pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza
serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.
Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan
pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan
bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar
pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi
mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan

kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak
para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan
lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh
pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya
menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi
penjajah.
Konsep masyarakat majmuk juga merujuk kepada etnik iaitu di Malaysia etniknya
merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk
adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang
berkait rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan tekanan
pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan pertalian darah yang sama
antara sesama manusia (Mansor Abdul Rahman & Mohamad Ainuddin, 2006). Dalam
konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup
berlainan, tetapi di bawah sistem politik yang sama.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan
ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan,
orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India,
Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya
bersikap etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagal wajar, betul dan lebih
utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun
berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.
Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada
rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau
sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan
tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga
yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti
mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga
membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca
mata etnik sendiri.
Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali dicampur aduk sehingga maknanya
menjadi lebih kurang sama. Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagal etnik lain di Sabah
dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan
seharian.
Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai
tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal yang nyata seperti warna
kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Ciri paling ketara yang digunakan untuk
membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh
sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
prbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan mi ditunjukkan secara terbuka
melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang
diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal biologikal yang
lain.

Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi. Pada tahap
individu, rasisme benlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang
berstatus lebih tinggi clan ada ras yang berstatus lebih rendah. Rasisme pada peringkat
individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu. Pada tahap institusi,
rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk
ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza. Rasisme pada tahap institusi ini
dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.
Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal
budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan
sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial,
susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaan dan budaya bukan
kebendaan. Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta,
perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang reka
bentuknya berbeza dengan orang lnggeris atau orang Eskimo. Manakala budaya bukan
kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat
mempunyal adat istiadat yang tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya dalam adat
perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan
manakala bagi masyarakat India hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan
kepada pihak lelaki. Dalam budaya Melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja
dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata tetapi juga sebagai satu perlembagaan
hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebagai alat
komunikasi. Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam
mengendalikan hidup bermasyarakat clan berbudaya.
Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama, membina
imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identity, dan kedua ialah memupuk
kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan
mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara
pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh
itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual clan kebendaan yang
dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan
keadaan sekeliling (Mohd Taib Osman, 1988).
Menurut J.S Furnival (1948) lagi, konsep Masyarakat majmuk merujuk kepada
masyarakat campuran yang berbilang bangsa iaitu terdiri dari berbagai ras atau etnik yang
berada di bawah satu pemerintahan. Campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul
tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama yang berbeza.
i. Melayu
Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih
50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu
menunjukkan orang itu mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan
mempunyai keturunan Melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni
mereka yang sangat kaya.
Umumnya, orang Melayu merupakan penganut agama Islam. Pada masa lalu,
sebahagian besar orang Melayu di Semenanjung merupakan penduduk luar bandar. Namun,

keadaan tersebut mula berubah kerana proses penghijrahan ke bandar yang bermula sejak
tahun 1970-an sehingga masa kini. Bagi yang masih tinggal di luar bandar, kebanyakannya
terlibat dalam aktiviti ekonomi pertanian dan perikanan, sama ada dalam skala kecil-kecilan
atau secara komersial. Manakala sebahagian besar etnik Melayu di bandar terlibat dalam
pelbagai sektor seperti sektor perkhidmatan awam, sektor swasta, dan turut terlibat dalam
sektor perdagangan dan perniagaan.
ii. Cina
Orang Cina merupakan golongan etnik kedua terbesar di Semenanjung. Masyarakat
mi menganuti pelbagai agama seperti Buddhisme, Konfusianisme, Kristian, Taoisme dan
Islam. Sebahagian besar etnik Cina tertumpu kepada sektor perdagangan dan perkhidmatan.
Dari segi petempatan, sebahagian besar orang Cina tertumpu di bandar-bandar utama,
khasnya di Lembah Kiang.
iii. India
Orang India pula merupakan golongan etnik ketiga terbesar di Semenanjung. Pada
masa lalu, sebahagian besar orang India bekerja dan menetap di estet. Pada masa kini,
terdapat kalangan mereka yang berpindah ke bandar-bandar dan menerokai pekerjaan di
sektor perdagangan atau perkhidmatan dan menjalani penghidupan bandar. Dalam kategori
etnik India, terdapat golongan subetnik seperti orang Sikh, Tamil, Malayali dan Singhala.
Secara umum, etnik India di negara ml merupakan penganut pelbagai agama seperti Hindu,
Sikhisme dan Islam.
iv. Etnik-entik lain
Golongan etnik terkecil di Semenanjung tetapi terkenal dalam kajian antropologi
ialah Orang Asli. Kebanyakan Orang Asli merupakan penduduk di kawasan pedalaman di
beberapa negeri di Semenanjung. Mereka menganut kepercayaan tradisional, animisme,
Kristian dan Islam. Selain Orang Asli, terdapat kelompok-kelompok kecil seperti
masyarakat Baba-Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang, masyarakat Portugis di Melaka, dan
Thai di beberapa negeri di utara Semenanjung. Kesemua masyarakat minoriti tersebut
mempunyai budaya yang unik, seperti budaya masyarakat Baba-Nyonya.
Dalam sektor pekerjaan pula menurut Furnivall, terdapat pembahagian tenaga
buruh yang ketara mengikut kaum. Aspek pekerjaan ialah berbeza-beza mengikut kaum
iaitu setiap kaum menjalankan kegiatan pekerjaan tertentu untuk mencari sumber
pendapatan mereka untuk menyara kehidupan seharian mereka berdasarkan keseuaian
dan kemahiran mereka sendiri. Orang Melayu mengurus dalam bidang pertanian dan
penangkapan ikan, orang Cina mengurus perlombongan dan perdagangan. Bagi
golongan India pula kegiatan perladang getah dan perladangan lain. Kegiatan ekonomi
yang di jalankan ini juga terpisah iaitu tempat kediaman mereka berlainan dan mengikut
cara kerja yang dilakukan. Golongan Melayu tinggal di kampung berhampiran kawasan
pertanian dan pinggir laut, Cina tinggal di perlombongan dan bandar sebagai pusat
untuk menjalankan perniagaan, India tinggal di stet-estet dan kelapa sawit. Oleh itu,
taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis pekerjaan.

KESIMPULAN

Pada hari ini, Masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad
ke-19, lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu. Namun pada pertengahan abad
ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal
Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di
Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola
penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia.
Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu,
India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.
Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai
bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah
maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat
Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang
berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat
Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah
Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil
bangsa atau kaum lain.
Apabila bermulanya kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga
penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik
dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah
negara yang kaya dengan budaya, adat resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang
berlainan.
Oleh kerana itu, maka Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang
mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya,
Melayu merupakan kelompok etnik majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus,
sementara Cina mewakili lebih kurang 25 peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalah
terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu
di Sarawak, Kadazan dusun, Murut, dan Bajau di Sabah.Kemajmukan masyarakat Malaysia
menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Di sebabkan hal ini,Masyarakat
majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai
kaum serta identiti. Malaysia amat terkenal dengan adanya masyarakat majmuk yang
berbilang kaum. Pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia pada
abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak.
Dari aspek kesinambungan, kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan
banyak kesan, sama ada kesan positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada cara
bagaimana kita melihat dan mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar
ke Tanah Melayu telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya
baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur
politik
rakyat
dan
sebagainya.
RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Ismail,( 2005), Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala
Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.
A. Aziz Deraman (2001). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (edisi baharu). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Anthony D. Smith, 1986. The Ethnic origins of Nations.BlackWell oxford UK &Cambrige
USA.
Chin Yee Wah. 2003. Budaya dan Keusahawanan Cina di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.
Graham Saunders The Development Of a Plural Society In Malaya.
Harris Md. Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
J.E.Goldthorpe The Sociology Of The Thirdworld.
J.S Furnivall (1956). Colonial Policy and Practice :A Comparative Study of Burma and
Netherlands India (Indonesia).
J.S. Furnivall, (1965). Colonial policy and practices. New York: New York University Press.
(Asalnya diterbit pada tahun 1948).
J.S Furnivall,. (1967). Netherlands India: a study of Plural Economy. Cambridge: Cambridge
University Press.
J.S, Furnivall, Netherlands India: a study of plural economy (Cambridge: at the
University Press, 1939 [reprinted 1967]).
J.S. Furnivall, (1980). Plural society. Dalam Hans-Dieters Evers (ed.), Sociology of SouthEast Asia: Reading on social change and development. Kuala Lumpur: Oxford
University.
J.S Furnivall, Colonial policy and practice: a comparative study of Burma and
Netherlands India (New York: New York University Press, 1948).
Jurnal hubungan etnik dalam pembentukan jati diri kebangsaan: perspektif tamadun melayu
oleh Abdul Latif Samian.
Shamsul Amri Baharuddin 2007, Modul hubungan etnik ,. Kementerian pengajian tinggi,
Malaysia.
Ting Chew Peh. 1987. Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengantar. Kuala Lumpur: Pustaka
Dimensi.
Wan Halim Othman. 1992. Asas Hubungan Etnik. Pulau Pinang: Pusat Penyelidikan Dasar,
Universiti Sains Malaysia.
LAMPIRAN

Laporan Abdul Rahman Talib (1960)


Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang
terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang
terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu :

Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
utama dan proses penukaran bahasa pengantar.

Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di


peringkat rendah, menengah,dan menengah atas

Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir

Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian
sebagai teras.
Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan
Laporan Rahman Talib ialah:

Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma

Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.


Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
Murid naik darjah secara otomatik
Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.
Pendidikan akhlak dititikberatkan.
Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah
menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah
menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan
Perdagangan.
Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia
ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat
tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai,
kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan
ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.
Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn
(1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.
Posted by I N D A H

You might also like