You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

BENGKEL ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK 2016


SMK JATI, IPOH
1.0

PENDAHULUAN
Satu ujian inventori telah dilaksanakan bagi mengenal pasti kelemahan pelajar
dalam bidang pembelajaran Fizik tingkatan 5. Keputusan ujian mendapati
bahawa pelajar kurang menguasai konsep asas Elektrik dan Elektronik.
Menyedari hakikat ini, Panitia Fizik

telah mengambil inisiatif untuk

mengadakan Bengkel Elektrik dan Elektronik bagi meningkatkan kefahaman


pelajar dalam tajuk tersebut.
2.0

MATLAMAT
Panitia Fizik berharap melalui bengkel ini, pelajar dapat memahami dan
menggunakan konsep asas Elektrik dan Elektronik dalam menyelesaikan
masalah.

3.0

OBJEKTIF
Di akhir bengkel ini, para pelajar dapat:
4.1

Merancang dan menjalankan eksperimen untuk menentukan hubungan


antara arus dan beza keupayaan.

4.2

Memahami kehendak soalan dalam menyelesaikan masalah melibatkan


arus, beza keupayaan dan rintangan bagi litar sesiri, selari dan litar
gabungan.

4.3

Menyelesaikan masalah melibatkan d.g.e. dan rintangan dalam.

4.4

Menghuraikan prinsip kerja osiloskop sinar katod.

4.5

Menghuraikan kegunaan diod sebagai rektifier, kapasitor sebagai


perataarus dan transistor sebagai amplifier arus dan suis automatik.

5.0

SASARAN
Program ini mensasarkan penyertaan semua pelajar Tingkatan 5SN dan 5ST
seramai 50 orang.

6.0

TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh : 16 Julai 2016
Masa : 7.30 pagi 12.30 tengah hari
Tempat: Makmal Fizik 1 &Kantin.

7.0

JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat I
Penasihat II
Penasihat III
Penyelaras
Setiausaha
Fasilitator

8.0

: Puan Hajah Halijah binti Abdullah


(Pengetua)
: Puan Hajah Azita binti Tan Sri Datuk Abdul Aziz
(Penolong Kanan Pentadbiran)
: Tuan Haji Azmy bin Mohamed Nazir
(Penolong Kanan HEM)
: Puan Baby Ranee a/p Muthusamy
(Guru Kanan Sains dan Matematik)
: Cik Nurul Nabisah binti Haji Mohamad
(Ketua Panitia Fizik)
: Muhammad Afdhal bin Mohamad Zaki (5SN)
Muhammad Azri Syazwan bin Mohd Zahari (5SN)
Vidyavashni a/p Gopala Krishnan (5SN)
Nurauni Nabilah binti Shahrulniza (5SN)
Muhammad Nursyahmi bin Mohamad Nazri (5ST)
Muhammad Afif Iman bin Mohamad Salehuddin (5ST)
Mohamad Farabi bin Hanafiah (5ST)
Muhammad Hakimi bin Abdul Wahab (5ST)
Nur Farah Azlin binti Azli (5ST)

ATURCARA PROGRAM

Masa
7.30 7.45am
7.45 8.45 am

Aktiviti
Pendaftaran pelajar
Bengkel Elektrik I : Eksperimen

8.45 9.00 am
9.15 10.40 am

(Cik Nurul Nabisah binti Haji Mohamad dan 9 orang fasilitator)


Rehat
Bengkel Elektrik II : Modul Soalan Percubaan Negeri

10.45 11.00 pm
11.00 12.30 pm

(Cik Nurul Nabisah binti Haji Mohamad dan 9 orang fasilitator)


Rehat
Bengkel Elektronik : Modul Soalan Percubaan Negeri

9.0

(Cik Nurul Nabisah binti Haji Mohamad dan 9 orang fasilitator)


ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara

Jumlah (RM) Sumber kewangan

1
2

Modul Soalan Percubaan Negeri


(RM3.00 50 peserta)
Makanan pelajar/guru (RM2.00 51)
Jumlah keseluruhan

10.0

150.00
102.00

Wang Kecemerlangan
PIBG

252.00

SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara
1

Jumlah (RM)

Wang Kecemerlangan PIBG

252.00
Jumlah keseluruhan

11.0

252.00

PENUTUP

Asas ilmu yang kukuh membantu pelajar memahami kehendak soalan seterusnya
membantu pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah. Pihak panitia berharap bengkel
ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan
seterusnya menyediakan pelajar menguasai bentuk soalan SPM.

Disediakan oleh,

..
(CIK NURUL NABISAH BINTI HAJI MOHAMAD)
Ketua Panitia Fizik,
SMK Jati, Ipoh.
Disahkan oleh,

..
(PUAN HAJAH HALIJAH BINTI ABDULLAH)
Pengetua,
SMK Jati, Ipoh.

You might also like