You are on page 1of 4

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR

Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara KBSR dengan KSSR secara
ringkas.

sumber : laman sesawang KPM

1.PERSAMAAN KBSR dengan KSSR


Sepertimana yang telah kita ketahui, kewujudan KSSR ini adalah merupakan satu
proses transformasi daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ini menjadikan
KSSR mempunyai sedikit persamaan dengan KBSR.
Antara persamaan KBSR dengan KSSR ialah
I.
Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di mana prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip
yang didukung oleh KBSR iaitu pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan si pelajaran diintergrasikan
supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur-unsur intelek, rohani,
emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid. Prinsip lain yang sama-sama
dipegang KBSR dan KSSR ialah perkembangan individu secara menyeluruh,
peluang pendidikan yang sama serta pendidikan seumur hidup.
II.
KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi kurikulum.
Kedua-dua kurikulum ini diorganisasikan mengikut tahap iaitu, Tahap 1 dan Tahap 2.
Walaubagaimana pun, pengkategorian dalam organisasinya pula telah berbeza(akan
dihuraikan di bawah tajuk perbezaan KBSR dan KSSR). KBSR dan KSSR juga turut
memberikan penekanan dalam bidang kokurikulum dan pembangunan insaniah.

2.PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSR

Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ;
reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran,
pembahagian masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.
I.

Reka bentuk kurikulum.

KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang
Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri
Individu. Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara
menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang
kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan
bersistematik.
Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada
KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan;
Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan
Diri menjadi bidang utama dalam KSSR.
Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk
memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi
banyak peluang kepada mereka untuk menjalani independent learning .
Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang
disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil
pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. Berlainan dengan
KSSR di mana dibentuk secara modular yang merupakan satu kurikulum yang
kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian
atau unit yang dinamakan sebagai modul.
II.

Bahan Kurikulum
Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga
membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid
berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua
dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan
itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang
mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard
Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk
membuat perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi
kaedah, strategi serta teknik mengajar.

III.

Organisasi Kurikulum
KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu
membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun
3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam
penstrukturan mata pelajaran.
Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan
tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada
buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru

sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar
melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan
pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam
matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah
menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara
interaktif dan hands-on.

IV.

Fokus Kurikulum.
Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap
kurikulum . Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid.
KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas
iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan
mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang
perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas
yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran
Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas
4M manakala di tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.

V.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)


Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana
hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza pula dalam
perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen
Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha
memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini
diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane
yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta
berkeperibadian mulia.

VI.

Kaedah Penilaian.

Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan
kaedah penilaian
Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif
dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah
secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan
semasa KBSR berbanding pernilaian formatif.
Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR
menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses
pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh
pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul

maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran
ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal,
tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.
KESIMPULAN
KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing. Namun perubahanperubahan yang berlaku disebabkan rasional-rasional atau alasan yang kukuh serta
mengikut kehendak perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa, maka
transformasi perlu dilakukan. Segala penambahbaikkan dalam kurikulum ini perlu
dilakukan bagi menyediakan warga negara kita untuk menghadapi arus kemodenan
dalam menentang cabaran abad ke-21.
Ini jelas dapat dilihat dalam objektif KSSR yang lebih berfokuskan ke arah
kemahiran-kemahiran seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal.
Kemahiran-kemahiran ini meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran dalam
teknologi dan maklumat. Kemahiran-kemahiran dalam KSSR juga diperlukan bagi
menyiapkan diri menghadapi cabaran masa hadapan dan mempertingkatkan lagi jati
diri daripada peringkat akar lagi.

You might also like