You are on page 1of 1

No.

Kod : ELMK 3053 Angka Giliran: 2020162340070__________________________

1. Buat perbandingan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah


(KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan
Moral.

Antara perbandingan KSSR dan KBSR ialah matlamat bagi KBSR dan KSSR berbeza.
Secara ringkasnya, KBSR bermatlamat untuk memastikan perkembangan
potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Manakala, KSSR
mensasarkan pencapaian jangka panjang bagi memastikan pelajar mempunyai semangat
kecintaan negara di samping menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi
serta melahirkan modal insan yang boleh menangani cabaran pada masa depan. Malah,
matlamat KSSR lebih menumpukan ke arah skop yang luas bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segala aspek supaya mereka dapat
bersedia menangani dan menghadapi cabaran dunia globalisasi kini berbanding
KBSR yang hanya menjurus ke arah perkembangan potensi murid secara menyeluruh. Oleh
itu transformasi pendidikan yang berubah daripada sistem KBSR kepada KSSR telah
mengubah matlamat pendidikan rendah dan membuka skop yang lebih luas lagi relevan
dengan keadaan semasa.

[ 5 markah]

2. Huraikan mengenai tunjang kerohanian, sikap dan nilai yang terdapat dalam Kerangka
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Moral.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran
yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin
ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral
bagi murid bukan Islam. Pendidikan Moral memfokuskan pembentukan insan berakhlak
mulia dengan berteraskan tiga domain iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan
moral. Objektif Pendidikan Moral juga selari dengan tunjang kerohanian, sikap dan nilai yang
terdapat dalam kerangka KSSR iaitu mengetahui dan memahami amalan nilai masyarakat
Malaysia, menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan seharian serta
mengeratkan hubungan dengan anggota masyarakat ke arah mengukuhkan perpaduan.

[ 5 markah

You might also like