You are on page 1of 2

PERBEZAAN KBSM DAN KSSM

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah kurikulum persekolahan yang


dilaksanakan di semua sekolah menengah. KSSM akan menggantikan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KSSM telah dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat di sekolah menengah bermula dengan murid Tingkatan 1
mulai 2017. Pelaksanaan KSSM mengambil kira hasrat Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menyarankan KBSM disemak semula.

KSSM diperkenalkan kerana terdapat keperluan untuk menjadikan Kurikulum


Kebangsaan lebih holistik dan relevan selaras dengan keperluan abad 21. Di abad 21
, Negara memerlukan modal insan yang berfikiran krritis,kreatif dan inovatof
seterusnya boleh member sumbangan kepada Negara dan mempunyai daya saing
diperingkat global. Murid yang mengukuti KSSM akan mempunyai cirri-ciri yang
dihasratkan seperti kemahiran berfikir,komunikasi, kerja sepasukan,kepimpinan
flexible, berinisiatif terarah kendiri,teknologi maklumat dan komunikasi
,keusahawanan, belajar sepanjang hayat dan kebolehan menyesuaikan diri.

Kurikulum standard dibangunkan mengikut suatu criteria yang ditetapkan


berdasarkan persekolahan. Ia diterjemahkan melalui Standard Kandungan,Standard
Pembelajaran dan Standard prestasi. Dokumen yang Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) digunakan bagi melaksanakan kurikulum semua mata pelajaran
di bawah KSSM.
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan di
sekolahsekolah mulai tahun 1989 seterusnya pada 1998 ia ditukar kepada
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 2014 kepada Kurikulum
Standard Sekolah Menengah. KBSM digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Negara. Ia selaras dengan matlamat pendidikan Negara ke arah
menghasilkan insan seimbang berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Dalam rancangan KBSM ,pendidikan bersepadu merupakan satu
strategi penting bagi menjalin dan mengadunkan unsure-unsur ilmu dan
kemahiran,bahasa dan nilai-nilai dalam semua mata pelajaran.

Terdapat perbezaan diantara KBSM dan KSSM


1. Rekabentuk kurikulum

Kerangka kurikulum KBSM berdasarkan 3 bidang iaitu komunikasi,manusia


dan alam sekeliling dan pembangunan diri individu. Manakala KSSM
berasaskan kepada 6 tunjang iaitu komunikasi,perkembangan fizikal dan
estetika,kemanusiaan,keterampilan diri, Sains Teknologi , engineering dan
Matematik (STEM), serta kerohanian ,sikap dan nilai. Rekabentuk kurikulum
KBSM juga adalah berasaskan hasil pembelajaran manakala KSSM
berasaskan Standard kandungan, satandard pembelajaran dan Standard
prestasi.
2. Dokumen kurikulum
KBSM menggunakan sukatan pelajran dan huraian sukatan pelajaran
manakala KSSM menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP)
3. Peruntukan masa

KBSM memperuntukkan masa mengikut minit seminggu manakala KSSM


minimum jam setahun
4. Organisasi kurikulum

KBSM dan KSSM mempunyai organisasi kurikulum yang sama iaitiu mata
pelajaran teras, mata pelajaran wajib,mata pelajaran tambahan dan
matapelajaran elektif.
5. Elemen merentas kurikulum

KBSM dan KSSM masing masing menggunakan elemen Bahasa,Sains &


Teknologi,Tekonologi Maklumat & Komunikasi(TMK),kelestarian alam ,nilai
murini dan patriotism. Walaubagaimanapun KSSM mempunyai elemen
tambahan iaitu kreativiti dan inovasi,keusahawanan dan kelestarian global.
6. Penekanan pedagogi

KBSM dan KSSM menekankan pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran


kontekstual,pembelajaran kolaboratif,pembelajaran berasaskan projek. Tetapi
tambahan di dalam KSSM ialah pembelajaran berasaskan penyelesaian
masalah, pendekatan konstruktivisme, pendekatan Science Technology
,Engineering and Mathematics (STEM).
7. Jenis pentaksiran

Pentaksiran di dalam KBSM hanyalah secara sumatif dan formatif sahaja,


manakala pentaksiran KSSM adalah berdasarkan Pentaksiran disuratkan
dalan DSKP sebagai Standard Prestasi

You might also like