You are on page 1of 3

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (20132025)

PPPM: 11/09/2012
3 OBJEKTIF PPPM (2013-2025)
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan
Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan,
meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti),
menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan
keberkesanan sistem.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem
pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga
tahun 2025.
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh
untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama
dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan
sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat
serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.
3 GELOMBANG PPPM (2013-2025)
Gelombang Pertama (2013 hingga 2015),
Menambah baik kualiti pendidikan negara supaya setanding
dengan pencapaian purata global.
Tiga bidang tumpuan:
1- menambah baik pengajaran di bilik darjah
2- meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah
3-meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris

Ketiga-tiganya merupakan pemacu utama bagi menambah baik


kualiti guru dan pengetua atau kerana keperluan bagi
keseluruhan aspirasi ekonomi negara (bahasa Inggeris).
Inisiatif yang memberikan tumpuan kepada isu lain seperti
penambahbaikan kurikulum dan peningkatan infrastruktur.
Gelombang Kedua (2016-2020),
Melaksanakan perubahan dari segi struktur untuk mempercepat langkah
perubahan dengan perancangan bagi semua inisiatif akan bermula semasa
gelombang pertama.
1- Menggerakkan semua 410,000 orang guru dan 10,000 pengetua atau guru
besar kepada pakej kerjaya baru
2- Menstruktur dan menjajarkan pejabat Persekutuan, negeri serta daerah
terhadap fungsi baru.
Ini bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan
memperkenalkan kurikulum sekolah menengah yang baru dan
kurikulum sekolah rendah yang disemak dalam menangani isu
mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan
untuk berkembang maju di persekitaran ekonomi global masa
kini.
Gelombang Ketiga (2021-2025),
Semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukkan prestasi yang lebih
tinggi daripada standard minimum.
1- Menumpukan perhatian kepada peningkatan keluwesan operasi untuk
menyemai budaya pemimpin rakan sebaya ke arah kecemerlangan
profesional.
2- Menggerakkan kebanyakan sekolah ke arah model pengurusan
berasaskan sekolah dan menambah model inovasi pengajaran yang
berjaya.

Matlamatnya adalah untuk membentuk suatu sistem tadbir urus kendiri yang
mampu membuat pembaharuan dan membawa pencapaian ke tahap lebih tinggi.
3 FASA PPPM (2013-2025)

11 ANJAKAN PPPM (2013-2025)


1.

Fasa 1 melibatkan kajian semula dan diagnostik menyeluruh tentang


sistem pendidikan. Fasa ini bermula dengan penilaian terperinci
prestasi sistem pendidikan Malaysia, memberi tumpuan terhadap
keberhasilan murid, mentaksir punca sebenar dan penggerak utama
pencapaian tahap prestasi masa kini, di samping mengenal pasti
kecemerlangan yang terdapat dalam sistem pendidikan sebagai model
untuk diikuti dan dicontohi

2.

Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf


antarabangsa.
Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris.

3.

Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4.

Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

Fasa 2 memberikan tumpuan kepada penyediaan laporan awal Pelan


Pembangunan Pendidikan dengan menggunakan dapatan dalam
Fasa 1 untuk mengenal pasti bidang keutamaan dan memperincikan
program transformasi yang komprehensif tentang dasar dan inisiatif
yang akan dilaksanakan bagi tempoh 13 tahun yang akan datang
antara tahun 2013 hingga 2025. Fasa ini merangkumi maklum balas
yang dijana daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara dan Makmal
Pendidikan GTP2.0

5.

Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6.

Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian


khusus berasaskan keperluan.

7.

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8.

Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

Fasa 3 akan memberikan tumpuan untuk menyiapkan Pelan


Pembangunan Pendidikan. Fasa ini akan lebih melibatkan rundingan
dan pelibatan dengan guru, ibu bapa, murid dan pihak berkepentingan
yang lain bagi mendapatkan maklum balas tentang laporan awal
Pelan Pembangunan Pendidikan. Maklum balas ini akan dimasukkan
dalam laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan.

9.

Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.


11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

5 ASPIRASI PENDIDIKAN

6 ASPIRASI MURID

You might also like