You are on page 1of 4

Hari Yang Indah Penuh Ceria

Hari Yang Berbahagia Penuh Bermakna


Kami Bawakan Kepada Anda Majlis Jasamu Dikenang Dan Sambutan Hari Lahir
Cikgu Suhaimi b Mustafa
Bissmillahirrahmanirahim
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Nyanyian Lagu Negaraku
Yang Berusaha Norminah Bt Haji Abdul Aji
Guru Besar SK Kerukan
Yang Dihormati
Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,
Rakan-Rakan Guru ,
Kakitangan Sk Kerukan.
Murid-murid Yang Dikasihi Sekalian
Bagi Pihak Jawatankuasa Pelaksana Mengucapkan Selamat Datang Ke Majlis
Jasamu Dikenang Dan Sambutan Hari Lahir Cikgu Suhaimi SK
Kerukan..Alhamdulillah Kita Bertemu Pada Hari Yang Cukup Bermakna. Kerana Kita
Dipertemukan Kembali dengan Cikgu Suhaimi Yang Banyak Menabur Jasa Dan Budi
Di Sk Kerukan .
Kuning Emas Masaknya Padi
Mawar Merah Dahannya Berduri
Terima Kasih Daun Keladi
Kerana Sudi Menghadirkan Diri.
Pastinya Meriah Majlis Ini
Bersama Insan Yang Pernah Menabur Budi
SememangnyaJasamu Dikenang Budimu Tak Terbilang.
Bacaan Doa
Hadirin Yang Dihormati,
Menandah Tangan Tanda Kerendahan
Lafaz Bismillah Memperkukuhkan Tautan
Doa Dipohon Penuh Pengharapan
Agar Majlis Mendapat Keberkatan
Bagi Menambah Keberkatan Majlis Kita Di Malam Yang Penuh Bermakna Ini,Marilah
Sama-Sama Kita Menadah Tangan Mengaminkan Bacaan Doa Yang Akan Dilafazkan
Oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Fudhail Bin Azemy.

Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.


Amin Amin Ya Rabbal Alamin
Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Atas Bacaan Doa Itu Tadi.
Ucapan guru Besar
Bukan Keris Tanpa Ulunya
Bukan Majlis Kalau Tanpa Ucapannya
Sebagai Pembuka Persada Ucapan.Majlis Dengan Hormatnya Mempersilakan Cikgu
Norminah Bt Haji Abdul Aji ,Guru Besar Sk Kerukan Untuk Menyampaikan
Ucapan.Majlis Dengan Hormatnya Mempersilakan.
Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Puan Guru Besar.
Ucapan Cikgu Suhaimi
Hadirin Yang Dihormati,
Sedikit info ringkas berkenaan dengan cikgu suhaimi yang kita kasihi ini, beliau
dilahirkan pada 11 april 1955. Beliau merupakan pelajar di SM St Johns Beaufort
pada tahun 1974 dan meneruskan pengajian beliau ke maktab perguruan kent
sehingga tahun 1977. Penempatan pertama beliau sebagai guru di SK Bakapit
Lahad Datu pada tahun 01.01.1978 dan sebanyak 5 buah sekolah beliau telah
berkhidmat sehingga di Sk kerukan sebagai sekolah dan destinasi terakhir sebagai
seorang guru.
Sudah Biasa Kita Dengari
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Namun Tak Sama Guru Yang Ini
Tak Mungkin Ada Galang Ganti.
Seterusnya Majlis Mempersilakan Cikgu Suhaimi Bin Mustapha Untuk Memberikan
Sepatah Dua Kata .Majlis Dengan Segala Hormatnya Menjemput Dan
Mempersilakan.
Majlis Merakamkan Setinggi-Tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Cikgu
Suhaimi Atas Ucapan Itu Tadi.
Banyak Duri Perkara Duri
Tidak Sama Duri Mengkuang
Banyak Budi Perkara Budi
Tidak Sama Budimu Seorang
Kain Songket Cantik Kilauan
Ditenun Oleh Orang Kemaman

Tak Terbalas Budimu Tuan


Kami Merakam Setinggi-Tinggi Penghargaan.
Pastinya Kami Warga SK kerukan Tidak Akan Lupa Dengan Jasa Dan Pengorbanan
Cikgu Suhaimi.
Persembahan
Terbang Bebas Si Rama-Rama
Teratai Mekar Di Tengah Lembah
Jamuan Malam Diiringi Irama
Persembahan Nyanyian Turut Dipersembah..
Hadirin Yang Dihormati Sekalian, Sambil Menikmati Hidangan Majlis Dihangatkan
Lagi Dengan Persembahan Dari wakil tahun 5 dan 6. Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan tadi.
Potong Kek
Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan cikgu suhaimi diringi oleh Puan
guru besar bersama guru-guru untuk acara memotong kek. Majlis mempersilakan.
Persembahan Kedua
Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Cikgu Suhaimi untuk
mengimpresikan bakat yang yang terpendam selama ini yang belum kita pernah
ketahui disaat kita bersama beliau selama ini. Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan.
Seterusnya Dijemput Pula Kumpulan Kedua Untuk Membuat
Persembahan.Dipersilakan.
Persembahan Ketiga
Seterusnya Kita Nikmati Pula Persembahan Ketiga daripada wakil guru SK Kerukan.
Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan .
Terima Kasih Atas Persembahan Itu Tadi.
Penyampaian Cenderamata
Hadirin Dan Hadirat Sekalian,Majlis Seterusnya Adalah Penyampaian Cenderamata
Sebagai Tanda Kenang-Kenangan Buat Insan Yang Kita Raikan Pada Hari Ini.
Sebelum Itu ,Majlis Dengan Segala Hormatnya Ingin Menjemput Dan Mempersilakan
Pn Norminah Haji Abdul Aji Untuk menyampaikan cenderahati Kepada Cikgu
Suhaimi Bin Mustapha Yang Baru Menamatkan Perkhidmatan kelmarin.

Begitulah Tadi ,Upacara Penyampaian Cenderamata Kenang-Kenangan Khusus


Untuk En Suhaimi Bin Mustpha.
Terima Kasih Diucapkan Kepada Puan Norminah Atas Kesudian Menyampaikan
Hadiah.
Penutup
Tiba Waktunya Untuk Menyusun Jemari
Membuang Segala Kerikil Bersalut Dihati
Maafkan Kami Andai Ada Salah Silap Tanpa Disedari
Agar Saat Perpisahan Ini Indah
Berbunga Mesra Dalam Jambangan Ingatan.
Pada Cikgu Suhaimi Yang Bakal Pergi Meninggalkan Kami Di SK kerukan Ini..
Jelinglah Kami Jika Rindu Masih Bertamu
Sapalah Kami Andai Mesra Akrab Berpadu
Selamat Menjalani Kehidupan yang baru
Selamat Bersara Menjadi Guru
Semoga Allah Sentiasa Memberkati
Majlis Mengucapkan Terima Kasih Sekali Lagi Kepada Semua Tetamu Dan Hadirin
Yang Sudi Meluangkan Masa Bersama-Sama Memeriahkan Majlis Jasamu Dikenang

Dari Mana Asalnya Usah Diusul


Molek Budinya Menambat Hati
Dua Tiga Bicara Salah Tersasul
Jangan Disimpam Di Dalam Hati
Ubi Manis Ubi Keladi
Kalau Ada Ditambah Lagi
Sekiranya Umur Panjang Direstui
Kita Pasti Berjumpa Lagi
Kembang Harum Sibunga Seroja
Buat Hiasan Penyambut Tetamu
Terhidang Sudah Jamuan Dimeja
Dipersilakan Semua Hadirin Menjamu.
Untuk Itu Dipersilakan Hadirin Dan Hadirat Sekalian Untuk Menjamu Selera.
Sekian Sahaja ,Salam Hormat,
Wabillahi Taufik Wahidayah.Wassalamualaikum Wbt.

You might also like