You are on page 1of 2

SERI MUKA DURIAN

Resepi Oleh : Chef Asma


Rujukan : nourish!
Terbilan : Nourish Publishing & Events Sdn Bhd
Lapisan Bawah ( Pulut )
500 gm pulut ~ di rendam selama 4 jam
300 gm santan pekat ~ ita guna santan KARA
300 ml air
2 sudu teh garam
Sediakan loyang 10 X 10 inc
Lapik loyamg dengan plastik 16 X 16 inc dan oleskan dengan sedikit minyak jagung
atau minyak masak
Pulut di cuci bersi dan toskan
Tuangkan pulut ke dalam loyang dan ratakan
Masukkan garam dalam santan pekat dan kacau rata
Tuangkan santan tadi dalam air dan kacau rata
Tuangkan dalam loyang pulut
Tutup dengan kertas aluminium dan kukus dalam kukusan yang telah mendidih selama
30 minit.
Sementara menunggu pulut kita masak kita sedikan pula lapisan atas.
Lapisan Atas ( Durian )
140 gm tepung beras
60 gm tepung ubi
60 gm tepung gandum
180 gm gula ~ resepi asal 140 gm gula ita tambah lagi 40 gm kerana ita rasa macam
kurang manis
270 ml santan pekat
470 ml air
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh air kapur
2 biji telur
Bahan B
100 gm isi durian ~ ita lebihkan 150 gm
100 ml air

Bahan C
1 sudu teh pewarna kuning telur
1/2 sudu teh pewarna lemon
1/8 sudu teh pewarna hijau

Dalam bekas, satukan tepung beras, tepung ubi, tepung gandum, gula, garam, air
kapur
telur , santan dan air
Kemudian di kacau rata
Jika berbentel, masukkan dalam bleder dan kisar halus
Kemudian di tapis
Satukan pula isi durian bersama air dan kisar dalam blender hingga halus
Campurkan isi durian dan adunan tepung tadi kedalam periuk, letakkan pewarna kuning
telur dan kuning lemon dan kemudian masak atas dapur dengan api yang perlahan
sambil senantiasa di kacau hingga berwap.
* ita campurkan semua warna sekali tu yang warna ita jadi hijau serindit
Mengikut cara Chef, beliau bahagiakan adunan kepada 3 bahagian
Kemudian ambil 3 sudu adunan dari setiap bahagian dan letakkan perawna hijau
Bila pulut dah masak, keluarkan dari kukusan dan tekan bagi padat
Tuangkan 1 bahagian adunan durian atas pulut dan ratakan
Kemudian titikkan dengan warna hijau dan dengan menggunakan lidi buluh, marbelkan
ia.
Kemudian tutup dengan aluminium dan kukus selama 15 minit
Bila dah 15 minit ulang kaedah dan cara yang sama untuk bahagian yang lain.
Untuk bahagian akhir kukus selama 20 minit
* ita tuang semua dalam loyang dan terus kukus selama 25 minit.
Bila dah masak, keluarkan dari kukusan dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.

Bila dah sejuk, bolehlah di potong deangan menggunakan pembaris dan pisau plastik,
untuk potongan yang lebih cantik dan sama.
Bolehlah di hidangkan

You might also like