You are on page 1of 13

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO IDRIS,

TANJONG IPOH 71500 KUALA PILAH,


NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA
SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1
MALAYSIA

TARIKH
10 JULAI 2012

MASA
7.30 PAGI 9.00 PAGI

TEMPAT

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO IDRIS


1.0

PENDAHULUAN

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada


pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat
sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Largest Simultaneous
Participation of School Students In An Aerobic Session. Secara keseluruhan
senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga
KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersamasama menjayakan aktiviti senamrobik ini. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan
Sukan Sekolah Siri 4 Bil. 1/2012 yang dipengerusi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Februari 2012 telah bersetuju
Bahagian Sukan menganjurkan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada
tahun ini. Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun, Bahagian Sukan
menganjurkan Bulan Kecergasan KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi Majlis
Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan.

Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik


sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk
melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih
terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur.
Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan

beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan


dan ketenangan minda.
Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu
meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat
disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat
meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa
merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan
kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat.
Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima.
Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang,
terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya
tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti
senamrobik juga meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan
kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan

2.0

RASIONAL

Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan
masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan
kerana senamrobik:

2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress
serta meningkatkan kekuatan fungsi otak

2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit
jantung dan pembuluh darah.
2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor
2.4 Dapat menurunkan kadar lemak dalam badan serta mengekalkan berat badan
sihat.

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia ini juga merupakan landasan bagi sekolah
melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di
semua sekolah seluruh Negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam
semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan
dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang
menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1Murid
1Sukan. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian muridmurid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup
sihat dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan murid-murid
dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi
menjayakan dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

.3.0 MATLAMAT

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid
yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin

sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk
melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan
gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti
senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan
diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

4.0 OBJEKTIF

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi


mencapai objektif berikut:
4.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;
4.2 melibatkan penyertaan semua murid;
4.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;
4.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;
4.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


10 Julai 2012

6.0 MASA
7.30 Pagi hingga 9.00 Pagi

7.0 TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Dato Idris, Tanjong
8.0 KUMPULAN SASARAN (LIHAT LAMPIRAN A)
8.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut:
8.1.1 Murid/pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah
swasta);
8.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan
8.2 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.

9.0 CADANGAN ATURCARA

7.30 pagi

: Semua Peserta Melapor Diri

7.35 pagi

: Ketibaan Dif-Dif Jemputan


: Ketibaan Tetamu Kehormat

7.45 Pagi

: Perhimpunan rasmi sekolah


: Bacaan Doa
: Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri
: Gimik Pelancaran

8.00 pagi
9.00 pagi

: Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bermula


: P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi Senamrobik
Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Carta Gantt Perancangan Aktiviti

Aktiviti
1.0 AKTIVITI
SENAMROBIK 1MURID
1SUKAN 1MALAYSIA

Tarikh pelaksanaan
28/6 29/6 02/7 03/7 04/7 05/7 06/7 07/10 09/7

1.1 Perancangan
Aktiviti

1.2 Pelantikan AJK

1.3 Latihan

Senamrobik

1.4 Persiapan Tempat

1.5 Pelaksanaan Aktiviti

10.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI


Jawatankuasa Pelancaran Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan

10/7

Pengerusi

: Pn.Hjh.Mysiah bt Hj.Idris (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi

: En.Said Ramlan bin Ishak (PK.Kokurikulum)

Naib Pengerusi i

: En.Mohd Khidzari bin Mohd Ali (PK. Pentadbiran)

Naib Pengerusi ii

: Pn.Normamisah bt Abd Rahman (PK.HEM)

Penyelaras

: Pn. Azizah bt Abd Aziz

Setiausaha

: Cik Tengku Nabila bt Tengku Mohamad


Cik Nur Nadia bt Ab Rahim

Bendahari

: Cik Hasliza bt Mat Isa

Bacaan Perutusan

: Pn.Normamisah bt Abd Rahman

Juruacara

: Puan Nor Azizah bt Abd Aziz


En.Yaacob bin Mohamad

Bacaan Doa

: Tn.Hj.Nazri bin Dollah

Siaraya

: En. Mohd Firdaus bin Abdullah


En. Mohd Aznie bin Mohd Nor

Buku Program

: Cik Norhaflida bt Abd Hamid


Puan Norhana binti Antari

Gimik Pelancaran

: Pn Norlaila bt Abu Zarim


Pn. Norhayati bt Abdullah

Kawalan Murid

: En Mohd Taufik bin Baharudin


Pn Norhakimah bt Mohd@Mat Isa

Persiapan tempat

: En Mohd Fazrul bin Sulaiman


Pn. Noorhuzaimah bt Awang@Husain

AJK Aktiviti

: Cik Tengku Nabila binti Tengku Mohamad


Cik Nur Nadia bt Ab Rahim

AJK Dokumentasi

: Pn. Nor Ezmawati bt Mohd Ezham


En. Mohd Azman bin Zahar

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN


ANGGARAN BELANJAWAN

BIL

PERKARA

KUANTITI

HARGA SEUNIT

(UNIT)

Buku Program

Gimik

RM0.20

JUMLAH
(RM)

RM 8.00
RM 10.00

RM 8.00
RM 10.00

Pelancaran

RM 18.00

12.0 SENARAI PERALATAN


1. LAPTOP
2. PEMBESAR SUARA
3. MIKROFONE
4. DVD

PENUTUP

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Sempena Pelancaran Bulan


Kecergasan Peringkat Kebangsaan KPM 2012 diharapkan dapat mengembalikan
semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan
sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya
bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

Disediakan Oleh:

(Tengku Nabila binti Tengku Mohamad)


Setiausaha
Aktiviti Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Sekolah Kebangsaan Dato Idris

(Nur Nadia bt Ab Rahim)


Setiausaha Bersama,
Aktiviti Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Sekolah Kebangsaan Dato Idris
Disahkan Oleh:


(Hajah Mysiah Bt Haji Idris)
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato Idris

You might also like