You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALABAN JAYA

PETI SURAT 108,


90108, BELURAN SABAH
TEL: 089-565552 ; FAX: 089-565600

BERWAWASAN

SEJARAH SMK BALABAN JAYA


Sekolah Menengah Kebangsaan Balaban Jaya (SMKBJ) dibuka pada tahun 2000.
Sekolah ini dibina di atas permintaan penduduk setempat dimana sepanjang 60 km
dari kawasan Sungai Gum-Gum, tiada sekolah menengah dibina, menyebabkan terjadinya
beberapa kes keciciran sekolah. Hanya segolongan pelajar sahaja yang dapat menyambung
pelajaran ke sekolah menengah yang berhampiran iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungai Gum-Gum dan Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran. Kedua-dua sekolah ini
telah tidak dapat lagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai.
SMKBJ berlokasi di kawasan tanah tinggi seluas 6 ekar persegi, tiga belas (13)
kilometer dari pekan Beluran dan 77 km dari bandar Sandakan. Sekolah yang mempunyai
21 orang guru dan menampung 266 orang pelajar ini beroperasi dengan menggunakan
sebuah bangunan satu tingkat kepunyaan sendiri dan dua blok bangunan papan milik SK
Balaban Jaya. Hingga kini SMKBJ hanya menjalani sesi petang.
Tahun 2004 SMKBJ beroperasi dengan lapan (8) buah kelas. Bagi setiap tingkatan 1
hingga tingkatan 3, terdapat dua buah kelas. Dan sebuah kelas untuk tingkatan 4 dan
tingkatan 5.
Pada tahun 2003, SMKBJ pertama kali menempuh peperiksaan SPM dengan
jumlah calon seramai 36 orang dengan peratus kelulusan 93 %. Pada tahun 2002 SMKBJ
mencapai keputusan 56% untuk PMR.
Dijangka pada tahun 2010, pada penghujung Rancangan Malaysia Ke-9, SMKBJ
akan beroperasi dengan bangunan sendiri.
Statistik 1: Statistik pelajar SMK Balaban Jaya Tahun 2013
Tingkatan
1 Arif
1 Bijaksana
2 Arif
2 Bijaksana
3 Arif
3 Bijaksana
4 Arif
4 Bijaksana
5 Arif
5 Bijaksana
Jumlah

Pelajar Lelaki
20
9
20
17
6
15
18
15

Pelajar Perempuan
12
24
12
19
10
16
21
18

Jumlah
32
33
32
36
16
31
39
33

120
132
252
Rajah 1: Pelan dan kedudukan SMK Balaban Jaya

65
68
47

You might also like