You are on page 1of 18

PENGENALAN

Konsep negara bangsa berasal dari Eropah sejak abad ke -19, ianya mula berpengaruh di
Asia Tenggara pada abad ke-20 khususnya semasa era pendudukan Jepun. Kemunculan
negara bangsa di Eropah telah membawa perubahan bukan sahaja di Eropah malahan
telah membawa perubahan kepada negara-negara di Asia Tenggara hasil daripada proses
imperialisme yang telah dijalankan oleh kuasa-kuasa Eropah. Negara bangsa menekankan
konsep hidup bersatu padu tanpa mengira kaum dengan mewujudkan satu bangsa dalam
sebuah negara dengan sejarah, bahasa, budaya dan undang-undang yang dikongsi
bersama oleh semua individu yang menjadi warganegara. 1 Konsep negara bangsa
mempengaruhi kekuatan dan kelemahan negara Indonesia.

KONSEP NEGARA BANGSA


Suatu pemikiran politik moden yang berasaskan kepada persamaan dikalangan
majoriti ahlinya dalam beberapa aspek penting termasuk rumpun etnik, bahasa, sosiobudaya dan pengalaman sejarahnya yang sama. Pembentukan negara bangsa juga dibantu
oleh perkembangan bahasa kebangsaan sesebuah negara. Prinsip yang mengutamakan
sosio-budaya masyarakat yang terbesar dalam sesebuah unit politik dan keperluan
mengasimilasikan masyarakat minoriti ke dalam sosio-budaya masyarakat majoriti.
Walau bagaimanapun, idea penubuhan negara bangsa muncul setelah Jepun berundur dan
kuasa Eropah kembali ke Asia Tenggara. Negara bangsa menekankan konsep hidup
bersatu padu tanpa mengira kaum dengan mewujudkan suatu bangsa di dalam sebuah
1

Sivechandralingam Sundra Raja, Tamadun Eropah, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1996, hlm. 129.

17

negara dengan persamaan sejarah bahasa, budaya dan undang-undang dikongsi bersama
oleh semua individu yang menjadi warganegara tersebut.2

INDONESIA
Indonesia merupakan sebuah negara Republik yang berdaulat. Negara ini
merupakan sebuah negara kepulauan yang bertaburan iaitu dari longgitud 95 darjah
kepada 125 darjah dan latitud 6 darjah utara kepada 10 darjah selatan. 3 Republik
Indonesia telah menggunakan konsep negara bangsa untuk menyatukan rakyat. Republik
Indonesia mencapai kemerdeka pada 17 Ogos 1945. 4 Sukarno telah dilantik sebagai
Presiden Indonesia yang pertama manakala Mohammad Hatta pula sebagai naib Presiden.
Pemerintahan yang diterajui oleh Sukarno melaungkan slogan Indonesia, satu negara,
satu bangsa dan satu bahasa. Indonesia mengamalkan konsep negara bangsa untuk
menjamin keselamatan dan kemakmuran negara bagi menghadapi cabaran luar dengan
cara bersatu. Bangsa Indonesia menggunakan sosio-budaya masyarakat terbesarnya
sebagai ciri jati diri kebangsaan. Disamping itu, dasar asimilasi juga turut digunakan
supaya dapat melahirkan rakyat yang bersatu dari aspek sosio budaya mereka.

Sivechandralingam Sundra Raja, 1996, hlm. 129.


S. Takdir Alisjahbana, Indonesia Social and Cultural Revolution, Kuala Lumpur: Oxford Universiti Press,
1966, hlm. 1.
4
Abdul Aziz Hitam & Wan Azaham Wan Muhammad, Sejarah Indinesia Abad Ke Dua Puluh, Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1988, hlm. 192.
3

17

PRINSIP PANCASILA
Prinsip Pancasila merupakan falsafah asas dalam Perlembagaan Indonesia pada 1
Jun 1945.5 Perkataan Pancasila berasal daripada dua perkataan bahasa sanskrit iaitu panca
bererti lima manakala sila pula bererti prinsip atau asas. Terdapat Lima prinsip asas
Pancasila. Pertama ialah Nasionalisma iaitu sebuah negara yang bersatu multiracial.
Keduanya ialah Internasional iaitu masyarakat negara berdaulat yang sama taraf.
Seterusnya ialah Demokrasi dan Keadilan sosial ini adalah persamaan status, ekonomi,
sosial. Prinsip Pancasila yang terakhir iaitu Agama iaitu kebebasan beragama diberikan
kepada setiap warganegara.

Prinsip Pancasila diakui oleh semua bangsa Indonesia

sebagai satu pegangan hidup. Prinsip ini diambil kira untuk membuat setiap keputusan
dan berjaya dalam proses penyatuan setiap bangsa. Prinsip Pancasila juga berkaitan
dengan pembinaan sebuah negara. Hal ini dapat dilihat apabila Sukarno mahukan negara
yang hendak didirikan adalah sebuah negara semua untuk semua atau satu buat semua,
semua buat satu.6 Ini bermaksud semua orang berhak ke atas tanah air Indonesia.
Prinsip Pancasila mampu menghimpunkan bangsa yang penuh kemajmukan dalam satu
persatuan atau pentadbiran.
KEKUATAN
PERKEMBANGAN BAHASA INDONESIA
Indonesia mampu membentuk satu entiti bangsa melalui penggunaan bahasa
Indonesia sebagai bahasa kebangsaan. Perkembangan Bahasa Melayu sebagai lingua

5
6

Bernhard Dahm, Seokarno Dan Perjuangan Kemerdekaan, Jakarta: LS3EP, 1987, hlm. 409.
Ibid. hlm. 410.

17

franca merupakan faktor penyatuan rakyat Indonesia dalam membentuk negara bangsa.
bahasa Melayu menjadi asas kepada bahasa Indonesia. Bahasa Indonesia akan berfungsi
sebagai alat komunikasi untuk menyatukan suku-suku dan kebudayaan-kebudayaan di
Indonesia. Bahasa Indonesia dapat menyatukan kira-kira lebih 250 bahasa dan dielak
yang dituturkan oleh penduduk di Kepulauan Indonesia.7 Golongan kebangsaan pula
menggunakan pendidikan sebagai alat untuk mencapai masyarakat dan budaya seperti
yang mereka cita-citakan.8 Indonesia menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah. Ini bertujuan untuk menyatukan semua bangsa di semua
sekolah di Indonesia serta memperkembangkan lagi penggunaannya. Selain itu, usaha
untuk mengembangkan bahasa Indonesia, ia turut digunakan dalam pelbagai jenis
penulisan sama ada dalam bidang sastera ataupun dalam bidang-bidang yang lain. 9
Pengunaan bahasa Melayu juga digunakan dalam media massa misalnya surat khabar dan
majalah. Kesusteraan dan huruf Cina juga diharamkan. Selain itu, masyarakat Cina
Indonesia juga dipaksa membuangkan talian sosio-budaya rumpun bangsanya seperti
nama dan bahasa sekiranya mereka ingin menerima hak sebagai rakyat Indonesia. Rakyat
Indonesia yang berbangsa Cina yang boleh bertutur bahasa Cina sangat sedikit. 10 Oleh
itu, rakyat Cina Indonesia berjaya diasimilasikan dalam kehidupan rakyat Indonesia.

S. Takdir Alisjahbana, Indonesia Social and Cultural Revolution, 1966, hlm. 57.
S. Takdir Alisjahbana, Revolusi Masyarakat Dan Kebudayaan Di Indonesia, Jakarta: Dian Rakyat, 1988,
hlm. 246.
9
Fuad Hasan, Kapita Selekta Manifestasi Budaya Indonesia, Bandung: Tim Lembaga Research
Kebudayaan Nasional, 1984, hlm. 55.
10
I. Wibawo, Harga Yang Harus Dibayar Sketsa Pergelutan Etnis Cina Di Indonesia, Jarkarta: Gramedia
Pustaka Utama dengan Pusat Studi Cina, 2000, hlm. 41.
8

17

PENYATUAN BANGSA INDONESIA


Indonesia mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai di Asia Tenggara.
Penyatuan bangsa pelbagai suku kaum yang berbeza sangat penting dalam usaha
pembinaan negara bangsa selepas merdeka. Bagi mewujudkan penyatuan bangsa di
Indonesia, masyarakat Cina juga dipaksa membuang tali sosio budaya rumpun bangsa
seperti nama dan bahasa sekiranya mereka ingin menerima hak kerakyatan Indonesia.
Penyatuan bangsa Indonesia merupakan satu dasar Wawasan Nusantara. Wawasan
Nusantara merupakan cara pandang bangsa Indonesia yang merupakan inti dasar budaya
Indonesia. Ia juga merupakan asas falsafah prinsip Pancasila serta keadaan dan
kedudukan geografi. Dengan adanya Wawasan Nusantara, bangsa Indonesia menjadi satu
bangsa walaupun hidup berselerakan di 1700 pulau-pulau dengan pelbagai suku kaum.
Keadaan ini dapat meningkatkan lagi semangat negara bangsa.11 Wawasan Nusantara
merupakan dasar dinamik bangsa Indonesia dalam usaha mencapai tujuan kebangsaan.
Keharmonian dan kesejahteraan dalam perhubungan kaum ini amat penting untuk
mengekalkan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

PENYATUAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN INDONESIA

Kebudayaan Indonesia bermaksud hasil atau kegiatan penciptaan akal budi


manusia. Indonesia merupakan sebuah negara yang berbentuk Republik. Konsep
Wawasan Nusantara ialah menyatukan wilayah Indonesia. Laut Nusantara bukan lagi
sebagai pemisah, tetapi sebagai pemersatu bangsa Indonesia yang dikenali sebagai
11

S. Takdir Alisjahbana, Indonesia Social and Cultural Revolution, 1966, hlm. 57.

17

wilayah kedaulatan mutlak Negara Kesatuan Republik Indonesia. Wawasan Nusantara


adalah cara pandangan bangsa Indonesia terhadap rakyat, bangsa dan wilayah negara
Kesatuan Republik Indonesia yang meliputi darat, laut dan udara di atasnya sebagai satu
kesatuan politik, ekonomi, sosial, budaya dan pertahanan keamanan. 12 Wawasan
Nusantara atau singkatannya Wasantara merupakan cara pandang bangsa Indonesia
berdasarkan prinsip Pancasila dan undang-undang dasar 1945 tentang diri dan
lingkungannya. Unsur-unsur dasar Wasantara ialah satu kesatuan wilayah, satu kesatuan
bangsa, satu kesatuan budaya, satu kesatuan ekonomi dan satu kesatuan hankam.
Pemerintahan berdasarkan kedaulatan rakyat turut menentukan corak kebudayaan
Indonesia. Menurut Wawasan Nusantara, dalam membina kebudayaan kebangsaan
Indonesia, semua seni budaya daerah mempunyai peranan yang sama. 13 Ia tidak
membezakan kewujudan seni daerah dan seni budaya antara satu sama lain. Satu
manifestasi seni budaya yang sememangnya bagus dan boleh di terima oleh semua
bangsa maka ia boleh menjadi bentuk kebudayaan kebangsaan. Menurut Wawasan
Nusantara, konsep budaya ialah tidak ada tempat bagi sesuatu budaya dalam daerah yang
dominan. Ini bermaksud semua seni budaya daerah dapat memberikan sumbangan ke
arah pembinaan suatu kebudayaan nasional.14 Ini membuktikan bahawa walaupun
Indonesia terdiri daripada pulau-pulau, melalui Wawasan Nusantara pulau-pulau di
Indonesia dapat disatukan, menyatukan bangsa dan negara secara utuh serta menyeluruh
yang mencangkupi semua aspek iaitu ekonomi, politik, dan sosio-budaya.

12

www.wikipedia.com.
28/02/07
Ibid
14
S. Takdir Alisjahbana, Revolusi Masyarakat Dan Kebudayaan Indonesia, 1988, hlm. 18.
13

17

PENDIDIKAN

Sistem pendidikan di Indonesia adalah berbentuk seragam. Hal ini dapat dilihat
apabila sistem pendidikan di Indonesia disatukan di bawah satu sistem pendidikan yang
sama. Bahasa pengantar yang digunakan di sekolah rakyat sehingga di sekolah tinggi
adalah bahasa Indonesia.15 Sistem pendidikan tinggi tertumpu di Jawa dan sesiapa yang
ingin melanjutkan pelajaran terpaksa datang ke Jawa dari pulau-pulau di luar dari situ 16.
Pada keseluruhannya Jawa menjadi pusat pendidikan Indonesia yang mewakili
keseluruhan gugusan kepulaun Indonesia. Contohnya, semua kaum yang berbeza
menyesuaikan diri dengan sistem pendidikan moden. Oleh itu, semua kaum di Indonesia
mempelajari bahasa yang sama iaitu bahasa Indonesia. 17 Pendidikan juga dijadikan
sebagai alat untuk membangkitkan semangat persamaan dan kekitaan di kalangan rakyat
Indonesia melalui bahasa dan budaya bagi menanamkan kesedaran terhadap jati diri yang
sama. Selepas kemerdekaan, Republik Indonesia memberikan keutamaan kepada
pembangunan pendidikan sebagai alat untuk membangkitkan semangat bersatu padu di
kalangan penduduk Indonesia yang pelbagai kaum.

15

Tim Lembaga Research Kebudayaan Nasional (LRKN)-LIPI, Kapita Selekta Manifestasi Budaya
Indonesia, Bandung: Penerbit Alumni, 1984, hlm.241.
16
Abd. Aziz Hitam & Wan Azaham Wan Mohammad, Sejarah Indonesia Abad Ke Dua Puluh, 1988, hlm.
189.
17
Tim Lembaga Research Kebudayaan Nasional (LRKN)-LIPI, Kapita Selekta Manifestasi Budaya
Indonesia, 1984, hlm. 50.

17

KELEMAHAN

KECELARUAN IDEOLOGI

Apabila wujud ideologi yang berbeza mengenai prinsip Pancasila maka konsep
negara Islam sebagai agama rasmi semakin terancam. Keadaan ini telah menyebabkan
wujudnya kecelaruan dalam usaha untuk membina identiti bangsa. Dewan Konstitusi
1956 menyebabkan Parti Indonesia terbahagi kepada tiga golongan iaitu aliran agama,
aliran kebangsaan dan aliran sosialis. Aliran agama ialah agama Islam, Katolik dan
Protestan. Manakala aliran kebangsaan pula adalah berbentuk parti-parti berdasarkan
perasaan kebangsaan dan menerima prinsip Pancasila. Seterusnya ialah aliran sosialis
iaitu Parti Komunis, Parti Buruh dan Sosialis.18 Kecelaruan ideologi berlaku apabila
wujudnya perbezaan pendapat. Misalnya, perjuagan diantara parti-parti Islam dengan
parti kebangsaan mengenai undang-undang pendidikan dan pelajaran. Parti Islam
inginkan pendidikan sebagai mata pelajaran teras, sebaliknya pelajaran agama Islam
diadakan apabila diminta oleh ibu bapa murid. Undang-undang dasar baru melihat
seluruh konstitusi terpecah kepada dua golongan iaitu golongan yang mahukan dasar
Pancasila dan golongan yang mahukan dasar Islam. Jumlah parti yang banyak di dalam
parlimen menyebabkan tidak dapat membentuk satu pemerintahan yang stabil dan dapat
bertahan lebih daripada beberapa bulan.19

18
19

S. Takdir Alisjahbana, Revolusi Masyarakat Dan Kebudayaan Di Indonesia, 1988, hlm. 162.
Ibid. hlm. 163.

17

Kesannya kecelaruan ideologi menyebabkan segala aktiviti pembangunan


termasuk aktiviti ekonomi, pendidikan, pembinaan jalan, industri dan sebagainya tidak
dapat dijalankan dengan lancar disebabkan penentangan diantara golongan konsitusi yang
tidak dapat mencapai kesepakatan. Disamping itu,

terlalu banyak aliran-aliran dan

organisasi-organisasi politik, memberi kesan kepada sistem demokrasi iaitu menyebabkan


pemerintah bertanggungjawab sepenuhnya kepada parlimen. Keadaan ini menyebabkan
banyak kesulitan berlaku.20 Hal ini kerana susunan pegawainya yang lemah, jumlah
pegawai yang mempunyai pendidikan sangat sedikit dan tidak mempunyai pengalaman
dan pengetahuan sebagai pegawai negeri.

PERTAHANAN LEMAH

Konsep negara bangsa telah mewujudan kelemahan dalam sistem pertahanan. Hal
ini disebabkan tidak ada kerjasama dengan negara lain. Selain itu, golongan tentera yang
tidak cekap dan terlatih dalam ketenteraan telah mewujudkan konsep bapakisme iaitu
tentera mempunyai kuasa bebas.21 Di Indonesia, wujud juga golongan tentera yang ramai.
Hal ini secara tidak langsung menyebabkan berlaku masalah kewangan. Pemberontakkan
dalaman juga turut melemahkan pertahanan negara. Contohnya, pemberontakan diantara
Sumatera dan Sulawesi pada tahun 1958 yang bersifat anti Jawa dan anti Komunis.
Tentera Indonesia menewaskan gerakan di kedua-kedua wilayah tersebut. Namun, Jawa
muncul lebih berpengaruh dari masyarakat lain.22
20

S. Takdir Alisjahbana, Revolusi Masyarakat Dan Kebudayaan Di Indonesia, 1988, hlm. 164.
Leo Suryadinata, Politik Luar Negeri Indonesia di Bawah Soeharto, Jakarta: PT Pustaka LP3ES
Indonesia,1998, hlm. 43.
22
Harold M. Vinade, Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1967, hlm. 1078.
21

17

SISTEM EKONOMI

Konsep negara bangsa di Indonesia telah mengubah sistem ekonomi dan


melemahkan keadaan ekonomi. Konsep ini telah menggugat kestabilan ekonomi
Indonesia. Ha ini kerana dasar pembaratan yang telah dibawa oleh kolonial Belanda telah
disalah ertikan oleh para pemimpin. Pada peringkat awal Indonesia mengamalkan sistem
ekonomi sosialis namun setelah Presiden Sukarno mengisytiharkan prinsip Pancasila
pada 1 Jun 1945 sistem ekonomi Indonesia mengalami perubahan. Merujuk prinsip Panca
sila, Indonesia mengamalkan ekonomi sosialisme.23 Namun keadaan berubah apabila
sistem kapitalisme mula diamalkan di Indonesia. Keadilan sosial bagi seluruh rakyat
Indonesia dari segi ekonomi menyebabkan hak kesamarataan dan asas kekeluargaan
dalam prinsip Pancasila diselewengkan oleh pemerintah.24 Hatta ingin membangunkan
Indonesia sebagai negara perindustrian yang mempunyai ekonomi yang kuat berdasarkan
modal-modal asing tetapi Sukarno tidak bersetuju beliau lebih menekankan dasar
nasional aktif seperti kempen mendapatkan wilayah Irian Jaya dan dasar kerjasama
dengan negara dunia ketiga. Selepas tahun 1997, sistem ekonomi kapitalis semakin
meluas di Indonesia. Kegagalan sistem ekonomi disebabkan kegiatan rasuah dan sistem
kroni yang semakin berleluasa. 25 Jakarta sangat signifikan dengan rasuah dan berlaku
pada semua tahap terutamanya di kalangan ahli politik yang menguruskan lesen import
dan eksport. Ahli politik menjadi ahli perniagaan yang berkongsi lesen perniagaan. Lesen
ini sepatutnya diberikan kepada pelbagai kaum misalnya orang buka cina, dan orang
bukan Erpoah namun lesen ini hanya diberikan kepada ahli perniagaan cina sahaja.
23

Profil Propinsi Republik Indonesia, Jakarta: Yayasan Bhakti Wawasan Nusantara, 1992, hlm. 275.
Harold M. Vinacke, Sejarah Timor Jauh dalam Zaman Moden, 1967, hlm. 1085.
25
Mackie J.A.C., Kofrontasi : The Indonesia-Malaysia Dispute 1963-1966, London: Oxford University
Press, 1974, hlm. 219.
24

17

Hal ini menyebabkan persaingan antara parti-parti politik memusnahkan negara


terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan beras, garam dan petrol. 26 Indonesia
mengalami masalah inflasi yang tinggi pada tahun 1986 menyebabkan nilai rupiah jatuh
sehingga 30%. Seterusnya, inflasi ini menyebabkan kejatuhan ekonomi Indonesia dan
golongan kaya terus berusaha untuk mengumpul kekayaan untuk kepentingan diri sendiri
dan

keluarga27.

Misalnya,

Presiden

Sukarno

mengambil

kesempatan

untuk

memperkayakan dirinya, keluarganya dan rakan-rakan karibnya melalui kegiatan rasuah


yang berleluasa di Republik Indonesia. Pada tahun 1997, Indonesia mengalami krisis
kewangan dan ekonomi termasuk kemarau terburuk dalam tempoh 50 tahun
menyebabkan harga minyak, gas dan komoditi eksport menurun. Nilai rupiah jatuh
seterusnya kadar inflasi semakin meningkat.

PEMISAHAN ISLAM DARIPADA PENTADBIRAN

Presiden Sukarno menekankan usaha untuk mewujudkan satu parti dalam satu
negara. Prinsip kerjasama dan demokrasi lebih dikenali sebagai perundingan dan
kerjasama. Pada tahun 1950 kebanyakkan ahli politik menyokong demokrasi pelbagai
parti berdasarkan kepada model daripada Barat.28 Melalui Undang-undang Dasar 1945
ideologi prinsip Pancasila yang kelima ialah kebebasan beragama iaitu agama berasingan
dari politik dan pentadbiran ini memperlihatkan dasar sekular dalam perlembagaan
Indonesia. Sukarno telah memilih negara sekular yang berdasarkan prinsip Pancasila
sementara beberapa golongan parti Muslim inginkan negara Islam atau undang-undang
26

Vickers Adrian, A History of Modern Indonesia, New York: Cambridge University Press, 2005, hlm. 137.
Ibid, hlm. 135.
28
Vickers Adrian, A History of Modern Indonesia, 2005, hlm. 121.
27

17

hukum Islam. Islam menjadi tidak penting dalam negara walaupun 87% dari penduduk
Indonesia adalah beragama Islam. Parti-parti politik menerima prinsip Pancasila sebagai
satu-satunya ideologi negara. Contohnya, melalui kepercayaan Sukarno sehingga beliau
dikatakan bukan seorang muslim, dia adalah jawa. Beliau juga tidak mempercayai tuhan
Islam dan lebih mempercayai tuhan takdir. Beliau juga menggangap setiap agama
mempunyai cara masing-masing sama ada Kristian, Islam dan Buddha.29

Tambahan lagi, Sukarno juga menganggap Islam sebagai satu cara untuk
mencapai kemajuan dan bukan ketaatan. Pentadbiran Kementerian Pendidikan terdiri
daripada dua sistem iaitu sekolah biasa mementingkan ilmu keduniaan dan agama sedikit,
sekolah agama banyak tambahan ilmu keduniaan.30 Ini membuktikan agama Islam tidak
mendapat tempat dalam pentadbiran hanya simbol semata-mata. Ketaksuban para
pemimpin kepada konsep prinsip Pancasila menyebabkan wujud perasaan tidak percaya
kepada tuhan dan Al-Quran sedangkan Pancasila itu hanya rekaan manusia tetapi dapat
mengatasi segalanya.

PERPECAHAN WILAYAH

Indonesia sebagai sebuah negara kepulauan pada saat kebebasan Irian Barat para
pemimpin Indonesia menyedari bahawa retaknya sebuah kesatuan wilayah Indonesia.
Indonesia terdiri daripada 17 000 pulau-pulau yang dipisahkan oleh lautan. 31 Bagi
29

Wang Gungwu, Nation-Building: Five Southeast Asian Histories, Singapore: Institute of Southeast Asian
Studies. 2005, hlm. 73.
30
Abdul Aziz Hitam & Wan Azaham Wan Mohamad, Sejarah Indonesia Abad ke DuaPuluh, 1988, hlm.
193.
31
Leo Suryainata, Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto, 1998, hlm.19.

17

mewujudkan negara bangsa Indonesia melancarkan politik luar negeri yang berasaskan
ketenteraan dengan tujuan untuk membebaskan Irian Barat. 32 Selain itu, wujud juga
konsep persempadanan dan wilayah yang memisahkan kedudukan antara wilayah yang
bertujuan untuk memudahkan pentadbiran. Indonesia terbahagi kepada beberapa wilayah
dan setiap wilayah tersebut mempunyai pemimpinnya yang tersendiri. Misalnya di Jawa,
Acheh, Irian Jaya, Sumatera dan Timor Timur.33

Pada tahun 1976, Indonesia dan Timor Timur masih lagi merupakan sebuah
wilayah yang bergolak. Sukarno menyatakan pendapat bahawa negara Indonesia yang
bersatu hanyalah sebagai retorik. Pada tahun 1969 New Guinea Barat, tanah jajahan
Belanda melalui referendum menjadi wilayah Republik Indonesia dengan nama Iran
Jaya.34 Perpecahan wilayah ini menyukarkan pembinaan negara bangsa Indonesia. Hal ini
kerana, setiap wilayah mempunyai pemimpinnya yang tersendiri dan mempunyai
semangat kewilayahan serta kedaerahan yang sangat kuat. Perpecahan wilayah ini telah
menyebabkan Indonesia sedikit demi sedikit kehilangan pengaruh dan kuasanya.
Kesannya, negara bangsa Indonesia menjadi semakin lemah.

KONFRONTASI

Mengikut Kamus Dewan konfrontasi dapat didefinisikan sebagai persemukaan


diantara dua orang yang bertentangan atau pertentangan secara langsung yang
32

Decei Fortuna Anwar, IndonesiaIin Asean, Foregin Policy And Regionalism, Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies, 1994, hlm. 20.
33
Anthony Reid, Terj. Masri Maris, Asal Mula Konflik Acheh: Dari Perebutan Pantai Timur Sumatera
Hingga Akhir Kerajaan Acheh Abad ke-19, Jakarta: Yayasan Obor Indonesia, 2005, hlm. 303.
34
Vickers Adrian, A History Of Modern Indonesia, 2005, hlm. 137.

17

menyebabkan orang atau pihak yang terlibat menghadapi kemungkinan berlakunya


pergaduhan.35 Tambahan lagi, konfrontasi bermaksud pertentangan atau permusuhan
secara langsung yang boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan atau peperangan. 36
Semenjak mencapai kemerdeka hubungan Malaysia dengan Indonesia menjadi baik dari
segi kebudayaan dan bahasa. Pada tahun 1959, kedua-dua buah negara telah
menandatangani perjanjian Persahabatan dan Kebudayaan dengan tujuan merapatkan
hubungan antara kedua-dua buah negara serumpun.37 Namun, hubungan kedua-dua buah
negara tidak konsisten hal ini disebabkan berlakunya konflik peribadi dan perbezaan
ideologi tentang persoalan antarabangsa yang menyebabkan hubungan kedua-dua negara
menjadi dingin. Presiden Sukarno terpengaruh dengan fahaman Marxisme dalam ideologi
politik dan falsafah. Perbezaan ideologi antara Indonesia dan Malaysia mempengaruhi
Sukarno menjalankan kempen konfrontasi. Pada 27 Mac 1961, Tunku Abdul Rahman
telah mencadangkan Gagasan Malaysia setelah berbincang dengan Britian tentang
Gagasan Malaysia. Oleh itu, konfrontasi tercetus antara Malaysia dengan Indonesia
akibat dan ekoran daripada persetujuan Tunku Abdul Rahman dengan Mac Millan untuk
menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Sukarno telah lama berkerjasama dengan
golongan nasionalis kiri di Malaya dan Brunei bagi membentuk Indonesia Raya.

Hal ini disebabkan oleh hasutan Parti Komunis Indonesia akhirnya 20 Januari
1963, Dr. Subandrio telah membuat pengumuman dasar konfrontasi Indonesia terhadap
Malaysia baik dari segi ekonomi mahupun kemasyarakatan. Tentangan Indonesia
35

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 2005,
hlm. 814.
36
Syed Othman Syed Omar, Tentera Malaysia Dalam Era Konfrontasi, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia, 1999, hlm. 18.
37
Decei Fortuna Anwar, Indonesia in Asean, Foregin Policy and Regionalism, 1994, hlm. 24.

17

akhirnya meluas sehingga timbul pertentangan tentera antara Indonesia dengan


Persekutuan dan juga wilayah-wilayah British di Borneo dan Singapura. 38 Indonesia
menjalankan kempen konfrontasi dengan Malaysia terutama pada tahun 1963 hingga
1965. Sukarno menentang penubuhan Malaysia dengan melancarkan kempen Ganyang
Malaysia iaitu hancurkan Malaysia. Oleh itu, hubungan diplomatik dengan Tanah
Melayu diputuskan. Penubuhan Malaysia ini telah menjadi penghalang cita-cita presiden
Sukarno untuk mewujudkan Indonesia Raya yang termasuk wilayah Sabah, Sarawak dan
Tanah Melayu. Sukarno bercita-cita ingin mewujudkan Indonesia Raya dengan
mengabungkan Indonesia dengan Tanah Melayu. Penentangan ini adalah berpunca
daripada semangat negara bangsa Sukarno. Indonesia menentang Tanah Melayu
walaupun kita serumpun bangsa, bahasa, adat resam dan agama yang sama cuma
berlainan wilayah.

KESIMPULAN

Negara bangsa menekankan konsep hidup bersatu padu tanpa mengira kaum
dengan mewujudkan suatu bangsa sahaja dalam sebuah negara dengan persamaan sejarah
bahasa, budaya, undang-undang dikongsi bersama oleh semua individu yang menjadi
warganegara negara tersebut. Konsep negara bangsa telah berjaya mewujudkan
perpaduan di kalangan bangsa Indonesia. Namun, konsep negara bangsa mempunyai
rintangannya dalam proses membangsakan bangsa Indonesia itu sendiri. Jelaslah,

38

Syed Othman Syed Omar, Tentera Malaysia Dalam Era Konfrontasi,1999, hlm. 20.

17

membuktikan bahawa konsep negara bangsa di Indonesia mempunyai kekuatan dan


kelemahannya dalam konteks sosiobudaya dan sejarah Asia Tenggara.

17

BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Hitam & Wan Azaham Wan Muhammad. (1988). Sejarah Indinesia Abad Ke
Dua Puluh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Anthony Reid, Terj. Masri Maris. (2005). Asal Mula Konflik Acheh: Dari Perebutan
Pantai Timur Sumatera Hingga Akhir Kerajaan Acheh Abad ke-19.Jakarta:
Yayasan Obor Indonesia.
Bernhard Dahm. (1987). Seokarno Dan Perjuangan Kemerdekaan. Jakarta: LS3EP.
Decei Fortuna Anwar. (1994). IndonesiaIin Asean, Foregin Policy And Regionalism.
Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
Fuad Hasan. (1984). Kapita Selekta Manifestasi Budaya Indonesia. Bandung: Tim
Lembaga Research Kebudayaan Nasional.
Harold M. Vinade. (1967). Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
I. Wibawo. (2000). Harga Yang Harus Dibayar Sketsa Pergelutan Etnis Cina Di
Indonesia. Jarkarta: Gramedia Pustaka Utama dengan Pusat Studi Cina.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Leo Suryadinata. (1998). Politik Luar Negeri Indonesia Di Bawah Soeharto. Jakarta: PT
Pustaka LP3ES Indonesia.
Mackie J.A.C. (1974). Kofrontasi : The Indonesia-Malaysia Dispute 1963-1966. London:
Oxford University Press.

17

Profil Propinsi Republik Indonesia. (1992). Jakarta : Yayasan Bhakti Wawasan


Nusantara.
Sivechandralingam Sundra Raja. (1996). Tamadun Eropah. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn
Bhd.
S. Takdir Alisjahbana. (1966). Indonesia Social and Cultural Revolution. Kuala Lumpur:
Oxford Universiti Press.
S. Takdir Alisjahbana. (1988). Revolusi Masyarakat Dan Kebudayaan Di Indonesia,
Jakarta: Dian Rakyat.
Syed Othman Syed Omar. (1999). Tentera Malaysia Dalam Era Konfrontasi. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tim Lembaga Research Kebudayaan Nasional (LRKN)-LIPI. (1984). Kapita Selekta
Manifestasi Budaya Indonesia. Bandung: Penerbit Alumni.
Vickers Adrian. (2005). A History of Modern Indonesia. New York: Cambridge
University Press.
Wang Gungwu. (2005). Nation-Building: Five Southeast Asian Histories. Singapore:
Institute of Southeast Asian Studies.
www.wikipedia.com.

(28/02/07)

17

You might also like