You are on page 1of 1

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN

SEMPENA HARI SUKAN NEGARA


PERINGKAT SMK (LKTP) CHEMOMOI TAHUN 2016
1. Acara dipertandingkan:
a. Fisbee (Lelaki & Perempuan)
b. Bola Jaring (Perempuan)
c. Bola Tampar (Lelaki)
d. Pingpong (Berpasukan Campuran)
2. Syarat-syarat permainan:
a. Frisbee 7 sepasukan (Lelaki & Perempuan)
- Terdiri daripada 12 orang pemain sepasukan (5 pemain simpanan)
- Setiap pasukan sekurang-kurangnya melibatkan SEORANG guru/staf
- Masa permainan: 10 minit
- Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa
- Kawasan/gelanggang permainan: 30 meter X 50 meter dengan 2 kawasan
gol
- Pemenang ditentukan dengan bilangan gol
- Cara permainan: disc yang dibaling tidak boleh jatuh dengan apa cara
sekalipun (tidak dapat menangkap dengan kemas atau dihadang oleh pihak
lawan hingga terjatuh). Sekiranya disc terjatuh dengan mana-mana cara di
atas, disc akan dapat kepada pihak lawan.
- Tidak boleh ada gerak kaki dan sentuhan (seperti peraturan bola jaring).
b. Bola Jaring (Perempuan)
- Terdiri daripada 12 orang pemain (5 pemain simpanan)
- Setiap pasukan sekurang-kurangnya melibatkan SEORANG guru/staf
- Masa permainan: 7 minit X 2 minit X 7 minit
- Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa
- Kawasan/gelanggang permainan: Gelanggang serbaguna (sepak takraw)
- Pemenang ditentukan dengan bilangan gol
- Permainan dijalankan secara liga, penetuan kedudukan akan dilakukan
(final- 1&2, 3&4)
c. Bola Tampar (Lelaki)
- Terdiri daripada 12 orang pemain (6 pemain simpanan)
- Setiap pasukan sekurang-kurangnya melibatkan SEORANG guru/staf
- Kiraan mata: Voleython (31 mata, pertukaran gelanggang selepas
mana-mana pasukan terlebih dahulu mencapai mata ke-16)
- Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa
- Kawasan/gelanggang permainan: Gelanggang serbaguna (bola tampar
- Permainan dijalankan secara liga, penetuan kedudukan akan dilakukan
(final- 1&2, 3&4)
d. Pingpong (Berpasukan Campuran)
- Terdiri daripada 4 orang pemain (1 perseorangan lelaki, 1 perseorangan
perempuan, 2 beregu lelaki pelajar&guru/staf)
- Setiap pasukan sekurang-kurangnya melibatkan SEORANG guru/staf
- Kiraan mata: (31 mata, pertukaran gelanggang selepas mana-mana
pasukan terlebih dahulu mencapai mata ke-16)
- Kawasan/gelanggang permainan: (meja pingpong akan dibawa ke padang)
- Permainan dijalankan secara liga, penetuan kedudukan akan dilakukan
(final- 1&2, 3&4)

You might also like