You are on page 1of 4

UNIT BERUNIFORM (MPU 3062) PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

PETI PERTOLONGAN CEMAS


Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi ubat-ubatan serta peralatan
perubatan yang asas yang boleh dibeli di farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang
kering, bersih dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Peti ini mesti teguh dan kalis air. Setiap
ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu
diperiksa setiap 6 bulan sekali. Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga
premis- premis yang lain seperti sekolah, kilang, hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut
disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapal
terbang dan sebagainya.
Antara senarai peralatan asas yang perlu ada ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Dressing steril - beberapa saiz.


Plaster - beberapa saiz.
Bandage tiga segi (kain anduh)
Pembalut kain kasa (bendej penggulung)
Larutan Flavin (Iodin)
Larutan atau krim antiseptik
- Dettol
- Acriflavine (ubat kuning)
7. Gunting kecil
8. Tablet paracetamol atau aspirin
9. Pin beberapa saiz
10. Losyen celamine
11. Termometer Klinik
12. Kapas
13. Basuhan mata (Sterile eye pad)
14. Gauze steril

Peti Pertolongan Cemas

Peralatan asas yang perlu ada

NAMA UBAT / ALAT


1. Kain Pembalut yang berlainan

KEGUNAAN
-

Menolong menahan rawatan luka

Mengelak bahagian luka daripada menjadi bengkak


dan

juga

terseliuh.

membantu

membetulkan

sendi

yang

2. Kain tekap yang berlainan saiz

Untuk menetapkan rawat

Kain tekap yang telah disteril boleh diguna untuk


merawat luka

3. Kapas

Untuk membersihkan luka

Digunakan sebagai Pading untuk rawat luka untuk


menyerap darah daripada luka.

4. Plaster / Elastoplast

Untuk

menutup

rawat

luka,

sebagai

pengganti

pembalut.
Untuk merawat luka-luka kecil

5. Gunting kecil berkilat

Untuk menggunting pembalut, plaster dan sebagainya

6. Pin Penyemat

Untuk menyemat pembalut

7. Termometer Klinik

Untuk mengambil suhu badan

8. Basuhan mata (Sterile eye

Melindungi mata yang tercedera/ terkena bendasing

Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar

Untuk luka terbakar

pad)
9. Dettol (boleh diganti dengan
Normal Saline solution 0.9%)
10. Gauze steril

CPR (PEMULIHAN KARDIOPULMONARI)


CPR ialah satu teknik, yang boleh menyelamatkan nyawa, tanpa menggunakan alat-alat yang
canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital. Ia adalah satu tindakan bantuan
awalan bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan - teknik
tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan bantuan hembusan pernafasan.
BILA CPR BOLEH DILAKUKAN?
CPR boleh dilakukan apabila seseorang itu telah ...?

1. Tidak Sedarkan Diri


2. Tiada bernafas
3. Tiada denyutan nadi di karotid
MENILAI SITUASI MANGSA
Bertindak ---> D R A B C
D = DANGER (Bahaya)
Pastikan keselamatan anda dan mangsa anda, pada prinsip nya alihkan bahaya dari mangsa
atau alihkan mangsa dari bahaya.
R = RESPONS (Tindak Balas / Reaksi)
Panggil mangsa atau kejutkan beliau, jika tiada tindak balas dari mangsa lekas minta bantuan
ambulans
A = Airway (Saluran Udara)
Betulkan kedudukan mangsa. Donggakan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan
dengan kaedah HEAD TILT CHIN LIFT/ Dongak Kepala Angkat Dagu (atau Jaw Thrust)
B = Breathing (Pernafasan)
Periksa pernafasan mangsa dengan membuat 3M = Melihat, Merasa dan Mendengar. Jika tiada
pernafasan beri 2 hembusan bantuan.
C = Compress (Peredaran/Pengaliran Darah dari/ke jantung)
Lakukan tekanan pada dada mangsa sebanyak 30 kali dan diikuti dengan memberi 2 hembusan
pernafasan kepada mangsa dan dilakukan dalam 5 pusingan.

CARA CARA MELAKUKAN C.P.R

Pastikan kawasan selamat.


Panggil mangsa Hello, Hello
Jika tiada tindakbalas, minta bantuan orang ramai untuk memanggil ambulan atau hubungi

ambulan
Betulkan kedudukan mangsa
Mampatkan dada (30 kali)

1. Posisikan tangan anda. Pastikan mangsa berbaring pada permukaan yang kukuh.
Duduk bersimpuh di sisi mangsa dan letakkan tapak tangan anda pada tengah- tengah
dada mangsa.
2. Selang- selikan jari. Dengan memastikan lengan anda lurus, lekup tangan anda tadi
dengan tapak tangan anda yang sebelah lagi dan selang- selikan genggaman jari.
3. Buat mampatan dada. Bangun dan condong sedikit ke depan dengan bahu anda
berada tegak dengan dada mangsa dan tekan ke bawah lebih kurang 4 hingga 5cm.
Lepaskan tekanan (tangan masih pada dada mangsa) dan biar dadanya kembali naik ke
atas. Ulang sebanyak 30 kali dengan kadar 100 kali seminit; lebih cepat daripada 1

tekanan sesaat.
Buka saluran udara
4. Buka laluan udara. Bergerak sedikit kepada kepala mangsa. Dongakkan kepala
mangsa dan angkat dagunya untuk membuka laluan udara semula. Biarkan mulut

mangsa ternganga sedikit.


Pernafasan penyelamatan
5. Beri pernafasan penyelamatan. Picit hidung mangsa agar lubang hidungnya tertutup
dan pada pegang dagu mangsa dengan tangan anda sebelah lagi. Tarik nafas seperti
biasa, letakkan mulut anda pada mangsa dan hembuskan sehingga anda Nampak
dadanya naik.
6. Lihat dad mangsa turun. Alihkan mulut anda dari mulut mangsa dan Lihat dada
mangsa turun. Ulang pernafasan penyelamatan ini (iaitu langkah 5 dan 6) sebanyak 2
kali
7. Ulang mampatan dada dan pernafasan penyelamatan. Letakkan tangan anda pada
dada semula dan ulang buat mampatan dada. Buat 30 mampatan dada diikuti 2
pernafasan penyelamatan. Ulang kitar ini sehingga bantuan tiba.

You might also like