Professional Documents
Culture Documents
Kelahiran Dan Riwayat Hidup Bilal Bin Rabah
Kelahiran Dan Riwayat Hidup Bilal Bin Rabah
Bilal bin Rabah atau dikenali juga sebagai Bilal Habashi dilahirkan di Kota
Makkah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah. Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah
sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di
bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Ibu beliau bernama Hamama yang
berketurunan Abasyiah manakala ayah beliau bernama Rabah yang
berketurunan Arab. Beliau merupakan seorang hamba kepada Amit bin
Khalaf.
Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa
risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal
memeluk Islam. Beliau memeluk Islam di Syam dengan bantuan seorang
sahabatnya iaitu al-Fadhil. Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat
beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas muka bumi ini iaitu
Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin
Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.
Kesabaran dan ketabahan beliau menanggung penderitaan
Bilal merupakan salah seorang Muslim yang paling banyak menerima
penyeksaan, kekejaman dan kengerian daripada golongan musyrikin.
Sebahagian besar dari kalangan mereka yang memeluk Islam pada masa
tersebut mempunyai keluarga tempat mereka berlindung dari kekejaman
golongan musyrikin kecuali beliau, Ammar bin Yasir bersama-sama dengan
bapa dan ibunya serta Suhaib. Faktor sedemikianlah yang menyebabkan
mereka menjadi sasaran golongan musyrikin Quraisy untuk melepaskan
geram mereka terhadap Islam.
Pada suatu hari berlaku peristiwa di mana apabila matahari tegak berdiri di
tengah-tengah langit dan pasir Mekah panas membakar kerana cuaca terlalu
panas, Umaiyyah bin Khalaf bersama-sama dengan sekumpulan golongan
musyrikin menanggalkan pakaian Bilal, mereka memakaikannya dengan baju
besi kemudian mereka menjemurnya di bawah panas terik cahaya matahari
dalam keadaan pasir yang panas membakar serta mereka memukulnya
dengan menggunakan cemeti sambil mereka memerintahkan Bilal supaya
mencaci Nabi Muhammad s.a.w. Walau bagaimana hebat sekalipun
penyeksaan yang mereka timpakan kepada Bilal namun Bilal tetap dengan
pendiriannya di mana beliau tidak menyebut apa-apa kecuali perkataan yang
bermaksud: Allah yang Maha Esa! Allah yang Maha Esa!
Apabila Umaiyyah bin Khalaf merasa putus asa menyeksa Bilal, Umaiyyah
mengikat leher beliau dengan menggunakan tali yang besar kemudian
menyerahkan kepada orang-orang yang bodoh dan kanak-kanak seterusnya