You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH AGAMA HAJI MOHD YATIM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


_______________________________________________________________________

Juz 30 (Surah An-Naba > Surah An-Naas)

BIL SURAH FIQH AYAT

1. An-Naba Isi perbincangan surah ini ialah memperkukuhkan kewujudan hari


kebangkitan berasaskan berbagai dalil.
(Surah Makkiyyah yang
mengandungi 40 ayat)
Membentangkan dalil yang menunjukkan hari kebangkitan itu
berlaku.
Gambaran azab yang bakal diterima oleh orang kafir & gambaran
nikmat yang dikecapi oleh orang beriman.
Surah ini membentangkan topik tentang hari kiamat dalam bentuk
gambaran yang menakutkan hati bagi yang menghayatinya.
2. An-Naziat Surah ini dimulakan dengan Sumpah Allah SWT dengan malaikat
yang mencabut nyawa daripada jasad manusia bagi membuktikan
(Surah Makkiyyah yang hari kiamat akan terjadi.
mengandungi 46 ayat)
Keingkaran orang kafir musyrikin terhadap hari kebangkitan selepas
mati.
Kisah Nabi Musa dan Firaun : manusia taghut yang mendakwa
sebagai tuhan.
Menegaskan kewujudan hari kebangkitan melalui penciptaan langit,
bumi dan bukit-bukau.
Balasan terhadap 2 golongan di Hari Akhirat.
Menyerahkan pengetahuan tarikh kiamat kepada Allah SWT dan
perihal pendeknya umur dunia.
3. Abasa Surah ini dimulakan dengan menyebutkan kisah Abdullah bin Umm
Maktum yang buta datang kepada Rasulullah SAW untuk belajar.
(Surah Makkiyyah yang Tetapi baginda sedang sibuk berdakwah kepada Pembesar Quraisy,
mengandungi 42 ayat)
baginda telah memalingkan mukanya daripada beliau. Dengan itu
Allah SWT menegur Nabi SAW dengan firmanya (Surah Abasa ayat
1-16)
Surah ini mengutuk sikap ingkar manusia dan kekufuran mereka
terhadap nikmat Allah SWT serta perbuatan menolak petunjuk Allah
SWT.
Hujah tentang kekuasaan Allah dan keesaanNya dalam cipta manusia
dan seluruh alam.
Surah ini menggambarkan tentang malapetaka besar hari kiamat dan
penjelasan tentang kendudukan orang beriman yang mendapat
kebahagian dan orang kafir mendapat penderitaan.
4. At-Takwir Surah ini menceritakan tentang malapetaka kiamat yang dahsyat dan
semua yang berlaku selepas itu. (Huru-hara dan suasana Hari
(Surah Makkiyyah yang Kiamat)
mengandungi 29 ayat)
Surah ini berbicara mengenai Al-Quran dan perihal ia diturunkan oleh
Allah SWT melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW.
Kesesatan orang musyrikin dan menyatakan Al-Quran sebagai
nasihat dan peringatan bagi seluruh alam.
5. Al-Infithar Surah ini memberikan gambaran tentang peristiwa perubahan alam
yang dapat dilihat pada hari kiamat. Kemudian diikuti dengan
(Surah Makkiyyah yang pemberitahuan tentang balasan amal yang dilakukannya semasa di
mengandungi 19 ayat)
dunia.
Menyelar sikap kufur manusia terhadap nikmat Tuhannya dan
kecuaian mereka untuk bersyukur.
Menyatakan kekufuran dan keingkaran manusia yang ingkar terhadap
hari kebangkitan semula.
Amaran tentang hari kiamat, yang mana manusia memikul
tanggungjawab sendiri dan Allah menjalankan hukuman dan
keputusan tanpa bantuan orang lain.
6. Al-Mutaffifin Permulaan surah ini menyatakan janji buruk kepada orang yang
menipu dalam timbangan dengan azab yang dahsyat.
(Surah Makkiyyah yang
mengandungi 36 ayat)
Buku catatan kejahatan yang tempatnya dibawah neraka jahannam
dan buku catatan kebaikan yang berada tempat yang tinggi.
Mengambarkan sikap orang jahat terhadap orang mukmin di dunia
dan pembalasan di hari akhirat.
7. Al-Insyiqaq Kesengsaraan hari kiamat dan pembahagian manusia kepada 2
kumpulan iaitu Kanan dan Kiri.
(Surah Makkiyyah yang
mengandungi 25 ayat)
Allah menceritakan mengenai kesengsaraan yang dahsyat dan
suasana getir yang dihadapi oleh orang kafir pada hari kiamat.
Surah ini mencela terhadap orang musyrik, kafir, atheis dan
seumpamanya yang tidak beriman dengan Allah SWT.
8. Al-Buruj Kisah ahli sihir, pendita dan anak remaja.
Sumpah dengan objek agung demi malaknati Ashab Ukhdud.
(Surah Makkiyyah yang
mengandungi 22 ayat)
Balasan orang kafir dan ganjaran orang mukmin.
Allah SWT berkuasa penuh menunaikan ancaman dan ganjaran serta
keperluan mengambil pelajaran dari kemusnahan golongan kafir
masa lampau.
9. At-Tariq Surah ini menegaskan bahawa setiap individu manusia sentiasa
diawasi oleh para malaikat yang taat.
(Surah Makkiyyah yang
mengandungi 17 ayat)
Allah mengemukakan dalil akan berlaku hari kebangkitan dan
kemampuanNya untuk membangkitkan semula manusia setelah mati
dan binasa.
Menerangkan pendedahan rahsia makhluk secara lengkap dan
sempurna di akhirat nanti.
Sumpahan terhadap kebenaran Al-Quran dan risalah serta ancaman
terhadap golongan yang mengingkarinya.
10. Al-Ala Allah SWT terhindar dari segala kekurangan KudratNya dan Allah
SWT membantu Nabi SAW mengukuhkan hafazan Al-Quran di dalam
(Surah Makkiyyah yang hati sehingga banginda SAW tidak lupa selamanya.
mengandungi 19 ayat)
Peringatan dan penyucian jiwa dengan Al-Quran serta dorongan
kearah beramal untuk akhirat.
11. Al-Ghaasyiyah Menyifatkan keadaan hari kiamat dan apa yang akan ditempuhi oleh
orang-orang kafir dan orang-orang mukmin pada hari tersebut.
(Surah Makkiyyah yang
mengandungi 26 ayat)
Menegaskan dengan mutlak keesaan, kekuasaan, kebijaksanaan dan
keluasan ilmu Allah dengan bukti penciptaan Allah.
Mengingatkan manusia supaya kembali kepada Allah SWT.
12. Al-Fajr Sumpahan Allah dengan waktu fajar. Membawakan kisah sebahagian
umat terdahulu yang zalim dan mendustakan rasul-rasul Allah.
(Surah Makiyyah yang
mengandungi 30 ayat)
Menjelaskan bahawa kehidupan ini merupakan ujian bagi manusia.
Menjelaskan bahawa banyaknya nikmat yang diperolehi seseorang
bukanlah tanda Allah mengasihinya, dan kesempitan hidup itu bukan
bermakna Allah membencinya.
Menggambarkan hari Kiamat dan suasana hari tersebut serta
kedahsyatannya.
Menerangkan pembahagian manusia kepada dua golongan iaitu
orang-orang yang berbahagia dan orang-orang yang celaka.
Memberitahu bahawa orang-orang yang Berjaya itu memperoleh
nikmat yang besar disisi Tuhan mereka.
13. Al-Balad Surah ini berkisar tentang kebahagiaan dan kecelakaan manusia
serta manhaj mereka dalam memilih salah satu jalan ini.
(Surah Makiyyah yang
mengandungi 20 ayat)
Menggambarkan watak buruk manusia iaitu mudah tertipu dengan
kekuatan diri
Mengingatkan manusia segala nikmat yang dikurniakan kepada
mereka.
Menerangkan jalan baik dan buruk kepada manusia.
Menceritakan keadaan kesusahan yang bakal diterima oleh manusia
di akhirat kelak.
14. Al-Syams Surah ini bertujuan memberikan motivasi kepada manusia ke arah
ketaatan dan memberikan peringatan supaya manusia tidak
(Surah Makiyyah melakukan maksiat.
mengandungi 15 ayat)
Allah SWT menampilkan contoh dalam hal ini dengan kaum Thamud
iaitu kaum yang membiarkan jiwa mereka kotor dengan kemaksiatan.
15. Al-Lail Perbincangan mengenai usaha dan amalan manusia serta
balasannya di akhirat kelak.
(Surah Makiyyah
mengandungi 21 ayat)
Surah ini dimulai dengan sumpah Allah demi waktu malam dan siang
serta penciptaan makhluk lelaki dan perempuan bahawa amalan
manusia itu tidak sama.
Allah menjelaskan kategori manusia kepada dua iaitu golongan
beriman dan golongan kufur.
Menjelaskan harta yang dimiliki oleh orang-orang kafir di dunia tidak
akan berfaedah di akhirta kelak.
16. Al-Dhuha Mengandungi kisah peribadi Nabi Muhammad s.a.w.
Permulaan surah sumpah Allah tidak lupa dan memarahi Nabi
(Surah Makiyyah
mengandungi 8 ayat)
Muhammad s.a.w.
Khabar gembira kepada Nabi Muhammad iaitu pemberian yang
sangat banyak di akhirat oleh Allah.
Surah ini menyenaraikan nikmat Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w
semenjak kecil.
Akhir surah pesana utama kepada Nabi Muhammad iaitu berlembut
dan menyayangi anak yatim, menjalinkan hubungan baik dengan
orang miskin, dan mensyukuri nikmat-nikmat Allah.
17. Al-Insyirah Menjelaskan tiga nikmat yang dianugerahkan Allah kepada Nabi
Muhammad s.a.w. iaitu melapangkan dadanya dengan hikmat dan
(Surah Makiyyah iman; membersihkannya daripada dosa dan noda; dan mengangkat
mengandungi 8 ayat)
kedudukan serta statusnya didunia dan di akhirat.
Allah menjanjikan kepada Baginda untuk menyenangkan perkara
yang susah, menyelesaikan kerumitan dan menghapuskan ujian yang
berat serta memberikan khabar gembira.
Allah memerintahkan rasul Nya supaya sentiasa beribadat dan
menyampaikan risalah Nya.
Setelah melaksanakan semua perkara tersebut, Allah menyuruh
supaya bertawakal.
18. Al-Tin Penghargaan dan penghormatan kepada manusia kerana Allah telah
menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.
(surah Makiyyah
mengandungi 8 ayat)
Menjelaskan kemerosotan keduduukan manusia sehingga tergamak
menghumbankan dirinya kedalam neraka Jahanam.
Mengisytiharkan dasar keadilan mutlak dalam mengurniakan pahala
kepada orang-orang yang beriman dan menyiksa orang-orang kafir.
19. Al-Alaq Menyatakan tentang hikmah kejadian manusia dari lemah menjadi
kuat dan kepentingan membaca dan menulis untuk membezakan
(Surah Makiyyah manusia dengan makhluknya yang lain.
mengandungi 19 ayat)
Menerangkan tentang sifat melampau manusia dan menentang
segala perintah Allah. Manusia kerap bersifat angkuh terhadap nikmat
Allah.
Mendedahkan tentang sifat Abu Jahal yang menegah baginda Rasul
s.a.w. menunaikan ibadat solat kerana sifatnya yang menyembah
berhala.
20. Al-Qadr Menjelaskan sejarah permulaan turunya al-Quran.
Menyatakan kelebihan malam al-Qadr berbanding malam dan bulan
(Surah Makiyyah
mengandungi 5 ayat)
yang lain.
Para malaikat turun pada malam tersebut membawa cahaya, fadilat,
keberkatan dan kebajikan kepada hamba Nya yang soleh dan kepada
sesiapa yang Dia mahu.
21. Al-Bayyinah Menjelaskan tentang hubungan ahl al-Kitab (yahudi dan Kristian) dan
orang-orang musyrikin dengan risalah Rasulallah s.a.w. dan sikap
(Surah Madaniyyah mereka terhadap Baginda.
mengandungi 8 ayat)
Menetapkan matlamat utama beragama dan beriman ialah ikhlas
dalam beribadat kepad Allah.
Menjelaskan tentang kesudahan hidup orang-orang kafir yang banyak
melakukan jenayah dan dosa.
22. Al-Zalzalah Menjelaskan tentang malapetaka, keretakan dan gegaran yang amat
dahsyat pada hari kiamat
(Surah Madaniyah
mengandungi 8 ayat)
Menggambarkan episode kiamat di mana semua makhluk tampil
menghadapi perhitungan Allah
23. Al-Adiyat Menegaskan tentang sifat manusia yang suka kufur serta mengingkari
nikmat Nya. Menyatakan tentang sikap dan perangai manusia yang
(Surah Makiyyah sangat memuja harta benda dan kekayaan.
mengandungi 11 ayat)
Menggalakkan manusia melakukan perbuatan baik dan amal soleh
yang memberi manfaat kepada mereka apabila bertemu dengan
Allah.
24. Al-Qariah Gambaran ngeri dan dahsyat mengenai hari Kiamat.
Dinyatakan sebahagian dari tanda-tanda hari kiamat.
(Surah Makiyyah
mengandungi 11 ayat)
Akhir surah disudahi dengan pernyataan gambaran mengenai
pemasangan dacing timbangan amalan manusia.
25. Al-Takathur Menerangkan perihal kesibukan manusia meraih kelazatan dan
pesona dunia serta lalai sehingga kematian menjemput.
(Surah Makiyyah
mengandungi 8 ayat)
Mengingatkan tentang semua perbuatan manusia di dunia akan
dituntut dan dipertanggungjawabkan di akhirat.
Ancaman akan melihat sendiri seksa neraka secara pasti,
menghadapi gelojak dahsyat api neraka dan soal siasat mengenai
penggunaan nikmat Allah didunia.
26. Al-Asr Menjelaskan prinsip-prinsip utama Islam dan melakarkan suatu
perlembagaan hidup bagi masyarakat manusia amnya.
(Surah Makiyyah
mengandungi 3 ayat)
Allah bersumpah dengan masa yang mengandungu segala jenis
keajaiban dan tanda-tanda kekuasaan Allah.
Allah bersumpah bahawa manusa memang rugi kecuali empat
golongan.
27. Al-Humazah Mengatasi masalah moral yang begitu kronis dalam masyarakat iaitu
suka mencela orang lain.
(Surah Makiyyah
mengandungi 9 ayat)
Permulaan surah dengan azab yang pedih bagi mereka yang suka
mencela dan mencaci.
Allah mencela orang-orang yang bersungguh-sungguh mengumpul
harta seolah-olah mereka akan kekal di dunia.
Akhir surah dengan menempelak dua golongan tersebut dengan
dihumbankan kedalam api neraka.
28. Al-Fil Kisah tentera bergajah yang bergantung kepada kekuatan, harta
benda dan bala tentera yang diyakini tidak akan kalah.
(Surah Makiyyah
mengandungi 5 ayat)
Kemudian Allah menghancurkan mereka dengan batu-batu kerikil
yang kecil yang terselit di kaki burung semasa mereka ingin
meruntuhtkan Kaaabah.
29. Quraisy Memperincikan beberapa nikmat Allah kepada orang Quraisy.
Mereka dapat bergerak bebas dan dapat berniaga dengan selamat
(Surah Makiyyah
mengandungi 4 ayat)
pada musim sejuk juga musim panas.
30. Al-Maun Mengandungi celaan terhadap orang-orang kafir yang mendustai hari
akhirat.
(Surah Makiyyah
mengandungi 7 ayat)
Celaan terhadap orang-orang munafik yang menzahirkan keislaman
dan menyembunyikan kekufuran.
Mereka dijanjikan dengan kerugian, azab dan kemusnahan.
31. Al-Kauthar Kelebihan rahmat Allah dan pemberianNya kepada Nabi, seperti
sungai al-Kauthar yang ada di dalam syurga.
(Surah Makiyyah
mengandungi 3 ayat)
Memerintahkan Nabi dan umatnya supaya sentiasa mengerjakan
sembahyang dengan ikhlas dan menyembelih binatang korban
sebagai tanda syukur kepada Allah.
32. Al-Kafirun Mengsiytiharkan pembebasan diri mukmin daripada meniru amalan
orang-orang musyrikin.
(Surah Makiyyah
mengandungi 6 ayat)
Menyarankan agar manusia melakukan sesuatu dengan penuh ikhlas
kepada Allah.
Menggariskan sempadan pemisah yang jelas antara iman dan kufur;
dan antara orang-orang beriman dan mereka yang menyembah
berhala.
33. Al-Nasr Membicarakan tentang pembukaan kota Mekah dan kemenangan
Nabi s.a.w. ke atas golongan musyrikin.
(Surah Madaniyah
mengandungi 3 ayat)
Melalui kemenangan tersebut Islam tersebar luas dan terhapusnya
belenggu kesyirikan dan penyembahan berhala.
34. Al-Masad Menceritakan kemusnahan dan nasib malang Abu Lahab dan
isterinya yang dicampakkan ke neraka jahanam sebagai balasan
(Surah Makiyyah kerana sentiasa menyakiti dan memusuhi Nabi s.a.w.
mengandungi 5 ayat)
35. Al-Ikhlas Mengandungi rukun-rukun akidah da syariat Islam yang terpenting
iaitu mentauhidkan Allah dan mensucikanNya, memperakukanNya
(Surah Makiyyah dengan sifat-sifat kesempurnaan dan menafikan kewujudan sebarang
mengandungi 4 ayat)
sekutu bagiNya.
36. Al-Falaq Mengandungi permohonan perlindungan Allah dari kejahatan
makhluk-makhluk.
(Surah Makiyyah
mengandungi 5 ayat)
Mengandungi pengajaran dan bimbingan yang sangta bernilai untuk
melindungi manusia dari kejahatan manusia lain.
37. Al-Nas Mengandungi permohonan perlindungan Allah agar dijauhkan dari
kejahatan Iblis yang sentiasa cuba menggoda manusia dengan was-
(Surah Madaniyyah was.
mengandungi 6 ayat)
Surah al-Nas, surah al-Falaq dan surah al-Ikhlas digunakan oleh Nabi
untuk memohon perlindungan Allah dari sihir Yahudi.

You might also like