You are on page 1of 6

Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI JAIS

PANDUAN UJIAN TILAWAH DAH HAFAZAN


( UTH06 )

PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA


JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

DISEDIAKAN OLEH
UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN

1
Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI JAIS

PANDUAN PENILAIAN UJIAN TILAWAH DAN HAFAZAN

PENGENALAN
 Ujian Tilawah dan Hafazan (UTH) merupakan suatu ujian untuk menilai kebolehann
murid dalam membaca dan menghafaz ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih mengikut
hukum tajwid yang dipelajari. Beberapa aspek dan kreteria diperkenalkan kepada guru-guru bagi
membolehkan perlaksanaan ujian ini dijalankan di sekolah.

OBJEKTIF PENILAIAN
 Kemahiran membaca ayat-ayat al-Quran yang terpilih mengikut hukum tajwid yang
betul.
 Kemahiran menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih mengikut hukum tajwid yang
betul.

MAKLUMAT AM
 Ujian Tilawah dan Hafazan (UTH) adalah wajib bagi semua calon yang mengambil
peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama.
 UTH dijalankan kepada calon tahun 6 sahaja.
 Setiap calon dikehendaki membaca 1 petikan ayat tilawah dan 1 surah ayat hafazan
yang ditentukan.
 Markah penuh ujian ini ialah 100 markah:
i- Tilawah 60 markah.
ii- Hafazan 40 markah.
 Pelaksanaan UTH hendaklah dijalankan oleh guru yang mengajar tahun 6 sahaja.
 Ujian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
berterusan.
 Aspek dan kriteria dalam panduan penilaian UTH hendaklah dimaklumkan kepada
calon.
 Ujian ini dilaksanakan pada bulan Jun /Julai setiap tahun.

ARAHAN KEPADA PENILAI


 Tiap-tiap guru yang mengajar tahun 6 adalah penilai bagi calon.
 Memahamkan calon berkaitan dengan UTH dari aspek kreteria dan prosedur penilaian.
 Memastikan calon yang sebenar mengambil UTH.
 Memulakan sesi ujian dengan meminta calon membaca surah al-Fatihah dengan
lantang dan betul.
 Mengemukakan tugasan yang ditentukan kepada calon secara lisan.
2
Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI JAIS

 Penilai boleh menegur bacaan calon dalam aspek tertentu seperti tersalah baca baris,
kalimah atau terlangkau ayat.

 Penilai hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif dan tidak memberikan
kritikan terhadap kebolehan calon semasa ujian dijalankan.
 Markah yang diberi mengikut panduan penilai UTH (Rujuk Lampiran A), markah yang
diperolehi hendaklah direkodkan di dalam borang markah yang disediakan (Lampiran B dan C).

BORANG PENILAIAN
 Guru Penilai dikehendaki mengisi Borang Penilaian Individu UTH.
(rujuk lampiran A).
 Guru Penilai dikehendaki melengkapkan borang Rumusan UTH.
(rujuk lampiran B)
 Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah difailkan dan disimpan di
tempat yang selamat.

TUGASAN
 Sukatan UTH merangkumi sukatan pelajaran tahun 5 dan 6 sahaja.
 Calon dikehendaki membaca ayat al-Quran yang ditentukan oleh penilai iaitu
lebih kurang satu mukasurat.
 Bagi ujian hafazan, calon dikehendaki menghafaz surah yang telah ditentukan
oleh penilai.

ASPEK YANG DINILAI


 Tilawah – Membaca al-Quran.
 Hafazan – Menghafaz surah-surah pendek.

GARIS PANDUAN PEMBINAAN SOALAN.


Tilawah.
 Pembinaan soalan hendaklah berdasarkan sukatan ayat tilawah yang
ditetapkan.
 Panjang ayat yang dipilih adalah lebih kurang satu muka surat al-Quran rasm
Uthmani.

Hafazan
 Pembinaan soalan hendaklah berdasarkan sukatan ayat hafazan yang
ditetapkan.
 Tugasan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian ayat.
3
Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI JAIS

Lampiran A
UJIAN TILAWAH DAN HAFAZAN
PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA
BORANG PENILAIAN INDIVIDU

Nama Calon : ...........................................................................


No. Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran : ...........................................................................
No. Angka Giliran : ...........................................................................

Arahan :
Anda dikehendaki menggunakan borang markah calon individu dalam memberikan penilaian kepada setiap
pernyataan yang dikemukakan.

A. PEMARKAHAN TILAWAH
Markah Markah
Bil Aspek Kriteria
Penuh Diperolehi
1. Membaca ayat-ayat - Membaca ayat-ayat al-Quran mengikut
al-Quran hukum tajwid dari aspek Qalqalah, nun mati,
30
- Tajwid tanwin dan hukum mad yang betul.

- Fasahah - Membaca ayat al-Quran dengan lancar


2. dengan mengikut lahjah yang betul. 15

- Lagu - Membaca ayat al-Quran dengan lagu dan


3. suara yang baik. 10
- Sentiasa berusaha memelihara adab dan
- Adab
4. tertib ketika membaca al-Quran dengan 5
sempurna.
JUMLAH (60 markah) 60

B. PEMARKAHAN HAFAZAN
Markah Markah
Bil Aspek Kriteria
Penuh Diperolehi
1. Menghafaz ayat-ayat Menghafaz ayat al-Quran dengan -
al-Quran .betul 20
- Hafaz
- Menghafaz ayat al-Quran dengan
2. - Lancar lancar 10
- Menghafaz ayat al-Quran
3. - Tajwid mengikut hukum tajwid dengan 10
betul.
JUMLAH (40 markah) 40

Nama dan tandatangan Mumtahin BAHAGIAN A 60

4
Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI JAIS

BAHAGIAN B 40
..................................................
( )

JUMLAH MARKAH
Pengesahan Guru Besar 100
CALON
..................................................
( )

Tarikh:

Lampiran B
UJIAN TILAWAH DAN HAFAZAN
PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA
BORANG MARKAH CALON

Nama Sekolah : ...................................................................................................

Daerah : ............................................ Kod Sekolah : ....................

Markah
Bil Nama Calon Angka Giliran Pangkat
Keseluruhan

Dinilai oleh : Disahkan oleh Guru Besar :

5
Unit Peperiksaan dan Penilaian BPI JAIS

............................................ ............................................
( ) ( )

Tarikh : Tarikh :

Cop Rasmi Sekolah

You might also like