You are on page 1of 70

TAZKIRAH RINGKAS

Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad Fisabilillah


Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka
RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa
yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan
bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan
tanggungjawab menjaga kedua orang tua.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu
jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan
sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur
lanjut dalam pemeliharaanmu." a33; (Surah Al-Isra' ayat 23)
Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang
bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya,
tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada
kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali
sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." a33; (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak
merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci
syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.
Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun
ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah
mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi
tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup
bersama orang tua.
Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi
di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada
kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.
Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia
membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa.
Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang
indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau
berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah
SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi?
Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi?
Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan
berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan
manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati,
tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.
Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke
rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai
sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa
diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.
Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata
mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai
Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian
menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:
"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.
"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.
"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai
tujuan.
"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.
"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."
Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya
bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." a33; (Ditakhrij oleh Ibnu Majah
2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi
dalam al-Sunan 16054)
Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti
memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak

memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada
Allah SWT.
Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa.
Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik.
Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang
ringgit serta barangan berharga.
Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri
sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya
menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti
dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di
dunia ini.

Ganjaran Amalan Digandakan Pada Jumaat


JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk
melipatgandakan ibadah kepada Allah.
Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi
Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan
kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:
Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat
Allah.
Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah.
Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah
as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu
dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk
sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga,
sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api
neraka." (Hadis riwayat Abu Daud)

Membaca surah al-Kahfi.


Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah
sepanjang minggu itu.

Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi
pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis
riwayat Baihaqi)

Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.


Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih
sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:
Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke
atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."
Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh.
Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada
siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang
besar.
Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin
pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.
Keistimewaan itu bertambah menyerlah apabila Allah mensyariatkan sembahyang Jumaat yang
wajib dilaksanakan secara berjemaah.
Antara kepentingannya adalah:

Mengukuhkan ikatan kasih sayang antara sesama Islam, yang mana ia adalah unsur terpenting
bagi menjamin kekuatan umat Islam.

Memberi ilmu, tunjuk ajar serta nasihat kepada umat Islam melalui khutbah. Ia adalah peluang
terbaik untuk memperbaiki kualiti diri.
Pentingnya sembahyang Jumaat, Nabi memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke
masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Rasulullah bersabda bermaksud : Barang siapa secara
mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan
menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.
Sembahyang Jumaat ini terlalu penting. Oleh itu, bagi memastikan umat Islam berada di atas

landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan, Baginda meletakkan garis panduan
kepada mereka yang menghadirinya.
Perkara itu , bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang
menghadirinya. Antaranya adalah:

Mengemas diri dengan sebaik-baiknya dan mandi membersihkan dirinya. Ia agar jemaah lain,
terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang
busuk.
Nabi bersabda bermaksud: Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka
hendaklah dia mandi." (Hadis riwayat Muslim)

Segera ke masjid dengan penuh ketenangan.


Mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar
khutbah dengan jelas. Baginda bersabda bermaksud: Barang siapa yang mandi pada Jumaat,
kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta."
(Hadis riwayat Bukhari)

15 tanda kematian mulia


KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan
seorang insan seni yang hebat. Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan
seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita. Kali
ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.
Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam
'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.' Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki.
Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan. Pernahkah kita meminta
supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?
Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan
tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


"Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke
dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah
Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya
ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu
Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah
dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu
Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah
Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid
di antara kalian?
Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah
siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."
Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid
wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan
Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan
penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orangorang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan
antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap
Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.


8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan
syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam,
tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari,
Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin
Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit
kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana
penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana
tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika
hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan
Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan
perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati
kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana
penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana
mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia
terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi,
Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia
mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati
dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati
mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa
selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan
pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur
(fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul
khatiimah.

Jadikanlah Dirimu Orang Alim


Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang
yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang

mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang
kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar)
Hadis ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu agama.
Huraiannya:
Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan
salah satu dari empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang
belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama atau pun orang yang mencintai dan
menghargai salah satu dari tiga golongan yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.
Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan
kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam
jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran
untuk memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil.
Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan
yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan
yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.
Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada
faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam
kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang
kelima yang binasa.

Air Mata Nabi Adam


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat
kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam
itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor
burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh

air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung
itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini
membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah
menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah
menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Dosa Mungumpat Hanya Boleh Diampun Oleh Mangsa


Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada
orang lain.
Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud "Mengumpat
itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang
dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau
menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang
yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan
daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula
daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang
diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya
diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu
lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah
akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan
diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib
Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu
perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan
perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan
keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya
tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah
kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya,
maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan
mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan
mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan
ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan
seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat
cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada
Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak
pernah melakukan". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang
mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan
kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang
yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri
daripada melakukannya.
Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Kemanakah Arah Kita Selepas Dibangkitkan Dari Alam Kubur?


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka

keluar dari kuburnya:1. Orang-orang yang mati syahid.


2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah."
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit
sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya
hingga sampai hari Kiamat."

Bila Azan Berkumandang


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak
dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI
KETIKA AZAN, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak
fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa
yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn

izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan
lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

Tujuh Kalimah
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, iaterpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat
sertadiampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buihlaut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak
diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak
terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi.

Sinar Cahaya Ayat Kursi


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya
ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati
isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari
bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm
lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah
disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala
nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga
mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Wuduk
Sabda Rasulullah (s.a.w)
"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka
akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat(yg haram) bersamaan dengan air atau
bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan
kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia
keluar dlm keadaan bersih dari dosa"

Hadith Riwayat Muslim


Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk:
1.Apabila air dingin melalui tubuh yg letih ia mampu melancarkan peredaran darah membuatkan
tubuh lebih segar.
2.Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem
pertahanan tubuh melawan virus.
3.Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktivit hormon estrogen sekaligus meningkatkan
tahap kesuburan.
4.Boleh memperbaiki jaringan kulit dan buat kuku lebih sihat dan kuat..
5.Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion2 negatif yang boleh meneutralkan darah
dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan
berseri

Bacalah Yassin
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.


7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran
itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali. "
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin
pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa
dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin
sehingga datang malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.Ketika dia
meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa
bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada
malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah
jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi
kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya. "

Orang Yang Telah Memperbanyakkan Amal-amal Kebajikan


Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari
jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari
pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya.
Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang dan

sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa
yang membanyakkan jenis puasa: ia diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa
yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dan pintu sedekah. " Mendengarkan yang
demikian, Abu Bakar r.a., berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah
(dalam saat kecemasan). Tidaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput
masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang
dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w. menjawab: "Ia, ada. Dan aku harap engkau
seorang dari mereka yang berbahagia itu."(Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w., menerangkan tentang kemuliaan dan penghormatan yang
tinggi yang diberikan oleh Malaikat pada hari akhirat kepada orang yang membanyakkan jenisjenis amal kebajikan yang dilakukannya.
Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan, sangatlah dihormati oleh
Malaikat Syurga sehingga masing-masing berebut-rebut menjemputnya masuk dari pintu yang
dijagainya.
Maksud mengerjakan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan itu ialah: Misalnya seseorang
mengerjakan sembahyang fardu ia juga mengerjakan berbagai-bagai sembahyang sunat.
Demikian halnya pada amal-amal kebajikan yang lain.
Mendengarkan tentang kemuliaan yang besar yang akan di dapati oleh orang yang berbahagia
itu, Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, r.a., merasa gembira dan meminta penjelasan dari Rasulullah
s.a.w., lalu Baginda s.a.w. menerangkannya dan menyatakan harapannya semoga Sayidina Abu
Bakar termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung itu.

Wajib Bersikap Ikhlas Dalam Menuntut Ilmu Dan Amal Ibadah


Dari Abu Umamah r.a., katanya: "Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w., lalu
bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana hukum seseorang yang pergi berperang untuk mencari
pahala dan nama yang terpuji, apa yang akan didapatinya?" Maka Rasulullah s.a.w. (menyatakan
kepadanya dengan) bersabda: "Orang itu tidak beroleh sebarang pahala"; Si penanya mengulangi
pertanyaannya tiga kali dan Rasulullah s.a.w. pula tetap menjawab: "Orang itu tidak beroleh
sebarang pahala"; akhirnya Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah `Azza wa Jalla tidak
menerima sebarang amal melainkan yang dikerjakan untukNya semata-mata dan dengan tujuan

untuk mendapat keredhaanNya."


( Abu Daud dan An-Nasa'i)
Hadis ini menerangkan bahawa:
Sebarang amal yang dikerjakan bukan kerana Allah, tidak ada nilainya di sisi Allah.
Huraiannya:
Sesuatu amal yang dikerjakan, walau seberapa besar dan tinggi nilainya pada anggapan manusia,
belum tentu ada nilainya di sisi Allah untuk mendapat balasan pahala pada hari akhirat kelak.
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hukum perkara itu kepada orang yang bertanya
mengenai seseorang yang berjuang di medan perang dengan tujuan untuk mendapat pahala dan
nama yang terpuji sebagai pahlawan yang gagah berani; Baginda menyatakan bahawa orang itu
tidak beroleh sebarang pahala. Baginda menegaskan jawapannya itu sebanyak tiga kali, sambil
menerangkan sebabnya amal itu yang pada zahirnya dipandang tinggi nilainya tetapi pada
hakikatnya tidak mendapat sebarang pahala kerana ia dikerjakan bukan kerana Allah sematamata, sedang Allah Subhanahu wa Taala tidak menerima melainkan amal bakti yang dikerjakan
dengan ikhlas kepadaNya.

Kata-kata Nasihat Ibnu Quyyim


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah
swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan
Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu
dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan

laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan
bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati
sihamba itu.

Perihal Doa
Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa
dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana
sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan
sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar,
hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

Lidah Tergaman Apabila Tangan Bertutur


Kehidupan didunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu diajar untuk memberi peluang
kepada manusia bagi melengkapkan perbendaharaan ilmu masing-masing. Allah SWT
menyediakan tenaga pengajar yg cukup mahir terdiri daripada para anbiya dan juga rasul a.s dan
kemudiannya disambung pula tugas mulia itu oleh para ulama sehingga kiamat.
Justeru Tuhan telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia melepaskan diri dari
kejahilan, sehingga tidak seorang pun didataran Mashyar kelak boleh berdalih untuk menyatakan
bahawa tidak ada kemudahan untuk menimba ilmu, dan tidak mungkin dapat menafikan bahawa
para rasul telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna, kerana setiap rasul itu memiliki sifat
tabligh yakni menyampaikan setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah SWT .
Para rasul sudah menyediakan garis panduan yg selengkapnya, dan menunjukkan jalan-jalan
lurus dan selamat yg mesti dilalui oleh manusia. Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan
yg lurus, para rasul juga memberikan beberapa amaran adanya bahaya jalan yg berliku dan
bersimpang-siur itu agar manusia waspada kerana jalan yg bersimpang-siur itu boleh
menyebabkan manusia tersesat jalan.
Firman Allah SWT didalam surah al-Anaam ayat 153 yang bermaksud; Dan bahawa inilah
jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana
jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan)kamu dari jalan Nya .
Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa. (al-Anaam :153)

Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus andainya masih ada juga yg menyimpang
ke jalan yg membawa mereka ke arah kesesatan, tiada siapa yang patut dipersalahkan , kecuali
mereka patut menyalahkan diri sendiri serta mengakui bahawa mereka tidak mematuhi setiap
petunjuk arah yang telah disediakan di sepanjang jalan itu.
Ketika manusia terdampar didataran Mashyar jutaan tahun (menurut ukuran masa dunia), dikala
mengharungi kesengsaraan yg amat dashyat, ramai dikalangan penghuni Mashyar yg
terkenangkan kampung halaman. Mereka menyesali diri kerana memandang sepi seruan para
Rasul dahulu. dan bersikap dingin keraan seruan dakwah oleh para ulama terhadap para penyeru
ke jalan Allah.
Setelah mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah dia kebenaran hari Qiamat yg
diberitahu oleh para Rasul dahulu.Dalam ratapan ahli Mashyar, merintih merayu kepada tuhan
agar memberi peluang mereka kembali ke dunia walau sejenak untuk memperbaiki keimanan
dan melakukan amal soleh, seperti yang digambarkan didalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat
12;yang bermaksud.
Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-oranng yang berdosa itu
menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah
melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan amal
soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.
(As-Sajadah:12)
Kesedaran yg terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet bumi untuk
tempat kembali seperti yg dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur. Manusia ingin pulang ke
dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah yang menyebabkan mereka abai
terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk hidup didunia dahulu?
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud : "Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap
manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa
remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur
yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki
yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu
ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan."
Empat soalan penting yg di kemukakan oleh Allah SWT diakhirat ialah yg pertamanya mengenai
alam remaja, suatu lembaran hidup selepas bermulanya taflik syarak. Tuhan tidak menanyakan
seseorang tentang alam kanak-kanak kerana usia kanak-kanak belum diberi beban atau
tanggungjawab memikul suruhan dan larangan yg terkandung didalam syariat.

Alam remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi, saat remaja mulai
terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu cabaran baru mengenai panduan ,kawalan dan
kejayaan dalam menghadapi masa remaja bergantung kepada sejauh mana kefahaman supaya
mampu mengendalikan kehidupan yang lurus.
Runtunan masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran usia yang
berikutnya, tetapi kegagalannya akan menjadi titik hitam yang merumitkan, terutama ketika
menyediakan jawapan terhadap soalan yang bakal dikemukakan oleh Allah SWT dihari Mashyar
kelak.
Apabila menempuh usia dewasa dan hari tua , bererti Tuhan telah mengurniakan umur yg
panjang. Mengharungi kehidupan yg panjang bererti lebih banyak peranan yang harus di pikul.
Sebagai individu insan, berbagai kelengkapan perlu disediakan, iaitu iman yg berasaskan ilmu
wahyu, amal soleh merupakan buah kepada ilmu.
Sebagai ketua keluarga dia adalah murabbi, yang memikul peranan dan tanggungjawab
memimpin rumahtangga , mengasuh keluarga dengan didikan berasas ketaqwaan. Sebagai
anggota masyarakat, dia mempunyai peranan sebagai pemimpin yang mengajak manusia ke arah
mematuhi ajaran Islam, atau menjadi manusia yang sedia dipimpin dalam suatu wadah
perjuangan Islam. Terlaksanakah semua beban kewajipan itu?
Selain itu, Tuhan menjanjikan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang diciptakan dimuka bumi ini.
Manusia yg mempunyai peranan sebagai khalifah, adalah makhluk istimewa yg dikurniakan
berbagai kekayaan dunia, samada kekayaan yg terpendam diperut bumi, kekayaan dilautan,
kekayaan didaratan dan juga kekayaan di udara.
Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat-alat yg mesti dipergunakan untuk melakukan ketaatan
kepada Allah SWT. Bagaimana cara mendapatkan kekayaan harta tersebut,samada dgn cara betul
dan halal atau cara yg terlarang.Untuk apa pula dipergunakan harta yg melimpah ruah, adakah
utk menjadi penghimpun kekayaan dan lupa daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau
Qarun moden.
Segala yg bersangkutan dengan harta kekayaan Allah kurniakan itu, adalah diantara soalan yg
mesti dijawab didataran Mashyar kelak. Harta halal yang terhimpun banyak, akan melambatkan
seseorang masuk syurga sebaliknya harta yang diperoleh dengan cara haram, akan menjadi api
pembakar untuk dirinya sendiri didalam neraka (wal iyazu billah)
Persoalan ke empat didalam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai ilmu.Tuhan bertanya
`Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu? Bagaimanakah ilmu itu dimanfaatkan'?
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk istimewa mengatasi makhluk

yang lain hatta malaikat sekalipun, tidak lain kerana manusia dikurniakan ilmu pengetahuan.
Justeru itu manusia adalah makhluk sejak dari manusia pertama iaitu Adam a.s.
Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 31; Dan Dia mengajarkan kepada Adam (ilmu)
nama-nama (benda)seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada Malaikat lalu berfirman
Sebutkanlah kepada Ku nama benda benda itu jika kamu memang dari golongan yang
benar. (Al-Baqarah:31)
Ternyata cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu pengetahuan yang
dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu tidak dapat disahut oleh Malaikat, sebagaimana
pengakuan Malaikat yang dinyatakan oleh Al-Quran surah al-Baqarah ayat 32; yang bermaksud.
Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah
Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi
Bijaksana. (Al-Baqarah:32)
Allah SWT mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu itu Allah telah
mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi, sebagaimana firman Allah didalam surah AlMujaadilah ayat 11; yang bermaksud.
Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. (Al-Mujaadilah:11)
Di samping itu,Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu sebagai seteru-Nya seperti
yang di perjelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah s.a.w; yang bermaksud.
Orang alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq, sementara orang yang jahil itu adalah
seteru Allah meskipun dia seorang abid."
Meskipun demikian Tuhan akan persoalkan juga tentang ilmu yg di kurniakan oleh Allah SWT
terhadap hamba-Nya, kerana ilmu juga boleh digunakan untuk kebaikan yang memberi manfaat
dan mengangkat darjat manusia . Sebaliknya ilmu juga boleh disalah gunakan, hingga
mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia sendiri. Terlalu banyak contoh
manusia binasa oleh ilmu.
Demikianlah diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari Mashyar
kelak, malah perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun.
Firman Allah SWT didalam surah AL-Hijr ayat 92-93 yang bermaksud;
"Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya tentang apa yang telah
mereka kerjakan dulu." (Al-Hijr:92-93)

Soalan dihari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang bagaimana sulit pun pasti akan
dijawab oleh mereka yang menguasai ilmu.
Sesungguhnya soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh lidah, lantaran itu lidah yang
petah tidak mendatangkan manfaat lagi. Sebaliknya yang bakal menjawab adalah setiap indera ,
iaitu tangan-tangan mereka , sementara kaki pula akan menjadi saksi bagi mengesahkan
pengakuan yang telah mereka lakukan.
Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yang bermaksud
"Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi
kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." (Yasin:65)
Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan
terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu.

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat
itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara
solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan
jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T,
antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.


10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan
mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat
menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu
hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan
mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan
pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu
bungkusan kain tebal yang buruk."

Keadaan Manusia Di Padang Mahsyar


BAGAIMANAKAH cara manusia ke Padang Mahsyar? Bagi menjelaskan perkara ini, Allah
berfirman pada ayat 86, Surah Mariam; ayat 102, Surah Taha dan ayat 97, Surah al-Isra'. Ayat itu
maksudnya menyatakan bahawa cara manusia ke Padang Mahsyar ada tiga bahagian:
Orang yang pergi dengan berkenderaan iaitu orang bertakwa.

Orang yang berjalan kaki dan keadaan muka mereka biru keruh, kerana hati masing-masing
sebak dengan kedukaan, iaitu orang yang mati dalam keadaan berdosa.

Orang yang berjalan dengan mukanya, sambil matanya tidak dapat melihat sesuatu yang
menyukakannya. Lidahnya tidak dapat menuturkan hujah atau alasan yang boleh diterima
daripadanya dan telinganya tidak dapat mendengar perkara yang menyenangkan hatinya.
Mereka ialah orang yang pada masa hidup di dunia tidak berusaha menggunakan matanya,
lidahnya dan telinganya untuk mencapai kebahagiaan akhirat.
Cara itu diterangkan pula oleh Rasulullah SAW dalam hadis berikut:
Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud:
"Manusia yang dihimpunkan ke Padang Mahsyar pada hari kiamat adalah tiga golongan.

"Pertama golongan yang berjalan kaki; kedua, golongan berkenderaan dan ketiga, golongan yang
berjalan dengan (berkakikan) mukanya."
Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana mereka dapat berjalan dengan mukanya?"
Baginda menjawab: "Sesungguhnya Tuhan yang telah menjadikan mereka boleh berjalan dengan
kaki, berkuasa menjadikan mereka berjalan dengan muka mereka." (Hadis riwayat at-Tarmizi).
Bagaimana pula keadaan manusia ketika pergi dan berada di Padang Mahsyar?
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! Kamu sekarang telah datang
kepada Kami dengan keadaan sebatang kara seperti keadaan Kami ciptakan kamu keluar dari
perut ibu kamu dulu, tidak berkain baju, tidak berkasut, tidak berkhatan dan tidak berharta
benda." (Surah al-An'am, ayat 94).
Dan firman-Nya lagi pada ayat 29 Surah al-A'raf, maksudnya: "Sebagaimana Tuhan telah
mulakan penciptaan kamu dengan keadaan yang tertentu, maka demikianlah pula kamu bangkit
hidup kembali kepada Tuhan."
Mengenai keadaan yang disebut itu, Rasulullah menerangkan dalam hadis berikut:

Daripada Ibn Abbas, katanya, Rasulullah berdiri berucap kepada kami, sabdanya: "Wahai
sekalian manusia! Sesungguhnya kamu dihimpunkan di Padang Mahsyar dengan keadaan
berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup." (Kemudian Baginda membaca firman Allah bererti:
Seperti Kami ciptakan manusia pada mulanya, demikian pula Kami ulangi ciptaannya, itulah
janji yang sesungguhnya Kami akan lakukan) Ketahuilah! Sesungguhnya orang yang mula-mula
sekali diberi pakai pakaian pada hari kiamat ialah Ibrahim al-Khalil." (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).

Daripada Aisyah, bahawa Nabi bersabda: "Dihimpunkan manusia di Padang Mahsyar pada hari
kiamat dengan keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan berkulup." Aisyah berkata: "Ya
Rasulullah! adakah orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?" Nabi
menjawab: "Wahai Aisyah! Kedahsyatan keadaan pada masa itu menghalang masing-masing
daripada melihat satu sama lain." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Pada satu riwayat oleh al-Nasa'i dan al-Haakim daripada Aisyah, katanya: Aku bertanya: "Ya
Rasulullah! Bagaimana pula keadaan aurat?" Nabi menjawab: "Tiap-tiap seorang pada masa itu
cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya saja."
Maksud dua hadis itu ialah Rasulullah menerangkan bahawa manusia akan ke Padang Mahsyar

dengan keadaan sebagaimana Tuhan menjadikan mereka keluar dari perut ibu dulu - tidak
berpakaian, tidak berkasut dan tidak berkhatan.
Mendengarkan keterangan itu, Saidatina Aisyah bertanya: "Bagaimana hal aurat masing-masing
ya Rasulullah! Adakah orang lelaki dan perempuan memandang satu sama lain?"
Rasulullah menjawab: "Wahai Aisyah! Kedahsyatan huru-hara kiamat menghalang manusia dari
memandang satu sama lain, usahkan hendak memerhatikan aurat, tiap-tiap seorang pada masa itu
cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya saja.
Nabi Muhammad menerangkan lagi bahawa orang yang mula-mula sekali diberi memakai
pakaian antara makhluk yang ramai itu ialah Nabi Ibrahim.

Mimpi Nabi SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG

KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG
SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA
UMATKU lalu menyeru k epada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sepuluh Jenis Seksaan Yang Menimpa Wanita


Siksaan ini diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan
Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.
Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan
rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi
rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya
dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam
kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan
air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui
anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit
beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi
tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar
rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas
habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di
bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain
dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari
neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat
akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala :censored:
dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan
sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa
ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka
adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Wallahualam

Kisah perbualan antara Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dengan Iblis


Sama-samalah kita mangambil iktibar dari peristiwa ini..

Soalan Nabi : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis: "Orang yang berdosa,
bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."
Soalan Nabi : "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta Tidak membaca doa pelindung
syaitan, maka hamba gosok-gosokkan Najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."
Soalan Nabi : "Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis: "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung
syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan
isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak
itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana
kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba
yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."
Soalan Nabi : "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"
Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal
akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah
marahnya."
Soalan Nabi: "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"
Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu
ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang,
bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."
Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada
leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman
yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus
dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di
pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat
pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga
bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya,
nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara
kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya".
Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Di mana tempat engkau diam ?"
Jawab Iblis: "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka
menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah
yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan

masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka".
Soalan Nabi :"Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?"
Jawab Iblis: "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka
Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian
manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tibatiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab
ucapannyanya itu". "Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanakkanak yang bersiul itulah anak buah
hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan
orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan".
Soalan Nabi : "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana aku
telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada
iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang".
Jawab Iblis: "Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : "Ya Rabbi,
demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam
batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya
senanglah hamba mencelah di dalamnya"
Maka firman Allah SWT : "Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaranKu dan
ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka
itu meminta ampun kepadaKu".
Maka kata Iblis : "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal
sekelian hamba Allah.
1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan
berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku. Maka datang
firman Allah : "Hai Malaun ! Demi kemulaiaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas
umat Muhammad dua kebahagiaan;
Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana
perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa)
bagi maksiat mereka kepadaKu"
Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita
kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.

Rasulullah bertaubat 100 kali sehari


TAUBAT adalah kembali daripada melakukan maksiat. Orang yang berdosa itu seolah-olahnya
meninggalkan Allah dengan tidak taat kepada-Nya dan melanggar perintah-Nya. Maka apabila
dia meninggalkan maksiat, seolah-olah dia kembali semula kepada Allah.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah menerima taubat
seorang hamba, selama (nyawanya) belum sampai pada kerongkong. (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Rasulullah juga bersabda bermaksud: Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat,
nescaya Allah menerima taubatnya. (Hadis riwayat Muslim)
Perkara ini disebabkan jika matahari terbit dari Barat maka pintu taubat serta-merta ditutup.
As-Salafu Solihu mengetahui nilai taubat, lalu mereka sentiasa melakukan taubat. Perkara ini
kerana orang yang berakal apabila memiliki harta yang banyak, kemudian habis tanpa ada faedah
yang kembali kepadanya, tentulah dia berasa sesal.
Begitulah umur bagaikan modul untuk membeli nikmat syurga. Alangkah ruginya umur itu
hilang begitu saja tanpa bertaubat.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan
memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali."
(Hadis riwayat Muslim).
Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud mengenai dosa yang ditanggungnya,
adakah boleh bertaubat.
Abdullah berpaling daripadanya, kemudian menoleh kembali kepada lelaki itu. Dia melihat
kedua-dua mata lelaki itu dengan berlinangan air mata, lalu Abdullah berkata: Syurga itu ada
lapan pintu, semuanya dibuka dan ditutup melainkan pintu taubat kerana di situ ada malaikat
yang ditugaskan supaya tidak menutupnya. Maka beramallah, jangan kamu berputus asa.
Lukman Al-Hakim pula berpesan: Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki
yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya.
(Kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku alangkah
baiknya kalau engkau lambatkan (kedatangan ajal mati) ku ke suatu masa yang sedikit saja lagi,
supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi daripada orang yang soleh. Dan

(ingatlah) Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang
bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala
yang kamu kerjakan.
Orang yang telah dimatikan, semuanya berangan-angan untuk dapat hidup sebentar supaya dia
dapat bertaubat dan bersungguh-sungguh melakukan ketaatan, tetapi jauh sekali apa yang mereka
inginkan.
Allah memerintahkan supaya kita melakukan taubat seperti firman-Nya bermaksud: Dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur, ayat 31)
Dan Allah menjanjikan menerima taubat serta membuka pintu pengharapan seluas-luasnya.
Firman Allah bermaksud: Katakanlah Muhammad, wahai hamba-hambaku yang melampau
(menzalimi) dirinya, janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah
mengampunkan dosa semuanya, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.
(Surah Az-Zumar, ayat 53)
Allah berfirman maksudnya: Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai
(menyintai) orang yang berbuat baik. (Surah al-Baqarah, ayat 195).
Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang
yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik saja.
Ini kerana dia sedar hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan.
Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Sebaliknya, Allah membenci orang yang
berperi laku jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya
kemurkaan dan bala daripada Allah. Alangkah bahagianya jika kita mendapat kasih sayang Allah.
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (bermaksud): Aku cintakan tiga jenis manusia,
tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:
Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta lagi orang miskin yang
pemurah.
Aku cintakan orang yang rendah hati/diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.

Tidur Nabi SAW


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk
tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi
ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat
yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.
Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan
berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah
cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak
Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat
kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata
dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa
harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah
mati.
3. Baca Tasbih Fatimah. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam
itu,dia akan dikira sebagai mati
syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul. Belepas itu tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan
sihir dan niat jahat
manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah
dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan
buatan orang.
6. Ambil wudhu. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Keredaan. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang

sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.


8. Tidur cara Rasulullah saw - Dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah
pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih
mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat
senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan
kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin
Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan
mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersamasama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benihbenih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka
ketika kita bersetubuh dulu.

Sabar antara 6 sifat orang bertakwa


DALAM khutbah Jumaat, khatib mesti berpesan kepada jemaah agar menjadi orang bertakwa
kepada Allah dengan sebenar-benarnya iaitu dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi
larangan-Nya. Ia adalah antara rukun khutbah Jumaat.
Peringatan itu diberikan pada peringkat awal khutbah. Ia agar jemaah akan mendengar segala isi
khutbah disampaikan. Kandungan isi khutbah tidak lain dan tidak bukan untuk melahirkan
manusia bertakwa kepada Allah.
Islam amat menuntut umatnya menjadi orang bertakwa.
Al-Quran menjelaskan sifat orang bertakwa dalam firman-Nya bermaksud: "iaitu orang yang
berdoa: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa
kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. Iaitu orang yang sabar, orang yang benar,
orang yang taat, orang yang menginfaqkan (ke jalan Allah) dan orang yang memohon

keampunan pada waktu sahur."(Surah Ali Imran, ayat 16-17)


Berdasarkan ayat di atas, ada enam sifat orang bertakwa iaitu orang berdoa, bersifat sabar, benar,
taat, suka menafkahkan hartanya dan mereka yang sentiasa memohon keampunan pada waktu
sahur.
Dalam sifat di atas, wujud ciri amat bernilai dalam kehidupan manusia sebagai hamba-Nya dan
bermasyarakat.
Ungkapan doa seseorang hamba yang dimohon kepada Pencipta-Nya membuktikan ketakwaan
mereka. Hal ini kerana di sana wujud konsep manusia memerlukan pertolongan Allah. Ia adalah
pengumuman iman, satu permohonan syafaat di sisi Allah. Begitu juga permohonan keampunan
dan pemeliharaan daripada azab neraka.
Dengan keimanan kepada Allah, manusia akan memohon keampunan kepada-Nya. Hal ini
kerana setiap perbuatan manusia akan mendapat balasannya sama ada baik atau sebaliknya.
Memohon keampunan menunjukkan manusia percaya akan balasan daripada Allah dan beriman
kepada-Nya.
Bersifat sabar dalam melakukan ketaatan yang diperintahkan Allah. Sabar menjauhkan diri
daripada larangan Allah serta menghadapi ujian-Nya yang berupa kesenangan dan kesusahan.
Bersifat benar pula terhadap perkara yang dikhabarkan kepada mereka daripada pengakuan
keimanan dengan kesungguhan menjalankan amal perbuatan di dunia ini.
Mereka bersikap benar dalam pekerjaan, percakapan dan pergaulan kerana bimbangkan balasan
buruk daripada Allah. Pekerjaan itu dilakukan dengan kejujuran dan dilimpahi sikap amanah.
Percakapan pula tiada unsur penipuan dan pergaulannya dalam batas keizinan syarak.
Bersifat taat adalah tunduk dan patuh dalam segala amal perbuatan kerana meletakkan keesaan
Allah sebagai teras dalam kehidupan.
Dalam sifat ini ada ciri menunaikan hak uluhiyyah dan kewajipan ubudiyyah serta menegakkan
kehormatan diri dengan menunjukkan ketaatan kepada Allah.
Menafkahkan harta pula adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta kekayaan ke jalan
ketaatan yang diperintahkan oleh Allah. Begitu juga membantu kaum kerabat dan orang lain
yang memerlukan serta mengeratkan silaturahim sesama manusia.
Dalam sifat infaq wujud ciri pembebasan diri daripada menjadi hamba harta. Ia juga bebas

daripada belenggu kebakhilan dan menegakkan persaudaraan insaniah di atas kenikmatan


peribadi. Mewujudkan hubungan saling bantu membantu antara mereka yang layak dalam
sesebuah kawasan atau negara.
Memohon ampun pada waktu sahur menunjukkan keutamaan beristighfar pada waktu sahur.
Ibn Mardawaih meriwayatkan daripada Anas bin Malik, dia berkata: Kami diperintahkan jika
kami solat malam, agar kami beristighfar pada waktu akhir sahur sebanyak 70 kali.
Dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Allah
turun ke langit dunia pada setiap malam, iaitu ketika masih berbaki sepertiga malam terakhir. Dia
berfirman: Adakah orang yang meminta, sehingga akan Aku beri? Adakah orang yang berdoa
sehingga Aku mengabulkannya? Dan adakah orang yang memohon ampun sehingga Aku
memberikan keampunan kepadanya?
Memohon keampunan pada waktu sahur memberi bayangan yang lemah-lembut dan mendalam.
Kalimah bil ashar dalam ayat 17 Surah Ali Imran menggambarkan bayangan masa akhir malam
sebelum fajar iaitu masa di mana suasana kelihatan begitu jernih, lembut dan tenang. Masa
ketika hati melepaskan bisikannya yang terpendam. Apabila memohon keampunan pada masa
itu, maka ia akan memantulkan bayangan yang menyerap ke dalam jiwa dan hati.
Di sinilah akan timbul rasa keinsafan yang akhirnya menyebabkan sesalan yang tidak terhingga.
Ia akan menyebabkan manusia menyedari kedudukan mereka hanyalah sebagai hamba Allah.

Penjelasan tentang Dosa


Atas Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
REFLEKSI TENTANG DOSA
1. Apakah dosa itu? Apa yang kami diajari , dosa adalah segala yang berlawanan dengan nurani.
2. Malaikat membimbingkan, kalau kita melakukan sesuatu dan hati kita merasa tidak nyaman
dengan apa-apa yang kita lakukan, kita perlu waspada bahwa yang kita lakukan adalah sebuah
dosa. Demikian pula jika kita takut membicarakan sesuatu yang melintas di hati, sesuatu yang
kita pikirkan, atau sesuatu yang kita lakukan. Atau sesuatu itu kita sembunyikan dari orang lain

karena kita dipenuhi rasa malu untuk membukanya.


3. Seorang yang benar adalah seorang jujur dan apa adanya dengan dirinya. Dirinya jernih
sehingga Tuhan dapat melihat dirinya seperti kaca dan kristal yang cemerlang. Tak ada yang
disembunyikannya dari Tuhan. Dia nyaman dengan dirinya sendiri. Dan
dia dapat menceritakan apapun tentang dirinya tanpa beban rasa malu dan khawatir karena benar
itikad di dalam hatinya dan jernih pikirannya yang semuanya menghasilkan sikap dan perbuatan
yang benar pula pada dirinya.
4. Ruhul Kudus mengajarkan kepada kami agar menghidupkan nurani sehingga malaikat dapat
berbicara keras di dalam hati kami. Dimintanya kami tak bertoleransi dengan dosa dan kesalahan
yang kami lakukan. Itulah jalan yang ditunjukkannya kepada kami di dalam pensucian .
5. Sebagai hamba Tuhan, kita mengenal dosa-dosa umum, yang dikenal oleh semua orang dari
agama apapun. Berbohong, membenci, mendendam, mencuri, korupsi, memfitnah, khianat,
membunuh adalah dosa yang telah kita ketahui semua. Semua
manusia ? beragama apapun dia? mengetahui bahwa perbuatan-perbuatan semacam itu adalah
dosa yang harus dijauhi dan ditinggalkan. Dan sudah sewajarnya lah kita meninggalkan dosadosa semacam itu.
6. Ruhul Kudus mengajari kami untuk memotong dosa-dosa yang pernah kami lakukan dalam
kehidupan kami sehari-hari. Ruhul Kudus juga mengajari kami untuk mengetahui kelemahan dan
berhala-berhala pribadi yang menjadi akar dosa kami. Dalam pengajarannya, kami dibawanya
untuk mengikis kelemahan dan ego kami demi penitian di Jalan Tuhan.
7. Atas dosa-dosa yang kami lakukan, Ruhul Kudus mengajarkan pengakuan dosa di Majelis
Pertaubatan yang digelarnya. Inilah majelis pensucian yang dihadirkan Tuhan untuk umat
manusia di zaman ini dan menjadi syariat pensucian di Surga-Nya.
8. Tak mudah pada awalnya bagi kami untuk menerima perintah pengakuan dosa karena perintah
itu tak kami kenal di dalam ajaran Islam yang menjadi latar belakang kami. Kami bahkan melihat
pengakuan dosa sebagai prosesi yang menjadi milik umat Katolik. Tetapi Tuhan membukakan
mata hati kami untuk melihat esensi dari pengajaran yang sedang diturunkan-Nya dan kami pun
kemudian lapang hati menjalaninya. Bahkan, kami sangat berbahagia setelah melaluinya dan
sangat ingin agar setiap orang yang ingin bersuci dapat ikut merasakan kebahagiaan spiritual
sebagaimana yang kami rasakan usai menjalani pengakuan dosa sebagaimana yang sedang
diajarkan-Nya.
9. Di Majelis Pertaubatan, Ruhul Kudus mengajarkan kepada kami untuk mengakui semua dosadosa yang pernah kami lakukan di dalam hidup kami. Diajarkannya kami untuk lugas
mengakuinya demi mendapatkan pengampunan dari Allah.

10. Seberapa kami dapat lugas dan jujur di dalam pengakuan dosa kami, sedemikian kesucian
dan pensucian Allah yang diberikan kepada kami. Pencerahan spiritual adalah buah dari kerelaan
kami menundukkan rasa malu dan diri kami dengan mengakui dosa yang disaksikan oleh Kaum
keluarga sendiri yang menjadi saksi di Majelis Pertaubatan.
11. Melalui majelis pengakuan dosa, kami saling belajar dari pengakuan dosa yang dilakukan
saudara kami. Setiap kali seorang diantara kami merintih kesakitan, terbata-bata, dan bercucuran
air mata menghimpun keberaniannya untuk mengakui dosa yang sulit diakuinya, kami ikut
tergetar secara spiritual dan kemudian terpicu untuk mengikuti keberaniannya. Sebaliknya, kala
seorang mendapat teguran Ruhul Kudus karena membela diri atas dosa yang dilakukannya, kami
pun belajar untuk tak melakukan kesalahan yang serupa.
12. Ruhul Kudus menjelaskan bahwa kemuliaan Tuhan diberikan-Nya pada orang-orang yang
menyentuh sedikit dosa lagi tetap berendah hati di dalam kesuciannya. Tapi kemuliaan itu tak
kurang besarnya pada pendosa yang bertaubat, bersungguh-sungguh mensucikan diri serta
lapang hati menebus dosa-dosa yang telah dilakukannya. Dan pintu bagi para pendosa yang
bertaubat itulah yang sedang dibukakan lebar-lebar oleh Tuhan.
13. Di dalam pengajaran Tuhan kami merasakan bahwa keberanian mengakui dosa-dosa yang
menjadi sisi gelap kami dan mengalahkan harga diri kami ternyata dibayar tunai oleh Tuhan.
Kami merasakan kelapangan pensucian yang luar biasa. Ibarat ruang gelap di dalam relung hati
yang menjadi terang, ibarat batu besar yang terangkat dari badan, pengakuan dosa itu membawa
pencerahan spiritual yang luar biasa.
14. Dan Ruhul Kudus mengajarkan kepada kami untuk bersumpah kepada Tuhan di hadapan
kitab suci untuk berhenti dari dosa yang kami lakukan dan tak menyentuh dosa apapun lagi, baik
dalam keadaan lapang maupun dalam keadaan terpaksa. Itulah perangkat prosesi pengakuan dosa
sebagaimana yang diajarkannya kepada kami.
15. Ruhul Kudus mengajarkan, sumpah adalah bahasa akhirat. Sumpah adalah tekad tertinggi
yang dinyatakan kepada Tuhan yang melibatkan dunia dan akhirat. Sebagaimana uang menjadi
alat transaksi di dunia, sumpah menjadi alat transaksi di akhirat. Sumpah yang baik mengikatkan
pelakunya dengan para malaikat, sementara sumpah yang buruk dan sumpah yang dikhianati
mengikatkan pelakunya dengan iblis.
16. Dengan sumpah tak menyentuh dosa, Ruhul Kudus mengajarkan kepada kami untuk
bersungguh-sungguh menempuh pensucian kami. Itupun adalah sarana bagi para malaikat untuk
semakin menyatu dan berkata-kata melalui nurani kami. Tanpa sumpah, tanpa kesediaan
menempuh resiko, tak ada pensucian yang dapat mencapai kesucian hakiki sebagaimana yang
diinginkan Tuhan.

17. Di dalam penjagaan kesucian, malaikat berkata-kata di dalam peristiwa derita dan keburukan
yang kami alami. Malaikat juga menyampaikan pesan melalui peristiwa-peristiwa yang
menghampiri kami. Di dalam pesannya, malaikat membisikkan dosadosa yang harus kami hindari agar diri kami tak terjerumus pada keburukan yang lebih besar.
Itulah penjagaan malaikat di dalam kehidupan kami sehari-hari.
18. Apakah kami mendengarkan suara malaikat yang menyampaikan pesan melalui nurani
ataukah lebih memilih untuk memperturutkan hawa nafsu dan ego kami, semua kembali kepada
diri kami. Itulah ujian Tuhan yang akan terus kami (dan kita)
hadapi sampai akhir hayat nanti.
19. Selain pengakuan dosa di majelis dan sumpah untuk tak menyentuh dosa, prosesi pertaubatan
sebagaimana yang diajarkan Ruhul Kudus adalah pensucian api. Inilah syariat di Surga yang juga
merupakan penggenapan nubuah Tuhan di dalam Kitab Suci-Nya.
20. Ada orang yang hanya disucikan dengan api bagian ubun-ubun di kepalanya. Bagi yang telah
diperkenankan Tuhan, pensucian api itu meliputi seluruh tubuh. Itulah proses pensucian yang
berat bagi siapapun yang menjalaninya. Tapi itulah syariat Surga yang sedang dinyatakan Tuhan
dan itulah prosesi pengembalian iblis di dalam tubuh kembali ke habitatnya. Api kembali ke api,
itulah salah satu makna pensucian api.
21. Pensucian api bukanlah sebuah atraksi atau permainan. Tak ada pertunjukan kesaktian karena
api itu tetap panas. Tak ada penyiksaan dan penistaan karena semua itu adalah pensucian. Setiap
orang dapat berhenti kapan pun jika tak sanggup melaluinya. Dan telah terbukti tak ada satupun
diantara Kami, baik laki-laki, perempuan, anak muda, maupun orang tua, yang celaka ketika
melaluinya. Inilah upacara suci, konfrontasi dengan bayangan ketakutan besar di dalam diri yang
sedang diajarkan Tuhan.
22. Prosesi pensucian api mengajarkan hikmah kepada kami untuk menghadapi ketakutanketakutan terbesar kami. Kami sangat khawatirkan api akan menyakiti dan merusak diri kami.
Ketika kami menyelesaikan pensucian api dengan selamat, kami sadar bahwa sebagian besar
ketakutan dan kekhawatiran terbesar kami hanya berada di dalam pikiran kami. Dan kami pun
sadar, kondisi semacam itu sesungguhnya banyak terjadi di dalam hidup kami.
23. Prosesi pensucian api mengajarkan kami untuk berani menghadapi masalah dan kenyataan
sehari-hari. Bayangan kekhawatiran dan ketakutan tak boleh menguasai diri kami dan membuat
kami lari dari masalah nyata yang harus kami hadapi. Kami telah belajar bahwa berani
menghadapi masalah adalah satu-satunya cara paling sehat bagi perkembangan spiritual kami.
Sebab, sebagian besar bayangan kekhawatiran dan ketakutan itu hanya ada di dalam pikiran

kami.
24. Pada awalnya kami mengira bahwa pengakuan dosa itu cukup sekali saja kami lalui. Tetapi
ternyata Ruhul Kudus berkali-kali menggelar majelis pengakuan dosa yang harus kami jalani.
Menjalani pengakuan dosa yang kedua tentu saja berbeda dengan pengakuan dosa yang pertama,
dan ternyata pengakuan dosa itu tak lebih ringan karena dosa memang selalu menjadi beban bagi
jiwa kami.
25. Pengakuan dosa pertama adalah sebuah lompatan besar dalam kehidupan spiritual kami.
Selain mengangkat beban kegelapan dari dasar hati, prosesi itu telah memangkas banyak dosa
besar yang pernah kami lakukan. Tapi sejak pengakuan dosa yang pertama itu kami sadar bahwa
kami tak cukup baik di hadapan Tuhan. Ternyata diri ini tak mampu memenuhi sumpah kami
untuk tak menyentuh dosa dengan sempurna. Masih ada dosa-dosa lama yang telah kami akui
dan tekadkan untuk berhenti yang terulang kembali walaupun intensitasnya jauh lebih rendah
dari sebelumnya.
26. Mengakui dosa yang sebelumnya telah diakui dan ternyata berulang lagi adalah sebuah beban
yang sangat berat dan memalukan. Ruhul Kudus mengajarkan dan kami belajar bahwa
pengakuan dosa itu tak memalukan, tetapi sesungguhnya dosalah yang mempermalukan diri
kami. Pengakuan dosa yang berulang itu memaksa kami waspada untuk menjaga diri dari dosa
sehingga dosa itu tak mempermalukan kami di majelis pengakuan dosa yang selanjutnya.
27. Ketika Majelis Pertaubatan itu digelar untuk kesekian kalinya, kami semakin sadar bahwa tak
ada jalan lain bagi kami selain memperkuat tekad untuk memotong dosa-dosa kami. Setelah
dapat meninggalkan dosa-dosa yang nyata, prosesi pertaubatan
yang berulang itu juga membuat kami belajar untuk meningkatkan kualitas pengakuan dosa
kami.
28. Semakin lama kami semakin belajar mengakui dosa-dosa yang lebih tipis, dosa samar, dosadosa pikiran, dosa-dosa lintasan hati yang belum terlahir menjadi perbuatan. Semua itu sesuai
dengan pengajaran Ruhul Kudus yang menginginkan agar hati kami benar, pikiran kami benar,
demikian pula sikap dan perbuatan kami.

12 Golongan Umat Bangkit Dari Kubur.


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin
Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis
sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu
baginda menjawab:
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11
golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga.
Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati
jiran tetangga.
2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan
solat lima waktu.
3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan
bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut
keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang
menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan
mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini
adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang
memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan
mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga
keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman
keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana
kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan
solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
Muhasabahlah diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga kita berada dalam
golongan orang yang beramal soleh. InsyaAllah.

10 Perkara Yang Mensia-siakan


Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal
yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk
ibu bapanya dan kaum Muslimin.
2. Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai
seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa
mengerjakan solat tahiyatul masjid.
4. Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni
kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.
5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu
tanpa mengerjakan solat Jumaat berjamaah.
6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak
mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan
masing-masing dan keluarganya.
8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak
dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu
yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia
sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Keturunan Nabi SAW


Penjelasan seputar keturunan Nabi SAW:
Nabi saw keturunan Ibrahim tu memang betul. Putra pertama Ibrahim ASialah Ismail AS dari ibu
yg bernama Hajar alQibtiyah alMisriyah (bangsa Qibti Egpyt). Yahudi pula dari nasab anak
kedua Ibrahim AS yg bernama Isyhaq (Isaac) dari ibu yg bernama Sarah. Ismail yg menetap di
Tanah Arab (Mekah) membentuk bangsa Arab Isma'iliyah dan lahirlah Bani Adnan (moyang
RasuluLLah). Manakala Ishaq yg menetap di Kana'an (Palestine) melahirkan
bangsa Israel melalui Yaacob (Jacob) anak kedua kepada Ishaq.
Jadi, RasuluLlah saw adalah keturunan Ibrahim melalui anak
pertamanyaIsmail AS. Manakala Israel dan Yahudisme adalah juga keturunan Ibrahim tapi
nasabnya dari ibu yg berlainan. Kesemuanya bertemu pada rumpun asal:Ibrahim AS. Agama asal
baik keturunan Ismail (Arab) dan keturunan isyhaq dan Yaacob (Bani Israel) adalah agama hanif
atau ajaran Tawheed.
Agama Judaism atau agama Yahudi adalah agama yg sesat dan terkeluar dari
ajaran Ibrahim AS. Dalil: AQ 2:140 (dakwaan Ibrahim beragama Judaisme/ Yahudi adalah
dakwaan palsu)

Untuk pengetahuan saudari,ini sebenarnya ialah dakyah terbaru kaum yahudi atau kristian di
malaysia ini.Mereka berlakon konon2nya berminat untuk mendalami Islam.Biasanya,lelaki
kristian ini akan mendekati wanita muslim,dan berpura2 untuk mendalami Islam,dan kahirnya
tanpa disedari oleh wanita muslim tadi yg mereka telah terjerat dalam arus percintaan.Akhirnya
senanglah kristian itu mengkristiankan mereka.Ini lah akibat kejahilan dan kerapuhan ummat
islam terhadap akidah yg suci lagi sahih.
Sebenarnya,saudari boleh merujuk kepada pakar sirah atau sejarah.Yahudi dan bani israel adalah
suatu gelaran yang agak berbeza.Tetapi,sekarang,puak yahudi ini,mengatakan bahawa mereka
ialah keturunan bani israil.yahudi merupakan golongan yang dikutuk oleh Allah Taala.

Kalau ikut sejarah,Nabi Ibrahim berkahwin dengan siti hajar dan juga maisarah.Maisarah ini
adalah berketurunan bangsawan dari puak bani israil manakala siti hajar pula adalah dari
golongan org kebanyakan/hamba yang bukan berketurunan bani israil. Hasil dari perkahwinan
itu,melalui siti hajar,nabi ibrahim mendapatkan anak,namanya nabi ismail,manakala melalui
maisarah pula,nabi ibrahim mendapat anak iaitu nabi Ishak. Dari susur galur nabi Ismail
lah,lahirnya nabi kita muhammad s.aw. yang berbangsa qurais,sekali lagi saya
tegaskan,berbangsa qurais,bukannya yahudi atau bani israil.
Di sebabkan oleh kerana,puak puak pendita yahudi yg amat berharap munculnya nabi akhir
zaman dari golongan mereka,tetapi,akhirnya muncul nabi muhammad dr golongan qurais,mereka
kecewa dan tidak mengakui kerasulan nabi muhammad. Kebanyakaan ummat Islam
sekarang,tidak tahu pasal sirah,termasuk saya,maka ianya diambil peluang oleh pendakyah
kristian untuk mengelirukan ummat Islam.

10 Mayat Tak Akan Reput


Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK
dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya


10.Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang
beriman.

19 Hadis nabi mengenai wanita.


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia

memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia
ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang dan puasanya.
15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam
syurga.
18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka

25 Jenis Wanita
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan
dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi
12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di
baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk
memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan
pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati
syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat
di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi
pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah.
Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu
mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga.
Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat,
kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah
Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa
tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail.
Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar
tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung
kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu
di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki,
badan, etc.

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita: Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".
Wallahua'lam..

Khutbah Nabi Mengenai Dajjal


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan
kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah
bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain
daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada
mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah
umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya
dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela
bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.

Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.


"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia
dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya
terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku
kepada umatnya.
"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi
sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar
tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT
tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis
KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya
syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya
dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia
membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang
membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainyaaku sanggup
menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku
aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang
menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.
Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."
"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu
dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini,
sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.
Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang
kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh
Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi
darjatnya di syurga."
Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan
hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya
tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke
perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka
disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu
mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan

tanam-tanaman mereka pun menjadi.


"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan
Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat.
Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal
datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi.
Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di
Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut
Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu
tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang
demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka.
Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun
beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya
menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka
mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahuntahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak
dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah
Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup
memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga
kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing
kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling
banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi
membersihkan karat-karat besi."
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari
Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau
bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan
Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang
pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang
setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang
tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh

hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan,
ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."
Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami
solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat
yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian
alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya
sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia:
"Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya,
kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat
berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan
dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah
empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus
Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal
itu."
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir,
yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal
12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Wallahu A'lam.

Pesanan Rasulullah S.A.W


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah
berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap
hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia
melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu
minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah
S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh
mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Mayat Baca Yasin..


"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi..
Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas
yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas,
pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk
mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak
di Ma'la.... tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang
disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan
dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab
tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti
kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut
untuk melihat dengan lebih jelas.
Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang
membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat
Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain
yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat
dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya
ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain
daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.
Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah
kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan saya semakin
berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah... .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang
akan dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada
hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

embilan pembaziran tanpa disedari


IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama
terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi
panduan dalam gerakan dakwah Islam.
Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751
Hijrah (1350 Masihi)
Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia
iaitu :Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah
pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.
Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu
selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh
mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.

Manusia tempuh tiga peringkat alam


KEHIDUPAN ini ditakdirkan Allah sebagai satu pengembaraan yang jauh iaitu bermula di alam
arwah dan akan berakhir di alam akhirat. Oleh itu, Nabi Muhammad saw mengingatkan dengan
sabdanya bermaksud: Jadikanlah dirimu di dunia ini sebagai musafir atau orang yang dalam
perjalanan. (Hadis riwayat Ibn Umar)
Manusia sebenarnya menempuh dua alam, yang kedua-duanya sudah ditinggalkan. Ia adalah
alam arwah dan arham Kita sedang berada di alam ketiga iaitu alam musyahadat atau alam
dunia.
Pada alam arwah, jasad belum terjadi. Apa yang ada, hanya roh ciptaan oleh Allah. Di sini, roh
diberi suntikan akidah keimanan kepada Allah. Ia sebagai bekalan terpenting dalam
pengembaraan seterusnya supaya selamat dan berjaya.
Roh kemudian berpindah ke dalam jasad setelah terbentuk dalam rahim ibu. Di alam kedua ini
(kandungan ibu), dirasakan amat rileks sekali atau dalam keadaan istirahat, tiada perjuangan dan
tiada cabaran.
Kini kita berada di alam dunia. Sesungguhnya kewujudan di alam dunia ini bukan untuk
berhibur, tetapi memikul amanah Allah untuk beribadat kepada-Nya. Begitu juga melakukan
amal saleh dan kebajikan untuk manfaat diri, keluarga, Islam dan umatnya serta makhluk lain.
Segala kegiatan di dunia ini hendaklah dijiwai nilai akidah dan syariat dengan niat untuk
menjunjung perintah Allah. Maka, dengan itu segala-galanya akan menjadi menjadi bekalan

untuk dibawa ke akhirat.


Firman Allah bermaksud: Berbekallah kamu, maka sebaik-baik bekalan adalah takwa dan
bertawakallah kepada-Ku hai orang yang berakal (Surah al-Baqarah, ayat 197)
Rasulullah bersabda bermaksud: Dunia ini sebagai ladang untuk bercucuk tanam (tempat
melakukan amal ibadat dan amal kebajikan), sedangkan hasilnya bakal dipetik di negeri akhirat
nanti.
Alam dunia yang kita alami kini adalah alam ketiga. Kita dalam perjalanan menuju ke alam
keempat iaitu alam barzakh atau alam kubur. Apabila hari kiamat, kita akan masuk ke alam
kelima atau alam yang terakhir iaitu alam akhirat.
Sebelum itu, kita dihimpunkan di Padang Mashyar untuk diadili dan dihisab segala amal
perbuatan di dunia. Jika baik akan dibalas syurga, dan sebaliknya jika buruk akan dibalas dengan
azab api neraka.
Allah mengingatkan untuk menyiapkan diri bagi menghadapi alam akhirat melalui firman-Nya
bermaksud :
Ketahuilah! Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan permainan dan
hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bauan hidup yang bertujuan)
bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta
berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak (semua itu terhad waktunya),
samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur), menjadikan
penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman-tanaman itu
bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;
akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab
yang (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia) dan (ada pula)
keampunan besar serta keredaan daripada Allah (disediakan bagi orang yang mengutamakan
akhirat). Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain , hanya kesenangan bagi orang
yang terpedaya. (Surah al-Hadid, ayat 20)
Allah mengingatkan lagi melalui firman-Nya bermaksud:
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sajalah akan
disempurnakan balasan kamu. Ketika itu siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah) kehidupan di dunia ini
(meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya), tidak lain hanya kesenangan bagi orang
yang terpedaya." (Surah Ali Imran, ayat 185)
Firman Allah lagi bermaksud:
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu, akan pahala
dan kebahagiaan pada hari akhirat; dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan
bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah), sebagaimana Allah

berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-ruah); dan janganlah
engkau melakukan kerosakan di bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
berbuat kerosakan. (Surah al-Qisaas, ayat 77)

Amalan berzikir pelindung ketika perjalanan


BERZIKIR (mengingati Allah) dan membaca ayat suci al-Quran mempunyai banyak berkat dan
fadilat. Ia juga antara usaha paling mujarab bagi melindungi diri daripada sebarang bahaya dan
kejahatan sama ada manusia, jin atau syaitan ketika dalam perjalanan.
Kita perlu memohon perlindungan Allah. Antara amalan Rasulullah SAW dalam perkara ini
adalah dengan membaca:
Surah al-Fatihah.
Surah al-Ikhlas (tiga kali)
Surah al-Falaq (tiga kali)
Surah al-Naas (tiga kali)
Surah Ghafir ayat 1 hingga 3
Surah al-Mukminun ayat 97 hingga 98
Sebelum keluar rumah hendaklah dibiasakan membaca:
Surah al-Fatihah
Ayat al-Kursi
Surah al-Quraisy
Doa ketika keluar rumah:
Maksudnya: Dengan nama Allah aku bertawakal kepada-Nya dan tidak ada daya upaya dan
kekuatan melainkan (daya upaya dan kekuatan) Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada
perbuatan sesat atau disesatkan, atau daripada binasa atau dibinasakan, atau daripada zalim atau
dizalimi atau daripada jahil (bodoh) atau diperbodohkan.

Ketika menaiki kenderaan hendaklah dibiasakan membaca doa berikut, iaitu yang tafsirnya:
Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu
tidak menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Allah kami akan kembali. (Surah al-Zukhruf,
ayat 13-14)
Jika dalam perjalanan hujan, guruh, angin dan kilat, maka Rasulullah menganjurkan kita supaya
membaca:
Doa ketika hujan yang maksudnya: Ya, Allah jadikanlah ia (hujan) sebagai hujan yang
menyenangkan.
Doa ketika mendengar guruh dan petir, maksudnya: Ya Allah janganlah engkau matikan kami
dengan kemurkaan-Mu dan janganlah engkau binasakan kami dengan azab-Mu dan
ampunkanlah kami sebelum itu.
Doa ketika angin bertiup kencang, maksudnya: Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan
(angin ini) dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang ada engkau utuskan bersertanya,
aku memohon perlindungan-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang ada padanya serta
keburukan yang engkau utuskan bersertanya.
Mudah-mudahan dengan membaca ayat, doa dan mengamalkan zikir mendapat berkat dan
terhindar daripada sebarang malapetaka ketika berada dalam perjalanan.
Dalam kehidupan yang semakin sibuk serta pertambahan penggunaan kenderaan awam dan
persendirian oleh masyarakat, amalan berzikir menjadi satu daripada usaha untuk mengelak
kejadian tidak diingini sepanjang perjalanan, sama ada dekat atau jauh.
Zikir adalah santapan hati yang wajar dijadikan amalan oleh setiap orang Islam.
Golongan mukminin sepatutnya mengingati Allah sama ada ketika menerima nikmat dan
kesenangan daripada Allah dengan mensyukuri nikmat-Nya. Semua amalan itu bertujuan
mencari keredaan Allah SWT. Amalan itu juga boleh menenangkan diri serta reda akan apa yang
berlaku selepas usaha sesuai diambil.

Wanita Itu Rumput Semalu


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu,

kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan
nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah
menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu
mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita
perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini
bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah
Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para
wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil

Siti Hawa wanita paling cantik


SITI Hawa, namanya yang begitu serasi dengan Nabi Adam. Adam dan Hawa ialah manusia
pertama yang diciptakan Allah. Siti Hawa ialah isteri pertama daripada seorang makhluk dan
seorang nabi yang disebut kitab yang turun dari langit.
Nas agama serta buku tafsir tidak menyebut apa-apa mengenai sifat Siti Hawa. Ulama juga tidak
sama sekali membabitkan diri dalam hal mengenai Siti Hawa disebabkan mereka terlampau
menumpukan perbahasan di sekitar perkara kesalahan saja.
Tetapi, memang tidak syak lagi Siti Hawa wanita yang paling cantik di alam ini kerana Allah itu
Maha Sempurna. Tentulah Dia tidak mencipta sesuatu, melainkan ciptaan itu sempurna dan
cantik.
Siti Hawa satu-satunya wanita dicipta Tuhan semesta alam ini sendiri dan Dia melengkapkan
padanya semua keindahan, kesempurnaan dan kecantikan.
Jelas, itu suatu hikmat yang tidak dapat dicapai pemikiran kita sama sekali serta bagaimana
Adam dan Siti Hawa boleh melanggar perintah Allah.

Apabila berlaku saja maksiat itu, terdedahlah aurat kedua-duanya dan ternampaklah bentuk
tubuh manusiawi dari Adam dan Siti Hawa. Lalu, mereka sibuk mencari sesuatu untuk menutup
aurat masing-masing.
Firman Allah bermaksud: Maka apabila mereka memakan buah dari pohon itu, terdedahlah
aurat daripada kedua-duanya dan mereka pun sibuk menutup dirinya dengan daun-daun pohon
syurga. Kedua-duanya pun diseru Tuhan mereka: Bukankah sudah Aku larang kamu berdua dari
pohon itu, dan Aku nyatakan kepada kamu berdua bahawasanya syaitan itu musuh yang terang
kepada kamu berdua.
Mereka mengatakan: Tuhan kami! Kami menganiayai diri kami sendiri dan jika Engkau tiada
mengampuni kami dan merahmati kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi.
Tuhan mengatakan: Pergilah kamu, sesetengah kamu akan menjadi musuh kepada setengah
yang lain dan bumi itu akan menjadi tempat tinggal dan kesenangan kamu sampai ke masa yang
ditetapkan. Tuhan mengatakan lagi: Di bumi kamu akan hidup dan di bumi juga kamu akan
mati dan daripada bumi pula kamu akan dibangkitkan nanti. (Surah al-Araf, ayat 22-25).
Siti Hawa ialah ibu kepada sekalian wanita. Dia juga isteri yang pertama diakui langit kepada
seorang lelaki. Dia bukan saja isteri daripada makhluk dan nabi yang pertama di dalam alam ini,
bahkan wanita pertama yang menderhaka. Dia juga yang pertama menghuni syurga dan keluar
dari syurga. Siti Hawa juga isteri kepada khalifah yang pertama di muka bumi ini.
Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya Aku menjadikan khalifah di muka bumi ini. (Surah
al-Baqarah, ayat 30).
Ishah kedua daripada Sifir Takwin mengkisahkan: Tuhan mewasiatkan Adam, katanya: Semua
pepohonan yang mengeluarkan makanan boleh engkau makan. Adapun pohon mengenal
kebaikan dan kejahatan, janganlah kau makan daripadanya. Sebab jika kau makan daripadanya,
mati akan menimpamu.
Dan Tuhan berkata lagi: Tiada bagus Adam tinggal sendirian begitu, jadikanlah baginya seorang
pembantu sama sejenis dengannya. Kemudian Tuhan mengumpulkan semua binatang di muka
bumi dan segala burung yang di langit, lalu Dia membawanya kepada Adam, supaya dia
memanggilnya satu-satu.
Setiap yang dipanggil Adam dari yang hidup bernyawa, itulah namanya. Adapun memanggil
nama semua binatang dan burung di langit dan semua binatang di hutan, tetapi untuk dirinya
sendiri, dia tidak menemui pembantu sejenis dengannya.
Tuhan pun menimpakan tidur ke atas Adam, maka tidurlah dia. Lalu Tuhan mencabut satu
daripada tulang-tulangnya dan disalutkannya dengan daging dan Tuhan membuat daripada tulang
yang dicabut-Nya daripada Adam itu menjadi seorang wanita yang kemudian dibawa kepada
Adam.

Lalu Adam berkata: Inilah dia sekarang tulang daripada tulang-tulangku, daging daripada
dagingku dan inilah dia dinamakan wanita kerana dia daripada tubuhku sendiri.
Firman Allah: Ingatlah, ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat, bahawa Aku menciptakan
manusia daripada tanah. Apabila Aku membentuknya menjadi sempurna, Aku tiupkan roh-Ku,
hendaklah kamu sekalian tunduk merendah diri kepadanya. Semua malaikat tunduk merendah
diri melainkan iblis saja yang menyombongkan diri dan tergolong orang yang kufur. (Surah
Shad, ayat 71-74)

Lelaki Kacak Hadis yang Menarik


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya
sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila
mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang
dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang
telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu
berkata,
"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa
pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh
meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran,
yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang
dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu
tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat
dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada
syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.

Pesanan Nabi Muhammmad

Hadith Nabi Saw: "Tidak berkurang harta kerana sedekah, dan tiada seorang yang memaafkan
suatu kezaliman melainkan Allah swt menambah kemuliaan, dan tiada seorang yang tawadhuk
(merendah) kerana Allah swt, melainkan Allah swt menaikkan darjatnya." (Abu Hurairah r.anhu)
Hadith Nabi Saw: "Dermawan itu merupakan suatu pohon yang akarnya di syurga dan dahandahannya menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke
syurga. Kedekut (kikir) itu pohon yang asalnya di dalam neraka sedang dahan-dahannya
menurun ke dunia. Maka barangsiapa yang berpegang kepadanya akan ditarik ke neraka."
(Aishah r.anha)
Sedekah mengandungi 10 kebaikan:
Kebaikan di dunia
1) Membersihkan harta kekayaan
2) Membersihkan badan daripada dosa-dosa
3) Menolak bala dan penyakit
4) Menyenangkan hati orang miskin
5) Menjadikan berkat dalam harta dan meluaskan rezeki
Kebaikan di Akhirat
1) Sedekah itu menjadi naungan baginya
2) Sedekah meringankan hisab amalnya
3) Memberatkan timbangan amal kebaikannya
4) Memudahkan melintasi sirat
5) Bertambah darjat di syurga
Barangsiapa yang menolak lima pekara, maka Allah akan menolak lima pekara
daripadanya iaitu:
1) Barangsiapa menolak zakat, Allah swt akan menolak keselamatan hartanya
2) Barangsiapa tolak sedekah, Allah swt akan mengurangi kesihatannya
3) Barangsiapa menolak zakat tanamannya, Allah swt akan menolak berkat tanahnya
4) Barangsiapa tidak suka berdoa, Allah tidak suka untuk menerimanya
5) Barangsiapa yang meringan-ringankan solatnya, Allah swt akan menolak
dari kalimah syahadah ketika matinya

Kelebihan Khusyuk Dalam Solat


1. Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud .

Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam
sembahyangnya[Surah Al-Mukminun: ayat 1-2].
Firman-Nya lagi:"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan
berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk"
[Surah Al-Baqarah : ayat 238]
2. Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT,
berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan
sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
Firman Allah lagi:yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang
lalai dari solatnya."
[Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
3. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat,
tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam
sembahyangnya."
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam
sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w.
"Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang
anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". '
4. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang
khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang
mengerjakan sembahyang:
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca
yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan
kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala
masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam
solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan
maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang
halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih),
menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan
Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan
yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan
pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan
kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun
sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan
dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Walau
apapun syarat khusyu yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah
SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan
kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar
sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk
khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk
solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT,
ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika
melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat"
(berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk
dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa.
Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk
itu dalam hati."
Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba
akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat
nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh
berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa
mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah AlBaqarah : ayat 45-46].

Fadhilat Ayat Kursi


surah :Al-baqarah: ayat 255. yang bermaksud,
"Allah tidak ada tuhan melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus
makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak pula tidur. KepunyaaNya segala apa yang ada di langit
dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya? Allah
mengetahui apa-apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak menegtahui
apa-apa dari ilmu Allah, melainkan apa yang dikehendakkiNya. Kursi (kekuasaan) Allah
meliputi langit dan bumi dan llah tidak merasa berat memlihara keduanya dan Allah maha Tinggi
lagi maha agung".
- (Bukhar Muslim)
Rasulullah saw, bersabda,
1. "Sesungguhnya seagung-agung ayat dalam al-Quran adalah ayat Kursi; Barangsiapa
membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis dari kebaikan-kebaikannaya
dan menghapus dari keburukan-keburukanNya dari ketika itu sampai esok hari".
2. Juga beliau bersabda: " Barangsiapa keluar dari rumahnya dan dibacanya ayat kursi maka
Allah Ta'ala mengirim 70,000 malaikat yang meminta keampunan serta mendoakannya".
3. Dan beliau bersabda, " Barangsiapa pulang ke rumahnya dan dibacakan ayat kursi,maka Allah
tanggalkan sifat fakir dari di antara kedua matanya."
4. "Barangsiapa membaca ayat kursi ketika hendak tidur, maka mia dijaga oleh dua malaikat
hingga pagi hari".
5. "Barang siapa membaca Ayat Kursi dan menghadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, maka
Allah memasukkan empat puluh nur ke dalam setiap kubur dari dunia timur sampai ke dunia
barat dan Dia luaaskan kubur itu serta didapatkannya pahala 60 nabi."

Bila Malaikat Mencabut Nyawa


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua
telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain
masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat
masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di
syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang
berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah
kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang
itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah
zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut
pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan
orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini,
tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan
ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka
malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab
kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan
solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat
maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga
pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan
zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
berimanitu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut
dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka
berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit
sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya
hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh
para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.


2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Fadhilat Bulan Rejab


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi
minum air dari syurga"
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat
seumurnya (sepanjang umurnya)."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab,dijadikan parit yang panjang yang
menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada
malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar
tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di
dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika
ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala
dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya
mukanya."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu
Neraka."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu
Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak
ditolak dia dari masuk Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti
kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya
hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa
100,000 tahun."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di
dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah
mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang
telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu,
dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa
sebulan pahalanya"
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah
bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang
Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga
Firdaus"
Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang
meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

You might also like