You are on page 1of 6

ABSTRAK

Pengurusan merupakan satu perkara yang sangat penting di dalam sesebuah organisasi.
Pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli
organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
Matlamat utama dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf
pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulannya, segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu
organisasi adalah untuk memenuhi matlamat dan ujian tertentu di samping menyelenggarakan
dan mengekalkan struktur organisasi.
SOALAN 1: JELASKAN SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
AziziJaafar (2010) menyatakan bahawa pendidikan di Tanah Melayu pada peringkat
permulaan berbentuk tidak formal dan corak pendidikan pada ketika itu seperti pengajaran AlQuran, pengetahuan kerohanian, seni mempertahankan diri, pembelajaran awal dalam bidang
kraf tangan dan perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Selain itu, terdapat
satu sistem pendidikan agama iaitu sekolah pondok telah ditubuhkan dan dikendalikan oleh
ulama-ulama Islam yang terkenal. Peringkat kedua perkembangan sistem pendidikan di Tanah
Melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957 ).Pentadbiran pendidikan di
Tanah Melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar
terbuka dan tiada campur tangan tentang pendidikan vernakular. Matlamat utama sistem
pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat
Melayu bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga pekerja dalam
bidang ekonomi. Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang tanpa mempunyai satu dasar
yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat.
Akibatnya, wujudlah sistem pendidikan pelbagai aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab
dan Tamil.
Pendidikan Inggeris
Menurut AziziJaafar (2010), pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di Tanah Melayu
apabila Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19,
mubaligh Kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris dan kebanyakan
sekolah ini ditubuhkan di kawasan bandar. Kurikulum bercorak Kurikulum School of Great
1 BBD30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN

Britain dan pendidikannya pada peringkat rendah dan menegah. Tujuan sekolah ini ditubuhkan
adalah mengeluarkan pegawai pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa
metropolitan British. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal
dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907.
Pendidikan Zaman Jepun
Mat (2012) menyatakan bahawa pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun
1941 sehingga tahun 1945 dan ketika itu kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.
Sekolah-sekolah vernakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya dan menambahkan
bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga
menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi menggantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris.
Pendidikan menengah telah diberhentikan danmenubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab
teknik untuk pengajian telekomunikasi, maritim, perikanan, pertanian dan pembinaan. Keadaan
sistem pendidikan di Tanah Melayu bercelaru sewaktu Inggeris kembali ke Tanah Melayu. Pada
ketika itu, orang Melayu telah mempunyai kesedaran untuk memajukan pendidikan kerana
melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu dapat ditingkatkan. Atas desakan dan
kesedaran orang Melayu, pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.
Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu.
Pendidikan Selepas Kemerdekaan
Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sistem pendidikan selepas
kemerdekaan iaitu Laporan Barnes (1950), Laporan Fenn-Wu (1951) dan Ordinan Pelajaran
(1952).AziziJaafar (2010) menyatakan Laporan Barnes mencadangkan supaya ditubuhkan
sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris
atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara
beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan .
Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina. Laporan Fenn Wu telah memperakukan
untuk mengekalkan dan menambah pembaikan sistem pendidikan di Sekolah Cina telah
memburukkan lagi sistem pendidikan di Tanah Melayu. Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah
mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga
bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa
pengantar.Ordinan Pelajaran (1952) adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan
2 BBD30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN

British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn Wu. Manakala, tujuan utama Penyata Razak
(195) adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan
bahasa penghantaran di sekolah.
Pendidikan Kebangsaan Selepas 1969
Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara
dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam
pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu Kesopanan
dan Kesusilaan. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di
sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka (Mohamad ,
2012).
SOALAN 2 : JELASKAN SISTEM PENTADBIRAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Menurut Dr Jamil (2012), sejak tahun 2004 sistem pendidikan Malaysia diterajui oleh
dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab dalam
pentadbiran dan pengurusan sistem pendidikan kebangsaan di peringkat primary dan
secondaryiaitu di peringkat sekolah yang meliputi pendidikan prasekolah, pendidikan rendah,
pendidikan menengah dan pendidikan lepasan menengah. Manakala, Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) yang bertanggungjawab ke atas pendidikan peringkat tertiary iaitu pada peringkat
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Sistem Pendidikan
Menurut Portal Kementerian Pendidikan Malaysia, sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat
sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:i.
ii.

Pendidikan Prasekolah
Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;
Pendidikan Rendah
Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam
tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh

iii.

tahun dan terdiri daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
Pendidikan Menengah

3 BBD30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN


iv.

Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah

atas.
Pendidikan Lepas Menengah
Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti
pendidikan menengah rendah dan menengah atas tetapi tidaktermasuk pendidikan
tinggi.

SOALAN 3: SISTEM PENDIDIKAN MANA-MANA NEGERA LAIN


SISTEM PENDIDIKAN SINGAPURA

Wsadmin (2011) menyatakan sistem pendidikan di Singapura bermula dengan


Kindergartens (Taman Kanak-kanak)iaitusekolah dengan program masa pendidikan 3 tahun
untuk anak-anak mulai umur 4 hingga 6 tahun. Kemudian disusuli dengan pendidikan Primary
Education (Sekolah Dasar). Ini adalah program sekolah wajib di Singapura dengan masa tempuh
4 BBD30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN

pendidikan selama 6 tahun yang terdiri dari 4 tahun pendidikan dasar dari kelas 1 hingga 4 dan
dilanjutkan dengan 2 tahun masa orientasi mulai kelas 5 hingga 6. Pada tahun terakhir (kelas 6),
para siswa akan menjalani ujian nasional bernama PSLE (Primary School Leaving Examination).
Seterusnya, pendidikan ke Secondary Education (SMP + SMA). Peringkat ini disediakan
program pendidikan kursus dalam tempoh masa 4-5 tahun dan dikhususkan pada beberapa
pilihan iaitu Special, Express, Normal (Academic) atauNormal (Technical) yang bersesuaian
dengan mereka. Di akhir program pendidikan ini, para siswa harus menjalani ujian nasional iaitu
GCE O Levels (untuk Special/Express courses) ataupun GCE N Levels (untuk Normal/
Technical course . Siswa yang mendapatkan hasil bagus pada ujian GCE N Level akan
melanjutkan pelajaran ke tahun kelima untuk mengambil GCE O Levels). Kemudian,
pendidikan pada tahap Pre-University Education (Pendidikan Pra-Universiti).Ini adalah program
pendidikan 2 tahun untuk mempersiapkan para siswa untuk menempuh ujian GCE A Levels.
Program ini hanya untuk mereka yang ingin melanjutkan pendidikan mereka ke salah satu dari
tiga Universiti yang terdapat di Singapura (NTU, NUS dan SMU). Manakala, pendidikan
seterusnya di peringkat Polytechnics (Politeknik).Institusi ini dibentuk dengan misi untuk
melatih para profesional level menengah untuk mendukung pembangunan ekonomi dan
teknologi di Singapura.

RUJUKAN

5 BBD30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN

AziziJaafar

(2010),

Perkembangan

Sistem

Pendidikan

Di

Malaysia,

http://notakursusdalamcuti.blogspot.my/2010/11/perkembangan-sistem-pendidikan-di.html
Mat

King

(2012),

Sejarah

Pendidikan

Di

Malaysia,

http://notakuliahpismp.blogspot.my/2011/11/sejarah-pendidikan-di-malaysia.html
Portal

Rasmi

Kementerian

Pendidikan

Malaysia,

Dasar

Imbasan

Sejarah,

http://www.moe.gov.my/my/imbasan-sejarah
Dr Jamil Ahmad (2012), Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah
Pendidikan Berkualiti, http://library.oum.edu.my/repository/160/1/pentadbiran.pdf
Wsadmin

(2011),

Sistem

Pendidikan

Di

http://www.wisatasingapura.web.id/2011/07/03/sistem-pendidikan-di-singapura/

6 BBD30102 PENGURUSAN PENDIDIKAN

Singapura,

You might also like