You are on page 1of 2

Tutorial 4

Analisis piramid penduduk di sebuah negara maju dan sebuah negara membangun.

Rajah 1 : Piramid penduduk mantap. Contoh piramid penduduk negara maju. Amerika
Syarikat, 2007.
Piramid penduduk negara maju berbentuk tegak atau hampir tegak dan dikenali sebagai
piramid penduduk mantap atau stabil. Ciri-ciri piramid penduduk mantap adalah kadar
kelahiran dan kematian yang rendah disebabkan oleh sesebuah negara maju telah mencapai
bilangan penduduk yang optimum. Pembangunan sosioekonomi yang stabil dan mantap
membuatkan negara lebih maju. Negara maju memfokuskan ekonomi dalam sektor
perindustrian contohnya perkilangan dan perkhidmatan contohnya pelancongan. Tahap
pembangunan sosial negara maju berada di tahap yang tinggi dan pembandaran yang pesat.
Contoh negara maju ialah Jepun, German, United Kingdom dan Perancis.

Rajah 2 : Piramid penduduk progresif. Contoh piramid penduduk negara sedang membangun.
Malaysia, 2007.
Piramid penduduk negara sedang membangun dikenali sebagai piramid progresif. Piramid
progresif berbentuk kon. Puncaknya tajam tirus dan mempunyai tapak yang lebar dan cerun
yang cekung. Ciri-ciri piramid penduduk progresif adalah kadar kelahiran yang tinggi dan
kadar kematian yang rendah disebabkan oleh kegagalah amalan perancangan keluarga,
perkhahwinan muda, permintaan terhadap tenaga buruh yang tinggi serta kadar kematian
rendah disebabkan faktor peningkatan kemudahan kesihatan. Negara yang sedang
membangun mempunyai bilangan penduduk muda yang ramai. Selain itu, kadar jangka hayat
penduduk di negara sedang membangun rendah. Selain itu, tahap sosioekonomi yang sedikit
rendah oleh kerana kebergantungan terhadap sektor ekonomi primer contohnya pertanian
berasaskan buruh. Contoh negara yang sedang membangun adalah Malaysia dan Singapura
serta China.

You might also like