You are on page 1of 23

PIRAMID PENDUDUK

Regresif

Perantaraan

Progresif
Objektif pengajaran

(a) mentafsir ciri demografi dan sosioekonomi bagi


ketiga-tiga bentuk piramid penduduk;
(b) melukis pelbagai bentuk rajah piramid penduduk;
PIRAMID PENDUDUK

Konsep :
 graf bar mendatar yang dilukis secara berlapis-lapis
sebelah-menyebelah berbentuk piramid.
 digunakan bagi menunjukkan struktur umur dan
jantina penduduk di sesebuah negara
GRAF PIRAMID

Graf piramid menggambarkan ciri -ciri


kependudukan/demografi dan sosioekonomi seperti;
a) kadar kelahiran, kadar kematian dan pertumbuhan
penduduk semula jadi
b) komposisi jantina (lelaki dan perempuan)
c) jangka hayat penduduk
d) nisbah tanggungan
e) tahap pembangunan ekonomi
f) taraf sosial (kesihatan dan pendidikan)
g) tiga kumpulan umur yang dikaji berdasarkan
sesebuah piramid iaitu,
- kumpulan umur muda ( 0 hingga 19 tahun )
- penduduk dewasa ( 20 hingga 59 tahun )
- penduduk tua ( 60 tahun dan ke atas )
Kepentingan

1. menunjukkan sejarah demografi sesebuah negara.


 menjangka perubahan / trend struktur umur dan
jantina penduduk mengikut masa.
 menggambarkan sifat-sifat kependudukan di
sesebuah negara.
2. menggambarkan trend jangka panjang kadar
kelahiran dan kadar kematian.
 membantu kerajaan menganggarkan keperluan
sumber tenaga buruh negara pada masa hadapan.
 kerajaan dapat menganggarkan keperluan ekonomi
dan sosial penduduk pada masa hadapan seperti
perumahan, kemudahan kesihatan, pendidikan dsb.
 membantu kerajaan mengukur keberkesanan program
kawalan / pertumbuhan penduduk yang dijalankan.
3. menunjukkan kesan jangka pendek daripada
peperangan, wabak penyakit, migrasi, polisi
kependudukan dll.

 membantu kerajaan meninjau dan memantau


masalah-masalah kependudukan yang dihadapi kesan
daripada fenomena di atas.
JENIS-JENIS;

 Piramid PROGRESIF

 Piramid PERANTARAAN

 Piramid REGRESIF
Piramid PROGRESIF
ciri-ciri;
puncak tajam
cerun cekung
tapak lebar
menggambarkan negara mundur dan negara
sedang membangun.
negara mundur : Somalia, Kenya dll.
negara sedang membangun : Indonesia, Mexico, Brazil dll.
Piramid PERANTARAAN
ciri-ciri;
puncak tidak begitu tajam
cerun hampir lurus & semakin cembung
tapak lebar
menggambarkan negara sedang membangun
pada tahap pertengahan dan akhir.
contoh, Korea Selatan, Taiwan, Malaysia
Piramid REGRESIF
ciri-ciri;
puncak lebar dan datar
cerun cembung
tapak sempit
menggambarkan sebuah negara maju.
Contoh, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman,
Sweden dll.
CIRI-CIRI SEBUAH PIRAMID

1. Puncak Piramid
puncak yang tajam / sempit menunjukkan jangka hayat yang
rendah kerana teknologi dan amalan perubatan yang kurang
berkesan. Penyakit-penyakit yang kerap menyerang golongan
berumur seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
kesannya – negara perlu meningkatkan kemudahan
kesihatan bagi mengawal penyakit golongan tua serta meningkatkan
jangka hayat penduduknya.

puncak yang lebar dan datar menunjukkan jangka hayat yang


tinggi disebabkan teknologi perubatan yang semakin baik serta
amalan cara hidup yang sihat.
kesannya – negara perlu menyediakan pelbagai kemudahan
kebajikan kepada golongan tua seperti kemudahan kesihatan serta
kemudahan sosial lain seperti rumah kebajikan orang tua, perubatan
percuma, faedah persaraan dsb.
2. Cerun Piramid
 cerun yang cekung menunjukkan jumlah golongan dewasa (20 –
59 tahun) yang sedikit. Keadaan ini mungkin disebabkan
berlakunya emigrasi ataupun peperangan yang mengakibatkan
golongan dewasa berkurangan.
● kesannya – negara akan mengalami kekurangan tenaga kerja
yang berpotensi bagi menjana kemajuan ekonomi negara.
cerun yang cembung menunjukkan jumlah golongan dewasa
yang ramai. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kadar kelahiran
yang tinggi pada masa lampau atau pun imigrasi yang berlaku
dalam negara.
kesannya – dapat membekalkan tenaga kerja yang produktif bagi
membantu memesatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
 negara perlu menyediakan peluang pekerjaan serta kemudahan
asas seperti perumahan, infrastruktur serta kemudahan sosial yang
mencukupi kepada golongan ini.
 pada masa hadapan akan berlakunya pertambahan yang banyak
dalam kumpulan umur tua dan negara perlu membuat persediaan
bagi menghadapinya.
3. Tapak Piramid
 tapak yang lebar menunjukkan golongan kanak-kanak yang ramai
akibat kadar kelahiran yang tinggi kesan dari peningkatan taraf
kesihatan, program kawalan penduduk yang tidak berkesan, amalan
perkahwinan pada usia muda, dll.
•kesannya – negara terpaksa menyediakan banyak kemudahan
untuk golongan ini seperti kemudahan pendidikan, kesihatan serta
keperluan asas yang lain.
•perancangan masa hadapan – negara perlu menyediakan lebih
banyak peluang pekerjaan bagi menampung jumlah tenaga kerja
yang ramai.
 tapak yang sempit mengambarkan kadar kelahiran yang rendah
disebabkan program kawalan kelahiran yang berkesan, perkahwinan
lewat usia, dll.
•kesannya – kerajaan dapat menggunakan sumber kewangan yang
ada untuk pembangunan dan kemajuan negara.
•perancangan masa hadapan – negara mungkin akan mengalami
masalah kekurangan tenaga kerja yang serius, contohnya negara
Jerman.
4. Komposisi Umur
 ramai golongan kanak-kanak dan muda (bawah 20 tahun)
dan golongan tua (60 tahun ke atas) – golongan yang tidak
produktif untuk pembangunan ekonomi negara.
•kesannya – kerajaan perlu menampung dan menyediakan
kemudahan seperti sekolah, pusat kesihatan, rumah orang
tua, bayaran pencen dll.
•ramai golongan dewasa (20 – 59 tahun) – golongan yang aktif
dan produktif untuk menjana ekonomi negara.
•kesannya – kerajaan perlu menyediakan peluang pekerjaan
yang mencukupi bagi pembangunan negara.
5. Nisbah Jantina
 dilihat apakah terdapatnya keseimbangan ataupun tidak
dari segi bilangan kaum lelaki dan kaum perempuan.
Keadaan ini mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti
migrasi, peperangan dsb.
•kesannya – mempengaruhi jenis guna tenaga kerja
setempat dan pasaran barangan mengikut jantina
penduduk majoriti.
6. Tahap pembangunan
Kadar kelahiran dan kadar kematian tinggi dan jangka
hayat penduduk rendah menunjukkan tahap pembangunan
Negara yang masih rendah.(Negara mundur dan
membangun )
Kadar kelahiran dan kematian rendah dan jangka hayat
tinggi menunjukkan tahap pembangunan Negara yang
tinggi. (Negara maju)
TAFSIRAN SEBUAH PIRAMID
1. ciri-ciri kependudukan yang dapat ditafsirkan daripada
piramid ialah;
kadar kelahiran, kadar kematian dan pertumbuhan
semulajadi – digambarkan melalui tapak dan puncak
piramid.
komposisi jantina – lelaki dan perempuan – menunjukkan
kesan migrasi, peperangan dll
komposisi umur – jumlah penduduk muda, dewasa dan tua
– menunjukkan kesan migrasi, taraf hidup penduduk.
jangka hayat penduduk – berdasarkan puncak piramid.
nisbah tanggungan (penduduk dewasa : penduduk muda +
tua).
bekalan tenaga buruh – pada masa kini dan masa
hadapan.
2. ciri-ciri sosioekonomi

tahap pembangunan ekonomi negara – sama ada mundur,


sedang membangun atau maju – kesan dari tanggungan
kerajaan sama ada tinggi atau rendah.
taraf sosial penduduk – keupayaan kerajaan untuk
menjalankan kerja-kerja pembangunan (berdasarkan
sumber kekayaan yang ada)

You might also like