You are on page 1of 38

BAB 1

PENYIASATAN TAPAK (SITE INVESTIGATION)


1.0

Pengenalan
Kejuruteraan Tapak ( Foundation Engineering )

Ditakrifkan sebagai satu seni memilih, merekabentuk dan membina


struktur-struktur yang memindahkan beban superstruktur ke lapisan
tanah atau batuan.
1.1 Penyiasatan Tapak
The site exploration, testing of material, assessment of result and general
evaluation of the site is termed as site investigation ( BS 5930:1981 )
Penyiasatan tapak merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penerokaan
kawasan / tapak, bagi menguji bahan-bahan yang ditemui ( di tapak atau dibawa ke
makmal) dan menganalisis keputusan dan data-data yag dkumpulkan serta
membuat penilaian tentang tapak bina yang dicadangkan. Ia merupakan satu
penyiasatan yang terperinci dan menyeluruh yang diperlukan pada peringkat awal
dalam kerja rekabentuk dan kerja pembinaan untuk projek-projek kejuruteraan
awam.
Penyiasatan tapak kebiasaannya bergantung kepada saiz menyeluruh dan
jenis struktur dalam sesuatu projek. Malah dalam keadaan tertentu kerja-kerja
kejuruteraan awam yang kecil pun memerlukan penyiasatan tapak.
1.2

Objektif dan Tujuan Utama Penyiasatan Tapak


Secara amnya penyiasatan tapak adalah merupakan satu langkah yang perlu

diambil sebelum projek dilaksanakan. Untuk keselamatan bangunan penghunipenghuninya dan juga keselamatan di sekitar kawasan bangunan tersebut serta
untuk mengurangkan masalah yang akan timbul kemudian kelak, oleh sebab itu
penyiasatan tapak secara teliti perlu dijalankan sebelum pembinaan sesuatu projek
binaan itu dimulakan. Contoh pihak yang terlibat dengan penyiasatan tapak ialah
Kumpulan IKHRAM Sdn. Bhd. dan lain-lain.
Di antara Objektif penyiasatan tapak ialah Untuk :
( i ) Menilai kesesuaian tapak secara keseluruhan bagi kerja-kerja atau projek
yang akan dicadangkan
( ii ) Menyediakan satu rekabentuk yang sesuai, lengkap, ekonomi dan
selamat

2
(iii) Membantu pembinaan supaya berjalan lancar dan meramal serta
menyediakan langkah-langkah yang berkesan terhadap masalah-masalah
yang timbul semasa pembinaan.
(iv) Menentukan alternatif yang paling sesuai dalam pemilihan tapak bina bagi
projek yang akan dilaksanakan.
(v) Menentukan urutan ketebalan dan keluasan sisi sesuatu lapisan tanah dan
aras batuan dasar, sekiranya perlu.
(vi) Memperoleh sampel yang mewakili tanah (dan batuan) untuk tujuan
mengenalpasti dan pengelasan dan jika perlu, digunakan di dalam ujian
makmal bagi menentukan parameter tanah yang sesuai.
(vii) Mengenalpasti keadaan air bumi. Penyiasatan juga termasuk pencapaian
ujian di situ bagi menilai ciri-ciri tanah yang sesuai bagi suatu struktur
cadangan dan untuk menunjukkan sekiranya akan timbul masalah semasa
pengorekan.
1.3

Maklumat-maklumat Yang Perlu Dari Penyiasatan Tapak


Hasil daripada objektif penyiasatan tapak, maklumat-maklumat yang diperolehi

akan dianalisis untuk menilai beberapa maklumat yang diperlukan sebelum sesuatu
pembinaan dimulakan. Terdapat beberapa maklumat yang perlu diberi perhatian
semasa peringkat perancangan sesuatu projek iaitu :i.

Keterangan yang melibatkan rekabentuk seperti kekuatan ricih kemampatan

ii.

tanah dan lain-lain.


Keterangan yang dikorek atau yang boleh digunakan untuk timbusan atau

iii.

batu-batu kelikir untuk konkrit.


Keterangan berhubung dengan keadaan air bumi, termasuk aras dan
pertukaran aras mengikut musim, tekanan air tanah,keterlspsn tanah dan

iv.

lain-lain.
Keterangan kesesuaian tapak binaan dan persekitaran terhadap pembinaan

v.

yang dicadangkan.
Keterangan kesan
pengenalpastikan

vi.

terhadap
perubahan

perubahan
yang

di

mungkin

mana

penentuan

berlaku

samada

atau
secara

semulajadi atau kesan dari pembinaan.


Gambaran awal terhadap kesesuaian tapak yang dipilih atau altenatif lain
yang lebih sesuai.

1.4

Skop Dan Kos Penyiasatan Tapak


Skop dan kos penyisatan tapak adalah berbeza bergantung kepada saiz

projek, kedalaman penyiasatan dari permukaan bumi, keadaan tanah samada


kompleks atau tidak dan jumlah maklumat yang sediada bagi sesuatu kawasan
tersebut.

3
Contohnya kos penyiasatan bagi membina lebuhraya di permukaan tanah
adalah jauh lebih rendah berbanding dengan kos penyiasatan bagi pembinaan
lebuhraya di bawah permukaan tanah seperti melalui terowong. Ini adalah kerana
kedalaman penyiasatan yang jauh lebih dalam bagi lebuhraya yang melalui
terowong.
Kos penyiasatan untuk sesuatu terowong pula adalah lebih rendah jika
dibandingkan dengan kos penyiasatan
Walaupun pembinaan

bagi pembinaan kebok hidroelektrik.

kebok hidroelektrik lebih bersifat setempat tetapi ia

memerlukan pengetahuan atau maklumat yang lebih terperinci tentang keadaan


tanah di sekitar tapak pembinaan tersebut.
Kos penyiasatan tapak bagi sesuatu projek yang terletak di tapak yang senang
diekses dengan cirri-ciri geologi yang mudah adalah di antara 0.25% ke 1%
daripada

keseluruhan

projek

ke

kawasan

hutan

dengan

geologi

kompleks

memerlukan kos sehingga 5% atau lebih daripada jumlah kos keseluruhan.


1.5

Aktiviti Penyiasatan Tapak


Aktiviti penyiasatan tapak amat bergantung kepada jenis projek yang hendak

dibangunkan. Antara Maklumat-maklumat yang diperlukan untuk menetukan jenis


asas (samada asas cetek atau asas dalam) adalah seperti berikut:
i.

Maklumat yang membolehkan jurutera mambuat cadangan mengenai beban

yang dibenarkan kepada asas dan tanah


ii. Data atau ujian makmal yang mencukupi untuk meramalkan enapan.
iii. Kedudukan paras air bumi samada ia berada di dalam zon pembinaan atau
tidak.
iv. Maklumat yang berkaitan masalah pembinaan dapat dikenalpasti dan
diselesaikan.
v. Mengenalpasti masalah yang berkemungkinan timbul. (enapan, retak,
kerosakan sediaada dan sebagainya).
vi. Mengenalpasti masalah alam sekitar dan cara penyelesaian.

1.6

Prosedur-Prosedur Penyiasatan Tapak


Prosedur kerja bagi penyiasatan tapak adalah bergantung kepada jenis projek

yang bakal dilaksanakan/dibina. Amalan biasa yang dilalui oleh pihak yang
menjalankan penyiasatan tapak adalah:
i. Kajian Awalan/ Kajian Di Meja
ii. Tinjauan Tapak / Bancian Tapak Secara Am
iii. Pengujian Di Tapak / Di situ
iv. Pensampelan
v. Pengujian Di Makmal
vi. Rekabentuk
vii. Laporan Penyiasatan Tapak
1.7

Peringkat-Peringkat Penyiasatan Tapak

4
Penyiasatan tapak boleh dibahagikan kepada dua peringkat utama iaitu
penyaiasatan di permukaan bumi dan penyiasatan di bawah permukaan bumi.
Penyiasatan Permukaan bumi
1.7.1 Pengumpulan Maklumat Sediaada ( Desk Study )
Sebelum penyiasatan tapak dijalankan maklumat-maklumat awal seperti
berikut adalah diperlukan. Segala maklumat sedia da dikumpulkan, diselidik dan
dikaji. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada sumber ini banyak membantu
di dalam merancang untuk kerja-kerja penyiasatan tapak.
1.7.1.1 Peta Geologi.

Pengetahuan tentang geologi kawasan dan sekitar penting kerana ia


berkait rapat dengan keadaan geologi setempat bagi kerja penyiasatan
tapak. Petapeta geologi boleh diperolehi dari Jabatan Mineral & Geosains
Malaysia.
1.7.1.2
Peta Topo.
Maklumat-maklumat

asas

seperti

lokasi

sungai,

tasek,

kawasan

berpaya, kawasan perumahan, jalan kawasan perkuburan, kawasan


pertanian dan sebagainya boleh diperolehi daripada peta topografi. Ianya
boleh diperolehi dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dalam
skala samada

1.7.1.3

1 : 10 000, 1 : 25 000 dan 1 : 50 000.

Gambar Udara.
Maklumat-maklumat yang tidak dapat diperolehi dari pata topo dan
peta boleh diperolehi penafsiran gambar udara. Fenomena seperti kesankesan

tanah

runtuh.

Kesan-kesan

sungai

bermusim

boleh

dikesan

menggunakan gambar udara adalah bagi projek berkeluasan besar seperti


pembinaan empangan lebuhraya dan sebagainya.

1.7.1.4

Rekod-Rekod Perlombongan.
Bagi kawasan yang terdapat aktiviti perlombongn perlu mendapatkan
rekod-rekod pelombongan semasa, masa lalu dan akan datang.

1.7.1.5

Rekod Kaji Cuaca.


Kelembapan memainkan peranan penting dalam masalah tanah oleh
itu data-data perubahan iklim yang ketara boleh amat penting diketahui.
Contohnya maklumat hujan dan faktor kemungkinan berlaku banjir perlu
diperolehi. Sebarang keadaan yang berkemungkinan akan berlaku seperti
gempa bumi, hakisan, banjir, ribut taufan dan sebagainya. Maklumatmaklumat boleh diperolehi dari Jabatan Kaji Cuaca Malaysia.

1.7.1.6

Paras Air Pasang Surut.


Kerja-kerja yang melibatkan kawasan pantai, laut, sungai dan tasek
perlulah ada maklumat pasang surut air bagi membolehkan perangangan
kerja berjalan lancar. Maklumat-maklumat boleh diperolehi daripada
Jabatan Laut Malaysia.

1.7.1.7

Pelan Kawasan Pembinaan Yang Lalu.


Peta dan pelan kawasan pembinaan lampau perlu dikumpulkan di
mana di dalamnya menunjukkan bangunan-bangunan sedia ada serta
keadaan tanah sekitarnya / kerja tanah yang telah dijalankan.

1.7.1.8

Sesalur Kemudahan.
Sesalur kemudahan yang terdapat di kawasan penyiasatan tapak
seperti kabel elektrik, telefon, paip air, gas perlu diketahui agar kerosakan

6
terhadap

sesalur

tersebut

dapat

dielakkan

di

samping

mengelak

berlakunya trajedi tidak diingini. Maklumat-maklumat boleh diperolehi dari


egensi terbabit dan Majlis Tempatan.
1.7.1.9 Sejarah Penggunaan Tapak.
Sejarah penggunaan lapangan

termasuk

maklumat

mengenai

kerosakan, kegagalan bangunan yang ada atau sebelumnya berkaitan


dengan keadaan asas.
1.7.1.10 Kemudahan Bekalan Pembinaan.
Kemudahan barang binaan tempatan yang bermutu tinggi seperti batu
baur, pasir, simen dan sebagainya.

1.7.1.11 Laporan Dari Jurnal Dan Keratan Akhbar.


Maklumat berkaitan kawasan samada dari penulisan jurnal atau beritaberita tertentu dari suratkhabar lama yang berlaku di kawasan yang ingin
dibangunkan.
Antara perkara-perkara yang perlu diteliti di dalam mendapatkan maklumatmaklumat di atas adalah seperti berikut :
1)
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
2)

Pengukuran Kawasan Tapak Pembangunan.


Lokasi tapak pelan/ peta yang sah dikeluarkan oleh pihak tertentu.
Ukur udara yang mana perlu.
Sempadan tapak, garis sempadan struktur dan bangunan sediaada.
Kontor permukaan tapak dan sistem saliran sediada.
Maklumat meteorologi.
Kedudukan stesen ukur dan batu aras.
Rekod perbezaan antara keadaan tapak dengan peta/pelan yang sediada.

Permit Kegunaan Dan Batasan.


i. Perancangan dan batasan statutory berkenaan dengan kawasan tertentu
di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Negeri di pengerusi oleh pihak
perancang yang berkuasa.
ii. Regulasi atas batasan merancang

oleh

pihak

setempat bangunan

tersenarai badan berkanun.


iii. Regulasi bagi kawasan pembinaan.
3)

Pendekatan Dan Pendudukan.


(termasuk penduduk sementara)
i. Jalan (periksa tuan punya).
ii. Jalan keretapi ( periksa untuk penutupan).
iii. Air.
iv. Udara.

4)
i.
ii.
iii.
iv.

Keadaan Tapak.
Peta geologi dan topografi
Asal-usul geologi
Banjir, hakisan, tanah rutuh dan kesan pembangunan sediada.
Data diperolehi dari pusat dan pihak berkenaan.

7
v.
Penyiasatan rekod pembinaan bagi tapak berdekatan.
Sumber Bahan Untuk Pembinaan.
i. Bahan semulajadi.
ii. Tempat membuang bahan atau sampah.
iii. Bahan impot.

5)

6)

Penyaliran Dan Pembentungan.


i. Bentuk pembentungan, penyaliran tanah dan pihak berkenaan dan badan
berkanun yang terlibat.
ii. Lokasi dan aras yang sediada untuk sistem penyaliran dan pembentungan
iii.
iv.
v.
vi.

( termasuk padang, parit dan longkang ) termasuk saiznya.


Kuantiti aliran yang sediada dan kapasiti untuk aliran lebihan.
Muatan lebihan.
Bayaran untuk kemudahan penyaliran.
Aliran berdekatan yang berupaya mengalirkan air sisa atau dibekalkan

kaedah pembesihan yang mengikut tahap yang ditetapkan.


vii. Pembuangan sisa pepejal.
viii. Risiko banjir sebelum cadangan kerja atau disebabkan oleh kerja yang
dicadangkan.
7)
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
8)
i.
ii.
iii.
iv.
v.
9)

Bekalan Elektrik.
Nama pihak berkuasa yang terlibat dan peraturannya.
Lokasi, kapasiti dan kemudahan stesyen janakuasa.
Voltan, fasa dan frekuensi.
Kapasiti yang diperlukan untuk memenuhi keperluan tambahan.
Pembayaran untuk pemasangan dan bekalan elektrik.

Talian Komunikasi / Telefon.


i. Alamat pejabat tempatan.
ii. Lokasi kebel yang sediada.
iii. Permintaan perkhidmatan komunikasi/telefon.

10)
i.
ii.
iii.
iv.
v.
1.7.2

Bekalan Air.
Nama pihak berkenaan dan badan berkanun.
Lokasi, saiz dan kedalaman paip utama.
Tekanan paip utama.
Analisa air.
Air tersedia untuk permintaan tambahan.
Permintaah untuk simpanan.
Sumber air untuk kecemasan.
Bayaran untuk penyambungan dan bekalan air.

Bekalan Gas.
Nama pihak berkuasa yang terlibat dan peraturannya.
Lokasi, kapasiti dan kemudahan stesyen janakuasa.
Jenis gas, kualiti term dan tekanan.
Kapasiti yang diperlukan untuk memenuhi keperluan tambahan.
Pembayaran untuk pemasangan dan bekalan gas.
Peninjauan Tapak / Awalan (Site Reconnaissance).
Selepas maklumat-maklumat yang dinyatakan di atas dikumpulkan,

peninjauan tapak perlu dijalankan bagi membolehkan keadaan sebenar


tapak

dinilai.

Maklumat-maklumat

yang

didapati

daripada

peringkat

8
pengumpulan maklumat dibandingkan dengan keadaan sebenar di tapak. Ini
adalah perlu kerana kemungkinan terdapat perbezaan atau beberapa
perubahan telah berlaku di tapak. Peninjauan dilakukan secara pemeriksaan
visual dengan mengenalpasti beberapa maklumat yang perlu dicatatkan dan
direkod.
Semasa melakukan tinjuan, adalah lebih baik merentasi keseluruhan
kawasan tapak dengan berjalan kaki supaya maklumat-maklumat yang
diperolehi tepat dan terperinci.
1.7.2.1

Sebelum melakukan peninjuan tapak, perkara-perkara di

bawah perlu disediakan :i.


Pelan tapak/lokasi, peta daerah, peta geologi, gambar udara
ii.

kawasan.
Kebenaran untuk memasuki kawasan tapak telah diperolehi dari

iii.

pemilik.
Peralatan-peralatan

tertentu

perlu

dibawa

bagi

tujuan

mengumpul maklumat seperti kamera, buku catatan, pita ukur


dan sebagainya.

1.7.2.2

Bebarapa maklumat umum dan maklumat tanah perlu


diperhatikan

dan

direkodkan

semasa

peninjuan

tapak

dijalankan.
A.
i.

Maklumat Umum.
Tandakan lokasi bagi cadangan kerja pada pelan, di mana yang

ii.

perlu.
Semak dan rekodkan perbezaan-perbezaan kehilangan pada
pelan dan peta seperti sempadan, bangunan, jalan, talian,

iii.

penghataran dan sebagainya.


Periksa dan rekodkan secara terperinci akan kemudahan sedia

iv.

ada.
Perhatikan serta rekodkan halangan-halangan yang terdapat di
tapak seperti kabel bawah tanah, pencawang elektrik, paip

v.
vi.

bekalan air dan sebagainya.


Kenalpasti laluan masuk dan kesan kepada trafik sediada.
Buat pemeriksaan tentang paras air, arus kadaralir aliran
sungai/terusan/parit serta paras banjir dan perubahan yang

vii.

mana sesuai.
Bangunan atau

viii.
ix.

daripada kerja-kerja pembangunan yang dicadangkan.


Perhatian dan rekod lombong dan kuari yang masih beroperasi.
Kerja-kerja pemotongan tanah lereng bukti dan operasi

struktur

pengambilan tanah.

yang

mungkin

menerima

kesan

9
x.
Teliti benteng, bangunan dan struktur-struktur yang mempunyai
kaitan dengan kesan enapan.
B.
i.

Maklumat Tanah.
Kaji dan rekodkan ciri-ciri permukaan tanah, di tapak dan
kawasan berhampiran dan kaitan dengan peta geologi dan foto
udara berdasarkan perkara-perkara berikut :a. Jenis dan kepelbagaian keadaan permukaan.
b. Bandingan permukaan tanah dan topografi dengan rekod
peta yang lama untuk menyemak keadaan semasa seperti
timbusan, hakisan dan pemotongan.
c. Permukaan termendap yang menandakan kerosakan goelogi
(zon hancur). Di dalam kawasan lombong, tanah termendap
mungkin disebabkan oleh kerja-kerja melombong. Tandatanda tanah mendap akibat perlombongan yang perlu dilihat,
kerosakan akibat mampatan dan tegangan dari kerja-kerja
pembinaan dan sebagainya.
d. Lokasi bukit bakau.
e. Tandakan kawsan yang berlaku runtuhan tanah di lerengf.

lereng bukit sekiranya ada.


Semak kewujudan lubang kawah terutamanya di kawasan
baru kapur yang biasanya menandakan lubang cetek yang

dipenuhi dengan tanah-tanah lembut.


g. Kenalpasti sekiranya wujud kawasan rata yang rendah di
kawasan

berbukit.

Contohnya

bekas

tasek

yang

telah

dipenuhi kelodak lembut, tanah lempung atau sebagainya.


ii.

Periksa dan rekodkan dengan terperinci akan keadaan tanah di


kawasan kuari, pemotongan bukit dan lereng bukit, di tapak bina

iii.

dan kawasan sekitarnya.


Nilai dan rekodkan mana-mana yang sesuai paras air bumi
( selalunya terdapat perbezaan di antara paras air bumi dengan

iv.

paras air tasik).


Teliti dan catatkan tumbuhan-tumbuhan yang di hubungkitkan

v.

dengan jenis tanah dan kelembapan tanah.


Teliti benteng-benteng, bangunan-bangunan, struktur-struktur
yang mempunyai hubungan dengan enapan.

1.7.2.3

Perkaraperkara

yang

perlu

dilaksanakan

dalam

pemeriksaan tapak dalam kerja peringkat peninjuan tapak


adalah :i.
ii.

Memeriksa dan merekod lokasi dan keadaan masuk ke tapak.


Mamerhati dan merekod halangan seperti kabel elektrik, talian
telefon dan pagar sempadan.

10
iii.
Mempastikan dan merekod kawasan pejabat, stor barang dan makmal
iv.
v.

tapak.
Menentukan dan merekod kerja yang sesuai.
Mempertimbangkan gantirugi yang perlu dibayar disebabkan

vi.

kerosakan.
Mempastikan bekalan air yang sesuai dan merekod lokasi serta

vii.
viii.

kadar aliran air.


Rekod khas tempat tinggal buruh tempatan.
Rekod khas telefon tempatan, pekerjaan, pengangkutan dan

ix.
1.7.3

perkhidmatan lain.
Pembayaran untuk pemasangan.

Penyiasatan Bawah Permukaan


1.7.3.1 Penyiasatan awalan tapak (Preliminary Site Investigation)
Antara matlamat mengapa penyiasatan awalan tapak dijalankan
adalah untuk :i.
Mendapat maklumat
ii.

secara

umum

tentang

permukaan lapisan tanah di tapak bina.


Bilangan pengujian bagi menentukan

secara

keadaan

profil

kasar

strata

permukaan tanah mestilah mencukupi agar penyiasatan tapak


iii.

yang lebih terperinci boleh dirancangkan.


Kenalpasti secara kasar strata dan

pengerudian

dapat

dikenalpasti.
Bagi mencapai matlamat di atas terdapat dua ujian yang biasa
dijalankan iaitu ujian duga dan eksplorasi lubang ujian. Ujian-ujian ini juga
dijalankan semasa peringkat pnyiasatan terperinci.
1.7.3.2 Penyiasatan Tapak Terperinci ( Detail Site Investigation )
Tujuan penyiasatan tapak terperinci adalah bagi menentukan aspek
geoteknik dan struktur geologi tanah secara terperinci termasuk tebal dan
jenis lapisan

tanah.

Di dalam peringkat ini

beberapa perkara perlu

dipertimbangkan dan dilaksanakan bagi mencapai matlamat penyiasatan


tapak terperinci antaranya ialah:
i.

Penentuan Kaedah-kaedah pengorekan/penggerudian

ii. Penentuan kaedah pengambilan sampel dan penjagaan kualiti sampel


tanah
iii. Pengujian lapangan (ujian disitu) bagi menguji sifat-sifat mekanikal tanah
di tapak bina yang perlu dilaksanakan
iv. Cerapan air bumi bagi menentukan paras air, tekanan dan kebolehtelapan
air
v. Pengujian sampel tanah terusik dan tidak terusik untuk tujuan pengenalan,
pengelasan dan kekuatan di makmal.

11

1.7.3.3

Penentuan Kaedah Korekan dam Penggerudian

Antara faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan ialah :


a. Keadaan Geologi Tapak
b. Keadaan topografi tapak
c. Bentuk dan jenis maklumat yang dikehendaki
d. Kos dan Masa
1.7.3.4 Bilangan dan Kedalaman Lubang Jara (Borehole)
Bergantung kepada projek dan dapat ditentukan dari peninjauan awal.
Untuk keadaan lapisan yang segaya, jarak antara lubang jara adalah 100m
atau lebih.

Untuk keadaan tanah yang tidak segaya/ tak menentu, jarak

antara lubang jara adalah 10m atau kurang.


Bangunan di atas tanah berstrata rata hanya memerlukan maksimum
tiga lubang jara dan kebiasaannya lima lubang jara bagi bangunan di tapak
tidak rata (empat di setiap penjuru bangunan dan satu di tengah)
Jadual di bawah boleh dijadikan panduan dalam menentukan jarak dan
kedalaman lubang jara.
Projek

Jarak (m)

Kedalaman

Bangunan Satu Tingkat

10 - 30

6 - 9m dari dasar asas

Bangunan Multi-storey

15 - 30

2 kali lebar struktur

Lebuhraya

250 - 500

Empangan Tanah

Minimum
subgred

15m

di

bawah

40 - 80
Minimum 12 - 15m atau 3m dalam
batuan keras

Lubang korekan tambahan perlu dilakukan bila terdapat kawasan tapak


tidak rata, terdapat kawasan tambakan dan perubahan tanah secara
mengufuk. Lubang jara di peringkat peninjauan awalan mestilah menembusi
semua lapisan hingga ke lapisan batuan. Sekurang-kurangnya 1m ke dalam
batu. Sekurang-kurangnya satu lubang jara mesti menembusi batu sedalam
5-6m dalam penyiasatan terperinci.
1.7.3.5 Penentuan Lokasi Lubang Jara dan Lubang Ujian
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan adalah :
i.

Lubang jara perlu ditempatkan berdekatan dengan lokasi asas


yang dicadangkan
kedalamannya)

(terutamanya bagi strata yang tak sama

12
ii. Lokasi lubang jara mesti tepat dan sama
iii. Sekiranya lokasi struktur belum ditetapkan, satu corak lubang jara
berdasarkan grid yang sama boleh disediakan
iv. Untuk kawasan yang besar, lubang jara berdasarkan grid yang
lebih jauh jaraknya boleh digunakan dengan syarat jenis kajian di
situ perlu dijalankan dalam lingkungan grid tersebut
v. Lubang ujian untuk asas dalam tidak boleh dibuat berdekatan
dengan

lokasi lubang ujian untuk asas cetek kerana akan

menjejaskan tanah di situ


v Penentuan lokasi lubang jara juga perlu mengambilkira kos
penyiasatan tapak dan pembinaan.
vii. Sekiranya asas berdekatan antara satu sama lain dan zon tekanan
bertindih, kawasan tekanan menjadi satu tapak asas, maka lubang
jara menjadi lebih dalam.
1.8

Kaedah-kaedah Penyiasatan
1.8.1

Lubang ujian

Pengorekan lubang ujian merupakan satu kaedah penyiasatan yang mudah


dan boleh dipercayai tetapi dihadkan kepada kedalaman maksimum 4 5 m.
biasanya, tanah dikeluarkan menggunakan penyodok pengorek berjentera. Sebelum
sesiapa memasuki lubang, dinding lubang harus disokong kecuali dinding yang
mempunyai cerun yang selamat atau bertangga. Tanah korekan harus diletakkan
sekurang-kurangnya 1m daripada tebing lubang. Sekiranya lubang dikorek melepasi
permukaan air bumi, maka penyingkiran air diperlukan , terutamanya bagi tanah
yang telap. Ini sudah tentu akan meningkatkan kos. Penggunaan lubang ujian
membolehkan keadaan tanah di situ diperiksa secara pandang. Dengan itu,
sempadan di antara stratum dan keadaan makro-fabrik dapat ditentukan dengan
tepat. Sampel tanah terganggu atau tidak terganggu sangat mudah diperolehi bagi
tanah jeleket, bungkah sampel boleh dipotong daripada tebing atau dasar lubang
dengan tangan dan sampel tiub pula diambil daripada bawah dasar lubang. Lubang
ujian sesuai untuk penyiasatan semua jenis tanah, termasuk tanah-tanah yang
mengandungi batu bundar atau batu tongkol.

Boreholes

Lubang atau parit ujuan

13
1.8.2

Syaf dan terowong sisi


Lubang yang dalam atau syaf selalunya dikorek dengan tangan, tebingnya

disokong menggunakan kayu. Terowong sisi dikorek daripada dasar syaf atau dari
permukaan ke lereng bukit dengan tebing dan bumbung disokong. Selalunya, syaf
dan terowong sisi dikorek di atas permukaan air bumi. Kos pengorekan syaf dan
terowong sisi adalah sangat tinggi dan hanyalah wajar untuk penyiasatan bagi
struktur-steruktur yang sangat besar seperti empang, itupun sekiuranya keadaan
bumi tidak boleh disahkan dengan tepat jika keadaan lain digunakan.

1.8.3

Gerimit Tangan dan Mudah Alih


Gerimit tangan boleh digunakan untuk mengorek lubang jara sedalam 5m

dengan bantuan asal set rod tambahan. Gerimit diputar dan ditekan ke dalam tanah
dengan menggunakan gagang-T di bahagian atas rod. Dua jenis gerimit yang lazim
ialah Iwan atau lubang tiang (Rajah 10.2d) dengan garis pusat sehingga 200mm,
dan gerimit heliks kecil dengan garis pusat lebih kurang 50mm. Gerimit tangan
biasanya, digunakan sekiranya tebing lubang tidak memerlukan sokongan dan jika
tidak terdapat zarah bersaiz lebih besar daripada kelikir kasar. Gerimit mesti selalu
ditarik keluar untuk menyingkirkan tanah. Sampel tak terganggu boleh diperoleh
dengan memacu tiub bergaris pusat kecil di bawah dasar lubang jara.
Gerimit kuasa mudah alih yang kecil biasanya diangkut dan dijalankan oleh
dua orang memang sesuai untuk pengorekan sehingga kedalaman 10 15m julat
garis pusat lubang ialah di antara 75mm dengan 300mm. Lubang jara boleh
diselongsong sekiranya perlu, oleh itu, gerimit ini boleh digunakan untuk
kebanyakan tanah dengan syarat kesemua zarah bersaiz kecil.

14

Gerimit tangan
1.8.4

Gerimit Mekanik

Gerimit yang menggunakan kuasa biasanya dipasang pada kenderaan atau


sebagai alat tambahan pada derik untuk penjaraan tukulan. Kuasa yang diperlukan
untuk memutar gerimit bergantung kepada jenis dan saiz gerimit itu itu sendiri dan
jenis tanah yang akan ditusuk. Tekanan ke bawah pada gerimit boleh dikenakan

15
secara hidraulik, mekanik atau menggunakan beban mati. Jenis alat yang biasa
digunakan ialah gerimit larian dan gerimit timba. Gerimit larian mempunyai garis
pusat di antara 75mm dengan 300mm. Terdapat juga yang bergaris pusat 1m
gerimit timba pula bergaris pusat di antara 300mm dengan 2m. Namun, saiz yang
lebih besar lazimnya digunakan untuk korekan syaf bagi cerucuk terjara. Gerimit
digunakan bagi tanah yang lubang jaranya tidak memerlukan penyokong dan
sentiasa kering, iaitu, terutamanya tanah liat. Penggunaan selongsong menjadi agak
sukar kerana gerimit perlu dialihkan terlebih dahulu sebelum selongsong dipacu
walaupun demikian, buburan bentonit boleh digunakan untuk menyokong tebing
lubang jara yang tidak stabil. Adanya batu bundar dan batu tongkol boleh
menyulitkan gerimit yang bersaiz lebih kecil.
Gerimit larian pendek (rajah 10.2a) terdiri daripada satu heliks dengan
panjang terhad beserta alat pemotong di bawahnya. Gerimit disambung kepada
batang keluli yang dikenali sebagai bar Kelly, yang melalui kepala rig yang berputar.
Gerimit dipacu sehingga penuh dengan tanah, dinaikkan ke atas permukaan dan
tanah dikeluarkan dengan memutar gerimit ke arah yang berlawanan. Jelaslah
bahawa heliks yang pendek memerlukan lebih banyak kali turun naik utnuk sesuatu
kedalaman lubang jara. Kedalaman lubang jara dihadkan oleh panjang bar Kelly.
Gerimit larian terus (Rajah 10.2b) terdiri daripada rrod-rod dengan satu heliks
yang merangkumi keseluruhan panjangnya. Tanah dinaikkan sepanjang-panjang
heliks ke permukaan tanpa perlu dikeluarkan, panjang gerimit ditambah sambil
pacuan berlangsung. Lubang jara sedalam 50m boleh dihasilkan menggunakan
gerimit larian-terus tetapi terdapat kemungkinan bahawa beberapa jenis tanah akan
bercampur setelah sampai ke permukaan dan sudah tentu sukar untuk menentukan
titik kedalaman berlakunya perubahan strata.
Gerimit

larian-terus

berbatang

geronggang

juga

digunakan.

Semasa

penjaraan dilakukan, hujung bawah batang geronggang ditutup dengan suatu palam
yang disambung kepada rod dalam batang. Panjang gerimit (dan rod dalaman)
ditambah sambil pacuan dilakukan pada sebarang kedalaman, rod dan palam boleh
ditarik daripada batang geronggang untuk mengeluarkan sampel tak terganggu,
satu tiub sampel yang dipasang di hujung rod diturunkan melalui batang dan dipacu
ke dalam tanah di bawah gerimit. Sekiranya batuan dasar ditempuh, tebukan masih
boleh dilakukan melalui batang geronggang. Garis pusat dalaman batang ialah di
antara 75mm

dengan 150mm. Gerimit berfungsi seperti selongsong, boleh

digunakan untuk pasir yang berada di bawah aras air bumi walaupun terdapat
kesulitan kerana pasir akan tersedut naik ke dalam batang disebabkan tekanan
hidrostatik ini boleh dielakkan sekiranya air dimasukkan ke dalam batang sehingga
paras air bumi.

16
Gerimit timba( Rajah 10.2c) terdiri daripada suatu silinder keluli, terbuka di
bahagian atas tetapi dipasang plat asas yang mempunyai pemotong, bersebelahan
dengan lubang alur plat, gerimit dipasang pada bar Kelly. Apabila gerimit diputar
dan ditekan ke bawah, tanah yang tersingkir oleh pemotong akan melepasi lubang
alur dan memasuki timba. Timba yang penuh akan naik ke permukaan untuk
dikosongkan dengan melepaskan plat asas yang terengsel itu.
Lubang korekan gerimit bergaris pusat melebihi 1m boleh digunakan untuk
memeriksa strata tanah disitu, orang yang membuat pemeriksaan ini dimasukkan
ke dalam sangkar yang istimewa dan diturunkan. Untuk tujuan ini, lubang mestilah
diselongsor terlebih dahulu dan pengalihudaraan yang memadai sangat diperlukan.
1.8.5

Penjajaran Tukulan

Satu rig penjajaran (Rajah 10.1 ) terdiri daripada satu derik, unit kuasa dan
win yang membawa kabel kaluli yang ringan melalui satu takal di atas derik.
Kebanyakan derik mempunyai roda dan apabila dilipat, boleh ditarik oleh
kenderaan. Untuk tanah yang keras atau tumpat, lubang jara dikorek dengan
menggunakan pahat yang berat (atau mata pencincang) yang dipasang pada rod
penjajaran yang padu yang mempunyai keratan rentas segiempat sama, berat rod
merupakan berat yang diperlukan untuk menusuk tanah. Namun demikian, kadangkadang satu unsur berat yang yang dipanggil bar ajuk dipasang betul-betul di atas
alat penjara. Peralatan dan rod diangkat dan dijatuhkan berselang seli oleh kabel

17
yang dihubungkan kepada win untuk memecahkan tanah. Batu bundar dan batu
tongkol boleh juga dipecahkan oleh pahat tetapi cara begini sangat lambat.
Di bawah aras bumi, tanah yang longgar bercampur dengan air bumi untuk
membentuk buburan. Di atas permukaan air bumi pula, air memasuki lubang jara
untuk membentuk buburan. Sekali-sekala, pahat dan rod dikeluarkan daripada
lubang jara dan buburan disingkir menggunakan kelompang adalah sangat mudah
sekiranya

rig

dipasang

dengan

kabel

kedua

untuk

membawa

kelompang.

Kelompang merupakan satu tiub besi yang berat dan dipasang kekasut pemotong
dan ridip atau injap sehala di hujung bawahnya. Kelompang digerakkan ke atas dan
ke bawah untuk mengumpul buburan dan apabila penuh, diangkat ke permukaan
untuk dikosongkan. Bagi pasir lnggar dan kelikir yang berada di bawah aras air
bumi, kelompang beserta bar ajuk, jika perlu boleh digunakan terus sebagai alat
penjaraan dan penggunaan pahat tidak diperlukan.
Lubang jara mestilah berselongsong sekiranya tebing berkemungkinan akan
runtuh. Selongsong ini merupakan paip besi yang bersambung-sambung dan dipacu
atau dibicu ke dalam lubang. Pada kedalaman yang agak cetek, selongsong boleh
gelangsar masuk disebabkan oleh beratnya sendiri. Apabila penyiasatan telah
selesai, selongsong boleh diambil semula menggunakan win atau bicu, pacuan yang
berlebihan boleh menyulitkan perolehan selongsong.
Pekakas lain yang boleh digunakan terus dengan rig penukulan ialah
pemotong tanah liat dan gerimit. Alat pemotong ini terdiri daripada tiub keluli
dengan kekasut pemotong dan gelang bendungan di hujungnya yang digunakan
untuk penjaraan tanah liat, ia digunakan bagi lubang jara yang kering. Pemotong
diangkat dan dijatuhkan berselang-seli dengan bantuan rig dan bar ajuk yang
dipasang di atas perkakas, jika perlu. Tanah liat akan memenuhi pemotong dan
kemudian diangkat ke permukan utuk dikosongkan. Gerimit juga digunakan untuk
tanah liat dan beroperasi secara memutar rod penjara, dengan tangan, di
permukaan menggunakan bar celaga. Gerimit juga digunakan utnuk membersih
lubang jara sebelum persampelan dilakukan.
Julat garis pusat jara ialah di antara 150mm dengan 300mm. Kedalaman
maksimumnya pula ialah di antara 50m dengan 60m. Penjaraan tukulan boleh
dilakukan terhadap kebanyakan jenis tanah, termasuk tanah yang mengandungi
batu bundar dan batu tongkol. Walau bagaimanapun, biasanya sampel tanah di
bawah lubang jara dan untuk mengesan lapisan tanah yang nipis atau ciri geologi
yang minor menjadi suatu perkara yang amat sukar jika kaedah ini digunakan. Rig
ini mudah disuaikan dan biasanya dipasang dengan unit kuasa hidraulik, beserta
peralatan berkaitan untuki mengorek secara jentera, penggerudian teras berputar
dan ujian tukulan kun.

18

1.8.6

Penjaraan Hasil-hakis / basah

Di dalam kaedah ini, air dipam melalui satu rangkaian rod penjaraan dan
dilepaskan di bawah tekanan melalui lubang-lubang sempit di dalam pemahat yang
terpasang di hujung rod ( Rajah 10.3). Tanah akan dilerai dan dipecahkan oleh jet air
dan pergerakan pemahat yang turun naik. Pemahat boleh juga diputar secara insani
dengan

menggunakan

celaga

yang

dipasang

pada

rod

penjaraan

di

atas

permukaan. Zarah tanah dihakis ke permukaan melaui ruang di antara rod dan
tebing lubang jara dan dibiarkan endap di dalam takungan. Rig terdiri daripada derik
dengan satu unit kuasa, win dan pam air. Win menyokong kabel keluli yang ringan
melalui berkas derik yang dipasang di atas rod-rod penjaraan. Rangkaian rod yang
diangkat

dan

dijatuhkan

dengan

bantuan

unit

win

menghasilkan

tindakan

mencincang oleh pemahat. Lubang jara biasanya diselongsong tetapi kaedah ini
boleh juga digunakan untuk lubang jara yang tidak diselongsong. Begitu juga,
lumpur gerudi boleh digunakan untuk menggantikan air, dalam hal ini lubang jara
tidak perlu diselongsong.

19
Penjaraan hasil-hakis boleh digunakan untuk kebanyakan jenis tanah tetapi
kerja penjaraan boleh menjadi lambat sekiranya terdapat zarah yang bersaiz kelikir
kasar atau lebih besar. Untuk mengenalpasti jenis tanah dengan tepat adalah
sesuatu yang rumit kerana adanya zarah-zarah yang hancur disebabkan pemahat
dan

kemudian

bercampur

apabila

dihakis

ke

permukaan,

tambahan

pula,

pengasingan zarah cuma berlaku apabila ia mengenap di dalam takungan. Walau


bagaimanapun, apabila sempadan di antara dua stratum ditempuh, kadang-kadang
perbezaan keadaan ini boleh dikesan daripada kelakuan alat dan mungkin juga
terdapat perubahan warna air yang naik ke atas. Kaedah ini tidak boleh digunakan
untuk memperoleh sampel tanah. Ia hanya digunakan untuk mendalamkan lubang
jara supaya sampel tiub dapat diambil atau ujian di situ dapat dilakukan di bawah
dasar lubang. Satu kebaikan daripada kaedah ini ialah tanah betul-betul di bawah
lubang kekal di dalam keadaan tak terganggu.
1.8.7

Penggerudian Putar
Walaupun pada mulanya ia digunakan untuk pemeriksaan batuan, kaedah ini

boleh juga digunakan untuk tanah. Alat penggerudian yang dipasang di hujung
rangkaian rod-rod penggerudi geronggang (Rajah 10.4) berupa samada bit
pemotong atau bit peneras. Bit peneras dipasang di hujung tong teras yang
disambung ke rod penggerudi. Air atau lumpur penggerudi dipam melalui rod
geronggang dan mengalir di bawah tekanan melaui lubang-lubang sempit dalam bit
atau tong, ini menggunakan prinsip yang sama seperti penjaraan hasil-hakis.
Bendalir penggerudian menyejuk dan melincir alat penggerudian dan mengalirkan
puing yang longgar melalui rod-rod dan sisi lubang ke permukaan. Bendalir ini juga
merupakan sokongan kepada tebing lubang sekiranya selongsong tidak digunakan.
Rig ini terdiri daripada satu derik, unit kuasa, win, pam dan kepala gerudi yang
digunakan untuk pacuan kelajuan tinggi dan tujah ke bawah terhadap rod gerudi.
Satu alat tambahan kepala berputar boleh dibekalkan sebagai aksesori bagi rig
penjaraan tukulan.
Terdapat dua bentuk penggerudian putar, penggerudian lubang terbuka dan
penggerudian teras. Penggerudian lubang terbuka yang biasanya digunakan untuk
tanah dan batuan yang lemah, menggunakan bit pemotong untuk memecahkan
semua bahan yang berada di dalam lingkungan garis pusat lubang. Oleh itu,
gerudian lubang terbuka hanya boleh digunakan untuk mendalamkan lubang: rod
penggerudian boleh dibuang untuk mengambil sampel tiub atau untuk menjalankan
ujian di situ.
Di dalam penggerudian teras yang digunakan untuk batuan dan tanah liat
teras pula, bit memotong lubang anulus di dalam bahan dan teras yang tak terusik
masuk ke dalam tong sebagai sampel: namun, kandungan air semula jadi bahan

20
tersebut akan bertambah disebabkan oleh sentuhan bendalir penggerudian. Garis
pusat teras yang biasa ialah 41mm, 54mm dan 76mm, meningkat ke 165mm.
Satu kebaikan penggerudian putar ialah progresnya yang lebih cepat
dibandingkan dengan kaedah penyiasatan yang lain dan gangguan terhadap tanah
di bawah lubang jara hanyalah sedikit. Kaedah ini tidak sesuai sekiranya tanah
mengandungi peratusan zarah kelikir (atau lebih besar) yang tinggi kerana zarah ini
akan berputar di bawah bit dan tidak dipecahkan.
1.8.8 Penggerudian Batu
Digunakan untuk batuan dan tanah liat keras. Bit memotong anulus di dalam
bahan dan teras yang tidak terusik masuk dalam tong sebagai sampel. Namun
sedemikian, kandungan air semulajadi bahan tersebut akan bertambah disebabkan
oleh sentuhan bendalir penggerudian.
Diameter luar = 76mm 165mm dan dalam =40mm -54mm.
Bagi kawasan Berbatuan Kecil kebiasaannya dilakukan secara manual iaitu
menggunakan mesin tangan. Kawasannya tidak terlalu besar serta kedalamannya
adalah terhad. Bagi Kawasan berbatuan

Sederhana Mesin compressor

digunakan untuk memecahkan batuan iaitu menggunakan tekanan udara dan air
untuk

menggerakkan

motor.

Kawasan

berbatuan

Besar

pula

biasanya

menggunakan jack hidraulik. Ia dilakukan untuk satu kedalaman yang maksima dan
peralatan yang
Peralatan Yang Digunakan
Setiap komponen diperbuat daripada besi

atau aloi untuk memberikan

proses penggalian yang sempurna. Penukul direkabentuk samada untuk tekanan


rendah atau keupayaann tinggi.
Biasanya dalam 2 keadaan tanah:- Keadaan tanah lembab
- Keadaan tanah kering
- Kebiasaannya berat 25kg dengan kekuatan hentakan 425 mm/minit.
Penggerudian lebih baik atau berjaya dengan meggunakan tukul pneumatik.

Diamond Core Drilling Bits

21

1.9

Pensampelan
Sampel tanah dibahagi kepada dua kategori utama, yang tidak terganggu

dan terganggu.
i.
-

Sampel tak terganggu ( Undisturbed Samples )


Ianya diperlukan untuk kekuatan ricih dan pengukuhan diperoleh menggunakan
teknik yang bertujuan mengekalkan strutur di situ dan kandungan air tanah.

Dalam lubang jara, sampel tak terganggu boleh diperoleh dengan mengeluarkan
alat penjaraan (kecuali apabila gerimit larian-terus berbatang geronggong
digunakan) dan memacu atau menolak masuk tiub sampel ke dalam tanah di
dasar lubang.

Apabila tiub dinaikkan ke permukaan, sedikit tanah disingkir apabila kedua


hujungnya dan selapisan nipis lilin cair disapukan, untuk membentuk palam
setebal lebih kurang 25mm dan kemudian penghujung tiub kemudiannya ditutup
dengan topi pelindung.

Blok sampel tak terganggu boleh dipotong daripada dasar atau sisi lubang ujian
dengan tangan

Semasa pemotongan dilakukan, sampel harus dilindungi daripada air, angin dan
matahari untuk mengelakkan sebarang perubahan kepada kandungan air

Sampel harus ditutup dengan lilin cair sebaik-baik sahaja dinaikkan ke


permukaan.

Untuk memperoleh suatu sampel yang tak terganggu sepenuhnya memanglah


suatu yang mustahil, walau bagaimana teliti atau cermat sekalipun kerja
penyiasatan dan teknik persampelan dilakukan.

Misalnya, di dalam kes tanah liat, pengumpalan berlaku bersebelahan dasar


lubang jara disebabkan berkurangnya tegasan jumlah apabila tanah dikeluarkan
dan gangguan struktur yang terhasil oleh tindakan alat penjaraan: apabila
sampel ini dikeluarkan daripada bumi, tegasan jumlah merosot kepada sifar.
Tanah liat yang lembut sangat peka kepada gangguan

persampelan,

pengaruhnya lebih ketara bagi tanah liat berkeplastikan rendah dibandingkan


dengan yang berkeplastikan tinggi. Bahagian tengah sampel tanah lembut kurang
mengalami gangguan dibandingkan dengan bahagian luarnya yang bersebelahan
tiub sampel. Sebaik-baik sahaja persampelan selesai dilakukan, tekanan air liang di
dalam teras yang agak tak terganggu akan menjadi negatif disebabkan oleh
tegasan jumlah di situ dilepaskan. Pengampulan akan berlaku kepada teras yang
agak tak terganggu ini secara perlahan-lahan.
Fenomena ini disebabkan oleh air yang tersedut daripada kawasan luar teras
yang terganggu, ini menghasilkan pelepasan tekanan negatif air liang yang

22
berlebihan: kawasan luar tanah akan terkukuh hasil daripada agihan semula air
dalam sampel. Pelepasan tekanan negatif liang akan diikuti oleh pengurangan
tegasan berkesan yang sempadan. Struktur tanah sampel tidak akan menahan ricih
dan menjadi kurang tegar dibandingkan dengan tanah di situ.
ii.
-

Sampel terganggu ( Disturbed Samples )


Sampel yang mempunyai agihan saiz zarah yang sama seperti tanah di situ
tetapi struktur tanah telah rosak atau musnah sama sekali: tambahan pula,
kandungan airnya mungkin berbeza daripada tanah di situ.

Sampel terganggu yang digunakan terutamanya untuk tujuan ujian pengelasan


tanah, pengelasan pandang dan ujian pemadatan, boleh dikorek daripada lubang
ujian dan diperoleh daripada alat yandipasang kepada pemacu ljara
misalnya, daripada gerimit dan pemotong tanah liat.

Tanah yang diambil daripada kelompang menggunakan penggerudian tukul


didapati kekurangan bahan halus dan tidak sesuai dugunakan sebagai sampel
terganggu.

Sampel yang masih mengekalkan kandungan airnya mestilah disimpan di dalam


bekas kedap udara, tak mengkakis, semua bekas hendaklah diisi penuh untuk
mengelakkan terwujudnya ruang udara di atas sampel.

Semua sampel harus dilabel dengan jelas untuk menunjukkan nama projek,
tarikh, lokasi, nombor lubang jara, kedalaman dan kaedah persampelan: selain
daripada itu, setiap sampel harus diberi nombor siri.

Pengawasan yang rapi diperlukan semasa mengelola, mengangkut dan


menyimpan sampel (terutamanya sampel tak terganggu) sebelum diuji.
Beberapa jenis tiub pensampel yang utama diterangkan seperti berikut :

1.9.1

Pensampel Pacuan Terbuka

Pensampel pacuan terbuka (Rajah 10.5a) terdiri daripada sebatang tiub keluli
yang mempunyai bebenang skru di kedua hujungnya. Satu kekasut pemotong

23
dipasang di satu hujung tiub, sementara hujung lain dipasang ke kepala pensampel
yang dihubungkan kepada rod penjara. Kepala pensampel juga mempunyai injap
sehala yang membenarkan udara dan air keluar apabila tanah memenuhi tiub dan
menolong menahan sampel apabila tiub ditarik keluar. Bahagian dalam tiub
seharusnya dikekalkan di dalam keadaan bersih.
Pinggir pemotong seharusnya mempunyai garis pusat dalaman (d c) lebih
kurang 1% lebih kecil daripada pusat tiub untuk mengurangkan rintangan geseran
di antara tiub dan sampel. Perbezaan ini juga membolehkan sampelmengalami
pengembangan anjal semasa memasuki tiub dan menolong menahan sampel. Garis
pusat luaran kekasut pemotong (d w) pula seharusnya besar sedikit daripada tiub
untuk mengurangkan daya yang diperlukan untuk menarik keluar tiub tu. Isipadu
tanah yang dianjak oleh pensampel sebagai sebahagian daripada isipadu sampel
digambarkan oleh nisbah luas (Ar) pensampel, dengan:

Nisbah luas biasanya


dinyatakan sebagai peratusan. Sekiranya faktor-faktor lain tidak berubah, maka
semakin rendah nisbah luas semakin rendah juga darjah gangguan sampel.
Pensampel boleh dipacu secara dinamik menggunakan beban jatuh, atau
secara statik menggunakan bicu hidraulik atau mekanik, yang selalunya dipasang
pada rig penjaraan. Sebelum kerja pensampelan dimulakan, tanah yang longgar
harus disingkir terlebih dahulu daripada dasar lubang jara. Pengawasan yang teliti
haruslah ada untuk memastikan supaya pensampel tidak dipacu, jika tidak sampel
akan termampat di kepala pensampel. Terdapat beberapa jenis pensampel yang
mempunyai ruang lebih pacu di bawah injap untuk melindungi sampel daripada
kerosakan. Selepasa selesai pacuan, kekasut pemotong dan kepala pensampel
ditanggal dan kedua hujung pensampel dikedap. Tiub sampel yang paling banyak
digunakan mempunyai garis pusat da;laman 100mm dan panjang 450mm: nisbah
luas lebih kurang 30%. Pensampel ini sesuai untuk semua tanah liat. Apabila
digunakan untuk memperoleh sampel pasir, satu tiub pendek penangkap teras
dengan ridip berbeban pegas harus dipasang di antara tiub dengan kekasut
pemotong untuk menghindir tanah daripada keluar.

1.9.2

Pensampel Berdinding Nipis


(Rajah 105.b) digunakan untuk tanah yang peka kepada gangguan, misalnya

tanah liat lembut hingga kukuh dan kelodak plastik. Pensampel tidak mempunyai
kekasut pemotong yang berasingan. Sebaliknya hujung bawah tiub itu sendiri
merupakan pinggir pemotong. Julat garis pusat dalamnya ialah di antara 35mm

24
dengan 100mm. Nisbah luasnya lebih kurang 10% dan sampel dengan mutu terbaik
boleh diperoleh sekiranya tanah tak terganggu semasa pacuan. Dalam lubang ujian
dan lubang jara yang cetek, tiub biasanya boleh dipacu secara insani.
1.9.3 Pensampel Tong Pisah
(Rajah 10.5c) terdiri daripada satu tiub yang dipisahkan secara membujur
kepada dua bahagian: kekasut dan kepala pensampel yang mempunyai liang
pelepas udara di bahagian hujungnya. Kedua-dua bahagian tiub boleh dipisahkan
apabila kekasut dan kepala ditanggal untuk mengeluarkan sampel. Garis pusat
dalaman dan luarannya ialah masing-masing 35mm dan 50mm, dengan nisbah luas
lebih kurang 100%. Hakikat ini menghasilkan sampel dengan darjah gangguan yang
tinggi.

Pensampel

ini

kebanyakannya

digunakan

untuk

pasir,

sepertimana

kegunaannya untuk ujian piawai penusukan.


1.9.4

Pensampel Omboh Pegun


Pensampel ini (Rajah 105d) terdiri daripada satu tiub berdinding nipis dengan

omboh yang dihubungkan ke rod. Rod ini berada di dalam rod penjara geronggang
yang melintasi kepala pensampel. Pensampel diturunkan ke dalam lubang jara,
omboh yang terletak di hujung bawah tiub akan terkunci dengan tiub oleh satu alat
pengunci di hujung bawah tiub akan terkunci dengan tiub oleh satu alat pengunci di
hujung atas rod. Omboh akan menghalang air atau tanah yang longgar daripada
memasuki tiub. Bagi tanah yang lembut, pensampel boleh ditolak masuk daripada
bawah dasar lubang jara, melepasi sebarang tanah terganggu. Omboh akan
menahan tanah (selalunya dengan penguncian rod omboh kepada selongsong) dan
tiub ditolak melepasi omboh (sehingga kepala pensampel mencapai atas omboh)
untuk memperoleh sampel. Pensampel kemudiannya ditarik keluar sementara alat
pengunci di dalam kepala sampel akan menahan omboh di sebelah atas tiub. Ruang
vakum di antara omboh dengan sampel menolong menyekat tanah di dalam tiub:
dengan demikian, omboh bertindak sebagai injap sehala.
Pensampel omboh seharusnya ditolak ke bawah menggunakan bicu hidraulik
atau mekanik: tetapi tidak sekali-kali dipacu. Garis pusat pensampel ialah di antara
35mm dengan 100mm sehingga paling besar 250mm. Biasanya, pensampel ini
digunakan untuk tanah liat lembut dan menghasilkan sampel yang bermutu tinggi:
pensampel ini juga boleh digunakan untuk kelodak dan pasir berkelodak yang
mempunyai kejeleketan.
1.9.5

Pensampel Selanjar
Pensampel

ini

ialah

sejenis

pensampel

yang

sangat

khusus

untuk

memperoleh sampel tak terganggu sepanjang maksimum 25mm: pensampel

25
digunakan bagi tanah liat lembut . Perincian fabrik tanah boleh ditentukan dengan
mudah daripada sampel selanjar ini. Satu syarat yang harus dipenuhi bagi
pensampel selanjar ini. Ialah rintangan geseran di antara sampel dengan bahagian
dalam tiub pensampel haruslah dihapuskan. Sejenis pensampel yang dimajukan di
Sweden , telah mencapai syarat tersebut dengan menindih jalur nipis keranjang
logam di antara sampel dengan tiub. Hujung bawah pensampel (Rajah 10.6)
mempunyai satu pemotong pinggir yang tajam dengan atasnya terdapat capahan
garis pusat luaran untuk membolehkan 16 gulung keranjang dimasukkan di dalam
lubang yang terdapat dalam dinding pensampel. Hujung keranjang disambung
secara longgar ke omboh di dalam pensampel: omboh disokong oleh kabel yang
terikat di permukaan. Panjang tiub sampel (garis pusat 68mm) dipasang di sebelah
atas pensampel, seperti yang diperlukan.
Apabila pensampel ditolak masuk ke dalam tanah, keranjang akan terlerai
dan menyalut sampel, omboh ditetapkan pada aras yang tetap dengan bantuan
kabel. Apabila pensampel ditarik keluar, tiub akan dilonggarkan dan sampel beserta
keranjang dipotong di antara tiub yang bersebelah.
1.9.6 Pensampel Udara Termampat

Pensampel ini (Rajah 10.7) digunakan untuk memperoleh sampel pasir tak
terganggu yang berada di bawah aras air bumi. Tiub sampel yang selalunya bergaris
pusat 60mm dipasang di kepala sampel. Terdapat juga injap pelega yang boleh
ditutup oleh gegendang getah. Kepala pensampel dihubungkan kepda rod pandu
geronggang yang dikawal oleh kepala pandu. Satu tiub luaran atau loceng
menyarungi

tiub

sampel,

loceng

ini

dihubungkan

ke

suatu

beban

yang

menggelangsar pada rod pandu. Rod penjara memuati soket biasa yang berada di

26
sebelah atas kepala pandu, dengan berat loceng dan pensampel ditanggung oleh
suatu belenggu yang disangkut di pancang di bahagian bawah rod penjara: satu
kabel yang ringan yang menuju ke permukaan diikat kepada belenggu. Udara
termampat yang dihasilkan oleh pam kaki disalur melalui tiub ke kepala pandu,
turun melalui rod pandu geronggang terus ke loceng.
Pensampel diturunkan ke rod penjara yang berada di dasar lubang jara yang
mempunyai air di bawah aras air bumi. Apabila pensampel telah berada di dasar
lubang jara, belenggu akan meleraikan pancang, memutuskan hubungan di antara
pensampel dengan rod penjara. Tiub akan ditolak masuk ke dalam tanah oleh rod
penjara, pacuan lebih dihalang oleh rod pandu: rod penjara kemudian ditarik keluar
udarq termampat disalur untuk menolak air keluar daripada loceng dan untuk
menutup injap di dalam pensampel dengan menekan gegendang ke bawah. Tiub
ditarik ke dalam loceng menggunakan kabel dan tiub beserta loceng ini dinaikkan ke
permukaan. Sampel pasir akan teringgal di dalam tiub disebabkan perlengkungan
dan tekanan negatif air liang yang wujud di dalam tanah. Bahagian bawah tiub
dipalam sebelum tekanan sedutan dilepaskan dan tiub dikeluarkan daripada kepala
pensampel.
1.10

Pengujian Di situ
Satu bentuk pengujian yang dijalankan di lapangan di mana maklumat sifat-

sifat mekanikal tapak bina dapat diperolehi. Ia juga bertujuan untuk mengatasi
beberapa kelemahan ujian yang dijalankan di makmal seperti:i.

Sampel tanah telah terganggu semasa proses mengambil sampel dan semasa
penyediaan sampel untuk tujuan ujian makmal

ii.

Sesetengah sampel tanah tidak terusik adalah sukar diperolehi, terutamanya


bagi tanah gembur berkejelekitan rendah, tanah lempung yang terlalu lembut
dan sensitif serta tanah yang mempunyai saiz kelikir yang bersaiz besar.

iii. Sampel yang diuji di makmal adalah bersaiz kecil dan tidak mewakili keadaan
sebenar.
1.10.1

Jenis-jenis Ujian Di situ


Jenis-jenis ujian di situ adalah seperti :

i.

Ujian Penusukan Piawai ( Standard Penetration Test SPT)

ii.

Ujian Galas Plat ( Plate Bearing Test PBT )

iii.

Ujian Penusukan Kon (Cone Penetration Test CPT)

iv.

Ujian Ricih Bilah (Shear Vane Test)

1.10.1.1 Ujian Penusukan Piawai

27
Ujian ini ditetapkan di dalam BS 1377. Ia juga dikenali sebagai ujian
penusukan dinamik atau ujian empiric. Ujian ini perlu dilakukan bagi meramal dan
mengambil langkah yang sesuai bagi mengatasi sebarang kerumitan yang mungkin
timbul semasa pembinaan yang disebabkan oleh keadaan tanah dan keadaan
tempatan yang lain.

Ia juga untuk menyiasat kejadian atau sebab berlakunya

perubahan keadaan sama ada secara semulajadi ataupun disebabkan oleh perkara
lain.
Tujuan
- Untuk menganggarkan ketumpatan sudut rintangan ricih bagi tanah berbutir.
- Untuk menentukan keupayaan galas bagi pasir dan kelikir.
- Untuk menilai ketumpatan nisbi di suatu endapan pasir.
Kriteria alat
- Pensampelan pisah berdiameter luar 50mm, berdiameter dalam 35mm dan
panjang 650mm.
- Tukul seberat 65kg.
- Rod penjara.
- Kepala pensampel.
- Tiub pisah.
- Kekasut.
Prosedur
- Ujian dijalankan menggunakan pensampel pisah yang disambungkan pada hujung
rod penggerudi.
- Pensampel dipacu ke dalam pasir di dasar lubang jara yang berselongsong
menggunakan tukul seberat 63.5kg yang jatuh bebas melalui ketinggian 760mm
ke atas rod penggerudi.
- Lubang jara mestilah dibersihkan hingga kedalaman yang diperlukan.
- Penjagaan harus diambil untuk memastikan bahan yang akan diuji tidak
terganggu.
- Pada awalnya, pensampelan dipacu 150mm ke dalam pasir bagi menentukan
kedudukan sampel untuk melepasi mana-mana pasir yang terganggu di dasar
lubang jara.
- Setiap kedalaman 300mm daripada hentaman yang dilakukan, bacaan yang
diperolehi direkodkan dan seterusnya.
- Sekiranya 50 hentaman dicapai sebelum 300mm, hentaman lain tidak perlu
dilakukan, tetapi penusukan sebenar harus direkodkan.
- Di akhir ujian pensampelan di tarik keluar dan pasir dikeluarkan.

28

Kawasan Tanah Berkelikir


Kasut pemacu hendaklah ditukar pada kon pada sudut 60. Keputusan yang
tinggi sedikit diperolehi dalam bahan yang sama
Kawasan Berair
Perhatian haruslah diambil untuk mengelakkan air masuk melalui bawah
lubang jara kerana ia akan melonggarkan pasir akibat dari terjadinya tekanan
resipan ke atas. Apabila ujian dilakukan dalam pasir yang sangat halus atau pasir
berkelodak, nilai N yang diukur lebih besar dari 15 harus dibetulkan untuk rintangan
yang bertambah.
Ia disebabkan oleh lebihan tekanan air liang negatif yang berlaku semasa pemacuan
yang tidak berupaya melesap serta merta.
N = 15 + ( N-15 ).
Tekanan galas yang dibenarkan boleh diperolehi berdasarkan hubungan
antara nilai N dan ketumpatan relatif serta kekukuhan tanah berdasarkan carta
Terzaghi dan Peck seperti yang diberikan oleh jadual di bawah.
Pasir
(Ketepatan Boleh dipercayai
Bilangan Hentaman
Ketumpatan
N/300mm
Relatif
04
Sangat Longgar

Lempung
(Ketepatan Diragui)
Bilangan Hentaman
Kekukuhan
N/300mm
02
Sangat Lembut

4 10

Longgar

24

Lembut

10 30

Sederhana

48

Kukuh

30 50

Tumpat

8 15

Keras

> 50

Sangat Tumpat

15 30

Sangat Keras

30 - 50
Kuat
Jadual menunjukkan hubungan di antara nilai N dan ketumpatan relatif
dan kekukuhan tanah

1.10.1.2

Ujian Galas Plat

Kaedah ini jarang digunakan pada masa sekarang kerana kos yang diperlukan
adalah tinggi berbanding dengan jumlah maklumat yang diperolehi. Walau
bagaimanapun, ujian ini berguna untuk menganggar keenapan & keupayaan galas
tanah. Dalam kaedah ini, lubang akan dikorek & plat keluli diletakkan pada
dasarnya.
Beban statik akan dikenakan secara beransur-ansur dengan jumlah beban yang
semakin bertambah. Kadar & jumlah enapan akan direkodkan. Beban statik itu
kemudiannya dialihkan & pemilihan tanah itu direkodkan juga.

29
Bacaan-bacaan beban dan enapan diperhatikan sehingga kegagalan atau
hingga sekurang-kurangnya 1.5 kali keupayaan galas muktamad yang dianggarkan.
Pertambahan beban harus lebih kurang satu perlima dari keupayaan galas
dibenarkan yang dianggarkan. Plat ujian biasanya terletak pada paras asas di dalam
lubang sekurang-kurangnya 1.5m segiempat sama. Ujian boleh dipercayai hanya
jika pasir adalah seragam di sepanjang kedalaman asas berskala penuh.
Kelemahan-kelemahan

tempatan

yang

minor

berhampiran

dengan

permukaan akan mempengaruhi keputusan ujian manakala ianya tidak memberi


kesan kepada asas berskala penuh.nSebaliknya, stratum yang lemah dibawah
kedalaman yang besar dari plat ujian tetapi dalam lingkungan kedalaman asas,
seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah bawah tidak akan mempengaruhi
keputusan ujian. Walau bagaimanapun, stratum yang lemah akan memberi kesan
yang besar kepada prestasi asas.

Ujian ini dijalankan bagi mendapatkan kekuatan galas tanah. Plat yang
digunakan adalah bulat @ empat segi. Kawasan akan dikorek kepada kedalaman
dimana ujian akan dijalankan. Bebanan akan dikenakan dan enapan akan di
rekodkan. Kadar pertambahan beban seperlima dari anggaran kekuatan tanah. Sela
masa pula tidak kurang dari 1 jam & sebaiknya sama untuk setiap pertambahan.
Ujian diteruskan sehingga berlaku 25mm enapan. Kemudian beban diasingkan dan
kesan "elastic rebound" dari tanah direkod sekurangnya selama 1 jam.

Untuk tanah berjelekit:


V = Aq + Ps
V = jumlah beban
A = luas plat
q = tekanan tanah dibawah A
s = daya ricih perimeter
Prosedur ini memerlukan sekuarangnya dua hasil ujian pembebanan plat dan
persamaan dapat diselesaikan bagi mendapatkan saiz asas.

30
Untuk tanah berbutir:
(Ha/Ba)/( Hp/Bp) = (Ba/Bp)n
Ha = Enapan asas sebenar
Hp = Enapan plat ujian
Ba dan Bp = Saiz asas sebenar dan Saiz plat
n= pekali, bergantung kepada jenis tanah , dari 0.03 untuk tanah liat kepada
0.25 untuk tanah berpasir.

Saiz Plat, m

V, kN

Enapan, mm

0.3 x 0.3

38.5

12

0.6 x 0.6

96.8

13

Contoh data ujian pembebanan plat


1.10.1.3

Ujian Penusukan Kon

Ujian tusukan kon juga dikenali sebagai ujian duga dalam (deep sounding),
ujian tusukan pegun-kuasi (quasi-static penetration test) dan ujian piezocone
(piezocone test) . Kaedah ini adalah merupakan kaedah yang mudah dan cepat
berbanding dengan kaedah lubang jara. Data yang diperolehi juga adalah
berterusan jika dibandingkan dengan lubang jara. Walaubagaimanapun kaedah ini
perlu dijalankan bersebelahan dengan dengan lubang jara bagi membolehkan
perbandingan keputusan dibuat. Dengan menggunakan kaedah ini kadar rintangan
tanah di sesuatu kawasan boleh didapati secara terus.
Peralatan kon tusukan terdiri dari rig di mana peralatan-peralatan kon
tusukan dipasang, rod, tolok bacaan, panel kawalan, sistem hidraulik, sauh dan
enjin untuk bekalan kuasa. Kon tusukan terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu
titik kon, sarong pelindung dan jaket geseran. Kon tusukan ini akan disambungkan
kepada tolok bacaan samada secara elektrikal atau mekanikal. Semasa ujian
dijalankan, rig akan dipasak ke bumi bagi membolehkan kon ditusukkan ke dalam
tanah pada jumlah beban yang dikehendaki.

31

Rajah : Kon Tusukan


1.10.1.4

Ujian Ricih Bilah

Ujian riceh bilah lapangan adalah merupakan satu kaedah menjalankan


ujian riceh secara terus di lapangan. Walaubagaimanapun ujian ini hanya terhad
kepada pengukuran kekuatan riceh tak-sejat ( Undrained strength) Cu, tanah
lempung lembut sahaja.
Kegunaan Ujian Riceh Bilah
Ujian ini digunakan untuk menetukan kekuatan bersalir tanah liat tepu tak
bersalir dan tidak sesuai bagi jenis-jenis tanah lain.

Ujian ini sangat sesuai bagi tanah liat lembut yang mempunyai tanah ricihnya
berubah dengan ketara oleh proses pensampelan.

Ujian ini hanya digunakan untuk tanah liat yang mempunyai kekuatan tak
bersalir kurang daripada 100 kN/m.

32

Ujian ini mungkin tidak memberikan keputusan yang memuaskan jika tanah liat
mengandungi lapisan pasir atau kelodak

Peralatan
Peralatannya terdiri daripada bilah keluli tak berkarat yang mempunyai empat bilah
segiempat tepat yang terletak di hujung rod keluli tegangan tinggi.
Panjang bilah adalah dua kali lebarnya, ukuran biasa ialah 150mm x 75mm dan
100mm x 50mm. Garis pusat rod seharusnya tidak melebihi 12.5mm

Prosedur
Bilah dan rod akan dimasukkan ke aras bawah lubang jara tanah liat sedalam
sekurang kurangnya 3 kali garis pusat lubang jara. Operasi ini tidak boleh
dilakukan jika tanah liat itu telah terganggu. Daya kilas dikenakan perlahan lahan
ke bahagian atas rod dengan kelengkapan yang sesuai sehingga tanah liat gagal
dalam ricih disebabkan oleh putaran bilah tersebut. Kadar putaran bilah hendaklah
di dalam julat 6 hingga 12 setiap minit.

Ujian Ricih Bilah


1.11

Cerapan Paras Air Bumi


Satu bahagian yang penting daripada sebarang penyiasatan tapak ialah

penentuan aras air bumi dan sebarang tekanan artes di dalam sesuatu stratum.
Perubahan aras atau tekanan di dalam sesuatu tempoh tertentu perlu juga
ditentukan. Cerapan air bumi lebih lagi diperlukan sekiranya pengorekan dalam
ingin dilakukan.
Aras air bumi boleh diketahui dengan mengukur kedalaman permukaan air
dalam lubang jara. Aras air dalam lubang jara memerlukan masa yang agak lama
untuk menjadi stabil, yang dikenali sebagai masa sambutan yang bergantung
kepada kebolehtelapan tanah. Oleh itu, pengukuran harus diambil pada sela yang

33
teratur sehingga aras air menjadi telap. Aras ini lebih baik ditentukan apabila lubang
jara dirasakan telah mencapai aras air bumi. Sekiranya lubang jara ini didalamkan
lagi, berkemungkinan stratum yang di bawah tekanan artes akan ditembusi, ini
menghasilkan aras air dalam lubang lebih tinggi daripada aras air bumi. Adalah
supaya stratum yang ,mempunyai kebolehtelapan yang rendah di bawah aras air
tenggek wujud, maka lubang jara harus diselongsong untuk menentukan dengan
betul aras air bumi utama: jika akuifer tenggek tidak dipalam, aras air dalam lubang
akan berada di atas aras bumi utama.
Apabila tekanan air di dalam sesuatu stratum ingin diperoleh, maka
piezometer harus digunakan. Jenis yang termudah ialah piezometer Casagrande
(Rajah 4.30) yang mempunyai unsur liang yang dipalam pada kedalaman tertentu.
Walau bagaimanapun, piezometer hidraulik (Rajah 4.31) yang mempunyai masa
sambutan yang singkat.
Sampel air bumi mungkin diperlukan untuk membuat analisis kimia bagi
menentukan samada ia mengandungi bahan sulfat (yang boleh menyerang konkrit
simen Portland) atau bahan lain yang diambil sebaik sahaja apabila stratum yang
mengandungi air ditempuh. Sekiranya piezometer paip tegak ada terpasang,
sampel daripadanya adalah lebih baik.

1.11.1 Ada tiga tujuan utama dalam membuat cerapan paras air
bumi :
1. Mengenalpasti paras air bumi dan tekanan air
2. Bagi tujuan kebolehtelapan (ujian pam)
3. Kualiti Air kandungan mineral yang terdapat pada air
1.11.2 Kaedah Pengukuran Paras dan Tekanan Air Bumi
a. Lubang atau Parit ujian
b. Paip Tegak
c. Piezometer
1.11.2.1

Lubang atau parit ujian

Lubang ujian/jara merupakan satu pengorekan terbuka untuk mendedahkan


struktur lapisan tanah bagi mengetahui keadaan strata tanah dengan
menggunakan tenaga manusia atau mesin. Selain daripada itu, ia juga boleh
digunakan untuk mendapatkan keadaan paras air bumi di tapak binaan. Paras
air ini penting terutamanya apabila cerucuk bakau digunakan sebagai asas
untuk bangunan-bangunan ringan, di mana ketahanan cerucuk ini bergantung
kepada ketinggian air tanah di kawasan tapak binaan tersebut. Keluasan

34
lubang ujian ini dikorek pada keluasan tidak kurang daripada 1.4 meter
persegi.
Kaedah ini tidaklah begitu tepat, kerana paras air yang sebenarnya terlalu
sukar dan tidak dapat ditentukan. Ianya boleh digunakan sebagai panduan
sahaja. Sekiranya pemerhatian dilakukan pada hari hujan, ia boleh menaikkan
paras air bumi. Perbezaan cuaca, perubahan iklim, aliran air, tumbuhtumbuhan dan lain-lain merupakan faktor-faktor yang memberi kesan
terhadap kandungan air bumi.
1.11.2.2

Paip Tegak

Jika tanah tersebut mempunyai kebolehtelapan yang agak tinggi dan


tepu sepenuhnya, tekanan air liang boleh ditentukan dengan mengukur aras
air di dalam paip tegak terbuka.
Tatacara yang biasa digunakan untuk mendapatkan aras air bumi ialah
dengan memasukkan paip tegak tersebut ke dalam lubang jara/ujian. Tiub
tersebut biasanya berdiameter 50mm dan berlubang-lubang dihujungnya.
Paip tersebut dipadatkan sekelilingnya dengan batu kelikir dan dikukuhkan
pada kedudukannya dengan menggunakan tanah liat kedap. Selepas itu
lubang jara tersebut ditimbus untuk menghalang daripada air hujan masuk ke
dalamnya.
1.11.2.3

Piezometer

Jika tanah tersebut mempunyai kebolehtelapan yang rendah, tekanan


di mana bacaan diambil akan bertukar atau tidak stabil jika aliran air
walaupun sedikit diperlukan untuk menjalankan alat bacaan dan ini akan
mengambil masa yang panjang untuk tekanan kembali seperti asal. Oleh itu
piezometer diperlukan untuk bertindak balas dengan segera terhadap
perubahan tekanan air liang.
Piezometer
Paras air bumi

1.11.2.4

Pemerhatian Di Lubang Jara

Lubang jara yang dikorek semasa penyiasatan tapak boleh dibiarkan


samada

terbuka

atau

tertutup

(bergantung

kepada

keadaan).

Boleh

35
digunakan sebagai tempat pemerhatian paras air bumi dengan menggunakan
beberapa kaedah:
a. Mengukur ketinggian air dalam paip tegak atau piezometer yang
diletakkan.
b. Menggunakan chalk-tape iaitu pita yang dipasang dengan alat
pelampung atau dengan peralatan bersuis (berkuasa elektrik) yang
apabila bersentuhan dengan air, satu mentol yang berada di atas rod
tersebut akan menyala.
c. Pada tanah yang jelekit (kohesif) : penstabilan paras air akan
mengambil masa yang agak panjang, oleh itu paras air bumi boleh di
lakukan dengan kaedah fill and bail. Lubang jara yang dipenuhi air
dan airnya ditimba keluar, sekiranya didapati paras air jatuh/turun,
maka banyak lagi air akan ditambah. Jika didapati naik sedikit air akan
dimasukkan semula. Proses ini akan diteruskan sehingga paras kekal
didapati.
1.11.3 Kaedah Pengiraan Paras Air Bumi
Ada dua kaedah :
1.11.3.1 Kaedah Tentu Luar (Extrapolation)
Kaedah di mana paras air diplot melawan masa. Paras air ditentukan
dengan cara/ kaedah tentu luar dengan memelot kelok sehingga ianya selari
dengan paksi masa.
Paras Air (m)
x x

Paras air Bumi

x
x
x

Masa(Hari/ minggu)

1.11.3.2 Kaedah Howsler (Pengiraan)


Do = h12 / (h1 h2)
D1 = h22 / (h1 h2)
D2 = h32 / (h2 h3)
Dw1 = KPA Do
Dw2 = KPA D1 h1 h2
Dw3 = KPA D2 h1 h2 h3

36
Dw = Dw1 + Dw2 + Dw3
3

1.11

Log Lubang Jara

Setelah penyiasatan tapak selesai dijalankan dan keptusan ujian makmal


diperolehi, keadaan muka bumi yang ditemui dalam setiap lubang jara (atau lubang
ujian diringkaskan di dalam senarai atau log lubang jara). Satu contoh log ini
ditunjukkan di dalam Jadual 10.1 tetapi perincian bentangan adalah berlainan. Pada
awalnya beberapa turus terakhir tidak diberikan judul untuk mengambil kira
kelainan data yang di bentangkan. Kaedah penyiasatan dan perincian peralatan
yang digunakan harus dinyatakan pada setiap log. Lokasi, aras permukaan dan garis
pusat bulatan seharusnya di jelaskan beserta perincian tentang selonsong yang
digunakan , nama pelanggan dan projek juga harus dinyatakan.

37
Log ini seharusnya membolehkan penilaian terhadap profil tanah dibuat
dengan cepat. Log disediakan dengan merujuk kepada skala tegak. Satu penjelasan
yang terperinci diberi untuk setiap stratum dan aras sempadan setiap stratum juga
ditunjukkan dengan jelas: paras penjaraan dihentikan juga ditunjukkan. Pelbagai
jenis

tanah

(atau

batuan)

yang

berlainan

ditandakan

oleh

petunjuk

yang

menggunakan simbol yang piawai. Kedalaman atau julat kedalaman, di mana


sampel di ambil atau daripada ujian di situ yang mana harus di catat: jenis sampel
juga dinyatakan. Keputusan ujian makmal tertentu atau ujian di situ boleh juga
disertakan di dalam log. Kedalaman aras air bumi yang ditemui dan perubahan
arasnya terhadap masa, harus dinyatakan dengan terperinci.
Perihalan tanah harus didasarkan kepada agihan saiz zarah dan keplastikan
yang biasanya menggunakan prosedur cepat, iaitu ciri ciri dinilai menggunakan
deria penglihatan dan rasa: sampel terganggu biasanya sesuai untuk tujuan ini.
Perihalan

harus

mengandungi

perincian

warna

tanah,

bentuk

zarah

dan

kerencaman. Seboleh bolehnya pembentukan geologi dan jenis endapan juga


diberikan. Ciri struktur jisim tanah seharusnya diterangkan tetapi ini memerlukan
satu pemeriksaan sampel tak terganggu atau tanah di situ (misalnya di dalam
lubang ujian). Perincian tentang kewujudan dan jarak lubang kejadian perlapisan,
rekahan dan ciri ciri yang berkaitan harus diberikan.
1.12

Laporan Penyiasatan Tapak

Laporan

adalah

penyudah

Penyiasatan

Tapak.

Persembahan

dibuat

kepada

pelanggan. Mengandungi fakta-fakta Penyiasatan Tapak, nasihat dan perakuan serta


cadangan. Antara Kandungan Di dalam Laporan Penyiasatan Tapak adalah :
i.

Pengenalan

ii. Penerangan tentang tapak


iii. Keadaan geologi tapak
iv. Butiran Khusus
v. Bahan-bahan Binaan
vi. Komen dan Perakuan
vii. Apendiks
1.12.1 Pengenalan
Ringkasan

tentang

kerja-kerja

yang

dicadangakn,

kerja-kerja

penyiasatn tapak yang dijalankan, lokasi tapak, nama, tarikh penyiasatan


tapak dijalankan.
1.12.2

Penerangan Tentang Tapak

38
Penerangan am bagi tapak, topografi, ciri utama permukaan tanah,
keterangan khusus

bagi kemudahan setempat, kerja di masa lalu,

penerangan tentang kerja yang sedang dijalankan, perihal bawah tanah,


saliran, peta lokasi tapak, kawasan berhampiran dan lokasi lubang jara.

1.12.3

Keadaan Geologi Tapak

Penerangan

tentang

geologi

keseluruhannya

dimulakan,

kaitan

kawasan tapak bina, penerangan tentang formasi dan struktur tanah dan
batuan, pengaruh geologi terhadap cadangan rekabentuk dan pembinaan.
1.12.4

Butiran Khusus

Butiran khusus keadaan tanah yang diperolehi semasa penyiasatan


tapak. Kaitannya dengan cadangan reka bentuk dan pembinaanya, keputusan
ujian-ujian makmal dan di tapak, ( ujian tanah), perincian tentang air bawah
tanah dan juga keadaan saliran setempat.
1.12.5

Bahan-bahan Binaan

Penerangan tentang kuantiti bahan, keadaan sekeliling, kemudahan


mendapatkan bahan binaan, sifat-sifat bahan bagi tujuan kerja-kerja binaan
seperti yang dicadangkan.
1.12.6

Komen dan Perakuan

Bertujuan untuk pengesahan dan juga kebolehpercayaan maklumat


yang dipersembahkan, kerja-kerja selanjutnya dicatatkan, termasuk perakuan
tentang alternatif bagi kerja reka bentuk dan pembinaan.
1.12.7

Appendixs

Data-data yang dikumpul dalam satu siri appendix, log lubang jara,
perincian dan keputusan ujian tanah, rekod penyiasatan geofisikal, rujukan
dan petikan daripada mana-mana BS, ASTM dan lain-lain.

You might also like