You are on page 1of 13

KEPUASAN PELAJAR TERHADAP KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

DI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN

Norhasyila Minhat

Abstrak

Kertas ini bertujuan untuk mengkaji kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang
disediakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Aspek yang dikaji adalah
kemudahan bilik kuliah, perpustakaan, kafeteria, asrama dan kepuasan pelajar.
Kajian ini melibatkan seramai 351 orang pelajar PTSS daripada enam buah
jabatan iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Satu
set borang soal selidik yang terdiri daripada bahagian A - maklumat demografi
dan bahagian B adalah berkaitan dengan pembolehubah-pembolehubah yang
dikaji. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif di mana kaedah
yang dijalankan untuk proses pengumpulan data bagi kajian ini adalah dengan
menggunakan kaedah kuantitatif. Persampelan rawak digunakan bagi memastikan
tiada bias dalam pemilihan sampel dan setiap sampel daripada populasi kajian
mempunyai peluang yang sama dipilih sebagai sampel kajian. Data yang
diperolehi, dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Sciences (versi 16.0). Penganalisaan data menggunakan skor min dan dianalisa
kepada lima kecenderungan dan didapati bahawa pelajar berasa puas hati dengan
kemudahan yang disediakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Skor min
tertinggi adalah 4.17 (perpustakaan) dan skor min terendah adalah
3.37(kafeteria).
Kata kunci: kepuasan pelajar, kemudahan.

PENGENALAN

Kemudahan merupakan sesuatu yang diwujudkan untuk melengkapkan keselesaan


dan kesenangan seseorang pengguna. Dalam pelaksanaan Pembangunan
Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan, mencukupi dan
berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum yang efektif. Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin (Berita Harian, 2007) telah menyatakan bersesuaian
dengan program Satu Murid, Satu Kerusi, Satu Meja dan Satu Set Buku Teks,
kerajaan menyediakan peruntukan melengkapkan sekolah dengan pelbagai
peralatan untuk keselesaan. Biasanya sesebuah institusi pelajaran akan dilengkapi
dengan kemudahan seperti bilik kuliah, perpustakaan, kafeteria, asrama pelajar dan
lain-lain lagi.

Bilik kuliah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek


pelajar, guru, ruang dan alat pembelajaran. Pembelajaran yang berkesan dikaitkan
dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dihidu,
dirasa, didengar, dan disentuh oleh pelajar. Oleh itu, kemudahan fizikal yang tidak
dapat berfungsi dengan baik adalah di antara faktor persekitaran dalam bilik kuliah
yang boleh menyebabkan masalah pembelajaran dan pengajaran. Sesebuah bilik
kuliah dalam keadaan kemudahan yang tidak lengkap akan menyebabkan pelajar
merasa tidak selesa dan hilang tumpuan terhadap pembelajaran. Oleh itu, faktor
bilik kuliah boleh mempengaruhi kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang
disediakan.
Menurut Nurulhuda, Chai dan Fazli (2009), sebagai pusat inovasi, pengetahuan
dan kebudayaan, perpustakaan mempunyai peranan penting dalam pendidikan
sepanjang hayat rakyat. Perpustakaan merupakan suatu unit bersepadu yang
bertugas untuk mengumpul, memilih, menyusun dan menyebarkan alat atau bahan
pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak
dengan aktif dan bermakna bagi memenuhi kehendak pengguna. Selain daripada
itu, perpustakaan berkhidmat sebagai pusat penempatan bahan-bahan sumber dan
boleh pula digunakan secara individu atau berkumpulan. Ini bermaksud bahanbahan itu boleh dicari dan digunakan dengan mencukupi dan mudah. Justeru itu,
bahan-bahan dan suasana perpustakaan yang tidak dilengkapi dengan keadaan
yang baik akan mempengaruhi kepuasan pengguna.
Kamus Pelajar Edisi Kedua menerangkan bahawa kafeteria merupakan restoran
yang pelanggan-pelanggannya mengambil makanan atau minuman sendiri dan
membayarnya sebelum makan. Dalam kategori institusi pengajian kafeteria
dianggap sebagai tempat penyediaan makanan dan minuman kepada pelajar dalam
kampus berkenaan. Sebuah kafeteria perlu dilengkapi dengan makanan, meja
makan, kerusi, kipas dan berada dalam suasana yang bersih. Oleh itu, pihak
institusi pengajian perlu menjaga kualiti makanan dan peralatan kafeteria supaya
kepuasan pelajar terhadap kemudahan kafeteria dapat dipertingkatkan.
Kamus Dewan Edisi Empat telah menerangkan bahawa asrama merupakan sesuatu
bangunan tempat tinggal bagi kumpulan tertentu seperti murid sekolah, mahasiswa,
jururawat, dan lain-lain. Penginapan merangkumi bukan sahaja tempat tinggal
tetapi meliputi keseluruhan tempat pembelajaran, penginapan dan sosialisasi.
Pembangunan seseorang pelajar dipengaruhi oleh objektif institusi pengajian, saiz
institusi pengajian, kurikulum pengajian dan penilaian yang dijalankan, susun atur
asrama, fakulti dan pentadbiran institusi pengajian, dan budaya yang dibentuk atau
diamalkan dalam kalangan para pelajar. Persekitaran untuk pembelajaran yang
berkesan merupakan satu bentuk persekitaran yang menarik dengan reka bentuk
dan pengurusan kemudahan yang sempurna dan mengambil kira penghuni serta
aktiviti di dalamnya. Oleh itu, pihak institusi pengajian yang menyediakan
kemudahan tempat kediaman ini harus mencapai kepuasan yang diingini oleh
pelajar.

Kesenangan yang diberikan oleh kemudahan yang lengkap menyebabkan


seseorang pengguna itu berasa puashati.
Kepuasan seseorang pengguna
merupakan elemen yang amat penting untuk menjadikan seseorang itu melakukan
usaha dengan lebih berkesan. Setelah suatu penggunaan berlaku, pengguna
mungkin akan berasa puas atau tidak, dengan penggunaan yang telah dibuat.
Dengan ini, sesebuah organisasi harus mengenalpasti faktor-faktor yang wujud
supaya kepuasan pengguna dapat dipertingkatkan.
1.1 Latar belakang masalah
Sebagai sebuah institusi pengajian, kemudahan yang lengkap amat
diperlukan dalam keberkesanan pembelajaran dan juga pelajar-pelajar yang
mengikuti pengajian. Institusi pengajian memainkan peranan yang utama
dalam pencapaian Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Dalam zaman yang maju dengan teknologi ini, kemudahan yang lengkap
dalam sesebuah institusi pengajian akan mempengaruhi kepuasan pelajar.
Pengurusan kualiti dalam sektor perkhidmatan dianggap memberi
penekanan kepada pelanggan yang merupakan pihak berkepentingan dalam
sesebuah proses penyampaian perkhidmatan. Untuk menjamin kualiti
pelajar yang cemerlang, kemudahan yang disediakan oleh Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) harus dipertingkatkan untuk
memaksimumkan kepuasan pelajar.
1.2 Pernyataan masalah
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepuasan pelajar terhadap kemudahan
yang disediakan di PTSS. Antara kemudahan-kemudahan yang berkait
rapat dengan pembelajaran pelajar adalah bilik kuliah, kafeteria,
perpustakaan dan asrama pelajar. Kemudahan-kemudahan ini harus
sentiasa dalam keadaan yang terjamin dari segi kualitinya untuk
mewujudkan kepuasan pelajar yang tinggi. Dalam sebuah bilik kuliah yang
sempurna, harus ada peralatan/kelengkapan seperti meja, kerusi, papan
putih dan tong sampah yang mencukupi dan dalam keadaan yang
sempurna. Jikalau peralatan-peralatan ini tidak mencapai standard yang
diingini, maka ini akan menjejaskan emosi pelajar untuk belajar. Mazhab
humanis berpendapat bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada
emosi dan perasaannya.
Berdasarkan teori humanis, strategi dan
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dirancang dan disusun untuk perkembangan emosi pelajar yang sihat.

1.3 Objektif kajian


Dalam kajian ini, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu:

1.3.1

Mengenalpasti kemudahan bilik kuliah termasuk dewan kuliah


dan makmal PTSS mempengaruhi kepuasan pelajar?

1.3.2

Mengenalpasti kemudahan perpustakaan PTSS mempengaruhi


kepuasan pelajar?

1.3.3

Mengenalpasti kemudahan kafeteria PTSS mempengaruhi


kepuasan pelajar?

1.3.4

Mengenalpasti kemudahan asrama PTSS mempengaruhi


kepuasan pelajar?

ULASAN KARYA

Kepuasan pelajar amat dipengaruhi oleh kesenangan yang diberikan dari segi penggunaan
kemudahan yang disediakan. Dalam kajian ini, empat kemudahan yang disediakan di
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ialah bilik kuliah, perpustakaan, asrama dan kafeteria
diberi pendedahan terperinci.
2.1 Bilik kuliah, dewan kuliah dan makmal
Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus
bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat
dijalankan. Pengurusan bilik darjah yang berkesan melibatkan ciri-ciri seorang
guru, iklim bilik kuliah dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran.
Persekitaran sosial yang kondusif akan menyemburkan semangat kekitaan di
kalangan pelajar demi kebaikan dan kemajuan pelajar itu sendiri. Gaya
kepimpinan pensyarah memberi kesan kepada iklim atau suasana bilik kuliah.
Pengurusan bilik kuliah yang berkesan akan memberi fokus kepada aspek
pengajaran, kemajuan pelajar, interaksi dan penglibatan pelajar.
Setiap makmal yang mempunyai jenis yang sama, perlulah mendapat kolaborasi
antara penyelia- penyelia makmal tersebut untuk mencari titik keseragaman
sesama makmal/bengkel. Antara makmal yang mempunyai jenis yang sama adalah
makmal prinsip elektrik dan teknologi, makmal komputer perisian, makmal
elektronik, makmal perkakasan komputer, makmal baikpulih komputer, makmal
baikpulih elektronik dan bengkel projek. (Garis panduan pelaksanaan
keseragaman makmal / bengkel Jabatan-Jabatan Kejuteraan Elektrik, Politeknik
Merlimau Melaka.)

2.2 Perpustakaan
Perpustakaan adalah tempat pengumpulan buku untuk pembacaan atau
pembelajaran atau merupakan sebuah bangunan/bilik di mana sumber-sumber
pengetahuan disimpan. Takrifan perpustakaan juga berkembang daripada satu
tempat penyimpanan rekod perabadan kepada satu badan pengumpulan sumbersumber maklumat dan perkhidmatan pada pertengahan abad ke-20. Kini,
pengurusan sesebuah badan perpustakaan semakin berkembang dengan
penumpuan terhadap perkhidmatan pelanggan. Peranan perpustakaan sebagai
tempat pembelajaran amat menekankan kepentingan kualiti perkhidmatan
pelanggan. Kualiti perkhidmatan sesebuah perpustakaan ialah memuaskan
permintaan setiap pelanggan secara tepat, menyeluruh dan cekap. Matlamat
perkhidmatan perpustakaan adalah untuk membantu pelanggan supaya mencapai
kejayaan dalam penyelidikan dengan menyediakan sumber-sumber dan
persekitaran yang dapat merangsang perkembangan intelektual, emosi dan
pembentukan sosial.
2.3 Kafeteria
Menurut Zamri Abu Bakar (2000), kafeteria adalah tempat yang menjadi tumpuan
samada guru ataupun pelajar. Kafeteria menyediakan perkhidmatan jualan
makanan dan minuman. Selain daripada itu, kafeteria juga dapat menjadi
perantara memperluaskan pengetahuan, sikap dan amalan sikap di kalangan
generasi muda terhadap pemakanan, kebersihan dan keselamatan makanan. Ia
juga dapat membantu melahirkan golongan masyarakat yang sihat, aktif dan
cergas untuk kemajuan dan pembangunan negara. Aspek-aspek kebersihan
makanan dan minuman perlu diutamakan pada setiap masa samada semasa
penyediaan, penyimpanan dan juga semasa hidangan bagi menentukan makanan
dan minuman yang di jual tidak dicemari oleh mikrob dan bahan-bahan kimia
yang membahayakan kesihatan.
2.4 Asrama
Lokman, Sanita dan Shamsiha (2008), dalam menjalankan kajian mengenai
peranan pihak pengurusan kolej kediaman untuk mempertingkatkan pembangunan
pembelajaran menjelaskan bahawa, kemudahan asas mempunyai maksud yang
sama dengan prasarana iaitu keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas
(seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik dan
lain-lain) yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan infrastruktur.
Pihak yang bertanggungjawab seharusnya melengkapkan segala kemudahan di
asrama untuk membantu memudahkan pelajar menjalani kehidupan seharian
sepanjang mereka berada di asrama untuk menuntut ilmu. Sebagai sebuah
institusi pendidikan kemudahan-kemudahan yang disediakan banyak memberi
manfaat dan berguna kepada setiap penghuni terutamanya kepada para pelajar
yang menetap di asrama.
2.5 Kepuasan
Kepuasan secara khususnya dapat menentukan barangan atau perkhidmatan yang
diperlukan oleh pelanggan, berapa banyak yang perlu dibayar dan di mana
pelanggan boleh mendapat barangan atau perkhidmatan tersebut. Mengikut

Sarimah dan Nor Hanimah (2000) di dalam penyelidikan mereka, kepuasan


pelanggan merupakan kehendak, keinginan dan harapan pelanggan yang dapat
dipenuhi. Ini menyebabkan terjadinya ulangan pembelian atau kesetiaan yang
berlanjutan terhadap produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah
organisasi.
3

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk kajian adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Kajian ini
menggunakan persampelan rawak mudah. Tatacara kajian ini dilakukan dengan
mengedarkan borang soal selidik. Maklumat juga boleh diperolehi daripada data sekunder
penyelidikan yang sedia ada. Maklumat yang diperolehi daripada data sekunder adalah
lebih mudah kerana ia telah dibuat terlebih dahulu oleh orang lain untuk kegunaan lain.
Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia bersesuaian dengan objektif serta
persoalan yang ingin dikaji.
Penyelidikan dijalankan dalam bentuk deskriptif ke atas pelajar-pelajar di PTSS untuk
mengkaji kepuasan pelajar terhadap kemudahan-kemudahan yang disediakan. Maklumat
diperolehi daripada data primer, iaitu melalui pengedaran borang soal selidik.
3.1 Populasi dan sampel kajian
Dalam menentukan populasi yang dikaji, pelajar PTSS dipilih sebagai populasi.
Jumlah pelajar ialah seramai 4,612 orang dan terdiri daripada enam buah jabatan
iaitu Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Rekabentuk dan
Komunikasi Visual dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Berdasarkan jadual saiz sampel yang dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan
(1970), saiz sampel yang diperlukan ialah 351 orang pelajar. Maka seramai 351
orang pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah dipilih sebagai sampel
kajian ini.
3.2 Instrumen kajian
Borang soal selidik ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan
bahagian B. Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang responden. Ia
terdiri daripada item-item seperti umur, jantina, bangsa, jabatan responden dan
program pengajian. Bahagian B, mengkaji kepuasan pelajar terhadap kemudahan
tempat pelajaran, perpustakaan, kafeteria dan asrama di PTSS dengan
menggunakan skala Likert.

DAPATAN KAJIAN

Analisis data yang diperolehi daripada sample kajian iaitu seramai 351 orang
responden yang terdiri daripada pelajar PTSS yang merangkumi semester 1 hingga
semester 6. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS versi
14.0. Menurut Lokman, Sanita dan Shamsiha (2008), hasil dapatan kajian akan
dipersembahkan dalam bentuk min, dan peratusan setiap pembolehubah yang

dikaji tersebut dikategorikan kepada lima kecenderungan seperti pada Jadual 4.1
berikut:
Jadual 4.1: Kecederungan kajian.
Julat Min

Kecenderungan Kajian

1.0 1.4

Sangat Tidak Setuju

1.5 2.4

Tidak Setuju

2.5 3.4

Sederhana

3.5 4.4

Setuju

4.5 5.0

Sangat Setuju

Berdasarkan Jadual 4.2, didapati kepuasan terhadap kemudahan perpustakaan yang


disediakan di PTSS mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.17 dan ini
menunjukkan responden sangat setuju dengan faktor tersebut. Ini diikuti dengan tempat
pembelajaran di mana nilai min adalah 3.91 dan kamsis dengan nilai min sebanyak 3.69.
Ini menunjukkan responden bersetuju dengan kedua-dua kemudahan ini. Selain itu, nilai
min bagi kemudahan kafeteria ialah 3.37. Ini menunjukkan responden kurang bersetuju
dengan faktor ini berbanding dengan yang lain.
Jadual 4.2 : Skor min keseluruhan kemudahan yang disediakan di PTSS.
Bil

Kemudahan

Min

Tafsiran

1.

Tempat pembelajaran

3.91

Setuju

2.

Perpustakaan

4.17

Sangat Setuju

3.

Kafeteria

3.37

Sederhana

4.

Asrama

3.69

Setuju

4.1 Perbincangan
4.1.1 Kepuasan pelajar terhadap kemudahan bilik kuliah, dewan kuliah, dan
makmal di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Persoalan kajian yang pertama adalah mengenalpasti kepuasan pelajar
terhadap bilik kuliah, dewan kuliah dan bengkel. Bagi menjawab persoalan
ini, sebanyak lima soalan dikemukakan kepada responden. Hasil dapatan
kajian mendapati min keseluruhan ialah sebanyak 3.9. Ini menunjukkan
responden bersetuju dengan faktor tersebut.
Suasana bilik kuliah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan
pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar
untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih
efektif. Susun atur suasana fizikal memainkan peranan yang penting dan

pensyarah haruslah memainkan peranan untuk berusaha sebaik mungkin bagi


menambah baik daya tarikan bilik kuliah tersebut.
4.1.2 Kepuasan pelajar terhadap perpustakaan
Persoalan kajian yang kedua adalah mengenalpasti kepuasan pelajar terhadap
kemudahan perpustakaan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Keputusan
analisis telah menjawab persoalan kajian yang kedua dengan jelas. Hasil
dapatan kajian keseluruhan mendapati min adalah sebanyak 4.17. Ini
bermakna responden bersetuju dengan persoalan yang dikemukakan dalam
borang soal selidik. Dapatan kajian ini dapat menyokong kajian Nurulhuda,
Chai dan Fazli (2009), yang menyatakan bahawa ruangan yang selesa, tempat
duduk yang mencukupi, dan kemudahan wifi yang baik pula mempengaruhi
faktor keselesaan pelajar semasa berada di perpustakaan.
Shafee, Mohd Foad, Ismail dan Jamilah (1995) menyatakan bahawa salah satu
prasarana yang penting dalam usaha meningkatkkan pembacaan ialah
perpustakaan. Perpustakaan bukan sahaja dapat dilihat sebagai gedung ilmu
yang menyediakan pelbagai kemudahan bahan bacaan tetapi juga tempat di
mana kita seharusnya memperolehi bantuan profesional tentang buku dan
segala maklumat yang diperlukan. Sementara itu, perpustakaan akademik
diwujudkan lebih sebagai penyumbang kepada program akademik institusi
induknya.
Ini bermaksud menyediakan maklumat dan bahan-bahan
perpustakaan dalam usaha pembelajaran, pengajaran, dan penyelidikan.
4.1.3 Kepuasan pelajar terhadap kemudahan kafeteria
Persoalan kajian yang ketiga mengenalpasti kepuasan pelajar terhadap
kafeteria di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Dapatan kajian bagi
persoalan ini adalah responden kurang setuju dengan persoalan kajian yang
dikemukakan. Pelajar kurang berpuas hati terhadap kemudahan yang
disediakan di kafeteria.
Dapatan kajian disokong oleh Zamri (2000) yang menyatakan bahawa
kafeteria adalah tempat yang menjadi tumpuan samada guru ataupun pelajar.
Kafateria menyediakan perkhidmatan jualan makanan dan minuman. Pelajar
memerlukan makanan untuk kesihatan fizikal dan emosi. Kelaparan boleh
menjejaskan penumpuan terhadap pembelajaran.
Pelajar-pelajar yang
mendapat cukup zat makanan, dalam keadaan persekitaran yang baik akan
berpeluang untuk mencapai tumbesaran yang optimum.
Menurut Abu Bakar dan Noraini Azuani (2010) makanan bukan sahaja
merupakan keperluan asas, kekurangan pengambilan makanan akan
mempengaruhi sahsiah seseorang. Makanan merupakan keperluan asasi yang
penting dalam kehidupan untuk memastikan kesihatan individu lebih terjamin
di samping membekalkan tenaga kepada manusia untuk melaksanakan
pelbagai aktiviti.
4.1.4 Kepuasan pelajar terhadap kemudahan asrama
Persoalan kajian yang seterusnya adalah mengenalpasti kepuasan pelajar
terhadap kemudahan asrama di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Hasil

kajian bagi persoalan kajian ini mendapati responden setuju dengan persoalan
kajian yang dikemukakan. Pelajar berpuas hati terhadap asrama yang
disediakan oleh pihak Politeknik.
Dapatan kajian ini disokong oleh Nariza dan Yusof (2010) yang menyatakan,
walaupun terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada
kecermerlangan asrama, namun faktor pengurusan pentadbiran asrama
merupakan faktor utama yang menyumbang ke arah kecemerlangan
pengurusan pelajar. Menurut Lokman, Sanita dan Shamsiha (2008), kolej
kediaman merupakan satu kemudahan yang seharusnya digunakan oleh para
pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik mereka kerana kemudahan
dan peraturan yang ada dapat menyemai bibit keilmuan dalam jiwa para
pelajar di asrama.
Dengan adanya kemudahan asrama akan dapat
menghasilkan pelajar yang mempunyai prestasi akademik yang berkualiti di
samping mempunyai ciri-ciri peribadi yang positif.
Menurut Lokman, Sanita dan Shamsiha (2008) dalam teori Vektor
Pembangunan Pelajar, pembangunan pelajar dipengaruhi oleh persekitaran
universiti iaitu objektif universiti yang jelas dan konsisten dari aspek saiz,
kurikulum, pengajaran dan penilaian, susunatur asrama, fakulti dan
pentadbiran dan akhir sekali, budaya pelajar. Selain daripada persekitaran
universiti yang melibatkan infrastruktur dan interaksi pelajar dengan fakulti,
pentadbiran dan pelajar lain, persekitaran dan susunatur tempat penginapan
pelajar memainkan peranan penting dalam pembangunan pembelajaran
mereka. Kajian tersebut menyatakan bahawa tempat penginapan dalam
kampus bukanlah sekadar tempat penginapan atau asrama sahaja tetapi
sebagai tempat bagi pelajar tersebut meningkatkan prestasi akademik.

KESIMPULAN

Pengkaji mendapati bahawa keempat-empat pembolehubah yang dikaji iaitu kepuasan


pelajar terhadap kemudahan bilik kuliah, dewan kuliah dan makmal, kepuasan pelajar
terhadap kemudahan di perpustakaan, kepuasan pelajar terhadap kemudahan di asrama dan
kepuasan pelajar terhadap kemudahan di kafeteria mempengaruhi kepuasan pelajar
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Bagi persoalan kajian pertama iaitu mengkaji kepuasan pelajar terhadap kemudahan di
bilik kuliah, dewan kuliah dan makmal, dapatan kajian menunjukan bahawa pelajar setuju
dan berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak politeknik. Kemudahan
yang disediakan oleh pihak politeknik dapat memenuhi kepuasan pelajar. Ini bermaksud
bahawa pihak politeknik telah menyediakan kemudahan yang mencukupi kepada pelajar
untuk bilik kuliah, dewan kuliah dan makmal.
Seterusnya persoalan kajian yang kedua adalah mengkaji kepuasan pelajar terhadap
perpustakaan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Dapatan kajian bagi persoalan ini
adalah responden telah bersetuju. Pihak politeknik telah menyediakan kemudahan yang
mencukupi di perpustakaan. Pelajar berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di
perpustakaan. Tetapi pihak politeknik juga perlu meningkatkan prestasi kemudahan di
perpustakaan supaya dapat mencapai keputusan, sangat setuju.

5.1 Cadangan
Pihak pengurusan Politeknik perlu menaik taraf lagi kemudahan yang sedia ada
seperti infrastruktur bilik kuliah / dewan kuliah serta peralatan-peralatan kerusi /
meja dan peralatan amali. Ini adalah kerana dengan kekurangan infrastruktur
tersebut boleh menggangu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar yang
menjadi teras utama perkhidmatan institusi ini. Selain itu, kafeteria di PTSS juga
harus dibuat penambahbaikan supaya dapat mencapai kepuasan yang diingini
pelajar.
Antara cadangan kajian yang boleh dilaksanakan selepas ini termasuk menjalankan
kajian yang bertumpu kepada pelajar semester akhir yang telah biasa dengan
persekitaran politeknik, kajian yang lebih terperinci mengenai setiap pembolehubah
yang dikaji, menjalankan analisis korelasi terhadap pembolehubah-pembolehubah
serta memperluaskan skop kajian.

RUJUKAN
Abu Bakar Hashim, & Noraini Azuani Yusoff. (2010). Persepsi pelajar terhadap tahap
kebersihan makanan di kafeteria di UTM Skudai.
Berita Harian, 02 November 2007. Kuasai Bahasa Inggeris melalui Sains dan
Matematik.
Krejcie, R.Y., & D.R., Morgan. (1970). Determining sample size for research
activities edu-cational & psychological measurement. Journal of Educational and
Psychological Measurement (30), 607-610.
Lokman Tahir, Sanita Mohd Yusof, & Shamsiha Mohd Nawi. (2008). Peranan pihak
pengurusan kolej kediaman dalam mempertingkatkan pembangunan
pembelajaran pelajar.
Nariza Mat, & Yusof Boon. (2010). Tahap kepuasan pelajar terhadap pengurusan asrama
di Kolej 9, di UTM Skudai.
Nurulhuda Ramli, Chai Siew Fun, & Fazli Idris. (2009). Kajian kepuasan pelanggan
terhadap perkhidmatan perpustakaan universiti awam di Malaysia. Tesis
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sarimah Ismail, & Nor Hanimah Hashim. (2000). Kepuasan Pelajar-pelajar
Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan,
UTM.
Shafee Saad, Mohd Foad Sakdan, Ismail Yusoff, & Jamilah Mohamed. (1995).
Penggunaan perpustakaan di kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia.
Zamri Abu Bakar. (2000). Kualiti pengurusan kantin dan kepuasan pelanggan Universiti
Utara Malaysia.
Norhasyila Minhat, Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
emel: hasyilaminhat@yahoo.co.uk

Bahagian A
Bahagian ini terdiri daripada soalan secara demografi. Ianya terdiri dari butiranbutiran mengenai latarbelakang yang meliputi umur, bangsa, warganegara,
kelulusan.
[ ] 17-19
1.

[ ] 20-22

[ ] 23-25

[ ] 26-28

[ ] 29-31

Jantina

[ ] Lelaki

[ ] Perempuan

2.
Bangsa
[ ] Melayu
[ ] Cina

[ ] India

[ ] lain-lain

3.
Jabatan
[ ] JKE
[ ] JKM

[ ] JTM

[ ] JHP

[ ] JPG

[ ] JRKV

4.
Tahap pendidikan yang sedang diikuti di politeknik
[ ] Sijil
[ ] Diploma

Bahagian B (kemudahan-kemudahan yang disediakan)


Bahagian ini terdiri daripada empat bahagian.
Umum

Soalan-soalan dalam pecahan ini adalah berdasarkan soalan umum tentang


politeknik.
Bil

Perkara yang dinilai

STS

TS

SS

1.

Politeknik merupakan tempat yang


selesa untuk pembelajaran.

2.

Suasana di politeknik tidak


menyenangkan.

3.

Infrastuktur di politeknik sudah lengkap


sepenuhnya.

4.

Kemudahan yang disediakan baik.

5.

Saya berasa selesa apabila berada di


politeknik ini.

6.

Infrastruktur di politeknik belum


lengkap sepenuhnya.

Bilik Kuliah/ Dewan Kuliah/ Makmal


Bil

Perkara yang dinilai

STS

TS

SS

1.

Peralatan di tempat pembelajaran adalah


mencukupi.

2.

Penggunaan tempat pembelajaran


bertepatan dengan bilangan pelajar.

3.

Persekitaran di tempat pembelajaran


adalah bersih.

Peralatan di tempat pembelajaran


beroperasi sepenuhnya.

5.

Peraturan keselamatan di tempat


pembelajaran dipatuhi.

6.

Peralatan di tempat pembelajaran tidak


mencukupi.

SS

Perpustakaan
Bil

Perkara yang dinilai

STS TS

1.

Koleksi di perpustakaan mencukupi untuk


rujukan.

2.

Layanan di kaunter perpustakan adalah


mesra.

3.

Proses peminjaman dan pemulangan


adalah cepat dan cekap.

4.

Tempahan bahan sentiasa dipenuhi.

5.

Persekitaran di perpustakaan adalah


bersih, selesa dan selamat.

6.

Bahan yang ditempah tidak dapat


dipenuhi.

Asrama
Bil

Perkara yang dinilai

STS TS

SS

1.

Keperluan penempatan seperti katil dan


meja belajar adalah mencukupi.

2.

Peraturan di asrama sesuai digunapakai.

3.

Pentadbiran asrama cekap.

4.

Penyelenggaraan memuaskan.

5.

Persekitaran di sekitar asrama adalah


bersih.

STS

TS

SS

Kafeteria
Bil

Perkara yang dinilai.

1.

Kemudahan asas di kafeteria adalah


mencukupi.

2.

Tahap kebersihan kafeteria memuaskan.

3.

Kualiti makanan adalah memuaskan.

4.

Harga makanan di kafeteria dipamerkan.

5.

Layanan kaunter jualan adalah mesra.

You might also like