You are on page 1of 25

Rumusan Eksekutif

Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari
MARA di bawah Skim Pembiayaan perniagaan bagi projek saya iaitu Zulaikha Pets Shop di
Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Zulaikha Pets Shop akan menyediakan empat
perkhidmatan utama iaitu menjual pelbagai binatang peliharaan kesukaan masyarakat
Malaysia seperti kucing dan arnab , kemudahan penginapan lima binatang untuk binatang
peliharaan, dandanan dan kebersihan diri serta penjualan produk binatangpeliharaan.
Perniagaan saya dianggap berbeza kerana kemudahan penginapan yang disediakan adalah
sangat tinggi mutunya untuk memberikan keseronakan yang tidak terhingga kepada binatang
kesayangan pelanggan saya. Pengetahuan yang saya peroleh melalui kursus perniagaan
binatang peliharaan anjuran House of Groomers , Kuala Lumpur selama dua minggu dan juga
pengalaman bekerja sebagai penyelia di Cuty Pets Shop di Kelana Jaya Selangor selama 3
tahun mendorong saya untuk memulakan perniagaan binatang peliharaan saya sendiri.Kos
perniagaan ini dianggarkan RM120 000. Saya akan menggunakan simpanan peribadi
sebanyak RM70 000. Saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan melalui skim
pembiayaan perniagaan MARA sebanyak RM50 000. Modal sumbangan saya akan
digunakan untuk kos permulaan seperti sewa bangunan, stok permulaan dan promosi serta
perbelanjaan operasi yang lain. Pinjaman MARA akan digunakan untuk pembelian stok
tambahan, kelengkapan serta peralatan dan juga sebagai modal pusingan. Bukit Antarabangsa
dipilih kerana tiada pusat perniagaan binatang peliharaan di sini. Di samping itu kawasan ini
juga mempunyai penduduk yang ramai iaitu hampir 300 000 orang yang mempunyai saiz
pendapatan yang agak tinggi serta pelbagai kaum. Ia juga mudah diakses melalui jalan raya
dan juga lebuh raya lingkaran tengah dan lebuhraya DUKE. Lokasi kedai juga terletak
bersebelahan pasar raya Giant yang mungkin menjadi daya tarikan kepada perniagaan saya.
Selaras dengan misi perniagaan saya iaitu menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi,
konsisten dan inovatif, mesra pelanggan serta mampu bayar menyebabkan binatang
peliharaan anda lebih mencintakan kedai Zulaikha Pets Shop, saya percaya , perniagaan saya
akan mendapat sambutan yang tinggi serta mampu mendapat pulangan dalam masa tiga bulan
beroperasi. Berdasarkan kajian pemasaran yang dijalankan, perniagaan saya dijangka
mencatat pertumbuhan sebanyak 16% setahun berbanding dnegan pertumbuhan industri
sebanyak 7%. Saya juga bercadang untuk menyediakan kemudahan veternari pada masa akan
datang serta membuka tiga lagi cawangan baharu dalam masa lima tahun akan datang.
Program pemasaran yang kompeten iaitu penawaran produk dan perkhidmatan yang sesuai

dengan citarasa dan kehendak pelanggan, harga berpatutan, akses maklumat melalui laman
web, khidmat lepas jualan yang menarik serta strategi menggunakan artis tempatan sebagai
duta produk dijangka membawa peningkatan jualan berterusan kepada perniagaan saya.
Prospek perniagaan ini adalah sangat cerah dan mempunyai potensi besar untuk berkembang
kerana gaya hidup warga kota yang suka melancong dan budaya balik kampung untuk
perayaan untuk pelbagai kaum memberi peluang besar kepada perniagaan binatang
peliharaan khususnya kemudahan penginapan.

Pengenalan
Zulaikha Pets Shop (Zupies) akan mula beroperasi pada 7 Januari 2017 di no 27, Jalan
Wangsa 2, Bukit Antarabangsa yang letak bersebalahan dengan stesyen minyak Petronas,
McDonald dan Pasar raya Giant. Perniagaan yang berstatus milik tunggal milik bumiputra.
Zupies terlibat dalam perniagaan binatang peliharaan iaitu jualan binatang peliharaan,
khidmat dandanan dan kebersihan diri, pusat penginapan serta penjualan produk untuk
makanan peliharaan rumah. Kedai Zupies akan beroperasi tujuh sehari seminggu dan waktu
operasi ialah 10 panggi hingga 10 malam. Pelanggan yang memerlukan perkhidmatan
penginapan secara kecemasan juga boleh menghubungi pemilik bila-bila masa dan
perkhidmatan menerima binatang dari rumah juga disediakan.
Pemilik Zupies telah menjalankan kajian pemasaran di Bukit Antarabangsa melalui
soalselidik yang diedarkan di pasar raya Giant, Bukit Antarabangsa dan juga soalselidik atas
talian menunjukkan penduduk Bukit Antarabangsa amat memerlukan perkhidmatan binatang
peliharaan khususnya kemudahan pemginapan , dandanan serta kebersihan diri. Kawasan
Bukit Antarabangsa tidak mempunyai sebarang pusat binatang peliharaan dan ini memberi
peluang besar kepada Zupies untuk berkembang pesat.
Industri perkhidmatan binatang peliharaan semakin berkembang khusunya di kawasan
bandar kerana lebih ramai memiliki binatang peliharaan. Kempen kesedaran yang dibuat oleh
Persatuan kebajikan haiwan seperti Paws Animal Welfare Society, Persatuan Kebajikan
Haiwan Pulau Pinang, Tempat Perlindungan Haiwan Masyarakat Pulau Pinang, dan SPCA
Selangor menyebarkan kesedaran melalui media sosial dengan menyiarkan video dan imej
kucing sesat dan anjing untuk menggalakkan pemeliharaan haiwan di rumah. Permintaan bagi

produk makanan haiwan peliharaan dan haiwan kesayangan juga semakin meningkat. Akses
mudah dan lokasi stretagik kedai haiwan peliharaan, juga meningkatkan jualan produk
makanan haiwan peliharaan dan haiwan kesayangan. Penjualan produk jenama antarabangsa
seperti Whiskas, Pedigree, Purina Friskies dan Heart Smart yang mempunyai portfolio
produk yang pelbagai memudahkan strategi promosi serta mencatat pertumbuhan nilai jualan
runcit yang kukuh dalam penjagaan haiwan kesayangan.
Zupies dijangka akan mendapat keuntungan bersih dalam masa tiga bulan pertama
beroperasi dan jualan dijangka meningkat pada kadar 15% setahun. Berdasarkan pengalaman
yang dimiliki oleh pemiliknya, Zupies akan menggunakan pelbagai strategi untuk mencapai
sasaran yang ditetapkan serta menjadi penyedia perkhidmatan perniagaan binatang peliharaan
terunggul di Lembah Kelang dalam masa lima tahun akan datang.
2.0 Objektif perniagaan Zupies
2.1

Visi
Menjadi peneraju perniagaan binatang peliharaan dengan sentiasa berusaha
menyediakan perkhidmatan melangkaui jangkaan pelanggan

2.2

Misi
Menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, konsisten dan inovatif, mesra
pelanggan serta mampu bayar menyebabkan binatang peliharaan anda lebih
mencintakan kedai Zulaikha Pets Shop

2.3

Objektif
2.3.1.

Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para


pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti dan mesra

2.3.2

pelanggan.
Pengendalian segala urusan perniagaan dengan mematuhi etika kerja

2.3.3.

dan penerapan nilai murni di antara syarikat dengan pelanggan.


Menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi
mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum serta mencapai

2.3.4.

matlamat organisasi jangka pendek dan jangka panjang.


Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku
dalam industri agar mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke

semasa dan sesuai dengan kehendak pelanggan.


2.3.5. Konsisten dalam menangani masalah pelanggan agar perkhidmatan
yang disediakan memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan.
Rancangan perniagaan ini juga disediakan untuk mendapatkan pembiayaan melalui skim

pembiayaan perniagaan MARA sebanyak RM40 000 yang akan digunakan untuk pembelian
stok tambahan, kelengkapan serta peralatan dan juga sebagai modal pusingan.
3.0

Latar belakang syarikat


Jenis perniagaan
Nama syarikat
Nombor pendaftaran
Nombor telefon
Alamat syarikat

: Perkhidmatan binatang peliharaan


: Zulaikha Pets Shop
: A12345678
: 012-2776699
: 123, Jalan Lingkaran Hadapan, Taman Merbau jaya, 53100
Kuala Lumpur

Tagline syarikat
: Zupies the Saviour
Keluasan
premis : 3 000 kaki persegi
perniagaan
Jenis
perniagaan
Pelan lokasi
Nama bank
Nombor bank
Tarikh
perniagaan

milikan : Milikan Tunggal


Latitute: 3.19218101.770252
Maybank Berhad Taman Melawati
112233445566
mula 7 Januari 2017

4.

Latar belakang pemilik

Nama pemilik
Nombor kad pengenalan
Alamat surat menyurat

: Zulaikha binti Zulkifli


: 941231-12-3456
: 123, Jalan Lingkaran Hadapan, Taman Merbau jaya,
53100
Kuala Lumpur
: 012-2776699
: zupies@gmail.com
: www.zupies.com.my
: Milikan tunggal
: Penjagaan dan jualan binatang peliharaan
: 1 Julai 2016
: RM90 000
: Diploma Pengurusan Perniagaan, OUM Malaysia

Nombor telefon
e-mail
Laman web
Bentuk perniagaan
Kegiatan utama
Tarikh pendaftaran
Modal permulaan
Kelayakan akademik

Executive Diploma in Pet Grooming Management, House


of Groomers Malaysia
Kursus dihadiri

General Practitioner Groomer Course, House of


Groomers Malaysia

Pengalaman

5.0

1.

Penyelia di Cuty Pets Shop di Kelana Jaya Selangor selama

2.

3 tahun
Professional Groomer di Cuty Pet Shop, Kelana Jaya

Latar belakang projek/perniagaan


5.1

Pengenalan
Perniagaan binatang peliharaan berkembang pesat di Malaysia khususnya di

Lembah Klang. Perkembangan ini didorongi oleh kesedaran pengguna tentang


adaptasi binatang peliharaan disebabkan kempen kesedaran yang dijalankan oleh

NGO seperti SPCA. Di samping itu peningkatan taraf hidup dan keperluan keluarga
menggalakkan permintaan terhadap binatang peliharaan. Ia juga mewujudkan
permintaan untuk perkhidmatan penjagaan, penginapan, dandanan dan kebersihan diri
serta keperluan lain seperti makanan binatang peliharaan.
5.2

Hala tuju Syarikat /Perancangan Strategik


Visi perniagaan adalah menjadi perniagaan haiwan kesayangan terunggul di
Lembah Klang serta mendapatkan keuntungan bersih dalam tiga tahun pertama.
Selain itu, syarikat juga merancang mendapatkan peningkatan jualan 15% setahun
telah mengatur beberapa strategi berlandaskan objektif yang telah disenaraikan.
Objektif ini adalah hasil analisis persekitaran perniagaan yang dapat digambarkan
melalui analisis SWOT seperti di bawah.

Kekuatan

Kelemahan

lokasi perniagaan strategik


pekerja kurang pengalaman
pemilik mempunyai kemahiran dan
perniagaan baharu
pengalaman

kesukaran mendapat kemudahan kredit


pekerja mencukupi
pembekal
kemudahan mencukupi
bangunan lama
modal mencukupi
kekurangan tempat letak kereta
Peluang
Ancaman

kurang persaingan
potensi peningkatan persaingan
industri mencatat pertumbuhan pesat

kadar lantik henti pekerja yang tinggi


kuasa beli dan taraf hidup penduduk yang dalam industri
isu kesihatan dan penyakit baharu
tinggi
galakan kerajaan
keadaan ekonomi tidak stabil
Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki oleh pemilik mendorong penubuhan
perniagaan ini. Saya telah lama bercadang untuk memulakan perniagaan sendiri. Saya berasa
ada banyak idea baharu yang boleh dilaksanakan dalam perniagaan ini untuk menyediakan
perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Di samping itu kursus yang dihadiri di House of
Groomers juga memberi peluang kepada saya untuk mengetahui strategi perniagaan yang
sesuai dan berkesan untuk menjalankan perniagaan binatang peliharaan dengan cekap dan
berkesan. Saya juga mempunyai simpanan peribadi yang cukup sebagai modal asas
permulaan perniagaan kerana saiz permulaan perniagaan saya ialah berskala kecil.

Berdasarkan dapatan kajian pemasaran yang dibuat oleh pemilik dan juga berdasarkan
laporan kajian pihak luar, perniagaan binatang peliharaan mempunyai prospek yang sangat
baik khususnya di Lembah Klang. Perniagaan ini juga kurang menghadapi masalah dan tidak
terlalu bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding dengan industri lain. Industri ini juga
mengalami pertumbuhan yang baik pada masa ini dan pemilik ingin menggunakan peluang
ini untuk mendapatkan pulangan maksimum daripada pelaburan yang dilakukan serta
mencapai kemajuan dalam perniagaan yang diceburi seperti mengembangkan perniagaan
dengan membuka cawangan baharu dan juga memperkenalkan produk dan perkhidmatan
baharu berkaitan dengan binatag peliharaan mengikut tren dan keperluan semasa.
Walaupun memulakan perniagaan dengan sendiri adalah sesuatu yang sukar dan
mencabar, saya percaya pengalaman dan kemahiran yang saya miliki akan membantu saya
mengatasi halangan dan cabaran yang mungkin dihadapi. Sifat keazaman yang tinggi , bijak
merebut peluang, kreatif dan inovatif yang saya miliki akan membantu saya mengusahakan
perniagaan ini dengan cemerlang. Budaya kerja cemerlang yang saya amalkan semasa
bekerja akan diteruskan dan digunakan untuk membimbing pekerja Zupies agar pelanggan
mendapat perkhidmatan cemerlang dan yang terbaik.
Oleh itu, strategi-strategi yang disusun diyakini akan dapat membantu perniagaan
mencapai visi dan misi iaitu menerajui perniagaan peliharaan binatang dengan perkhidmatan
yang berkualiti.
6.0

Rancangan organisasi

Rancangan organisasi merupakan aspek utama dalam pengurusan sesebuah perniagaan.


Perancangan yang berkesan bermula dengan penetapan visi , misi dan objektif perniagaan.
Perniagaan Zupies mempunyai lima orang pekerja termasuk pemilik. Zupies akan menggaji
dua orang Groomers, seorang juruwang yang juga bertindak sebagai kerani kaunter dan
seorang pembantu yang akan menguruskan aktiviti penginapan binatang peliharaan. Rajah di
bawah menunjukkan carta organisasi Zupies.

Carta Organisasi Zupies

Memandangkan saiz perniagaan yang kecil serta mengurangkan kos operasi, tugas pengarah
urusan, pengurusan kewangan, operasi dan pemasaran dan sumber manusia akan diuruskan
oleh pemilik sendiri. Ini merupakan strategi sementara dan pengambilan pekerja baru yang
berkemahiran dan berpengalaman akan dilaksanakan

apabila kedudukan kewangan

perniagaan yang kukuh dan juga saiz perniagaan berkembang. Saya percaya dengan
pengalaman yang dimiliki sebagai penyelia dan groomer akan membantu saya menguruskan
perniagaan ini dengan cekpa dan berkesan. Saya juga dapat meguruskan dan membimbing
pekerja saya agar mereka dapat memberi perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan.
6.2

Senarai jawatan dan spesifikasi tugas


Jadual di bawah menunjukkan senarai jawatan, senarai tugas untuk setiap pekerja
dalam perniagaan Zupies.

Senarai jawatan dan tugas


Senarai Jawatan
Pengarah Urusan

Senarai Tugas
Melaksanakan polisi perniagaan dengan merujuk kepada visi , misi dan objektif
yang telah ditetapkan
Membangunkan dan melaksanakan plan strategic
Mempengerusikan mesyuarat
Mengawal hal ehwal kewangan

Mewujudkan hubungan baik antara pekerja dan pihak pengurusan


Pengurus

kewangan

dan sumber manusia

Memastikan pengurusan kewangan yang telus dan cekap


Menyediakan penyata pendapatan, penyata kewangan dan aliran tunai
Memastikan aliran tunai perniagaan cukup
Memastikan rekod kewangan dibuat dengan teratur
Menguruskan pengambilan dan pekerja dan
Menyediakan program latihan
Menguruskan prestasi, pembayaran ganjaran dan kebajikan pekerja

Pengurus operasi dan

Memastikan pengurusan operasi harian berjalan lancar

pemasaran

Menetapkan saran kerja dan memastikan sasaran kerja tercapai


Menyediakan jadual tugas dan mengatur pekerja ganti
Mengadakan program promosi seperti yang telah dirancang
Menguruskan dan mengemaskini laman web perniagaan

Groomer

Memastikan perkhidmatan yang disediakan menepati kehendak pelanggan


Memastikan kualiti perkhidmatan mencapai standard yang telah ditetapkan
Menggunakan kreativiti dan inovasi dalam perkhidmatan
Memujuk pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan tambahan dan produk
yang dijual

Juruwang

Merekodkan pesanan pelanggan


Menguruskan pelanggan walk in
Mengutip dan merekod bayaran
Menyalurkan pertanyaan dan kemusyikilan pelanggan kepada unit yang berkaitan

Pembantu am

Memastikan kawasan operasi bersih dan kemas


Memastikan kawasan penginapan binatang peliharaan dalam keadaan kondusif
Menguruskan aktiviti pemberian makanan binatang mengikut jadual yang
ditetapkan
Menghubungi pengurus jika ada binatang yang sakit atau bermasalah

Susun atur pejabat

Imbuhan (bulanan)
Jawatan

Pengurus
Groomer
Juruwang
Pembantu

Bilangan

1
2
1
1

Gaji

Caruman

Caruman

bulanan

KWSP

Perkeso

2 000
1 200 (x2)
1 200
1 200

260
312
156
156

34.15
40.30
20.15
20.15

am
Jumlah

Jumlah

2294.15
2752.30
1376.15
1376.15
7799.00

Insentif
Jenis elaun
Elaun lebih masa
Elaun kehadiran penuh

Kadar
RM10.50 sejam
RM100 sebulan

Belanjawan pentadbiran
Butiran
Aset tetap
Keperluan aset
tetap
Komputer
pencetak
Cash register
Kabinet besi
sangkar
Keperluan
modal kerja
Gaji,KWSP

Bulanan

1 500
400
1 200
1 400
10 000

Lain-lain

Jumlah (RM)

1 500
400
1 200
1 400
10 000

7 799

7 799

dan
PERKESO
Sewa kedai
Utiliti
Deposit utiliti
Deposit

9 000
600

9 000
1 000
18 000

18 000

bangunan
Pendaftaran &

600

600

lesen
Insurans

1 000

1 000

kebakaran
Ubahsuai

26 000

26 000

bangunan
Pelbagai

1 000

1 000

47 600

80 499

belanja
Jumlah (RM)

15 500

17 399

Strategi pengurusan
Zupies akan menggunakan beberapa strategi pengurusan untuk memastikan pengurusan
sumber manusia yang cekap dan berkesan. Antara strategi pengurusan yang akan
dilaksanakan adalah seperti berikut:

Penerapan semangat kerja berpasukan di antara para pekerja


Mengadakan perjumpaan harian sebelum mula bekerja dan perbincangan tumpu kepada

masalah yang dihadapi, pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan


Pembayaran imbuhan dan insentif selaras dengan amalan industri dan juga selaras dengan

mutu kerja
Menyediakan program latihan atau kursus yang berkaitan untuk mempertingkatkan

kamahiran dan kepakaran pekerja


Memberi nasihat , bimbingan dan motivasi berterusan kepada semua pekerja
Menerapkan budaya dan etika kerja yang cemerlang.
7.0

Rancangan pemasaran
7.1

Analisis pasaran

Dalam perniagaan analisis pasaran terdiri daripada......... Analisi s ini akan


membantu......

7.1.1

Lokasi perniagaan
Zulaikha Pets Shop (Zupies) akan mula beroperasi di no 27, Jalan Wangsa 2,

Bukit Antarabangsa yang letak bersebalahan dengan stesyen minyak Petronas,


McDonald dan Pasar raya Giant. Ia merupakan lokasi yang strategik kerana terdapat
klinik, dua buah restoren, stesyen minyak, pasar raya Giant, cybercafe, kedai
komputer dan juga kedai dobi. Oleh itu ia merupakan pusat bandar bagi penduduk
yang tinggal di Bukit Antarabangsa. Kawasan ini merupakan kawasan yang sibuk
dengan orang ramai dari pukul 8 pagi hingga 11 malam.
7.1.2

Sasaran pasaran
Zupies menyasarkan penduduk yang tinggal di Bukit Antarabangsa yang

mempunyai binatang peliharaan dan juga mereka yang ingin memiliki binatang
peliharaan sebagai sasaran utama perkhidmatan perniagaan. Penduduk Bukit
Antarabangsa merupakan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi , terdiri
daripada penduduk berbilang kaum tetapi majorinya orang Melayu. Sebahagian kecil
penduduk juga terdiri daripada golongan expatriate. Pelanggan utama Zupies ialah
mereka yang memiliki binatang peliharaan seperti anjing, kucing dan arnab.
Pelanggan ini memerlukan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk binatang
peliharaan mereka seperti tempat penginapan, kebersihan diri dan produk keperluan
binatang. Zupies juga menyasarkan kumpulan bakal pelanggan yang ingin memiliki
binatang peliharaan dan juga mencuba perkhidmatan untuk binatang peliharaan
mereka.
7.1.3

Saiz pasaran
Penduduk Bukit Antarabangsa dianggarkan meningkat pada 5% setahun

disebabkan pembukaan lebih banyak kawasan perumahan baharu. Di samping itu


akses mudah melalui lebuhraya DUKE dan lebuhraya lingkaran tengah menyebabkan
peningkatan penduduk dan aktiviti perniagaan di Bukit Antarabangsa. Disebabkan
belum ada kedai binatang peliharaan di Bukit Antarabangsa, Zupies akan mempunyai
saiz pasaran yang besar pada permulaan perniagaan. Disebabkan akses mudah ke
lokasi Zupies , perniagaan saya juga juga menyasarkan pengguna dari kawasan

persekitaran seperti Ukay Perdana, Keramat, Ampang , Melawati, Wangsa Melawati


dan Wangsa Maju.
7.1.4

Analisis Pesaing
Perniagaan binatang peliharaan semakin berkembang di Malaysia. Permintaan

untuk perkhidmatan dan produk berkaitan binatang peliharaan juga semakin


meningkat khususnya di Kuala Lumpur. Ini merupakan antara sebab utama saya
memilih untuk menceburi bidang perniagaan ini. Zupies ingin mengambil peluang
perniagaan ini dengan memperkenalkan produk baharu dan juga perkhidmatan yang
cekap, inovatif, efisien dengan bayaran yang berpatutan untuk menarik lebih ramai
pelanggan. Pada masa kini tidak terdapat sebarang pusat perkhidmatan untuk binatang
peliharaan di Bukit Antarabangsa.
Terdapat tiga penyedia perkhidmatan di Taman Melawati yang terletak hampir
6 kilometer daripada lokasi yang dicadangkan oleh Zupies. Di samping itu,
berdasarkan pemerhatian saya, sebahagaian besar pengguna yang mengunjungi kedaikedai tersebut terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan serta
masalah tempat letak kereta. Ini merupakan peluang bagi perniagaan Zupies kerana
lokasi yang dipilih mempunyai banyak ruang letak kereta. Zupies akan menggunakan
pekerja yang berkemahiran untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti dengan masa
menunggu yang paling minimum untuk meningkatkan kepuasan pelanggan. Rajah di
bawah menunjukkan lokasi pesaing pesaing utama.
Plan lokasi pesaing utama

7.1.5

Campuran pemasaran
Zupies akan menggunakan campuran pemasaran yang efektif untuk

meningkatkan jualan dan juga kepuasan pelanggan. Strategi campuran pemasaran


terdiri daripada strategi produk, harga, agihan dan promosi.
7.1.5.1

Strategi produk

Zupies menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan dengan


binatang peliharaan. Antara produk yang dicadankan untuk jualan ialah pelbagai
barang makanan untuk binatang peliharaan, penyembur anti kutu, penyembur rambut,
cat Tree, sangkar, bekas tidur, voyaguer, bekas tandas, dan sebagainya. Senarai
lengkap akan dipaparkan dalam laman web Zupies. Zupies akan memastikan
pelanggan mempunyai banyak pilihan produk , bermutu dan dijual dengan harga yang
berpatutan. Zupies juga akan membantu pelanggan untuk mendapatkan produk
tertentu melalui pesanan atas talian.
Untuk pelanggan yang ingin meninggalkan binatang kesayangan mereka semasa bercuti,
tujuan kecemasan atau tujuan lain, Zupies menyediakan perkhidmatan penginapan pet hotel
bertaraf lima bintang. Setiap binatang peliharaan akan disediakan sangkar penginapan
berasingan . Dengan bayaran tambahan minimum , pelanggan boleh menggunakan
kemudahan webcam yang membolehkan pelanggan memerhatikan gerak geri binatang
kesayangan mereka. Saiz sangkar bergantung kepada saiz binatang dengan bayaran yang
berbeza. Binatang peliharaan juga diberi makanan berkala , dimandikan serta menyediakan
keperluan lain.
Di samping itu, Zupies juga menyediakan perkhidmatan grooming iaitu grooming asas
meliputi kuku, telinga, cukur, pembersihan anal gland, mandi, dan blow drying. Grooming
lengkap pula meliputi pengguntingan, klip, kuku, telinga, cukur, pembersihan anal gland,
mandi, dan blow drying. Perkhidmatan ini akan disediakan oleh pekerja profosional mengikut
keperluan pelanggan. Zupies akan menyediakan tempat grooming yang bersih dan disanitasi
dan boleh dilawati oleh pelanggan. Sangkar dan alatan yang digunakan juga akan diinfekatasi
untuk memastikan tiada penyebaran penyakit atau kutu. Pemilihan produk pembersihan juga
bergantung kepada keadaan kulit dan rambut binatang peliharaan. Semua perkhidmatan ini
akan disediakan dengan harga yang sangat berpatututan dan kompetitif.
Untuk peringkat permulaan Zupies akan menumpukan kepada dua perkhidmatan utama
sahaja iaitu grooming dan perkhidmatan penginapan. Perkhidmatan jualan produk akan
bermula selepas enam bulan perniagaan beroperasi ataupun sekiranya modal operasi yang
cukup.
7.1.5.2

Strategi harga

Zupies akan menetapkan harga berdasarkan harga pesaing dan disamping itu dapat
menampung kos pengeluaran. Jadual di bawah menunjukkan harga untuk produk dan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh Zupies

Harga grooming
Anjing

Kucing

Saiz

Bayaran

Saiz

Bayaran

25-29 cm
30-34 cm
35-39 cm
40-44 cm
45-49 cm
50-54 cm
25-29 cm
30-34 cm

(RM)
25
29
33
37
41
45
49
53

20-22 cm
23-25 cm
26-28 cm
29-31 cm
32-34 cm
35-37 cm
38-40 cm
41-45 cm

(RM)
15
19
23
27
31
35
39
43

35-39 cm
40-44 cm
45-49 cm
50-54 cm
55-59 cm
60-64 cm
65-69 cm

57
61
65
69
73
77
81

46-50 cm
51-55 cm
56-65 cm
66-76 cm

47
51
55
59

70-74 cm
75-79 cm
> 80 cm

85
89
100

Harga penginapan
Anjing
Superior suite (kecil dan sederhana): RM30 sehari
Royal suite (berpasangan / saiz besar): RM40 sehari
Kucing
Superior suite (kecil dan sederhana): RM30 sehari
Royal suite (berpasangan / saiz besar): RM40 sehari
Bayaran tambahan akan dikenakan untuk perkhidmatan tambahan seperti penggunaan
webcam, pengambilan binatang dari rumah dan perkhidmatan lain. Bayaran ini bergantung
kepada budibicara pihak pengurusan dan juga atas persetujuan pihak pelanggan. Semua
bayaran berbentuk tunai atau kad kredit.
Strategi promosi
Disebabkan perniagaan ini baru dimulakan dan mempunyai modal yang terhad, Zupies akan
menggunakan kaedah promosi kos efektif seperti laman web dan juga pengedaran risalah.
Zupies juga akan menggunakan papan tanda yang menarik. Zupies akan menyediakan risalah
menarik berkaitan perkhidmatan Zupies yang akan disisip dalam surat khabar untuk edaran

di Bukit Antarabangsa dan juga dikawasan sekitar. Risalah ini akan diedarkan sebanyak 3 kali
untuk 3 bulan berturut-turut.
Zupies juga akan menyediakan laman web menarik yang memngandungi pelbagai maklumat
produk dan perkhidmatan perniagaan dan juga forum pelanggan, sudut pertanyaan serta
pesanan produk dan perkhidmatan.
Papan tanda yang menarik juga akan disediakan untuk paparan pengguna dan akan dipasang
dua minggu sebelum operasi perniagaan bermula. Zupies juga akan memasang banner di
beberapa lokasi strategic untuk menyampaikan maklumat tentang perniagaan Zupies.

Belanjawan Pemasaran
Butir-butir
Keperluan

Aset tetap

Bulanan

Lain-lain

jumlah

aset tetap
Papan tanda 1 200

1 200

Keperluan
modal kerja
Banner

240

Risalah

500

Pembinaan

800

laman web
Jumlah
7.2

1 540

2 740

Ramalan jualan

Jadual di bawah menunjukkan ramalan jualan untuk 12 bulan pertama beroperasi.


Dijangkakan jualan Zupies akan meningkat kadar 15% pada tahun pertama beroprasi
Bulan
Januari
Februari

Grooming
5 000
5 750

Penginapan
5 000
5 750

Produk
-

Jumlah
10 000
11 500

Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
Jumlah

6 613
7 603
8 745
10 057
11 565
13 300
15 295
17 589
20 228
23 362
195 107

6 613
7 603
8 745
10 057
11 565
13 300
15 295
17 589
20 228
23 362
195 107

3 000
3 450
3 968
4 563
5 248
6 035
6 940
33 204

13 226
15 206
17 490
23 114
26 580
30 568
35 153
40 426
46 491
5 3664
42 3418

Ramalan jualan untuk lima tahun pertama beroperasi


Tahun
2017
2018
2019
2020
2021

Grooming
195 107
224 373
258 029
296 733
341 243

Penginapan
195 107
224 373
258 029
296 733
341 243

Produk
33 204
38 185
43 912
50 499
58 074

Jumlah
423 418
486 937
559 970
643 965
740 560

Strategi Pemasaran
Untuk memastikan program pemsaran berjalan dengan cekap dan berkesan, Zupies akan
mengambil tindakan berikut:
i.

Memastikan segala program pemasaran yang dirancang dilaksanakan mengikut


perancangan.

ii.

Membuat penilaian dan mengambil tindakan ke atas program pemasaran yang telah
dilaksanakan

iii.

Memastikan strategi pemsasaran yang dirancang dilaksanakan berdasarkan belanjawan


yang telah ditetapkan.
Rancangan operasi dan pengeluaran
Perkhidmatan yang dihasilkan
Zupies menyediakan tiga perkhidmatan utama iaitu jualan produk berkaitan binatang
peliharaan, khidmat dandanan dan kebersihan diri dan pusat penginapan
Carta aliran untuk perkhidmatan dandanan dan kebersihan serta diri dan penginapan

Proses pengeluaran
Proses pengeluaran untuk perkhidmatan grooming bermula dengan mengenalpasti alatan
yang diperlukan serta jenis binatang yang memerlukan grroming. Groomer akan
mengenalpasti keperluan alatan dan bahan setelah memeriksa binatang yang memerlukan
grooming.
Selepas proses mengenalpati keperluan alatan dan penyediaan bahan, proses pengeluaran
iaitu pembersihan , guntingan dan kerja lain akan dilaksanakan. Groomer akan mematuhi
standard kualiti yang telah ditetapkan seperti penggunaan sumber yang optimum, mematuhi
prosedur kerja dan masa yang telah ditetapkan.
Proses terakhir ialah penyerahan binatang setelah kerja kerja grooming selesai. Pelanggan
diberi peluang untuk memeriksa binatang dan memastikan perkhidmatan yang disediakan
berkualiti dan memenuhi citarasa pelanggan
Kapasiti pengeluaran
Perkhidmatan Grooming
Jenis perkhidmatan
Grooming asas
Grooming lengkap

Masa

Bilangan

10-15 minit
30-40 minit

sehari
30 sesi seorang pekerja
15 sesi seorang pekerja

Superior suite
30
60

Royal suite
20
40

Perkhidmatan penginapan
Jenis binatang
Anjing
Kucing

sesi

maksimum

Keperluan bahan dan alatan


Keperluan bahan
Jenis bahan
Syampu
Penyembur

Kuantiti diperlukan
Kos (RM)
10 ml 30 ml untuk setiap cucian 30 sen setiap
ikut saiz binatang
anti 1 penyembur untuk

setiap

cucian
8 RM8 sebotol

kutu
Air

binatang
10-30 liter unutk setiap cucian ikut 10 sen setiap

Putik kapas

saiz binatang
6 unit untuk setiap binatang

Sabun cuci
Makanan binatang

binatang
1 botol sehari
RM12
100-300 gram sehari mengikut saiz RM5 untuk

cucian
10 sen setiap

binatang

setiap
binatang

Alatan
Jenis alatan
Mesin pemotong rambut
gunting
Pemotong kukuk
Kabinet kayu
Sangkar binatang kecil
Sangkar binatang besar
Bekas air
Bekas makanan
Pili air
Lain-lain

Kuantiti (set)
2
10
4
2
50
100
150
150
2

Kos (RM)
80
60
40
200
1500
5 000
150
300
100
500

Anggaran kos
Perkhidmatan Grooming
Anjing
Grroming biasa

RM5

Grroming istimewa

bnatang
RM10 hingga RM60 ikut saiz binatang

Kucing
Grroming biasa

RM3

hingga

hingga

RM30

RM20

mengikut

mengikut

saiz

saiz

bnatang
RM15 hingga RM80 ikut saiz binatang

Grroming istimewa
Perkhidmatan penginapan
Anjing
Superior suite
Royal suite
Kucing
Superior suite
Royal suite

Kos
RM10
RM15
RM5
RM10

Tenaga kerja
Operasi perniagaan dikendalikan oleh , seorang pengurus kewangan, operasi dan serta
seorang pengurus pemasaran dan sumber manusia yang diuruskan oleh pemilik sendiri. Doi
samping itu 2 orang groomer, seorang pembantu am dan seorang juruwang akan terlibat
secara langsung dalam operasi harian perniagaan Zupies.
Susun atur operasi kawasan grooming

Strategi pengurusan operasi

1.

Penyediaan perkhidmatan mematuhi standard kualiti dan prosedur yang telah ditetapkan

2.

Pemantauan melalui CCTV ,penyeliaan pengurus serta maklumbalas pelanggan digunakan


untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatan

3.

Latihan dan bimbingan berterusan kepada pekerja

serta perjumpaan harian untuk

membincang masalah dan isu , cadangan dan penambahbaikan.


Rancangan kewangan
Kos projek
Di bahagian ini akan dibincang tentang kos projek termasuk aset, liabiliti perniagaan dan anggaran
modal kerja yang diperlukan untuk memastikan perniagaan ini berjalan lancar.
Jumlah Harta (Kos Projek)
Perkara
Ubahsuai bangunan
Peralatan
Deposit sewa bangunan
Deposit utiliti
Jumlah

RM
26 000
14 500
18 000
1 000
59 500

Jumlah tanggungan (sumber pembiayaan)


Perkara
Modal pemilik
Pinjaman Mara
Jumlah

RM
70 000
50 000
120 000

Keperluan modal kerja (anggaran untuk tiga bulan pertama beroperasi)


Perkara
Bekalan barangan

RM
1 500

Sewa bangunan

27 000

utiliti

1 800

Imbuhan pekerja

23397

Bayaran ansuran pinjaman


Jumlah

3 000
56 697

Penyata kewangan proforma


Di bahagian ini saya telah menyediakan unjuran penyata aliran tunai dan juga penyata pendapatan
proforma untuk memberi gambaran kedudukan kewangan perniagaan untuk lima tahun akan
datang.

Unjuran Penyata Aliran Tunai


Kedai Haiwan Peliharaan Zulaikha Pets Shop
Unjuran penyata aliran tunai bagi tempoh Januari Julai 2017
Perkara

Januar

Februar

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Baki tunai awal

10 000

51 101

43

37 719

33

31

34

Pinjaman

50 000

592

726

917

632

Jualan Tunai

10 000

11 500

13

17

23 114 26

226

490

Aliran tunai masuk

Jumlah aliran tunai 70 000

62601

56

masuk

15 206

52 925

818

580

51

55

61

216

031

212

Aliran tunai keluar


Imbuhan

7 799

7 799

7 799

7 799

7 799

7 799

7 799

Belian

500

550

600

650

700

1 750

2 050

Sewa

9 000

9 000

9 000

9 000

9 000

9 000

9 000

Utiliti

600

660

700

750

800

850

900

Ansuran pinjaman

1 000

1 000

1 000

1 000

1 000

1 000

1 000

19 009

19

19 199

19

20

20

43 592

099
37

33726

299
31

399
34

749
40

917

632

463

Jumlah aliran tunaI 18 899


keluar
Baki tunai

51 101

719

Kedai Haiwan Peliharaan Zulaikha Pets Shop


Penyata Pendapatan Proforma 2017- 2021
Perkara
Jualan
Pendapatan kasar

2017
423 418
423 418

2018
486 937
486 937

2019
559 970
559 970

2020
643 965
643 965

2021
740 560
740 560

Belanja operasi
Pendapatan

320 988
sebelum 102 430

belanja dan faedah


Belanja faedah
Pendapatan sebelum cukai
Cukai
Pendapatan bersih

2 000
100 430
10 000
90 430

353 090
133 847

388 390
171 040

427 235
216 730

469 960
270 600

1 800
132 047
12 000
120 047

1 500
169 540
14 000
154 540

1 000
215 730
16 000
199 730

500
270 100
18 000
252 100

Jadual susut nilai aset tetap


Aset tetap
Komputer
Pencetak
Cash

2017
150
40
120

2018
150
40
120

2019
150
40
120

2020
150
40
120

2021
150
40
120

register
Kabinet

140

140

140

140

140

besi
sangkar
jumlah

1 000
1 450

1 000
1 450

1 000
1 450

1 000
1 450

1 000
1 450

Kawalan sistem kewangan perniagaan


Untuk memastikan pengurusan kewangan yang teratur dan telus, pihak pengurusan akan
memastikan segala rekod kewangan dalam keadaan yang teratur dan terkini. Semua bayaran
akan dibuat melalui bank dan penyata bulanan bank akan digunakan sebagai rekod untuk
menentukan aliran tunai perniagaan. Pengurus kewangan akan menyediakan laporan bulanan
untuk dibincang dalam mesyuarat pengurusan bulanan. Tindakan pembetulan akan diambil
jika ada sebarang penyimpangan dalam pengurusan akaun. Akaun perniagaan juga akan
dihantar kepada akauntan bertauliah untuk diaudit.Semua bayaran keluar juga perlu
ditandatangani oleh pengurus kewangan . Juruwang hanya dibenarkan memegang tunai
sebanyak RM100 pada setiap masa. Juruwang juga perlu merekodkan urusan penerimaan
tunai harian dalam buku panjar dan akan disemak oleh pengurus kewangan sebelum operasi
perniagaan tamat pada setiap hari. Penerimaan tunai akan dimasukkan dalam bank setiap hari.
Pegangan tunai minimum akan dibuat untuk memastikan tiada penyelewengan dan salahguna
wang oleh kakitangan perniagaan.
Kesimpulan
Perniagaan binatang peliharaan mempunyai potensi yang besar dan mempunyai kadar
pertumbuhan yang tinggi. Berdasarkan kajian pemasaran yang dibuat, Zupies berpendapat

perniagaan ini bakal mendapat kejayaan besar. Ini disebabkan keunikan produk berpusatkan
pelanggan seperti kemudahan penginapan berkualiti dan mewah, perkhidmatan grooming
bertaraf antarabangsa dan penyediaan perkhidmatan rumah ke rumah akan memberi impak
besar kepada perniagaan Zupies. Selaras dengan visi Zupies iaitu menjadi peneraju
perniagaan binatang peliharaan dengan sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan
melangkaui jangkaan pelanggan dan misi iaitu menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi,
konsisten dan inovatif, mesra pelanggan serta mampu bayar menyebabkan binatang
peliharaan anda lebih mencintakan kedai Zulaikha Pets Shop, saya berharap perniagaan ini
mempunyai potensi yang baik dan mampu berkembang pada masa akan datang. Dengan
kaedah pengurusan modal insan yang cemerlang, saya berharap tenaga manusia ini akan
mmepunyai komitmen yang tinggi serta bermotivasi dan sentiasa bersedia untuk memberi
perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan yang merupakan aset utama Zupies. Berdasarkan
penyata profroma yang disediakan berdasarkan unjuran yang tepat dan konsisten , saya
berharap Zupies tidak menghadapi masalah untuk menjelaskan pinjaman MARA.

You might also like