You are on page 1of 16

TAJUK

MASALAH GANGGUAN SEKSUAL DALAM PENGURUSAN


DAN KAEDAH ANALISIS MENGATASINYA

PENULIS

FARAH HANANI BT MEGAT GHAZALI

TARIKH

19 SEPTEMBER 2014

FAKULTI

OUM BUSINESS SCHOOL

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN ......................................................................................................... 1
1.1

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

Latar Belakang Masalah Etika ......................................................................... 3

CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN .................................... 4


2.1

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan ............. 4

2.2

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai ................ 4

2.3

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil yang Bercampur ................... 5

2.4

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti ................. 5

2.5

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi .......................... 6

PERKAITAN KES DENGAN CIRI-CIRI MASALAH ETIKA ............................. 6


3.1

Perkaitan dengan Akibat yang Berpanjangan ................................................... 6

3.2

Perkaitan dengan Akibat yang Tidak Pasti ....................................................... 7

3.3

Perkaitan dengan Implikasi Peribadi ................................................................ 8

ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN .................................... 8


4.1

Analisis Ekonomi ............................................................................................ 9

4.2

Analisis Undang-Undang ................................................................................. 9

4.3

Analisis Etika ................................................................................................ 10

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH GANGGUAN SEKSUAL 11


5.1

Mendapatkan Khidmat Kaunseling ................................................................ 11

5.2

Memberikan Pendidikan dan Kesedaran Tentang Konsep Gangguan Seksual. 11

KESIMPULAN ....................................................................................................... 12

Rujukan .............................................................................................................................. 13

1.0

PENGENALAN

Kebelakangan ini banyak kes jenayah yang melibatkan kaum wanita dipaparkan di dada
akhbar. Ragut, rogol, kes dera, cabul dan keganasan rumah tangga adalah antara kes yang
popular dan yang menjadi mangsanya adalah wanita. Apakah sebenarnya kesalahan mereka
sehingga diperlakukan seperti haiwan oleh insan yang bergelar manusia? Mereka sepatutnya
dibelai dan diberi kasih sayang, bukannya disepak, diterajang, ditampar dan dibunuh dengan
kejam. Hanya kerana sifat wanita yang lemah lembut, tidak mampu melawan dan melarikan
diri tidak bermaksud mereka boleh diperlakukan sebegitu rupa oleh penjenayah yang
mempunyai nafsu ala syaitan.

Kes keganasan yang semakin kronik hari ini adalah gangguan seksual di tempat kerja.
Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat 7,628 kes gangguan seksual
dilaporkan sepanjang 2010 sehingga Mac 2014. Isu ini semakin mendapat perhatian
masyarakat ekoran beberapa dakwaan dan pendedahan daripada mangsa. Menurut Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), gangguan seksual ditakrifkan sebagai sesuatu yang
merangkumi sebarang perlakuan ataupun pertuturan secara berulangan, sama ada dilakukan
secara fizikal, gerak isyarat ataupun ucapan yang berunsur seks. Gangguan seksual ini juga
melibatkan sebarang tingkah laku yang tidak diingini atau tidak disenangi yang berlaku tanpa
diminta atau dibalas balik oleh penerima serta boleh memberi kesan sebagai satu gangguan
sama ada secara lisan, bukan lisan, fizikal, visual atau psikologi. Antara contoh gangguan ini
termasuklah:

1. Gangguan secara lisan : Komen, gurauan, teguran, berjenaka, mengusik, membuat


bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman ataupun cadangan seksual.

2. Gangguan secara isyarat atau bukan lisan : Pandangan atau kerlingan yang
membayangkan sesuatu niat, tingkah laku mengurat yang berterusan, menjilat
bibir, memegang atau memakan makanan secara provokatif serta isyarat tangan
atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.
3. Gangguan secara fizikal : Sentuhan yang tidak diingini, memeluk, mencubit,
menggesel badan, mengusap, mencium, meraba serta serangan seksual.

4. Gangguan secara visual : Mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual,


menunjukkan bahan pornografi, melukis gambar lucah, mendedahkan bahagian
badan yang sulit dan menulis surat berunsur seksual.
5. Gangguan secara psikologi : Intimasi fizikal, kekerapan jemputan sosial yang tidak
diterima, pujuk rayu yang berterusan atau untuk bercumbuan.
Perlakuan ini merupakan satu daripada salah laku etika dalam pengurusan. Ia bukan
sahaja boleh menjatuhkan maruah mangsa malah menggugat nama dan kedudukan organisasi
itu sendiri. Faktor-faktor yang boleh dikaitkan sebagai punca terjadinya gangguan seksual di
tempat kerja ini adalah:

1. Tindakan balas terhadap kehilangan kuasa akibat daripada dominasi golongan


wanita dalam bidang pekerjaan yang biasanya dikuasai oleh kaum lelaki.

2. Pertambahan peluang pekerjaan kepada kaum wanita yang secara tidak langsung
mencabar kedudukan dan status pekerja lelaki.
3. Faktor yang terhasil daripada pembentukan struktur organisasi melalui hierarki dan
hubungan autoriti yang khusus yang membolehkan seseorang individu itu
menggunakan status atau kuasanya untuk menindas dan menggugut pekerja
bawahannya.
4. Persekitaran dan infrastruktur tempat kerja yang melibatkan hubungan integrasi
jantina dan nisbah jantina.
5. Wujudnya diskriminasi jantina di mana golongan lelaki menganggap mereka lebih
dominan dan boleh menundukkan kaum wanita kerana sifat lemah lembut mereka.
6. Dorongan keinginan dan keperluan seksual yang bersifat semula jadi.
7. Tarikan dari segi perkembangan wanita, watak, tingkah laku, keterampilan, sifat
fizikal dan biologikal serta bentuk seksualiti tubuh badan wanita yang begitu
menonjol serta boleh menarik minat lelaki.
8. Pemikiran seksual lelaki yang boleh mendorong tingkah laku yang tidak sihat.
2

Masalah gangguan seksual merupakan satu penganiayaan terhadap kaum wanita dan
boleh memberi kesan yang mendalam kepada mereka terutamanya dari segi psikologi. Oleh
itu, masalah etika ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelakkan lebih ramai wanita
menjadi mangsa. Laporan ini ditulis bagi membincangkan dengan lebih lanjut perkaitan
masalah gangguan seksual dengan ciri-ciri masalah etika, impak gangguan seksual terhadap
ekonomi, undang-undang dan etika dan seterusnya mengesyorkan langkah-langkah untuk
menangani masalah ini melalui perbincangan kes di bawah.

1.1

Latar Belakang Masalah Etika

Sudah dua tahun Diana Ali bekerja sebagai setiausaha Amran Jaafar, Ketua Pegawai
Eksekutif Syarikat Rima Manufacturing, iaitu sebuah syarikat terkemuka yang bernilai
RM75.2 juta dengan kepentingan perniagaan di rantau Asia. Diana seorang yang
cantik, rajin dan mempunyai perwatakan yang menarik. Tidak hairanlah apabila ramai
rakan lelaki cuba mendekatinya dan melakukan gangguan seksual walaupun dia sudah
berumah tangga dan memiliki tiga orang anak. Dia juga sering diganggu oleh Amran
yang suka datang secara mengejut di belakangnya sambil mengusap bahu, menyentuh
wajah, memegang tangan, payudara dan cuba menciumnya. Sudah banyak kali Diana
berfikir-fikir untuk meletakkan jawatan tetapi gaji yang diterimanya sangat berpatutan
dan dia kasihankan suaminya yang terpaksa menanggung mereka sekeluarga dengan
gaji yang tidak seberapa sekiranya dia berhenti kerja. Tambahan pula, dalam zaman
kemelesetan ekonomi ini, Diana tidak berani mempertaruhkan mata pencariannya.
Oleh itu, dia terpaksa bersabar dengan karenah Amran dan tetap bergantung pada
pekerjaannya yang penuh tekanan itu.

Kelakuan Amran semakin menjadi-jadi selepas sebulan dia bercerai dengan


isterinya. Boleh dikatakan hampir setiap hari Amran akan cuba mencari peluang untuk
berdua-duaan dengan Diana dan melakukan perkara terkutuk itu. Bukan setakat itu
sahaja, Amran juga sering menghantar teks pesanan ringkas berbaur lucah dan
bercerita mengenai hubungan seksual. Diana semakin tertekan dengan kelakuan
melampau majikannya itu dan membuat aduan kepada pihak atasan. Malangnya,
aduan Diana tidak dipedulikan kerana pengaruh kuat Amran dengan mereka. Amran
turut mengugut akan mencederakan Diana dan memastikan tiada syarikat yang akan
menawarkan pekerjaan kepadanya sekiranya dia menceritakan hal itu kepada suami
3

dan rakan sekerjanya. Kejadian itu semakin berlarutan dan Diana berada dalam dilema
untuk membuat keputusan.

2.0

CIRI-CIRI MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Secara umumnya, etika bermaksud sifat yang berkaitan dengan perihal betul-salah. Ia juga
merujuk kepada tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
individu, masyarakat dan organisasi. Ferrel et al. (2000) mendefinisikan etika sebagai
penyelidikan moraliti tentang pengadilan moral, standard peraturan tingkah laku,
pembelajaran dan falsafah tingkah laku manusia yang menekankan kepada betul atau salah.
Masalah etika adalah masalah yang berhubungan dengan pengurusan kerana ia merupakan
konflik antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial sesebuah organisasi. Menurut Hosmer
(1991), terdapat lima ciri masalah etika dalam pengurusan.

2.1

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Berpanjangan


Hasil sesuatu keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pihak pengurusan tidak
berhenti pada satu peringkat sahaja. Sebaliknya, ia boleh mendatangkan kesan
atau akibat yang berpanjangan terutama terhadap lapisan masyarakat. Oleh itu,
para pengurus perlu mempertimbangkan setiap keputusan mereka dengan teliti
dan serius kerana keputusan yang dilakukan boleh mempunyai kesan atau
akibat yang berada di luar kawalan mereka. Sebagai contoh:

2.2

i.

Rasuah mengubah proses-proses kerajaan.

ii.

Pencemaran menjejaskan kesihatan persekitaran.

iii.

Produk tidak selamat memusnahkan nyawa.

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Alternatif yang Pelbagai


Biasanya, kebanyakan keputusan etika diandaikan sebagai suatu dikotomi iaitu
terbahagi kepada pilihan sama ada ya atau tidak dan tidak mempunyai
pilihan

lain.

Walau

bagaimanapun,

seseorang

pengurus

perlu

mempertimbangkan alternatif lain sebelum membuat keputusan pengurusan.


Contohnya:

i.

Haruskah pengurus memberi rasuah atau tidak?

ii.

Wajarkah sesebuah kilang mencemarkan udara atau tidak?

iii.

Haruskah syarikat pengeluaran mengeluarkan produk tidak selamat atau


tidak?

2.3

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Hasil yang Bercampur


Sesetengah organisasi yang melibatkan perniagaan terutamanya, tidak
mementingkan etika. Pulangan kewangan atau keuntungan yang tinggi lebih
diutamakan berbanding kos-kos lain seperti kebajikan pekerja ataupun
pelanggan mereka. Contoh keputusan etika yang mempunyai hasil yang
bercampur ialah:

i.

Memberi rasuah secara tidak langsung tetapi jumlah jualan barangan


import dapat dikekalkan melalui penghantaran yang cepat.

ii.

Mencemar udara dan air. Namun, kos pemasangan dan pengendalian


peralatan mengawal pencemaran dapat dielakkan.

iii.

Mereka bentuk produk yang tidak selamat tetapi kos bahan dan tenaga
kerja pengeluaran dapat dikurangkan.

2.4

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Akibat yang Tidak Pasti


Umum berpendapat bahawa isu-isu etika dalam pengurusan adalah bebas
daripada risiko serta keraguan di mana akibat daripada keputusan yang dibuat
boleh diketahui. Sebagai contoh:

i.

Syarikat akan menerima barangan import dengan segera jika memberi


rasuah.

ii.

Pencemaran dapat dikurangkan sekiranya wang dilaburkan untuk


membeli peralatan kawal-pencemaran.

iii.

Kos tambahan tertentu diperlukan jika menghasilkan produk yang


selamat.

2.5

Kebanyakan Keputusan Etika Mempunyai Implikasi Peribadi


Hampir semua keputusan etika mempunyai implikasi peribadi. Secara
umumnya, dipercayai isu-isu etika tidak memberi kepentingan kepada peribadi
seseorang pengurus dan terpisah daripada kehidupan dan kerjaya mereka.
Ramai berpendapat mengutamakan kepentingan pekerja seperti kenaikan gaji
dan pangkat merupakan satu keputusan yang dianggap beretika berbanding
keuntungan kepada syarikat.

3.0

PERKAITAN KES DENGAN CIRI-CIRI MASALAH ETIKA

Dalam kes Diana, penulis akan mengaitkan hubungan gangguan seksual dengan tiga ciri etika
iaitu akibat yang berpanjangan, akibat yang tidak pasti dan implikasi peribadi. Huraian lebih
lanjut setiap ciri adalah seperti di bawah.

3.1

Perkaitan dengan Akibat yang Berpanjangan


Apabila terjadinya gangguan seksual, maka sudah pasti terdapat kesan yang
ditanggung oleh mangsa. Kesan ini boleh membuatkan mangsa berasa tidak
selamat ditempat kerja atau mengalami tekanan psikologi sehingga boleh
mengganggu kehidupan seharian mereka. Tambahan pula, sekiranya mangsa
bertindak untuk mengunci mulut dan memendam perasaan terlalu lama, mereka
berisiko tinggi mengalami penyakit neurosis termasuk fobia.

Dalam hal ini, sekiranya Diana mengambil keputusan untuk terus


berdiam diri, akibat yang berpanjangan yang mungkin berlaku kepadanya
ialah:

i.

Keselamatannya terjamin.

ii.

Diana akan terus diganggu oleh Amran dan berkemungkinan


untuk terjerumus dalam aktiviti maksiat.

iii.

Kerjayanya dapat dikekalkan.

iv.

Mengalami tekanan emosi, trauma dan fisiologi.

v.

Rumah tangganya mungkin bermasalah.

vi.

Memencilkan diri dan kurang berinteraksi dengan rakan


sekerja.
6

vii.

Produktiviti dan prestasi kerja menurun.

Sebaliknya jika Diana melaporkan perbuatan Amran kepada pihak berkuasa


atau Jabatan Tenaga Kerja, kesan yang berlaku adalah:

i.

Keselamatannya terancam.

ii.

Amran akan menjauhkan diri dan tidak mengganggunya lagi.

iii.

Hilang mata pencarian.

iv.

Mengurangkan beban tekanan yang ditanggung dan emosi


kembali stabil.

v.

Hubungan dengan suami dan anak-anak semakin rapat.

vi.

Hubungan dengan rakan sekerja kembali jernih dan mendapat


sokongan daripada mereka.

vii.

3.2

Produktiviti dan prestasi kerja dapat dikekalkan atau lebih baik.

Perkaitan dengan Akibat yang Tidak Pasti


Sebarang keputusan yang diambil oleh Diana mempunyai akibat baik dan
buruk kerana masalah yang berlaku bukan sahaja boleh memberi kesan kepada
dirinya tetapi juga kepada Amran, kakitangan dan syarikat. Keputusan yang
dibuat mungkin akan berpihak kepadanya atau mungkin tidak. Perkara-perkara
yang mungkin berlaku adalah:

i.

Jika Diana membuat laporan kepada pihak polis atau Jabatan


Tenaga Kerja, Amran akan ditahan dan dikenakan tindakan tata
tertib.

ii.

Jika perbuatan Amran terbongkar, keselamatan Diana terancam


dan dia mungkin dicederakan.

iii.

Jika masalah gangguan seksual diketahui oleh kakitangan


syarikat, Diana terpaksa menanggung malu dan mengalami
gangguan fikiran serta ketidakstabilan emosi.

iv.

Jika pelanggan mengetahui masalah yang berlaku, syarikat akan


berada dalam keadaan bahaya kerana pelanggan mungkin lari,
saham syarikat jatuh, pembatalan kontrak dengan pembekal atau

syarikat lain mengelak daripada berurusan dengan Syarikat


Rima Manufacturing.

3.3

Perkaitan dengan Implikasi Peribadi


Gangguan seksual sudah pasti mempengaruhi fizikal dan mental Diana. Ini
kerana dia diganggu oleh Amran tanpa kerelaannya. Bukan itu sahaja, masalah
yang berlaku boleh menjatuhkan maruahnya kerana dia sudah berkahwin.
Diana mungkin dipandang rendah oleh rakan sekerja, keluarga ataupun
masyarakat. Antara implikasi peribadi yang mungkin berlaku kepadanya
adalah:

i.

Diana dipecat kerana melaporkan perbuatan majikannya kepada pihak


polis atau Jabatan Tenaga Kerja.

ii.

Trauma kerana sukar melupakan peristiwa yang memalukan diri dan


keluarganya serta mengalami gangguan tekanan, penumpuan dan
kestabilan mental sehingga dapat mengganggu aktiviti sehariannya.

iii.

Cenderung untuk mengasingkan diri daripada masyarakat kerana


menjadi mangsa gangguan seksual sehingga merasakan diri tidak
berharga dan tidak layak untuk bergaul dengan rakan-rakan sekerja.

iv.

Perasaan takut dan curiga kepada orang asing yang tidak dikenali atau
tempat yang belum pernah dikunjungi.

4.0

ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Menguruskan masalah-masalah etika lebih sukar dibuat apabila seseorang itu terlibat
secara langsung dalam situasi berkenaan. Pilihan yang dibuat mestilah seimbang
antara pros dan cons supaya dapat memuaskan hati semua pihak. Bagi masalah etika
yang berlaku dalam organisasi pula, sebarang keputusan yang diambil perlu seimbang
dengan prestasi ekonomi dan prestasi sosialnya. Penyelesaian dilema etika dalam
pengurusan ini boleh dicapai melalui tiga kaedah analisis iaitu analisis ekonomi,
analisis undang-undang dan analisis etika. Penulis akan mengaplikasikan masalah
gangguan seksual yang dialami oleh Diana dengan ketiga-tiga analisis tersebut.
Penghuraian setiap analisis adalah seperti berikut:

4.1

Analisis Ekonomi
Gangguan seksual di tempat kerja bukan sahaja boleh merencatkan
perkembangan kerjaya mangsa malah ia turut memberi kesan kepada
produktiviti dan ekonomi negara. Mangsa akan mengalami kesukaran untuk
menceburi bidang pekerjaan kerana mereka tidak dinilai berdasarkan
kebolehan dan kualiti kerja tetapi melalui daya tarikan. Akibatnya, mangsa
tidak bersemangat untuk bekerja dan prestasi kerja semakin merosot.
Tambahan lagi, permohonan cuti sakit akan meningkat, kerap ponteng kerja,
ketidakpuasan kerja serta gagal dalam hubungan interpersonal ditempat kerja.
Kenaikan pangkat kepada mangsa yang berpengalaman akan terjejas kerana
ada di kalangan mangsa sanggup berhenti kerja akibat tidak sanggup
menanggung penderitaan.

Hal ini akan merugikan pasaran buruh kerana boleh menyebabkan tukar
ganti buruh yang tidak dirancang. Tindakan ini turut menyumbang kepada
peningkatan kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh industri untuk
melatih pekerja-pekerja baharu. Apabila isu gangguan seksual diketahui umum,
imej organisasi akan tercalar dan pengurusan syarikat mungkin terpaksa
menanggung pembayaran pampasan kepada mangsa. Perkara ini jelas akan
merugikan ekonomi negara.

4.2

Analisis Undang-Undang
Masalah gangguan seksual di tempat kerja timbul daripada perhubungan yang
membabitkan perlakuan individu di tempat kerja. Tidak dinafikan gurau senda
sesama kakitangan pasti tidak lari dalam kehidupan seharian ditempat kerja,
cuma yang membezakannya adalah maksud dan perbuatan disebaliknya sama
ada suasana tersebut menimbulkan ancaman kepada mangsa ataupun tidak.

Kes Diana jelas menunjukkan bahawa dia mengalami serangan seksual


daripada Amran kerana tingkah laku Amran melampaui batas apabila
melibatkan sentuhan fizikal dan gangguan emosi Diana. Kejadian ini perlu
diberi perhatian oleh semua pihak kerana ia ibarat pembuka tirai bagi kesalahan
seksual yang lebih berat seperti merogol dan sebagainya.

Ketiadaan undang-undang khusus berkaitan dengan gangguan seksual


menimbulkan masalah kepada mangsa kerana tiada prosedur dan panduan yang
jelas untuk membuat laporan dan aduan. Mangsa turut mengalami kesukaran
untuk mendapatkan saksi dan mengumpul bukti kerana perbuatan meraba
misalnya tidak dapat dilaporkan tanpa bukti yang kukuh. Oleh itu, satu Akta
Gangguan Seksual perlu diwujudkan bagi menangani kes gangguan seksual ini
dengan lebih baik.

Kementerian Sumber Manusia memperkenalkan Kod Amalan untuk


Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja bagi memberi
garis panduan untuk semakan dalaman. Walau bagaimanapun, Kod Amalan ini
tidak memberi sebarang implikasi undang-undang atau peruntukkan bentuk
hukuman yang hendak dikuatkuasakan ke atas pengganggu. Undang-undang
sedia ada juga tidak mampu menangani masalah ini dengan berkesan.

Setakat ini kesalahan gangguan seksual diletakkan di bawah kesalahan


jenayah Seksyen 354, 355, 377D dan 509 Kanun Keseksaan (Akta 574),
bukannya di bawah kesalahan tort. Tambahan lagi, bermula 1 April 2012,
Pindaan Akta Kerja 1955 telah memasukkan Bahagian XVA Seksyen 81A
sehingga 81G iaitu satu bahagian baharu untuk gangguan seksual. Skop ini
hanya melibatkan gangguan seksual yang berlaku di tempat kerja ataupun yang
terbit daripada pekerjaannya sahaja. Sebarang gangguan seksual yang berlaku
diluar skop tersebut adalah di luar bidang kuasa Jabatan Tenaga Kerja dan
perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

4.3

Analisis Etika
Kod etika ialah peraturan yang menegaskan apa yang benar dan apa yang salah
berkenaan adab dan tingkah laku manusia. Setiap organisasi mempunyai kod
etika masing-masing yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan. Sebarang
perbuatan yang melanggar kod etika merupakan salah laku etika dan akan
dikenakan tindakan tata tertib.

Dalam kes Diana, Amran telah menunjukkan tingkah laku negatif


kerana membuat gangguan seksual secara terang-terangan terhadap Diana. Ini
10

menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab Amran terhadap kakitangannya


kerana mengganggu dan menjatuhkan air muka mangsa. Kesalahan ini di
pandang serius dalam Islam kerana ia termasuk dalam perbuatan mungkar dan
maksiat yang merupakan faktor perosak kepada individu, keluarga dan
masyarakat. Matlamat hidup manusia untuk mencapai kejayaan di dunia dan
akhirat akan turut terjejas akibat perbuatan ini.

5.0

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH GANGGUAN SEKSUAL

Kesalahan gangguan seksual perlu dipandang serius dan ditangani dengan segera
supaya tidak menjadi satu wabak dalam masyarakat. Gejala ini merupakan masalah
dalaman organisasi yang perlu dibendung bagi mengelakkan sesebuah organisasi itu
gagal beroperasi dengan produktif yang seterusnya boleh memberi kesan buruk kepada
negara. Dua langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelakkan lebih ramai
yang menjadi mangsa adalah:

5.1

Mendapatkan Khidmat Kaunseling


Setiap industri dan organisasi perlu mewujudkan kemudahan khidmat
kaunseling bagi membantu dalam menangani masalah yang rumit dan tidak
dapat diselesaikan dengan sendiri. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini
ditubuhkan bagi membolehkan mangsa mengadu masalah dan mendapatkan
bantuan daripada pakar kaunselor. Peranan khidmat kaunseling adalah
memberi nasihat dan motivasi kepada mangsa berkaitan cara mengendalikan
permasalahan serta pengetahuan untuk melindungi diri daripada gangguan
seksual ditempat kerja.

5.2

Memberikan Pendidikan dan Kesedaran Tentang Konsep Gangguan


Seksual
Kaedah terbaik untuk mengatasi fenomena gangguan seksual ini adalah dengan
mengetengahkan pendidikan dan kesedaran tentang konsep gangguan seksual
ke mata umum bagi menyedarkan masyarakat tentang situasi yang berlaku
serta mengambil langkah berjaga-jaga. Faktor berlakunya gejala ini adalah
disebabkan kekaburan dalam mentafsir gangguan seksual. Wujudnya
tanggapan dan persepsi yang berbeza tentang konsep gangguan seksual
11

menyebabkan kebanyakan daripada mereka menganggap perlakuan tersebut


hanyalah satu gurauan.

Selain itu, badan kerajaan dan bukan kerajaan perlu memainkan


peranan penting dalam membangunkan kesedaran dan meningkatkan
kefahaman setiap individu tentang pendidikan seks dan memberi maklumat
yang sebenar tentang kesalahan seksual. Kaedah yang boleh digunakan untuk
menyebarkan maklumat ini adalah melalui kursus, ceramah, bengkel, poster,
iklan, hebahan di televisyen dan radio dan sebagainya. Kaedah-kaedah ini
diperlukan bagi memastikan masyarakat memahami konsep sebenar gangguan
seksual.

6.0

KESIMPULAN

Masalah gangguan seksual dalam pengurusan tidak boleh dipandang remeh kerana melibatkan
masa depan serta imej individu dan juga organisasi. Pandangan negatif masyarakat terhadap
mangsa perlu ditepis dan diganti dengan sokongan moral supaya mangsa tidak berasa
disisihkan oleh masyarakat.

Berdasarkan analisis kes gangguan seksual Diana, dapatlah dirumuskan bahawa


gangguan seksual di tempat kerja boleh menyebabkan masalah kepada individu dan
organisasi. Sebahagian keputusan yang dibuat mempunyai akibat yang berpanjangan, akibat
yang tidak pasti serta mempunyai implikasi diri. Masalah etika ini turut memberi kesan
kepada keseimbangan prestasi ekonomi dan prestasi sosial organisasi melalui analisis
ekonomi, undang-undang serta etika. Selain itu juga, usaha perlu dibuat bagi meningkatkan
nilai-nilai moral dan tingkah laku setiap individu dalam organisasi. Langkah-langkah yang
wajar diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mendapatkan khidmat kaunseling
serta memberikan pendidikan dan kesedaran tentang konsep gangguan seksual supaya
masalah ini tidak menular dalam masyarakat.

(2916 patah perkataan)

12

RUJUKAN

Ahmad Shamsul Abd Aziz. (2005). Undang-Undang Gangguan Seksual di Malaysia (2nd
ed). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Ahmad Shamsul Abd Aziz, & Mumtaj Hassan. (2002). Kesalahan Gangguan Seksual di
Tempat Kerja: Hak Pekerja dan Liabiliti Majikan. National Human Resource
Management Conference. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

Aini Zamirah Abd Jalil. (2013, September 29). Gangguan Seksual dan Apa Boleh Dilakukan
Jika Menjadi Mangsa?. [Online]. Available: http://lacihitam.blogspot.com/2013
/09/khas-wanita-gangguan-seksual-dan-apa_29.html. [2014, November 16].

Ho, J.A., & Tee, K.K. (2013). OUMM3203 Professional Ethics (3rd ed). Selangor: Meteor
Doc.

Ishak Mad Shah (et al.). (2004). Gangguan Seksual di Tempat Kerja: Kajian ke Atas Mangsa
dan Pelaku di Sekitar Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Jabatan
Pembangunan Sumber Manusia.
Jamiah Shukri. (2011, Jun 17). Gangguan Seksual di PejabatMiang atau Suka-Suka!!.
[Online]. Available: http://lhakim-suarahati.blogspot.com/2011/06/gangguan-seksualdi-pejabatmiang-atau.html. [2014, November 14].

Muhamad Hafizi Omar. (2014, Mei 12). Trauma Gangguan Seksual. [Online]. Available:
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Traumagangguanseksual/Article/index_
html. [2014, November 14].

Mumtaz Began Abdul Kadir, & Mohammed Sani Ibrahim. (2009). Integriti Peningkatan
Kualiti Organisasi. Selangor: YEOHPRINCO.

Sabitha Marican. (2005). Membentuk Suasana Kerja Positif : Aspek Hubungan Manusia dan
Persekitaran Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

13

Aduan Gangguan Seksual di Tempat Kerja Awas Kamu!!. (2010, April 29). [Online].
Available: http://tunjulia.com/?p=683. [2014, November 14].

Menghentikan Keganasan Terhadap Wanita (2013, November 25). [Online]. Available:


http://iniperspektifku.blogspot.com/2013/11/menghentikan-keganasan-terhadapwanita.html. [2014, November 13].

Sexual Harassment at Workplace. (2008, 25 Julai). [Online]. Available: http:// dangaurindu.


blogspot.com/2008/07/gangguan-seksual-sexual-harrassment_25.html.
[2014, November 13].

14

You might also like