You are on page 1of 29

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

MODUL 2: KOORDINASI BADAN


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
2.1
Memahami koordinasi badan
2.2
Memahami sistem saraf manusia
2.3
Menganalisis koordinasi saraf
2.4
Memahami peranan reseptor regang dalam mengekalkan keseimbangan
koordinasi badan .
2.5
Memahami otak manusia dan kerencamannya

2.1

KOORDINASI BADAN
1. Koordinasi badan ialah penyelarasan gerak balas badan kita terhadap sebarang
rangsangan di sekeliling kita (perubahan suhu) dan dalam badan kita.(pencernaan
makanan)
2. Terdapat dua jenis koordinasi badan: koordinasi saraf
koordinasi hormon
Koordinasi Badan
dibahagi kepada

Koordinasi Saraf
Dikawal dan diselaraskan
oleh sistem saraf

Koordinasi Hormon
Dikawal dan diselaraskan
oleh sistem endokrin

menyelaraskan aktiviti
badan seperti

menyelaraskan aktiviti
badan seperti

Berjalan, melihat, menulis,


bercakap, mendengar dan
membaca

Pertumbuhan badan, pembiakan,


pengawalan kepekatan darah dan
pencernaan makanan

Kepentingan koordinasi badan


Membolehkan semua organ badan berfungsi sebagai satu unit untuk mengesan
rangsangan dan bergerak balas terhadapnya.
Mengawal koordinasi antara rangsangan dengan gerak balas
Mengelakkan kita daripada kecederaan atau bahaya
Membolehkan kita menyesuaikan diri terhadap perubahan di sekeliling kita
Rajah 2.1 : Carta ringkasan koordinasi badan

37

Modul 2
2.2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

SISTEM SARAF MANUSIA


1.

Sistem saraf manusia terbahagi kepada: sistem saraf pusat


sistem saraf periferi

2.

Utusan yang dibawa oleh sistem saraf ialah isyarat elektrik yang disebut impuls.

Sistem Saraf Manusia


dibahagi kepada

Sistem Saraf Pusat

Sistem Saraf Periferi

dibahagi kepada

Otak

dibahagi kepada

Saraf tunjang

Sistem saraf
soma
(mengawal
tindakan
terkawal

Sistem saraf
autonomi
(mengawal
tindakan luar
terkawal

dibahagi kepada

Saraf
kranium

Saraf
spina

Rajah 2.2 : Carta pengelasan sistem saraf manusia secara ringkas


(a) Sistem saraf pusat
Merupakan pusat kawalan badan
Terdiri daripada (i) OTAK-: mengawal aktiviti badan seperit berjalan & melihat
(ii) SARAF TUNJANG-: mengawal tindakan refleks.

(b) Sistem saraf periferi


Saraf soma
Saraf autonomi

38

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

Otak
Sistem
saraf
pusat

Saraf
kranium

Saraf
tunjang

Saraf
periferi
Saraf
spina

Rajah 2.3 : Sistem saraf manusia

LATIHAN 2.1

1. Labelkan P dan Q.

Rajah 1

39

GCBP

Modul 2
3.

Sains Tingkatan Empat

GCBP

Lengkapkan Jadual 1 di bawah ini untuk menunjukkan jenis saraf dalam sistem
saraf periferi yang mengawal tindakan yang berikut.
TINDAKAN

JENIS SARAF

(a) berlari
(b) menghidu
(c) melompat
(d) menggerakkan lidah
(e) denyutan nadi
(f) pernafasan
Jadual 1
2.3 KOORDINASI SARAF
1. Sistem saraf terdiri daripada sel saraf atau neuron.
(a). Neuron
Unit asas sistem saraf
Maklumat yang bergerak sepanjang neuron adalah dalam bentuk
impuls / isyarat elektrik

Rajah 2.4 : Struktur neuron


Bahagian Neuron

Fungsi

Badan sel

Mengawal semua aktiviti neuron

Dendrit
Dendron

Menerima impuls dari neuron-neuron lain dan menghantarnya ke


badan sel
Dendrit yang membawa impuls ke arah badan sel

Akson

Dendrit yang membawa impuls keluar dari badan sel

Salut mielin

Penebat pada akson yang mengelakkan kebocoran impuls


Mempercepatkan halaju penghantaran impuls

Jadual 2.1 : Bahagian neuron dan fungsinya


40

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

(b) Jenis Neuron


Terdapat tiga jenis neuron :1. neuron deria
2. neuron perantaraan
3. neuron motor
Ciri-ciri
Struktur

Neuron deria

Neuron perantaraan

Neuron motor

Kedudukan
badan sel
Panjang
akson
Arah
pergerakan
impuls

Di tengah neuron

Di tengah neuron

Di hujung neuron

Pendek

Berubah-ubah

Panjang

Dari organ deria atau


reseptor ke sistem saraf
pusat

Dari neuron deria ke neuron


motor dalam sistem saraf
pusat

Dari neuron
perantaraan keluar
dari sistem saraf
pusat ke otot atau
efektor

Fungsi

Membawa impuls dari


organ deria atau reseptor
ke sistem saraf pusat

Menghantar impuls dari


neuron deria ke neuron
motor

Menghantar impuls
dari sistem saraf
pusat (otak atau
saraf tunjang) ke
efektor (otot atau
kelenjar)

Jadual 2.2 : Perbandingan antara neuron deria, neuron perantaraan dan neuron motor

(c) Reseptor
Sel di dalam organ deria yang mengesan rangsangan akibat perubahan
persekitaran
(d) Efektor
Organ yang bergerak balas terhadap rangsangan seperti otot dan kelenjar.

41

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

2. Semua reseptor dan efektor disambungkan kepada sistem saraf oleh neuron.
.

Rajah 2.5 : Hubungan antara reseptor, neuron dan efektor dengan sistem saraf
pusat

4.

Tindakan Refleks
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

Tindakan refleks ialah gerak balas badan secara automatik dan pantas
terhadap rangsangan luar tanpa pemikiran dan penglibatan serebrum.
Ia dikawal oleh saraf tunjang,
Tindakan ini bertujuan melindungi kita daripada keadaan yang
berbahaya atau kecederaan.
Laluan tindakan refleks disebut arka refleks.
Contoh tindakan refleks:
RANGSANGAN

TINDAKAN REFLEKS

Cahaya terang

Anak mata mengecil

Serangga terkena kelopak mata

Mata mengerdip

Badan terasa panas

Berpeluh

Tersentuh cerek panas

Menarik tangan serta merta

Jadual 2.3 : Tindakan refleks

42

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

Rajah 2.6 : Keratan rentas saraf tunjang dan arka reflex

Reseptor

Saraf Tunjang

Tindakan Refleks

Impuls

Impuls

Rajah2.7 : Carta aliran tindakan refleks yang berlaku melalui saraf tunjang

Rajah 2.8 : Contoh tindakan refleks apabila tangan kita terkena jarum

(a)
(b)
(c)
(d)
(e)
(f)
(g)

Jika tangan tercucuk oleh jarum, reseptor atau sel-sel deria di kulit terangsang.
Impuls saraf tercetus.
Impuls itu bergerak di sepanjang neuron deria ke saraf tunjang.
Impuls itu bergerak melalui sinaps ke neuron.
Impuls itu bergerak di sepanjang neuron perantaraan.
Impuls itu melintasi sinaps ke neuron motor.
Impuls itu bergerak di sepnajang neuron motor ke otot.
Otot mengecut dan tangan tersentak daripada jarum itu

43

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

Rajah 2.9 : Carta aliran arka refleks suatu tindakan reflex

LATIHAN 2.3
1.

Rajah 1 di bawah menunjukkan satu neuron.

XX
Rajah 1
(a) Labelkan X
______________________________________________________
(b)

Nyatakan fungsi Y
______________________________________________________

(c) Namakan neuron yang ditunjukkan di atas.


______________________________________________________

(d) Nyatakan fungsi neuron dalam Rajah 1 di atas.


______________________________________________________
(e) Tunjukkan laluan impuls pada Rajah 1 di atas.

44

GCBP

Modul 2
2.

Sains Tingkatan Empat

GCBP

Rajah 2 menunjukkan laluan impuls apabila seorang murid tersentuh objek panas.

Otot

Seterika panas
Rajah 1
(a) Labelkan X dan Y
(b) Apakah fungsi Y?
___________________________________________________________________
(c) Bahagian yang mana mengawal tindakan refleks?
___________________________________________________________________
(d) Beri satu contoh lain tindakan refleks.
___________________________________________________________________
(e) Apakah kepentingan tindakan refleks?
___________________________________________________________________

45

Modul 2
2.4

Sains Tingkatan Empat

GCBP

RESEPTOR REGANG
(a) Deria kinestesis merupakan deria yang membolehkan kita sedar akan
pergerakkan dan kedudukan badan.
(b) Ia membantu dalam mengekalkan keseimbangan dan koordinasi badan.
(c) Reseptor deria kinestesis terdapat dalam otot, sendi, ligamen dan
tendon.
(d) Reseptor regang bertindak sebagai organ deria.
(e) Contoh aktiviti yang dibantu oleh deria kinestesis:
Bermain piano
Mengikat tali kasut tanpa melihat
Menyikat rambut tanpa melihat cermin

Rajah 2.10 : Reseptor regang yang bertindak sebagai deria kinestesis

46

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

LATIHAN 2.4
P:

Reseptor regang

Rajah 1.1
1. Rajah 1.1 di atas menunjukkan reseptor regang pada otot manusia.
a) Namakan struktur P dalam petak yang disediakan di rajah 1.1 di atas
b)

Nyatakan satu bahagian pada badan manusia, selain daripada di otot , dimana
reseptor regang boleh didapati
______________________________________________________________

c)

Nyatakan dua fungsi reseptor regang.


1_____________________________________________________________
2_____________________________________________________________

d).

Tandakan () bagi aktiviti yang melibatkan reseptor regang

Rajah 1.2
47

Modul 2
2.5

Sains Tingkatan Empat

GCBP

OTAK MANUSIA DAN KERENCAMANNYA

Rajah 2.11: Ringkasan bahagian otak dan fungsinya (termasuk saraf tunjang)

A : mengakibatkan lumpuh
B : menjejaskan semua tindakan luar kawal
dan boleh mengakibatkan kematian
C : mengakibatkan bisu
D : mengakibatkan kegagalan mengesan bau
dan rasa
E : mengakibatkan buta
F : mengakibatkan pekak
G : mengakibatkan kehilangan imbangan
badan

Rajah 2.12 : Serebrum dan fungsi pada bahagian tertentu di otak

48

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

Tindakan Terkawal dan Tindakan Luar Kawal


1. Tindakan terkawal ialah jenis tindakan yang kita sedari dan dilakukan mengikut
kehendak sendiri.
2. Tindakan luar kawal ialah tindakan yang berlaku secara automatik tanpa
disedari.

Impuls bergerak melalui


neuron
deria ke
ke otak
otak
neuron deria

Impuls

Impuls
Mata (reseptor
menghasilkan
impuls)
menghasilkan impuls)

Ransangan
Ransangan

Impuls
Keputusan dibuat
(anjing
(anjing itu
itu garang)
garang)

Otak

Impuls
Gerak balas
balas otot
otot (kaki
(kaki
bergerak meninggalkan)
tempat itu)
itu)
tempat

Impuls bergerak
melalui neuron motor
ke
otat
ke otat

Rajah 2.13 : Carta alir satu tindakan terkawal apabila melihat seekor anjing

Tindakan terkawal
Tindakan yang kita sedari

Perbezaan
Jenis gerak balas

Tindakan luar kawal


Automatik

Bermula di otak

Rangsangan tindakan

Tiada rangsangan

Serebrum

Bahagian otak yang


mengawal tindakan
Penghantaran impuls

Medula oblongata

Dari otak ke otot melalui


saraf tunjang
Otot-otot rangka seperti
otot biseps
Sistem saraf soma
Menulis, bercakap,
berjalan, mendengar,
menari

Bahagian yang bergerak


balas
Jenis saraf yang terlibat
Contoh tindakan

Dari medula oblongata ke


orga-organ dalaman
Organ-organ dalaman
seperti jantung
Sistem saraf autonomi
Denyutan jantung,
peristalsis, pernafasan,
bersin, menguap

Jadual 2.4: Perbandingan antara tindakan terkawal dengan tindakan luar kawal
49

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

LATIHAN 2.5
1. Kelaskan tindakan atau aktiviti yang diberikan mengikut bahagian otak yang
bertanggung jawab untuk melakukannya.
Menari

Berkongsi

Memegang

Bersin

Menelan

Merasa

Bertatih

Melihat

Batuk

Berjalan

Mendengar

Denyutan nadi

Menghidu

Bernafas

Jenis Tindakan

Serebrum

(a)

Serebelum

Medula oblongata

(b)

(c)

2. Kelaskan aktiviti yang berikut kepada tindakan terkawal dan tindakan luar kawal.
Memikir

Mengingat

Denyutan jantung

Berjalan

Peristalsis

Melihat

Merembeskan air liur Pencernaan

Menendang
Pembesaran anak mata

Jenis Tindakan

Tindakan terkawal

Tindakan luar kawal

(a)

(b)

50

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

MODUL 2: KOORDINASI BADAN


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
2.6
Memahami koordinasi hormon dalam badan
2.7
Menganalisis koordinasi antara sistem saraf dengan sistem endokrin
2.8
Menilai kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan dan kesihatan
2.9
Menganalisis kesan pengambilan alkohol yang berlebihan terhadap koordinasi
badan dan kesihatan
2.10 Menyedari kepentingan minda yang cerdas dan sihat

2.6

KOORDINASI HORMON DALAM BADAN


Hormon
1. Hormon adalah bahan kimia yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin.
2. Hormon dihasilkan dalam kuantiti yang kecil dan diangkut oleh sistem
peredaran darah ke seluruh badan.
Kelenjar Endokrin dan Fungsinya
1. Sistem endokrin terdiri daripada kelenjar endokrin iaitu kelenjar tanpa
duktus yang merembeskan hormon terus ke dalam aliran darah.

Rajah 2.13 : Ringkasan kelenjar endokrin dan fungsinya

51

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

KESAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

HORMON
Hormon
pertumbuhan
(kelenjar pituitari)
Tiroksina
(kelenjar tiroid)

KESAN KEKURANGAN

KESAN BERLEBIHAN

Pertumbuhan terbantut
Ciri-ciri kekerdilan

Pertumbuhan melampau
Ciri-ciri kegergasian

Kadar metabolisme rendah


Pertumbuhan fizikal terbantut
Perkembangan otak kanak-kanak
terencat
Menyebabkan goiter
Kemampuan untuk mengatasi
tekanan hidup berkurang.
Otot menjadi lemah.

Kadar metabolisme tinggi


Emosi tidak stabil
Cepat marah
Mata menonjol keluar

Insulin & glukagon


(pankreas)

Penyakit kencing manis


(diabetes)

Kekurangan gluosa dalam


darah.

Estrogen dan
progesterone
(ovari)

Kemandulan
Kitar haid terganggu
Keguguran fetus sebelum cukup
bulan
Perkembangan ciri-ciri seks
sekunder terbantut

Terlalu bersifat
keperempuanan

Testosterone
(testis)

Sperma kurang matang


Perkembangan ciri-ciri seks
sekunder terbantut.

Terlalu bersifat kelelakian.

Adrenalina
(adrenal)

Aras glukosa dan garam


dalam darah tinggi.
Tekanan darah tinggi.

Jadual 2.5 : Kesan ketidakseimbangaan hormon

PERBANDINGAN KOORDINASI SARAF DAN KOORDINASI KIMIA


KOORDINASI SARAF

KOORDINASI KIMIA

Dikawal oleh sistem saraf

Dikawal oleh sistem endokrin

Maklumat dihantar dalam bentuk IMPULS

Maklumat dihantar dalam bentuk HORMON

Gerak balasnya boleh dipercepat atau


diperlambatkan

Gerak balas adalah lambat

Pusat kawalan adalah otak dan saraf


tunjang

Pusat kawalan adalah kelenjar-kelenjar

52

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

LATIHAN 2.6
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
1.

Pituitari - terletak dalam otak, mengawal kelenjar lain serta berfungsi dalam
_________________________

2.

Tiroid - terletak di tepi leher,mengawal _____________ dan perkembangan otak.

3.

Adrenal - terletak di atas ginjal, menolong seseorang menghadapi ____________

4.

Pankreas - terletak di pankreas, mengawal aras _______________dalam darah.

5.

Ovari (perempuan) - terletak dalam ovari, mengawal perkembangan seks dan


________________________.

6.

Testis (lelaki) - terletak dalam testis, mengawal perkembangan seks dan


_______________________.

7.

Rajah 1.1 menunjukkan kedudukan tiga endokrin dalam badan manusia.

Rajah 1.1
(a)

Nyatakan satu kesan jika kelenjar P merembeskan hormon berlebihan.

(b)

(i) Namakan kelenjar Q.

(ii) Nyatakan hubungan antara hormon yang dirembes oleh Q dengan


diabetes.

(c)

(i) Namakan kelenjar yang berlabel R.


_________________
(ii) Nyatakan satu fungsi hormon yang dirembes oleh R
53

_____

Modul 2
(d)

Sains Tingkatan Empat

GCBP

Rajah 1.2 menunjukkan seorang lelaki yang mengalami ketidakseimbangan


hormon.

.
Rajah 1.2
(i)

Kenapa lelaki di atas mengidap penyakit tersebut?

(ii) Namakan kelenjar endokrin yang terlibat dalam (d)(i)

2.7

KOORDINASI ANTARA SISTEM SARAF DENGAN SISTEM ENDOKRIN


1.

Kedua-dua sitem saraf dan endokrin menyelaraskan gerak balas terhadap


sesuatu rangsangan
2. Sebagai contoh, dalam keadaan cemas dalam keadaan ketakutan semasa
kebakaran. Hormon dirembeskan oleh kelenjar adrenal untuk menukar
glikogen kepada glukosa untuk kegunaan otot-otot badan supaya dapat
bergerak balas dengan lebih cepat.
3. Walau bagaimanapun kawalan hormon berbeza dari kawalan saraf dalam
beberapa aspek.

54

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

Sistem Saraf

Persamaan

GCBP

Sistem Endokrin

Mengawal dan menyelaras fungsi


serta aktiviti-aktiviti badan.
Bergerak balas terhadap rangsangan
Mempunyai organ sasaran.

Perbezaan
Terdiri daripada saraf-saraf
Melalui saraf secara
elektrokimia
Sangat cepat

Koordinasi

Cara penghantaran impuls


Kelajuan penghantaran
impuls

Terdiri daripada kelenjarkelenjar tanpa duktus


Melalui aliran darah dalam
bentuk bahan kimia
(hormon)
Perlahan

Sekejap sahaja

Tempoh kesan
Lama

Khusus

Kawasan tindakan
Luas

Cepat dan serta-merta


Gerak balas
Menulis, menari

Lambat dan berlaku secara


berterusan

Contoh koordinasi badan


Pertumbuhan, metabolisme
badan

Jadual 2.6 : Membandingkan sistem saraf dengan sistem endokrin

LATIHAN 2.7
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
1. Impuls yang dihantar dalam sistem endokrin adalah dalam bentuk bahan kimia
yang disebut
2. Koordinasi

adalah jauh lebih cepat dari koordinasi

3. Kedua-dua sistem endokrin dan sistem saraf berfungsi untuk


dan
aktiviti-aktiviti badan.
4. Koordinasi
suatu tempoh yang lama.

biasanya berlaku secara berterusan untuk

55

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

2.8 KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH TERHADAP KOORDINASI BADAN DAN


KESIHATAN
1. Dadah boleh ditakrif sebagai bahan kimia yang boleh mengubah fungsi dan
fisiologi badan.
2. Penyalahgunaan dadah berlaku jika dadah bukan digunakan untuk tujuan
perubatan.
3. Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan ketagihan dan menjejaskan
kesihatan.
Jenis Dadah

Contoh

Stimulan

Ciri-ciri

Amfetamin
Nikotina

Meningkatkan kadar
metabolisme.
Menjadikan seseorang lebih aktif

Opiat

Morfin
Heroin
Kokain

Melegakan kasakitan dan


kegelisahan

Halusinogen

Ganja
LSD

Menyebabkan khayalan
Menyebabkan kegilaan dan
kematian

Jadual 2.7 : Jenis-jenis dadah dan ciri-cirinya

Jenis Dadah

Sumber Dadah

Candu

Diperolehi daripada bunga pokok popi

Morfin

Bahan berwarna perang yang diproses daripada candu

Heroin

Serbuk putih atau perang yang diproses daripada morfin

Ganja

Daun dan bunga kering daripada tumbuhan Cannabis Sativa

Jadual 2.8 : Dadah dan sumbernya

56

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

Merangsang gerak balas


badan
Dadah seperti amfetamin
mengaktifkan sel-sel otak
dan meningkatkan kadar
metabolisma. Pengguna
menjadi lebih aktif, tidak
dapat tidur dan bersikap
agresif

Melambatkan gerak balas


badan
Dadah seperti heroin,
morfin dan barbiturat
melambatkan gerak balas
sistem saraf terhadap
rangsangan.
Pengguna berasa
mengantuk dan kurang
sedar akan
persekitarannya.

GCBP

Halusinasi
Dadah seperti ganja
menggangu fungsi otak
terutamanya dari segi
persepsi jarak, ruang dan
masa. Dadah ini
menyebabkan khayalan,
kegilaan dan kematian.
Kesan buruk
penyalahgunaan
dadah terhadap
koordinasi badan

dan kesihatan
Jangkitan penyakit
Perkongsian jarum
suntikan antara penagih
dadah menyebabkan
jangkitan penyakit seperti
AIDS dan Hepatitis B.

Jadual 2.9 : Kesan buruk penyalahgunaan dadah


2.9 KESAN PENYALAHGUNAAN ALKOHOL
1. Minuman beralkohol mengandungi etanol.
2. Contoh minuman beralkohol: wain, bir, whiski dan champangne.
3. Alkohol mengganggu system saraf dengan mengurangkan keupayaannya untuk
berfungsi dan koordinasi secara berkesan
4. Di bawah menunjukkan kesan alkohol terhadap organ dalaman manusia
ORGAN
OTAK
JANTUNG
HATI
PERUT

KESAN
Kerosakan pada otak, koma
Cepat kelihatan tua
Penyakit jantung
Tekanan darah tinggi, strok
Bengkak hati, luka pada hati
Ulser perut

Jadual 2.10 : Kesan alkohol terhadap organ-organ manusia

57

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

5. Elak diri dari pengambilan alkohol yang berlebihan dapat


Menikmati kesihatan yang lebih sempurna
Bebas dari ketagihan
Mencegah kemalangan
Dapat menghindari masalah keluarga dan sosial.

2.10 KEPENTINGAN MINDA YANG SIHAT DAN WARAS


1. Minda ialah keupayaan otak untuk berfikir dan menaakul.
2. Minda yang sihat membolehkan seseorang membuat pertimbangan yang logik
sebelum bertindak.
3. Minda seseorang menentukan emosi dan sikapnya.
4. Ciri-ciri minda yang sihat:
Berfikiran positif
Berdikari
Penyayang
Bertanggungjawab
Berfikiran rasional
Mudah mengikut perubahan
5. Minda yang kurang sihat boleh membawqa kesan buruk kepada kesihatan .
6. Faktor yang mempengaruhi minda:
i. Faktor dalaman
ii. Faktor luaran
Faktor-faktor yang mempengaruhi minda

Faktor Luaran

Faktor sosial seperti keluarga


dan rakan sebaya.
Keadaan persekitaran seperti
keadaan cuaca dan suhu.
Tekanan mental akibat
pengalaman yang
mendukacitakan seperti
kematian seseorang yang
dikasihi.

Faktor Dalaman

Kecederaan bahagian otak akibat penyakit atau


kemalangan.
Penyakit seperti gastrik atau sakit sendi boleh
mengganggu kesihatan minda.
Ketidakseimbangan hormon dalam badan seperti
kekurangan hormone daripada kelenjar tiroid
membantutkan perkembangan mental kanak-kanak.
Penyalahgunaan dadah menyebabkan seseorang
berkhayal dan otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik.
Pengambilan alkohol secara berlebihan menyebabkan
seseorang berfikir secara tidak logik

Rajah 2.14 : Faktor-faktor yang mempengaruhi minda


58

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

LATIHAN 2.9
1. Jadual 1 bawah menunjukkan kandungan alkohol dalam beberapa jenis minuman .
Minuman Alkohol
Bir
Wain
Spirit

Kandungan Alkohol
4-7%
8-14%
30-50%
Jadual 1

(a)

Apakah yang terkandung dalam minuman beralkohol?

(b)

Apakah kesan pada seseorang yang kandungan alkohol dalam darah


melebihi 0.4%?. Senaraikan dua contoh.
i.
ii.

(c)

Beri dua contoh ciri-ciri yang ditunjukkan oleh seseorang yang


mempunyai minda yang waras dan sihat.
i.
ii.

SOALAN OBJEKTIF
Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan, A, B, C dan D. Pilih
jawapan yang terbaik.
1. Maklumat di bawah menunjukkan bahagian yang terlibat dalam arka refleks.
J Efektor
K - Reseptor
L - Neuron deria
M - Neuron motor
N - Neuron perantaraan
A
B
C
D

J
K
K
L

L N M
M N L
L N M
M N K

K
J
J
J

59

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

2. Rajah 1 menunjukkan sejenis neuron.

Rajah 1
Neuron itu membawa impuls dari
A
sistem saraf pusat ke efektor
B
efektor ke sistem saraf pusat
C
sistem saraf pusat ke reseptor
D
reseptor ke sistem saraf pusat

3. Rajah 2 menunjukkan sistem saraf manusia.


Antara bahagian A, B, C dan D, yang manakah merupakan saraf kranium?

Rajah 2

60

GCBP

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

4. Rajah 3 menunjukkan struktur otak manusia

Rajah 3
Apakah bahagian yang berlabel Y
A
B
C
D

Serebrum
Serebelum
Saraf tunjang
Medula oblongata

5. Rajah 4 menunjukkan struktur otak manusia. Antara bahagian yang berlabel. A, B, C,


dan D, yang manakah mengawal tindakan pendengaran?

Rajah 4

6. Antara berikut, yang manakah memberi maksud koordinasi badan?


A
B
C
D

Penyelarasan pertumbuhan badan


Penyelarasan badan yang dikawal oleh otak sahaja
Penyelarasan badan yang dikawal oleh sistem endokrin
Penyelarasan gerak balas badan terhadap sebarang rangsangan tiga saat

7. Seorang remaja perempuan tidak lagi mengalami kedatangan haid. Antara yang
berikut, yang manakah gagal berfungsi dengan baik?
A
B
C
D

Pituitari
Adrenal
Ovari
Tiroid
61

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

8. Glukosa dapat dikesan dalam air kencing seorang dewasa. Antara kelenjar endokrin
berikut yang manakah tidak berfungsi dengan normal?
A
B
C
D

Ovari
Kelenjar Adrenal
Kelenjar pituitari
Pankreas

9. Kekurangan bahan yang manakah dalam badan akan menyebabkan kencing manis?
A
B
C
D

Iodin
Insulin
Kalsium
Natrium

10. Rajah 5 menunjukkan lintasan impuls dalam koordinasi saraf bagi seseorang yang
sedang berjalan.

Rajah 5
Antara yang berikut, yang manakah mewakili X dan Y?

A
B
C
D

X
Efektor
Reseptor
Efektor
Reseptor

Y
Kelenjar
Efektor
Reseptor
Saraf tunjang

62

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

11. Rajah 6 menunjukkan kesan kekurangan sejenis mineral dalam badan manusia.

Rajah 6
Mineral

Kelenjar endokrin

A Kalsium

Tiroid

B Iodin

Pankreas

C Iodin

Tiroid

D Natrium

Adrenal

12. Rajah 7 menunjukkan laluan impuls dalam arka refleks.

Rajah 7
Apakah P, Q dan R?

A
B
C
D

P
Neuron deria
Neuron perantaraan
Neuron motor
Neuron deria

Q
Neuron perantaraan
Neuron motor
Neuron deria
Neuron motor

R
Neuron motor
Neuron deria
Neuron perantaraan
Neuron perantaraan

13. Laluan manakah yang betul dalam koordinasi badan?


A Rangsangan reseptor sistem saraf pusat efektor gerak balas
B Reseptor rangsangan sistem saraf pusat gerak balas efektor
C Reseptor Rangsangan gerak balas sistem saraf pusat efektor
D Rangsangan sistem saraf pusat reseptor efektor gerak balas

63

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

14. Rajah 8 menunjukkan sebahagian daripada sistem saraf pusat manusia. Antara
bahagian A, B, C dan D yang manakah mengawal denyutan jantung?

Rajah 8
15. Rajah 9 menunjukkan kelenjar endokrin bagi seorang remaja perempuan. Dia
mengalami kitar haid yang tidak teratur.
Antara organ A, B, C dan D, yang manakah tidak berfungsi dengan baik?

Rajah 9

64

Modul 2

Sains Tingkatan Empat

GCBP

Lengkapkan silang kata berikut:


1

6
7

10
11
12

Menegak:

Melintang
1 Organ deria yang mengesan sesuatu rangsangan.
Penyelarasan organ-organ dan sistem-sistem dalam
badan supaya organ dan sistem tersebut dapat
3
bekerjasama pada masa dan kadar yang sesuai untuk
melakukan sesuatu gerak balas atau tindakan
6

Sistem saraf manusia terbahagi kepada sistem saraf


pusat dan sistem saraf ......

Neuron yang meyampaikan impuls dari neuron deria ke


neuron motor.

10

Organ yang bergerak balas terhadap sesuatu


rangsangan.

Sistem ..... dan sistem endokrin berinteraksi dalam


11
penyelarasan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan.

Sistem saraf pusat terdiri daripada ..... dan


saraf tunjang.

Deria yang berfungsi untuk


mengimbangkan gerakan badan dan
3
menyedarkan kita tentang kedudukan kita
tanpa melihatnya.
4

Koordinasi badan manusia terdiri daripada


koordinasi saraf dan koordinasi ......

Neuron yang membawa impuls dari


5 reseptor di organ deria ke sistem saraf
pusat.
Neuron yang membawa impuls saraf dari
7 sistem saraf pusat ke efektor, iaitu otot atau
kelenjar endokrin.
Tindakan yang merupakan gerak balas
9 yang berlaku secara automatik tanpa
berfikir terhadap sesuatu rangsangan luar.

12 Merupakan unit asas sistem saraf.

65

You might also like